Post on 03-Dec-2015
description
Cabaran(A.Ghafar Ibrahim)
Babak 1
Perbualan Yahya, Mariah, Firdaus,Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi pada
masa sekarang iaitu cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran. Kemunduran berpunca
daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan bersikap negatif . Zainal dianggap
mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit apabila Zainal tidak mahu menerima
pendapat orang lain.
Babak 2
Perbualan berlangsung antara Yahya dan Mariah tentang sikap masyarakat yang suka bertekak
dan berbual kosong. Mariah mengatakan masyarakat kita miskin namun bercita-cita tinggi.
Yahya mencadangkan agar masyarakat mencari jalan untuk mengumpul wang dan
kemudiannya berniaga agar boleh menubuhkan yayasan. Hal ini dapat membantu anak-anak
ke universiti. Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan.Pertubuhan tersebut telah
mengadakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama.
Babak 3
Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak.Firdaus
menjelaskan masyarakat sendiri yang bersikap lemah dan beku. Hani mempersoalkan sikap
pemuda yang tidak berubah ke arah kebaikan. Firdaus pula menegaskan sikap kerjasama
amat penting dalam masyarakat kampung yang kekurangan modal.
Babak 4
Babak ini mengimbas kembali sikap Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji
ketika berkempen bagi meraih undi.
Babak 5
Yahya berpendapat orang Melayu mesti melibatkan diri dalam bidang perusahaan jika ingin
maju. Pendapatnya disanggah oleh Zainal yang menjadikan penutupan Syarikat Kilang Padi
sebagai bukti orang Melayu belum layak melibatkan diri dalam bidang tersebut. Firdaus
139
Sinopsis
memaklumkan sebab sebenar penutupan kilang tersebut yang berpunca daripada orang kita
yang gelap mata. Zainal menyindir rakan-rakannya yang bercita-cita besar. Namun Firdaus
menegaskan orang Melayu tidak boleh lagi merendah diri jika tidak mahu ditindas suatu hari
nanti. Dia mengajak masyarakat Melayu menjadi generasi yang progresif dan dinamis. Husin
juga bersetuju dengan pandangan dan ajakan Firdaus bersandarkan contoh kepimpinan Nabi
Muhammad.
Babak 6
Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan
permuafakatan.
Perubahan sikap dan pemikiran generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus dan Yahya
mempunyai gagasan fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara perubahan
yang cuba diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dengan
harapan dapat membela masyarakat.
i. Penentangan arus perubahan. Persoalan ini dapat dilihat daripada watak Zainal yang
sentiasa tidak mahu mengikut arus perkembangan.
ii. Kepentingan berpegang pada janji. Perkara ini dapat dilihat dalam watak Yang
Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji semasa berkempen untuk pilihan
raya.
iii. Kepentingan kejujuran dalam memegang amanah. Hal ini dapat dilihat melalui sikap
orang-orang yang menggelapkan keuntungan syarikat sehingga kilang padi terpaksa
ditutup.
iv. Keperluan perubahan sikap dalam masyarakat. Perkara ini dapat dilihat dalam watak-
watak seperti Yahya dan Firdaus yang mahukan perubahan dalam masyarakatnya.
140
Pemikiran
Persoalan
Contohnya Yahya telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat untuk membantu rakyat
desa.
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula
dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.
Pembinaan plot
Empat peringkat garapan plot:
i. Permulaan
Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang
dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan
pelajaran. Kemunduran masyarakat adalah disebabkan sikap masyarakat yang suka
membuang masa.
ii. Perkembangan
Perbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap anak-anak muda mereka yang
berbual kosong. Yahya mencadangkan pengumpulan dana agar dapat menubuhkan
yayasan untuk membantu anak-anak ke universiti.
iii. Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan dan telah mengutip wang bagi tabung
pelajaran agar dapat membela nasib rakyat desa.
Mereka juga menyediakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat
Bekerjasama.
Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak.
Mereka seharusnya sanggup berubah ke arah kebaikan.
Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju
serta berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.
141
Plot
Yahya menyindir sikap pemimpin yang mudah lupa akan orang bawahan. Yahya teringat
kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera jika mereka
menyokongnya.
