Post on 06-Aug-2019
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
GARIS PANDUAN GERAN INTERNAL SOCIAL PROJECT
VIA RESEARCH (INSPIRE) UNIMAP
1.0 TUJUAN
Garis Panduan ini diterbitkan dengan tujuan untuk memberi panduan kepada semua
kakitangan UniMAP tentang kaedah dan syarat untuk memohon Geran Internal
Social Project Via Research (INSPIRE) UNIMAP.
2.0 PENGENALAN
2.1 Borang Geran Penyelidikan Geran Internal Social Project Via Research
(INSPIRE) UniMAP boleh didapati di laman web rasmi UniMAP, atau
lampiran hebahan pembukaan geran.
2.2 Penyelidik mestilah melengkapkan dan menghantar borang ini ke Pusat
Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) untuk proses semakan dan
seterusnya kelulusan oleh Jawatankuasa Geran Penyelidikan INSPIRE yang
dilantik Timbalan Naib Canselor (P&I) UniMAP.
2.3 Semua prosedur dan syarat ini dinyatakan untuk menyeragamkan
permohonan semua penyelidik dan memudahkan proses kelulusan dibuat.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Untuk menentukan/ memaklumkan prosedur dan peraturan dalam
permohonan Geran Penyelidikan Internal Social Project Via Research
(INSPIRE) UniMAP.
3.2 Untuk melicinkan dan memudahkan proses permohonan dan kelulusan
permohonan geran oleh jawatankuasa
4.0 KELAYAKAN
4.1 Geran Penyelidikan Internal Social Project Via Research (INSPIRE)
UniMAP ini hanya dibuka kepada staf UniMAP sahaja.
4.2 Penyelidik bersama boleh terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
4.3 Walau bagaimanapun, hanya pensyarah yang bertaraf tetap, sementara atau
kontrak, dan pensyarah pelawat sahaja yang layak untuk memohon sebagai
ketua penyelidik. Walaubagaimanapun, ia masih bergantung pada kuasa
Naib Canselor UniMAP.
4.4 Bagi geran ini jumlah maksimum yang boleh di pohon oleh penyelidik
adalah sebanyak RM 20,000.00
5.0 TEMPOH PENYELIDIKAN
5.1 Penyelidikan menggunakan Geran Penyelidikan Internal Social Project Via
Research (INSPIRE) UniMAP ini hendaklah disempurnakan dalam tempoh
setahun (12 Bulan).
5.2 Dekan PPPI berhak menamatkan geran penyelidikan yang yang tidak aktif
dalam tempoh 6 bulan
6.0 TANGGUNGJAWAB KETUA PENYELIDIK ATAU PEMEGANG
GERAN
6.1 Ketua Penyelidik bertanggungjawab menjalankan penyelidikan ini dengan
menggunakan kaedah dan prinsip yang betul berdasarkan peraturan
universiti.
6.2 Sebarang penyalahgunaan peralatan dan kemudahan yang disediakan oleh
universiti dalam mengendalikan penyelidikan ini adalah tidak dibenarkan
sama sekali.
6.3 Penyelidik bertanggungjawab menyimpan penyata kewangan projek (wang
panjar) dan perlu mengemukakannya kepada Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Inovasi apabila diminta berbuat demikian.
6.4 Penyelidik tidak boleh meninggalkan universiti dalam tempoh yang lama
(tanpa sebab yang munasabah) yang boleh menjejaskan penyelidikan.
Walau bagaimanapun, para penyelidik boleh mendapat kelulusan daripada
ketua jabatan dan memaklumkan kepada Dekan PPPI terlebih dahulu jika
perlu berbuat demikian.
6.5 Ketua penyelidik atau wakil adalah diwajib untuk menghadiri setiap
mesyuarat penyelidikan atau perjumpaan yang diaturkan oleh Pusat
Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi yang berkaitan geran penyelidikan
yang dianugerahkan.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
6.6 Ketua penyelidik diwajibkan membentang hasil penyelidikan dalam
seminar yang dianjurkan. Kehadiran dan pembentangan dari penyelidik
adalah wajib, sekali bagi setiap geran.
6.7 Ketua penyelidik bertanggungjawab di atas semua perbelanjaan berkenaan
dengan penyelidikan.
6.8 Sebarang perubahan kepada skop penyelidikan perlu dimaklumkan kepada
Dekan PPPI
6.9 Ketua penyelidik yang ingin menarik diri harus menamakan penyelidik
bersama sebagai ketua penyelidik dan sekiranya beliau tidak berbuat
demikian Dekan PPPI berhak melantik mana–mana penyelidik bersama
sebagai pengganti. Dekan PPPI juga berhak untuk menamatkan geran
tersebut.
6.10 Sekurang – kurangnya satu penerbitan berindeks scopus, dan perlu
diberikan kenyataan penghargaan kepada UniMAP sebagai pemberi dana.
6.11 Ketua penyelidik bertanggungjawab menghantar laporan akhir tanda
penamatan geran.
