Etiket Dan Keterampilan Diri 3

Post on 29-May-2017

329 views 5 download

Transcript of Etiket Dan Keterampilan Diri 3

BUDAYA MINDA KELAS PERTAMA (ETIKA)

NORAZLIN BINTI A.BAKAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

DEFINISI

Satu ilmu yang menjelaskan erti perilaku baik dan buruk, menerangkan apa seharusnya dilakukan oleh sesetengah manusia kepada yang lainnya

Ianya menyatakan tujuan yang harus diikuti oleh manusia dalam setiap perbuatan mereka

Ianya menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat

Merupakan panduan atau peraturan tidak formal yang mengawal cara bertindak dan kelakuan

anggota dalam kehidupan seharian

2. NILAI KEMBANGAN

• BERTANGGUNGJAWAB

• BERDEDIKASI

• BEKERJASAMA

• BERSIH

• BERBUDI MULIA

• IKHLAS

• TEKUN

• SEDERHANA

• SABAR

NILAI ETIKA DALAM PERKHIDMATAN

AWAM

1. NILAI TERAS

• BENAR

• AMANAH

• TELUS

• BERSYUKUR

• ADIL

3. NILAI ETIKA KERJA

ISLAM

• BERSYUKUR

• BERIMAN

• BERTAKWA

5. NILAI-NILAI PRODUKTIVITI/

KUALITI

• PRODUKTIVITI

• KUALITI

4. NILAI-NILAI

PROFESIONALISME

• BERILMU

• KREATIVITI

• INOVASI

• INTEGRITI

• NEUTRALITI

• AKAUNTABILITI

NILAI DAN ETIKA

DALAM

PERKHIDMATAN

AWAM

1. BENAR

Setiap amalan, tindakan dan perilaku hendaklah berasaskan kebenaran.

Haruslah :

- Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab

- Bercakap benar dan menepati janji

- Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan

- Bertindak berasaskan profesionalisma

- Memberikan arahan yang jelas dan tepat

- Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas

NILAI TERAS

2. AMANAH

Sesuatu yang diberi kepada orang lain untuk

dilaksanakannya.

Ciri-ciri orang yang amanah ialah:

i. Menggunakan masa sewaktu di pejabat dengan sebaik-baiknya;

ii. Membelanjakan harta awam mengikut peraturan-peraturan yang

ditetapkan;

iii. Tidak melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuah; dan

iv. Menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan.

NILAI TERAS

3. TELUS

Proses membuat tindakan dan keputusan

Maklumat perlu dihebahkan pada pihak yang berhak serta tidak bercangah dengan undang-undang dan peraturan.

Pentadbiran perlu bersikap terbuka

Makluman sesuatu keputusan kepada yang berhak

Menepati standard Kualiti Perkhidmatan

NILAI TERAS

4. BERSYUKUR

Sikap berterima kasih dan menghargai kejayaan

Menghargai setiap nikmat yang diterima

Menghargai kejayaan dan berkongsi bersama

Memberi pengiktirafan kepada yang layak

Sabar dan reda menerima ketetapan

Bersederhana

Berterima kasih

NILAI TERAS

5. ADIL

• Beri kepada yang berhak.

• Berani menilai diri sendiri dan orang lain secara bijaksana.

• Sama rata dan tidak memihak.

Ciri-ciri adil:

• Adil pada diri sendiri

• Adil kepada orang bawahan

• Adil kepada orang atasan

• Adil kepada teman sejawat.

NILAI TERAS

1. BERTANGGUNGJAWAB

Sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain yang mesti dilaksanakan.

Ciri-ciri sikap bertanggungjawab:

• Bersungguh-sungguh melaksanakan kerja;

• Melaksanakan kerja dengan sempurna;

• Rasa bersalah jikalau tugas yang dipikul tidak dapat

disempurnakan mengikut tahap piawai dan tempoh yang

telah ditetapkan; dan

• Menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

NILAI KEMBANGAN

NILAI KEMBANGAN

2. IKHLAS

Hati yang bersih, jujur dan suci.

