Post on 14-Dec-2014
description
SKSP1033
EVOLUSI POLITIK MALAYSIA
Soalan 10
Bersandarkan prinsip-prinsip asas demokrasi,
huraikan sejauh mana demokrasi di Malaysia
berjalan sesuai dengan cirri-ciri demokrasi.
NURUL AFIFAH BINTI RIDZUAN
A140686
JAM 10-11
KANDUNGAN HALAMAN
1. Definisi
2. Prinsip-prinsip Demokrasi
3. Demokrasi di Malaysia
4. Rujukan
5. Lampiran
1.0 Definisi
Istilah demokrasi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu δημοκρατία – (dēmokratía), yang
bermaksud “kekuatan rakyat”. Istilah ini dibentuk daripada dua perkataan berlainan, iaitu
δῆμος (dêmos) “rakyat” dan κράτος (Kratos) “kekuasaan” (Rapar 1988, 50).
“Democracy means popular power, rule by the demos.”
(Ake, 1992)
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi dikenali sebagai negara demokratik.
Pemerintahan yang dimaksudkan ialah pemerintahan yang menggariskan bahawa kekuasaan
berada di tangan rakyat. Kekuasaan tertinggi dalam sistem demokrasi terletak di tangan
rakyat, kerana rakyat mempunyai hak dan suara yang sama dalam mengatur pemerintahan
sesebuah negara. Dalam Ucapan Gettysburg (Gettysburg Address) pada tahun 1863,
Abraham Lincoln mendefinisikan demokrasi sebagai;
“...and that government of the people, by the people, for the people...”
William Godwin dalam bukunya, An Enquiry Concerning Democracy menyatakan bahawa;
“Democracy is a system of government according to which every member of a society
is considered as a man and nothing more.”
(Pickles 1970)
Melalui demokrasi, keputusan yang diambil adalah berdasarkan suara terbanyak.
Sistem demokrasi memberikan kebebasan bersuara kepada rakyat sesebuah negara
demokratik. Namun pada awal terbentuknya sistem ini di Athens, hanya lelaki sahaja yang
dibenarkan mengambil bahagian untuk bersuara di dewan.
Demokrasi merupakan sebuah bentuk kerajaan di mana kuasa tertinggi dilaburkan pada
rakyat dan dilaksanakan oleh mereka secara langsung atau tidak langsung melalui sistem
perwakilan yang biasanya melibatkan pilihanraya yang bebas secara berkala. Dalam
demokrasi langsung, orang ramai mengambil bahagian dalam kerajaan secara langsung.
Contohnya, seperti yang dipraktikkan oleh beberapa buah Bandar Yunani kuno dan
mesyuarat bandar di New England. Namun, kebanyakan demokrasi hari ini diamalkan secara
tidak langsung, iaitu secara perwakilan. Konsep demokrasi secara perwakilan wujud
sebahagian besarnya dari idea dan institusi yang dibangunkan semasa Zaman Pertengahan
Eropah dan Zaman Pencerahannya dan dalam Revolusi Amerika dan Perancis. Demokrasi
melambangkan kesejagatan, persaingan untuk jawatan, kebebasan bersuara dan akhbar, dan
kedaulatan undang-undang. Contoh negara yang mengamalkan sistem demokrasi adalah
seperti Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, India, dan negara kita sendiri, Malaysia.
2.0 Prinsip-prinsip Demokrasi
2.1 Perlembagaan
Perlembagaan bermaksud prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan
memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-
undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang
mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan.
Patrick J. Dalton dan Robina S. Dexter dalam bukunya yang berjudul Constitutional
Law pula mentafsirkan bahawa perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi
kepada prinsip-prinsip bahagian tertentu sesebuah negara di mana ia mengawal kerajaan atau
badan yang dikenali sebagai rakyat. Robert A. Dahl dalam bukunya Modern Political
Analysis pula menyatakan bahawa sistem politik sesebuah negara itu kompleks dan
seimbang, peranan politik dengan sendiri terbentuk. Peranan ini ditadbir oleh koleksi-koleksi
pentadbiran dalam satu sistem politik akan memberi perlembagaan kepada kerajaan untuk
menggunakan sistem ini.
Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar
penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diistiharkan, sama ada
dibentuk dalam undang-undang adat kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian. Demikian
pandangan yang dinyatakan oleh C.A. Leeds dalam bukunya bertajuk, Politics.
