Post on 05-Jun-2018
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2012
HBML 1203(SMP)
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NO MATRIKULASI : 731117125720001
NO KAD PENGENALAN : 731117-12-5720
NO TELEFON : 0145558117
EMAIL : mazz_min@yahoo.com.my
PUSAT PEMBELAJARAN : PPT Cawangan Tawau
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
2
KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pengenalan 3-5
2. Daerah Artikulasi 5-6
3. Alat Artikulasi 7-9
4. Penghasilan Bunyi Konsonan & Vokal 9-22
5. Bunyi Konsonan 23-40
6. Transkripsi 40-41
7. Definisi Fonem 41-42
8. Definisi Alofon 42-43
9. Perbezaan Fonem dan Alofon 43-44
10. Definisi Suprasegmental 44-46
11. Contoh Kepentingan Suprasegmental Dalam Pengajaran Lisan 47
12. Kesimpulan 47
RUJUKAN 48-49
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
3
1. Pengenalan
Tanpa kita sedari bahawa pembelajaran utama dan pertama yang diperolehi oleh manusia
adalah bahasa. Bahasa dalam hal ini tidak hanya memiliki pengertian sebagai serangkaian huruf
dan kata, akan tetapi meliputi seluruh persamaan komunikasi verbal mahupun nonverbal. Hal ini
secara alamiah dunia kebahasaan telah terintegrasi dalam diri setiap manusia.
Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting
dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini juga disebut sebagai bidang fonetik namun terdapat sedikit
perbezaan. Mari kita menelusuri lagi makna fonetik dan fonologi.
1.1 Definisi Fonetik
Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih
Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau
pertuturan manusia sejagat.
Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai
ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-
hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik
memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan
dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa
Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian
tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau
bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan
diinterpretasikan. Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
manusia (Indirawati Zahid, 2006). Fonetik ialah kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
4
jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu,fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan
organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan pendengaran (Ali Mahmood, 2010).
Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan
melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal,
dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).
Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) “the study of the
sounds human beings employ when speaking a language is phonetics”. Pernyataan yang
dinyatakan dapat kita terjemahkan yang bermaksud “pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh
manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik”.
Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik
dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan
oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Umumnya, ilmu fonetik ini
dibahagikan kepada fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik.
Malahan menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa
Melayu STPM dalam bab 11 bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang
dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.
Fonetik pula terbahagi kepada tiga cabang, organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan
pendengaran (auditori).
Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli linguistik saya dapati
bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud tersendiri. Bagi fonetik pula bermaksud bidang
yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia
memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.
1.2 Konsep Fonologi
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham juga, bidang fonologi mengkaji sistem
bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
5
pendapat Henderson yang menyatakan “ the study of the systematicorganization of selected
speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”.
Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, “ phonology is the
study of the function and patterning of speech sounds “ yang bermaksud “fonologi ialah kajian
tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula, fonologi ialah bidang
yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan
yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri.
Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu
STPM bab 11 bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu
bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik
dan fonemik.
Fonologi dapat didefinisikan sebagai satu bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi yang
tertentu dalam pertuturan khususnya bagi sesuatu bahasa.
2. Daerah Artikulasi
Daerah sebutan terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:
a). Bibir
Bibir atas dan bibir bawah. Kedua bibir ini dapat dirapatkan bagi membentuk bunyi yang
dinamakan dua bibir yang ertinya dua bibir bertemu. Bunyi seperti [p], [b], dan [m] adalah bunyi
bilabial.
b). Gigi
Untuk ujaran yang hanya gigi atas yang mempunyai peranan. Gigi ini dapat dirapatkan
kepada bibir bawah bagi membentuk bunyi yang dinamakan bibir gigi. Contoh bunyi seperti ini
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
6
adalah bunyi [f] dan [v]. Gigi juga dapat dirapatkan kepada hujung lidah bagi membentuk bunyi
dental seperti bunyi [t] dan [d] dalam bahasa Malaysia.
c). Gusi atau alveolar
Daerah ini berada betul-betul di belakang pangkal gigi atas. Hujung lidah dirapatkan ke -
gusi atas bagi membentuk bunyi yang dinamakan bunyi alveolar. Bunyi [t] dan [d] dalam bahasa
Inggeris adalah contoh bunyi alveolar.
d). Lelangit keras
Daerah ini terletak pada rongga atas mulut, iaitu di belakang daerah alveolar. Pada
daerah ini dapat dirapatkan bahagian depan lidah bagi membentuk bunyi yang dinamakan
alveopalatal seperti bunyi [c] dan [j].
