Post on 07-Aug-2015
HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL. PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK
SEMESTER 2 SESI 2014/2015HHHC9501
KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN
SAINTIFIK
NAMA : NUR AISHAH BINTI ABASANO.MATRIK : A146269SET KURSUS : 33NAMA PENSYARAH : Dr. ZULKEFLI BIN MANSORTAHUN : 2
Program Ekplorasi Tekno 2015 telah dijalan pada 5, 6 dan 18 Mei 2015. Ia
adalah anjuran kelab Komuniti Sumber Terbuka (KST), Fakulti Teknologi dan
Sains Maklumat (FTSM), dengan kerjasama Kelab Kebajikan Kakitangan (KiT)
FTSM dan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM. Program ini telah
berlangsung di dua tempat iaitu Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (5 & 6
Mei) dan di SK Taman Jasmin, Kajang (18 Mei 2015) dan jumlah peserta yang
hadir adalah seramai 36 perserta iaitu yang terdiri oleh murid sekolah SK Taman
Jasmin Kajang. Setiap Urusetia dan AJK telah ditugaskan untuk mengendali
beberapa kumpulan yang telah ditetapkan . Program ini telah dijalankan sebanyak
3 fasa iaitu:
FASA 1 : BENGKEL SELENGGARA PERKAKASAN KOMPUTER (FTSM, UKM)
FASA 2 : BENGKEL SELENGGARA PENGGUNAAN KOMPUTER (FTSM, UKM)
FASA 3 : JELAJAH AMALI 1 (SK TAMAN JASMIN KAJANG)
Objektif program ini ialah agar dapat mendidik pelajar sekolah terutama
sekolah rendah tentang menyelenggara perkakasan komputer serta cara
penggunaan komputer yang betul. Tambahan lagi, objektif program ini adalah
untuk menyumbang bakti kepada masyarakat melalui kepakaran yang dipelajari.
Ilmu yang dipelajari disumbangkan kepada golongan sekolah untuk memudahkan
mereka untuk menyelenggara computer. Selain itu, ia juga adalah cara untuk
mempromosi kepakaran dan program FTSM, UKM.
Pencapaian bagi Program Ekplorasi Tekno 2015 ialah saya telah
mempelajari kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan
pendekatan saintifik merupakan elemen yang amat penting untuk menjayakan
program ini. Hal ini demikian kerana kemahiran ini membolehkan sesuatu
program dijalankan dengan lebih lancar dan sempurna.
Dalam program ini, saya telah mempelajari berfikir secara kritikal dengan
menganalisis masalah sebelum mengambil tindakan. Pemikiran kritikal amat
penting supaya saya berkeupayaan mengambil keputusan yang betul untuk
menyelesaiakan masalah sepanjang program ini. Saya telah menghadapi
pelbagaian masalah khususnya kesukaran pengawalan emosi pelajar seperti
tahap keinginan mereka untuk mempelajari sesuatu amat tinggi. Sebagai ahli
jawatankuasa program, saya berperanan untuk menjaga dan membimbing ahli
kumpulan saya yang kesemuanya adalah murid sekolah rendah sambil
memberikan sokongan kepada mereka supaya meningkatkan semangat mereka
untuk mempelajari dan lebih mengenali asas-asas kemahiran dalam bidang
peralatan dan perkakasan komputer.
Selain itu, tahap pemikiran yang lebih teratur dan terperinci juga mencabar
sepanjang penglibatan saya dalam program ini. Dalam proses persediaan dan
pelaksanaan, saya sanggup mengamalkan pemikiran kritikal dan secara terbuka
dengan menghormati pandangan ahli lain. Pemikiran kritikal ini membantu
saya dapat berfikir dan mengambil keputusan yang rasional dalam
menyelesaikan masalah sepanjang program ini.
Pemikiran kritikal dicapai terutama sekali apabila, pengarah program memberi
tugas kepada saya dan ahli kumpulan saya untuk diselesaikan. Pada masa itu saya
dan ahli kumpulan saya iaitu sekteriat program perlu mimikirkan apakah dan
bagaimana kami perlu lakukan bagi menyelesaikan tugas yang diberikan. Dan pada
masa yang sama juga, saya pelu mengerah buah fikiran saya untuk mencari idea-
idea yang bernas bagi meyelesaikan tugasan tersebut.
Seterusnya , penyelesaian masalah dapat dicapai melalui pendekatan yang kami
ambil iaitu dengan cara membuat pembincangan bersama ahli kumpulan yang bagi
mencari serta membincangkan yang mana satu idea yang patut dipilih sebelum
membentangkannya ke minit mesyuarat utama. Idea-idea tersebut datangya
daripada hasil sumbangan bersama ahli kumpulan saya.
Kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai objektif program serta
kemahiran dan standard moral saya juga ditingkatkan. Saya juga mempelajari
kemahiran yang baru iaitu kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan
pendekatan saintifik dijalankan.
Gambar sepanjang Program Eksplorasi Tekno 2015
1) Fasa 1 & 2 di FTSM, UKM (5 & 6 MEI 2015)
2) FASA 3 di Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin (18 MEI 2015)
2015
\ Pengenalan Program daripada wakil Fasi Eksplorasi Tekno 2015
Sesi ‘Ice Breaking’ antara peserta FTSM dan pelajar sekolah di Bilik Mesyuarat SK Taman Jasmin
Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikendalikan oleh
beberapa orang fasilitator dan pengenalan ringkas berkenaan dengan
penyelenggaraan komputer yang akan dijalankan.
Fasilitator mengendalikan aktiviti soal jawab dan peserta SK Taman Jasmin yang
menjawab kuiz berkenaan program Eksplorasi Tekno 2015.
Majlis Penutupan Eksplorasi Tekno 2015
Ucapan wakil pelajar sekolah yang mengikuti program Eksplorasi Tekno 2015
Cenderahati kepada guru penolong kanan kokurikulum, PuanMarina Ahmad kerana sudi memberi peluang kepada pelajar FTSM untuk menjayakan Program EksplorasiTekno 2015 di SK Taman Jasmin.
Gambar kenagan bersama pelajar dan guru Sek Keb Taman Jasmin.