2.2 Pengasingan kuasa
Perlembagaan merupakan medium yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal
kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya,
Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan satu cabang
kerajaan itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
Struktur pemerintahan di Malaysia telah diasingkan kepada tiga badan bagi menjamin
pemerintahan yang cekap dan telus. Badan tersebut ialah Badan Perundangan (Legislatif),
Badan Pemerintahan (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Pengasingan kuasa dalam
sesebuah pemerintahan ini dikenali sebagai “Doktrin Pengasingan Kuasa1”. Doktrin ini mula
diperkenalkan oleh Montesquieu, pemikir daripada Perancis pada abad ke-18 ketika negara
Perancis diperintah oleh Louis XIV, yang mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahannya.
Montesquieu berusaha untuk merangka satu doktrin supaya rakyat dapat menjalani kehidupan
yang lebih terjamin dan selamat daripada kezaliman pemerintah. Pengasingan kuasa ini
bertujuan untuk mengelakkan kewujudan sebarang permuafakatan atau komplot antara badan
perundangan, badan pemerintahan dan badan kehakiman. Selain itu, menjadi kepentingan
kuasa-kuasa ini diasingkan supaya tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badan
tersebut, di samping memainkan peranan sebagai “Sistem Semak dan Seimbang2” (check and
balance) dalam pemerintahan negara.
2.3 Pilihan Raya Bebas / Pemerintahan mengikut majoriti1 Doktrin pengasingan kuasa bermaksud setiap badan memiliki bidang kuasa, fungsi dan tanggungjawab khusus serta tidak bertindih di antara satu sama lain.2 Sistem Semak dan Seimbang bermaksud setiap cabang kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan kuasa cabang kerajaan yang lain. Secara teorinya, tiada cabang kerajaan yang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam pentadbiran sesebuah negara.
Menurut D. Robertson, pilihan raya merupakan satu kaedah untuk memilih calon bagi
jawatan atau kerusi tertentu (Asnarulkhadi 1997, 92). Pilihan raya juga merupakan satu
kaedah berwibawa bagi memilih pemimpin-pemimpin politik dan ketua negara di seluruh
dunia. Malah, negara yang dipimpin oleh dictator atau rejim tentera juga kerap menggunakan
pilihan raya yang penuh dengan tipu muslihat dalam usaha melindungi mekanisme pemilihan
politik mereka yang sebenar (Asnarulkhadi 1997, 92). Ini kerana, pilihan raya boleh diadakan
dengan pelbagai kaedah. Prosedur mengundi adalah rahsia, direkod dan diterbitkan seperti
dalam kebanyakan pilihan raya yang diadakan di seluruh dunia (Asnarulkhadi 1997, 92).
A. Rashid Rahaman pula menghuraikan dengan lebih lanjut definisi pilihan raya, iaitu
pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan tersebut dibuat
menerusi undi sesebuah perkumpulan (Asnarulkhadi 1997, 92). Dalam pilihan raya,
pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Maka dalam pilihan
raya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya.
Tujuan mengadakan pilihan raya adalah untuk memilih orang atau orang-orang yang akan
mewakili kepentingan pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa
organisasi tertentu, di mana orang atau individu-individu berkenaan dipilih untuk bertugas
(Asnarulkhadi 1997, 92).
2.4 Kebebasan bersuara
Kebebasan bersuara merujuk kepada hak seseorang individu untuk mengekspresikan idea-
ideanya tanpa campurtangan kerajaan. Hak kepada kebebasan bersuara adalah, sebenarnya,
suatu kesinambungan kepada hak terhadap kebebasan. Jika seorang manusia itu mempunyai
hak berfikir untuk dirinya sendiri dan untuk menggunakan mindanya semahunya, maka dia
juga haruslah mempunyai hak untuk mengekspresikan buah fikirannya dan idea-idea dalam
bentuk yang konkrit, samada dalam bentuk penulisan ataupun lisan. Seperti dikatakan oleh
Onkar Ghate: “Kebebasan berfikir adalah aspek kerohanian (mental) kepada hak terhadap
kebebasan, kebebasan bersuara ialah aspek fizikalnya; satu mewakili minda, satu lagi
mewakili jasad”.
