Post on 24-Dec-2015
description
1.0 Pendahuluan
Malaysia merupakan Negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan
keturunan. Hal ini telah mewujudkan perbezaan dari segi latar belakang, status budaya
dan status sosial dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa serta
budaya .Sehubungan dengan itu konsep intergrasi nasional sangat ditekankan oleh
kerajaan bagi membentuk kesatuan bagi merapatkan jurang perbezaan serta
menyatukan kefahaman serta fikiran dalam masyarakat majmuk di Negara kita ini.
Integrasi budaya bertujuan untuk menyatukan antara semua negeri di Malaysia
khususnya penyatuan antara negeri – negeri di semenanjung dengan sabah dan
serawak bagi membentuk satu bangsa Malaysia sekaligus mencapai matlamat
1Malaysia.
Oleh itu, guru sewajarnya memahami konsep integrasi nasional serta matlamat-
matlamat yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Hal ini demikian kerana guru
merupakan salah satu wasilah kearah penyatuan antara bangsa dan kaum di Negara
kita. Guru berperanan menjadi agen untuk memberi kefahaman kepada para pelajar
agar memahami konsep kepelbagaian bangsa yang wujud serta aplikasinya kepada
diri, bangsa dan Negara.
1.1 Budaya
1.1.1 Pengertian dan konsep budaya
Mejoriti pengkaji budaya dan masyarakat telah memberi takrif yang pelbagai tentang
konsep budaya mengikut pandangan masing-masing.
Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang
terbentuk daripada perkataan buddhi ( budi atau akal) yang dikaitkan dengan budi dan
akal manusia. Dalam bahasa inggeris pula, budaya disebut sebagai culture yang
berasal daripada bahasa latin iaitu colere bermaksud mengolah atau mengerjakan.
Di samping itu, menurut kamus dewan ( 2007 ) mendifinikan budaya sebagai tamadun,
peradaban, kemajuan akal fikiran dan akal budi. Manakala kebudayaan pula dijelaskan
sebagai cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir.
Kebudayaan juga merupakan hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan
dan kerohanian sesuatu masyarakat.
Menurut koentjaraningrat ( 2002), budaya merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil
manusia yang berasaskan proses pembelajaran. Budaya dalam difinisi diatas
mencakupi hampir semua aspek kehidupan manusia. Hal ini bermaksud budaya dapat
dipelajari secara individu atau sekumpulan individu dalam aspek kehidupan mereka.
Tambah koentjaraningrat lagi, budaya mengandungi tujuh unsur utama, iaitu :
a) Agama dan upaya keagamaan
b) System dan organisasi kemasyarakatan
c) Sistem pengetahuan
d) Bahasa
e) Kesenian
f) System ekonomi
g) Sistem teknogi dan peralatan.
Menurut beliau ketujuh tujuh unsur inilah yang membentuk suatu budaya secara
keseluruhanya.
Pada pandangan A. Aziz Deraman ( 1994 ) pula, beliau mengatakan bahawa sifat
budaya adala universal dan tetap dari segi paradoksnya. Pada masa yang sama
terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Namun begitu, terdapat persamaan antara ciri-ciri budaya.
Ciri-ciri budaya dalam suatu kelompok ialah :
a) Budaya perlu dipelajari
b) Dikongsi
c) Bersifat sejagat
d) Boleh diwarisi
e) Berubah-ubah
f) Mempunyai unsur simbolik
g) Adanya pandangan semester ( word view )
Menurut tafsiran yang dibuat oleh Mohd Taib Osman ( 1988 ) di dalam buku budaya
dan pembelajaran karangan Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin
Miskon, beliau menyatakan bahawa budaya merupakan satu himpunan kelengkapan
intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
Menurut Selo Soemardjan dan soelaiman Seomardi bersepakat bahawa budaya
merupakan satu alat menghasilkan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebua
masyarakat. Penghasilan karya atau kesnian tersebut dipersembahkan dalam pelbagai
bentuk yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat.
Secara kesimpulanya, budaya dari segi bahasa merupakansatu cara hidup yang
diamalkan dalam masyarakat pada hari ini. Dari segi istilah pula budaya ialah satu gaya
hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan,
pandangan dan tabiat berfikir seseorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau
situasi. Budaya dapat dikaitan dengan interaksi individu dengan masyarakat
sekelilingnya. Budaya merupakan warisan social manusia, cara pemikiran, perasaan
dan tingkah laku yang boleh diwarisi.Budaya adalah hak masyarakat yang akan
menentukan bentuk tingkah laku mereka.
1.1.2 komponen budaya
Masyarakat majmuk khususnya di Malaysia kaya dengan pelbagai budaya.