Zainal berpandangan negatif terhadap penglibatan masyarakat Melayu dalam bidang
perniagaan.
iv. Klimaks
Firdaus menegaskan masyarakat Melayu tidak boleh berlembut atau merendah diri lagi.
Baginya adat resam yang tidak sesuai harus ditinggalkan sebaliknya masyarakat harus
mencipta generasi yang dinamis dan progresif.
v. Peleraian
Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari
kekuatan permuafakatan.
i. Imbas Kembali
Contoh: Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen
menjelang pilihan raya sedikit masa dahulu.
ii. Dialog
Contoh: Firdaus : Salah kita juga Ani. Salah aku. Salah engkau.
Hani : Ani tak mengaku salah, Ani.
iii. Monolog
Contoh: Yahya bercakap pada diri sendiri sambil menyindir Yang Berhormat mudah lupa
akan jasa yang dilakukan oleh orang-orang bawahan.
142
Teknik Penceritaan
Watak Utama
Yahya
i. Ketua Pemuda Parti dan suami Mariah.
ii. Pemuda kampung bersemangat tinggi.
Contoh: Yahya mahu masyarakat Melayu berani mengkritik diri sendiri demi mencapai
kemajuan.
iii. Berpandangan jauh dan berpendirian tegas.
Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca
kemunduran masyarakat Melayu.
iv. Gigih berusaha.
Contoh: Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa.
Watak Sampingan
1. Firdaus
i. Berfikiran positif.
Contoh: Firdaus yakin masyarakat Melayu sanggup bertungkus lumus.
ii. Pemuda yang tetap pendirian.
Contoh: Firdaus percaya masyarakat Melayu layak menjalankan perusahaan walaupun
disanggah oleh Zainal.
iii. Bijak berhujah.
Contoh: Firdaus mematahkan setiap sindiran Zainal.
2. Zainal
i. Berfikiran negatif.
Contoh: Zainal tidak yakin masyarakat Melayu boleh terlibat dalam bidang perusahaan.
143
Watak dan Perwatakan
ii. Mementingkan diri sendiri.
Contoh: Zainal menganggap setiap individu hanya perlu berusaha untuk diri sendiri.
2. Osman
i. Ahli parlimen.
ii. Pandai berkata-kata.
Contoh: Osman dapat mempengaruhi pengundi sewaktu berkempen.
Latar Masa
i. Malam :
Contoh: Beberapa orang pemuda iaitu Yahya, Mariah, Firdaus, Hani. Zainal dan Husin
berbual-bual tentang kemajuan masyarakat mereka di rumah Yahya.
ii. Petang :
Contoh: Yahya, Zainal, Firdaus dan Husin berbual-bual tentang berita yang tersiar di
dada akhbar tentang kerugian Syarikat Kilang Padi di balai raya
Latar Tempat
i. Rumah Yahya
Contoh: Beberapa anak muda berbual-bual selepas makan malam mengenai pemikiran
masyarakat yang tidak mahu menerima perubahan.
ii. Rumah Firdaus
Contoh: Hani meluahkan rasa kecewa setelah melihat anak-anak muda menghabiskan
masa dengan duduk di tepi jalan.
iii. Balai raya
Contoh: Berlaku perbincangan hangat mengenai masyarakat kita perlu menerajui
ekonomi kerana perusahaan adalah punca kemajuan sebuah negara.
144
Latar
Contoh: Perbincangan mengenai masyarakat kita perlu sedar dan bergerak seiring
dengan arus perubahan semasa.
Latar Masyarakat
i. Masyarakat kampung yang tidak mahu berubah.
Contoh: Yahya menyatakan bahawa penduduk kampung hanya rajin menanam bunga,
tetapi tidak mahu menanam sayur-sayuran.
ii. Masyarakat yang mahukan perubahan.
Contoh: Pemuda kampung seperti Yahya dan Firdaus mempunyai pandangan yang jauh
untuk mengubah kehidupan penduduk desa.
iii. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Contoh: Zainal berfikiran sempit dan tidak mahu menerima perubahan.
iv. Masyarakat yang berusaha membela nasib bangsa sendiri.