2.5 Perwakilan Berinstitusi / Politik Kepartian
Parti adalah mana-mana kumpulan, walaupun tidak tersusun rapi, yang berusaha untuk
memilih pemegang-pemegang jawatan kerajaan di bawah sesuatu label tertentu. Parti politik
pula ialah satu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang
tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka dapat
dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu, ahli-ahli politik biasanya
akan bertanding di adalam pilihan raya. Sebahagian parti yang lemah atau tidak berpengaruh
akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar dan menjadi sebuah barisan
parti politik. Bermula dengan penubuhan dewan perwakilan, penubuhan parti telah
berkembang akibat ketidakmampuan dewan perwakilan menampung jumlah keahlian yang
semakin bertambah. Maka wujudlah perkumpulan parti-parti politik yang semakin besar dan
mampu menampung jumlah ahli yang lebih ramai. Di Malaysia, parti-parti politik dapat
dibahagikan kepada dua yang utama iaitu parti pencadang (Barisan Nasional), yang
menyokong penuh kerajaan dan juga parti pembangkang (BarisanAlternatif iaitu PAS, DAP
dan keADILan). K. Ramanathan (1992) pula menyatakan bahawa secara umumnya, parti
politik boleh didefinisikan sebagai kumpulan dalam negeri yang ahli-ahlinya bergabung
untuk menguasai teraju pemerintahan dan memerintah sesebuah negara.
2.6 Kebebasan Mengkritik (media massa dan elektronik)
Kebebasan memungut dan menyiarkan berita sering dikaitkan dengan kebebasan akhbar.
Definisi kebebasan adalah berbeza dari suatu negara dengan negara yang lain mengikut
keadaan setempat. Sebenarnya tidak ada kebebasan akhbar secara mutlak. Kebebasan akhbar
di Malaysia ialah kebebasan yang disertai dengan tanggungjawab terhadap negara dan
masyarakat, sesuai dengan prinsip dan semangat Rukun Negara.
Muammar Al-Qathafi menyifatkan media sebagai;
“The press is a means of expression of the society and is not a means of expression of
a natural or coporate person. Logically and democratically, the press, therefore, cannot be
owned by either of these. Any newspaper owned by an individual is his own and expresses
only his point of view. Any claim that a newspaper represents public opinion is groundless
because it actually expresses the viewpoints of a natural person... The democratic press is that
which is issued by a popular committee comprising all the various categories of society. In
this case only, and not otherwise, will the press or any information medium be an expression
of the whole society and a bearer of the viewpoint of its categories and thereby the press or
information medium will be indeed democratic”.
(Al-Qathafi)
2.7 Persamaan dan keadilan dalam semua aspek
Sistem demokrasi akan lebih berjaya jika masyarakat dapat disatukan walaupun terdiri
daripada pelbagai latarbelakang agama, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Sistem
demokrasi tidak mungkin akan berjalan dengan lancar jika terdapat perselisihan dalam
masyarakat majmuk, yang kemudian mampu melahirkan golongan yang suka menimbulkan
masalah. Malah, lebih teruk lagi jika terdapat golongan yang ingin meruntuhkan sistem
demokrasi dalam sesebuah negara. Justeru, menjadi kepentingan kepada sesebuah kerajaan
untuk memberi kesamaan dan keadilan kepada rakyat agar sesebuah negara demokratik itu
sentiasa aman dan sejahtera.
2.8 Hak asasi manusia terjamin
Perhatian sepatutnya direka untuk menyediakan satu media berkesan di mana kehendak
rakyat boleh diambil perhatian. Rakyat mempunyai kehendak dan keupayaan untuk
menjayakan demokrasi, perlembagaan yang lemah masih dapat dikuatkan dengan
pembaharuan dan ditingkatkan kelengkapannya. Perlembagaan sesebuah negara haruslah
mengubah sistem demokrasi yang menyediakan keperluan-keperluan sebagai sebuah
perlembagaan demokrasi.
3.0 Demokrasi di Malaysia
Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen semenjak dari permulaan
kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang. Menurut D. Robertson, kerajaan berparlimen ialah
satu sistem kerajaan dengan eksekutif bertanggungjawab kepada Parlimen yang wujud hasil
dari satu pilihan raya umum, ataupun satu sistem kerajaan yang diwujudkan oleh satu badan
yang lebih luas (Asnarulkhadi 1997, 91). Parlimen berfungsi untuk membuat undang-undang
atau akta, dan juga mengawasi serta mengawal perbelanjaan awam atau kerajaan
(Asnarulkhadi 1997,91).
