Post on 27-Jul-2019
FORUM SANTAI BERSAMA USTAZAH FATIMAH
SYARHA DAN DR. FARHAN HADI:
“AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG” Oleh: Auni Mahfuzah Binti Mohd Noor
Foto: Muhammad Iqbal Bin Abdul Razak
Pada 12 April 2014 yang lepas, Islamic Circles of Raub (ICoRe) telah
menganjurkan sebuah forum santai bersama Ustazah Fatimah Syarha dan
Dr.Farhan Hadi. Forum yang diadakan di Dewan Jubli Perak Raub itu telah
Berjaya mendapat sambutan luar biasa daripada golongan pencinta ilmu
yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Pihak penganjur telah mela-
kukan satu kelainan apabila memilih tajuk lagu sebagai tajuk forum. “Aku
Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang” merupakan tajuk lagu yang yang si-
nonim dengan penyanyi cilik yang berasal dari Indonesia iaitu Tegar. Forum
tersebut telah berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi dan bera-
khir pada jam 12 tengahari. Walaupun forum bermula pada jam 10 pagi, na-
mun keterujaan para pencinta ilmu ini telah membuatkan mereka memenuhi
dewan seawal jam 8 pagi.
Tujuan forum ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada remaja
dengan pelbagai konteks ilmu yang dapat membimbing dan membentuk
mereka ke arah generasi Rabbani. Selain itu, forum ini juga bertujuan untuk
melahirkan remaja yang memiliki kemantapan ilmu dunia dan akhirat serta
membentuk remaja yang mempunyai akhlak terpuji yang berteraskan
akhlak Islamiah. Saudara Nawal Bin Nadzri telah mempengerusikan forum ini
manakala moderatornya adalah saudari Afifah Zawani Binti Mohd Noor. Se-
cara tidak langsung, forum ini telah memberi peluang kepada remaja ICoRe
untuk mencabar diri mereka berhadapan dengan khalayak umum. Panel
jemputan pula merupakan pasangan bahagia iaitu Dr.Farhan Hadi Bin Mohd
Taib dan isteri beliau Ustazah Fatimah Syarha Binti Mohd Noordin. Dr. Farhan
Hadi mendapat ijazah doktor perubatan di Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS) dan pada masa sekarang bertugas di Hospital Pakar Al-Islam.
Ustazah Fatimah Syarha pula merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wa-
hyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi.
Di samping mengadakan forum, Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan
Hadi telah mempromosikan buku-buku tulisan mereka. Antara buku yang
dijual ialah Tautan Hati, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, Aku Ada
Wali, Risalah Hati, Denyut Kasih Medik, dan Tuhan Lebih Saintifik. Buku-buku
tersebut telah mendapat sambutan yang luar biasa apabila kesemua buku-
buku tersebut habis dijual. Jelaslah di sini bahawa masyarakat Raub sangat
mengamalkan budaya membaca dalam kalangan mereka tidak kira kanak-
kanak, remaja mahupun golongan dewasa.
Selain itu, pihak ICoRe sendiri telah membuka gerai jualan mereka
yang terletak di luar dewan. Antara barangan ICoRe yang telah dijual ialah T
-shirt muslimah, tudung, button badges ICoRe dan barangan ekslusif ICoRe
yang lain. Oleh kerana ICoRe Shop masih belum mempunyai gerai tetap, oleh
itu pihak ICoRe menggelarkannya sebagai “ICoRe Shop bergerak”.
1
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan barangan ICoRe, bo-
leh berhubung dengan saudari Farhana Ahmad Dusuki atau Qurratul Ain
Wan Mohamad di laman facebook: ICoRe SHOP .
Konklusinya, forum yang telah dianjurkan ini Berjaya mencapai mat-
lamat dan objektif pihak penganjur. Alhamdulillah. Segala pujian hanya un-
tuk Allah. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak
2
ZIARAH MAHABBAH KE PERKAMPUNGAN IBADAH
Oleh: Nur Afiqah Abdul Hadee
Foto: Nur Afiqah Abdul Hadee
Pada 6 April 2014 (Ahad) yang lalu, Islamic Circles of Raub (ICORE)
telah mengadakan ziarah dan gotong-royong di Perkampungan Ibadah Raub
iaitu berdekatan dengan Taman Amalina Perdana, Raub. Perkampungan
Ibadah Raub ini merupakan sebuah penempatan bagi warga emas serta
golongan kurang kemampuan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM).
Aktiviti ini disertai seramai 20 orang wakil dari Syabab dan Srikandi
ICORE. Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan menyantuni dan berk-
enalan dengan orang-orang tua yang menetap di kawasan ini. Seramai 15
orang warga emas yang menghuni disana iaitu 11 orang lelaki dan 4 orang
wanita.
Tujuan utama ziarah dan gotong-royong ini diadakan adalah untuk
melawat serta mendapatkan sedikit pengetahuan serta gambaran mengenai
perjalanan kehidupan penghuni di sana. Di samping itu juga, aktiviti ini ber-
tujuan untuk membantu membersihkan kawasan di rumah orang tua terse-
but. Dengan lawatan ke
rumah orang tua ini
sedikit sebanyak dapat
melahirkan sikap pri-
hatin kepada golongan
masyarakat yang
terpinggir dan kurang
bernasib baik.
