HUBUNGKAITKAN FAKTOR SEJARAH DENGAN SENARIO MASYARAKAT MASA KINI.
Transcript of Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
1. KENEGARAANMALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG
TERDIRIDARIPADA PELBAGAI KAUM, BAHASA, AGAMA, EKONOMIDAN POLITIK
BERASASKAN PERKAUMAN. DENGANMERUJUK KEPADA DIMENSI INI,
HUBUNGKAITKANFAKTOR SEJARAH DENGAN SENARIO MASYARAKAT
MASAKINI.
2. KANDUNGANPERKARA MUKA SURAT1.0 PENGENALAN 22.0 KEMASUKAN
KAUM DI MALAYSIA 3 2.1 KEMASUKAN KAUM INDIA 3 2.2 KEMASUKAN KAUM
CINA 3 2.3 KEMASUKAN KAUM ARAB 4 2.4 KEMASUKAN KAUM INDONESIA 53.0
ASPEK PENTING DI MALAYSIA 6 3.1 ASPEK BAHASA 6 3.2 ASPEK AGAMA 9
3.3 ASPEK EKONOMI 10 3.4 ASPEK POLITIK 114.0 KESIMPULAN 145.0
BIBLIOGRAFI 15 2
3. 1.0 PENGENALAN Masyarakat Malaysia sangat sinonim sebagai
sebuah negara yang bercirikan perbagaikaum serta identiti. Terdapat
lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Masyarakat yang ada pada hariini
adalah masyarakat yang telah dicampuri pelbagai asal-usul, bahasa,
agama ,ekonomi danpolitik yang berbeza-beza. Penduduk asal Tanah
Melayu adalah orang Melayu dan beberapakaum minoriti yang lebih
mudah kita kenali sebagai kaum orang asli dibeberapa
bahagianpedalaman di Tanah Melayu. Di Sabah dan Sarawak pula
penduduk asalnya ialah terdiri daripadakaum Kadazan, Dusun, Murut,
Iban , Bajau, Melanau dan pelbagai suku minoriti yang
lain.Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari ini pula seperti
Kaum Cina, India, Serani, Siam,Bugis, Jawa dan sebagainya ialah
golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayusama ada
secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan
mereka. Merekabukanlah penduduk asal di Tanah Melayu. Daripada
keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tigabangsa yang paling utama
iaitu Melayu, India dan Cina. Kehadiran pelbagai kaum pada
asasnyatelah bermula pada era kegemilangan Melaka lagi melalui
proses perdagangan yang dijalankan.Pada zaman sebelum pendudukan
British, antara kaum yang dikenalpasti memasuki dan menetapdi Tanah
Melayu khususnya di Melaka ialah India, Cina, Arab dan warga
Indonesia. 3
4. 2.0 KEMASUKAN KAUM DI MALAYSIA 2.1 KEMASUKAN KAUM INDIA
Kemasukan India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama.
Candi di LembahBujang antara bukti kukuh kemasukan India yang
menyebabkan tersebarnya pengaruh Hindu diTanah Melayu. Begitu juga
teori tentang kedatangan Islam yang turut didakwa sesetengah
sarjanaberasal dari India. Apabila Melaka muncul sebagai pusat
perdagangan serantau menjelang abadke-15, masyarakat India yang
terdiri daripada golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu,tukang
dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu
dengan pelbagaikepentingan. Antara faktor yang membawa kepada
penghijrahan mereka ialah hasrat pemuka-pemuka agama mereka untuk
meluaskan ajaran agama Buddha dan Hindu ke seluruh dunia.Mencari
pasaran baru untuk berniaga juga merupakan faktor utama
penghijrahan masyarakatIndia di Tanah Melayu sebelum pendudukan
British di Tanah Melayu. Kemasukan India diTanah Melayu yang
mempunyai sejarah sudah tentu menghasilkan pengaruh dan kesan
tertentukepada masyarakat peribumi Tanah Melayu antaranya dari
aspek agama, bahasa, ekonomi dankebudayaan. 2.2 KEMASUKAN KAUM CINA
Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu dikatakan bermula zaman
kegemilanganMelaka lagi. Namun kemasukan yang agak jelas bermula
pada zaman Kesultanan MelayuMelaka, manakala kemasukan
besar-besaran dan bersistematik komuniti ini hanya berlaku
selepaspendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad
ke-18. Kaum Cina juga datang keTanah Melayu untuk berdagang.
