Journal Vol. 9 Faktor-Faktor Kritikal Kejayaan Perniagaan Kedai
LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan...
Transcript of LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan...
LMCK1421
PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH
KUMPULAN 7
TAJUK: DIET SEIMBANG PENTING UNTUK KESIHATAN PELAJAR
UKM.
LAPORAN INDIVIDU:
NADIA BINTI ROZLAN (A150349)
PENSYARAH:
Dr. MOHD AFTAR BIN ABU BAKAR
1.0: PENGENALAN (Maklumat Projek)
1.1 Latarbelakang kajian
Perkataan “diet” menurut Kamus Pelajar edisi kedua membawa maksud makanan yg dihadkan
untuk seseorang atas sebab-sebab kesihatan, berdiet berpantang atau mengehadkan makanan
tertentu. Manakala, seimbang pula menurut sumber yang sama membawa maksud sama berat;
tidak berat sebelah. Seperti yang diketahui, diet seimbang ini sangat berkait rapat dengan
kehidupan seharian pelajar kerana kekurangan zat dalam badan serta gaya pemakanan yang tidak
sihat akan menyebabkan konsentrasi pelajar terganggu di dalam kelas. Oleh itu, sekiranya
berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “diet seimbang” adalah menuju kepada
pola makanan yang mencukupi yang diperlukan oleh badan untuk aktiviti seharian pelajar.
Bagaimanapun, secara khusus perkataan diet seimbang bermaksud pengambilan makanan yang
berkualiti dan teratur untuk membekalkan tubuh manusia dengan zat dan tenaga serta
mengekalkan kesihatan badan. Bagi seseorang pelajar, kesedaran tentang pola pengambilan
makanan amat penting kerana ia mempengaruhi perkembangan atau tindakbalas fizikal dan
mental seseorang pelajar yang merupakan satu aset penting dalam membangunkan modal insan
bagi negara maju. Namun begitu, dapat kita lihat, dengar dan baca di media massa mengenai
laporan pelajar yang kebuluran kerana kesempitan wang terutamanya di universiti-universiti
awam seluruh Malaysia. Ianya menunjukkan bahawa pelajar pada masa kini adalah dengan
sewenang-wenanganya mengaibaikan pola makanan yang diperlukan oleh badan mereka. Oleh
itu, terdapat banyak badan kerajaan mahupun swasta ynag ditubuhkan untuk menangani masalah
ini. Untuk membincangkan isu ini dengan lebih mendalam, satu kajian mengenai kepentingan
diet seimbang untuk kesihatan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
1.2 Permasalahan kajian
Sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, pelbagai rintangan dan cabaran harus
ditempuhi untuk mencapai misi tersebut. Antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi adalah
masalah kebuluran yang akan dialami oleh rakyat Malaysia sendiri akibat daripada kos sara hidup
yang tinggi serta harga atau nilai barangan yang sering meningkat sehingga memberi bebanan
kepada rakyat untuk membeli keperluan seharian mereka.
Selain itu, sikap remaja yang lebih gemar untuk mengambil pola makanan yang tidak sihat
terutama apabila mereka dalam keadaan yang tertekan serta gemar untuk mengambil makanan
segera serta makanan ringan juga antara punca wujudnya masalah diet yang tidak seimbang di
kalangan pelajar pada masa kini. Selain itu, golongan remaja sekarang yang lebih bersifat pasif
iaitu duduk sahaja di rumah serta bermain ‘video game’, memburukkan lagi keadaan ini.
Kesan yang timbul akibat daripada diet yang tidak seimbang ini adalah amat besar dan
semestinya akan menjejaskan kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang dengan
melahirkan rakyat yang lemah dari segi mental dan fizikal. Oleh itu, kajian ini telah dipilih untuk
dilakukan dalam cubaan untuk menyelesaikan masalah yang timbul serta memberi pendedahan
serba sedikit kepada pelajar mengenai diet yang seimbang dalam pola makanan seharian mereka.
1.3 Tujuan Kajian
Untuk mengkaji tahap kesedaran serta pengetahuan mahasiswa/i UKM mengenai pola makanan
yang sihat atau diet yang seimbang dalam pemakanan seharian mereka.