3
Menurut Encik Sufian Bin Awang Hamat selaku pengurus Perkampun-
gan Ibadah Raub, dengan mengadakan lawatan seperti ini beliau berharap
dapat meningkatkan tahap kesedaran mengenai betapa pentingnya menjaga
ibu bapa serta menghargai jasa-jasanya yang tidak akan mampu di bala
soleh anak-anak. Beliau juga berharap akan ada lagi program sebegini un-
tuk masa akan datang. Program ini berakhir pada jam 1 petang dengan
makan tengahari. Akhir kalam, semoga Allah memberi kekuatan dan keber-
katan kepada orang-orang tua serta rumah kebajikan ini untuk terus ber-
bakti.
4
OBSESI
Salahuddin al-Ayubi, Si Singa Padang Pasir, penakluk Jerussalem. Sul-
tan Muhammad Al-Fateh, penakluk Konstantinopel (gambar). Steven Paul,
atau Steve Jobs, pengasas Apple Inc. Mark Zucker-
berg, pengasas Facebook. Nama-nama ini
memiliki persamaan yang memacu kejayaan
mereka. Persamaan yang juga dimiliki peminat
‘kipas susah mati’ hiburan K-pop sehingga me-
mampukan mereka mengalunkan bahasa Korea
sefasih bahasa ibunda. Persamaan ini juga dimiliki
oleh peminat anime Jepun sehingga mereka
mampu menghasilkan imaginasi tinggi untuk me-
lakarkan lukisan-lukisan komik sendiri. Persamaan
itu juga dimiliki oleh kita samada sedar atau tidak,
ia mendefinisikan siapa kita sekarang dan akan
datang. Obsesi.
Satu perkataan yang mengambarkan sifat keterujaan atau keazaman
yang tinggi bagi mencapai sesuatu matlamat. Satu perkataan yang meng-
gambarkan segala perwatakan, pergerakan, mahupun pencapaian seseo-
rang. Sedar atau tidak sedar, setiap keputusan yang memandu keputusan
dalam kehidupan seharian kita dipacu oleh sebuah obsesi.
Seseorang yang obses dengan warna kegemarannya, pasti akan meli-
hat dahulu pada warna sesuatu objek sebelum memilih aspek-aspek lain
seperti seni reka mahupun fungsi. Obsesi seperti ini tidak memerlukannnya
untuk mewawarkan warna kegemarannya kepada semua kerana ianya akan
jelas terlihat pada pakaian, dan barang-barang milikannnya. Obsesinya se-
seorang pada budaya K-pop juga mudah ditafsir dari cara pemakaian, cara
bersolek, mahupun cara bercakap.
Memetik kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk kota Kon-
stantinopel, kisah ini bukan hanya kisah kehebatan seorang sultan dalam
misi perluasan kuasanya, tetapi, terdapat mesej besar yang ingin diketen-
gahkan daripada satu susuk tubuh pembesar ini. Kisah ini kisah ke-obsesi-an
para pembesar Islam terhadap sabda Rasulullah s.a.w.
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya
adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis
riwayat Imam Ahmad)
Para sahabat dan pemimpin umat Islam selepasnya begitu berlumba-
lumba di dalam usaha untuk membebaskan Konstatinopel bagi mendapatkan
penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt sebagaimana di dalam hadis
tersebut. Daripada catatan sejarah, tidak kurang daripada 8 kempen yang
besar daripada keseluruhan 29 kempen yang telah dilancarkan tetapi kese-
mua kempen-kempen tersebut menemui kegagalan. Di antaranya ialah se-
banyak 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kera-
jaan Abbasiyah dan 2 lagi kempen yang besar di zaman Kerajaan Uthmaniy-
yah.
5
Usaha yang pertama telah dilancarkan di zaman Kerajaan Umayyah
pada tahun 44H, apabila seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Abu Ayyub
Al Ansary r.a telah syahid dan beliau telah dimakamkan di bawah dinding
kubu Kota Konstatinopel di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa
beliau ingin dimakamkan di situ maka Abu Ayyub al Ansari menjawab,
“Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda milik sebaik-baik
raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebas-
kan Constantinople”. Begitulah hebatnya keyakinan seorang sahabat besar
Nabi s.a.w.
Ketertarikan dan keterujaan sepanjang zaman untuk mendapatkan
penghormatan Allah itu melahirkan Sultan Muhammad al-Fateh yang mem-
besar dengan pendidikan yang penuh obsesi untuk merealisasi hadis Rasu-
lullah s.a.w.
Ada sebuah kisah perbualan yang menjelaskan kisah-kisah obsesi
para sahabat ini. Suatu hari Socrates didatangi seorang muridnya. Dia ber-
tanya, “Guru, apa yang dimaksud dengan obsesi?” Socrates tidak men-
jawab, dia hanya mengajak sang murid ke sebuah bekas tadahan yang berisi
air. Setibanya di sana, Socrates segera memegang kepala sang murid lalu
membenamkannya ke dalam bekas tadahan tersebut. Sang murid meronta-
ronta ingin melepaskan diri. Setelah berusaha matian-matian, dia berjaya
melepaskan kepalanya dari cengkeraman Socrates dan keluar dari bekas
tadahan air dengan kepala yang basah kuyup. Kemudian dia bertanya,
“Guru, kenapa engkau memasukkan kepala saya ke dalam bak air?”