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ini di bawah pentadbiran Raja
Berperlemabagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan
perlembagaan iaitu Perlembagaan Malaysia (Asnarulkhadi 1997, 81). Yang di-Pertuan Agong
sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada.
Gelaran rasminya dari segi kedudukan dan jawatan, seperti yang disebut di dalam
Perlembagaan Malaysia ialah Ketua Utama Negara. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga
merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, dan mempunyai kuasa ke atas
sistem perundangan, ketenteraan, agama Islam, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya.
Peruntukan ini adalah seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan sejak ia
mula diperkenalkan setelah Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan British.
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, di kawasan Tanah Melayu telah adanya
sistem kerajaan beraja yang dijalankan. Sultan ataupun raja di Tanah Melayu diberi
sepenuhnya taat setia dan dianggap golongan yang mulia. Namun setelah kedatangan dan
campurtangan British di dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu, raja ataupun sultan bagi
negeri-negeri tanah melayu hanya dijadikan boneka pihak British sahaja. Raja dan sultan
hanya berperanan di dalam aspek adat istiadat dan agama islam sahaja dan tidak lebih dari
hal-hal ini. Walaupun terdapat beberapa perjanjian yang ditandatangani yang kelihatan
menguntungkan kerajaan tanah melayu, namun pada hakikat sebenarnya sultan ataupun raja
terikat dengan perjanjian dan harus mendengar nasihat dari penasihat ataupun residen
Inggeris. Selepas peperangan dunia kedua yang menyaksikan kerajaan Jepun mengalami
kekalahan, kerajaan British telah berusaha untuk melaksanakan pemerintahan secara berpusat
iaitu kesemua kerajaan Melayu disatukan di bawah satu kesatuan yang dikenali sebagai
Malayan Union pada tahun 1946. Namun disebabkan penubuhan persekutuan itu kelihatan
sebagai usaha berterusan pihak British untuk menguasai Tanah Melayu, rakyat Tanah Melayu
yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa telah bersatu untuk membantah keputusan
penubuhan persekutuan tersebut. Dan setelah dua tahun dilancarkan, persekutuan Malayan
Union ini telah dimansuhkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1948. Persekutuan ini sedikit sebanyak telah mengembalikan semula kuasa raja-raja Melayu
kepada kedudukan asal mereka. Setelah mendapat kemerdekaan, institusi beraja telah
mendapat kuasa yang sepatutnya namun masih terbatas dengan perlembagaan yang
dipersetujui secara bersama. Sewaktu zaman penjajahan British, raja ataupun sultan harus
menerima nasihat dari residen ataupun penasihat British. Berbeza dengan zaman sekarang,
sultan atau raja harus menerima nasihat dari menteri besar ataupun perdana menteri mengenai
sesuatu dasar yang ingin dilaksanakan. Di peringkat persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
harus menerima nasihat dari jemaah menteri dan perdana menteri Malaysia. Institusi beraja
kini menjadi satu daripada unsur penting dalam Perlembagaan Persekutuan dengan raja diberi
beberapa peranan penting yang perlu dilaksanakan dalam bentuk dan struktur kerajaan yang
ada. Terdapat tiga asas institusi raja sebagai raja berperlembagaan iaitu: i) Sistem beraja
diwujudkan oleh perlembagaan dan cara bagaimana seseorang raja bagi sesuatu negeri dipilih
telah diperuntukkan dengan jelas dalam perlembagaan, ii) Dalam perlaksanaannya di dalam
fungsi di bawah Perlembagaan Persekutuan atau sebarang undang-undang Persekutuan, Yang
di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah kabinet atau sebarang
menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Kabinet. Yang di-Pertuan Agong hanya boleh
bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam hal perlantikan Perdana Menteri dan
pembubaran Parlimen, dan iii) Yang Dipertuan Agong bersama-sama dengan dua Majlis
Parlimen menjadi badan perundangan Persekutuan.
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia, yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi
183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen
undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah
melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London 18
Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada
Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu Ketua Menteri
Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya
Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya. Untuk meminda perlembagaan, satu
majoriti dua pertiga dewan (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan
pada kedua-kedua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem
Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun sejak kemerdekaan
sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau
menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650 kali. Beliau
menjelaskan bahawa ‘semangat dokumen sebenar telah dicairkan’. Sidang parlimen dan
sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) juga berada di bawah daripada ketinggian
perlembagaan itu sendiri. Ini bermakna dewan parlimen dan dewan rakyat tidak boleh
membuat undangundang mengenai sesuatu kes yang mungkin bertentangan dengan
perlembagaan Malaysia.