Contoh: Yahya dan penduduk kampung telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat
Desa dan menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama.
v. Masyarakat yang suka membazir masa.
Contoh: Ramai pemuda kampung bertenggek di tepi tembok batu dengan membuang
masa.
vi. Masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama.
Contoh: Husin dan Firdaus mengaitkan agama dengan cara kehidupan masyarakat
sekarang dan mencontohi cara kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.
i. Peribahasa
Contoh: Hangat-hangat tahi ayam., cakap besar dan tahi tersangkut di gelegar.
145
Gaya Bahasa
ii. Kata ganda
Contoh: Tuan-tuan, puan-puan
iii. Kata Pinjaman
Contoh: Flasback, transistor
i. Nilai permuafakatan.
Contoh: Yahya dan rakan-rakan berjaya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa
bagi membantu masyarakat Melayu kampung mereka.
ii. Nilai ketegasan.
Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca
kemunduran masyarakat Melayu.
iii. Nilai kegiigihan.
Contoh; Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan Barisan pembela Rakyat Desa.
i. Kita hendaklah menerima perubahan mengikut kesesuaian zaman.
Contoh: Yahya ingin mengubah masyarakat yang tidak maju dalam bidang ekonomi
kepada masyarakat yang pandai berniaga.
ii. Kita mestilah menunaikan janji.
Contoh: Yang Berhormat Encik Osman seorang pemimpin yang berjanji kepada
masyarakat namun beliau hanya pandai berkata-kata.
iii. Kita mestilah menjelaskan hutang apabila kita berhutang dengan seseorang.
Contoh: Masyarakat suka berhutang di kedai runcit tetapi tidak mahu membayarnya.
iv. Kita hendaklah memanfaatkan masa lapang.
Contoh: Hani tidak suka melihat remaja kampungnya yang suka melepak.
146
Nilai
Pengajaran
v. Kita hendaklah bijak memilih.
Contoh: Penduduk kampung lebih suka menanam bunga daripada menanam sayur.
vi. Kita hendaklah berpandangan jauh.
Contoh: Firdaus matang dalam memberi pendapat tentang sikap masyarakat.
i. Mengapakah Kedai Haji Dollah mengalami kerugian?
ii. Mengapakah Zainal dianggap pemuda yang berfikiran sempit?
i. Kedai Haji Dollah mengalami kerugian kerana masyarakat di kampong tersebut suka
berhutang dan tidak membayar hutang tersebut.
ii. Zainal dianggap pemuda yang berfikiran sempit kerana dia tidak mahu menerima
perubahan dan mementingkan diri.
147
Soalan
Jawapan
Sebuah Perjuangan(Ab Manaf Kamarudin)
Babak 1
Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas
agar menentang kompeni Inggeris kerana kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku
Sultan Hashim Jalilul Alam.
Babak 2
Jahul melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa beliau
berkuasa di Sungai Padas. Hal ini membangkitkan kemarahan Pegawai Inggeris kerana
Sungai Padas telah pun dipajak oleh Tuanku Sultan Brunei kepada mereka. Pegawai Inggeris
memberi hadiah kepada Jahul sebagai penghargaan atas maklumat yang diberikan.
Babak 3
Pangeran Syahbandar dan Awang mengesyaki ada tali barut yang menfitnah Pangeran
Syahbandar kepada penduduk kampung. Mereka bertekad untuk bertindak terhadap penduduk
kampung yang belot.
Babak 4
Satu pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan pembelot.
Babak 5
Jahul memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar telah menyerang dan
menawan penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan membuat
bantahan kepada Sultan Brunei agar menghentikan kegiatan Pangeran Syahbandar yang
menentang kompeni Inggeris.
Babak 6
Tunku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan
penentangan. Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan hasutan Inggeris. Beliau
bertegas tetap meneruskan perjuangan.
148
Sinopsis
Babak 7
Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis-polis kompeni Inggeris.
Mereka berjaya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris.
Babak 8
Di pejabat, Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan
pihaknya kerugian. Kedegilan Pangeran Syahbandar akan dibalas kerana pihak Inggeris telah
mendapat kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas kota Manggalela iaitu
kubu kuat Pangeran Syahbandar.