“Itulah yang disebut obsesi. Keinginan memuncak untuk mendapatkan sesuatu,
seperti halnya keinginanmu untuk keluar dari bak air,” jawab Socrates.
Lalu, obsesi apakah yang sedang memandu diri kita dalam setiap detik per-
gerakam kita?
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah,
Tuhan seluruh alam.”
Tepuk dada tanya iman.
BIODATA PENULIS
Nor Fatirah Roslan merupakan anak kelahiran Melaka dan kemudiannya
membesar di Raub, Pahang. Pernah menuntut di SMK Tengku Kudin, Raub.
Selepas menamatkan pengajian di SMK Tengku Kudin, beliau melanjutkan
pula pelajarannya ke Universiti Chiba, Jepun dalam bidang Kejuruteraan
Mekanikal.
Facebook: Along Fatin
6
Cara Penyimpanan Ubat Masih ingat lagi tentang 5 B yang penulis tulis pada edisi yang lepas? In-
syaAllah, penulis harap dapat membantu para pembaca sedikit sebanyak
tentang ubat-ubatan. OK, kali ini penulis akan menceritakan pula tentang
cara penyimpanan ubat yang betul. Kebanyakan pengguna ubat di Malaysia
masih tidak tahu tentang cara penyimpanan ubat yang betul.
Di mana tempat simpan ubat yang betul?
Dalam tandas? Dalam kereta? Dalam peti sejuk? Tepi tingkap? Dalam kabi-
net atau almari?
OK, mari kita lihat.
Cara penyimpanan ubat bergantung kepada ubat-ubat tertentu. Se-
bagai contoh ubat insulin yang masih tidak digunakkan, perlu di simpan di
dalam peti sejuk. Tidak semua ubat perlu disimpan di dalam peti sejuk. Se-
setengah ubat yang dimaklumkan oleh doktor atau pegawai farmasi sahaja
yang perlu disimpan didalam peti sejuk.
Ubat tidak boleh disimpan di dalam kereta, mungkin untuk lebih
compliant kepada ubat katanya, tetapi ubat yang disimpan di dalam kereta
akan rosak kerana suhu yang tinggi di dalam kereta.
Mungkin di rumah-rumah atuk atau nenek kita masih ada yang sege-
lintir daripada mereka akan meletakkan ubat di tepi-tepi tingkap. Tidak bo-
leh tau, para pembaca. Ubat tidak boleh disimpan di tepi tingkap. Kenapa?
Kerana ubat akan rosak dek cahaya matahari yang boleh masuk melalui ting-
kap itu.
Kita juga perlu mengasingkan ubat untuk di makan dan ubat untuk
kegunaan luar kerana kita takut kita tertukar. Ubat yang sepatutnya di sapu
kita makan.
Bagaimana Cara Menyimpan Ubat Anda
Kita sebagai pengguna atau pesakit harus dan perlu tau cara penyim-
panan ubat dengan cara yang betul. Panduan penyimpanan yang betul ter-
masuk:
Jauhkan ubat dari kanak-kanak
7
Asingkan ubat makan dan ubat untuk kegunaan luar
Simpan ubat di tempat kering dan jauh dari panas/cahaya
matahari.
Jangan simpan kapsul dan tablet di dalam bilik air, berhampiran
sinki dapur atau tempat lain yang lembap. Kepanasan
atau kelembapan boleh merosakkan ubat. Jangan letakkan ka-
pas di dalam bekas ubat yang telah dibuka kerana ia boleh
menyerap udara lembap ke dalam bekas ubat.
Jangan simpan ubat dalam peti sejuk kecuali diarahkan.
Jangan tinggalkan ubat anda di dalam kenderaan bagi jang-
kamasa yang lama.
8
Jangan tinggalkan ubat anda di dalam kenderaan bagi jang-
kamasa yang lama.
Jangan simpan ubat yang telah tamat tarikh luput atau tidak diper-
lukan lagi.
Perlu simpan ubat mengikut suhu yan ditetapkan. Jika tidak, ubat
itu mungkin akan hilang kestabilannya dan akan menyebab-
kan ubat akan rosak
Oleh itu, jadilah seorang pengguna yang bijak, kita mempunyai hak untuk
bertanya kepada pegawai farmasi kita berkenaan ubat-ubatan kita.
BIODATA PENULIS:
Mohamad Dhiyauddin Fadli b Muhammad Zailani lahir di Kota Bharu Ke-
lantan. Merupakan anak sulong daripada dua orang adik beradik. Penulis
pernah bersekolah di SK Bandar Raub, SMK Tengku Kudin dan MRSM
Kuala Berang. Merupakan graduan Universiti Sains Malaysia (USM)
dalam bidang Sains Farmasi. Pernah bertugas di Hospital Sultan Haji
Ahmad Shah Temerloh dan kini bertugas sebagai Pegawai Farmasi di
Klinik Kesihatan Jeram Tekoh, Gua Musang Kelantan.
Facebook: Mohamad Dhiyauddin Fadli
9
“Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran
yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya
dan agama untuk jiwanya.”