1.4 Objektif kajian
1) Menentukan tahap pengetahuan mahasiswa/i UKM terhadap pengambilan makanan
seimbang.
2) Untuk mengetahui faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan
mahasiswa/iUKM.
3) Untuk mencadangkan kaedah atau cara yang diperlukan oleh mahasiswa/i UKM untuk
mendapatkan diet yang seimbang
1.5 Kepentingan Kajian
Seperti kajian yang lain, kajian kami ini juga mempunyai kepentingan tersendiri. Pertama
sekali, kajian ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa/i UKM akan
kepentingan pengambilan diet yang seimbang. Pentingnya pengambilan diet yang seimbang dalam
kehidupan seharian kerana makanan yang diambil akan mempengaruhi kehidupan seseorang lebih-
lebih lagi apabila bergelar sebagai seorang pelajar. Melalui pemerhatian kami, terdapat segelintir
mahasiswa/i di UKM Bangi yang kurang peka terhadap penjagaan pemakanan seharian. Selain itu
, kami ingin mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar UKM.
Sudah sedia maklum bahawa pelajar UKM sangat sibuk dan mempunyai masa yang terhad. Oleh
itu mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan segera yang tidak berkhasiat tanpa
mempedulikan kesan-kesan yang akan menimpa mereka. Masalah ini akan menjadi lebih serius
sekiranya mahasiswa/i tidak diberikan kesedaran.
Seterusnya, kepentingan kajian ini adalah untuk mencadangkan kaedah atau cara yang
diperlukan oleh pelajar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Kami akan mencadangkan
beberapa tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai seorang mahasiswa/i, kita
seharusnya mempunyai kelebihan dalam menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif dan kritis.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk memberi penyelesaian dalam dimensi yang baru kepada
mahasiswa/i UKM tentang pentingnya pengambilan diet yang seimbang. Dengan terbitnya kajian
ini, diharapkan kajian ini dapat membuka mata semua mahasiswa/i agar lebih cakna terhadap pola
makanan seharian mereka serta mengamalkan gaya hidup sihat supaya Malaysia dapat melahirkan
modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan
dalam kala.ngan mahasiswa/i UKM serta implikasinya terhadap pembelajaran.
1.6 Kaedah Kajian
Kajian ini dilaksanakan selama dua bulan terhadap 10 responden yang terdiri daripada
mahasiswa/i yang terdiri daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Kaedah pertama yang
dijalankan adalah kaedah soal selidik. Sebanyak 15 borang soal selidik telah diagihkan kepada 15
orang responden yang terdiri daripada pelajar UKM. Tambahan pula, daripada 15 orang
responden, 10 orang responden telah dipilih oleh kami untuk dipantau tahap perkembangan
pemakanan seimbang mereka selama dua bulan. Selain itu, kaedah ke dua yang dijalankan adalah
kaedah perpustakaan dimana kami telah mendapat sumber-sumber rujukan berkaitan pemakanan
seimbang daripada perpustakaan dan internet. Akhir sekali, kami menggunakan kaedah temu bual
dimana kami telah bersoal jawab dengan responden berkaitan dengan gaya pemakanan mereka
untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka sebelum ini berkaitan pemakanan seimbang
dalam setiap hidangan yang mereka ambil.
1.7 Hasil Dapatan Kajian
Bahagian A: Maklumat Peribadi
Kajian ini dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi diet seimbang
pelajar-pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Suatu borang soal-selidik berkaitan
maklumat peribadi, amalan pemakanan serta kefahaman tentang makanan seimbang telah
dilengkapkan oleh 10 orang pelajar secara keseluruhannya dan soal selidik tersebut telah
dijalankan secara rawak di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM. Dalam soal selidik tersebut, tinggi
dan berat badan pelajar telah diukur menggunakan ukuran biasa iaitu tinggi (cm) dan berat (kg).
Indeks jisim badan (BMI) telah dikira bagi setiap responden dan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) telah digunakan untuk melihat indeks jisim badan (BMI) secara keseluruhannya.
