(Fiqh Sirah) Perjanjian Hudaibiyah & Sedutan Hukum Yang Terdapat Di Dalamnya.

Post on 15-Jul-2015

234 views 11 download

Transcript of (Fiqh Sirah) Perjanjian Hudaibiyah & Sedutan Hukum Yang Terdapat Di Dalamnya.

FIQH SIRAH (PJ1173)

PERJANJIAN HUDAIBIYAH & SEDUTAN HUKUM YANG TERDAPAT DI DALAMNYA.

PENSYARAH: PUAN RABITAH MOHAMAD GHAZALI

DISEDIAKAN OLEH:

NUR HAFIZAH BT FAZRI SUHAILAN(A148042)

NURSYAKIRAH BT HASSAN(A147426)

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM

UNIVERISTI KEBANGSAAN MALAYSIA

(Surah Al Fath, Ayat: 27)

ؤ رسوله الر المسجد يا بالحق لتدخلنه لقد صدق الله

آمنين مح لقين رءوسكم الحرام إن شاء الله

من ما لم تعلموا فجعل ومقصرين ال تخافون فعلم دون ذلك فتحا قريبا

Maksud: Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada

Rasul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya

(iaitu) bahwa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki

Masjidil haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan

mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu

tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada

kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan

yang dekat.

HUDAIBIYAH

• Ialah sebuah kampung yang terletak

berhampiran Kota Mekah

• Disitulah berlakunya perjanjian antara umat

Islam dengan kafir Quraisy Mekah

• Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulkaedah

tahun ke- 6 hijrah

• Dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena

tempat perjanjian tersebut

FAKTOR MENDORONG RASULULLAH DAN SAHABAT

KEMBALI KE MEKAH

• Rasulullah telah bermimpi mengunjungiBaitullah, bercukur rambut, mengambilanak kunci Baitullah dan wukuf di Arafah

• Kedudukan umat Islam sudah kuat setelahumat Islam berjaya mengatasi MusyrikinQuraisy dalam beberapa siri peperangandan berjaya mengatasi ancaman Yahudi diMadinah

• Kekuatan Iman dan azam umat Islam

untuk menziarahi dan menghormati

Baitullah

• Perasaan rindu yang amat sangat

terhadap keluarga, sanak saudara dan

tempat kelahiran mereka di Mekah

(setelah 6 tahun ditinggalkan)

PERSIAPAN MENGERJAKAN UMRAH

• Seramai 1400 kaum Muslimin yang turut

serta.

• Membawa bersama binatang al-Hadyu

(unta, lembu, kambing) untuk disembelih

di Tanah Haram

• Tiada membawa senjata kerana bukan

untuk berperang

• Berusaha mengelak peperangan dengan

memilih penyelesaian secara berdamai

• Rasulullah sentiasa bermesyuarat dengan

sahabat dalam membuat sesuatu

keputusan ketika perjalanan

MADINAHDZIL

HALIFAHDIRUL

ASYTAT

PERJALANAN UMAT ISLAM

BASHAR IBNU SUFYAN

Dari Kabilah Khuzaah

Meninjau ke Mekah

Mendapati Quraisy

Mekah bersiap sedia

untuk memerangi umat

Islam

DIRUL ASYTAT

TSANI’ATUL

MARAR

HUDAIBIYAH

PERJALANAN UMAT ISLAM

BANU ASLAM

Membawa jalan

tidak dilalui orang

Melalui jalan lekuk,

berliku di celah bukit

SETIBANYA DI TSANI’ATUL MARAR

• Unta tunggangan Rasulullah tiba-tiba

berhenti dan enggan meneruskan

perjalanan.

• Apabila disergah oleh Rasulullah,unta itu

berjalan menuju perigi kecil dan air perigi

itu sangat sedikit tidak mencukupi untuk

diminum

• Rasulullah meletakkan sebilah anak

panah dalam perigi itu dan air kembali

penuh melebihi keperluan mereka.