-Hamka
Rasa Sebuah Harga Mungkin lebih 90% pembaca bagi artikel ini adalah beragama Islam, mungkin juga 99%, atau 100%. Namun jika saya letakkan soal agama mana yang anda pegang
mahupun agama mana yang benar ke tepi dahulu dan fokus kepada soal beragama
atau tidak, mahukah anda terus membaca artikel ini?
Bayangkan satu situasi dalam satu kapal terbang yang hampir terhempas di lautan
Hindi:
Jane: “Oh Lord, grace my life and I will be loyal to Jesus Christ. Amen”
Kavitha: “God Vishnu, save this plane and keep us safe.”
Salim: “Ya Khaliq, Kau maha mengasihani maka selamatkanlah kami dari musibah
ini! Amin.”
Setiap manusia yang beragama ada tempat bergantung, namun jika situasi di atas
dialami oleh seseorang yang tak beragama, impak psikologi kepada beliau pasti
lebih negatif, ibarat jambatan yang tidak bertali: tiada tempat bergantung.
Pengawas minda
Ritual agama sebenarnya ialah sesuatu yang berkait rapat dengan minda, dengan
otak. Terdapat suatu teori Psikologi yang dinamakan sebagai “Attentional Function-
ing” ataupun ‘Penetapan Fokus’ didapati berkait dengan ritual keagamaan. Kajian
Psikologi mendapati bahawa rutin keagamaan dapat membantu meningkatkan ka-
dar keberkesanan proses ini [1]. Proses ‘Attentional Functioning’ didapati dapat
membantu dalam mengawal impak bagi perbuatan kita [2]. Dengan kata lain, rutin
keagamaan dalam hidupan harian memudahkan kita dalam menjangkakan kesan
atas tindakan kita kerana minda kita dapat dalam keadaan fokus. Tambahan pula,
satu kajian lain mendapati proses ini juga dapat membantu kita mengawal emosi
serta memori [3]. Selain itu, penglibatan dalam aktiviti keagamaan berkait dengan
emosi-emosi positif seperti kepuasan dalam hidup dan keyakinan diri [4].
10
Psikologi dan solat
Mungkin lebih elok kita menyelam lebih dalam mengenai rutin keagamaan
secara spesifik terhadap kesannya terhadap psikologi seseorang. Modul
yang saya gunakan sebagai contoh ialah kehidupan seorang Muslim sebagai
hamba kepada Allah Azza wa Jalla (Maha perkasa lagi mulia). Salah satu rutin
yang baik dilakukan oleh seorang Muslim ialah menikmati keindahan kehi-
jauan alam ciptaan-Nya sewaktu berjalan ke masjid untuk bersolat jemaah.
Hal ini kerana, sebuah kajian oleh Heriot-Watt University, United Kingdom
tersebut dilakukan dengan menggunakan ujian eletrikal terhadap otak men-
dapati pendedahan terhadap kawasan hijau membuatkan seseorang berasa
tenang dan kurang tekanan (stress) [5]. Selain itu, perbuatan mengambil
wuduk juga dapat membantu dalam kestabilan minda. Perbuatan membasuh
tangan dengan air dapat mengurangkan emosi yang berkaitan dengan moral
yang negatif seperti rasa malu, menyesal, marah dan meluat [6]. Perbuatan
ini juga boleh menimbulkan perasaan optimis setelah sesuatu kegagalan
berlaku [7] Setelah berwuduk, solat yang dilakukan merupakan satu bentuk
interaksi. Interaksi, walaupun singkat dapat memperbaik proses kognitif [8].
Tambahan pula, perbuatan rukuk dan sujud di dalam solat dapat
mencetuskan komunikasi yang lebih berkesan dengan kuasa Ilahi [9].
Wallahu’alam.
Rujukan
[1] Cahn, B. R., & Polich, J. (2006). Meditation states and traits: EEG, ERP, and neuroimaging
studies. Psychological bulletin.
[2] Carver, C. S., & Scheier, M. F. (2001). On the self-regulation of behavior. Cambridge Uni-
versity Press.
[3] Lutz, A., Slagter, H. A., Dunne, J. D., & Davidson, R. J. (2008). Attention regulation and moni-
toring in meditation. Trends in cognitive sciences.
[4] Koenig, H. G., McCollough, M. E., & Larson, D. B. (Eds.) (2001) Handbook of religion and
health. New York, NY: Oxford University Press.
[5] Aspinall, P., Mavros, P., Coyne, R., & Roe, J. (2013). The urban brain: analysing outdoor
physical activity with mobile EEG. British journal of sports medicine.
[6] Zhong, C. B., & Liljenquist, K. (2006). Washing away your sins: Threatened morality and
physical cleansing.
[7] Kaspar, K. (2013). Washing one’s hands after failure enhances optimism but hampers fu-
ture performance. Social Psychological and Personality Science.
[8] Ybarra, O., Burnstein, E., Winkielman, P., Keller, M. C., Manis, M., Chan, E., & Rodriguez, J.
(2008). Mental exercising through simple socializing: Social interaction promotes general
cognitive functioning. Personality and Social Psychology Bulletin.
[9] Schubert, T. W. (2005). Your highness: vertical positions as perceptual symbols of
power. Journal of personality and social psychology.