Responden terdiri daripada 6 orang pelajar wanita (60%) dan 4 orang pelajar lelaki (40%).
Keputusan menunjukkan bahawa 30% daripada keseluruhan responden adalah kurang berat badan,
40% daripada mereka mempunyai berat badan normal dan 30% lagi mempunyai berat badan
berlebihan. (rujuk Rajah 1.71)
Rajah 1.71
Jika dibuat perbandingan indeks jisim badan (BMI) bagi lelaki dan perempuan secara berasingan
pula, kajian menunjukkan bahawa pelajar wanita UKM memiliki berat badan yang lebih ideal dari
pelajar lelaki UKM dengan peratusan sebanyak 50% berbanding 25%. Manakala, bagi kes berat
badan berlebihan pula, kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki UKM memiliki masalah berat
badan berlebihan yang lebih tinggi berbanding pelajar wanita UKM dengan peratusan 50% bagi
pelajar lelaki UKM dan 16.7% bagi pelajar wanita UKM. Bagi pelajar yang mengalami masalah
kurang berat badan pula, kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki UKM lebih cenderung untuk
mengalami masalah tersebut berbanding pelajar perempuan UKM dengan peratusan sebanyak
33.3% bagi pelajar wanita UKM dan 25% bagi pelajar lelaki UKM. (Rujuk rajah 1.71 (a))
Rajah 1.71(a)
Selain itu, daripada sudut pengetahuan mengenai pengiraan indeks jisim badan (BMI) pula
menunjukkan bahawa 30% daripada responden dikategorikan sebagai memiliki pengetahuan yang
rendah berkenaan pengiraan indeks jisim badan (BMI) tersebut, manakala 70% responden
mengakui bahawa mereka mempunyai pengetahuan berkenaan pengiraan tersebut. (Rujuk rajah
1.72)
Rajah 1.72
Jika dibuat perbandingan antara pelajar lelaki UKM dan pelajar wanita UKM mengenai
pengetahuan tentang pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI) pula, kajian menunjukkan bahawa
pelajar perempuan UKM mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi tentang pengiraan BMI
berbanding pelajar lelaki UKM, iaitu sebanyak 75% bagi pelajar wanita UKM dan 66.7% bagi
pelajar lelaki UKM. (Rujuk rajah 1.72(a))
Rajah 1.72(a)
Analisa mengenai perbelanjaan untuk makan pula bertujuan mengenalpasti agihan perbelanjaan
serta cara pengurusan kewangan pelajar. Kajian ini menunjukkan bahawa tiada responden
membelanjakan wang mereka kurang daripada RM5 sehari, sementara 80 % berbelanja antara
RM5-10 untuk makanan sehari mereka. Manakala sebanyak 20% daripada respon berbelanja lebih
daripada RM10 sehari (Rujuk rajah di bawah).
Bahagian B: Amalan pemakanan
Melalui kaedah borang soal selidik ke atas 10 orang responden (pelajar UKM )sebanyak 6
orang pelajar yang mengambil sarapan sebelum ke kuliah. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan
memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak
langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya,
sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti
dan secawan kopi.
Diet pemakanan pelajar tidak akan lengkap sekiranya pelajar abaikan pengambilan
sarapan setiap pagi. Sarapan pagi mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan
dan kecekalan minda kita. Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh
badan anda dalam meningkatkan metabolisme. Malah pemakanan seharian anda juga akan lebih
teratur. Sarapan pagi juga penting dalam memberikan tenaga untuk memulakan kerja atau aktiviti
seharian. Jika anda 'skip' sarapan pagi, pasti badan akan terasa lemah dan lesu. Pengambilan fiber
dalam sarapan seperti roti memberikan anda tubuh yang ‘fit’ dan sihat.
Tips Pengambilan Sarapan yang Sihat
Masa terbaik untuk sarapan adalah antara jam 6 hingga jam 9 pagi. Pengambilan sarapan
dalam tempoh sejam atau selepas berjalan. Elakkan mengambil sarapan yang lewat dan makan
makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lama.