Ciri-ciri pekerja yang ikhlas:

• Tidak menunjuk-nunjuk dalam melaksanakan tugas kepada

ketuanya;

• Tidak memilih-milih kerja dan melakukan apa saja tugas yang

telah diberikan; serta

• Melaksanakan sesuatu tugas dalam tempoh yang ditetapkan,

tanpa mengira waktu sama ada di pejabat atau selepas waktu

pejabat.

3. BERDEDIKASI

Pembaktian seseorang bagi melaksanakan tugas dengan

sempurna.

Ciri-ciri orang yang berdedikasi:

• Melaksanakan kerja tanpa mengharapkan sebarang

tambahan upahan, ganjaran dan puji-pujian

• Melaksanakan tugas dengan cepat, berkesan dan

berkualiti; dan

• Sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dirinya dan

bersedia menerima nasihat, teguran dan tunjuk ajar.

NILAI KEMBANGAN

4. BERDISIPLIN

Patuh kepada peraturan dan undang-undang.

Ciri-ciri pekerja berdisiplin:

• Patuh dan taat kepada peraturan dan arahan;

• Berpegang teguh dengan ajaran agama; dan

• Sentiasa menjaga imej dan maruah diri

daripada perbuatan cuai dan keji.

NILAI KEMBANGAN

5. BERSIH

Kebersihan dari aspek fizikal dan moral.

Ciri-ciri anggota yang bersih:

• Suka mengamalkan sikap bantu-membantu dan tolong-

menolong antara satu sama lain;

• Sentiasa menjaga kebersihan diri, pakaian yang kemas dan

bersih ke pejabat;

• Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan bersopan-

santun; dan

• Menjauhkan diri daripada perbuatan yang keji seperti rasuah,

pecah amanah dan juga penipuan.

NILAI KEMBANGAN

6. TEKUN

Bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu tugas.

Ciri-ciri ketekunan:

• Mengutamakan kepentingan tugas daripada diri supaya hasil

kerjanya benar-benar sempurna;

• Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan

perkhidmatan untuk kemajuan negara; dan

• Dapat meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti ke tahap

yang cemerlang.

NILAI KEMBANGAN

7. SEDERHANA

Sikap yang menentang akan sikap keterlaluan.

Ciri-ciri sederhana:

• Sedia menerima nasihat, cadangan dan

pendapat pandangan dari orang lain;

• Mudah memaafkan kesilapan orang lain; dan

• Bijaksana dalam membuat pertimbangan dan

keputusan.

NILAI KEMBANGAN

8. BERBUDI MULIA (PERKHIDMATAN PELANGGAN)

Tingkahlaku yang baik dan percakapan yang bersopan-santun.

Ciri-ciri berbudi mulia:

• Bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas;

• Memberi layanan dengan wajah yang manis dan bersopan-

santun;

• Bertindak dengan kelakuan yang menyenangkan;

• Bersedia membantu orang lain dengan tangan yang

terbuka; dan

• Bertimbang rasa dan bertolak ansur.

NILAI KEMBANGAN

9. BERSOPAN-SANTUN (PERKHIDMATAN

PELANGGAN)

ii. Peringkat Pemprosesan

Perkhidmatan dengan cekap dan tepat.

• Bersopan-santun bila bercakap.

• Layan pelanggan mengikut giliran.

• Sabar menerima cadangan atau teguran.

iii. Peringkat Akhir Perkhidmatan

• Lafaz ucapan mesra.

• Ucap terima kasih dan salam.