Penulis:
Wan Zulhelmi bin Wan Kamaruzaman merupakan anak keenam daipada tujuh
adik beradik. Tumpahnya darah beliau di Sungai Petani, Kedah. Pernah menda-
pat pendidikan di SK Kampung Gelam (Melaka), SK Mahmud (Raub), SMK
Tengku Kudin (Raub) dan SBP Integrasi Kuantan. Beliau juga merupakan lulusan
asasi TESL di Universiti Teknologi Mara Kuantan yang sedang menuntut di HELP
University, Damansara Height dalam bidang Psikologi.
FB: Wan Zulhelmi
11
Sebarkan Salam Dari Abi Hurairah, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W :
“Hak Muslim atas Muslim itu enam: Apabila engkau bertemu dia, hen-
daklah engkau beri salam kepadanya; dan apabila ia undang-mu, hendaklah
engkau perkenankan-dia; dan apabila ia minta nasihat, hendaklah engkau na-
sihati-dia; dan apabila ia bersin lalu berkata Alhamdulillah, hendaklah engkau
do’akan dia; dan apabila ia sakit, hendaklah engkau melawat dia; dan apabila
ia mati, hendaklah engkau turut (jenazah)-nya.” (Riwayat Muslim)
Saya masih ingat lagi, di waktu pagi pada beberapa minggu yang
lepas saya agak tergesa-gesa menuju ke kelas dan berjalan dengan pantas
merentasi deretan rumah milik jiran menuju ke stesen bus. Kelihatan dari
jauh seorang pak cik tua sedang tekun mencangkul di halaman rumahnya.
Seperti hari-hari biasa, jika terserempak dengan jiran di luar rumah atau se-
siapa sahaja yang sedang berjogging mahupun bersenam, saya akan men-
yapa mereka dengan mesra. Sudah menjadi budaya masyarakat di sini untuk
saling bertegur sapa setiap kali bertemu di taman, ketika bersenam dan ber-
jogging.
Saya berjalan mendekati pak cik tesebut dan mula bersedia untuk
mengucapkan 'Hi' dan senyum. Belum pun sempat saya membuka mulut, pak
cik tersebut terlebih dahulu mengucapkan selamat pagi kepada saya. Bukan
itu sahaja, malahan dia berdiri dan tunduk seakan-akan memberi penghor-
matan buat saya. Subhanallah! Hari yang saya lalui selepas itu sangat mem-
bahagiakan dan tindakan pak cik tersebut bermain-main di minda saya.
Perbuatan tersebut kelihatan sangat kecil tetapi ia memberi impak
yang sangat besar kepada saya. Tindakannya yang berhenti mencangkul,
berdiri memandang saya dan tunduk memberi hormat benar-benar menun-
jukkan dia sangat berusaha untuk menyantuni saya. Lihatlah akhlak mulia
yang dipaparkan oleh pak cik tersebut. Saya sendiri merasa tertampar den-
gan sikapnya. Itulah akhlak seorang muslim yang sebenarnya dan akhlak
tersebut ditunjukkan oleh seorang bukan muslim kepada saya yang meru-
pakan seorang muslim! Ah! Saya rasa malu sendiri.
Ketika pulang ke Malaysia, saya sedaya upaya cuba untuk menyan-
tuni mereka yang saya temui walaupun terkadang usaha tersebut dimatikan
dengan balasan dingin oleh mereka dan sikap teragak-agak saya. Kalau di-
fikirkan, mengapa pak cik tersebut bersungguh-sungguh untuk menyantuni
saya? Bukanlah kerana mengharapkan balasan tetapi kerana itulah sifatnya
yang akan berusaha untuk menyantuni dan menggembirkan hati sesiapa sa-
haja yang ditemui.
Malunya saya sebagai seorang yang beragama Islam tidak bersung-
guh-sungguh menyantuni orang di sekeliling. Rasulullah S.A.W telah men-
yatakan secara jelas terdapat enam hak yang perlu kita tunaikan terhadap
saudara semuslim kita. Salah satunya ialah memberi salam. Perbuatan ini ke-
lihatan mudah tetapi memberi pahala dan kesan yang mendalam. Kita
mampu menyentuh dan memulakan silaturrahim dengan hanya memberi
salam kepada saudara, sama ada yang kita kenali ataupun tidak.
"Sesungguhnya telah ada dalam diri Rasulullah itu suri teladan yang
baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan
(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Surah al-Ahzab
[33]: 21)
12
Marilah kita telusuri sejarah Rasulullah S.A.W sebagaimana yang
dikisahkan oleh Anas bin Malik ra. Rasulullah S.AW. akan sentiasa memu-
lakan memberi salam kepada sesiapa saja yang ditemuinya. Bila berjumpa
dengan salah seorang sahabatnya, segera ia akan menghulurkan tangan un-
tuk berjabat tangan. Baginda akan berusaha untuk menyantuni sahabat
baginda lebih dahulu daripada disantuni oleh mereka. Begitulah akhlak
baginda dalam menyantuni dan meraikan para sahabat.
Inilah yang seharusnya kita contohi dan budayakan. Bukan hanya
memberi salam apabila berkunjung ke rumah tetapi setiap kali kita bertemu,
kita akan berusaha memberi salam dan menyantuni mereka. Walaupun
rakyat Malaysia dikenali sebagai seorang yang bersopan santun dan penuh
budaya, saya secara peribadi merasa budaya mesra dan saling menyantuni
itu lebih lagi di sini, di Australia.