e). Lelangit lembut:
Daerah ini, terletak pada bahagian belakang rongga mulut atas. Pada lelangit lembut ini
dapat dirapatkan bahagian belakang lidah bagi membentuk bunyi yang dinamakan velar seperti
bunyi [k] dan [g].
f). Uvula
Pada ujung rahang atas terdapat anak tekak yang dinamakan uvula. Uvula dapat
digerakkan bagi menutup saluran ke hidung atau membukanya. Bila uvula tidak d irapatkan
kepada bahagian atas faring maka bunyi udara keluar melalui hidung. Bunyi inilah yang
dinamakan bunyi sengau. Sebaliknya, bila uvula dirapatkan kepada dinding faring maka udara
disalurkan melalui mulut dan menghasilkan bunyi yang dinamakan bunyi oral.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
7
3. Alat Artikulasi
3.1 Fungsi alat artikulasi
a).Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi
bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah,
dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis
penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam
pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.Hujung lidah
merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk
membuat penyekatan.
b).Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.
Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam
penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
Rajah : A lat Artikulasi
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
8
c).Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri
daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan
mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada
rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga
mulut.
d).Gusi
Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam
rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang
berfungsi membuat penyekatan.
e).Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.
Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit
keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan
untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan,
rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan,
rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.
f).Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka
atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau
tidak.
g).Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan
bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang
yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
9
Rajah: Pita Suara
4. Penghasilan Bunyi Konsonan dan Vokal
4.1 Bunyi
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan
bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi
bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin
disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.
4.2 Bunyi Bahasa
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
10
Bunyi merupakan gelombang udara yang keluar daripada paru-paru seterusnya ke pita
suara, rongga tekak dan keluar rongga mulut atau hidung. Bunyi bahasa pula merupakan bunyi
yang berfungsi dalam pertuturan dan bunyi bukan bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat-
alat artikulasi tetapi tidak dianggap sebagai salah satu bahasa di dunia ini. Contohnya bunyi
batuk.
Bunyi bersuara dihasilkan semasa udara keluar melalui pita suara, pita suara agak rapat
dan berlakulah getaran. Manakala bunyi tak bersuara pula dihasilkan semasa udara keluar
melalui pita suara. Pita suara renggang atau terbuka dan tidak berlaku getaran. Pengelasan bunyi
dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu vokal, diftong dan konsonan.
Asmah Hj Omar (1986).
Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia
lain yakni dengan menggunakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat ujaran yang
terdapat di dalam tubuh manusia.
4.3 Penghasilan Bunyi
4.3.1 Bunyi Vokal
Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan
pengaliran udara. Bunyi vokal juga dikategorikan sebagai bunyi bersuara. Klasifikasi bunyi
vokal ditentukan dengan kedudukan lidah dan bentuk bibir. Ini melibatkan rongga mulut semasa
melafazkannya. Bentuk bibir dan saiz rongga mulut menentukan sama ada bunyi vokal yang
dilafazkan itu dalam keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit ataupun luas.
Selain itu, bukaan lidah turut mempengaruhi bunyi vokal yang dilafazkan sama ada vokal
depan, belakang atau tengah. Sekiranya lidah depan yang terlibat, maka bunyi yang dihasilkan
adalah vokal depan, apabila bahagian lidah yang terlibat adalah bahagian belakang lidah, maka
vokal yang dihasilkan adalah vokal belakang, dan apabila bahagian lidah dalam keadaan
bersahaja, iaitu terletak di lantai rongga mulut dan berada dalam keadaan tegang maka vokal
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
11
yang dihasilkan dipanggil vokal tengah. Secara keseluruhannya, pelabelan nama vokal
ditentukan oleh kedudukan lidah, manakala jenis vokal pula ditentukan oleh bentuk bibir dan
saiz rongga mulut.
Bunyi vokal dihasilkan dengan cara:
-Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan.
-Vokal ialah bunyi bersuara
-Untuk menghasikan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa sekatan.
-Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir
4.3.2 Sifat-sifat vokal
a. Bibir berkeadaan neutral semasa menghasilkan bunyi vokal ini.
b. Vokal umumnya bersuara, pita suara akan bergetar.
c. Tiada sebarang sekatan, halangan atau geseran semasa vokal dihasilkan.