Kedudukan Melaka yang sememangnya strategik dan terletakantara
laluan China dan India membolehkan setiap pedagang Cina untuk
datang atau singgah kePelabuhan Melaka ketika itu. Mereka datang ke
Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan buah-buahan, bijih timah,
gincu, lada hitam, candu dan ubat akar kayu. Mereka juga
memperniagakanbarangan mereka seperti kain sutera, kain benang
emas, tembikar, pinggan mangkuk dan 4
5. sebagainya. Kemasukan golongan Cina juga sedikit sebanyak
memberi kesan kepada pelbagaiaspek terhadap sosio-budaya masyarakat
di Tanah Melayu dari aspek politik, sosial, ekonomi dankesenian di
Tanah Melayu. Menyingkap sejarah silam zaman Kesultanan Melayu
Melakadidapati perhijrahan yang terawal orang-orang Cina bermula di
zaman tersebut. lanya diketuaioleh Puteri Hang Li Po yang berkahwin
dengan Sultan Mansor Shah. Puteri Hang Li Po dengandiiringi seramai
500 orang pengikut telah bermustautin di Melaka. Ini merupakan
pusinganpertama proses penghijrahan mingran Cina di Tanah Melayu.
Kesan daripada peristiwa bersejarahini kewujudan kelompok
masyarakat peranakan di antara Melayu - Cina iaitu hasil
daripadaproses perkahwinan campur antara kedua-dua etnik tersebut.
Mereka ini dikenali sebagai kaumBaba dan Nyonya. Baba dan Nyonya
adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unikKedudukannya di
kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat dan Tanah
Melayuamnya (kini Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Apabila
Tanah Melayu dijajah oleh Britishpada awal abad ke-17, berlaku
infiriti komplek di kalangan mereka. Sebahagian mereka
engganmengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya
mendakwa bahawa mereka adalahrakyat British dan amat berbangga
dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka
mengejipendatang-pendatang Cina yang baru dan mempunyai kelab
tersendiri yang tidak membenarkanpendatang-pendatang Cina masuk.1
Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau"Peranakan" kerana
kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina,
mempunyaiunsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. 2.3 KEMASUKAN KAUM
ARAB Kemasukan orang Arab ke Tanah Melayu dikatakan sejajar dengan
kemasukan Islam keTanah Melayu iaitu pada abad ke 13. Proses
perkaitan antara bangsa Arab dengan teorikedatangan Islam ke Tanah
Melayu adalah amat dominan. Kemasukan Arab ke Tanah Melayu
inidikatakan telah bermula di Terengganu berikutan penemuan batu
bersurat di negeri tersebut.Orang Arab pada asasnya datang ke Tanah
Melayu untuk tujuan berdagang berikutan PelabuhanMelaka ketika itu
merupakan pelabuhan entrepot tersohor di rantau ini. Di sini
berlaku pelbagaiurusniaga yang merangkumi ruang lingkup antara
Timur dan Barat. Disamping memasarkan1
Http://ms.wikipedia.org/wiki/baba_nyonya 5
6. barangan dagangan mereka, mereka turut membeli barangan di
Tanah Melayu seperti rempahratus, bijih timah, bunga cengkih dan
sebagainya. Mereka juga dapat membeli barangan darinegara-negara
lain yang turut berdagang di Tanah Melayu. 2.4 KEMASUKAN WARGA
INDONESIA Penghijrahan warga Indonesia ke Tanah Melayu telah
bermula pada abad ke-14 lagiseiring dengan kemasukan dari
India,Arab, China, dan lain-lain kaum pendatang yang lain.Tujuan
utama yang mendorong mereka memasuki Tanah Melayu khususnya Melaka
pada abadke-15 ialah kerana ingin meluaskan perniagaan mereka ke
pasaran antarabangsa. Mereka yangdatang dari pelbagai daerah di
Indonesia membawa barangan yang berbeza-beza untukdiperniagakan.