• Budail ibnu Warqa al-Khuza’ei

memberitahu Rasulullah beliau baru

bertemu dengan Kaab ibn Luai dan Amir

ibn Luai yang sedang menuju ke

Hudaibiyah dengan tujuan menghalang

umat Islam memasuki Mekah

• Rasulullah menyuruh Budail ibnu Warqa

al-Khuza’ei bertemu dengan Quraisy

Mekah untuk memberitahu tujuanNya

adalah untuk melakukan Umrah bukan

untuk berperang

• Rasulullah juga berharap dapat diwujudkanperdamaian di antara kedua-dua belah pihaksatu tempoh tertentu

• Urwah ibnu Masud ialah Quraisy Mekahdatang berjumpa Rasulullah untuk berundingdamai dengan Rasulullah. Tetapi gagalmencapai sebarang persetujuan

• Urwah pulang dengan menasihati kaumQuraisy Mekah agar menerima pendamaiantersebut

BAI’ATUR RIDHWAN

• Sebelum perjanjian Hudaibiyah berlaku

Rasulullah mengutuskan Uthman bin Affan

ke Mekah, untuk berunding dengan pihak

Quraisy Mekah

• Beliau ditahan sementara waktu

• Khabar angin mengatakan Uthman bin

Affan telah dibunuh

• Rasulullah dan rombonganNya telah

bermesyuarat dan bersetuju membuat

sumpah setia untuk menuntut bela

kematian Uthman bin Affan

• Sumpah setia ini dinamakan Bai'atur

Ridhwan / Bai'atus Syajarah , sempena

tempat janji setia itu diadakan di bawah

pokok bernama "Ridhwan"

Sesungguhnya Allah telah rida terhadap orang-orang mukminketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalumenurunkan ketenangan atas mereka dengan memberibalasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat(waktunya). (Surah al-Fath:18)

عن المؤمنين إذ رة يبايعونك تحت الشهج لقد رضي الله فتحا قريباكين عليهم وابهم قلوبهم فأنزل السه في فعلم ما

• Setelah itu Rasulullah mendapati khabar

itu adalah palsu

• Setelah Quraisy Mekah mengetahui

keputusan rombongan Islam untuk

membela kematian Uthman bin Affan,

mereka membuat keputusan

membebaskannya semula

SETIBANYA DI HUDAIBIYAH

• Quraisy Mekah mengutuskan pula Suhail ibn

Amru

• Bertujuan untuk perjanjian damai

• Setelah disepakati lalu tertulislah perjanjian

tersebut

• Perjanjian ini dikenali dengan nama perjanjian

Hudaibiyah, sempena tempat termetrinya

perjanjian tersebut

TERJEMAHAN

PERJANJIAN TERSEBUT

Ini suatu pendamaian atasnya " Muhammad bin

Abdullah " dan " Suhail bin Amru" supaya tidak

berperang /genjatan senjata selama 10 tahun.

Hendaklah bekerjasama diantara satu sama lain,

orang Quraisy yang lari ke pihak Nabi tanpa

kebenaran keluarga perlu dikembalikan. Sesiapa

/orang islam yang datang kepada Quraisy tidak

dikembalikan. Maka apabila orang islam

mendengar perkara itu, sebahagian mereka

menolak syarat ini.