4.3.3 Huruf Vokal Bahasa Melayu
Huruf
Fonem(huruf)
di depan
di tengah
di belakang
a
e (pepet)
e (taling)
i
o
u
[a]
[ə]
[e]
[i]
[o]
[u]
aku
emak
elok
itik
otak
ubat
padi
peta
petak
biru
topi
kuda
buka
idealisme
sate
tali
kuno
dadu
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
12
4.3.4 Kedudukan Vokal
4.3.5 Bentuk bibir ketika penghasilan Vokal
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
13
4.3.6 Daerah artikulasi vokal
4.3.7 Cara Penghasilan Vokal
a) Vokal Hadapan
i) Vokal Hadapan Sempit [i]
Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak
membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk
membuat sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan
digetarkan.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
14
Ra jah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vocal hadapan sempit [i]
Contoh : Vokal hadapan sempit [i]
Awalan Pertengahan Akhiran
[ijab] [minum] [beli]
[insan] [kilang] [cari]
ii) Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]
Bagi menghasilkan bunyi vokal [e] pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah
hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu
rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal [i]. Manakala lelangit lembut dan anak tekak
pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari paru-paru
disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan
dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
15
Rajah: kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vokal hadapan separuh sempit [e]
Contoh : Vokal hadapan separuh sempit [e]
Awalan Pertengahan Akhiran
[ekor] [kekok] [kole]
[enak] [belok] [tauge]
iii) Vokal Hadapan Separuh Luas [ə ]
Hadapan lidah dinaikkan separuh luas (lebih rendah daripada cara membunyikan
vokal [ə ]) yang bergerak ke arah lelangit keras, iaitu hujung lidah mencecahi gigi dan
gusi sebelah bawah. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga
hidung dan pita suara bergetar.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
16
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vok al hadapan separuh luas [ ə ]
Contoh : Vokal hadapan separuh luas [ ə ]
Awalan Pertengahan Akhiran
[εsok] [kεk] [sorε]
[εnak] [bεlok] [olε-olε]
iv) Vokal Hadapan Luas [a]
Vokal ini terletak jauh di bahagian bawah, seolah-olah terhampar dan mulut kita
dalam keadaan luas. Hadapan lidah dinaikkan sedikit sahaja ke arah lelangit keras, anak
tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung dan pita suara bergetar.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
17
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vokal hadapan luas [a]
Contoh : Vokal hadapan luas [a]
Awalan Pertengahan Akhiran
[angsa] [rapi] [lupa]
[alis] [palam] [kena]
b) Vokal Belakang
i) Vokal Belakang Sempit [u]
Vokal [u] dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah lelangit
lembut untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak tekak dinaikkan untuk
menutup rongga hidung. Bersamaan dengan itu, pita suara dirapatkan serta digetarkan.
Sementara itu, bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal /u/.
Sebagai contoh:
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vokal belakang sempit [u]
Contoh : Vokal belakang sempit [u]
Awalan Pertengahan Akhiran
[ungka] [tuba] [batu]
[ulam] [pucat] [kelu]
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
18
ii) Vokal Belakang Separuh Sempit [o]
Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut, sementara
lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita
suara digetarkan.
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vok al belakang separuh sempit [o]
Contoh : Vokal belakang separuh sempit [o]
Awalan Pertengahan Akhiran
[orang] [roket] [milo]
[onar] [pocong] [keromo]
c) Vokal Tengah
i) Vokal Tengah [ə]
Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke
bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit
lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal. Pita
suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar.
Bunyi [ə] akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian awalan dan
di pertengahan perkataan sahaja.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
19
Rajah: kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan vokal tengah [ə]
Contoh: Vokal tengah [ə]
Awalan Pertengahan Akhiran
[Ənam] [ sƏlamat] [ kƏ]
[ pƏngƏrusi]
d) Vokal Sengau
Dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal sengauan, rongga hidung terlibat sama, lelangit
lembut dan anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung. Apabila
rongga hidung tidak tertutup rapat, udara keluar dari kedua-dua rongga, iaitu rongga hidung dan
mulut. Kehadirannya dipengaruhi oleh bunyi konsonan di hadapan atau di belakang vokal.
e) Diftong
Diftong berasal daripada perkataan Inggeris yang menyatakan bahawa dua vokal hadir
dalam konteks sama, yang pertama mengikuti yang kedua. Terdapat tiga diftong dalam bahasa
Melayu iaitu [au, oi, ai]
Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata, yang disebut secara
berterusan tanpa ada segmen. Dalam penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi ada satu
puncak.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
20
i) Diftong [ai]
Bahagian depan lidah pada mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian
bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana
membunyikan [i].
Rajah : kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan diftong [ai]
Contoh: Diftong [ai]
Awalan Pertengahan Akhiran
[aising] [hairan] [belai]
[aikido] [kailan] [kedai]
ii) Diftong [au]
Depan lidah berada pada kedudukan pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak
kepada kedudukan untuk vokal [u[; bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudian
dibundarkan pula.