Sebagai contoh, masyarakat dari Sumatera membawa barangan seperti
emas danrempah, dari Pulau Jawa pula membawa bahan makanan, Maluku
membawa bunga cengkih dandari Pulau Banda membawa buah pala. Mereka
dari kalangan Minangkabau dari Sumatera Baratjuga telah berhijrah
ke Negeri Sembilan yang masih belum bernama ketika itu. Sehinggalah
abadke-17, masyarakat tempatan di Sungai Ujung, Johol, Naning dan
Jelebu menerima seorang rajadari Minangkabau yang dijemput untuk
memerintah Negeri Sembilan. Orang Bugis yang berasaldari Sulawesi
juga telah datang dan menetap di Selangor, Perak dan Johor ketika
itu. Pada 1766pula, Raja Lumu yang berasal daripada keturunan Bugis
telah ditabalkan sebagai Sultan Selangoryang pertama. Penghijrahan
mereka yang besar ini kerana mereka menganggap KepulauanIndonesia
dan Tanah Melayu adalah serumpun dan tidak bersempadan. Sebelum
Perang Dunia ke-2, berlaku pergolakan politik di Indonesia . Taraf
hidup petani rendah, malah Belanda gagalmeningkatkan taraf hidup
mereka. Belanda mengenakan pelbagai cukai seperti buruh,
tanah,kepala yang menambahkan kesengsaraan rakyat. Tekanan daripada
Belanda menyebabkanpenghijrahan orang Bugis dan Sumatera. Selain
itu terdapat perkembangan ekonomi yang pesat diTanah Melayu.
Kesan-kesan kemasukan imigran ke Tanah Melayu dapat dilihat
antaranya dariaspek politik, sosial, bahasa, kesenian dan
kebudayaan.3.0 ASPEK PENTING DI MALAYSIA 6
7. 3.1 ASPEK BAHASA Dari aspek bahasa, walaupun Tanah Melayu
dan Indonesia serumpun, tetapi terdapatsedikit proses peminjaman
dan penciplakan bahasa dan istilah daripada bahasa Indonesia
tetapberlaku. Contoh istilah sihat dan makan merupakan bahasa Jawa
yang digunapakai olehmasyarakat Melayu sehingga ke hari ini. Awalan
tuna juga berasal daripada dialek atau bahasaIndonesia. Begitu juga
dengan kata akhiran wan yang jelas mempamerkan pengaruh
bahasaIndonesia yang kental. Sebagai contoh, budayawan, sukarelawan
dan sejarawan. Penghijrahan orang dari India ke Dunia Melayu telah
mempengaruhi perubahanmasyarakat tempatan berabad-abad lamanya
sejak dari kurun pertama Masihi. Mereka membawabukan sahaja agama
Buddha dan Hindu tetapi juga pemerintahan beraja,
kesusasteraan,geografi,hukum,ilmu nujum,ubat,seni pahat,pengolahan
logam,kain sutera dan sebagainya.Perkara itu memberi faedah yang
penting kepada dunia Melayu. Beberapa faktor berkaitan
bolehdijumpai dalam perkataan bahasa Sanskrit yang dimasukkan ke
dalam bahasa Melayu. Ketikabahasa Sanskrit mendatangi dunia Melayu,
perubahan penting terjadi dalam masyarakat Melayu. .Dunia Melayu
dikatakan mencebur diri ke zaman perdagangan. Untuk melakukan
perdagangantersebut, kota dan bandar dibentuk dan dibangunkan di
beberapa tempat di kepulauan Melayusebagai pengkalan pertukaran
dengan negara luar Nusantara. Menurut perkembanganperdagangan,
persalinan perseorangan pun semakin meningkat dan juga bukan sahaja
dari segimaterial tetapi juga bahan perpustakaan dan kesusasteraan
dibawa oleh orang India. Contoh :agama, syurga, neraka, dosa,
bakti, manusia, udara, cuaca, negara, keluarga, raja,
bendahara,kuasa, duli, beta, istana, pustaka, tentera, cerita,
harga, kota, desa, merdeka, kerja. Pengaliran masuk perkataan
bahasa Arab pula beserta kedatangan agama Islam merupakanperistiwa
yang sama penting dengan pengislaman kerajaan Melaka dalam sejarah
dunia Melayu.Melalui proses peminjaman dari bahasa Arab,perubahan
leksikal dilakukan sama ada kata umummahupun istilah. Setelah agama
Islam disebarkan ke seluruh dunia Melayu,bahasa Melayu bukansahaja
menjadi bahasa pengantar bagi bidang pendidikan dan pengajian
tinggi tetapi juga bahasaumum di Nusantara. Oleh itu kebudayaan
Islam memberi pelbagai pengaruh yang penting kepadamasyarakat
Melayu. Sifat yang didapati oleh penganalisa tentang golongan
perkataan dari bahasaArab adalah seperti yang berikut. Kebanyakan
kata pinjaman dari bahasa Arab terdiri daripada 7
8. tiga kategori seperti konsep berdasar ilmu Islam(pandangan
dunia,nilai moral,undang-undang,upacara dll),perkembangan
perniagaan dan peningkatan sains,kesusasteraan dan
seni.Terutamanya,perkataan Arab boleh dijumpai dalam golongan kata
umum yang bermaksudhubungan antara Tuhan dan manusia,perniagaan dan
upacara sebagai kelahiran,perkahwinan,pemakaman dan sebagainya.
