HHHC 9601 ( Set 42) Semester 2 Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
description
Transcript of HHHC 9601 ( Set 42) Semester 2 Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
HHHC 9601 (SET 42) SEMESTER 2
KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN
KERJA BERPASUKAN
Nama : Ivy Ting Jing Rou
No. Matrik : A144548
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Program : Dietetik
Tahun Pengajian : Tahun 1
Pensyarah : Prof.Dr. Mohamed Kamel bin Abdul
Ghani
Nama Program : Pesta Angpaw UKM ke-15
No. Kelulusan Program : DN00189/2014
SINOPSISSaya telah melibatkan diri dalam satu program yang dianggap sebagai mega program iaitu Pesta Angpaw (PAP) UKMKL ke-15. Saya berjaya dilantik untuk menjadi Exco Protokol. Tugas-tugas bahagian protokol meliputi:
Gimik perasmian Menjemput VIP termasuk perasmi, Naib Canselor UKM, Timbalan-
timbalan Naib Canselor UKM, pengetua semua kolej UKM, pengetua Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), timbalan-timbalan pengetua KTSN, semua dekan fakulti UKM kampus Kuala Lumpur, pensyarah-pensyarah UKM kampus Kuala Lumpur, PMUKM, Majlis Eksekutif Pelajar UKM, Chinese Community Council (CCC) UKM, dan felo-felo KTSN dengan menghantar surat jemputan kepada mereka.
Menyediakan teks ucapan VIP termasuk perasmi, pengetua KTSN dan juga pengarah program.
Menyediakan salutasi Menyediakan kerongsang Menempah bilik tetamu Menyediakan cenderamata bagi VIP
Menyediakan semua lagu dan muzik bagi majlis perasmian, sesi VIP memberi ucapan dan majlis pemberian cenderamata
Menyeleras dengan bahagian lain terutamanya bahagian teknikal, bahagian jamuan dan juruacara.
Secara keseluruhan, bahagian protokol hendaklah menyelaras dengan bahagian lain untuk memastikan semua sesi dan acara program dijalankan dengan lancar. Contohnya, bila kami hendak menjemput VIP naik ke pentas, kami juga dikehendaki memberi penerangan yang jelas kepada VIP untuk memastikan VIP faham semua tentatif program.Sebagai Exco, saya bertanggungjawab untuk membahagikan tugas-tugas kepada ahlo-ahli jawatankuasa tersebut secara adil. Bagi memudahkan tugas dan menjimatkan masa, saya telah membahagikan kumpulan kami kepada dua kumpulan, iaitu satu kumpulan bertanggungjawab semua perkara yang berlaku di atas pentas manakala yang bertanggungjawab perkara yang di bawah pentas. Dalam program ini, saya telah berusaha untuk mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
2. Pelaksanaan
Tarikh: 21.03.2014
2.1 Kerja Berpasukan
2.1.1 PersediaanSebagai seorang Exco, saya perlu jelas dengan tugas yang dikehendaki untuk dilaksanakan. Oleh itu, sebelum menghadiri sesuatu perjumpaan aktiviti, saya akan membuat persediaan atau membuat agenda dengan mencatat butir-butir yang hendak dibincang dalam mesyurat tersebut. Saya juga akan datang lebih awal sebelum mesyuarat untuk berbincang dengan Exco Protokol yang lain supaya memastikan tidak ada apa-apa butir yang tertinggal. Selain itu, setelah bahagian protokol kami memastikan senarai nama VIP yang akan hadir program ini, saya juga membuat persediaan sebelum malam Pesta Angpaw bermula dengan mencari gambar mereka melalui laman web dan menyenaraikan nama yang betul di bawah gambar tersebut. Hal ini adalah untuk memastikan semua ahli jawatankuasa yang akan berkomunikasi dengan VIP-VIP tersebut tidak akan membuat kesalahan seperti menyebut gelaran yang salah ataupun tidak kenal muka VIP tersebut.
PembuktianNama dan Jawatan Gambar Nombor kereta Telefon nombor
Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Caunselor Universiti Kebangsaan Malaysia
Sim Chiun Wee 沈君伟 马来西亚青年运动总会长 Pergerakan Pemuda Malaysia
WWC 3899 019-6364263
Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib Pengetua Kolej Tun Syed Nasir
Dr.Qodriyah Hj Saad Timbalan Pengetua KTSN
Double click me to see the full content!
Ini adalah dokumen yang saya sediakan sebagai rujukan bagi bahagina protokol dan bahagian keselamatan yang bertugas untuk menunjukkan tempat letak kereta kepada pemandu VIP.
2.1.2 Penyediaan dan Kerjasama
Saya telah melibatkan diri dalam aktiviti ini secara aktif. Disebabkan bahagian kami mempunyai banyak kerja, kerjasama dan sikap saling menolong antara ahli bahagian kami amat diperlukan. Saya sentiasa memastikan saya memberi kerjasama yang secukupnya supaya tidak membebankan orang lain ataupun bahagian lain. Ini adalah kerana Bahagian Protokol ini hendaklah sentiasa menyeleras dengan bahagian lain terutamanya Bahagian Teknikal dan juruacara. Contohnya, saya sentiasa menepati masa pada waktu latihan supaya tidak memberi masalah kepada bahagian lain. Saya juga selalu memberi bantuan seperti saya melibatkan diri dalam proses pembuatan gimik dan bukanlah hanya menyuruh ahli-ahli jawatankuasa untuk membuatnya.