Rajah :Ditong [ai]
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
21
Rajah : kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan diftong [au]
Contoh : Diftong [au]
Awalan Pertengahan Akhiran
[aur] [maulana] [pulau]
[aurat] [saudara] [relau]
iii) Diftong [oi]
Lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-
mula bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar.
Rajah: kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan diftong [oi]
Rajah: Diftong [oi]
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
22
Contoh: Diftong [oi]
Pertengahan Akhiran
[boikot] [kaloi]
Pergerakan lidah bagi menerbitkan diftong-diftong Bahasa Melayu
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
23
5. Bunyi Konsonan
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh
salahsatu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan
melalui rongga
[p], [b], [t], [d],[k], [g], [c], [j], [s], [r], [l],[m], [n],
[x], [q],[v]
5.1. Penghasilan Bunyi Konsonan
Bagi menghasilkan bunyi konsonan perlu diperhatikan tiga faktor. Pertama adalah titik
artikulasi, iaitu tempat artikulator itu berada, sama ada didekatkan, atau dirapatkan. Bila bibir
atas dan bibir bawah dirapatkan maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi bilabial. Dalam
bahasa Melayu, dan banyak bahasa lain, bunyi bilabial terdiri dari bunyi [p], [b], dan [m].
Perbezaan antara kedua bunyi yang pertama dengan bunyi yang ketiga terletak pada saluran
udara yang dilaluinya: [p] dan [b] melalui mulut, dan oleh sebab itu dinamakan bunyi oral,
sedangkan [m] melalui hidung, dan oleh sebab itu dinamakan bunyi nasal.
Faktor kedua dalam menghasilkan bunyi konsonan adalah cara artikulasi, iaitu bagaimana
caranya udara dari paru-paru itu kita lepaskan. Apabila udara itu kita tahan dengan ketat dalam
rongga mulut lalu kemudian kita lepaskan dengan serentak maka bunyi tadi akan menghasilkan
bunyi seperti letupan. Kerana itu, bunyi ini dinamakan bunyi letupan atau plosif.
[m] [b]
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
24
Rajah :Carta konsonan bahasa Melayu
5.1.1) Konsonan Letupan
a) Konsonan [b] dan [p]
Lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua
bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat mulut dibuka, keluarlah bunyi [p].
penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara
tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
25
Rajah: kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan Konsonan letupan [b] dan [p]
Contoh : konsonan [b]
Awalan Pertengahan Akhiran
[batu] [lumba] [nasab]
[balu] [labu] [nasib]
Contoh : konsonan [ p]
Awalan Pertengahan Akhiran
[palu] [sampah] [malap]
[pedang] [sepah] [kurap]
b) Konsonan [t] dan [d]
Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir, tetapi juga
dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara
tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara.
Jika pita digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].
Rajah : [b] [p]
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
26
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan [t]
Contoh : konsonan [t]
Awalan Pertengahan Akhiran
[tebu] [satu] [selat]
[tabur] [ketum] [pelat]
Ra jah : Kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan [d]
Contoh : konsonan [d]
Awalan Pertengahan Akhiran
[datin] [sedih] [salad]
[dahulu] [dadih] [tekad]
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
27
c) Konsonan [k] dan [g]
Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan lelangit lembut
bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan lelangit lembut
untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke
rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g]
caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang
keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan [k]
Contoh : konsonan [k]
Awalan Pertengahan Akhiran
[kacau] [tekun] [gelak]
[kecut] [tekad] [serik]
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
28
Ra jah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan [g]
Contoh : konsonan [g]
Awalan Pertengahan Akhiran
[gagah] [segak] [zig-zag]
[gempita] [megah] [beg]
d) Konsonan [j] dan [dz]
Bunyi [j] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk
membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke
rongga hidung.
e) Hentian [?]:
Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara
dirapatkan dan arus udara yang keluar daripada paru-paru tersekat di bahagian rapatan
pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan
dihasilkan.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
29
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan hentia glotis [?]
5.1.2) Konsonan Geseran
a) [s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus
udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak
untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara
melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyi
geseran gusi tak bersuara.
Rajah : Kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]
Lelangit
lembut
dinaikkan
rapat ke
dinding
belakang
rongga tekak
Pita suara dirapatkan tanpa
menggetarkannya
Arus udara
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
30
Contoh : konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]
Awalan Pertengahan Akhiran
[ saman] [basi] [manis]
[siram ] [basuh] [ikhlas]
b) [h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut
berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi
geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan.
