Post on 01-Apr-2018
1
GARIS PANDUAN PERMOHONAN BIASISWA
UNTUK PERINGKAT IJAZAH LANJUTAN (SARJANA DAN PROFESIONAL)
DI DALAM DAN LUAR NEGARA BAGI PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) 2013
(Hendaklah dibaca sebelum mengisi borang permohonan)
1. PENDAHULUAN
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan kemudahan biasiswa kepada bekas pelajar-pelajar tajaan JPA / Majlis Raja-Raja yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria permohonan yang telah ditetapkan untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Profesional di dalam dan luar negara.
2. SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN 2.1 SYARAT UMUM
2.1.1 Pelajar telah ditaja oleh JPA/ Majlis Raja-Raja di dalam Skim Biasiswa semasa mengikuti pengajian pada peringkat Ijazah Pertama.
2.1.2 Pelajar perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh setahun sebaik
sahaja menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Pertama di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Profesional.
2.1.3 Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan
dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat ijazah pertamanya.
2.1.4 Program Ijazah Sarjana yang dipohon bukanlah program yang dinilai taraf
setaraf Ijazah Sarjanamuda bagi tujuan pelantikan ke dalam perkhidmatan awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya boleh digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan.
2.2 SYARAT KHUSUS
2.2.1 SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
1) Penajaan yang diberikan di bawah PPC ini adalah bagi mereka yang akan mengikuti pengajian siswazah di dalam bidang berikut sahaja:
i) bidang Sains dan Teknologi (selain dari bidang perubatan,
pergigian, farmasi); ii) bidang Sains Sosial dan Sastera; dan iii) bidang Profesional (ACCA/CIMA).
2
2) Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
i) semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan; dan ii) penerbangan / penyelenggaraan pesawat.
3) Kelayakan akademik adalah seperti berikut:
i) Pelajar perlu memperolehi Kelas Pertama (tercatat pada Skrol Ijazah atau dokumen lain yang membuktikan Kelas Pertama tersebut) atau CGPA 3.75 ke atas atau setaraf dengannya pada peringkat Ijazah Pertama.
ii) Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, PNGK minimum adalah seperti berikut:
UNITED KINGDOM AUSTRALIA / NEW
ZEALAND JEPUN
Kelas Pertama (70% & ke atas)
85% HD & D 85% A+B (50%A)
2.2.2 UNIVERSITI
1) Bagi pengajian di dalam negara, penajaan akan dipertimbangkan kepada pemohon yang melepasi syarat akademik yang ditetapkan dan mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (kecuali Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)) dan Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terpilih (seperti di Lampiran A) serta bidang pengajiannya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
2) Bagi pengajian di luar negara pula, penajaan akan diberikan kepada pemohon yang melepasi syarat akademik yang ditetapkan serta berjaya mendapatkan tempat dalam kelompok 20 universiti terbaik dunia berdasarkan The Times Higher Education (THE) mengikut bidang pengajian yang ditetapkan seperti di Lampiran B.
3) Walau bagaimanapun, disebabkan terlalu sedikit universiti non-English
speaking countries (Jepun, Korea, Jerman dan Perancis) yang tersenarai di dalam THE, maka satu senarai universiti terbaik bagi setiap negara tersebut telah dikenal pasti sebagai panduan pemilihan institusi pengajian pelajar. Senarai universiti tersebut adalah seperti di Lampiran C.
4) Bagi bidang-bidang professional, pelajar-pelajar perlu menyemak
senarai kelayakan dengan Badan-badan Profesional Malaysia seperti senarai berikut tertakluk kepada institusi pengajian yang dinyatakan di atas:
3
Bil. Badan Profesional Malaysia
1 Lembaga Arkitek Malaysia
2 Lembaga Juru ukur Tanah
3 Lembaga Jurutera Malaysia
4 Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah
5 Institut Akauntan Malaysia
6 Lembaga Perancang Bandar Malaysia
7 Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
8 Lembaga Kelayakan Profesyen Undang-undang Malaysia
9 Majlis Veterinar Malaysia
2.3 SYARAT-SYARAT LAIN
2.3.1 Senarai universiti yang dilampirkan di Lampiran A, Lampiran B dan
Lampiran C adalah masih tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
2.3.2 Setiap pemohon perlulah merujuk kepada Jabatan ini terlebih dahulu bagi memastikan bidang dan tempat pengajian yang dipohon telah mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Malaysia.