Kepelbagaian budaya ini boleh dilihat dari segi cara berfikir, cara hidup, komunikasi
sosial,taraf ekonomi, ilmu pengetahuan, tingkah laku dan sebagainya. Walaupun
perbezaan ini kelihatan agak ketara antara budaya suatu kelompok dan satu kelompok
yang lain, sebenarnya ada lima unsur utama budaya dalam setiap kelompok
masyarakat iaitu :
a) Symbol dan lambang
b) Bahasa
c) Nilai dan kepercayaan
d) Norma
e) Teknologi, resam dan mores
Simbol atau lambang
Simbol atau lambang iaitu merupakan suatu tanda yang melambangkan sesuatu
kelompok atau bangsa yang berkongsi budaya yang sama. Kebiasaanya symbol atau
lambing dikhususkan kepada objek fizikal. Sebagai contoh, masyarakat melayu akan
dilambangkan dengan objek keris. Apabila orang terlihat sahaja keris pasti orang akan
melihat kepada masyarakat melayu. Keris bermaksud kebaranian dan kepahlawanan.
Lambang untuk kaum cina pula ialah naga.
Bahasa
Bahasa merupakan alat komunikasi. Bahasa juga bole menjadi symbol atau lambing
sesuatu bangsa atau kelompok budaya. Bahasa digunakan untuk berinteraksi atau
kelompok masyarakat baik intraksi lisan ataupon bukan lisan. Sebagai conto,
masyarakat melayu mempunyai bahasa dan gaya bahasa yang tersendiri contohnya
terdapat pelbagai bahasa kiasan, bidalan atau pepatah yang digunakan dalam interaksi
dalam masyarakat melayu. Contohnya pepatah melayu “ berat sama dipikul, ringan
Naga dan singa lambing kaum cina
sama dijinjing “ yang bermaksud semangat kerjasama dalam kehidupan seharian.
Bahasa juga melambangkan corak pemikiran dan amalan seharian sesuatu bangsa
tersebut. Namun kebiasaanya, bahasa ini hanya akan difahami oleh kelompok yang
menggunakan bahasa tersebut sahaja. Sebagai contoh, masyarakat kadazan dan iban
akan menggunakan dialek mereka bila mereka berinteraksi antara satu sama lain.
Namun apabila orang lain mendengar apa yang mereka perkatakan, sudah tentu
mereka tidak faham kerana bahasa atau dialek tersebut hanya digunakan oleh bangsa
atau kelompok mereka sahaja. Namun dengan usaha transmisi bahasa yang dilakukan
oleh kerajaan seperti, bengkel-bengkel, serta mewujudkan kamus-kamus, suatu hari
nanti suatu bangsa yang lain boleh merinteraksi dengan menggunakan bahasa atau
dialek asing daripada bahasa mereka sendiri.
Nilai dan kepercayaan.
Kepercayaan merupakan rumusan tentang masa lalu, menerangkan tentang masa kini
dan meramalkan masa yang akan dating. Nilai pula bermaksud, idea yang abstrak serta
dikongsi bersama tentang apa yang betol, diingingi dan dihormati. Nilai ialah prinsip-
prinsip umum yang berasaskan kepercayaan, iaitu yang dianggap benar, betol dan
sebaliknya. Secara umumnya, nilai iala menjelaskan sesuatu yang patut dilakukan dan
kepercayaan pula merujuk kepada sesuatu yang betol atau sebenar.
Disamping itu nilai ini bersifat sejagat dan universal. Misalnya setiap masyarakat
mempunyai nilai baik dan buruk terhadap sesuatu perkara. Perkara tersebut mesti
dipatuhi oleh masyarakat tersebut. Sebagai contoh, masyarakat melayu menekankan
nilai berbudi bahasa dengan orang yang lebih tua dan mengasihi golongan yang lebih
muda. Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.
Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara,
tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal
kelahiran, perkahwinan dan kematian. Sebagai contoh Terdapat banyak pantang larang
yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka tidak dibenarkan
melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan
mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak
mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan
menghindari bayi dari terkena badi.
Norma
Norma merupakan peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang
dijangka akan dipatuhi ole setiap anggota masyarakat ( kamus dewan, 2007 ). Selain
itu, norma dikaitkan dengan peraturan dan jangkaan yang membimbing perlakuan
seseorang ahli masyarakat. Hal ini bermakna, norma bermaksud cara seseorang
individu itu seharusnya bertingka laku. Norman ini juga adalah standart peraturan yang
dipersetujui dalam masyarakat.