HURAIAN PERJANJIAN HUDAIBIAH

• Genjatan senjata antara kedua-dua pihak

selama 10 tahun

• Umat Islam tidak boleh mengerjakan Haji pada

tahun itu tetapi dibenarkan pada tahun hadapan

dengan syarat tidak membawa peralatan perang

dan berada di Mekah tidak lebih daripada 3 hari

• Orang Mekah yang memasuki Madinah tanpa

kebenaran keluarganya, hendaklah dihantar

pulang ke Mekah walaupun telah memeluk

Islam

• Jika orang Madinah datang ke Mekah

tidak perlu dihantar pulang ke Madinah

• Kedua pihak tidak boleh mencuri

mengkhianati dan memungkir janji

• Kedua pihak tidak boleh membantu mana-

mana kaum yang bersengketa berperang

KESAN-KESAN PERJANJIAN

HUDAIBIAH

• Perjanjian Hudaibiah merupakan

pengiktirafan rasmi kaum Quraisy

terhadap Rasulullah, umat Islam serta

kewujudan sebuah negara Islam

• Persetujuan mengadakan gencatan

senjata telah digunakan oleh Rasullullah

untuk menyebarkan dakwah

• Dakwah Islam disebarkan kepada raja

Parsi, Habsyah, Mesir. Islam juga

disebarkan di Mekah dan luar mekah

• Ramai orang Quraisy telah memeluk Islam

termasuk panglima Quraisy yang terkenal

iaitu Khalid al-Walid

• Memberi peluang kepada orang Islam

bergaul bebas dengan kabilah-kabilah

arab dan menyebarkan Islam kepada

mereka

• Telah membuka jalan kepada

pembebasan Mekah daripada orang

Quraisy

• Orang Islam dan orang Quraisy dapat

berinteraksi antara satu sama lain

• Membuka peluang kepada umat Islam

Madinah untuk menyusun strategi untuk

membebaskan Mekah dari cengkaman

jahiliyah

• Dapat menghindar dan mengelakkan

pertumpahan darah antara kedua pihak

• Ramai orang kafir Quraisy memeluk agama

Islam secara terang

• Orang Islam Madinah yang masuk ke

Mekah, tidak perlu dihantar pulang ke

Madinah

• Pihak Musyrikin Mekah & Islam Madinah

boleh / bebas membuat perjanjian

dengan mana-mana pihak yang mereka

sukai

HIKMAH PERJANJIAN HUDABIAH

• Dengan adanya perjanjian ini maka secaratidak langsung pihak kafir Quraisy telahmengakui kewujudan dan kekuatan kerajaanIslam Madinah

• Hasil daripada perjanjian ini jugalah umatIslam bertambah dan keimanan umat Islam dapat dimantapkan melalui majlis ilmu dandialog bersama-sama Rasulullah dansahabat

• Terhindar pertumpahan darah antara orangIslam dan Musyrikin Quraisy

• Faktor utama pembukaan Kota Mekah

• Orang Islam dan Musyrikin Quraisy bebasberinteraksi

• Orang Islam bebas berdakwah

• Ramai kaum Quraisy memeluk Islam secaraterang-terangan

Sedutan Hukum Dari PerisitiwaPerjanjian Hudaibiyah

a) meminta bantuan daripada orang bukanIslam dalam keadaan bukan perang.

- Basyar dihantar oleh Rasulullah SAW untukmengintip keadaan pihak Quraisy.

- hukum : harus (boleh)

b) Tabiat syura dalam Islam

- kebanyakkan tindakan Rasulullah SAW adalahmelalui syura.

- Syura adalah disyariatkan, tetapi tidaklahmenjadi kemestian.

- Syura haruslah tunduk di bawah hukumwahyu

c) Bertawassul dan bertabarruk denganRasulullah SAW

-kasih para sahabat terhadap Rasulullah SAW

-mengambil berkat dengan bekas dan kesandaripada Rasulullah SAW.

-hubungan bertawassul dan bertabarruk inibukanlah bererti meletakkan sebarang ta’thirkepadanya.

-kerana Rasulullah merupakan makhluk paling hampir dan baik di sisi Allah SWT.

d) Hukum berdiri pada orang yang duduk

- tidak disyariatkan berdiri kepada seseorangyang duduk kerana itu adalah carapenghormatan orang bukan Islam.

- Sabda Nabi “Barangsiapa yang gemar manusiamenghormatinya dengan berdiri, makabersedialah tempat duduknya di dalamneraka.”

e) Mengadakan perdamaian sementara denganmusuh

- Para imam dan ulama menjadikan PerjanjianHudaibiyah sebagai dalil kepada harusnyamengadakan perdamaian sementara antaraMuslimin dan musuh-musuhnya.

- Jika perjanjian damai itu menyebabkanMuslimin mesti membayar dengan harta benda, maka tidak harus di sisi jumhur ulama’.

f) Hukum Ihsar (memendekkan) kerja Umrah danHaji

- Rasulullah SAW (bersembelih dan bercukur), menjadi dalil bahawa orang yang memendekkan kerja haji dan umrah bolehbertahallul.

- Menjadi dalil juga orang yang bertahallul tidakdimestikan qadha haji atau umrah – keranaRasulullah tidak menyuruh sesiapa pun darikalangan sahabatnya untuk melakukan qadhaselepas itu.

Kesimpulan

Perjanjian Hudaibiyah yang pada asalnya dibuatmenampakkan kegagalan umat Islam berubahmenjadi suatu kemenangan yang besar sertadakwah Islam dapat disebarkan ke negara-negarabesar yang mengelilingi Jazirah pada ketika itu, di smaping negara-negara emirat yang terdapat di seluruh penjuru Jazirah.