Post on 07-Nov-2021
1
GARIS PANDUAN
TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS
PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pelajar tajaan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam dan di luar negara untuk membuat Permohonan
Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis.
1. TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI
(a) Syarat-syarat Umum
i. Tuntutan dibayar berdasarkan hari bekerja tetapi tidak termasuk hari
cuti awam/ umum/ hujung minggu;
ii. Jarak antara IPT/ rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi
25 km mana yang terdekat;
iii. Tempoh latihan yang layak dibayar tidak melebihi 3 bulan (tidak
termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu); dan
iv. Latihan amali merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan
kursus pengajian.
(b) Syarat-syarat Khusus
PELAJAR
TAJAAN PERIHAL
Dalam Negara Pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/ Agensi
KERAJAAN atau di Syarikat/ Agensi SWASTA TIDAK LAYAK
membuat tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya Jabatan/
Agensi/ Syarikat telah menyediakan Elaun Latihan Amali/
Praktikal.
Luar Negara i. Pelajar yang diberikan kelulusan untuk menjalani Latihan Amali
di Malaysia:
a. TIDAK LAYAK menuntut Elaun Latihan Amali, tiket
kapal terbang dan elaun-elaun lain yang pelajar
berkelayakan; dan
b. Elaun Sara Hidup dibayar atas kadar luar negara
untuk tempoh maksimum 3 bulan sepanjang berada
di Malaysia dan selepas tempoh itu, pelajar hanya
layak dibayar atas kadar tempatan.
2
PELAJAR
TAJAAN PERIHAL
ii. Pelajar yang menjalani Latihan Amali di negara pengajian:
a. TIDAK LAYAK menerima Elaun Latihan Amali
sekiranya menerima apa-apa bayaran daripada
Firma/ Institusi sepanjang pelajar mengikuti latihan
tersebut; dan
b. Pelajar yang menjalani latihan amali melebihi 3 bulan
dan menerima bayaran yang sama atau melebihi
kadar Elaun Sara Hidup TIDAK LAYAK menerima
Elaun Sara Hidup di sepanjang tempoh latihan
tersebut. Sekiranya bayaran dari Firma/ Institusi
kurang daripada kadar Elaun Sara Hidup yang
diterima, maka JPA akan membayar perbezaan
kadar tersebut.
(c) Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan
i. Borang Tuntutan seperti di Lampiran A;
ii. Dokumen Sokongan
a. Surat Permohonan Penempatan Latihan Amali oleh Universiti
Kepada Majikan seperti di Lampiran B; dan
b. Surat Pengesahan Pelajar Menjalani Latihan Amali daripada
Majikan seperti di Lampiran C.
2. TUNTUTAN ELAUN TESIS
(a) Syarat-syarat
i. Tuntutan dibayar jika kursus mewajibkan pelajar menyediakan tesis;
ii. Tesis merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus
pengajian/bergraduat; dan
iii. Layak dituntut sekali sahaja di sepanjang tempoh pengajian.
(b) Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan
i. Borang Tuntutan seperti di Lampiran A; dan
ii. Salinan kulit muka depan tesis yang asal yang telah disahkan oleh
Dekan/ Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus/ Penyelia Tesis di universiti
berkaitan seperti contoh di Lampiran D.
3
3. KAEDAH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
(a) Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari
selepas tamat latihan amali/ pembentangan tesis. Bayaran akan dibuat
dalam tempoh 1 hingga 3 bulan selepas permohonan dikemukakan dengan
syarat, borang dan dokumen sokongan yang diterima adalah lengkap.
Kelewatan pelajar mengemukakan tuntutan akan menyebabkan
bayaran tidak akan dipertimbangkan.
(b) Pelajar tajaan JPA di dalam negara hendaklah mengemukakan
permohonan tuntutan yang lengkap (dokumen sokongan yang asal)
melalui pos atau serahan tangan kepada alamat berikut:
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 4, BLOK C2, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA,
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan)
Emel: bayaran.bmi@jpa.gov.my
(c) Pelajar tajaan JPA di luar negara hendaklah mengemukakan
permohonan melalui Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) di
negara pengajian masing-masing kecuali bagi pelajar di Indonesia,
Singapura dan Hong Kong hendaklah melalui Unit Pembangunan Luar
Negara, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.
(d) Garis Panduan Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis Pelajar
Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos
2017.
