Post on 27-Jan-2016
description
HHHC 9201 Kemahiran Komunikasi
Disediakan oleh :
HEAN KAI YEE A146089
PengenalanTajuk aktiviti ialah Winter Solstice Festival. Aktiviti
diadakan pada 16 Disember 2013 yang bertempat di Dewan Anuwar Mahmud dari pukul 5 petang hingga 11 malam.
Perayaan ini mula diraihkan pada masa dinasti Han dan diikuti oleh dinasti Tang dan Song. Winter Solstice merupakan perayaan yang mempunyai kepentingan seperti Tahun Baru Cina. Tang Yuan(Onde) merupakan makanan tradisional perayaan.
Dalam aktiviti Winter Solstice ini, saya ditugaskan sebagai ahli kumpulan dekorasi pentas bagi aktiviti Winter Solstice. Penglibatan ini membolehkan saya memperkasakan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain.
Objektif :
Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i UKM tentang aktiviti-aktiviti kebudayaan.
Melahirkan mahasiswa/i yang berkeupaya untuk memimpin, bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik.
Melengkapi mahasiswa-mahasiswi dengan hasil-hasil pembelajaran seperti yang dirancangkan oleh Pusat Akreditasi Pembelajaran.
Pelaporan Aktiviti :
Kumpulan DekorasiAhli-ahli kumpulan telah diagihkan tugas tertentu.Contohnya:• Menghasilkan latar belakang Winter
Solstice Festival• Menghasilkan TangYuan yang berdimensi
tiga• Menghasilkan sebuah pondok Cina• Menghasilkan sepohon pokok plum• Menyediakan tempat untuk bertangkap
gambar• Menghasilkan papan pameran• Menghiaskan kawasan Dewan Anuwar
Mahmud
Hasil Pembelajaran : Saya mendapati kemahiran komunikasi amat penting untuk menjayakan sesuatu aktiviti.Tanpa komunikasi yang berkesan, perjalanan aktiviti akan tergendala.
Konflik dan kesalahfahaman antara ahli kumpulan dapat dielakan.
Saya dapat mempelajari teknik-teknik komunikasi dengan pihak lain,ini secara tidak langsung dapatmempertingkatkan keupayaan saya untuk berinteraksi dengan orang lain.
Komunikasi yang berkesan membolehkan saya menyampaikan mesej kepada pihak lain dengan baiknya seperti melaporkan hasil kumpulan dan perkembangan aktiviti kepda felo, pengerusi dan sebagainya.
Saya juga berpeluang untuk memupuk sifat-sifat yang positif seperti bertanggungjawab, kepimpinan dan kerja berpasukan yang boleh membantu dalam pembentukan seorang insan mulia.
Gambar sebelah kiri menunjukkan saya dan ahli kumpulan sedang berbincang apakah elemen yang sesuai untuk ditambah pada latar
belakang pentas bagi Winter Solstice.Manakala gambar sebelah kanan menunjukkan pembentangan idea kumpulan dekorasi dalam
minit mesyuarat.
GAMBAR-GAMBAR
Gambar di atas menunjukkan saya dan ahli kumpulan saya sedang menyiapkan barang pameran. Kami sering berinteraksi antara satu sama lain
semasa membuat tugasan kerana kebanyakkan daripada kita adalah dari kolej yang berlainan.Interaksi yang baik dapat mempercepatkan sesuatu
tugasan.
Gambar-gambar
Sekian, terima kasih