2.3.3 Pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di universiti dalam dan luar negara dan akan melanjutkan pengajian sarjana/kedoktoran di luar negara akan dikehendaki menghadiri program Student Assessment Center (SAC) dan temuduga.
2.3.4 Syarat-syarat lain tertakluk kepada dasar sedia ada yang berkuatkuasa termasuk syarat-syarat tawaran penajaan.
3. MAKLUMAT PERMOHONAN
3.1 Tarikh Permohonan Dibuka/ Ditutup
Permohonan bagi sesi 2/2013 akan dibuka pada 18 Julai 2013 (jam 5.00 petang) dan ditutup pada 24 Julai 2013 (12.00 tengah malam).
3.2 Cara Membuat Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara online di Portal JPA di www.jpa.gov.my atau di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my dan disusuli dengan penghantaran dokumen-dokumen sokongan.
4
3.3 Penghantaran Dokumen-Dokumen Sokongan
Penghantaran dokumen-dokumen sokongan (hardcopy) hendaklah sampai ke JPA selewat-lewatnya 2 Ogos 2013. KECUALI bagi pelajar yang ingin mengikuti pengajian sarjana/kedoktoran di luar negara, dokumen-dokumen sokongan boleh diserahkan semasa menghadiri program Student Assessment Center (SAC) dan temu duga.
3.4 Tarikh Program Student Assessment Center (SAC) dan Temu Duga
Program Student Assessment Center (SAC) dan Temu Duga bagi pelajar yang ingin mengikuti pengajian di luar negara dan akan melanjutkan pengajian sarjana/kedoktoran dijangka akan diadakan pada 1 hingga 6 Ogos 2013.
3.5 Dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan perlu dihantar kepada JPA setelah
permohonan secara online dilengkapkan: i) Salinan kad pengenalan; ii) Semua salinan transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama dan Skrol
Ijazah; iii) Plan of study; iv) Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/ institusi untuk pengajian
peringkat Sarjana (Unconditional Offer); v) Sekiranya tawaran kemasukan adalah Conditional Offer, ia mestilah di atas
sebab pengesahan sumber kewangan sahaja; v) Dokumen lain bagi pembuktian keputusan Kelas Pertama (sekiranya tiada
catatan di atas Skrol Ijazah)
Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, atau Ketua Kampung / Penghulu. Bagi pelajar yang telah berada di luar negara pengesahan boleh juga dibuat oleh Pegawai Kedutaan Besar Malaysia / Pegawai Penasihat Latihan / Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia yang juga dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Pemohon yang
3.6 Dokumen yang telah lengkap hendaklah dialamatkan kepada:
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
Sila catatkan Dokumen PPC di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.
5
4. HAK JPA
4.1 Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar kerajaan dari semasa ke semasa. Oleh itu, JPA tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun pemohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
4.2 JPA berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada kemudahan biasiswa yang
disediakan pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu.
4.3 JPA berhak menarik balik tawaran biasiswa sekiranya didapati perlu, tanpa perlu
memberi sebarang notis terlebih dahulu.
5. MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai program penajaan, sila tuliskan ke alamat berikut :-
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pembangunan Modal Insan Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan Aras 5, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya Tel. : 03-8885 3564 Faks. : 03-8889 2170 E-mel : penawaranlsp@jpa.gov.my
6
LAMPIRAN A
Senarai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bagi Program Pelajar Cemerlang
Universiti Government Link Company (GLC): i) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ii) Universiti Multimedia (MMU) iii) Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Kampus Cawangan Universiti Luar Negara Di Malaysia: i) University of Nottingham ii) Monash University iii) Swinburne University of Technology iv) Curtin University of Technology
7
LAMPIRAN B
Top 20 Engineering & Technology Universities
Rank Institution Country / Region
1 California Institute of Technology United States
2 Princeton University United States
3 Massachusetts Institute of Technology United States
4 University of California, Berkeley United States
5 University of Cambridge United Kingdom
5 Stanford University United States
7 University of California, Los Angeles United States
8 ETH Zürich – Swiss Federal Institute of Technology Zürich
Switzerland
9 Georgia Institute of Technology United States
10 Imperial College London United Kingdom
11 University of Oxford United Kingdom
12 National University of Singapore Singapore
13 University of Texas at Austin United States
14 École Polytechnique Fédérale de Lausanne Switzerland
15 Carnegie Mellon University United States
16 Northwestern University United States
17 University of California, Santa Barbara United States
18 Cornell University United States
19 University of Michigan United States
20 University of Illinois at Urbana Champaign United States
8
Top 20 Arts And Humanities Universities
Rank Institution Country / Region
1 Stanford University United States
2 Columbia University United States
3 University of Chicago United States
3 Harvard University United States
5 University of Pennsylvania United States
6 University of Oxford United Kingdom
7 University of California, Berkeley United States
8 University of Cambridge United Kingdom
9 Princeton University United States
10 University College London United Kingdom
11 University of Edinburgh United Kingdom
12 New York University United States
13 Australian National University Australia
14 Duke University United States
15 Yale University United States
16 University of California, Los Angeles United States
17 University of Toronto Canada
18 University of Michigan United States
19 Cornell University United States
20 Rutgers, The State University of New Jersey United States
Top 20 Life Sciences Universities
Rank Institution Country / Region
1 Massachusetts Institute of Technology United States
2 University of Cambridge United Kingdom
3 Harvard University United States
4 University of Oxford United Kingdom
5 Stanford University United States
6 University of California, Berkeley United States
7 Johns Hopkins University United States
8 Princeton University United States
9
Rank Institution Country / Region
9 Yale University United States
10 Imperial College London United Kingdom
11 Duke University United States
12 University of Chicago United States
13 Cornell University United States
14 Columbia University United States
15 University of California, Los Angeles United States
16 ETH Zürich – Swiss Federal Institute of Technology Zürich
Switzerland
17 University of California, San Diego United States
18 University of Michigan United States
19 University College London United Kingdom
20 University of British Columbia Canada
Top 20 Physical Sciences Universities
Rank Institution Country / Region
1 California Institute of Technology United States
2 University of California, Berkeley United States
3 Princeton University United States
4 Stanford University United States
5 Harvard University United States
6 University of Cambridge United Kingdom
7 Massachusetts Institute of Technology United States
8 University of Chicago United States
9 University of California, Los Angeles United States