4
LAMPIRAN A
BORANG PERMOHONAN TUNTUTAN PELAJAR TAJAAN BIASISWA PERSEKUTUAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
NAMA PENUH : ________________________________________________
NO. KAD PENGENALAN : ________________________________________________
ALAMAT SURAT- : ________________________________________________
MENYURAT ________________________________________________
NO. AKAUN BANK : ________________________________________________
ALAMAT BANK : ________________________________________________
________________________________________________
NO. TELEFON : ________________________________________________
ALAMAT E-MEL : ________________________________________________
UNIVERSITI : ________________________________________________
PERINGKAT PENGAJIAN : ________________________________________________
PROGRAM / KURSUS : ________________________________________________
TAHUN PENGAJIAN : ________________________________________________
TEMPOH TAJAAN : ________________________________________________
JENIS TUNTUTAN : ________________________________________________
(bil/ invois/ resit yang bukan dalam Bahasa Inggeris/
Malaysia perlulah diterjemahkan terlebih dahulu ke dalam
Bahasa Inggeris/ Malaysia)
JUMLAH TUNTUTAN : ________________________________________________
TANDATANGAN PELAJAR :
……………………………………………….
NAMA :
TARIKH :
Untuk Kegunaan Pejabat
Jumlah tuntutan yang diluluskan : ____________________________________________
Tandatangan pegawai : ____________________________________________
Nama pegawai : ____________________________________________
Jawatan pegawai : ____________________________________________
Tarikh penerimaan : ____________________________________________
5
LAMPIRAN B
CONTOH SURAT PENGESAHAN UNIVERSITI
Letterhead Universiti
Ruj : Tarikh :
…………………………………
…………………………………
…………………………………
Tuan / Puan,
PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI/AMALI
Nama : No K/P :
No Pelajar : Bidang Pengajian :
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas
2. Adalah dimaklumkan bahawa penama seperti di atas adalah pelajar sepenuh masa di fakulti
ini dan diwajibkan untuk menjalani latihan amali bermula dari _________ sehingga
_____________. Tujuan latihan industri/ amali ini adalah sebagai salah satu syarat bergraduat
selain daripada untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman di industri yang berkaitan
dengan pengajian pelajar berkenaan.
3. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan bantuan pihak tuan/ puan adalah dipohon bagi
menempatkan pelajar berkenaan di syarikat tuan/ puan. Semoga peluang yang diberikan oleh
syarikat tuan/ puan dapat membantu pelajar tersebut menjalani latihan industri dengan jayanya.
Segala perhatian dan pertimbangan yang tuan/puan berikan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.
Daripada
…………………………………………..
(NAMA PEGAWAI)
JAWATAN PEGAWAI
BAHAGIAN/ UNIT
UNIVERSITI
6
LAMPIRAN C
CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN
Letterhead Syarikat
Ruj :
Tarikh :
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan /
Alamat Universiti
Tuan / Puan,
PENGESAHAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN AMALI
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan ini disahkan bahawa pelajar telah menamatkan
latihan amali seperti berikut:
Nama :
No K/P :
No Pelajar :
Universiti :
Tarikh Latihan Amali :
Lokasi Penempatan :
Pemberian Elaun : YA TIDAK
Sekian, terima kasih.
Daripada
…………………………………………..
( NAMA PEGAWAI )
JAWATAN PEGAWAI
NAMA & COP SYARIKAT
LAMPIRAN D
TAJUK TESIS
NAMA PELAJAR
FAKULTI UNIVERSITI
TARIKH
7
Pengesahan Dekan/ Ketua Jabatan/
Penyelia Kursus/ Penyelia Tesis
Tandatangan & Cop Pengesahan
8
9
NOTA PENTING :
MAKLUMAT DI ATAS PERLU
ADA DALAM SURAT
PENGESAHAN
DOKUMEN SALINAN PERLU DICOP DIAKUI SAH/BENAR
10
NOTA PENTING :
MAKLUMAT DI ATAS PERLU
ADA DALAM SURAT
PENGESAHAN
DOKUMEN SALINAN PERLU DICOP DIAKUI SAH/BENAR OLEH UNIVERSITI
11
NOTA PENTING :
DOKUMEN PERLU DISAHKAN OLEH DEKAN/
KETUA JABATAN/ PENYELIA KURSUS/ PENYELIA TESIS