NILAI KEMBANGAN

10. SABAR

Kekuatan dan ketahanan diri dalam menerima kesusahan

Sentiasa menganggap tekanan kerja dan kesukaran merupakan cubaan dari Tuhan

Individu yang sabar mempunyai sifat berhemah, bersopan santun dan tenang dalam menghadapi situasi cemas serta mencabar

Kakitangan yang mempunyai nilai ini akan mencapai kesempurnaan serta membawa keharmonian

NILAI KEMBANGAN

1. BERSYUKUR

Kesediaan dan dengan rasa rendah diri mengaku sebarang nikmat ALLAH

dan berterima kasih kepadanya.

Ciri-ciri bersyukur:

• Bekerja dengan penuh tekun dan sabar;

• Menerima nasihat, teguran dan tunjuk ajar dengan hati terbuka;

• Patuh kepada peraturan dan arahan;

• Sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjayakan sesuatu

tugas; dan

• Menganggap kerja sebagai satu ibadah.

NILAI ETIKA KERJA ISLAM

2. BERIMAN

Aman atau membentuk keadaan aman dan

tenteram.

Ciri kakitangan beriman:

• Menjadi pekerja yang bersih, cekap dan

amanah; dan

• Mencegah kejahatan dan kejahilan.

NILAI ETIKA KERJA ISLAM

3. BERTAKWA

Mentaati, tunduk dan patuh kepada suruhan ALLAH serta

menjauhi segala laranganNya.

Sifat pegawai awam yang bertakwa:

• Suka memberi maaf;

• Menepati janji;

• Tidak terdedah kepada keraguan dan syak;

• Mempunyai sifat kesabaran;

• Adil dalam pertimbangan dan keputusan; dan

• Takutkan kepada ALLAH.

NILAI ETIKA KERJA ISLAM

1. Kebolehpercayaan

2. Keikhlasan

3. Akauntabiliti

4. Dedikasi

5. Bersyukur

6. Kesederhanaan

7. Konsistensi

8. Kebersihan

9. Disiplin

10.Kerjasama

11.Keadilan

(Trustworthiness) – amanah

(Sincerity) – iqlas

(Accountability)

(Dedication)

(Gratefulness)

(Moderation)

(Consistency) – istiqamah

(Cleanliness)

(Discipline) – aqlakh

(Cooperation)

(Justice) – al-‟adl

SIFAT-SIFAT TERPUJI DALAM ISLAM

(EKSEKUTIF DAN PENTADBIR)

1. BERILMU

• Tujuan berilmu ialah untuk kepentingan

hidup di dunia yang meliputi kebahagiaan

ukhrawi.

• Kepentingan berilmu ialah mewujudkan

keadilan daripada tindakan berasaskan

ilmu.

• Usaha mencari ilmu sangat dituntut oleh

agama Islam.

NILAI-NILAI PROFESIONALISMA

2. KREATIVITI DAN INOVASI

Kreativiti:

Kemampuan atau kebolehan mencipta.

Inovasi:

Sesuatu yang baru yang diperkenalkan atau

dimaklumkan, contoh: kaedah, sistem, adat dan lain-

lain.

Ciri-ciri kreativiti:

• Sentiasa mencari idea dan kaedah baru.

• Berani mencuba teknik dan kaedah baru.

• Suka bermain dengan idea.

NILAI-NILAI PROFESIONALISMA

3. INTEGRITI

Satu nilai penting yang perlu ada pada setiap anggota awam (amanah,

jujur, boleh dipercayai dan juga sentiasa memelihara kepentingan

awam tanpa mengira diri sendiri).

Sifat integriti:

• Mementingkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan

peribadi;

• Menepati masa;

• Tidak suka kepada pembaziran; dan

• Tidak rasuah dan menyeleweng.

NILAI-NILAI PROFESIONALISMA

4. NEUTRALITI/ BERKECUALI

• Tidak memihak kepada mana-mana

kumpulan termasuk parti politik.

• Para pegawai perlu bersedia dan

berusaha melaksanakan dasar,

program dan aktiviti yang dirancang

Kerajaan.

