Post on 29-Oct-2019
Ian, Loh dinobat Olahragawan, Olahragawati Wilayah
Persekutuan
PUTRAJAYA: Atlet renang, Ian James Barr dan atlet terjun, Loh Zhiayi, masing-masing
dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Wilayah Persekutuan 2013/2014 di sini,
malam semalam yang bertempat di PICC Putrajaya. Kedua-dua atlet negara itu menerima
trofi dan cek bernilai RM5,000 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Wilayah
Persekutuan Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya.
Ian, 20, cemerlang dengan kejayaan meraih dua pingat emas dalam acara 50m kuak lentang
dan 200m rampaian individu lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) Perlis 2014. Beliau juga
meraih dua emas dalam acara 400m rampaian individu lelaki dan 200m rampaian pada
Kejohanan Terbuka Malaysia 2013 serta tiga pingat emas iaitu 200m kuak dada, 4x100m
rampaian individu dan 200m rampaian individu pada Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN
2013.
Loh pula cemerlang dengan pencapaian pingat emas 10m platform wanita di Sukan SEA
Myanmar 2013. Beliau turut meraih emas acara yang sama ketika beraksi di Festival Olimpik
Belia di Sydney pada 2013.
Berikut senarai pemenang Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2013/2014:
Olahragawan: Ian James Bar (Renang)
Olahragawati: Loh Zhiayi (Terjun)
Olahragawan Harapan: Muhammad Danial Mohd Azri (Taekwondo)
Olahragawati Harapan: Nur Dhabitah Sabri (Terjun)
Olahragawan Paralimpik: Cheah Liek Hou (Badminton)
Olahragawati Paralimpik: Siti Eleeni Ibrahim (Boling Padang)
Pasukan Lelaki Terbaik: Pasukan Sepak Takraw
Pasukan Wanita Terbaik: Pasukan Gimrama A
Jurulatih Terbaik: Phua Chen Hong (Taekwondo)
Pegawai Sukan Terbaik: Mae Chen (Persatuan Renang Amatur Kuala Lumpur)
Anugerah Khas: Allahyarham Azmi Shaari (Persatuan Sepak Takraw Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur) .
Pemenang Anugerah Emas :- Wakil Anugerah Khas: Allahyarham Azmi Shaari (Persatuan
Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) .
Pegawai Sukan Terbaik: Mae Chen (Persatuan Renang Amatur Kuala Lumpur)
Jurulatih Terbaik: Phua Chen Hong (Taekwondo)
Pasukan Lelaki Terbaik: Pasukan Sepak Takraw
Pasukan Wanita Terbaik: Pasukan Gimrama A
Olahragawati Paralimpik: Siti Eleeni Ibrahim (Boling Padang)
Olahragawan Paralimpik: Cheah Liek Hou (Badminton)
Olahragawati Harapan: Nur Dhabitah Sabri (Terjun)
Olahragawan Harapan: Muhammad Danial Mohd Azri (Taekwondo)
Olahragawati: Loh Zhiayi