(Fiqh Sirah) Perjanjian Hudaibiyah & Sedutan Hukum Yang Terdapat Di Dalamnya.
Perjanjian Hudaibiyah
-
Upload
hairul-nizam-muzahar -
Category
Documents
-
view
1.781 -
download
4
Transcript of Perjanjian Hudaibiyah
EID1193 KAJIAN TEKS SIRAH
PENSYARAHUSTAZ SAEDAL ATAS
B ABD GHANI
KOHORT 11 DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)
NORFALAH BT MOHD IDAHAM 3111025991
RIMA MARINI BT JAMIAN 3111025651
HAIRUL NIZAM BIN MUZAHAR 3111025671
ZAIDA BT ZAINAL AABIDIN 3111026001
NORHAFIDZAH BT MOHD IDAHAM 3111025661
NORSHEILA MANJA BT MAT TALPI 3111026101
(Surah Al Fath, Ayat: 27)
27. Demi sesungguhnya Allah tetap
menyatakan benar RasulNya dalam perkara
mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar
iaitu sesungguhnya kamu tetap akan
memasuki Masjid Al-Haraam - Insya Allah
(pada masa yang ditentukanNya) - dalam
keadaan aman dengan mencukur kepala
kamu, serta kamu tidak merasa takut, itu satu
kemenangan yang dekat masa berlakunnya.
HUDAIBIYAH
• Ialah sebuah kampung yang terletak
berhampiran Kota Mekah
• Disitulah berlakunya perjanjian antara umat
Islam dengan kafir Quraisy Mekah
• Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulkaedah
tahun ke- 6 hijrah
• Dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena
tempat perjanjian tersebut
KAWASAN HUDAIBIYAH
FAKTOR MENDORONG RASULULLAH DAN SAHABAT
KEMBALI KE MEKAH
• Rasulullah telah bermimpi mengunjungiBaitullah, bercukur rambut, mengambilanak kunci Baitullah dan wukuf di Arafah
• Kedudukan umat Islam sudah kuat setelahumat Islam berjaya mengatasi MusyrikinQuraisy dalam beberapa siri peperangandan berjaya mengatasi ancaman Yahudi diMadinah
• Kekuatan Iman dan azam umat Islam
untuk menziarahi dan menghormati
Baitullah
• Perasaan rindu yang amat sangat
terhadap keluarga, sanak saudara dan
tempat kelahiran mereka di Mekah
(setelah 6 tahun ditinggalkan)
PERSIAPAN MENGERJAKAN UMRAH
• Lebih kurang 1400 membuat persiapan
Umrah
• Membawa bersama binatang al-Hadyu
(unta, lembu, kambing) untuk disembelih
di Tanah Haram
• Tiada membawa senjata kerana bukan
untuk berperang
• Berusaha mengelak peperangan dengan
memilih penyelesaian secara berdamai
• Rasulullah sentiasa bermesyuarat dengan
sahabat dalam membuat sesuatu
keputusan ketika perjalanan
MADINAHZIL
HALIFAHDIRUL
ASYTAT
PERJALANAN UMAT ISLAM
(SAHABAT)
BASHAR IBNU SUFYAN
Dari Kabilah Khuzaah
Meninjau ke Mekah
Mendapati Quraisy
Mekah bersiap sedia
untuk memerangi umat
Islam
DIRUL ASYTAT
TSANI’ATUL
MARAR
HUDAIBIYAH
PERJALANAN UMAT ISLAM
(SAHABAT)
BANU ASLAM
Membawa jalan
tidak dilalui orang
Melalui jalan lekuk,
berliku di celah bukit
SETIBANYA DI TSANI’ATUL MARAR
• Unta tunggangan Rasulullah berhenti
dengan kehendak Allah
• Unta itu berjalan menuju perigi kecil dan
air perigi itu sangat sedikit tidak
mencukupi untuk diminum
• Rasulullah meletakkan sebilah anak
panah dalam perigi itu dan air kembali
penuh
• Budail ibnu Warqa al-Khuza’ei
memberitahu Rasulullah beliau baru
bertemu dengan Kaab ibn Luai dan Amir
ibn Luai yang sedang menuju ke
Hudaibiyah dengan tujuan menghalang
umat Islam memasuki Mekah
• Rasulullah menyuruh Budail ibnu Warqa
al-Khuza’ei bertemu dengan Quraisy
Mekah untuk memberitahu tujuanNya
adalah untuk melakukan Umrah bukan
untuk berperang
• Rasulullah juga berharap dapat diwujudkanperdamaian di antara kedua-dua belah pihaksatu tempoh tertentu
• Urwah ibnu Masud ialah Quraisy Mekahdatang berjumpa Rasulullah untuk berundingdamai dengan Rasulullah. Tetapi gagalmencapai sebarang persetujuan
• Urwah pulang dengan menasihati kaumQuraisy Mekah agar menerima pendamaiantersebut
BAI’ATUR RIDHWAN
• Sebelum perjanjian Hudaibiyah berlaku
Rasulullah mengutuskan Uthman bin Affan
ke Mekah, untuk berunding dengan pihak
Quraisy Mekah
• Beliau ditahan sementara waktu
• Khabar angin mengatakan Uthman bin
Affan telah dibunuh
• Rasulullah dan rombonganNya telah
bermesyuarat dan bersetuju membuat
sumpah setia untuk menuntut bela
kematian Uthman bin Affan
• Sumpah setia ini dinamakan Bai'atur
Ridhwan / Bai'atus Syajarah , sempena
tempat janji setia itu diadakan di bawah
pokok bernama "Ridhwan"
(Surah Al Fath, Ayat: 10)
10. Sesungguhnya orang-orang yang memberi
pengakuan taat setia kepadamu (wahai
Muhammad - untuk berjuang menentang
musuh), mereka hanyasanya memberikan
pengakuan taat setia kepada Allah; Allah
mengawasi keadaan mereka memberikan taat
setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa
yang tidak menyempurnakan janji setianya
maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya
menimpa dirinya; dan sesiapa yang
menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya
kepada Allah, maka Allah akan memberi
kepadanya pahala yang besar.