Rajah :kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan bunyi [h]
Contoh:konsonan geseran [h]
Awalan Pertengahan Akhiran
[hantu] [mahal] [madah]
[ haram ] [mahram] [surih]
5.1.3) Konsonan Getaran
a) [r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah
dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil
dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
31
Rajah : Kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan getaran gusi bersuara [r]
Contoh: konsonan getaran [r]
Awalan Pertengahan Akhiran
[risau] [marah] [putar]
[ ranap ] [murah] [pintar]
5.1.4) Konsonan Sisian
a) [l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan dan
pita suara bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan
dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l].
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
32
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan sisian gusi bersuara [l]
Contoh:
Allah, Salleh
5.1.5) Konsonan Sengauan (nasal)
a) Konsonan Sengauan Dua Bibir [m]
Konsonan sengau dua bibir dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan kebibir atas,
lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung.
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
33
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan sengau dua bibir bersuara [m]
Contoh : konsonan sengau dua bibir bersuara [m ]
Awalan Pertengahan Akhiran
[malam] [semak] [silam]
[muram] [taman] [salam]
b) [n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk menghasilkan bunyi sengauan
lelangit keras bersuara [n].
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan sengau gusi bersuara [n]
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
34
Contoh : konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n ]
Awalan Pertengahan Akhiran
[nilai] [benak] [pelan]
[niaga ] [mentah] [lokan]
c) Konsonan Sengau Gusi - Lelangit Keras [ת ]
Hadapan lidah ditemukan ke lelangit keras. Lelangit lembut diturunkan dan arus
udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar. Oleh sebab lambang [ ת ] tidak ada pada mesin taip, dalam sistem ejaan Rumi
bahasa Melayu konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ny.
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara [ת ]
Contoh : konsonan sengau gusi-lelangit keras [ת ]
Awalan Pertengahan
[apת se] [awaת]
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
35
a) Konsonan Sengau Lelangit Lembut [ ŋ ]
Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidahdiangkat ke lelangit
lembut. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga
hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu,
konsonan ini juga dilambangkandengan dua huruf, iaitu ng .
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ ]
Contoh : konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ]
Awalan Pertengahan Akhiran
[ŋilu] [baŋsal] [senaŋ]
[ŋaŋa ] [seŋal] [renaŋ]
5.1.6) Separuh Vokal
B u n y i s e p a r u h vo k a l me mp un ya i c ir i – c ir i b un y i vo k a l , t e t a p i
t id a k merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi – bunyi separuhvokal, alat –
alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan voka l, kemud ian dengan
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
36
segera berubah kepada kedudukan voka l la in yangberlaku secara geluncuran. Oleh sebab
itu, separuh vokal tidak digolongkan ke dalam golongan vokal, tetapi sebagai konsonan
a) [w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal
yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan separuh vocal dua bibir bersuara [w]
Contoh : separuh vokal dua bibir bersuara [w]
Awalan Pertengahan Akhiran
[wukuf] [bawal] [straw]
[wasiat] [tawaduk] [takraw]
b) [j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak
kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit
keras bersuara.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
37
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
Contoh : separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
Awalan Pertengahan Akhiran
[jambu] [maju] [mesej]
[jambatan] [keju] [kolaj]
5.1.7) Konsonan Pinjaman
a) [f] dan [v] -bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga
apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita
suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi
tidak bersuara. Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang
menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
38
Rajah : kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan geseran bibir gigi tidak bersuara [f]
Contoh : Geseran bibir gigi tidak bersuara [f]
Awalan Pertengahan Akhiran
[fasih] [sifar] [saraf]
[fakir] [safar] [skaf]
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
39
Rajah : kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan geseran bibir gigi bersuara [v]
Contoh : Geseran bibir gigi bersuara [v]
Awalan Pertengahan
[vakuol] [larva]
[violin] [kanvas]
b) [z] – bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila
pita suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi
bersuara.
Rajah : kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan konsonan geseran gusi bersuara [z]
Contoh : Geseran gusi bersuara [z]
Awalan Pertengahan Akhiran
[zikir] [nazak] [lafaz]
[zuhrah] [azimat] [hafaz]
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
40
c) [s] – pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah
dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan dinamakan
geseran gusi lelangit keras.
Ra jah : Gesaeran gusi lelangit keras [s]
Contoh : Geseran gusi lelangit keras [s]
Awalan Pertengahan Akhiran
[sulam] [kisar] [kudus]
[silam] [kasar] [tulis]
6. Transkripsi
Transkripsi adalah pertuturan lisan dengan tujuan untuk menyarankan: lafaz bunyi,
fonem, morfem, atau tulisan sesuai dengan ejaan yang berlaku dalam suatu bahasa yang menjadi
sasarannya (Marsono, 1993). Tujuannya untuk mencatat setepat mungkin semua ciri ucapan
yang dapat didengar dan dikenal oleh penulis di dalam ujaran. Selain itu transkripsi juga
digunakan untuk mengetahui perbezaan yang halus dari beberapa ucapan dialek-dialek (Samsuri,
1974).