Babak 9
Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis kompeni. Pangeran
Syahbandar mahu semua pengikutnya berwaspada walaupun pihak kompeni telah berundur.
Babak 10
Pegawai Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar membina kubu
untuk menahan serangan kompeni Inggeris tetapi pihaknya tidak akan berputus asa dan akan
menyerang sekali lagi kubu tersebut. Kompeni Inggeris juga mendapatkan bantuan polis Sikh
dari Perak yang mempunyai senjata api yang lebih lengkap.
Babak 11
Keadaan kelam kabut berlaku kerana tembakan meriam daripada polis kompeni yang
menyerang kubu Pangeran Syahbandar sekali lagi. Awang berasa cemas kerana bilangan polis
kompeni yang ramai dan dibantu oleh polis Sikh manakala pihaknya hanya mempunyai senjata
lembing dan keris. Pangeran Syahbandar memberi kata-kata semangat agar berjuang habis-
habisan.
Babak 12
Pertempuran berlarutan, Awang memberitahu Pangeran Syahbandar bahawa mereka tidak
boleh bertahan kerana ramai pengikut telah terkorban. Pangeran Syahbandar menyatakan
mereka tidak akan mengaku kalah. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan
Gabenor untuk berunding dan menghentikan peperangan. Akhirnya Pangeran Syahbandar
149
bersetuju tetapi pengunduran mereka bukan bererti mereka tewas. Pangeran Syahbandar dan
pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada kompeni Inggeris.
Drama ini mengetengahkan pemikiran perjuangan anak watan menentang penjajahan.
Drama ini menyorot kisah perjuangan Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris di
Sungai Padas. Pangeran Syahbandar bertegas bahawa kawasan Sungai Padas merupakan
hak milik Sultan Hashim Jalilul Alam yang mesti dipertahankan oleh penduduk watan. Pangeran
Syahbandar sanggup menentang serangan kompeni Inggeris walaupun mereka bertempur
dalam keadaan serba kekurangan.
i. Kepentingan mempertahankan hak kebebasan memerintah di negara sendiri.
Contoh: Pangeran Syahbandar bertegas agar kawasan Sungai Padas diuruskan oleh
anak watan.
ii. Pengkhianatan terhadap bangsa sendiri.
Contoh: Jahul sanggup menjadi tali barut Pegawai Inggeris.
iii. Kepentingan bekerjasama dalam mempertahankan tanah air.
Contoh: Pangeran Syahbandar dan orang kampung menentang Kompeni Inggeris
walaupun tidak mempunyai senjata yang lengkap.
iv. Kebijaksanaan dalam menghadapi musuh.
Contoh: Pangeran Syahbandar dan pengikutnya telah membuat persediaan awal
menentang kompeni Inggeris dengan membina kubu yang kuat.
150
Pemikiran
Persoalan
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula
dengan Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai
Padas dan diakhiri dengan Pangeran Syahbandar bersetuju menyerah kalah apabila melihat
anak buahnya terkorban.
Pembinaan plot
Empat peringkat garapan plot:
i. Permulaan
Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai
Padas. Beliau menyeru penduduk kampung menentang kompeni Inggeris
kerana daerah ini ialah kawasan mereka.
ii. Perkembangan
Di pejabat Pegawai Inggeris, Jahul melaporkan berita tentang Pangeran Syahbandar
yang memberitahu beliau berkuasa di Sungai Padas kerana itu tidak termasuk dalam
kawasan pajakan Inggeris.
Pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan
pembelot. Pangeran Syahbandar telah mengarahkan pengikut-pengikutnya memburu dan
menangkap pembelot-pembelot.
Pegawai Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Brunei supaya menghentikan
tindakan Pangeran Syahbandar menentang kompeni.
Tuanku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan
menghentikan penentangan terhadap kompeni tetapi tidak diendahkan.
Pertempuran dan tembak-menembak antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis
kompeni. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya menyerang,
membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris. Ramai polis kompeni dibunuh dan
senjata api dirampas.