Ayuh adik-adikku. Tunjukkan bahawa saya salah, akhlak mulia yang
sepatutnya dibudayakan oleh umat Islam itu masih wujud dalam diri adik-
adik. Bangun lah dan sebarkan salam sesama anda dan sesama muslim yang
lain!
BIODATA PENULIS
Nursyafiqah Yazid merupakan pelajar di University of Adelaide, Australia
di peringkat Master dalam bidang Seni Bina. Dilahirkan di Pasir Mas Ke-
lantan tetapi membesar di Raub, Pahang dan pernah bersekolah di SMK
Tengku Kudin, Raub. Selain itu, beliau juga aktif sebagai sukarelawan
Aqsa Syarif dan beberapa organisasi lain di tempat pengajiannya.
Facebook: Nursyafiqah Yazid
13
REMAJA MENJAUH ATAU DIJAUHKAN ?
“Remaja Cinta Islam”. Masyarakat
ingin aspirasi ini menjadi realiti dan
mahu remaja masa kini menjadi gen-
erasi yang akan memimpin ummah
pada masa akan datang tetapi haki-
katnya mereka (remaja) tidak diberi-
kan peluang untuk bersuara atau
melontarkan pandangan dalam hal
ehwal agama. Golongan yang lebih
dewasa terus menerus menyangkal
segala pendapat yang diberikan
oleh para remaja atas alasan yang
sering diperkatakan, iaitu
“Mereka ini masih budak-budak,
mentah lagi. Pengetahuan dalam
agama pun cetek lagi.”
Hati kecil pun bersuara, jika ada salah dan silap dalam apa yang dilontarkan
oleh seseorang remaja itu, mengapa tidak golongan yang lebih dewasa per-
betulkan serta menyokong tindakannya bukan merendahkan lagi mutu
pemikiran pada usia mereka terhadap agama.
Mengapa remaja terus dipandang sebegini? Maka, makin lantanglah golon-
gan ini terus mengatakan remaja masa kini rosak, tidak mengambil berat
soal agama walhal mereka (remaja) telah luntur semangat untuk memper-
juangkan agama sendiri hanya kerana golongan tersebut mengatakan ba-
hawa umur mereka tidak layak untuk berbicara soal agama.
Kaedah yang sebenar-benarnya adalah dengan memberikan mereka pe-
luang dan tidak salah untuk remaja melontarkan segala persepsi dan pan-
dangan mereka dalam bidang agama selagi mana mereka tidak melebihi
batas dan pengetahuan mereka dalam agama .
Semoga suatu hari nanti akan lahir kembali Muadz bin Amr bin Jamuh dan
Muawwidz bin Afra’. Kedua-dua anak muda Islam inilah yang turut serta ber-
sama para muslimin dan Rasulullah SAW semasa berjuang atas nama agama
Allah SWT di dalam perang Badar .
Sebagai seorang remaja , saya berharap pemikiran sebegini dapat diubah
dan semoga segala aspirasi dalam menjadikan remaja generasi yang bakal
memartabatkan agama Islam akan tercapai .
Biodata Penulis:
Nur Hannani Husna Binti Marzuki merupakan pelajar Tingkatan 2 di
SMK Seri Raub.
14
Pengkhianatan Masa
“Jangan lupa ye, kita jumpa di depan kedai Ceria pukul 7.30 pagi. Jangan
lambat tau.” Pesan Si A kepada Si B.
Tepat pukul 7.30 pagi. “Mana Si B ni? Adui, dah 7.30 ni. Takkan lambat
lagi”. Tunggu punya tunggu, Si B masih belum kelihatan.
8.45 pagi, barulah Nampak kelibat Si B. “Assalamualaikum, bro. Sori, lam-
bat sikit.”
Ini adalah contoh gelagat kita dengan masa.
MASALAH BESAR!
Bila kita sudah terbiasa berfikiran sebegini, maka sedarlah bahawa kita se-
dang berhadapan dengan masalah besar iaitu masalah ‘mind set’. Dan juga,
sangatlah silap besar sekiranya kita menganggap masa itu sentiasa ada un-
tuk kita. Masa sentiasa akan bergerak tanpa menunggu kita.
Umpama air yang kita gunakan setiap hari. Saban hari mengalir tak berhenti
untuk kegunaan kita, namun barangkali kita sudah menganggap nilai air itu
biasa-biasa saja. Begitulah masa yang ada bersama kita sekarang ini. Kerana
kita hidup di dalam lautan nikmat masa, begitu banyak masa lapang se-
hingga kita menanggapi nilai masa ini sebagai suatu yang murah.
Apalah nilai sangat terlambat buat kerja sekolah atau tugasan universiti jika
nak dibandingkan dengan dapat menonton bola sepak secara langsung.
Apalah nilai sangat datang lambat ke program-program pembinaan iman
jika nak dibandingkan dengan hadir awal ke program hiburan dan maksiat.
Apalah nilai sangat menepati masa untuk bertemu seorang kawan jika nak
dibandingkan dengan menepati masa untuk bertemu dengan ‘boyfriend’
atau ‘girlfriend’.
Ya. Kita memang silap besar jika berfikiran sebegini.