Seterusnya, elakkan mengambil pastry, makan makanan manis seperti donut dan muffin ketika
bersarapan. Makanan ini membuatkan kita cepat berasa lapar. Perkara yang penting ialah
banyakkan juga meminum air kosong setiap hari
Tanpa sarapan pagi, tubuh badan akan lebih susah untuk mendapat nutrien seperti serat dan
vitamin serta mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Dengan mengabaikan sarapan
pagi ia akan membuatkan badan anda hilang nutrien penting. Buahan sangat digalakkan untuk
sarapan pagi kerana khasiatnya yang tinggi. Jadi, jangan abaikan sarapan pagi.
Berdasarkan graf sebanyak 4 orang responden gemar makan makanan segera.
Walaupun makanan segera merupakan salah satu kategori makanan mudah guna yang
didefinisikan sebagai makanan sejuk atau panas. Ia hanya memerlukan masa dan usaha yang
sedikit untuk menyediakannya, merangkumi jenis makanan seperti makanan segera (fast foods),
makanan gerai, makanan terproses minimum, makanan terproses separa, makanan sedia dimakan,
makanan ringan/snek (snack foods), makanan ringan/snek kurang zat (junk foods) dan minuman
sedia diminum.
Hal ini dapat dikaitkan dengan pelajar kerana pelajar yang kekurangan masa dan kewangan yang
tidak kukuh akan mengambil makanan segera kerana memudahkan kerja pelajar tetapi makanan
segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan seperti makanan yang diproses dan
makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan
sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa
vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko
kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing
manis, serangan jantung. Di samping itu, makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet
dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh
membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah
terlalu banyak air di bawah kulit (edema).Seperti yang kita ketahui, trend masyarakat masa kini
turut mendorong perkembangan drastik industri makanan segera. Masyarakat yang terlalu sibuk
sama ada kesibukan tugas atau kesibukan yang berpunca daripada rentak kehidupan masyarakat
moden mendorong mereka mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai
alternatif daripada makanan berat.
Bahagian C: Kefahaman Tentang Makanan Seimbang
Berdasarkan soal selidik bahagian c, terdapat beberapa soalan yang diajukan kepada para
responden tentang Amalan Diet Seimbang Pelajar UKM. Bahagian C dalam soal selidik ini adalah
bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pelajar UKM peka tentang amalan pemakanan mereka.
Antara persoalan yang dikaji termasuklah mengutamakan makanan seimbang setiap kali makan.
Daripada carta pai di atas, didapati bahawa sebanyak 60% (20% sangat setuju + 40% setuju)
daripada responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini membuktikan bahawa pelajar UKM
sememangnya mementingkan makanan seimbang dalam kehidupan seharian. Pemakanan yang
seimbang memastikan kita memperoleh tenaga dan nutrien yang kita perlukan untuk berfungsi,
melakukan aktiviti seharian dan mengurangkan risiko masalah pemakanan, termasuk kekurangan
pemakanan (contohnya kurang berat badan, pertumbuhan terbantut, anemia) dan berlebihan zat
makanan (contohnya berlebihan berat badan dan obesiti). Kita perlu mengambil kelima-lima
kumpulan makanan mengikut jumlah bersesuaian yang ditunjukkan dalam Piramid Makanan
Malaysia. Pelbagaikan pilihan dalam setiap kumpulan makanan, kerana makanan berlainan
membekalkan kombinasi nutrien yang berbeza. Pemakan seimbang mampu menjana tubuh badan
yang sihat dan minda yang cerdas.
Seterusnya, daripada persoalan yang diajukan iaitu “saya lebih suka makan pada lewat malam”
menunjukkan bahawa sebanyak 30% pelajar UKM sangat tidak setuju, 40% yang merupakan
catatan tertinggi untuk tidak setuju, 20% setuju dan 10% sangat setuju. Hal ini membuktikan
bahawa kebanyakkan pelajar UKM sedar akan kesan buruk pengambilan makanan pada lewat
malam. Namun terdapat juga segelintir pelajar yang mengakui lebih suka makan pada lewat
malam. Rata-rata daripada mereka memberikan alasan bahawa mereka mengalami stress dan
menjadi penyebab utama mereka berbuat demikian.