7.0 PERBELANJAAN
7.1 Semua perbelanjaan yang dibuat hendaklah ada kaitan dengan kajian seperti
yang ternyata dalam cadangan penyelidikan.
7.2 Semua surat memohon pembelian bagi mengeluarkan Borang Pesanan (PO)
hendaklah dihantar kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi.
Proses seterusnya akan dilaksanakan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan
dan Inovasi bagi memudahkan urusan pengawasan, sokongan dan
kelulusan.
7.3 Peruntukan Geran Penyelidikan Internal Social Project Via Research
(INSPIRE) UniMAP hanya boleh digunakan untuk yuran persidangan
dalam negara sahaja (tidak termasuk perjalanan) dan penerbitan (Scopus
Index).
7.4 Bagi setiap pembelian yang melebihi RM 5,000.00, penyelidik hendaklah
mengemukakan 3 sebut harga daripada syarikat yang berlainan dan sebab
pemilihan haruslah dinyatakan.
7.5 Peralatan penyelidikan yang di beli dengan menggunakan peruntukan geran
(vot 35) adalah menjadi hak milik universiti dan akan ditempatkan di pusat
pengajian/ jabatan setelah selesai menjalankan penyelidikan.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
8.0 LAPORAN PENYELIDIKAN
8.1 Penyelidik bertanggungjawab menyedia dan menyerahkan laporan
kemajuan penyelidikannya setiap tiga (3) bulan berkuatkuasa daripada
tarikh kelulusan geran (iaitu 4 kali setahun, termasuk laporan akhir). Format
untuk Laporan Kemajuan yang perlu dihantar setiap 3 bulan boleh didapati
di Laman Web Rasmi UniMAP.
8.2 Ketua Penyelidik adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan laporan
akhir kepada Dekan PPPI untuk semakan, penilaian dan simpanan. Laporan
tersebut akan dijadikan asas pengukuran untuk permohonan yang akan
datang.
8.3 Ketua Penyelidik perlu membentangkan projek yang telah siap di dalam
‘Seminar Penyelidikan UniMAP’ yang akan ditetapkan oleh Pusat
Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, UniMAP.
9.0 BIDANG PENYELIDIKAN KEUTAMAAN GERAN INPSIRE UniMAP
9.1 Semua permohonan penyelidikan yang hendak dibuat mestilah mengikut
tema keutamaan yang telah ditetapkan. Tema keutamaan penyelidikan
adalah:
9.1.1 Augmented Reality in Campus
9.1.1.1 Map Guidance in Campus
9.1.1.2 Building Info in Campus
9.1.2 Smart Sustainable Campus
9.1.2.1 Energy Monitoring System
9.1.2.2 Water and Air Quality Monitoring System
9.1.2.3 Motion Sensing Lights and A//C
9.1.3 Energy and Infrastructure
9.1.3.1 Vehicle Security Entrance
9.1.3.2 Electric Bus Shuttle
9.1.3.3 Shaded Walkway with Solar Energy
10.0 AHLI JAWATANKUASA GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK
UNIMAP
10.1 Semua permohonan yang telah mendapat sokongan Pusat Pengurusan
Penyelidikan dan Inovasi akan dibawa ke Jawatankuasa Penilai
Permohonan Geran Penyelidikan Internal Social Project Via Research
(INSPIRE) UniMAP untuk kelulusan dan disenarai pendek untuk
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
pembentangan. Projek penyelidikan yang telah disenarai pendek perlu
dibentang kepada panel penilai bagi tujuan pemilihan peringkat seterusnya.
10.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Penilai Permohonan Geran Penyelidikan Jangka
Pendek UNIMAP
Pengerusi: Timbalan Naib Canselor P&I
Setiausaha: Penolong Pendaftar PPPI
Ahli Tetap: Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Timbalan Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan
Inovasi
Ahli Individu Mengikut Kepakaran
Ahli Jemputan: Dekan Pusat-Pusat Pengajian
Ketua Kluster Pemohon
10.3 Mesyuarat Jawatankuasa Penilai Permohonan Geran Penyelidikan Internal
Social Project Via Research (INSPIRE) UniMAP akan diadakan
bergantung kepada keperluan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
________________________________________________________________________
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi
Jabatan Canselori
Universiti Malaysia Perlis
Bangunan Pengkalan Asam
Jalan Pengkalan Indah
01000 Kangar
Perlis
u.p.: Prof. Madya. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail
(rizalafande@unimap.edu.my)
Tel: 04-979 8784
Atau
Pn. Nurul Shafinaz binti Ismail
(shafinaz@unimap.edu.my)
Tel: 04-979 8786
Fax: 04-979 8790
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
Lampiran 1
BORANG PERMOHONAN GERAN Penyelidikan
Internal Social Project Via Research
(INSPIRE) UniMAP
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN INSPIRE (INTERNAL SOCIAL PROJECT VIA RESEARCH)
(Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi)
A. Nama : No. Kakitangan :
Name : . Staff No.:
No. Kad Pengenalan :
Identity Card No. :
Pusat Pengajian /Pusat/Jabatan :
School/Centre/Dept :
No. Telefon Pejabat : Alamat E-Mail :
Office Telephone No : E-Mail Address:
Jawatan Akademik :
Academic Position:
Tarikh mula berkhidmat dengan Universiti ini.