Sesebuah negara demokratik mempunyai perlembagaan mereka sendiri dalam
menentukan undang-undang dan keputusan kehakiman serta untuk mengetahui halatuju
sesebuah Negara. Malahan, perlembagaan secara tidak langsung dapat menjamin hak asasi
manusia, yang merupakan salah satu lagi ciri negara demokratik. Elemen pertama yang akan
dibincangkan ialah agama. Menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan, Islam ialah agama bagi
Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana Bahagian Persekutuan. Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama tertinggi
negara bukan sahaja berfaktor dari fakta sejarah, yang mana Islam menjadi agama yang
dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi, tetapi juga sebagai
mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang semuanya adalah beragama Islam
sewaktu negara ini dibentuk. Agama Islam merupakan satu unsur penting dalam
Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan sejarah
konsep pemerintahan beraja. Sehinggakan takrif ‘Melayu’ mempunyai kaitan rapat dengan
‘Islam’. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang yang
ditakrifkan sebagai ‘Melayu’ ialah seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam
bahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu dan, i) Lahir sebelum Hari Merdeka, di
Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di
Singapura, atau pada hari Merdeka itu, adalah berdomisil3 di Persekutuan atau di Singapura ;
atau ii) Dia adalah keturunan seorang yang tersebut. Agama Islam telah menjadi agama
anutan orang Melayu semenjak 500 tahun dahulu. Walaupun pernah dijajah oleh 3 buah
kuasa besar bukan beragama Islam, masyarakat Melayu masih mengekalkan dan berpegang
teguh kepada ajaran Islam. Ini kerana dari sudut hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu
telah berada di bawah pemerintahan dan bidang kuasa raja ataupun sultan. Selepas
kemerdekaan, agama Islam masih terpelihara.
Isu yang dibangkitkan berkaitan perkara ini ialah tuntutan penganut Kristian terhadap
penggunaan kalimah Allah. Presiden Pertubuhan Pembela Islam, Yusri Mohamad berkata,
“Adalah jelas, cara agresif dan konfrontasi masyarakat Kristian yang membawa kes-kes ke
3 Berdomisil bermaksud tempat tinggal yang sah dari seseorang atau tempat kediaman rasmi.
mahkamah, laporan polis mereka di seluruh negara dan kenyataan media (mereka) sama ada
penggunaan kalimah Allah ataupun isu al-Kitab dalam bahasa Melayu.” (Rahim 2011). Kata
Yusri lagi, usaha halus untuk memurtadkan umat Islam bermula dengan ‘mengelirukan’
mereka dengan menggunakan istilah-istilah yang dipinjam dari Islam (Rahim 2011). Yusri
juga menerangkan bahawa tuntutan penganut Kristian ini mempunyai agenda tersendiri,
“Dalam resolusi hari ini, mereka ada satu strategi untuk menyebarkan dan menjinakkan umat
umat Islam dengan agama Kristian dengan menggunakan istilah yang biasa dan selesa
digunakan orang Islam,” (Rahim 2011). “Ini semua boleh dikaitkan dengan gerakan untuk
menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam,” (Rahim 2011).
Bukan itu sahaja, Perwakilan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACCA), Ann Wan
Seng juga bersetuju bahawa terdapat usaha halus oleh masyarakat Kristian untuk
memurtadkan umat Islam di negara ini. Kata Ann Wan Seng lagi,
“Ia cukup halus umpama garam di makanan anda. Awak tidak boleh melihatnya,
rasanya tidak terlalu masin tetapi awak akan tahu ia ada di situ. Dan ia cukup berkesan,”
(Rahim 2011)
Kenyataan beliau disokong dengan maklumat yang diberi Mufti Perak, bahawasanya
bilangan umat Islam yang telah murtad mencecah lebih 200 ribu orang dan beliau berani
bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuatnya itu(Rahim 2011). Menurutnya, angka
tersebut diperolehi daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang memberitahunya
maklumat tersebut diperolehi dari sumber yang sahih(Rahim 2011). Menurut beliau lagi,
angka itu mungkin bertambah kerana angka yang diberikan merupakan maklumat tiga tahun
yang lalu. (Rahim 2011). Keputusan tuntutan penganut Kristian ini, nyata tidak memihak
kepada mereka. Keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),
“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah membincangkan Isu
Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah
memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama
dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama
bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang
terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap
kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang
telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia bukan secara semberono. Malah, mereka mengambil kira faktor
sensitiviti keagamaan dan dalam pada masa yang sama menghormati Perlembagaan
Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia. Walaupun terdapat kebebasan
beragama di Malaysia namun, ia tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh
menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam, menurut Perkara 11 (4)
Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama
tertinggi dalam negara. Di sini dapat kita lihat, Malaysia berjaya mengamalkan salah satu
prinsip sebuah negara demokratik di mana perlembagaan menjadi tonggak sebagai undang-
undang tertinggi di Malaysia.