Tabiat makan pada lewat malam adalah kurang sihat dan boleh memberikan kesan negatif ke atas
kesihatan kita. Kesannya bukan saja pada peningkatan berat badan, tetapi ia boleh mendekatkan
kita dengan pelbagai penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang
tinggi dan sakit jantung. Malah, kita juga akan kehilangan bentuk badan menawan tanpa disedari
(kerana penambahan berat badan berlaku secara senyap dan perlahan-lahan).
Gula sememangnya memberi manfaat kepada manusia, walau bagaimanapun pengambilan gula
yang berlebihan dapat mengundang pelbagai masalah kesihatan yang kronik kepada manusia.
Badan manusia memang memerlukan gula untuk memastikan semua fungsi badan berjalan
dengan lancar, namun pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah
kesihatan terutamanya untuk jangka masa yang panjang. Individu yang tidak mengawal
pengambilan gula kemungkinan akan menghadapi penyakit yang kronik dan mengganggu kualiti
kehidupan mereka.
Berdasarkan carta pai di atas, didapati seramai 70% pelajar UKM sangat bersetuju dan
selebihnya bersetuju bahawa pengambilan gula yang banyak boleh mengakibatkan penyakit
kencing manis. Kesedaran para pelajar UKM tentang bahayanya gula adalah pada tahap yang
memberangsangkan. Hal ini mungkin kerana mereka sudah mengetahui kesan buruk yang akan
menimpa mereka jika mereka mengambil gula secara berlebihan.
Soalan 7 : Air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam
badan.
Berdasarkan carta bar di atas, tiada responden sangat tidak bersetuju dan tidak setuju dengan
kenyataan air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan
manakala 3 orang responden (30%) tidak tahu,2 orang responden (20% ) setuju dan 5 orang
responden ( 50%) sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa air suam perlu diminum 8 gelas
sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan
Kebanyakan responden bersetuju mengatakan bahawa air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi
mengelakkan kekurangan air dalam badan kerana kemungkinan telah dideahkan mengenai
kebaikan meminum air suam dan mungkin mereka telah di didik daripada kecil untuk minum air
suam untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik untuk jangka masa yang panjang.
Selain itu, 3 orang responden (30%) tidak tahu bahawa air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi
mengelakkan kekurangan air dalam badan adalah kerana mereka kurang pendedahan manfaat dan
kebaikan air suam kepada tubuh badan.
Soalan 11 : Saya mengetahui jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan
Berdasarkan carta bar di atas, tiada responden (0%) sangat tidak setuju , setuju dan sangat setuju
dengan kenyataan saya mengetahui jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan manakala 6
orang responden (60%) tidak tahu, 4 orang responden (40%) setuju dengan saya mengetahui
jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan.
Peratusan responden yang tidak tahu dengan kenyataan saya mengetahui jumlah kalori yang
diambil dalam setiap hidangan sangat tinggi berbanding yang lain. Hal ini dapat membuktikan
bahawa mahasiswa dan mahasiswi UKM amatlah tidak ambil peduli tentang bilangan kalori yang
mereka ambil seta tidak khuatir terhadap kesan pengambilan kalori berlebihan kepada badan.
Selain itu, bilangan responden yang setuju dengan kenyataan tersebut hanyalah 40%. Hal ini
mungkin kerana mereka sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan mereka dan berkemungkinan
responden-responden ini terdiri daripada keluarga yang mempunyai tahap penjagaan kesihatan
yang tinggi.
Soalan 12 : Saya lebih cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan apabila
stress.
Berdasarkan carta pai di atas, seramai 7 orang responden bersamaan 70% setuju dan sangat setuju
dengan kenyataan bahawa mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan
apabila stress. Hal ini kerana menurut Anne Wolf, RD dari University of Virginia School of
Medicine, makan berlebihan ketika stress merupakan respon emosional yang berulang dan menjadi
kebiasaan. Oleh itu, kebanyakan responden beranggapan bahawa apabila mereka stress, mereka
memerlukan makan makanan yang banyak supaya rasa stress tersebut dapat diatasi.