Date of first appointment with the University:
Taraf lantikan (tetap/kontrak/sementara) :
Status of appointment (permanent/contract/part-time):
Jika kontrak, nyatakan tarikh tamat :
If on contract, state expiry date:
Jenis Penyelidikan (Fundamental/Gunaan)
Types of research (Fundamental/Applied):
B (i) Tajuk penyelidikan yang dicadangkan:
Title of proposed research:
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
Tempoh projek (tidak melebihi 12 bulan):
Duration of project (not more than 12 months):
Tema Projek :
Theme of Project:
Augmented Reality in Campus
Smart Sustainable Campus
Energy and Infrastructure
Others: ……………………………………………….
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
C. Keperluan Peruntukan
Funding Requirement
Sila beri butir-butir perbelanjaan lengkap dengan berpandukan kepada panduan yang dilampirkan.
Please provide complete details of expenditure according to the guide attached.
Butiran Belanjawan
Budget Details
Amaun dipohon
Amount Requested
Amaun diperakukan oleh
Jawatankuasa Penilai
Permohonan Geran
Penyelidikan
Amount recommended by
the Research Grant
Application Evaluator
Committee
Vot 27000 -Bekalan dan Bahan -
Bahan Lain
Project Materials and
Supplies
Vot 29000 - Perkhidmatan Ikhtisas
*hanya untuk yuran
persidangan dalam
negara/penerbitan (Indeks
Scopus)
Conference fee (local)/
Publication (Scopus
Index)
Vot 35000 – Harta Modal
Assets
* JUMLAH BESAR
TOTAL AMOUNT
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
D (i) Nama Penyelidik Bersama (Jika Ada):
Name of Co-researcher(s) (if applicable).
Nama dan No. Kakitangan
Name and Staff No.
P.Pengajian/Pusat/Jabatan
School/Centre/Dept
Tandatangan
Signature
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
D (iii)
Projek berkaitan yang pernah/sedang dijalankan di dalam atau luar UniMAP.
List of completed/on going projects in/out of UniMAP
Tajuk Penyelidikan
Title of Research
Tarikh Mula
Year started
Tarikh Tamat
Year ended
Tarikh : .................................... Tandatangan Pemohon : ..........................
Date Applicant's Signature
E.
Komen Dekan/Ketua Jabatan
Comments of Dean/Head of Dept.
.........................................
(Tandatangan )
(Signature)
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
F.
Ulasan Pengurus CoE Jika Berkaitan)
Remarks from CoE Manager (if applicable)
.........................................
(Tandatangan )
(Signature)
G.
Sokongan Dekan Pengurusan Penyelidikan dan Innovasi
Recommendation from Dean of Research Management and Innovation
……………………………………………….
(Tandatangan)
(Signature)
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
H.
Perakuan Pengerusi Jawatankuasa Penilai Permohonan Geran INSPIRE UniMAP:
Endorsement by Chairman of UniMAP INSPIRE Grant Application Evaluator Committee:
___________________________________
Tandatangan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
(selaku Pengerusi Jawatankuasa Penilai Permohonan Geran INSPIRE UniMAP)
Signature of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)
(as the Chairman of UniMAP INSPIRE Grant Application Evaluator Committee)
Tarikh : ________________________
Date
Tarikh ubahsuai : 18.03.2019
(PPPI)
Cadangan dilulus/ditolak
Proposal Accepted/Rejected
Amaun Geran diluluskan : RM
Amount Approved:
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
Lampiran 2
Carta Alir Proses Permohonan
GERAN Penyelidikan Internal Social Project Via
Research
(INSPIRE) UniMAP
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
Carta Alir Proses Permohonan (V2/140905)
Geran Penyelidikan Jangka Pendek
Unit Penyelidikan dan Pembangunan UNIMAP
Tarikh:
___________
Tarikh: Tidak lengkap
___________
Lengkap
Tarikh: Tidak Lulus
___________
Lulus
Tarikh: Tidak Lulus
___________
Lulus
Jangkaan siap:
___________
Hantar Borang Permohonan
Semakan di Peringkat PPPI
Senarai Pendek Peringkat
Jawatankuasa Penilai
Permohonan Geran INSPIRE
Penyelidik melaksanakan
projek
Tempoh: 1 tahun
Projek siap
Hantar Laporan
Akhir
Tarikh:__________
_______
Kembalikan
semula Borang
Permohonan
3.______
__
1.______
__ 2.______
__
4.______
__
Laporan
sebanyak 4
kali setahun
Tamat
Pembentangan di Peringkat
Jawatankuasa Penilai
Permohonan Geran INSPIRE
Tamat