Dulu keciciran, kini pemenang Biasiswa UniSIM kelam itu sudah terbenam de-ngan dirinya baru-baru ini...

Post on 28-Apr-2019

231 views 0 download

Transcript of Dulu keciciran, kini pemenang Biasiswa UniSIM kelam itu sudah terbenam de-ngan dirinya baru-baru ini...

KETIKA meniti usia remaja, jiwamuda Encik Muhammad Rozaidi Ju-madi pernah memberontak, hilangminat dan arah tuju serta pudar ke-inginan belajar lagi sejurus wang ga-ji ada dalam tangan.

Beliau bahkan diberhentikandaripada kursus Diploma Proses Per-niagaan dan Kejuruteraan daripadaPoliteknik Temasek selepas gagaldalam peperiksaannya dan seringponteng sekolah.

Bagaimanapun, sejarah silamyang kelam itu sudah terbenam de-ngan dirinya baru-baru ini meraihBiasiswa Universiti SIM (UniSIM)bagi melanjutkan pengajian ijazahdalam bidang Binaan dan Penguru-san Projek.

Ketika dihubungi Gah!, EncikMuhammad Rozaidi, 27 tahun,yang baru tiga bulan berumah tang-ga, berkata:

“Saya pernah lalui tempoh hi-lang minat belajar selepas sibuk be-kerja sambilan mengangkat bagasidi lapangan terbang.

“Ketika itu, semua empat adiksaya masih bersekolah. Sebagaiabang sulung, saya tahu keluargahidup susah, tetapi pada masa yangsama, saya pun nakal.

“Ponteng sekolah, tak hadiri ku-liah dan tak lulus peperiksaan sudahmenjadi lumrah. Ada duit dalam ta-ngan, saya sangka sudah memadai.Tak payah nak belajar lagi.”

Beliau hanya berada di Po-liteknik Temasek hingga tahun ke-dua.

Bagaimanapun, setelah meng-harungi Perkhidmatan Negara (NS),Encik Muhammad Rozaidi mula se-dar kelulusan Sijil Am Peperiksaan(GCE) Peringkat ‘O’ sahaja tidakcukup bagi membangun kerjayayang menjamin masa depan.

Selepas itu, beliau menggagahi se-mangat agar memohon ke beberapapoliteknik dan institusi seni sepertiAkademi Seni Halus Nanyang(Nafa).

Walaupun permohonannya se-ring ditolak kerana rekod diberhen-tikan daripada politeknik, beliauakhirnya diterima mengikuti kursusDiploma Kejuruteraan Mekatronikdi Politeknik Nanyang.

BERSEMANGAT BELAJAR“Saya sebenarnya tak minat kur-

sus kejuruteraan mekatronik, tapigara-gara tidak mahu membuangmasa begitu sahaja, saya teruskan sa-haja mengambil kursus ini.

“Alhamdulillah, saya temui ra-kan-rakan sekursus berbangsa Me-layu yang bersemangat belajar, dansecara bersama kami bulatkantekad mengusahakan yang terbaiksampailah dapat keputusan yangbaik saban tahun,” ceritanya, yangmeraih Gred Purata Mata (GPA)3.84 bagi kursus diplomanya itu.

Encik Muhammad Rozaidi, kiniteknisyen di syarikat kajian, inginmempertingkat kemahirannya danmemilih bidang Binaan dan Peng-

urusan Projek yang kekuranganbakat setempat.

Beliau menerima dorongan dari-pada isterinya, Cik Nurul AtikaTajri, 24 tahun, seorang eksekutifoperasi di syarikat logistik. Cik Nu-rul Atika juga siswazah pemasaranyang baru lulus daripada UniversitiMurdoch, Australia.

Ibu bapa Encik MuhammadRozaidi, Encik Jumadi Salleh, 53tahun, seorang pegawai keselama-tan; dan Cik Rosnah Ismail, 50tahun, guru prasekolah, juga tidakpernah berputus asa dengan diri-nya.

DALAMI BIDANG BINAANEncik Muhammad Rozaidi berka-

ta: “Isteri saya merupakan peng-galak utama dalam saya memper-tingkat diri saya. Katanya, janganjadikan status sudah berkahwin se-bagai halangan mengejar cita-cita.Kalau dah ada anak pun, kita masihboleh sambung belajar.

“Memandangkan saya baru beru-mah tangga dan memantapkan ke-wangan keluarga, Biasiswa UniSIMitu memang amat dialu-alukan bagimeringankan beban kewangan.

“Saya bertekad mendalamibidang binaan dan pengurusan pro-jek sebab ia adalah sektor yang buatmasa ini diceburi bakat asing. Kitaperlukan karyawan setempat sebabbanyak kerja pembinaan yang dilak-sanakan saban hari di negara cang-gih seperti Singapura.”

Apakah pesanan Encik Muham-mad Rozaidi kepada belia yang men-cari arah tuju?

“Jangan sia-siakan peluang bela-jar dan kalau gagal atau diberhenti-kan sekolah, carilah bidang kepaka-ran atau minat anda untuk dijadikankerjaya masa depan,” katanya.

Dulu keciciran,kini pemenang

Biasiswa UniSIM

TULANG BELAKANG CIPTA KEJAYAAN: Encik Muhammad Rozaidi Jumadi (tengah), yang menerima Biasiswa Universiti SIM(UniSIM) bernilai $32,000 bagi meneruskan pengajian dalam bidang binaan dan pengurusan projek, mendapat dorongandaripada (dari kiri), ibu mentuanya, Cik Jamaliah Ahmad; isterinya, Cik Nurul Atika Tajri; ibunya, Cik Rosnah Ismail; dan bapanya,Encik Jumadi Salleh. – Foto UNISIM

Pernah diberhentikandaripada politeknik,

tetapi bangkit semuladan akan lanjut

pengajiandi peringkat ijazah