10 University of Oxford United Kingdom
11 ETH Zürich – Swiss Federal Institute of Technology Zürich
Switzerland
12 Cornell University United States
13 Yale University United States
14 University of Washington United States
15 University of California, Santa Barbara United States
16 Columbia University United States
10
Rank Institution Country / Region
17 Imperial College London United Kingdom
18 University of Texas at Austin United States
19 Ludwig-Maximilians-Universität München Germany
20 University of Michigan United States
Top 20 Social Sciences Universities
Rank Institution Country / Region
1 Massachusetts Institute of Technology United States
2 University of Chicago United States
3 Stanford University United States
4 Harvard University United States
4 University of Oxford United Kingdom
6 Princeton University United States
6 Yale University United States
8 University of Pennsylvania United States
9 Columbia University United States
10 University of Cambridge United Kingdom
11 University College London United Kingdom
12 University of California, Los Angeles United States
12 University of Michigan United States
14 University of California, Berkeley United States
15 Northwestern University United States
16 Duke University United States
17 New York University United States
18 London School of Economics and Political Science United Kingdom
19 University of British Columbia Canada
20 Australian National University Australia
11
LAMPIRAN C
CADANGAN SENARAI UNIVERSITI BAGI NEGARA JEPUN, KOREA, JERMAN DAN PERANCIS
JEPUN: 1 Tohoku University 2 University of Tsukuba 3 The University of Tokyo 4 Nagoya University 5 Kyoto University 6 Osaka University 7 Kyushu University 8 Keio University 9 Sophia University 10 Meiji University 11 Waseda University 12 Doshisha University
13 Ritsumeikan University
KOREA: 1 Seoul National University
2 Korea Advanced Institute of Science & Technology 3 Pohang University of Science & Technology 4 Yonsei University 5 Korea University 6 Sungkyunkwan University 7 Hanyang University 8 Ewha Womens University 9 Kyung Hee University 10 Sogang University
12
JERMAN:
CLASSIC/TECHNICAL UNIVERSITY
1 Karlsruhe Institute of Technology, Karlsruhe 2 Technische Universitaet Carolo-Wilhemina zu Braunschweig, Braunschweig, 3 Universitaet der Bundeswehr Muenchen, Munich 4 Technische Universitaet Damstads, Damstadt 5 Technische Universitaet Dresden, Dresden 6 Rheinisch-Westfaelische Technische Hochschule Aachen, Aachen 7 Brandenburg University of Technology, Cottbus 8 Gottfried Wilhelm Leibniz Universitaet, Hannover 9 Technische Universitaet Muenchen, Munich 10 Universitaet Bremen, Bremen 11 Technische Universitaet Chemnitz, Chemnitz 12 Otto-von-Guericke-Universitaet Magdeburg, Magdeburg 13 Technische Universitaet Clausthal, Clausthal 14 Technische Universitaet Bergakademie Freiberg, Freiberg 15 Technische Universitaet Ilmenau, Ilmenau
UNIVERSITY OF APPLIED SCIENCES
1 Hochschule Karlsruhe, Karlsruhe 2 Hochschule Deggendorf, Deggendorf 3 Hochschule Aschaffenburg, Aschaffenburg 4 Hochschule Ingolstadt, Ingolstadt 5 Hochschule Ulm, Ulm 6 Hochschule fuer Technik und Wirtschaft Dresden, Dresden 7 Fachhochschule Bingen, Bingen 8 Hochschule Esslingen, Esslingen 9 Hochschule Ravensburg-Weingarten, Weingarten 10 Hochschule Mannheim, Mannheim
11 Hochschule Amberg-Weiden - Hochschule fuer angewandte Wissenschaften, Amberg-Weiden
12 Hochschule fuer Technik,Wirtschaft und Informatik Heilbronn, Heilbronn 13 Hochschule Offenburg, Offenburg 14 Hochschule Merseburg, Merseburg 15 Hochschule Bochum, Bochum
13
PERANCIS:
Senarai universiti dengan syarat untuk kemasukan/permohonan adalah “Baccalauréat”.
1 INSA LYON 2 Université Technology Compiégne (UTC) 3 INSA Toulouse 4 INSA Rouen 5 ECE Paris 6 CPE Lyon 7 ESIEE Paris, Marne la Vallée 8 ECAM Lyon 9 INSA Rennes 10 ICAM Lille-Nantes-Toulouse
Senarai universiti dengan syarat untuk kemasukan/permohonan adalah “Baccalauréat+2”.
1 École Polytechnique - Palaiseau 2 École Centrale - Paris 3 École des Mines - Paris 4 Écoles des Ponts - Marne la Vallée 5 Supélec - Gif sur Yvette 6 Télécom ParisTech 7 École Centrale - Lyon 8 ISAE Toulouse (ex Supaero+Ensica) 9 AgroParisTech 10 Arts et Métier Paristech