Saya Gambar di atas menunjukkan saya telah melibatkan diri dalam proses pembuatan gimik kami.
2.1.3 Pemahaman Mengenai Isu/ProjekApabila senior Exco memberi tunjuk
ajar kepada saya, saya memberi perhatian yang secukupnya supaya tidak meninggal apa-apa yang penting seperti yang ditunjukkan di gambar sebelah. Apabila menghadapi masalah atau sesuatu yang kurang difahami, saya akan merujuk ke senior Exco supaya tidak membuat kesalahan yang serius dan akan membebankan kumpulan saya. Saya juga mengeluarkan idea saya dalam perbincangan bersama dengan senior Exco dan Exco Protokol I apabila saya berasa idea saya mungkin akan membantu untuk menyelesaikan masalah.
Saya
Gambar di atas menunjukkan saya sedang mendengar dan memberi perhatian tentang apa yang diajar oleh senior Exco.
2.1.4 MinatSaya berasa bertuah kerana dapat menyertai program ini dan tidak pernah menyesal menyertai program ini. Saya tidak pernah melibatkan diri dalam bahagian protokol untuk program lain. Oleh itu, saya menganggap penglibatan kali ini adalah peluang yang amat baik untuk saya belajar dan meningkatkan ‘soft skill’ saya. Saya menunjukkan minat saya dengan sentiasa bersedia untuk menawarkan diri untuk melaksanakan sesuatu tugas. Contohnya, saya telah menawarkan diri untuk menjadi Exco Protokol II. Selain itu, saya juga menawarkan diri untuk mencari dan membeli cenderamata untuk VIP program..Gambar di sebelah
menunjukkan sampel cenderamata yang saya cari di Parkson, Sungei Wang, Bukit Bintang
2.2 Daya Kepimpinan
2.2.1 Keupayaan mendorong dan mempengaruhi orang lain dalam
melaksanakan projekSebagai Exco Protokol, saya telah membahagikan tugas kepada ahli-ahli
jawatankuasa dengan adil dan tidak berat sebelah supaya tidak berlakunya
pertelingkahan. Contohnya, bagi ahli jawatankuasa yang tidak mampu hadir
perjumpaan, saya akan memberi tugas yang lebih banyak dan dapat
diselesaikan pada waktu peribadi. Kalau ahli jawatankuasa menghadapi
masalah, saya juga akan menolong mereka dan bukan menegur mereka kerana
saya mengetahui dengan memberi teguran, ketidakpuashatisan akan berlaku.
Dengan ini, semua ahli jawatankuasa akan bekerjasama melakasanakan tugas
masing-masing dan juga menghulurkan bantuan apabila ahli lain menghadapi
masalah.
2.2.2 Kemampuan dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
Bahagian protokol juga bertanggungjawab untuk menjemput tetamu dan VIP seperti
perasmi, Naib Canselor UKM, timbalan-timbalan Naib Canselor UKM, pengetua-
pengetua kolej, dekan-dekan fakulti dan sebagainya. Kami telah menghadapi
masalah apabila menyediakan senarai nama tetamu tersebut disebabkan
kebanyakkan tetamu kami dari Bangi UKM. Kami hendaklah memastikan semua
nama dan gelaran VIP dalam surat jemputan adalah betul. Bagi menyelesaikan
masalah, kami amat bertuah kerana dapat berjumpa seorang felo KTSN yang asalnya
belajar di UKM Bangi. Beliau mengenali pegawai-pegawai pentadbiran UKM
Bangi. Dengan ini, kami hantar senarai nama tetamu kami kepadanya untuk
memeriksa supaya tidak berlakunya kesalahan. Dengan ini, saya amat berterima
kasih kepada beliau.
2.2.3 Berfikiran terbuka dan menghormati orang lain
Dalam satu kumpulan yang lebih daripada seorang ahli, mesti akan
berlakunya perbezaan dalam pandangan. Oleh itu, sebagai Exco,
saya sentiasa bersedia untuk mendengar dan menerima pandangan
ahli jawatankuasa lain. Semua orang mempunyai hak sendiri untuk
bersuara. Oleh itu, kita haruslah menghormati hak mereka dan
mengamalkan sikap yang terbuka dengan menerima pandangan
mereka jika pandangan tersebut adalah baik dan berfungsi.
2.2.4 Menggunakan pelbagai gaya kepimpinan – memberitahu, menjual, turut
serta dan delegasi.
Sebagai seorang pemimpin yang bagus adalah tidak senang. Sebagai Exco,
saya belajar cara untuk membahagikan tugas supaya semua ahli
jawatankuasa akan mengikut arahan saya. Saya juga menggunakan nada
yang sesuai apabila memberitahu sesuatu perkara sama ada pembahagian
tugas ataupun pengumuman iaitu bukan nada yang menyuruh dan juga
tidak boleh terlalu lembut
HasilGimik
Ini adalah gimik pertama yang dihasilkan tetapi senior memberi komen bahawa saiz kuda terlalu kecil
Ini adalah lakaran logo untuk gimik
Saya sedang menghiaskan logo gimik dengan menampal kertas yang bewarna emas padanya. Kerja
penghiasan badan kuda
(gimik)
80% siap
Memikirkan cara untuk mengikat gimik pada tiang
Kami menghiaskan gimik perasmian dengan mengelilingkan mentol-mentol kecil pada badan kuda.
Thank You