NILAI-NILAI PROFESIONALISMA

. AKAUNTABILITI

Tanggungjawab seseorang terhadap tugas-tugas yang perlu

dilaksanakan.

Tindakan yang perlu bagi meningkatkan akauntabiliti:

i. Menyatakan dengan jelas akauntabiliti bagi setiap tugas dan

tanggungjawab;

ii. Menerapkan rasa tanggungjawab terhadap kerja;

iii. Dokumenkan secara bertulis undang-undang, prosedur,

peraturan dan arahan-arahan yang spesifik;

iv. Sistem kawalan kewangan;

v. Sistem pengawalan dan pengawasan seperti audit;

vi. Penguatkuasaan arahan dan peraturan jabatan secara

berkesan; dan

vii. Di peringkat individu: ditingkatkan perubahan diri secara positif.

NILAI-NILAI PROFESIONALISMA

NILAI PRODUKTIVITI DAN KUALITI

1. PRODUKTIVITI

i. Peningkatan output sebagai indikator produktiviti

• Contoh : Jurutaip – dulu menaip 10 surat, sekarang

mampu menaip 12 surat.

• Produktiviti telah meningkat.

ii. Pengurangan kos sebagai indikator peningkatan

produktiviti

• Contoh : INTAN membelanjakan RM 40,000 untuk

mengendalikan satu kursus induksi, tetapi

kini perbelanjaan bagi kursus tersebut

dapat dikurangkan kepada RM 30,000.

1. PRODUKTIVITI

iii. Kaedah-kaedah peningkat produktiviti

• Pertambahan output tanpa pertambahan input.

Contoh : INTAN menambah bilangan kursus tanpa

menambah bilangan kakitangan.

• Pengurangan masa tanpa input tambahan

Contoh : JPJ memendekkan masa pengeluaran lesen

kenderaan daripada 30 minit kepada 5 minit.

• Pengurangan kos

Contoh : Menjimatkan penggunaan kertas.

NILAI PRODUKTIVITI DAN KUALITI

1. PRODUKTIVITI

iv. Faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti

• Teknologi moden - komputer, faksimili

• Bahan-bahan - bahan berkualiti dan

elak pembaziran

• Tenaga manusia - latihan dan motivasi

• Struktur organisasi - fleksibel dan mudah

diubahsuai

NILAI PRODUKTIVITI DAN KUALITI

2. KUALITI

Memenuhi kehendak pelanggan dari segi memberi perkhidmatan

- Menepati standard yang telah ditetapkan

- Ciri-ciri kualiti:-

• Perkhidmatan yang cepat

• Keselesaan

• Sopan santun

• Menepati masa

• Ketepatan masa

• Ketekapan fakta

• Zero defects

- Tindakan berorientasikan kualiti

• Program latihan kepada kakitangan

• Dasar-dasar kualiti matlamat pengurusan dan organisasi

NILAI PRODUKTIVITI DAN KUALITI

PERLAKUAN YANG TIDAK BERETIKA

Perbuatan melanggar undang-undang negara dan boleh dikenakan hukuman

Perbuatan bercanggah dengan prinsip-prinsip moral dan etika yang diamalkan

oleh masyarakat

Perbuatan dilakukan bukan atas tujuan awam sebaliknya disebabkan oleh

tekanan-tekanan seperti kepentingan kekeluargaan, politik, agama atau suku

kaum

Cabaran Etika- Rumusan

(Cubaan berat dalam menegakkan kebenaran)

„Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan‟

Surah Al Maa-idah (5), ayat 8.