Contoh perkataan-perkataan yang telah sebati dalam
kehidupanharianan dan menggambarkan jiwa bangsa dunia Melayu ialah
adat, dunia, masjid, salam, ulama,masyarakat, syarikat,musim, ilmu,
khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid,nafsu,hikayat,sejarah,
riwayat, dan kisah. Ketika pedagang Parsi berkunjung ke Dunia
Melayu lebih 800 tahun lalu,merekamembawa pelbagai pengaruh yang
kesannya masih tinggal sehingga kini. Salah satu kesan
yangberkekalan merupakan agama Islam yang tersebar di seluruh
Nusantara.Selain daripadaitu,pedagang Parsi juga membawa
kesusasteraan mereka dan memperkenalkan penggunaantulisan jawi
kepada orang Melayu. Kesannya terdapat dalam bahasa Melayu di mana
perkataanyang mempunyai asal-usul dari bahasa Parsi digunakan dalam
percakapan seharian seperti bandar,dewan, domba, kahwin, kelasi,
kenduri, medan, piala, nobat, pasar, nakhoda, saudagar,
pahlawan,jam dan serunai Orang Portugis menduduk Melaka selama satu
abad sejak dari tahun Masihi 1511.Berkaitan hal ini pengaruhnya
boleh ditemui dalam beberapa perkataan yang diambil dari
bahasaPortugis ke dalam bahasa Melayu. Melalui analisa kata-kata
tersebut,kita boleh mengagakhubungan antara masyarakat Melayu dan
orang Portugis pada masa itu dan ia boleh dibahagikankepada tiga
bidang iaitu kedatangan barang-barang Eropah dari
Portugis,kedatangan agamaKristian dan tenaga tentera Eropah.
Latar-belakang perkara tersebut, zaman itu orang Portugisberminat
untuk menguasai perniagaan di antara India dan Nusantara tetapi
kuasanya tidak kuatuntuk memerintah seluruh dunia Melayu.Oleh sebab
itu pengaruhnya kepada masyarakat Melayutidak sampai ke jiwa bangsa
dan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari Eropah
sebagaiperkara baru.Contoh perkataan dari Portugis seperti almari,
bendera, meja, boneka, garpu, keju,kemeja, sepatu, tinta, gereja,
paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, dan bomba. Pada abad
ke- 19, ramai orang Cina dan India dibawa masuk ke sana sebagai
tenagaburuh di kawasan perlombongan dan estet.Akibat perkara
itu,perkataan berasal dari bahasa 8
9. Cina,Tamil dan Hindi telah dibawa oleh imigran ke sana.
Unsur-unsur perkataan yang tergolongdalam kategori ini boleh
ditemui dalam bahasa Melayu sekarang. Perkataan itu
menjadisebahagian dari kehidupan harian dan sudah sebati di
kalangan masyarakat Malaysia sebagaiunsur budaya umum meskipun ia
dibawa masuk oleh imigran dari negara berasingan. MasyarakatCina
terbahagi kepada pelbagai puak berdasarkan dialek pertuturan
mereka. Kalau ditinjau daripola penghijrahan berdasarkan kelompok
bahasa dan dialeknya, didapati bahawa mereka initerdiri daripada
kelompok bahasa Teochew, Kantonis dan Hailam yang berasal dari
wilayahKwangtung. Manakala Hakkien dari wilayah Fukien. Dialek
Hakka pula berasal dari wilayahPergunungan Kwantung. Sebagai contoh
taburan kependudukan bangsa Cina ialah penempatankaum Cina di
kawasan perlombongan sekitar bandar Ipoh ialah dari dialek Hakka.