15
AL-ASR:1-3
Kata Imam Syafie’ :“Jika manusia memikirkan tentang kandungan surah Al
-Asr, itu sudah memadai bagi mereka.” Surah tersebut sudah cukup meng-
gambarkan bahawa masa adalah persoalan yang besar dalam ke-
hidupan muslim. Masa adalah kehidupan!
“Demi masa.” Itulah sumpah Allah terhadap makhluknya yang satu ini.
Yang manusia selalu mengabaikannya. Yang manusia tahu tentangnya tetapi
selalu melalaikannya.
“Semua manusia di dalam kerugian.”
“Melainkan…” tegas Allah dalam hal masa ini “…mereka yang beriman
dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-
pesan dengan kesabaran.” [Al-Asr : 1-3]
AYUH!
Jadi, mari kita selidik diri kita, adakah kita se-
dang mengkhianati diri kita sendiri dengan ber-
lengah-lengah dengan masa dalam kehidupan
kita? Adakah kita teliti dalam menjaga masa
kita? Atau kita sambil lewa menguruskan masa? Atau kita tidak pernah kisah
sedikit pun akan masa?
Hendak jadi seorang muslim yang baik, jagalah masamu. Hendak menjadi
seorang pemimpin yang baik, jagalah masamu.
Sedarlah. Banyak perkara lagi yang perlu kita lakukan dalam kehidupan
kita. Banyak!
Pilihan di tangan kita. Pilihlah untuk tidak membuang masa, bermula pada
saat ini! Ayuh!
BIODATA PENULIS:
Nur Afiqah Abdul Hadee merupakan bekas pelajar Universiti Sultan Zainal
Abidin (UniSZA) dalam bidang Perakaunan. Pernah menjadi pelajar di
SMK Tengku Kudin Raub. Kini berkhidmat sebagai pegawai akaun di Arab
Saudi Airlines (Malaysia).
Facebook: Pqah Raub
16
Abang G dan Adik J feat. Charger
Adik J : Bang! Bosan la hari-hari buat benda sama ni. Rasa
macam robot pun ada.
Abang G : Maksud adik?
Adik J : Ye la…Pagi adik bangun tidur, lepas tu pergi sekolah,
petang balik sekolah, letih… Bila malam masuk tidur.
Buat benda sama je hari-hari… Abang G : Jom ikut abang jalan-jalan nak? Boleh kita keluar makan
angin.
Adik J : Bila tu, bang? Sekarang ke?
Abang G : Lagi 5 hingga 10 minit lagi. Boleh?
Adik J : Alamak! (sambil bergegas cari charger phone). Hehe.
Battery phone tinggal lagi 5 peratus je lagi ni, bang.
Dah nazak sangat ni.
Abang G : Ala… Bukan ada beza pun, adik. Setakat 5 minit je. Naik
berapa peratus sangat, adik oi…
Adik J : Eh? Apa yang takde bezanya, bang? Banyak beza dia.
Nak-nak masa kecemasan.
Abang G : Pandai betol. (Tersenyum)
Adik J : Kenapa senyum, bang?
Abang G : Takde la, zaman moden ni semua benda kena charge, kan? Phone, laptop, power bank, diri kita.
Adik J : Diri kita? Maksudnya? Kita ni memang betol-betol robot ke?
Abang G : Haah, diri kita pun kena charge jugak, dik. Ada dua
jenis charger.
Adik J : Dua?
Abang G : Yela, kita ni bukan robot. Kita ni manusia. Ada dua bahagian.
Pertama, bila kita tidur. Kita charge jasad kita supaya
bertenaga lepas tidur semalaman. Kedua, untuk roh kita.
Yang ni orang selalu terlepas pandang. Sebab tu Islam men
gajar kita untuk solat, mengaji, berpuasa, dan lain-lain lagi.
Supaya roh kita sentiasa dalam keadaan bertenaga. Macam
battery phone adik lepas siap charge. Penuhla.
Adik J : Ye la… Adik faham, adik charge phone ni pun sebab
dalam phone ni ada Al-Quran. Hehe.
Abang G : Yela tu. (Sengih nakal).
BIODATA PENULIS
Wan Azizul bin Wan Kamaruzaman merupakan pelajar dalam jurusan Electrical
Engineering di Shibaura Institute of Technology, Jepun . Lahir di Sungai Petani,
Kedah. Pernah mendapat pendidikan di SK Mahmud (Raub), SMK Tengku Kudin
(Raub) dan Sekolah Sains Kuantan. Facebook: Wan Jijul
17
5S Manisnya Iman Itu
SISIH –
Buang segala anasir buruk yang menyebabkan dosa dan menjadi pengha-
lang membina kemanisan iman. Antaranya:
Terlalu banyak berhibur
Malas melakukan ibadat-ibadat sunat
Tidak menjaga batas pergaulan yang berlainan jantina
SUSUN –
Kenal pasti kekuatan dan peluang untuk memastikan iman terjaga.
Mudah mendapatkan sumber ilmu
Minat menulis. Asah kebolehan tersebut disamping rajin menamba-
hilmu.
Pandai memimpin. Misalnya, libatkan diri secara aktif dalam aktiviti
persatuan di sekolah supaya masa yang ada tidak terbuang dengan
sia-sia.
SAPU –
Buang segala halangan dan ancaman untuk membina kemanisan iman.