Manakala 3 orang responden (30%) sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan kenyataan bahawa
mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan apabila stress. Peratusan
responden yang tidak setuju adalah kurang daripada responden yang setuju. Hal ini mungkin
disebabkan oleh faktor-faktor stress dan cara menangani stress oleh individu itu sendiri.
Sesetengah individu yang stress, mereka menanganinya dengan membeli belah, mengaji, dan
sebagainya selain daripada makan. Oleh itu, cara menangani stress adalah bergantung kepada diri
individu sendiri.
1.8 Tindakan
Seperti kajian yang lain, kajian kami ini juga mempunyai beberapa tindakan yang boleh diambil
bagi memberi kesedaran kepada pelajar UKM berkaitan kepentingan mengamalkan diet yang
seimbang dalam kehidupan seharian. Tindakan pertama yang boleh diambil adalah dengan
mengadakan kempen kesedaran berkenaan kepentingan dan kesan-kesan mengamalkan diet yang
seimbang. Hal ini dapat membuka mata pelajar UKM untuk lebih menitikberatkan pemakanan
seharian mereka. Tindakan yang kedua adalah dengan mengedarkan risalah-risalah berkaitan menu
pengambilan kalori yang baik. Melalui risalah ini, pelajar UKM akan lebih peka terhadap bilangan
kalori yang diambil dalam pemakanan. Selain itu, dengan mengadakan kelas berkala berkenaan
diet yang seimbang untuk kesihatan pelajar. Melalui kelas ini, pelajar UKM dapat didedahkan
mengenai jenis-jenis diet yang seimbang,cara mengira berat badan unggul(BMI) dan bilangan
karbohidrat,kalori,lemak,protein dan serat dalam setiap hidangan yang diambil. Akhir sekali,
memuat turun aplikasi-aplikasi di telefon bimbit berkaitan diet yang seimbang juga dapat melatih
pelajar agar lebih berdisiplin dalam mengekalkan diet yang seimbang bagi mengelakkan diri
daripada penyakit yang tidak diingini .
1.9 Kesimpulan
Diet seimbang adalah faktor penting bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal
seseorang. Bagi seseorang pelajar, pengambilan diet yang seimbang serta jadual pemakanan yang
konsisten perlu dititik beratkan dalam kehidupan seharian. Berdasarkan kajian di atas, kebanyakan
responden beranggapan bahawa apabila mereka stress, mereka memerlukan makan makanan yang
banyak supaya rasa stress tersebut dapat diatasi. Akibatnya, amalan tersebut akan meninggalkan
kesan buruk kepada kesihatan pelajar seterusnya menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka.
Fenomena sedemikian haruslah dielakkan dengan mengamalkan jadual pemakanan yang teratur
dan konsisten. Walaupun pelajar dihimpit dengan jadual aktiviti akademik atau ko-kurikulum yang
ketat serta kekangan kewangan, fenomena mengamalkan diet tidak seimbang harus dihindari
kerana mungkin menjejaskan pembelajaran pelajar sendiri. Namun begitu, daripada keseluruhan
kajian, dapat disimpulkan bahawa pelajar UKM menitikberatkan tentang pemakanan seimbang
dalam diet seharian mereka. Oleh itu, terdapat pelbagai alternatif yang telah dilakukan bagi
membantu mengekalkan dan mendapatkan indeks jisim badan (BMI) yang normal bagi pelajar
UKM iaitu dengan cara melaksanakan kempen kesedaran dan juga pengedaran risalah kecil bagi
pelajar UKM.
