[FIRST - 13] BH/DALAM NEGERI/PAGES 30/03/16 · Masalah penjagaan gigi kurang bersih juga mungkin...

Post on 31-Mar-2019

228 views 0 download

Transcript of [FIRST - 13] BH/DALAM NEGERI/PAGES 30/03/16 · Masalah penjagaan gigi kurang bersih juga mungkin...

EFARID HAMZAHfarid@sph.com.sg

ENCIK Hassan Latiff pernah merokok sehingga50 batang sehari – tidak kira di mana, rokok adalah‘teman sejatinya’.

Malangnya, gara-gara merokoklah Encik Hassan,59 tahun, hilang suaranya buat selamanya. Ini keranarokok, yang menjadi teman sejati sejak zaman rema-janya, adalah punca barah tekak yang dialaminya.

Encik Hassan, bekas penolong jurutera, kini perlumenulis di kertas setiap kali ingin berbicara.

Menceritakan kisahnya, beliau berkata antara tan-da awal yang dialaminya termasuk batuk tanpa hentisehingga sakit tekak. Telinganya juga terasa sakit.

“Dulu saya suka berborak dengan rakan-rakan dikedai kopi, sambil merokok tanpa henti. Ke mana sa-ja pasti ada kotak rokok dalam kocek saya. Pada2007, saya perasan saya batuk tanpa henti. Tekakdan telinga terasa amat sakit,” jelasnya.

Dua tahun kemudian, beliau disahkan menghidapbarah tekak setelah kesihatannya semakin buruk ter-masuk sukar bernafas.

Apabila diberitahu barah tekaknya sudah beradapada tahap keempat, Encik Hassan dan isterinya, CikMarlina, 56 tahun, berasa seolah dunia mereka sudahberakhir. Encik Hassan kemudian menjalani pembe-

dahan – membuang kotak tekaknya pada tahun ituselepas dijejas teruk oleh serangan sel barah.

Kini selain menulis di kertas, Encik Hassan meng-gunakan aplikasi WhatsApp dan e-mel untuk berbi-cara dengan isteri dan rakannya.

“Saya reda dengan kejadian ini. Saya rasa ada hik-mahnya. Sebab, kalau dahulu saya gemar habiskanberjam lamanya di kedai kopi dengan berborak sam-bil menghisap rokok, kini saya lebih banyak habis-kan masa di rumah,” jelasnya, yang tinggal di flatsewa jenis ‘L’ di Beach Road.

Bagi menampung keperluan keluarga, isterinyabekerja sebagai pembantu gerai dengan gaji $1,000sebulan, manakala Encik Hassan ada kalanyamenawarkan khidmat membaiki perkakas dan keper-luan rumah rakan dan kenalannya.

Mereka menerima bantuan kewangan selain ban-tuan Skim Pengayaan Serenity Ain (Asers) dan kaun-seling daripada Persatuan Ain. Asers membolehkanpemohonnya menggunakan sehingga 80 peratus dari-pada dana disediakan bagi meningkatkan kemahirandan pembangunan peribadi mereka.

“Saya bersenam setiap hari sebagai satu cara me-nguatkan otot. Saya tidak boleh terus bersedih, seba-liknya saya perlu kuatkan diri demi masa depan sayadan isteri,” tambahnya sambil memandang wajah is-terinya.

SEHINGGA tiga pesakit barubarah tekak tampil mendapatkan ra-watan di Hospital Tan Tock Seng(TTSH) setiap minggu.

Bilangan itu merupakan antara40 pesakit barah yang tampil bagimendapatkan rawatan setiap ming-gu di hospital tersebut.

Antara 2012 dengan tahun lalu,bilangan pesakit barah larinks, ataukotak tekak (larynx), mencecah 85orang.

Selain daripada itu, ada juga 67pesakit barah oropharynx atau ba-hagian tengah tekak, dan 35 pesakitbarah hypopharynx atau bahagianbawah tekak, dalam tempoh yangsama.

Mendedahkan itu kepada Gah!,Konsultan Jabatan Pakar PenyakitTelinga Hidung dan Tekak (Otorhi-nolaryngology) TTSH, Dr Lim MingYann, berkata kebanyakan pesakitbarah tekak adalah perokok yangmengamalkan tabiat merokok sejakbertahun lamanya.