Latih diri untuk bermujahadah melawan godaan nafsu dan syaitan.
Amalkan puasa sunat.
Rajin berdoa
SERAGAM –
Pastikan jadual aktiviti seharian dirancang baik supaya tidak berlaku pem-
buangan masa.
SENTIASA AMAL – Konsisten melakukan amalan mahmudah dan berusaha
meninggalkan yang maz-
mumah. Kedua-duanya
perlu bergerak selari.
Biodata Penulis:
Wan Ainin Sofiya meru-
pakan pelajar Tingkatan
5 di SMK Dong.
18
TAHUKAH ANDA? Mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap warganegara
yang berumur GENAP 18 TAHUN hendaklah mendaftar semula Kad Pengenalannya sebelum mencapai umur GENAP 25 TAHUN.
Sekiranya anda gagal untuk membuat gantian kad pengenalan Peraturan 18, anda akan dikenakan kompaun seperti jadual berikut : -
Untuk tahun 2014, bagi kelahiran yang berlaku pada tahun 1990, tahun ini adalah tahun terakhir anda mem-buat penukaran Mykad Peraturan 18. Sekiranya anda masih memgang Mykad 12tahun segeralah ke JPN yang berhampiran untuk menukar Mykad anda dengan bayaran permohonan sebanyak RM10. Sebarkan maklumat
ini. Sama-sama kita elakkan kompaun.
Disediakan oleh: Junaidah binti Abd Latif (Jabatan Pendaftran Negara Daerah Raub) FB : Cik Junaidah
TEMPOH WARGANEGARA PEMASTAUTIN TETAP / PE-MASTAUTIN SEMENTARA
Genap 25 tahun – sebelum genap 26 tahun
RM10 permohonan + RM 10 pem-prosesan + RM20 kompaun =
RM40
RM10 permohonan + RM 30 pem-prosesan + RM20 kompaun =
RM60
Genap 26 tahun – sebelum genap 27 tahun
RM10 permohonan + RM10 pem-prosesan + RM40 kompaun =
RM60
RM10 permohonan + RM30 pem-prosesan + RM40 kompaun =
RM80
Genap 27 tahun – sebelum genap 28 tahun
RM10 permohonan + RM10 pem-prosesan + RM60 kompaun =
RM80
RM10 permohonan + RM30 pem-prosesan + RM60 kompaun =
RM100
Genap 28 tahun – sebelum genap 29 tahun
RM10 permohonan + RM10 pem-prosesan + RM80 kompaun =
RM100
RM10 permohonan + RM30 pem-prosesan + RM80 kompaun =
RM120
Genap 29 tahun – sebelum genap 30 tahun
RM10 permohonan + RM10 pem-prosesan + RM100 kompaun =
RM120
RM10 permohonan + RM30 pem-prosesan + RM100 kompaun =
RM140
Genap 30 tahun – sebelum genap 31 tahun
RM10 permohonan + RM10 pem-prosesan + RM120 kompaun =
RM140
RM10 permohonan + RM30 pem-prosesan + RM120 kompaun =
RM160
Genap 31 tahun – sebelum genap 32 tahun
RM10 permohonan + RM10 pem-prosesan + RM140 kompaun =
RM160
RM10 permohonan + RM30 pem-prosesan + RM140 kompaun =
RM180
Genap 33 tahun – sebelum genap 34 tahun
RM10 permohonan + RM10 pem-prosesan + RM160 kompaun =
RM180
RM10 permohonan + RM30 pem-prosesan + RM160 kompaun =
RM200
Genap 35 tahun – sebelum genap 36 tahun
RM10 permohonan + RM10 pem-prosesan + RM180 kompaun =
RM200
RM10 permohonan + RM30 pem-prosesan + RM180 kompaun =
RM220
Genap 37 tahun dan ke atas
RM10 permohonan + RM10 pem-prosesan + RM200 kompaun =
RM220
RM10 permohonan + RM30 pem-prosesan + RM200 kompaun =
RM240
20
22
Allah S.W.T. tidak pernah mengecewakanmu, kamu sebenarnya selama ini dikecewakan oleh harapan, keinginan dan angan-anganmu sendiri. (Fatimah Alaydrus)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
(Allah S.W.T., Surah Qaaf, Ayat: 16) Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand. (Albert Einstein)
Exams? We have many, but father? Only one. (Rancho, 3 Idiots)
Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani. (Saidina Ali)
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk, rupa dan harta benda kalian, tetapi Allah memperhatikan hati dan amal-amal kalian.
(Rasulullah S.A.W., Riwayat Muslim) Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Umar Al-Khattab)
Apabila secara kebetulan kamu menjadi orang yang dekat dengan penguasa, maka berhati-hatilah kamu seolah-olah kamu sedang berdiri di atas pedang yang tajam sekali.
(Imam al-Ghazali) Gravity explains the motions of the planets, but it cannot explain who sets the planets in motion. (Isaac Newton)
Orang-orang yang tidak mengikuti keinginan-keinginan hawa nafsunya, maka tidak akan mendapat pujian dari orang banyak.
(Imam al-Ghazali). Kejap pakai tudung kejap tak pakai tudung.. Mu ingat masuk neraka kejap kejap? (Ustaz Azhar Idrus)