2.0 Penglibatan / Bidang tugas pelajar dalam projek
Dalam menjalankan kajian/projek ini, secara keseluruhannya setiap ahli kumpulan telah
diberikan bahagian-bahagian tugasan masing-masing untuk dilakukan. Pada mulanya kami telah
berbincang bersama-sama dalam mencari objektif dan permasalahan kajian. Selain iu, kami juga
telah bersama-sama membuat borang soal selidik. Tambahan pula dari segi bidang tugas individu
dalam projek ini adalah saya telah membuat pelan perancangan projek iaitu jadual perjumpaan di
mana berapa kehadiran dan berapa banyak perjumpaan yang telah lakukan bagi menyelesaikan
projek ini. Saya juga telah membuat kaedah kajian di dalam laporan ini. Bidang tugasan saya yang
lain adalah berjumpa dan berbincang dengan pensyarah berkaitan tajuk projek kumpulan kami ini
dan menjalankan kempen. Saya telah memilih 10 orang daripada responden soal selidik untuk
dipantau perkembangan kesihatan dan BMI mereka sepanjang 3 bulan. Selain itu, kempen ‘jom
diet seimbang’ yang dijalankan adalah dengan pergi ke setiap cafe dan mengedarkan risalah-
risalah yang telah dilakukan oleh rakan sekumpulan saya dan menerangkan kepada mahasiswa dan
mahasiswi UKM cara pemakanan seimbang yang betul, kebaikan mengamalkan makanan
seimbang dan keburukan tidak mengamalkan pemakanan seimbang serta cadangan-cadangan
menu yang boleh diambil. Daripada penerangan tersebut, maka terhasil lah kempen ‘jom diet
seimbang’ dimana mengambil makanan seimbang selama sehari. Melalui kempen ini, saya yakin
dan percaya bahawa mahasiswa dan mahasiswi UKM telah mendapat pendedahan yang
sewajarnya berkaitan pemakanan seimbang. Saya juga telah membuat bahagian analilis kajian di
dalam laporan projek ini. Saya mengalisa soalan-soalan daripada soal selidik yang telah dijawab
oleh responden untuk mengetahui tahap pengetahuan mereka terhadap pemakanan seimbang dan
BMI mereka. Di dalam cadangan, terdapat juga satu bahagian yang saya lakukan selain kempen,
iaitu membuat aplikasi telefon bimbit berkaitan kandungan kalori dalam makanan dan cara
pengambilan makanan seimbang. Saya telah membuat lakaran untuk aplikasi tersebut, akan tetapi
disebabkan oleh kekangan masa dan kemudahan, saya dan ahli kumpulan saya telah sepakat untuk
menangguhkan perlaksanan aplikasi telefon bimbit ini. Namun jika diberikan peluang, kami akan
bekerjasama dengan pelajar FSTM dan FSK untuk menghasilkan aplikasi pemakanan seimbang
ini. Akhir sekali, saya juga telah membuat pembentangan pada hari pembentangan kepada
pensyarah untuk mewakili kumpulan saya. Oleh itu, secara keseluruhannya, setiap ahli kumpulan
saya telah menjalankan bidang tugas masing-masing dengan jayanya.
3.0 Refleksi kendiri daripada projek
Semasa melaksanakan tugasan projek kumpulan saya iaitu ‘diet seimbang penting untuk
kesihatan pelajar ukm’ ini, saya telah menerima banyak faedah dan fakta yang berguna untuk diri
saya dan rakan-rakan saya bagi memperoleh kesihatan yang baik dan pemakanan yang seimbang.
Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan kumpulansaya, say mula lebih
memahami dan mengamalkan tentang piramid makanan dan pemakanan seimbang. Saya juga mula
merasai kepentingan matapelajaran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah ini terhadap diri
saya kerana saya dapat berfikir diluar kotak bagi menyelesaikan masalah yang timbul berkaitan
diet seimbang pelajar UKM. Contohnya melalui soal selidik yang telah kami jalankan, terdapat
beberapa pelajar yang mempunyai masalah obersiti atau BMI mereka melebihi BMI normal. Disini
saya dan rakan kumpulan saya telah sam-sama mencari penyelesaian yang sesuai kepada pelajar
yang mengalami masalah tersebut dengan memantau pengambilan makanan mereka dan BMI
mereka sepanjang 3 bulan. Melalui segala ilmu pengetahuan berkaitan pemakanan seimbang yang
saya ketahui ini, saya akan praktikan sebaik mungkindan saya akan turunkan ilmu ini kepada
pelajar-pelajar UKM dan tidak mustahil juga kepada keluarga dan pensyarah saya kerana
pengambilan makanan yang seimbang amatlah penting untuk jangka masa yang panjang. Selain
itu, memalui proses membuat tugasan projek ini yang saya laksanakan bersama dengan ahli
kumpulan saya yang lain, saya dapat rasakan bahawa hubungan persahabatan kami semakin rapat
kerana dengan adanya sikap kerjasama, bantu membantu, toleransi dan berdisiplin dalam
menyelesaikan projek ini. Saya juga lebih mengenali sikap setiap ahli kumpulan saya serta
hubungan baik diantara pelajar dan pensyarah dapat diwujudkan apabila berjumpa dengan
pensyarah untuk meminta pendapat dan cadangan beliau berkaitan tajuk projek kami ini.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan kumpulan saya bagi
meyelesaikan projek ini membolehkan saya memprbaiki dan meningkatkan cara komunikasi saya.