Bagi kawasanpelabuhan seperti Pulau Pinang, Telok Anson, Lumut di
Perak dan Kelang, Selangor didiami puladari dialek Hokkien. Menurut
Khoo Kay Kim, yang terlibat secara langsung dalam kegiatanekonomi
pertanian pula seperti penanaman tebu, lada hitam, dan gambir,
taburan kependudukkanCinanya terdiri dari golongan dialek Teochew.2
Contoh Bahasa Cina : angpau, beca, cawan,dacing, pecai,
samseng,sempoa, tauge, tauhu, tauke, toko, tukang, tong, teko, mi
dan tocang.Bahasa Tamil pula seperti batil, kari, manikam, kapal,
tirai, badai, tose,cerpu, katil, perisai, talamdan pinggan.Bahasa
Hindi pula seperti acar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar,
neraca,pateri, roti,tala, dan topi. Penjajahan Inggeris di Tanah
Melayu telah memberi banyak pengaruh kepada masyarakatMalaysia.
Salah satu pengaruh yang penting ialah penyerapan penggunaan bahasa
Inggeris dalammasyarakat Melayu sebagai bahasa
pentadbiran,perniagaan dan pendidikan. Telah banyakperkataan
ini,sifatnya boleh didefinisikan bahawa perkataan bahasa Inggeris
dimasukkan dalambahasa Melayu sejak zaman penjajahan sampai
sekarang terutamanya dalam bidang sains danteknologi. 3.2 ASPEK
AGAMA2 Khoo Kay Kim, latarbelakang Sejarah Masyarakat India dan
Cina di Tanah Melayu, dlm.JEBAT bil.1, Tanah PersatuanSejarah,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,1971/72:ms 20 9
10. Dari aspek agama , kita dapat melihat tinggalan-tinggalan
lampau warisan Hindu danBuddha di Tanah Melayu seperti runtuhan
Candi di Lembah Bujang yang melambangkan anutanmasyarakat tempatan
ialah Hindu dan Buddha selepas anutan tradisi seperti Animisme
dansebagainya. Pada abad ke 15, masyarakat Arab juga turut memasuki
Tanah Melayu atasmeneruskan kesinambungan dakwah Islam yang
ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.Bahkan ada di kalangan warga
Arab yang digelar guru professional, bermigrasi ke Tanah
Melayusemata-mata untuk berdakwah tanpa mempunyai kepentingan lain
selain dari itu. Namunkebanyakan sarjana berpendapat, pengislaman
besar-besaran hanya jelas kelihatan pada zamanMelaka pada abad
ke-15. Maka, berdasarkan teori kemasukan Islam ini juga dapatlah
kitapertanggungjawabkan ke atas kemasukan masyarakat Arab ke Tanah
Melayu pada abad ke-15.Oleh kerana kemasukan orang Arab adalah
sejajar dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu,justeru itu proses
Islamisasi Tanah Melayu khususnya Melaka pada ketika itu adalah
antara kesanyang paling jelas sekali. Raja Melaka yang pertama
iaitu Parameswara telah menerima danmemeluk Islam pada tahun 1409
masihi dengan memakai gelaran Sultan Iskandar Zulkarnain.
Inimenyebabkan proses Islamisasi penduduk Melaka samada peribumi
ataupun masyarakat imigranyang lain menjadi begitu berkesan.
Apabila Melaka mengambil Pahang daripada Siam pada tahun 1456, maka
prosesIslamisasi ini semakin meluas dan Islam menjadi agama rasmi
negeri Pahang.Ini juga merupakankesan kemasukan masyarakat Arab ke
Tanah Melayu. Penggunaan nama berunsur Islam dan Arabdalam kalangan
pemerintah dan rakyat juga merupakan kesan pendudukan Arab di
TanahMelayu. Penggunaan nama berunsur Islam dan Arab seperti
Muhammad, Abdul dan Abdullahbegitu mendapat sambutan bagi
mencerminkan jiwa Islam dalam kalangan masyarakat di TanahMelayu
ketika itu. Masyarakat juga tidak lagi mengamalkan sistem kasta
yang membezakandarjat seseorang individu itu dengan individu yang
lain seperti yang diwarisi dari tradisi Hindudahulu. Setiap kaum
mengekalkan agama masing-masing seperti orang Melayu agama
Islam,orang Cina agama Buddha, dan orang India agama Hindu. Kesan
yang jelas ialah penggunaangelaran Sultan oleh kebanyakan Raja di
Tanah Melayu ketika itu. Penggunaan hukum Islamsebagai asas
penggubalan undang-undang di negeri-negeri Tanah Melayu seperti
Hukum KanunMelaka dan Undang-undang Laut Melaka juga menunjukkan
betapa kuatnya pengaruh Islam 10
11. ketika itu. Jawatan mufti juga sudah mula diwujudkan dalam
pentadbiran bagi menasihati Sultanmengenai hal ehwal agama. Mufti
juga berperanan sebagai guru agama di istana. Di peringkat awal
Islamisasi , golongan mufti ini kebanyakan adalah pendatang
Arab,sebagai contoh, Syed Abdul Rahman al-Saggaf di Pahang. Dari
segi anutan, orang-orang Cinakebanyakannya masih mengekalkan agama
Buddha, namun telah ramai yang memeluk agamalain seperti Islam atau
Kristian. Setelah bermustautin di Tanah Melayu dan menjiwai
kebudayaanMelayu akhirnya mereka ini menjadi sebahagian daripada
kelompok masyarakat yang terdapat diTanah Melayu sehingga sekarang.
