Post on 28-Dec-2015
description
Teknik ‘SALAK’ dalam Pengajaran Kemahiran Membina Ayat
Terdapat pelbagai jenis teknik yang telah direka dan digunakan untuk membantu
murid-murid membina ayat dengan lebih gramatis. Misalnya, teknik GALAS, SALAM,
SALAK, WAT, SOT dan sebagainya banyak digunakan oleh guru-guru sekolah dalam usaha
meningkatkan kemahiran membina ayat dalam kalangan murid.
Teknik “SALAK” merupakan satu teknik yang diperkenalkan untuk membantu murid
membina ayat. Teknik ini memperuntukkan rumus formula yang boleh digunakan secara
latih tubi untuk meningkatkan kemahiran membina ayat dalam kalangan murid. Penjanaan
idea dengan teknik ini dapat membantu murid untuk membina ayat dengan lebih mudah dan
efektif. SALAK merupakan akronim jenis penggabungan huruf awal, yang bermaksud:
S: Siapa (menamakan pelaku atau watak)
A: Aktiviti yang sedang dilakukan oleh pelaku
L: Lokasi atau tempat aktiviti berlangsung
A: Alatan yang diguna pakai oleh pelaku
K: Keterangan (pelengkap ayat bagi aktiviti yang sedang dilakukan. Tidak terdapat
dalam bahan yang digunakan dan murid perlu kreatif memikirkan kesesuaiannya
dengan ayat yang dibina)
Teknik “SALAK” dicipta untuk merangsang murid menggunakan kosa kata iaitu
bermula daripada pembinaan frasa, klausa dan akhirnya ayat yang gramatis.
Pelaksanaan Teknik ‘SALAK’ dalam Pengajaran Kemahiran Membina Ayat
Langkah 1:
1. Teknik ‘SALAK’ diperkenal dan diterangkan.
S – Siapa
A – Aktiviti
L – Lokasi
A – Alat
K – Keterangan
2. Menerangkan jenis keterangan yang akan digunakan.
a. Keterangan tujuan
b. Keterangan harapan
c. Keterangan masa
Langkah 2:
1. Sebuah gambar tunggal ditampal pada papan tulis.
2. Menjelaskan gambar secara ringkas.
Langkah 3:
1. Melukiskan sebuah jadual ‘SALAK’ pada papan tulis.
S –
Siapa
A –
Aktiviti
L –
Lokasi
A –
Alat
K –
Keterangan
2. Membimbing murid untuk menuliskan kata-kata kunci ke dalam jadual ‘SALAK’
berdasarkan gambar.
3. Membimbing murid untuk membina ayat dengan memurnikan gabungan kata kunci yang
ditulis dengan kata sendi, kata hubung, kata adjektif dan lain-lain unsur yang diperlukan.
4. Murid menuliskan ayat yang dimurnikan pada garisan yang disediakan.
5. Guru mengulang semula aktiviti 1-4 untuk ayat ke-2.
Langkah 4:
1. Murid melengkapkan jadual ‘SALAK’ tanpa bimbingan guru.
2. Murid menuliskan ayat ke-3, ke-4, dan ke-5 berdasarkan gambar dan kata kunci yang
telah dituliskan.
Bina empat ayat berdasarkan gambar di atas dengan menggunakan
teknik SALAK.
S – Siapa A – Aktiviti L – Lokasi A – AlatK –
Keterangan
Pak Osmanmenanam tin-
tin kosongtanah
penggembur tanah
mengelakkan nyamuk aedes
membiak
1.
Pak Osman sedang menanam tin-tin kosong ke dalam tanah dengan
menggunakan penggembur tanah bagi mengelakkan nyamuk aedes
membiak.
S – Siapa A – Aktiviti L – Lokasi A – AlatK –
Keterangan
2. ______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________