151
Plot
Tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pegawai Inggeris mendapatkan
kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas Kota Manggalela iaitu kubu
kuat Pangeran Syahbandar.
iii. Klimaks
Keadaan kelam kabut berlaku apabila serangan sekali lagi dilakukan oleh kompeni
Inggeris dengan bantuan polis Sikh. Bilangan polis kompeni lebih ramai jika dibandingkan
dengan pengikut-pengikut Pangeran Syahbandar. Awang berasa cemas tetapi Pangeran
Syahbandar memberi kata semangat supaya berjuang habis-habisan.
iv. Peleraian
Awang menyatakan bahawa mereka tidak dapat bertahan lagi kerana ramai orang
mereka yang terkorban. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan gabenor
supaya berunding dan menghentikan peperangan. Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi
mereka bukan menyerah kalah. Semangat mereka tetap kekal untuk menentang penjajah.
Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya keluar daripada kubu dan menyerah diri.
i. Teknik Pemerian
Contoh: Pengarang mengarapkan teknik pemerian dalam babak pertempuran antara
pengikut Pangeran Syahbandar dengan polis Kompeni.
ii. Teknik dialog
Contoh: Jahul:(sedikit gugup) Betul tuan. Saya tidak salah dengar,tuan.
iii. Teknik kejutan
Contoh: Kota Manggalela diserang secara tiba-tiba oleh pihak Inggeris dengan bantuan
anggota polis Sikh dari Perak selepas Pangeran Syahbandar menyangka mereka telah
berundur.
152
Teknik Penceritaan
Watak Utama
Pangeran Syahbandar
i. Tokoh pejuang di Sungai Padas.
ii. Pemimpin yang berani.
Contoh: Pangeran Syahbandar tidak gentar menentang kumpulan kompeni Inggeris
yang ramai.
iii. Pemimpin yang tegas.
Contoh: Pangeran Syahbandar bertegas meneruskan perjuangan menentang Inggeris
walaupun Tuanku Sultan mahu mereka menghentikan penentangan terhadap Kompeni
Inggeris.
iv. Pemimpin yang rasional.
Contoh: Pangeran Syahbandar sanggup berunding dan berdamai dengan Kompeni
Inggeris setelah pengikut-pengikutnya semakin ramai terkorban.
v. Pemimpin yang berkaliber.
Contoh: Pangeran Syahbandar telah berjaya mengarahkan pengikut-pengikutnya
menangkap pembelot.
vi. Pemimpin yang bijak.
Contoh: Pangeran Syahbandar telah membuat persediaan yang rapi dengan membina
kubu sebagai pertahanan menentang musuh.
Watak Sampingan
Awang
i. Pembantu kepada Pangeran Syahbandar.
Contoh: Awang sentiasa membantu Pangeran Syahbandar semasa menentang
Kompeni Inggeris.
153
Watak dan Perwatakan
ii. Pemuda yang cinta akan tanah air.
Contoh: Awang bersama-sama Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris
yang ingin menguasai kawasan Sungai Padas.
iii. Berfikiran jauh.
Contoh: Awang mencadangkan Pangeran Syahbandar supaya berunding dan
menghentikan peperangan.
Jahul
i. Tali barut Inggeris.
Contoh: Jahul sentiasa melaporkan kegiatan Pangeran Syahbandar dan pengikut-
pengikutnya kepada Pegawai Inggeris.
ii. Pemuda yang mudah termakan pujukan.
Contoh: Jahul bersetuju memberikan maklumat apabila Pegawai Inggeris memberi
hadiah.
Pegawai Inggeris
i. Wakil kompeni Inggeris di Sungai Padas.
ii. Bijak mengatur strategi.
Contoh: Pegawai Inggeris pandai memujuk Jahul untuk mendapatkan maklumat dengan
memberikan ganjaran kepada Jahul.
Latar Masa
i. Berlaku hampir 4 bulan
Contoh: Awang menyatakan pertempuran antara pengikut Pangeran Syahbandar
dengan Kompeni Inggeris sudah berlarutan hampir 4 bulan.
154
Latar
ii. Waktu malam.
Contoh: Pertempuran berlaku antara pihak Kompeni Inggeris dengan pengikut Pengeran
Syahbandar di Kota Manggalela.
iii. Waktu pagi.
Contoh: Jahul melaporkan berita Pangeran Syahbandar mendakwa dia berkuasa di
kawasan Sungai Padas kepada Pegawai Inggeris.
