Post on 21-Jun-2015
Ikrar Anti Dadah Sempena Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah
Bahawasanya kami, pelajar-pelajar SK Saint Anthony Tenom, berikrar, untuk memerangi najis dadah, pada setiap masa,
Menjauhi diri, daripada gejala najis dadah,
Memastikan sekolah, bebas daripada pengaruh dadah,
Mewujudkan keluarga bahagia, tanpa dadah,
Mencegah pengedaran dadah, dalam masyarakat,
Menerapkan nilai-nilai agama, untuk membanteras dadah,
Dan membantu segala usaha kerajaan, membebaskan negara, daripada ancaman dadah.
" Sekolah Bebas Dadah, 2012 "
" Negara Bebas Dadah, 2015 "