Post on 01-Feb-2016
description
Geoheritage dan Geodiversity
Disediakan oleh : Muhammad Farid Bin Ab Ghaffar
Iet 120005
Kepada : Dr Ros Fatihah Muhammad
Geowarisan merupakan perkara yang penting dalam warisan semula jadi yang merangkumi
tempat-tempat khas dan mempunyai objek yang penting dalam memahami sejarah bumi,
seperti batu-batu, mineral, fosil dan landskap.
Negeri Kelantan mungkin mempunyai tempat-tempat geowarisan yang menarik, di
antara tempat yang boleh dijadikan geowarisan di Kelantan ialah di Dabong. Dabong
merupakan sebuah daerah dan pekan kecil yang terletak di jajahan Kuala Krai, Kelantan.
Di antara keunikan geowarisan di Dabong ialah selain Gunong Stong, terdapatnya Gua
Ikan, Gua Keris, Gua Pagar, dan Gua Gelap. Gua Ikan yang terletak di Kampung Slow Pak
Long, kira-kira 95 kilometer dari bandar Kuala Krai dan 7 kilometer dari Pekan Dabong.
Keunikan Gua Ikan ialah gua ini difahamkan berusia 150 juta tahun.
Di Gua Pagar pula, ianya terbentuk daripada cengkerang kehidupan laut atau kalsium
karbonat yang terkumpul di perairan lauk cetek serta aliran sungai yang mengambil masa
jutaan tahun. Apabila menghampiri muka gua yang dipenuhi fungus, akan kelihatan kulit
cangkerang yang menakjubkan biarpun menggunakan penglihatan mata kasar sahaja.
Selain itu, di Gua Pagar juga terdapat fosil “seaweed” di tengah-tengah gua yang juga
membawa kepada sejenis flora yang istimewa , “Vaughan’s Balsam”.
Gua Keris pula terjadi apabila gabungan stalakit dan stalagmit yang membentuk satu
tiang tercacak di tanah dan menyerupai sebuah keris.
“ Monkey Head Rock” yang menanti di dinding luar gua juga menambah keunikan
kompleks Gua Ikan dan tidak hairanlah jika dikatakan kawasan ini mempunyai misteri alam
serta makmal semula jadi untuk dilawati1.
Selain itu, cahaya matahari yang memasuki Gua Gelap seolah- olah seperti laser terus
ke lantai gua itu terkenal dengan jolokan “ God Light” menjadikan ia lokasi terbaik untuk
merakam memori di sana.
Gua- gua ini adalah merupakan gua batu kapur. Terdapat binaan gua seperti stalakmit,
yang masih belum diganngu merupakan warisan yang tidak ternilai harganya. Gua juga
merupakan tempat yang paling baik untuk kajian arkeologi dan iklim masa lampau.
1 http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20140802/pl_02/Eksplorasi-gua-batu-kapur-berusia-150-juta-tahun
Daripada perspektif saintifik, gua-gua ini mempunyai nilai warisan yang unggul dan
sesuai sebagai tapak geowarisan kerana mempunyai keindahan landskap dan kepelbagaian
biologi yang tinggi.
Gunung Stong yang juga terletak di Dabong merupakan gunung yang mempunyai
ketinggian 1433 meter dan dianggarkan berusia 7 juta tahun. Gunung Stong meningkat
popular sejak diwartakan taman negeri pada tahun 2004 dan berjaya menarik pelancong dari
Singapura, Jerman dan sebagainya.
Selain itu, keindahan Air Terjun Jelawang juga menarik perhatian pelancong untuk
datang ke sini selain mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna. Gunung Stong menjadi
habitat haiwan-haiwan seperti gajah, harimau, seladang, tapir dan burung merak.2
Disini juga terdapat kisah mengenai sejarah Puteri Saadong, dikatakan bahawa di
kawasan air terjun ini terdapat batu congkak yang dikatakan milik Puteri Saadong, selain
beberapa penemuan sejarah seperti pinggan dan mangkuk.
Dari puncak Gunung Stong, pendaki akan dapat menikmati pemandangan yang indah
dan suasana yang nyaman serta menenangkan dengan suhu antara 15 dan 18 darjah celsius.
Di puncak ini juga akan dapat lihat puncak Gunung Ayam.
Gunung Stong mempunyai tujuh lapisan air terjun termasuk air terjun jelawang
setinggi 303 meter dan merupakan tertinggi di Asia Tenggara. Selain tempat untuk mandi-
mandi dan berkelah, ia juga menjadi tempat tadahan air sungai Kelantan.
Semasa pendakian ke puncak Gunung Stong pula, pendaki akan tiba di Baha Camp,
mereka akan dapat melawat beberapa tempat menarik di sekitar Baha Camp, iaitu Gua Rantai,
Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun Dua Gunung.
Gua Ikan
2 N.M Nasir Gunung Stong State Forest Park
.
Gua Pagar
Fosil yang dijumpai
Gua Keris
Berbentuk Seperti Keris.
God Light
Gunung Stong
Air Terjun Jelawang
Kolan Puteri
. Tujuh Telaga