Erik Erickson

Post on 13-May-2017

222 views 0 download

Transcript of Erik Erickson

Teori Erik Erickson

Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan(Lahir ke 1 tahun)

Bayi perlu mempunyai hubungan

yang erat, mendapat kasih sayang

dan kepercayaan daripada penjaga.

Sekiranya gagal, ketidakpercayaan

akan timbul.

Autonomi lawan keraguan (1 – 3 tahun)

Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini

tertumpu kepada perkembangan fizikal.

Sekirannya berjaya dan menerima sokongan

menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan

diri. Sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu

terhadap keupayaan diri.

Inisiatif lawan rasa bersalah (4 – 5 tahun)

Kanak-kanak cuba untuk

berdikari, ada inisiatif untuk

melakukan sesuatu sendiri,

sekiranya gagal boleh rasa

bersalah.

Industri lawan rasa rendah diri(6 – 11 tahun)

Kanak-kanak perlu menguasai

kemahiran-kemahiran tertentu di

alam persekolahan, kegagalan akan

membawa rasa rendah diri dan tiada

keupayaan.

      Identiti lawan kekeliruan identiti    

(12 – 18 tahun)

Mencari identiti diri bagi golongan

remaja dalam perkerjaan,

kemahiran, jantina dan bersosial.

Keintiman lawan keasingan (18 – 35 tahun)

Mula membentuk keintiman dalam

hubungan, menuju ke arah perkhawinan

dan membina kerjaya. Kegagalan

membawa kepada perasaan terasing

dan tersisih.

Generativiti lawan kekakuan (35 – 65 tahun)

Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik.

Kegagalan membawa kepada perasaan

mementingkan diri sendiri.

Integriti lawan kekecewaan (65 ke atas)

Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan kerjaya.

Kegagalan membawa kepada kesedihan dan

kekecewaan.