3.3 ASPEK EKONOMI Dalam aspek ekonomi pula, hubungan antara
pedagang China dan Tanah Melayu dikatakantelah bermula semenjak
abad ke-7 lagi. Justeru hal ini pasti dapat menunjukkan kesan utama
dalambidang ekonomi di Tanah Melayu. China sebagai kuasa besar
ketika itu telah membantumempopularkan Pelabuhan Melaka kepada
dunia pada abad ke-15 kerana hubungan ekonomi yangtelah lama
terjalin antara China dan Kepulauan melayu. Kesan penghijrahan
komuniti India pulayang paling utama dirasai di Tanah Melayu
sebelum pendudukan British ialah industriperdagangan Melaka semakin
berkembang. Ini kerana pedagang India merupakan antara pedagangluar
yang pertama sampai di Tanah Melayu. Selain itu, amalan riba dalam
perniagaan sudah tidak diterima pakai lagi. Penggunaansistem
ekonomi yang lebih adil telah digunakan. Melalui warga Arab yang
ada ketika itu juga,fasal-fasal atau bahagian-bahagian dalam
ekonomi Islam mula digunapakai. Contohnya melaluiinstitusi
kebajikan orang Islam seperti Baitulmal dan juga amalan wajib
mengeluarkan zakatdaripada harta yang diperoleh seseorang.
Peningkatan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu telahmenyebabkan pihak
British membawa masuk beramai-ramai buruh dari negara China dan
Indiauntuk menampung kekurangan pekerja di sektor perladangan dan
perlombongan. Penambahanpenduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi
telah menyebabkan pertumbuhan sektor bandar ,jalan-jalan, rel-rel
kereta api, dan pembahagian kelompok kaum bandar dan luar bandar
bertambahbesar. 11
12. Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi
tujuan perladangan danperdagangan seperti Raub, perlombongan emas,
pembinaan jalan raya, dan jalan kereta api sepertijalan kereta api
yang menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur,
danakhirnya jalan kereta api yang menghubung dari negeri ke negeri
di Tanah Melayu. Pada zamanpemerintahan British Tanah Melayu milik
orang Melayu, ekonomi komersial pula milik orangCina dan India
,sementara politik milik British hinggakan orang Melayu
ketinggalan. Beberapafaktor yang menjadikan orang Melayu tidak
terlibat dengan ekonomi komersial ialah Britishsendiri dengan
dasarnya yang menekan penduduk asal serta Dasar Pecah Perintah
yangdijalankan British sewaktu penjajahannya, setiap kaum mengikut
kegiatan tertentu. Orang Melayumengurus dalam bidang pertanian dan
penangkapan ikan. Orang Cina mengurus perlombongandan perdagangan.
Bagi India berladang getah dan perladangan lain. Kegiatan ekonomi
mengalamiterpisah tempat kediaman. Golongan Melayu tinggal di
kampung berhampiran kawasan pertaniandan pinggir laut. Kaum Cina
tinggal di perlombongan dan bandar pusat perniagaan. Kaum Indiapula
tinggal di estet-estet dan kelapa sawit. Oleh itu, taraf kemajuan
ketiga-tiga kaum berbezamengikut jenis pekerjaan. 3.4 ASPEK POLITIK
Dari aspek politik, kemasukan masyarakat Cina pada zaman Melaka
telah membawakepada hubungan baik antara Melaka dan juga kerajaan
China. Perkahwinan antara Sultan Melakaiaitu Sultan Mansur Syah
dengan Puteri Maharaja China iaitu Puteri Hang Li Poh
telahmerapatkan lagi hubungan baik politik antara Melaka dan China.
