Post on 13-Jun-2019
INFO Terkini Bil. 01/TK2015-2016 EDARAN DALAMAN SAHAJA 7 September 2015
KOTA KINABALU, 31 Ogos 2015 - Kontinjen perbarisan SESB berjaya meraih tempat kedua dalam acara perbarisan
dan perarakan sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2015 yang bertemakan ‘Sehati Sejiwa’. Perarakan
tersebut disertai kira-kira 10,000 peserta terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, anggota pasukan
keselamatan serta pelajar sekolah yang telah berlangsung di Esplanade berhadapan Hotel Promenande. Pasukan kawad
SESB yang memakai pakaian seragam warna korporat merah, kelabu dan putih kembali beraksi setelah berehat pada
tahun lepas. Kontinjen SESB berjaya meraih naib johan dalam kategori swasta/Komersial/Badan-Badan Berkanun pada
tahun ini.
Acara tersebut telah diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri
Panglima Hj Juhar Datuk Hj Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Ketua Menteri, Datuk Seri Musa
Hj Aman, Speaker Dewan Negeri Datuk Syed Abbas Syed Ali, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri
Panglima Joseph Pairin Kitingan, Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan, semua Menteri kabinet Negeri,
Pembantu-Pembantu Menteri, Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri/
Persekutuan.
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memenangi pertandingan kawad perbarisan Hari Kebangsaan bagi kategori
Jabatan Kerajaan berpakaian seragam rasmi. Kategori Jabatan Kerajaan tidak berpakaian seragam dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) pula masing-masing dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya dan Kelab 1Malaysia Jabatan Penerangan.
Kategori swasta dan komersial dimenangi oleh Yayasan Sabah manakala Komander Kesatria Sabah meraih tempat
pertama kategori institusi pengajian tinggi/kemahiran. Bagi kategori sekolah menengah dan rendah pula masing-masing
dimenangi oleh Pusat Pra Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri
Gaya.
® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat
SESB NAIB JOHAN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN
En. Ismail Lait
Ketua kontinjen Sjn. PB Sili@Roslee Hj Landah menerima piala daripada Ybhg Y.B Datuk Hj. Zakaria Hj. Mohd. Edris
® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat
Para peserta kontinjen membuat persediaan ketika raptai penuh Peserta kekal ceria ketika cuaca panas sewaktu raptai
Disiplin dan konsentrasi tinggi yang dipaparkan kontinjen Para peserta meraikan kejayaan kontinjen ketika sambutan Hari
Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2015
Persediaan penuh sebelum upacara lintas lalu Warga kerja megah mengibarkan bendera SESB
INFO Terkini Bil. 01/TK2015-2016 EDARAN DALAMAN SAHAJA 7 September 2015