• Setelah itu Rasulullah mendapati khabar
itu adalah palsu
• Setelah Quraisy Mekah mengetahui
keputusan rombongan Islam untuk
membela kematian Uthman bin Affan,
mereka membuat keputusan
membebaskannya semula
SETIBANYA DI HUDAIBIYAH
• Quraisy Mekah mengutuskan pula Suhail ibn
Amru
• Bertujuan untuk perjanjian damai
• Setelah disepakati lalu tertulislah perjanjian
tersebut
• Perjanjian ini dikenali dengan nama perjanjian
Hudaibiyah, sempena tempat termetrinya
perjanjian tersebut
TERJEMAHAN
PERJANJIAN TERSEBUT
Ini suatu pendamaian atasnya " Muhammad bin
Abdullah " dan " Suhail bin Amru" supaya tidak
berperang /genjatan senjata selama 10 tahun.
Hendaklah bekerjasama diantara satu sama lain,
orang Quraisy yang lari ke pihak Nabi tanpa
kebenaran keluarga perlu dikembalikan. Sesiapa
/orang islam yang datang kepada Quraisy tidak
dikembalikan. Maka apabila orang islam
mendengar perkara itu, sebahagian mereka
menolak syarat ini.
HURAIAN PERJANJIAN HUDAIBIAH
• Genjatan senjata antara kedua-dua pihak
selama 10 tahun
• Umat Islam tidak boleh mengerjakan Haji pada
tahun itu tetapi dibenarkan pada tahun hadapan
dengan syarat tidak membawa peralatan perang
dan berada di Mekah tidak lebih daripada 3 hari
• Orang Mekah yang memasuki Madinah tanpa
kebenaran keluarganya, hendaklah dihantar
pulang ke Mekah walaupun telah memeluk
Islam
Sambungan
• Jika orang Madinah datang ke Mekah
tidak perlu dihantar pulang ke Madinah
• Kedua pihak tidak boleh mencuri
mengkhianati dan memungkir janji
• Kedua pihak tidak boleh membantu mana-
mana kaum yang bersengketa berperang
Sambungan
• Orang Islam Madinah dan orang Quraisy
Mekah dibenarkan membuat perjanjian damai
dengan mana-mana kaum
• Pada dasarnya perjanjian ini berat sebelah,
ramai dikalangan para sahabat yang tidak
bersetuju dengan perjanjian itu tetapi demi
mentaati pemimpin, mereka akur. Hal ini dalam
jangka masa panjang, telah memberi banyak
faedah kepada umat Islam
SEBAB BERLAKU PERJANJIAN
HUDAIBIYAH
• Ketaatan dan kepatuhan sahabat kepada
kepimpinan Rasulullah
• Sikap umat Islam yang cintakan
keamanan dan berusaha mengelakkan
peperangan
• Kebijaksanaan Rasulullah mengatur
strategik menghadapi kaum Musyrikin
Quraisy
• Sikap toleransi Rasulullah dan sahabat
• Keputusan Rasulullah dan sahabat untuk
mengerjakan umrah dihalang
KESAN-KESAN PERJANJIAN
HUDAIBIAH
• Perjanjian Hudaibiah merupakan
pengiktirafan rasmi kaum Quraisy
terhadap Rasulullah, umat Islam serta
kewujudan sebuah negara Islam
• Persetujuan mengadakan gencatan
senjata telah digunakan oleh Rasullullah
untuk menyebarkan dakwah
• Dakwah Islam disebarkan kepada raja
Parsi, Habsyah, Mesir. Islam juga
disebarkan di Mekah dan luar mekah
• Ramai orang Quraisy telah memeluk Islam
termasuk panglima Quraisy yang terkenal
iaitu Khalid al-Walid
• Memberi peluang kepada orang Islam
bergaul bebas dengan kabilah-kabilah
arab dan menyebarkan Islam kepada
mereka
• Telah membuka jalan kepada
pembebasan Mekah daripada orang
Quraisy
• Orang Islam dan orang Quraisy dapat
berinteraksi antara satu sama lain
• Membuka peluang kepada umat Islam
Madinah untuk menyusun strategi untuk