Walaupun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan, tetapi secara harmoninya,
penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama
mereka. Ini bukan sahaja diperuntukkan dalam Perkara 3 (1) di atas, malah ditekankan lagi
dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa, Tiap-tiap orang adalah
berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4),
mengembangkan agamanya. Malah, Perkara 11 (3) Perlembagaan memberikan hak kepada
penganut agama-agama ini termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya
sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan
khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang (Musa Awang, 2011).
Selain daripada itu, elemen kedua yang akan dibincangkan ialah bahasa. Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan
bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi4. Tulisan rasmi bahasa melayu juga
dinyatakan di dalam artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun,
penggunaan jawi tidak dilarang. Menelusuri sejarah, bahasa melayu telah digunakan sebagai
bahasa pengantara di gugusan kepulauan melayu sejak berabad lamanya. Bahasa melayu
telah digunakan oleh kerajaan Srivijaya sejak abad ke-7 sebagai bahasa kebangsaan dan
empayar kerajaan Srivijaya telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi empayar terbesar
pertama di serantau nusantara. Sebelum perang dunia kedua, bahasa melayu telah digunakan
secara meluas di dalam segala urusan pentadbiran dan surat menyurat pegawai Inggeris yang
ingin berkhidmat di sini haruslah pandai bertutur bahasa Melayu. Namun selepas perang
dunia kedua, dasar penggunaan bahasa melayu di dalam urusan pentadbiran semakin
dilupuskan dan digantikan dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara urusan rasmi.
Namun masih terdapat di sesetengah perkara yang masih menggunakan bahasa melayu
sebagai bahasa rasmi. Contohnya, hal-hal berkaitan dengan urusan istana, maka bahasa
melayu boleh digunakan sebagai menghormati raja dan sultan melayu sebagai ketua adat
istiadat melayu. Namun setelah pemansuhan Malayan Union dan digantikan dengan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, bahasa Melayu kembali mendapat mandat yang
sebenarnya dan dijadikan bahasa kebangsaan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Di
bawah perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut:
4 Tujuan-tujuan rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, sama ada negara atau semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan dalam bahasa Melayu.
“Bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan Undang-undang oleh Parlimen pemberian taraf
‘kebangsaan’ kepada bahasa melayu memberi impak yang besar kepada bahasa melayu dan
secara automatik manjadi bahasa perantara kepada segala urusan yang melibatkan urusan
rasmi kerajaan.”
Isu yang dibangkitkan berkaitan perkara di atas ialah pengenalan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), yang telah termaktub
sebagai keputusan Dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri
pada 19 Julai 2002 (Anon). Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada
sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat
Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah
Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah
Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008 (Anon). Namun, dasar
ini dikecam hebat oleh pejuang-pejuang bahasa Melayu. Kontroversi yang menyelubungi isu
penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, mencerminkan
bahawa Umno telah 'tergelincir' daripada matlamat parti itu yang selama ini berjuang untuk
mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, kata Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Khalid
Jaafar (Anon, 2002). Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus
penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua
subjek tersebut (Jimadie 2009). Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap
5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian
pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam (Jimadie
2009). Memetik ucapan seorang sasterawan yang tersohor, Dr. Anwar Ridhwan,
“Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah
negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya,
sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara,”
(Jimadie 2009)
Memetik kata-kata seorang lagi sasterawan negara, Datuk A. Samad Said, “Jika
demonstrasi besar membantah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh
dijadikan penentuan akhirnya,” (Jimadie 2009). Katanya lagi, “Jika masih gagal, ia perlu
diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir. Gunalah undi secara
bijaksana.” (Jimadie 2009).