Latar Tempat
i. Di kawasan Sungai Padas.
Contoh: Pangeran Syahbandar memberi ucapan kepada penduduk kampung bahawa
Kompeni Inggeris tidak berhak melarang mereka mencari nafkah di bumi mereka
sendiri.
ii. Pejabat Pegawai Inggeris.
Contoh: Perbualan antara Jahul dan Pegawai Inggeris tentang perkara yang berlaku di
kawasan Sungai Padas.
iii. Kubu Kota Manggalela.
Contoh: Kompeni Inggeris membedil kota Manggalela sebagai serangan balas.
Latar Masyarakat
i. Masyarakat kampung yang mudah dipengaruhi.
Contoh: Terdapat penduduk kampung Kawasan Sungai Padas menyokong kompeni
Inggeris dan menjadi pembelot.
ii. Masyarakat yang mengkhianati bangsanya sendiri.
Contoh: Jahul memberi maklumat mengenai Pangeran Syahbandar kepada Kompeni
Inggeris.
iii. Masyarakat penjajah.
Contoh: Kompeni Inggeris bertegas mahu menguasai kawasan Sungai Padas.
155
iv. Masyarakat pemimpin yang bertimbang rasa.
Contoh: Pangeran Syahbandar hanya akan mengutip cukai sekadar yang termampu
oleh penduduk.
i. Kata pinjaman(bahasa Inggeris)
Contoh: what, special for you, coming
ii. Peribahasa
Contoh: Biar berputih tulang, jangan berputih mata, alang-alang mandi biar basah,
kepala batu, biar kita mati berkalang tanah
iii. Kata ganda
Contoh: tercunggap-cungap, saudara-saudara dan polis-polis
iv. Sinkof/sinkope
Contoh: tu, tak kan, tapi
i. Nilai semangat cinta akan tanah air
Contoh: Pangeran Syahbandar sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan
kawasan Sungai Padas.
ii. Nilai kesetiaan
Contoh: Awang menyokong tindakan Pangeran Syahbandar demi mempertahankan tanah
air daripada kekuasaan Kompeni Inggeris.
iii. Nilai bersatu padu
Contoh: Pangeran Syahbandar, Awang, dan pengikut-pengikutnya bersatu padu dalam
menentang Kompeni Inggeris sehingga ramai yang terkorban.
156
Gaya Bahasa
Nilai
iv. Nilai keberanian
Contoh: Pangeran Syahbandar dan Awang sanggup mati demi menegakkan hak mereka.
Mereka juga berani menyerang pihak Kompeni Inggeris walaupun tidak mempunyai
kelengkapan senjata yang sesuai.
v. Nilai rasional
Contoh: Pangeran Syahbandar menerima pendapat Awang untuk berdamai dengan pihak
Kompeni Inggeris agar tidak ramai yang menjadi korban.
i. Kita haruslah mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan.
Contoh: Pangeran Syahbandar berjuang habis-habisan untuk mempertahankan
kawasan Sungai Padas.
ii. Kita hendaklah bersatu padu menentang penjajah.
Contoh: Pengikut-pengikut kampung bersama-sama Pangeran Syahbandar dan Awang
bersatu padu menentang Kompeni Inggeris.
iii. Kita hendaklah berani menentang penjajah.
Contoh: Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya berani menentang Kompeni
Inggeris.
iv. Kita mestilah setia kepada ketua.
Contoh: Pangeran Syahbandar sentiasa disokong oleh Awang dalam mempertahankan
tanah air.
157
Pengajaran
i. Apakah laporan yang disampaikan oleh Jahul kepada Pegawai Inggeris?
ii. Mengapakah pangeran Syahbandar ingin menyerah diri?
i. Laporan yang disampaikan oleh Jahul kepada Pegawai Inggeris ialah Pangeran
Syahbandar berkuasa di kawasan Sungai Padas dan Pangeran Syahbandar dan
pengikut telah menyerang dan menawan penduduk yang menyokong Inggeris.
ii. Pangeran Syahbandar ingin menyerah diri untuk mengelakkan lebih banyak nyawa
terkorban.
158
Soalan
Jawapan