membebaskan Mekah dari cengkaman
jahiliyah
• Dapat menghindar dan mengelakkan
pertumpahan darah antara kedua pihak
• Ramai orang kafir Quraisy memeluk agama
Islam secara terang
• Orang Islam Madinah yang masuk ke
Mekah, tidak perlu dihantar pulang ke
Madinah
• Pihak Musyrikin Mekah & Islam Madinah
boleh / bebas membuat perjanjian
dengan mana-mana pihak yang mereka
sukai
HIKMAH PERJANJIAN HUDABIAH
• Dengan adanya perjanjian ini maka secaratidak langsung pihak kafir Quraisy telahmengakui kewujudan dan kekuatan kerajaanIslam Madinah
• Hasil daripada perjanjian ini jugalah umatIslam bertambah dan keimanan umat Islam dapat dimantapkan melalui majlis ilmu dandialog bersama-sama Rasulullah dansahabat
• Terhindar pertumpahan darah antara orangIslam dan Musyrikin Quraisy
• Faktor utama pembukaan Kota Mekah
• Orang Islam dan Musyrikin Quraisy bebasberinteraksi
• Orang Islam bebas berdakwah
• Ramai kaum Quraisy memeluk Islam secaraterang-terangan
TINDAKAN SUSULAN SELEPAS
PERJANJIAN
• Pada tahun ke7 Hijrah Rasulullah
menghantar utusan kepada Qabilah
sekitar Madinah untuk memeluk Islam
yang dinamakan ”Sariyyah"
• Memantapkan kedudukan negara Islam
Madinah dan bersedia kembali semula ke
Kota Mekah apabila mendapat peluang
SURAT RASULULLAH
DAN COP RASMI
ORANG QURAISY MELANGGAR
PERJANJIAN HUDAIBIYAH
• Peristiwa ini berlaku apabila Bani Bakr dalamnaungan Quraisy Mekah menyerang BaniKhuzaah dalam naungan Islam pimpinanRasulullah
• Serangan Bani Bakr dibantu pihak Quraisy Mekah
• Tindakan ini menimbulkan kemarahan orang Islam kerana dengan pertolongan itu, pihak Quraisytelah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang telahdipersetujui
• Serangan itu juga menyebabkan hampir 20 orangdaripada Bani Khuzaah terbunuh
• Amru bin Salim bersama rakannya daripada BaniKhuzaah bergegas ke Madinah untukmemberitahu dan meminta bantuan daripadaRasulullah
• Mereka begitu menyesal lalu menghantar Abu Sufian bin Harb bertemu Baginda untuk merayudan memohon maaf
• Rasulullah SAW dan sahabat tidakmenghiraukannya, beliau pulang denganperasaan hampa dan kecewa ke Mekah
PEMBUKAAN KOTA MEKAH TANDA
KEJAYAAN PERKEMBANGAN SYIAR ISLAM
• Berlaku pada Ramadan, tahun ke-8 hijrah
• Keberangkatan Rasulullah dan sahabat ke Mekahdapat dijangka oleh pihak Quraisy
• Pembukaan kota Mekah dilihat sebagai kejayaanpenting dalam perkembangan syiar Islam
• Rasulullah menyiapkan angkatan Muslimindengan jumlah mencecah hingga 10,000 orangberangkat ke Mekah
• Setiba Rasulullah di Mekah, orang Islam
berjaya memasukinya tanpa tentangan
sengit
• Walaupun pertempuran berlaku, ia dapat
dipatahkan oleh Khalid Ibn Walid dan
sahabat lain
• Baginda menghancurkan menghancurkan
360 berhala di sekeliling Kaabah sebagai
berakhirnya penyembahan berhala di
Mekah.
• Dengan musnahnya berhala di Kaabah,
maka berakhirlah penyembahan berhala
• Setelah itu Rasulullah mengambil kunci
Kaabah yang mulia dari tangan Uthman
bin Thalhah, kemudian Rasulullah masuk
dan solat 2 rakaat di dalamnya
• Maka dengan itu secara rasminya
pembukaan kota Mekah dan ia makmur
dengan syiar Islam hingga kehari ini