Transkripsi Fonetik merupakan satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan
menggunakan lambing- lambang fonetik yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Lambang
fonetik ditulis di dalam [].
Transkripsi fonemik merupakan satu cara transkripsi lebih menumpukan dalam bentuk
tulisan. Lambang fonemik ditulis dalam kurungan / / atau [].
Berikut merupakan contoh ejaan fonetik dengan fonemis.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
41
No EJAAN FONETIK EJAAN FONEMIS
1. [piŋUl] /pinggul/
2. [bεbεʔ] /bebek/
3. [warUŋ] /warung/
4. [sampay] /sampai/
7. Definisi Fonem
Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau
perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata malu. Kata ini terdiri daripada
empat unit bunyi, iaitu m, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang
berfungsi. Jika m diganti dengan l, maka malu akan bertukar menjadi lalu.
Oleh itu, m dan l adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud
ujaran. Dalam BM sesuatu fonem mempunyai ciri fonetik yang sama tetapi berlainan bunyi
apabila hadir pada kedudukan yang berbeza. Varian fonem yang berdasarkan kedudukan ini
dikenali sebagai alofon. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan [ ].
Bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata yang berikut merupakan fonem-fonem
yang berasingan.
tabah - tapah tekak - tegak
sabun - sabung baru - balu
wang - bang siang - tiang
Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-
dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakan pasangan
minimal atau pasangan terkecil. Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang
minimal tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
42
berlainan tetapi merupakan alofon dari satu fonem. Keadaan ini disebut variasi atau kelainan
bebas. Contoh: /faham/ - /paham/ dan /bilik/ - /bili?/.
8. Definisi Alofon
Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan
bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang
tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang
terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya fonem /k/ dalam bahasa Melayu mempunyai
beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya, misalnya alofon k,
kʷ dan ˀ. Bunyi alofon k terjadi akibat kehadiran dalam perkataan kiri (atau k yang diikuti oleh
vokal depan i).
Bunyi kʷ terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh
vokal belakang u). Bunyi ˀ terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup
seperti dalam perkataan kakaˀ. Dalam hal ini, alofon k, kʷ dan ˀ adalah alofon-alofon daripada
keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, kʷ, ˀ iaitu adalah bunyi yang
mempunyai kesamaan fonetik. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari
segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling
melengkapi dimaksudkan masing-masing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu tempat
masing-masing dalam bahasa Melayu.
Selain daripada itu alofon juga boleh difahami ataupun didefinisikan sebagai fonem yang
terdiri daripada anggota fonem. Misalnya fonem p dalam perkataan palu, lupa dan luap. Bunyi
fonem p dalam perkataan palu dan sebagai letupan bibir yang sempurna, manakala perkataan
luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna yakni tidak diletupkan. Maka
dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh yang diberikan fonem p mempunyai dua alofon.
Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Dengan bervariasi bebas
dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu misalnya faham
dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza maknanya yang
sama.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
43
Dalam bahasa Melayu terdapat pula beberapa perkataan yang hampir sama dari segi
sebutan tetapi maknanya sama (tidak berbeza), misalnya perkataan agama, ugama dan igama.
Walaupun perkataan agama, ugama dan igama itu dari segi makna tidak berbeza, tetapi vokal a,
u, i adalah asalnya fonem yang membezakan makna kerana terdapat pasangan minimal masing-
masing yang membezakan makna iaitu baru, buru, biru. Oleh sebab itu vokal a, u dan i adalah
distingtif (membezakan makna), maka bunyi a, u, dan i adalah bertaraf fonem.
9. Perbezaan Fonem dan Alofon
9.1 Fonem bersifat abstrak kerana fonem hanyalah abstrak dari alofon manakala alofon
adalah realisasi dari fonem dan oleh itu alofon adalah bersifat nyata dan konkrit dalam lisan
kerana alofon adalah perkataan yang diucapkan.
9.2 Fonem boleh dipenggal-penggalkan menjadi unit yang paling kecil manakala alofon tidak
boleh dipenggal-penggalkan menjadi unit yang terkecil.
Contoh : Pitam boleh dipenggalkan menjadi [p],[i],[t],[a],[m]
9.3 Fonem adalah satuan bahasa yang berbeza makna dan ia berfungsi untuk membezakan
makna dan mengubah perkataan manakala alofon walaupun mempunyai ejaan atau sebutan yang
berbeza tetapi masih mempunyai makna yang sama.