Isu ini akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila bekas Perdana Menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi berharap pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dapat diterima dengan baik oleh semua pihak
agar tidak mengundang masalah di kemudian hari (Anon 2011). Pengumuman pemansuhan
PPSMI dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin
Yassin selepas mengambil kira hasil kajian bahawa sebahagian besar sekolah tidak
melaksanakan PPSMI, sebaliknya menggunakan dwi bahasa dalam proses pembelajaran dua
subjek itu (Anon 2011). Keputusan ini adalah berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan, yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.
Keputusan yang diambil kerajaan untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini dapat mencerminkan bahawa
Malaysia sekali lagi berjaya mengamalkan prinsip demokrasi bertunjangkan Perlembagaan
negara ini sendiri. Walaupun terdapat ‘ketergelinciran’ kerana dasar PPSMI ini diluluskan
pada awalnya, namun isu ini dapat diselesaikan apabila kita selidiki dan menjadikan
perlembagaan sebagai fokus utama dan panduan selaku undang-undang tertinggi negara.
Kesimpulannya, Malaysia berjalan sesuai dengan ciri-ciri demokrasi, berdasarkan isu-
isu serta penyelesaian yang telah dijalankan dalam menentukan sesuatu keputusan.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai satu garis panduan untuk pemerintahan
negara. Tanpa perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan sukar dilaksanakan.
Perlembagaan, sebagai salah satu ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan sistem
demokrasi, berjaya mengawal rakyat Malaysia walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan
bangsa.
4.0 Rujukan
Anon. 2002. Umno didakwa tergelincir dalam memperjuangkan bahasa Melayu.
Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/12572. [8 Disember 2012].
Anon. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Ingggeris (PPSMI).
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/36-mengenai-
pendidikan/4255-pengajaran-dan-pembelajaran-sains-dan-matematik-dalam-bahasa-
inggeris-ppsmi-.html [8 Disember 2012].
Anon. Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Portal Rasmi
Fatwa Malaysia. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-
penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah [8 Disember 2012].
Anon. 2011. Pak Lah harap pemansuhan PPSMI diterima semua. Malaysiakini.
http://www.malaysiakini.com/news/180651 [8 Disember 2012].
Abdul Rahim Sabri. 2011. PEMBELA: Agama Kristian ancaman terbesar Islam.
Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/163512 [8 Disember 2012].
Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (pnys.). 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
James W. Prothro and Charles M. Grigg. 1960. Fundamental Principles of Democracy: Bases
of Agreement and Disagreement. The Journal of Politics, 22, pp 276-294
doi:10.2307/2127359
Dahl, R. A. Modern Political Analysis. 1963. Englewood Cliffs, N. J.: Prentice-Hall.
Dalton, P. J. & Dexter, R. S. Constitutional Law. 1976.
Diamond, L. & Plattner, M. F. 1992. Capitalism, Socialism and Democracy Revisited.
Baltimore and London:The John Hopkins University Press.
Hasnah Hussiin & Dr Seri Lanang Jaya Hj Rohani. 2010. Pengajian Malaysia. Open
University Malaysia: Pearson Prentice Hall.
Intan. Malaysia Kita. t.th. Kuala Lumpur: International Law Book Services
Jefferson, T. 1969. Democracy. New York: Greenwood Press, Publishers.
Jimadie Shah Othman. 2009. Kajian: Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI. Malaysiakini.
http://www.malaysiakini.com/news/100432 [8 Disember 2012].
Jimadie Shah Othman. 2009. Samad Said: Jika demo gagal, undi protes PPSMI.
Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/97289 [8 Disember 2012].
Jimadie Shah Othman. 2009. Lagi tokoh sastera tolak PPSMI. Malaysiakini.
http://www.malaysiakini.com/news/104965 [8 Disember 2012].
Muammar Al-Qathafi. t.th. The Green Book. t.tp.: Biro Rakyat Jamahiriya Rakyat Sosialis
Arab Libya.
Pickles, D. 1970. Democracy. London: Methuen & Co Ltd.
Rapar, J. H. 1988. Filsafat Politik: Aristoteles. Jakarta: Rajawali Pers.
Perlembagaan. Federal Constitution 2010.