Terdapat norma proskriptif iaitu menggariskan apa yang tidak sepatunya
dilakukandan norma preskriptif pula bermaksud apa yang boleh dilakukan. Contoh
dalam masyarakat melayu terdapat norma semasa berlaku kematian. Semasa
Melayu : Hormati yang tua dan sayangi yang muda Cina : Jaga pantang larang semasa mengandung
menziarari kubur ada norma pemakaian yang tela ditetapkan oleh masyarakat melayu
dan ia mesti diikuti oleh semua masyarakat melayu semasa berlaku kematian dan
menziarahi kubur.
Teknologi, Resam dan Mores.
Teknologi merupakan artifak dan kaedah yang digunakan dalam kehidupan seharian
sesuatu kelompok sosial. Teknologi juga merupakan satu gagasan pengetahuan praktis
dan peralatan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan tenaga serta mengubah
persekitaran untuk kegunaan manusia.
Resam pula bermaksud adat kebiasaan atau peraturan yagng mnejadi adat.
Misalnya dalam upacara peminangan dalam masyarakat melayu, peminangan
dilakukan oleh orang lelaki bukan orang perempuan. Sekiranya wanita yang pergi
meminang lelaki ianya kelihatan janggal dan menyalahi adat walaupon sebenarnya ia
bukan sesuatu yang bertentangan dengan agama islam.
Mores pula bermaksud norma yang kuat. Manusia meletakkan kepentingan
moral dan mores ini dan ianya tiada toleransi dalam hal ini. Mereka percaya bahawa
mores amat penting bagi menentukan masyarakat yang bersopan santun dan teratur.
Oleh itu siapa yang melanggar mores ini akan dikecam. Contohnya, anak lelaki
sewajarnya menghormati ibu bapa. Sekiranya anak lelaki tersebut tidak menghormati
ibu bapa mores dalam masyarakat melayu akan melabelkan anak tersebut sebagai
derhaka.
1.2 Konsep kepelbagaian kelompok di Malaysia
Dalam memahami pengertian dan konsep kepelbagaian kelompok di Malaysia , kita
juga perlu jelas dengan beberapa konsep berikut :
1.2.1 Etnik
Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya
yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan
bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat
biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam
konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapt pelbagai kelompok etnik yang hidup
berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan
ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandanganmengenai
kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang melayu,
india, cina, kadazan dusun, melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik
pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar,
betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta
dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.
Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada
rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu
kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada
kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah
kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat
daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang
melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.
“ … Etnosentrisme cenderung memandang rendah orang-orang yang dianggap asing,
etnosentrisme memandang dan mengukur budaya asing dengan budayanya sendiri. “
( The Random House Dictionary ).
Ada satu suku Eskimo yang menyebut diri mereka suku Inuit yang berarti “penduduk
sejati” [Herbert, 1973, hal.2]. Sumner menyebutkan pandangan ini sebagai
etnosentrisme, yang secara formal didefinisikan sebagai “pandangan bahwa
kelompoknya sendiri” adalah pusat segalanya dan semua kelompok lain dibandingkan
dan dinilai sesuai dengan standar kelompok tadi [Sumner, 1906, hal.13]. Secara kurang
formal etnosentrisme adalah kebiasaan setiap kelompok untuk menganggap
kebudayaan kelompoknya sebagai kebudayaan yang paling baik.
Etnosentrisme terjadi jika masing-masing budaya menolak bercampur dengan
kebudayaan lain. Porter dan Samovar mendefinisikan etnosentrisme dengan
menuturkan, “Sumber utama pertelingkahan budaya dalam sikap adalah etnosentrisme,
yaitu kecenderungan memandang orang lain secara tidak sedar dengan menggunakan
kelompok kita sendiri dan kebiasaan kita sendiri sebagai kriteria untuk penilaian.
Kecenderungan etnosentrisme berkait rapat dengan kemampuan belajar dan
berprestasi. Dalam buku The Authoritarian Personality, Adorno (1950) menemukan
bahwa orang-orang etnosentrisme cenderung kurang terpelajar, kurang bergaul, dan
pemeluk agama yang fanatik. Dalam pendekatan ini, etnosentrisme didefinisikan
terutama sebagai kesetiaan yang kuat dan tanpa kritik pada kelompok etnik atau
bangsa sendiri disertai prasangka terhadap kelompok etnik dan bangsa lain. Yang
ertinya orang yang etnosentrisme susah berasimilasi dengan bangsa lain, bahkan
dalam proses belajar-mengajar.
1.2.2 Ras
Ras adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang memiliki ciri-ciri fizikal yang
diwarisi secara genetik. Terdapat tiga ras yang dominan iaitu Caucasian (kulit putih),
Negroid (kulit hitam) dan Mongoloid (kulit kuning). Warna kulit merupakan ciri utama
bagi menentukan ras seseorang. Rupa bentuk fizikal seperti rambut,paras wajah,bentuk
kepala dan kumpulan darah juga digunakan untuk menentukan ras. Walau
bagaimanapun hasil daripada evolusi manusia telah menyebabkan wujudnya
pertindihan sebahagian kriteria antara ras. Oleh itu sangat sukar untuk membuat
perbezaan yang tepat. Sebagai contoh, kumpulan Polynesian memiliki rupa paras
yang mengelirukan. Mitos ras ini telah digunakan bagi menentukan perasaan
keagungan sesebuah kumpulan ras.
1.2.3 Minoriti
Perkataan minority tidak merujuk kepada bilangan penduduk aau statistiknya.
Sebenarnya kumpulan minority ini merujuk kepada kumpulan yang lebih rendah
kedudukannya,statusnya dan sering didikriminasikan. Kreteria untuk menentukan satu
kumpulan itu menoriti atau tidak iala ras dan etnik.
1.2.4 Masyarakat
Masyarakat ialah satu konsep yang paling penting dalam memahami hubungan etnik.
Terdapat pelbagai pendapat yang diberikan dalam mendefinisikan konsep masyarakat.
Ralph Linton (1936) melihat masyarakat sebagai “kelompok manusia yang telah cukup
lama hidup bersama dan saling bekerjasama sehingga dapat mengorganisasikan diri
dan meletakkan diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas
tertentu”. Lucy Mair (1965) pula menyatakan “masyarakat adalah satu gagasan yang
terdiri daripada manusia yang saling berhubungan secara kolektif dengan mampunyai
hak dan tanggungjawab yang saling mengiktiraf”. Menurut definisi Kamus Dewan
(2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat
dengan peraturan dan cara tertentu. Secara umumnya masyarakat boleh didefinisikan
sebagai sekumpulan manusia hidup bersama, saling berhubungan dan bekerjasama,
mempunyai kesatuan sosial, serta sentiasa membina kebudayaan. Secara umum,
masyarakat mengalami proses evolusi dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Bermula
dengan masyarakat primitif, masyarakat berubah kepada masyarakat menternak,
masyarakat holtikultur dan tani. Keempat-empat tahap ini dikenali sebagai masyarakat
tradisional. Masyarakat terus berkembang daripada masyarakat tradisional kepada
masyarakat moden seperti masyarakat industri, masyarakat pascaindustri dan
masyarakat sains dan teknologi. Perkembangannya adalah berbentuk sehala dan
berterusan.
Ciri-ciri utama masyarakat ialah :
a) Berkelompok
b) Berbudaya
c) Mengalami perubahan
d) Berinteraksi ( dalaman dan dengan pihak luar )
1.2.5 Kelompok
Kelompok merupakan sekumpulan yang memiliki kesedaran yang sama tentang
keanggotaan ahlinya, sering berinteraksi dan dibentuk oleh masyarakat.Terdapat dua
jenis kelompok iaitu kelompok asas dan kelompok sekunder. Jarak interaksi bagi
kelompok yang berlainan adalah berbeza beza. Kelompok asas mempunyai ciri-ciri
berikut :
a) Interaksi bersemuka yang berterusan.
b) Identifikasi peribadi yang kuat dengan kelompok.
c) Hubungan kemesraan yang erat dalam kalangan ahli.
d) Hubungan yang pelbagai bentuk
e) Hubungan yang lebih berkekalan
Kelompok sekunder pula mempunyai ciri-ciri berikut :
a) Interaksi bersemuka dan terhad.
b) Identifikasi peribadi dengan kelompok lemah
c) Pertalian antara ali kelompok lemah
d) Hubungan antara ahli renggang dan terhad
e) Hubungan biasanya tidak berkekalan.
Hubungan kelompok sekunder biasanya tidak berkekalan. Individu anya mengenali
antara satu sama lain secara formal dan tidak melibatkan perasaan. Sebagai contoh,
kehidupan di Bandar Bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Biasanya individu akan
mengenali jiran terdekat atau rumah yang berampiran dengannya.hubungan sebegini
hanya melibatkan interaksi yang terhad. Berbeza dengan masyarakat kampong,
mereka saling kenal mengenali. Mereka hidup dalam suasana mahabbah dan
bergotong royong dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan atau pemermasalahan.
Oleh itu, dapatlah kita kategorikan mereka yang tinggal di pusat-pusat bandar ialah
kelompok sekunder.