“ Keindahan yang kelihatan pada seseorang itu bukanlah kerana pakaian yang menghiasnya tetapi keindahan yang sebenarnya adalah ilmu, nilai, etika dan adab yang dipraktikkannya ”

BUDAYA MINDA KELAS PERTAMA

(KETERAMPILAN DIRI)

TAKRIF KETERAMPILAN DIRI

“Keterampilan Diri”

sebagai alat kelengkapan

kemuliaan keperibadian

untuk membina, membela

dan memelihara harga diri

apabila berdamping dengan

orang lain”

ETIKET

Definisi

Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun sama ada dalam kehidupan harian, dalam hubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk rasmi atau tidak rasmi

“Penampilan diri memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan anda, Penampilan yang berkeyakinan, boleh dipercayai, amanah, jujur, ikhlas, merendah diri dan banyak perkara yang anda tahu menjadi faktor kepada kejayaan anda. Maka perbaiki mana-mana perkara yang perlu diperbaiki dan praktik sepenuhnya secara berterusan”

Dr Mansor bin Mat Isa SEAFDEC-MFRDMD

PENAMPILAN DIRI

DALAMAN LUARAN

Nilai Peribadi Asas

Mengutamakan Pelanggan

Nilai Kepimpinan

Nilai Profesionalisme

Nilai Produktiviti/Kualiti

Nilai Keagamaan

Pakaian

Penampilan

Perwatakan

Komunikasi

‘Body Langguage’

1

2

3

4

5

Pamerkan air muka yang mesra dan

senyum

Bersifat peramah

dan melafazkan doa (salam)

Perkenalkan diri,bersalam dan tunjukkan minat

Ingat nama orang yang baru anda

kenali

Perlihatkan keyakinan

diri dan rasa selesa

PETUA PENAMPILAN DIRI

YANG POSITIF

YANG PERLU ANDA TAHU

RASMI DAN FORMAL

RASMI RASMI

DAN

FORMAL TIDAK

RASMI

TETAPI

FORMAL SEPARA

RASMI

RASMI

Apa-apa jua aktiviti /

majlis/acara/ program yang dianjurkan di mana sumber peruntukan adalah dari

kerajaan iaitu Kementerian/

Jabatan/ Agensi dan lain – lain organisasi.

RASMI DAN FORMAL

Majlis/aktiviti/ program yang

sumber peruntukannya dari

kerajaan seperti hari bekerja

Isnin sehingga Jumaat di pejabat

majlis penuh

istiadat, majlis turun padang,

lawatan, majlis perasmian,

majlis jamuan (malam atau hujung minggu iaitu di luar

waktu rasmi bekerja).

TIDAK RASMI TETAPI FORMAL

Majlis/aktiviti/ program yang

sumbernya bukan dari kerajaan,

individu, pertubuhan,

kelab. Majlis dihadiri oleh

orang – orang kenamaan daripada senarai Keutamaan

Persekutuan dan Negeri terutamanya

yang melibatkan Ketua

Kerajaan/Agong/ Raja/Sultan/Menteri

Besar.

SEPARA RASMI

Majlis/aktiviti/ program seperti ,

hari keluarga atau kejohanan sukan

di mana sebahagian sumber

peruntukan dari kerajaan dan sebahagian

daripada wang kelab atau

pertubuhan seperti Kejohanan MAKSAK,

MAKSWIP, hari keluarga jabatan, aktiviti sukan dan riadah yang ditaja oleh kelab sukan.

GARIS PANDUAN ETIKA BERPAKAIAN DAN PENAMPILAN KE PEJABAT

CONTOH- CONTOH PAKAIAN RASMI

TATAHIAS KURANG SESUAI

PAKAIAN TURUN PADANG – BAJU

KORPORAT

Minyak Wangi Pilih yang lembut supaya ia tidak

melemaskan atau memeningkan

PEKELILING PEMAKAIAN

PENJAWAT AWAM

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1985

PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI

UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI

AWAM

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2006

FESYEN PAKAIAN ALTERNATIF SEBAGAI PAKAIAN SEMASA

BEKERJA DAN MENGHADIRI UPACARA RASMI

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2007

BAYARAN PAKAIAN ISTIADAT, BANTUAN BAYARAN PAKAIAN

BLACK TIE DAN BAYARAN PAKAIAN MENGHADIRI UPACARA

RASMI

PEKELILING PEMAKAIAN

PENJAWAT AWAM

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2008

PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA OLEH PEGAWAI AWAM

PADA HARI KHAMIS

.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2007

(PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT)