Bahkan, seawal tahun 1404lagi, hubungan baik ini telah berlaku
melalui lawatan Laksamana Yin Ching dan diikuti olehLaksamana Cheng
Ho pada 1409 ke Melaka sebagai utusan Maharaja China. Hubungan
persahabatan yang amat baik antara Tanah Melayu dengan
KepulauanIndonesia juga telah berlaku. Kerajaan Melaka melalui
Sultan Mansur Shah telah menjalinhubungan akrab dengan Majapahit.
Baginda telah mengahwini puteri kepada Betara Majapahitdengan
hasrat untuk mengeratkan hubungan antara Melaka dan Majapahit.
Penubuhan kerajaan 12
13. Negeri Sembilan dan Selangor merupakan kesan besar
kemasukan masyarakat Indonesia di TanahMelayu. Begitu juga hubungan
baik dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu seperti Kedahdan
sebagainya. Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British.
Pendudukan British di Tanah Melayubermula dari pergolakkan politik
dan perebutan takhta yang berlaku di negeri Kedah dan Johor.Ini
telah memberi kesempatan kepada British untuk menakluk Pulau Pinang
dan Singapura.Manakala melalui perjanjian Inggeris Belanda pada
tahun 1824, secara langsung Melaka telahdiserahkan oleh Belanda
kepada pihak British. Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di
bawahsatu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri selat.
Penjajahan British di Tanah Melayubertujuan memenuhi keperluan
permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaranbaru
bagi barangan siap dan memberi peluang baru untuk pelaburan di
barat. Hasilnya TanahMelayu membangun dengan pelbagai infrastruktur
seperti jalan kereta api yang menghubungkanbandar dengan pelabuhan,
perdagangan dan pembangunan bandar-bandar kecil. Campur tangan
Inggeris 1874 memberi jaminan keamanan terutama di negeri yangkaya
dengan bijih timah dan hasil ekonomi yang lain pada zaman
pemerintahannya juga menjadidaya tarikan kemasukan modal Eropah.
Dengan itu, kemasukan imigran untuk membekalkantenaga buruh yang
murah dan banyak seperti orang India Selatan bekerja di ladang dan
gajirendah. Orang Punjabi dan Sikh berkhidmat dalam polis dan
tentera. Orang Tamil yangberpendidikan Inggeris berkhidmat dalam
perkhidmatan pekeranian dan teknikal. Sebelum kedatangan Inggeris,
struktur politik Melayu berkisar dalam sistem feudalpemerintahan
Melayu secara terus. Apabila zaman penjajahan bermula, maka berlaku
satu prosestransformasi kuasa Raja ke politik kuasa rakyat. Rakyat
Melayu diajar berpolitik melalui sistemkepartian dan sistem
perkongsian kuasa. Menurut Sarjana Mahadzir Mohd Khir ,
strukturorganisasi politik Melayu, dari bentuk feudal di zaman
tradisional telah berubah menjadi satubentuk organisasi lain yang
tersendiri.3 Pada era menuju kemerdekaan. berkembang parti
politikberasaskan kaum. Dalam hal ini dapat dilihat terdapat
hubungan antara kaum. Melayu denganParti Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan3 Mahadzir Mohd
Khir, Proses Transformasi Politik Malaysia: Dari Rakyat ke Rakyat,
1997:hlm.1,5-6 13
14. India dengan Kongres India Semalaya (MIC) membentuk parti
politik yang berteraskan kaummasing-masing, namun berada di bawah
satu payung iaitu Parti perikatan. Terdapat juga parti lainseperti
Pasok- Kadazan Dusun, AMCJA yang merupakan gabungan pertubuhan dan
keahlianyang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu yang
memperjuangkan kesejahteraan kaummasing-masing. Hasil daripada
kerjasama antara kaum ini membolehkan British bersetujumemberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu kepada 1957. Sebelum kemerdekaan,
peristiwadarurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun
sehingga 1960 yang melibatkan PartiKomunis Malaya. Dalam tempoh ini
juga hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembalitergugat.