“Sesetengah pesakit ini jugameminum minuman keras secaraberlebihan. Masalah penjagaan gigikurang bersih juga mungkin menja-di penyumbang kepada barah mulutdan tekak.

“Tetapi sejak kebelakangan ini,kami juga ditemukan dengan pesa-kit barah tekak yang berpunca dari-pada virus papiloma manusia, yangada kaitan dengan amalan mempu-nyai berbilang pasangan seksual se-lain mengamalkan seks oral denganpasangan mereka itu,” katanya se-masa ditemui di kliniknya baru-ba-ru ini.

Antara simptom barah tekak ter-masuk tekak berasa perit, dengan ra-sa sakit bertambah buruk, darahdalam kahak, sakit telinga, bunyikuat semasa bernafas dan sukarbernafas. Terdapat juga kelenjar lim-fa pada tengkuk dan pesakit akanmula susut berat badannya.

Menurut Dr Lim, sekiranyabarah tekak itu berlaku pada kotaksuara, si pesakit akan sering menga-lami mutu suara yang semakin te-ruk atau hilang suara mereka, se-

dang sel barah menyerang pitasuara dan kotak suara.

“Serangan barah itu akan menje-jas pergerakan pita sehinggamenyebabkan pesakit hilang suara.

“Pesakit juga mungkin kehila-ngan suara bagi memenuhi sebaha-gian daripada rawatannya. Con-tohnya, bagi menghapuskan barah,sebahagian atau seluruh kotak suaraperlu dibuang atau menjalani radia-si,” jelasnya.

Secara umum, mereka yangmengalami barah pada peringkatawal (tidak kira apa jua pilihan ra-watan) tidak akan kehilangan selu-ruh suara mereka tetapi mutu suaraakan berubah selepas rawatan, teru-tamanya bagi barah kotak suara.

Bagaimanapun, biasanya padaperingkat awal penyakit, sebahagi-an suara asli dapat dikekalkan.

“Apabila barah sudah mencapaitahap lewat, adalah sukar mengekal-kan suara asal. Jika pembedahanperlu dilakukan akibat penyakityang semakin berkembang, kerapkali kotak suara perlu dibuang dansuara asli akan hilang,” kata beliau.

Namun, terdapat rawatan yangboleh mengembalikan suara.

Antaranya menerusi peng-gunaan alat yang dipanggil elektro-larinx, dengan pesakit hanya perlumemegang alat yang menghasilkansuara itu pada tekaknya dan menye-but ayat pada masa yang sama.

Meskipun mudah dipelajari dansuaranya agak jelas, mutu suara se-perti perbualan robot.

Satu lagi rawatan ialah denganmenebuk lubang kecil antara salu-ran udara dengan saluran makanandan memasukkan injap kecil didalamnya.

Pesakit boleh menyalurkanudara daripada saluran udara me-nerusi injap ini ke dalam saluran ma-kanan dan kemudian ke mulut –menghasilkan bunyi menerusi salu-ran makanan yang bergegar. Bunyisuara yang dihasilkan agak baik.

Kaedah rawatan mengembalikansuara terakhir ialah dengan me-nelan udara dan kemudian ber-sendawa dari perut ke saluran ma-kanan dan mulut. Ini akan meng-hasilkan suara.

Dinamakan pertuturan esofagus,cara ini sukar dipelajari. EFARIDHAMZAH

Hidap barah tekakdek hisap 50 batang

rokok sehari

Apa anda harus tahumengenai barah tekak

HARUS JAGA MAKAN: Cik Marlina kini memastikan suaminya, Encik Hassan, menjaga diet dan ubat yang perludiambilnya. – Foto TAUFIK A. KADER

BUAT PEMERIKSAAN: Dr Lam (kiri) menunjukkan cara pemeriksaan bagimenentukan masalah barah dalam tekak. – Foto TAUFIK A. KADER

CATCH GUNS N' ROSES LIVE IN MEXICO CITY!

Berita Harian | Rabu, 30 Mac 2016 13

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan