Post on 07-Mar-2019
Buku Garis Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar Di Dalam Peperiksaan
1 | Universiti Teknologi MARA
GARIS PANDUAN PENGENDALIAN KES-KES SALAH LAKU
PELAJAR DALAM PEPERIKSAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
1.0 PENDAHULUAN
Garis Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar Dalam Peperiksaan ini merangkumi proses sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.
2.0 PUNCA KELULUSAN/KUASA
2.1 Senat ke-202 (10 September 2015) 2.2 Majlis Peperiksaan Universiti Bil. 4/2015 (23 Jun 2015)
3.0 SKOP
Pengendalian Peperiksaan : i. Sebelum Peperiksaan ii. Semasa Peperiksaan iii. Selepas Peperiksaan
4.0 JAWATANKUASA/KEANGGOTAAN/PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB
5.0
4.1 Jawatankuasa Tatatertib Akademik UiTM Negeri/Fakulti/Pusat Akademik
4.2 Jawatankuasa Peperiksaan UiTM Negeri/Fakulti/Pusat Akademik DEFINISI/TAFSIRAN/TERMA
Kit Tangkapan Salah Laku Pelajar
: Set Dokumen yang mengandungi prosedur dan borang-borang yang diperlukan bagi tangkapan salah laku semasa peperiksaan.
Jawatankuasa
Peperiksaan : Jawatankuasa yang dilantik oleh Rektor/Dekan/Pengarah
untuk mengendalikan urusan peperiksaan UiTM Negeri/ Fakulti/Pusat Akademik
Ketua Pengawas
Peperiksaan : Pensyarah yang bertanggungjawab untuk mengetuai
pengawasan peperiksaan di sesuatu tempat peperiksaan Pengawas
Peperiksaan : Pensyarah/Penolong Pensyarah/Pensyarah Sambilan/
Jurulatih (lantikan hakiki) yang ditugaskan untuk mengawasi peperiksaan di sesuatu peperiksaan.
Salah Laku
Peperiksaan : Perlakuan yang dianggap tidak bermoral atau tidak
beretika yang dilakukan ketika menduduki peperiksaan. BHEPep : Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan
Buku Garis Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar Di Dalam Peperiksaan
2 | Universiti Teknologi MARA
Upep : Unit Peperiksaan Negeri/Cawangan Pegawai
Penguatkuasa : Ketua Pengawas/Pengawas
Saksi : Pengawas/Pembantu Pengawas/Pelajar Pegawai Penyemak : Staf yang dilantik oleh Rektor/Dekan/Pengarah untuk
menyemak dokumen laporan salah laku pelajar semasa peperiksaan
PKT : Pelajar Kena Tuduh Urusetia
Peperiksaan : Staf Unit Peperiksaan / Hal Ehwal Akademik
(UiTM Negeri/Fakulti/Pusat Akademik)
6.0 KETERANGAN/AKTIVITI UTAMA
6.1 Sebelum Peperiksaan 6.1.1 Kit Tangkapan Salah Laku Pelajar 6.1.1.1 Jawatankuasa Peperiksaan akan menyediakan Kit Tangkapan Salah Laku Pelajar yang mengandungi perkara berikut: i. Borang Penyerahan dan Penerimaan Bahan/Bukti Kes (Borang A)
ii. Borang Laporan Kes Salah Laku Peperiksaan Pelajar (Borang B)
iii. Borang Rekod Penyerahan/Penerimaan Laporan Salah Laku Pelajar (Borang C)
iv. Prosedur Pengendalian Salah Laku Peperiksaan Pelajar
6.1.1.2 Ketua Pengawas Peperiksaan akan membawa Kit Tangkapan Salah Laku Pelajar ke tempat peperiksaan
6.1.1.3 Ketua Pengawas Peperiksaan/Pengawas Peperiksaan akan menggunakan Kit Tangkapan Salah Laku Peperiksaan apabila terdapat kes tangkapan
6.2 Semasa Peperiksaan
6.2.1 Pengendalian Laporan dan Bahan Bukti Salah Laku Pelajar Semasa Peperiksaan. 6.2.1.1 Pelajar disyaki melakukan kesalahan atau melanggar peraturan peperiksaan
Buku Garis Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar Di Dalam Peperiksaan
3 | Universiti Teknologi MARA
6.2.1.2 Saksi melaporkan kepada Pegawai Penguatkuasa 6.2.1.3 Pemeriksaan dilakukan terhadap pelajar yang disyaki melakukan kesalahan :
(i) Pegawai Penguatkuasa perlu mengambil Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan, Slip Kehadiran, Kad Pelajar dan Bahan Bukti
(ii) Pelajar dibenarkan untuk terus menduduki peperiksaan hingga selesai
6.2.1.4 Pegawai Penguatkuasa mengisi maklumat di dalam Borang A dengan menyertakan bahan bukti dan salinan maklumat pelajar
6.2.1.5 Pegawai Penguatkuasa menyerahkan Borang A dan bahan bukti kepada Urusetia Peperiksaan 6.2.1.6 Pegawai Penguatkuasa membuat laporan kesalahan pelajar dalam Borang B
6.2.1.7 Pelajar dibawa ke Bilik Gerakan Peperiksaan untuk mengesahkan laporan Borang B sejurus peperiksaan tamat dan diberi satu salinan borang tersebut
6.2.1.8 Pegawai Penguatkuasa menyerahkan Laporan Borang B yang lengkap kepada Urusetia Peperiksaan
6.3 Selepas Peperiksaan 6.3.1 Pengendalian Kes Salah Laku Peperiksaan 6.3.1.1 Urusetia Peperiksaan menyerahkan Borang A dan Borang B kepada Pegawai Penyemak
6.3.1.2 Pegawai Penyemak menyemak dan merekod penerimaan Borang A dan Borang B yang diterima di dalam Borang C
6.3.1.3 Pegawai Penyemak menyerahkan Borang A, Borang B dan Borang C kepada Setiausaha Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar
6.3.1.4 Setiausaha Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar menerima Borang A, Borang B dan Borang C
6.3.1.5 Setiausaha Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar mengeluarkan surat pertuduhan kepada pelajar tidak kurang daripada 5 hari (hari bekerja) sebelum tarikh perbicaraan
Buku Garis Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar Di Dalam Peperiksaan
4 | Universiti Teknologi MARA
7.0
6.3.1.6 Setiausaha Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar mengeluarkan surat pemakluman sesi perbicaraan tatatertib salah laku pelajar semasa peperiksaan kepada Pengerusi, Ahli Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar dan Saksi yang terlibat
6.3.1.7 Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar, PKT, Saksi menghadiri sesi perbicaraan tatatertib salah laku pelajar semasa peperiksaan
DOKUMEN/RUJUKAN UTAMA 8.0
7.1 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)
7.2 Buku Peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA
7.3 Pekeliling Akademik Bil 13 Tahun 2013
BORANG YANG DIGUNAKAN
8.1 Borang Penyerahan dan Penerimaan Bahan/Bukti Kes (Borang A)
8.2 Borang Laporan Kes Salah Laku Peperiksaan Pelajar (Borang B)
8.3 Borang Rekod Penyerahan/Penerimaan Laporan Salah Laku Pelajar (Borang C)
Buku Garis Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar Di Dalam Peperiksaan
5 | Universiti Teknologi MARA
9.0 CARTA ALIR 9.1 Sebelum Peperiksaan
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
ALIRAN KERJA PROSES REKOD/CATATAN
Jawatankuasa Peperiksaan
Sedia Standard Kit
Tangkapan Salah
Laku Peperiksaan
Kandungan Kit:
i. Borang Penyerahan dan
Penerimaan Bahan/Bukti
Kes (Borang A)
ii. Borang Laporan Kes Salah Laku Peperiksaan Pelajar
(Borang B)
iii. Borang Rekod
Penyerahan/Penerimaan Laporan Salah Laku
Pelajar (Borang C)
iv. Prosedur Pengendalian
Salah Laku Peperiksaan Pelajar
Ketua Pengawas Peperiksaan
Bawa Kit Tangkapan Salah
Laku Peperiksaan ke Tempat
Peperiksaan
Ketua Pengawas
Peperiksaan / Pengawas Peperiksaan
Guna Kit Tangkapan Salah
Laku Peperiksaan apabila terdapat
kes salah laku
Tamat
MULA
Buku Garis Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar Di Dalam Peperiksaan
6 | Universiti Teknologi MARA
9.2 Semasa Peperiksaan
PIHAK
BERTANGGUNGJAWAB ALIRAN KERJA PROSES REKOD/CATATAN
Saksi
Pelajar disyaki melakukan
kesalahan atau melanggar peraturan
peperiksaan oleh saksi
Saksi Lapor kepada Pegawai
Penguatkuasa
Pegawai Penguatkuasa
Buat pemerhatian dan
pemeriksaan terhadap pelajar yang disyaki
melakukan kesalahan
Kaedah pemeriksaan boleh dirujuk kepada
Prosedur Pengendalian
Salah Laku Peperiksaan Pelajar
Pegawai Penguatkuasa
Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan,
Slip Kehadiran, Kad Pelajar dan Bahan Bukti
berkenaan diambil
Pelajar
Dibenar untuk
meneruskan menjawab kertas peperiksaan yang
sedang diduduki sehingga selesai
Pegawai Penguatkuasa
Mengisi maklumat di
dalam Borang A dengan menyertakan bahan bukti
dan salinan maklumat pelajar
Borang A
(Borang Penyerahan dan Penerimaan Bahan/Bukti
Kes)
Pegawai Penguatkuasa
Serah Borang A dan
bahan bukti kepada Urusetia Peperiksaan
Borang A
(Borang Penyerahan dan Penerimaan Bahan/Bukti
Kes)
Pegawai Penguatkuasa Buat laporan kesalahan pelajar yang didapati
bersalah
Borang B (Borang Laporan Kes Salah Laku
Peperiksaan Pelajar)
Pelajar/Saksi
Dibawa ke Bilik Gerakan Peperiksaan untuk
mengesahkan Laporan Borang B sejurus
peperiksaan tamat dan
diberi satu salinan Borang A dan B
i) Borang A (Borang
Penyerahan dan
Penerimaan Bahan/Bukti Kes)
ii) Borang B (Borang Laporan Kes Salah
Laku Peperiksaan Pelajar)
Pegawai Penguatkuasa Laporan Borang B yang lengkap diserah kepada
Urusetia Peperiksaan
Borang B (Borang Laporan Kes Salah Laku
Peperiksaan Pelajar)
Tamat
Buku Garis Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar Di Dalam Peperiksaan
7 | Universiti Teknologi MARA
9.3 Selepas Peperiksaan
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
ALIRAN KERJA PROSES REKOD/CATATAN
Pegawai Penyemak Terima Laporan Salah Laku
Pelajar semasa peperiksaan
i. Borang Penyerahan
Bahan/Bukti Kes (Borang A)
ii. Borang Laporan Kes
Salah Laku Peperiksaan
Pelajar (Borang B)
Pegawai Penyemak
Semak dan rekod penerimaan Laporan Salah
Laku Pelajar semasa peperiksaan yang diterima
iii. Rekod Penyerahan/ Penerimaan
Laporan Salah Laku Pelajar (Borang C)
Pegawai Penyemak
Serah Laporan Salah Laku Pelajar semasa peperiksaan
kepada Setiausaha J/K Tatatertib Akademik Pelajar
i. Borang A
ii. Borang B
iii. Borang C
Setiausaha J/K Tatatertib Akademik Pelajar
Terima Laporan Salah Laku
Pelajar semasa peperiksaan daripada Pegawai
Penyemak
Setiausaha J/K Tatatertib Akademik Pelajar
Keluar Surat Pertuduhan kepada pelajar tidak
kurang daripada 5 hari (hari bekerja) sebelum
tarikh perbicaraan
Setiausaha J/K Tatatertib
Akademik Pelajar
Keluar Surat Pemakluman sesi perbicaraan tatatertib
salah laku pelajar semasa peperiksaan kepada
Pengerusi, Ahli J/K
Tatatertib Akademik Pelajar dan Saksi yang terlibat
J/K Tatatertib Akademik Pelajar, PKT, Saksi
Hadir sesi perbicaraan tatatertib salah laku pelajar
semasa peperiksaan
Tamat
MULA
Buku Garis Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar Di Dalam Peperiksaan
8 | Universiti Teknologi MARA
10.0 LAMPIRAN
10.1 Borang Penyerahan dan Penerimaan Bahan / Bukti Kes (Borang A)
10.2 Borang Laporan Kes Salah Laku Peperiksaan Pelajar (Borang B)
10.3 Borang Rekod Penyerahan / Penerimaan Laporan Salah Laku Pelajar (Borang C)
10.4 Prosedur Pengendalian Kes Salah Laku Peperiksaan Pelajar Universiti
Teknologi MARA
10.5 Fungsi dan Tanggungjawab Pegawai Penyemak
10.6 Peringatan Untuk Pelajar I
10.7 Peringatan Untuk Pelajar II
10.8 Jenis/Bentuk/Kaedah Peniruan
9
BORANG A
BAHAGIAN HAL EHWAL PEPERIKSAAN
BORANG PENYERAHAN DAN PENERIMAAN BAHAN / BUKTI KES
MAKLUMAT PELAJAR
NAMA
NO. PELAJAR
KOD PROGRAM
KOD KURSUS
SEMESTER (PART)
ALAMAT
KESALAHAN
BAHAN BUKTI KES
Saya mengesahkan bahan/bukti kes seperti di atas:
___________________________________________________
Tandatangan Pegawai Penguatkuasa
Arahan : 1. Pegawai Penguatkuasa perlu mengumpulkan bahan bukti berkenaan dan menghubungi
Urusetia Peperiksaan dengan kadar SEGERA untuk tindakan selanjutnya.
2. Jika kes untuk diambil gambar, pelajar perlu dibawa keluar sementara dari Dewan Peperiksaan agar tidak mengganggu pelajar yang lain. Gambar berkenaan perlu diserahkan kepada Urusetia Peperiksaan secara softcopy atau bercetak.
3. Satu salinan Borang A hendaklah diberi kepada pelajar.
BORANG B
BAHAGIAN HAL EHWAL PEPERIKSAAN
BORANG LAPORAN KES SALAH LAKU PEPERIKSAAN PELAJAR
1. MAKLUMAT PENSYARAH (PEGAWAI PENGUATKUASA)
NAMA
JAWATAN
NO. PEKERJA
NO. KAD PENGENALAN
NO. TELEFON
Dengan ini saya melaporkan bahawa :-
2. MAKLUMAT PELAJAR
NAMA
NO. PELAJAR
KOD PROGRAM
SEMESTER (PART)
NO. TELEFON
MAKLUMAT KOLEJ ADA / NR KOLEJ (jika ada)
NO. BILIK
3. MAKLUMAT KEJADIAN
KOD KURSUS
TARIKH PEPERIKSAAN
MASA PEPERIKSAAN
TEMPAT PEPERIKSAAN
MASA KEJADIAN
KATEGORI SALAH LAKU PEPERIKSAAN YANG DILAKUKAN PELAJAR
TANDAKAN ()
KATEGORI PENERANGAN
MEMBAWA NOTA
MENIRU
MENGGUNAKAN ALATAN
KOMUNIKASI
BERINTERAKSI DENGAN
PELAJAR LAIN
LAIN-LAIN KES (Nyatakan)
NAMA SAKSI (jika ada)
JAWATAN SAKSI (jika ada)
10
MAKLUMAT TERPERINCI KEJADIAN (jika perlu):
4. BAHAN BUKTI
BIL SENARAI BAHAN BUKTI KUANTITI CATATAN
________________________ ______________________
Tandatangan Pegawai Penguatkuasa Tandatangan Saksi PERAKUAN PELAJAR Dengan ini disahkan maklumat di atas adalah benar. Segala bahan bukti yang disebutkan di atas telah diserahkan kepada pihak berkaitan dalam keadaan baik untuk tujuan siasatan lanjut. Sekian. __________________ Tandatangan Pelajar NOTA :
1. Pegawai Penguatkuasa hendaklah memastikan laporan yang dibuat adalah lengkap dan terperinci. 2. Pegawai Penguatkuasa dan pelajar berhak dihubungi dan dipanggil oleh Urusetia Peperiksaan sepanjang siasatan kes. 3. Borang ini hendaklah ditandatangani oleh pelajar selepas pelajar menamatkan peperiksaannya. 4. Satu salinan Borang B hendaklah diberi kepada pelajar.
11
12
BORANG C
BAHAGIAN HAL EHWAL PEPERIKSAAN
BORANG REKOD PENYERAHAN / PENERIMAAN LAPORAN SALAH LAKU PELAJAR
A. MAKLUMAT PELAPOR
NAMA JAWATAN NO. PEKERJA NO. TELEFON
B. MAKLUMAT PELAJAR KENA TUDUH (PKT)
NAMA NO. PELAJAR PROGRAM KOD
KURSUS BAHAGIAN NO. TELEFON
C. SENARAI SEMAK
Borang A : Borang Penyerahan dan Penerimaan Bahan/Bukti Kes
Maklumat Akademik Pelajar (SIMS)
Borang B : Borang Laporan Kes Salah Laku Peperiksaan Pelajar
Kertas Soalan Peperiksaan / Salinan Skrip Jawapan
Salinan Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan (SMP)
Salinan Kad Pelajar
Fail Peribadi Bahan Bukti
___________________________ Tandatangan Pegawai Penyemak
13 | BAHAGIAN HAL EHWAL PEPERIKSAAN
PROSEDUR PENGENDALIAN KES SALAH LAKU PEPERIKSAAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
1. Pelajar didapati melakukan salah laku ketika peperiksaan.
2. Saksi memaklumkan kepada Ketua Pengawas (Pegawai Penguatkuasa).
3. Kenalpasti pelajar berkenaan dan membuat pemerhatian.
4. Jika didapati dalam keadaan mencurigakan dan penampakan bahan bukti, Pegawai
Penguatkuasa perlu terus mendapatkan pelajar.
5. Bahan bukti dan maklumat pelajar perlu diambil serta merta dari pelajar dan
direkodkan di dalam Borang Penyerahan dan Penerimaan Bahan / Bukti Kes
(Borang A).
6. Pelajar dibenar meneruskan menjawab kertas peperiksaan.
7. Pegawai Penguatkuasa TIDAK DIBENARKAN membuat pemeriksaan badan pelajar
semasa siasatan dilakukan. Jika perlu berbuat demikian, sila dapatkan bantuan Polis
Bantuan yang terdapat di Dewan Peperiksaan.
8. Pegawai Penguatkuasa mengisi maklumat pada Borang Laporan Kes Salah Laku
Peperiksaan Pelajar (Borang B) dengan lengkap dan terperinci.
9. Pegawai Penguatkuasa perlu membawa Pelajar ke Bilik Gerakan Peperiksaan setelah
selesai menduduki peperiksaan untuk mengesahkan Laporan Borang B.
10. Pegawai Penguatkuasa menyerah bahan bukti serta Borang A dan B kepada
Urusetia Peperiksaan dan satu salinan Borang A dan B perlu diberikan kepada pelajar.
11. Pegawai Penguatkuasa TIDAK PERLU membuat laporan di Pejabat Polis Bantuan
UiTM berkaitan kes tersebut.
12. Pegawai Penguatkuasa dan saksi perlu bersedia untuk memberikan keterangan
semasa siasatan dilakukan atau semasa sesi perbicaraan tatatertib berlangsung.
14 | BAHAGIAN HAL EHWAL PEPERIKSAAN
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYEMAK
1. Menyemak Laporan Salah Laku Pelajar semasa peperiksaan yang disediakan oleh Pegawai Penguatkuasa (Ketua Pengawas/Pengawas) 2. Memastikan segala dokumen disahkan dan ditandatangani oleh Pegawai Penguatkuasa, Pelajar dan Saksi 3. Menyemak dan merekod bahan bukti yang dikumpulkan 4. Mengesahkan Rekod Penyerahan/Penerimaan Laporan Salah Laku Pelajar 5. Menyerahkan laporan yang telah lengkap kepada Setiausaha Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar
15 | BAHAGIAN HAL EHWAL PEPERIKSAAN
PERINGATAN UNTUK PELAJAR I
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
CALON-CALON PEPERIKSAAN DILARANG MEMBAWA KELUAR BAHAN-BAHAN BERIKUT:
BUKU JAWAPAN UTAMA BUKU JAWAPAN TAMBAHAN
BORANG OMR SLIP KEHADIRAN
LAMPIRAN/APPENDIKS/JADUAL YANG DIBEKALKAN SEBARANG JENIS KERTAS/DOKUMEN YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA
CALON-CALON PEPERIKSAAN
TINDAKAN TATATERTIB BOLEH DIAMBIL KE ATAS CALON YANG GAGAL
MEMATUHI PERATURAN INI
ALPA MEMBAWA PADAH
16 | BAHAGIAN HAL EHWAL PEPERIKSAAN
PERINGATAN UNTUK PELAJAR II
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
CALON PEPERIKSAAN PERLU MEMASTIKAN PERKARA BERIKUT DIBAWA
KE DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
1. KAD PELAJAR
2. PENYATA KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN
SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMBAWA ATAU TIDAK MEMPUNYAI PERKARA INI,
ANDA BOLEH DIHALANG DARIPADA MEMASUKI DEWAN DAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN
ALPA MEMBAWA PADAH
PENYATA KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN KAD PELAJAR
17 | BAHAGIAN HAL EHWAL PEPERIKSAAN
JENIS/BENTUK/KAEDAH PENIRUAN
1. Membawa Nota (Kertas/Buku/Nota)
2. Menulis nota pendek atau formula penting di bahagian kuku
3. Menulis nota pada kalkulator dan alat tulis seperti pembaris,getah pemadam pen dan
lain-lain
4. Cubaan melihat kertas jawapan pelajar lain
5. Memasukkan nota kecil di dalam kotak pensil
6. Menulis dan membuat catatan di ruang meja yang disediakan
7. Menulis nota di lanyard
8. Mengubahsuai label botol minuman dengan catatan nota
9. Menulis nota pada tisu/sapu tangan
10. Keluar ke tandas untuk merujuk nota yang ditempatkan di dalam tandas
11. Menyimpan nota di dalam telefon bimbit
12. Menyimpan nota dalam peranti elektronik seperti jam tangan dan cermin mata
13. Menyorok nota di dalam sarung kaki, baju dan seluar
14. Menyorok nota di bahagian bawah paha
15. Menulis nota di lengan dan dilitupi baju berlengan panjang
16. Menulis nota pada Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan
17. Menconteng tapak tangan
18. Menyembunyikan sebarang bentuk alat rakaman di dalam tudung
Buku Garis Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar Di Dalam Peperiksaan
18 | Universiti Teknologi MARA
PENYEDIA DOKUMEN
PENASIHAT
Prof. Dr. Hajah Azni Zain Ahmed
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
FASILITATOR
Puan Hajah Nor Hashimah Haji Rahmat
Pengarah Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan
AHLI :
Pn Noor Asyikin Md Nor
Penolong Pendaftar Kanan, BHEPep
Encik Ak Ashaari Ak Yussof
Penolong Pendaftar, BHEPep
Tuan Sokri Sulaiman
Pegawai Keselamatan, Polis Bantuan UiTM Shah Alam
Cik Nor Azila Maharam
Penolong Pendaftar, Pejabat Penasihat Undang-Undang
Puan Hanem Hafizah Ismail
Penolong Pendaftar, UiTM Perak
Puan Nur Fadhlina Misni
Penolong Pendaftar, UiTM Melaka
Encik Mohd Yazed Abd Razak
Penolong Pendaftar, UiTM Pulau Pinang
Encik Imran Mohamed @ Ismail
Penolong Pendaftar, UiTM Cawangan Kelantan
Encik Mohd Fadil Yusof
Penolong Pendaftar, UiTM Cawangan Johor
Encik Mohd Khairul Ab.Razak
Penolong Pendaftar, Fakulti Undang-Undang
Encik Azanizam Ismail
Penolong Pendaftar, Fakulti Farmasi
Encik Shu’aibi Zainal Abidin
Penolong Pendaftar, Fakulti Kejuruteraan Awam
Puan Nor Haizah Mokhtar
Penolong Pendaftar, Fakulti Muzik
Buku Garis Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar Di Dalam Peperiksaan
19 | Universiti Teknologi MARA
Puan Siti Ainun Mardiah Jamaludin
Penolong Pendaftar, Pusat Asasi
Puan Azlinda Mohamed Nor
Penolong Pendaftar, Institut Pendidikan Neo (iNED)
Puan Noor Azwani Asyikin Samad
Pegawai Eksekutif, UiTM Cawangan Kelantan
Puan Ezreena Mohd Subari Pembantu Tadbir, BHEPep
Buku Garis Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar Di Dalam Peperiksaan
20 | Universiti Teknologi MARA
TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN
Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan (BHEPep) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam menyedia dan menerbitkan Buku Garis
Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar di dalam Peperiksaan.
Semoga inisiatif ini akan mengefisienkan lagi pengurusan peperiksaan.
Cetakan Pertama 2015