Sekitar tahun 1965, penggunaan Malaysia Malaysia telah mula
digunakan . Namun iatidak begitu diterima pakai. Peristiwa 13 Mei
1969 mesti dijadikan panduan dan teladan agarusaha interaksi,
integrasi dan asimilasi dapat berjalan lancar. Peristiwa ini
merupakan salah satuperistiwa yang menjadi salah satu lipatan dalam
sejarah di mana berlaku satu rusuhan kaum dankemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa
sertaharta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan
Raya Umum 1969 yangmerupakan satu titik hitam dalam Sejarah
Malaysia. Pada tarikh ini Negara diisytiharkan darurat.Perlembagaan
Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang
Dipertuan Agungdi bawah Undang-undang tentera. Majlis Gerakan
Negara ( Mageran) telah dibentuk. TunkuAbdul Rahman menarik diri
dari Mageran dan digantikan dengan Tun Abdul Razak. Berikutanitu,
Parlimen digantung. Satu Rukun Negara dibentuk bagi meningkatkan
kefahaman rakyattentang Perlembagaan Negara . Menurut Mohd Ridzuan
Asli, tragedi 13 Mei amat memalukanNegara Malaysia yang baru
mencapai kemerdekaan. Oleh kerana sikap perkauman yangberkembang di
kalangan setiap bangsa, maka kemuncak dari perasaan perkauman
iniditerjemahkan dalam tragedi 13 Mei.4 Pihak kerajaan telah
merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan yangaman
damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk. Namun ianya
masih lagi tidakmencapai matlamat perpaduan. Masing-masing berusaha
mengekalkan identiti sendiri dan engganmenerima asimilasi dari
budaya lain. Pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang
bolehmewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar
masyarakat majmuk.4 Mohd Ridzuan Asli, Pemberontakan Bersenjata
Komunis di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,
KualaLumpur,1993:hlm.120 dan 158 14
15. Kini, menjadi satu matlamat kerajaan dalam memastikan
kesepaduan masyarakat iaitu dikenalisebagai Bangsa Malaysia. Konsep
1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Y.A.B Dato Seri Najibbin Tun
Abdul Razak diharap membawa inspirasi untuk membaiki hubungan kaum
. Ini jugamerupakan satu kesinambungan bagi menjalinkan perpaduan
yang lebih erat bagi rakyat pelbagaikaum di negara ini.4.0
KESIMPULAN Secara keseluruhannya, senario masyarakat kini berhubung
kait dengan faktor sejarah.Sebagai sebuah negara yang terdiri
daripada pelbagai kaum, bahasa , agama, ekonomi danpolitik
,hubungan baik adalah penting . Ini bagi memastikan kesepaduan dan
kestabilan dalamhubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah
salah satu langkah yang penting. Bagimemastikan keadaan negara yang
aman damai, perkara yang paling penting ialah ekonomi keranaia
menjadi isu sensitif. Namun dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri
yang paling utama, perlumemahami kedudukan masing-masing. Malahan
boleh menjadikan apa yang berlaku di luarnegara sebagai satu ukuran
erti sebenar perpaduan. Sejarah perlu dijadikan satu rangka
tindakanuntuk membina negara bangsa. Identiti negara bangsa adalah
sinonim yang saling mengukuhkanidentiti, nasionaliti dan
nasionalisme serta unsur-unsur patriotisma negara bangsa.5.0
BIBLIOGRAFI A.Aziz Deraman, (2001). Masyarakat dan Kebudayaan
Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn.Bhd. Buyong
Adil,(1981). Sejarah Perak.Kuala Lumpur: DBP. 15
16. Chong.K.K. ,(1985) .Masyarakat Melayu Semenanjung
Malaysia:Evolusi Sejarah. In Masyarakat Malaysia. Zuraina Majid
(Ed.) Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.Ismail Hussein
et.al,(2001).Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu
(Edisi kedua).Selangor:UKM.J.S.Furnivall, (1939).Netherlands India.
Cambridge: Cambridge University Press.Katiman Rostam,(1984).
Penduduk Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.Md Salleh B.
Gaus,(1984).Politik Melayu Pulau Pinang. Kuala Lumpur: DBP.Mohd
Redzuan Othman et.al.,(2006).Sejarah pembinaan Negara Bangsa.Kuala
Lumpur:UM.Mohd Isa Othman,(2002). Sejarah Malaysia
(1800-1963).Kuala Lumpur: Utusan Publications.Muhammad Haji Muhd
taib,(1996). Melayu Baru.Petaling jaya:Visage Communication.Shamsul
Amri Baharuddin,(2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: UiTM.
16