Post on 08-Mar-2019
HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
LAPORAN PROJEK:
HARI KESEDARAN ALAM SEKITAR
NAMA: NURADILAH BINTI ABDUL GAFFAR
NO. MATRIK: A146381
TAHUN PENGAJIAN: 2 (2014/2015)
FAKULTI: TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SITI NORUL HUDA BT. SHEIKH ABDULLAH
1. PENGENALAN
Hari Kesedaran Alam Sekitar merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kelab
Cabaran Pengaturcaraan (PCC) yang melibatkan ahli PCC dan NUMOSS dengan
kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat (Pertama,
Ftsm). Program ini adalah untuk melestarikan fakulti dan memberi kesedaran akan
pentingnya penanaman pokok semula di kalangan peserta, ajk dan juga pensyarah.
Program ini memberi fokus kepada pensyarah yang bakal pencen dan juga para pelajar
yang akan meninggalkan fakulti dan juga universiti. Penanaman pokok ini adalah untuk
memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar FTSM untuk meninggalkan kenangan
di fakulti dengan menanam pokok.
Penanaman pokok dipilih sebagai aktiviti utama untuk mencapai objektif fakulti iaitu
untuk melestarikan FTSM dengan tumbuh-tumbuhan. Aktiviti tidak hanya membantu
ekosistem, namun dapat memberi peluang kepada para pelajar dan pensyarah untuk
meluangkan masa melakukan aktiviti yang dapat mencergaskan badan dan
mencerdaskan minda.
2. PERANCANGAN PROGRAM
2.1 PERJALANAN PROGRAM
2.1.1 JAWATAN DAN TUGAS:
Timbalan Ketua Program & AJK Teknikal:
Pengendalian program ini adalah mengikut tugas unit yang telah dibahagikan
semasa perjumpaan Hari Kesedaran Alam Sekitar. Saya memegang jawatan
sebagai timbalan ketua program serta sebagai ahli jawatankuasa teknikal.
Tugas saya adalah:
Membantu ketua program dalam memastikan program berjalan lancar.
Membantu membuat persiapan program.
Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk program.
Mengawal sistem audio semasa program.
Saya berperanan untuk membantu ketua program melancarkan sebelum, semasa
dan selepas program berlangsung. Sebagai ajk teknikal, segala keperluan aktiviti
adalah merupakan tanggungjawab unit untuk memastikan barang-barang
disediakan serta memastikan peralatan teknikal dapat digunakan. Saya juga
mengawal sistem audio semasa program berlangsung secara tepatnya semasa para
peserta bersarapan pagi dan makan tengahhari.
2.1.2 CARTA ALIR PERJALANAN PROJEK
Semasa perancangan program dijalankan, perbincangan antara ahli jawantankuasa program
diadakan. Aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan dibincangkan supaya dapat dikaitkan
mengikut HP yang ada di UKM. Brainstorming diadakan sewaktu dan diluar perjumpaan untuk
memastikan segala keperluan program disediakan serta memastikan masalah yang timbul dapat
diselesaikan. Sebagai ajk teknikal, saya ditugaskan untuk berhubung dan berbincang dengan
technician fakulti, Encik Hisham untuk mendapatkan lokasi yang sesuai untuk tanaman pokok
serta mendapatkan peralatan yang diperlukan program. Bahasa yang sopan perlu dituturkan
untuk berhubung dan berkomunikasi antara semua pihak tidak kira umur mahupun pangkat.
Pengumpulan ahli PCC dan NUMOSS
Membincangkan objektif program
Membahagikan AJK dan tugas
mengikut unit
Merancang aktiviti-aktiviti yang bakal
dilaksanakan
Mengenalpasti keperluan aktiviti
dari setiap unit
Mengesahkan barangan aktiviti
Mengenalpasti masalah yang
dihadapi setiap unit
Menyediakan keperluan aktiviti
Membuat persiapan di lokasi
(FTSM)
Menjalankan program
3. PELAKSANAAN PROGRAM
3.1 PENGISIAN PROGRAM
1) Sarapan pagi – Para peserta, pensyarah dan ajk bersarapan pagi.
2) Aktiviti pertama – Penanaman pokok di sekitar kawasan FTSM.
3) Aktiviti kedua – Makan tengahhari yang disediakan oleh AJK.
3.2 GERAK KERJA BAGI SETIAP BAHAGIAN
BAHAGIAN GERAK KERJA
Publisiti Menghebahkan program ini didalam laman social dan
mengambil gambar sepanjang program.
Pendaftaran Menyediakan senarai nama ahli peserta.
Teknikal Menyediakan peralatan yang diperlukan.
Publisiti Mengambil gambar dan merakam video serta membuat
video sepanjang program dijalankan untuk pembuktian
kokurikulum.
Jamuan Menyediakan senarai barangan makanan untuk sarapan
dan tengahhari.
Program Menyediakan senarai nama peserta.
3.3 MASALAH YANG DIHADAPI
Kekurangan wang untuk program.
Kekurangan peralatan teknikal seperti pembesar suara untuk memeriahkan
program.
Beberapa ajk kurang memahami tentatif program yang menyebabkan peserta
keliru tentang aliran program.
4. LAMPIRAN PELAKSANAAN PROGRAM
Perjumpaan dan perbincangan mengenai program.
Persediaan tempat dan makanan sebelum program.
Pelan tanaman pokok.
Sebanyak 20 pokok telah ditanam mengikut kawasan yang ditanda di dalam pelan diatas. Jenis
pokok yang ditanam adalah pokok manga, rambutan, durian dan durian belanda. Kawasan
tersebut telah dipacak terlebih dahulu untuk menanda kawasan yang sesuai untuk ditanam
pokok mengikut pandangan En.Hisham. Kawasan yang ditanda dalam pelan diatas merupakan
kawasan yang sesuai dan tidak dilindungi oleh pokok – pokok.
5. KESIMPULAN PROGRAM
5.1 Kelebihan / Kebaikan program
1. Dapat melahirkan pelajar yang proaktif dan produktif.
2. Membina dan merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan pensyarah.
3. Melahirkan pelajar yang mampu membuat perancangan awal terhadap program.
4. Dapat membina semangat kesosialan antara peserta serta pensyarah.
5.2 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan jayanya dan telah mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada ahli PCC dan NUMOSS, pensyarah yang sudi
memberi kerjasama. Objektif dan matlamat program juga tercapai dengan jayanya.
Program seperti ini seharusnya diteruskan lagi bagi memberikan kesedaran mengenai
betapa pentingnya alam sekitar. Melalui program ini, perkara yang saya dapati adalah
kepentingan nilai komunikasi antara pihak atasan mahupun bawahan tidak kira
peringkat umur. Untuk mendapatkan kerjasama seseorang, cara komunikasi dan bahasa
yang digunakan memainkan peranan yang sangat penting. Melalui komunikasi yang
baik, sesuatu program akan berjalan dengan lancar kerana dengan berkomunikasi,
kerjasama antara dua atau ramai pihak dapat dihasilkan.