Contoh :
Fonem
2. [palu][luap][pula]-masing-masing mempunyai makna yang berbeza.
Alofon
1. [Agama][Ugama]- walaupun sebutan berbeza tetapi makna masih tetap sama.
9.4 Fonem dan alofon boleh dibezakan dengan melihat pada cara ia ditentukan di mana
fonem ditentukan dengan kaedah pasangan minima iaitu keadaan dua kata yang mempunyai
perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau
kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
44
sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang
satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Sebagai contohnya: [tari] [dari]
Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan
perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan
yang sama iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata
kedua. Segmen [t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana kedua duanya
dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar).
Alofon pula ditentukan dengan menggunakan kaedah penyebaran saling melengkapi.
Konsep 'penyebaran saling mclcngkapi ini wujud apabila terdapatnya dua segmen (yang terdiri
dari satu kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam kedudukan yang sama. Dengan kata lain,
satu segmen mungkin hanya boleh hadir di awal kata (ia tidak boleh hadir di tengah dan akhir
kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di awal kata (ia hanya boleh hadir
di tengah dan akhir kata) Secara tidak langsung, situasi ini memperlihatkan kehadiran segmen-
segmen berkenaan adalah saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini segmen-segmen yang
memperlihatkan penyebaran saling melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Sila teliti
situasi kehadiran segmen [k] dan [] dalam perkataan-perkataan di bawah:
[kita][suka][to]
Segmen [k] hanya boleh hadir di awal dan tengah kata manakala segmen [] pula hanya
boleh hadir di akhir kata.
10. Definisi Suprasegmental
Dalam linguistik, suprasegmental adalah kajian terhadap penyertaan struktur rima bunyi-
bunyi pertuturan dalam setiap pewujudan bunyi bahasa. Ada empat unsur supra-penggalan yang
selalu bersifat fonemis dalam bahasa-bahasa lain iaitu tekanan, panjang-pendek, jeda dan nada.
Suprasegmental yang juga disebut fonem suprapenggalan iaitu ciri sifat bunyi yang
menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Maksudnya ciri suprasegmental hadir bersama-sama
fonem penggalan dengan cara menumpangi atau menindihi bunyi penggalan.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
45
10.1 Ciri – Ciri
Ciri-ciri suprasegmental yang digunakan untuk menandakan ujaran adalah seperti
berikut:
10.1.1 Tekanan
Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain
atau pengucapan kata yang dikuatkan.
Unsur tekanan dihasilkan bersama perkataan atau pun suku kata. Tekanan merupakan ciri
lemah atau kerasnya suara penyebutan suku kata. Bunyi segmental tidak disertai dengan unsur
tekanan ini. Bagi membezakan bunyi ataupun unsur tekanan ini, tanda [‘] digunakan. Tekanan
pada vokal biasanya berlaku dalam Bahasa Melayu. Selain itu, bunyi vokal juga turut disebut
dengan lantang dan panjang. Kebiasaannya, dalam Bahasa Melayu juga tekanan kuat berlaku
pada suku kata kedua dalam sesuatu perkataan.
10.1.2 Panjang-pendek
Mora sebutan adalah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya adalah sama dengan
harakat dalam bahasa arab iaitu menunjukkan panjang atau pendek sesuatu bunyi. Lambang [:]
bererti satu mora. Lambang [::] menunjukkan dua mora dan lambang [.] menunjukkan setengah
mora. Unsur ini tidak membezakan makna.
10.1.3 Jeda
Jeda merupakan unsur senyap dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur
linguistrik,iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Jeda turut dikenali sebagai persendian. Jeda
atau persendian ditandai dengan lambang [+] dalam perkataan. Manakala, dalam ayat,jeda
ditandai dengan lambang [//]. Dalam bahasa Melayu, jeda digunakan sebagai pembeza rangkai
kata dan juga ayat. Contohnya, frasa basuhkantin(basuhkan tin) dan basuhkantin(membasuh
kantin) merupakan frasa yang sama tetapi berbeza makna apabila jeda digunakan dalam frasa
tersebut. Lambang jeda harus digunakan bagi membezakan makna dalam rangkai kata dan ayat.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
46
Contoh:
Rangkai kata:
Basuhkan+tin “membasuhkan tin=tin yang dibasuh”
Basuh+kantin “membasuh kantin=kantin yang dibasuh”
Ayat:
#Saya membaca buku kakak#
(Maksudnya saya membaca buku kepunyaan kakak)
#Saya membaca buku // kakak
(Maksudnya saya memberitahu kakak bahawa saya membaca buku)
Dalam bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris, unsur jeda turut membezakan makna.