TANDA NAMA :

JABATAN HENDAKLAH MENYEDIAKAN TANDA NAMA KEPADA

SEMUA PEGAWAI.PEGAWAI HENDAKLAH MEMAKAI TANDA

NAMA YANG DISEDIAKAN OLEH JABATAN SEPANJANG MASA

BEKERJA.

KESESUAIAN JIKA (LELAKI)

Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher

Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher

Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang

Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang

Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang

Sambung …

Sesuaikan warna tali leher dengan baju Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak Elakkan memakai pakaian berjalur keseluruhan Sesuaikan warna stokin dengan seluar Kasut hendaklah bersih dan berkilat Stokin putih tidak sesuai dalam majlis

Tidak sedap mata memandang jika(Wanita)

Elakkan daripada memakai kain berkilat/berkilau pada siang hari

Elakkan daripada memakai satu warna sahaja

Elakkan melebihi empat warna pada satu masa

Pilihan warna kain berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan

Elakkan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai

Gunakan kain jenis lembut dan serap peluh dan tidak jarang

Penampilan Wanita

vii) Bila gunakan alat solek, jangan keterlaluan

viii) Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat

ix) Rambut hendaklah tersisir rapi

x) Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung

xi) Jika memakai mini telekong, warna tudung hendaklah bertentangan dengan warna baju

xii) Bila gunakan sarung kaki pilih warna bersesuaian dengan warna kulit

CARA / GAYA DUDUK

i. Masuk dari sebelah kanan kerusi jika keadaan membolehkan.

ii. Duduk tegak, jangan membongkok.

iii. Sandarkan badan ke belakang

iv. Rapatkan kedua-dua belah kaki dan lutut dan menyerong ke sebelah tepi.

v. Letakkan kedua belah tangan di atas riba.

CARA DUDUK

SOPAN KURANG SOPAN

CARA DUDUK

SOPAN KURANG SOPAN

PAKAIAN KE

PEJABAT

PEMATUHAN KEPADA

PERATURAN YANG

DITETAPKAN SESUAI

DENGAN JENIS

PEKERJAAN

KEMAS DAN TERURUS

BARANG KEMAS DAN

HIASAN DITAHAP

YANG PALING MINIMA

PEWANGI YANG

RINGAN

KEMAMPUAN EKONOMI

DIUTAMAKAN

KEBERSIHAN DIRI

DITITIKBERATKAN

KELIHATAN “CASUAL”

WARNA GARANG DAN BERKILAUAN

MENGANCAM

SOLEKAN TEBAL

BERSTOKIN BELANG/RENDA

KASUT YANG TIDAK TERJAGA

(KOTOR/BERLAPUK)

BERSELIPAR

BERKACA HITAM (JENIS BERKILAT) KETIKA DI DALAM

PEJABAT

BERKASUT TANPA STOKING

ROHANI

JASMANI

LAYANAN

BERBUDI BAHASA

SENYUMAN

MESRA

H

E

M

A

H

D

I

R

I

SENYUM Cara mudah supaya orang tertarik dan suka melihat kita

ialah SENYUMAN.

Senyum memberikan daya tarikan yang cukup hebat.

Senyum mampu menawan setiap hati yangmemandang.Biasanya apabila kita senyum pada orang, orang akan senyum kembali kepada kita.

Seseorangakan rasa dihargai apabila kita senyum kepadanya, sekaligus akan memberikan tanggapan baik pada kita.

Pujangga menyebut: “Senyuman itu kelopak.Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya. Jadi senyumlah selalu.. Ukirlah senyuman yang paling manis..”

TERIMA KASIH