Hal ini sekaligus dapat melatih diri saya untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dan baik. Secara
keseluruhannya, melalui tugasan projek ini, saya berpendapat bahawa ia telah banyak memberikan
banyak faedah kepada saya dan rakan-rakan saya untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.
Pembuktian projek oleh setiap ahli kumpulan:
i) Maklumat projek
Borang soal selidik
BORANG SOAL SELIDIK TENTANG DIET SEIMBANG PELAJAR UKM
BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI
Jantina : Lelaki Perempuan
Tahun : 1 / 2 / 3 / 4
Berat (dalam kg) : ______
Tinggi (dalam cm) : ______
1.Adakah anda mengetahui cara pengiraan BMI?
Ya Tidak
2. Purata perbelanjaan harian (makanan) : ______
BAHAGIAN B: AMALAN PEMAKANAN
Tandakan (√ ) pada jawapan yang anda pilih.
1. Saya ada mengambil sarapan sebelum ke kuliah.
Ya Tidak
2. Saya lebih suka makan makanan segera.
Ya Tidak
3. Senarai makanan yang anda makan pada waktu pagi.
Nasi goreng Mee goreng Sandwich Bijirin
Lain-lain (sila nyatakan): ____________________________________
4. Senarai makanan yang anda makan pada waktu tengah hari.
Nasi Daging Ikan Sayur-sayuran Buah-buahan
Lain-lain (sila nyatakan): ____________________________________
5. Senarai makanan yang anda makan pada waktu malam.
Nasi Daging Ikan Sayur-sayuran Buah-buahan
Lain-lain (sila nyatakan): ___________________________________
BAHAGIAN C: KEFAHAMAN TENTANG MAKANAN SEIMBANG
Sila jawab soalan di Bahagian C ini menggunakan penentu ukur tahap persetujuan seperti
di bawah:
1 - SANGAT TIDAK SETUJU
2 - TIDAK SETUJU
3 - TIDAK TAHU
4 - SETUJU
5 - SANGAT SETUJU
1. Mengutamakan makanan seimbang
setiap kali makan.
1 2 3 4 5
2. Saya lebih suka makan pada lewat
malam.
1 2 3 4 5
3. Pengambilan gula yang banyak
boleh mengakibatkan penyakit
kencing manis.
1 2 3 4 5
4. Sarapan perlu di ambil setiap pagi
untuk mendapatkan tenaga.
1 2 3 4 5
5. Buah-buahan sangat penting untuk
dimakan pada setiap hari.
1 2 3 4 5
6. Sentiasa mengambil sayur-sayuran
untuk membantu proses
penghadaman yang baik.
1 2 3 4 5
7. Air suam perlu diminum 8 gelas
sehari bagi mengelakkan
kekurangan air dalam badan.
1 2 3 4 5
8. Memakan makanan yang berlemak
boleh menyebabkan kegemukan.
1 2 3 4 5
9. Meminum susu boleh menguatkan
tulang.
1 2 3 4 5
10. Ikan merupakan makanan yang
mengandungi banyak protein.
1 2 3 4 5
11. Saya mengetahui jumlah kalori yang
diambil dalam setiap hidangan
1 2 3 4 5
12. Saya lebih cenderung untuk
mengambil makanan secara
berlebihan apabila stress
1 2 3 4 5
Kempen ‘Jom Diet Seimbang’
Risalah
ii) Pelan perancangan projek
Perjumpaan Kumpulan
iii) Pelaksanaan projek