Contonya, ujaran “aiskrim” dan “I scream” mempunyai ujaran yang sama. Ujaran ini sukar
dibezakan maknanya melainkan jeda digunakan. Contohnya:
Ice cream /ais+kri:m/ “aiskrim”
I scream /ai+skri:m/ “saya menjerit”
Jeda antara kata, diberi tanda ( / )
Jeda antara frasa, diberi tanda ( // )
Jeda antara perkataan, diberi tanda ( # )
10.1.4 Nada
Nada merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara dalam pengucapan
ayat atau frasa. Nada juga disebut lagu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat berbagai-bagai
nada atau lagu terdapat pada ayat. Nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan
sesuatu fonem.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
47
11. Contoh Kepentingan Suprasegmental dalam Pengajaran Kemahiran Lisan
1. Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti
pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.
2. Untuk menyampaikan sesuatu maksud seperti hairan atau rasa marah atau sebagai desakan
kepada pendengar.
3. Untuk menyedapkan percakapan atau bacaan dalam deklamasi sajak dan pengucapan dialog.
4. kepentingan jeda dalam lisan ialah untuk membezakan makna dalam lisan.
5. untuk memisahkan suku kata atau perkataan dalam sesebuah pengucapan
Contoh :
*Ber + ikan =bermaksud mempunyai ikan
*Beri + kan =bermaksud arahan untuk memyerahkan sesuatu
12. Kesimpulan
Maksud fonologi ialah ia merupakan salah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji
tentang bunyi-bunyi yang berfungsi serta memberikan makna dalam sesuatu bahasa manakala
fonetik pula ialah salah satu cabang fonologi yang membincangkan bahasa tentang bidang yang
mengkaji segala jenis bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan
juga memberikan lambing bunyi-bunyi tersebut.
Vokal merupakan bunyi bersuara kerana tiada halangan semasa udara keluar dari peparu.
Konsonan mempunyai bunyi bersuara dan tidak bersuara. Diftong pula merupakan has il daripada
penggabungan dua vokal [ai][oi]dan [au].
Alat-alat artikulasi melibatkan semua organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi
manakala daerah artikulasi adalah bagi organ yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada
pada tempatnya. Selain daripada itu, dalam bahasa Melayu terdapat sebahagian huruf-hurufnya
adalah pinjaman dan terdapat sebahagian huruf digabungkan untuk menghasilkan satu bunyi
yang dipanggil diftong.
(5,300 Patah Perkataan)
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
48
RUJUKAN
1. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1995). Linguistik. Pengantar Bahasa dan Komunikasi.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Abdullah Hassan.(1991).Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur.
Fajar Bakti.
3. Abdullah Hassan.(2005).Linguistik Am.Siri Pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Bentong. PTS Profesional.
4. Arbak Othman. (1983). Permulaan Ilmu Linguistik. Kuala Lumpur. Sarjana Enterprise.
5. Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
6. Asmah Hj. Omar. (2011). Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Bloomfield,L. (1992). Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
(Penterjemah: Alias Mahpol).
8. Clark,J. dan Yallop,C. (1995). An Introduction Phonetics and Phonology. London.
Routledge.
9. Collins,B dan mees, I.M. (2003). Practical Phonetics and Phonology. Second Edition.
Oxford. Blackwell.
10. Goay Tech Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad. (2006). Fonologi Bahasa
Melayu Kertas 1. Ipoh. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
11. Hashim Musa. (1998). Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
12. Http://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetik
13. http://tutor.com.my/tutor/arkib2012
14. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm
15. Idirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur.
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
16. Kamus linguistik. (1997). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
MAZNAH HAIMIN 731117-12-5720 HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
49
17. Lyons, John. (1992). Bahasa dan Linguistik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka. (Penterjemah: L Ramli Salleh dan Toh Kim Ho).
18. Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Fonologi, Bahasa Melayu STPM.
Ipoh.Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
19. Nor Hashimah Jalaluddin.(1998).Asas Fonetik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
20. Raja Mukhtaruddin Raja Dain.(1982). Ilmu Fonetik. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan
Pustaka.
21. Samsuri.(1994).Analisis Bahasa;Memahami Bahasa Secara Ilmiah. Penerbit
Erlangga.Jakarta.
22. www.scribd.com/doc/64491975/12/Alat-Alat-Artikulasi-Vokal
23. Yusoff & che Rabiah Mohamad. (2005). Menghasilkan Bunyi Bahasa. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
MEMBERIKAN YANG
TERBAIK UNTUK
ANDA