Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

33
KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN PKE 3103 KONSEP DALAM PEMBENTUKAN KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Transcript of Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Page 1: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

PKE 3103

KONSEP DALAM PEMBENTUKAN KURIKULUM

PENDIDIKAN KESIHATAN

Page 2: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

KONSEP,DEFINISI DAN MATLAMAT

Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Selaras dengan itu kurikulum Pendidikan Kesihatan KBSR perlu didedahkan kepada bakal guru yang akan ke sekolah mendidik murid-murid ke arah perkembangan menyeluruh bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 3: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kesihatan Diri dan Keluarga,gaya Hidup Sihat,Kebersihan dan keselamatan Persekitaran.tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan

Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan,kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia.

Page 4: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.

Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum.

Page 5: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Latihan-latihan yang dirancang dalam unit ini adalah menjurus kepada peningkatan dalam aspek pengetahuan, kefahaman dan kebolehan mentaksir huraian kandungan kurikulum Bersepadu Pendidikan Kesihatan KBSR.

Bakal guru juga diharapkan supaya benar-benar memahami dan mendalami isi kandungan, kehendak dan hala tuju kurikulum Pendidikan Kesihatan KBSR

Page 6: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Seterusnya berupaya merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan murid-murid ke arah meningkatkan lagi potensi ke tahap optimum.

Page 7: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati(Ornstein dan Hunkins 1993,1998)

Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu(Mohd Daud 1995)

Page 8: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan… Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang

mengandungi rancangan P&P . Dalam mereka bentuk kurikulum,Falsafah

Pendidikan,budaya serta masyarakat merupakan komponan yang penting

Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi kepada satu generasi lain

Page 9: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan yang terdiri daripada cadangan-cadangan yang berhubung dengan matlamat,objektif,ciri-ciri pelajar,pengalaman pembelajaran,isi kandungan,kaedah,bahan dan cara penilaian

Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik supaya pelajar dapat menguasai kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan

Page 10: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada mata pelajaran yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan

Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang di mana pelajar boleh mencari dan mendapatkan pengalaman yang sebanyak mungkin

Kurikulum juga mempunyai konsep yang tersirat.Contoh semasa pelajar melalui proses pembelajaran terancang pelajar akan memperoleh nilai-nilai sampingan (Intraksi dan komunikasi)

Page 11: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Matlamat

Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan

Kurikulum menyampai maklumat mengikut peringkat tertentu

Kurikulum perlu dirancang dengan teliti kerana pendidikan merupakan aset utama negara

Page 12: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Kurikulum disusun dan dirangka berdasarkan falsafah pendidikan rukun negara,agama,budaya setempat,politik dan ekonomi.

Kurikulum di sekolah haruslah sentiasa relevan dengan kehendak semasa

Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari masa ke semasa mengikut aliran terkini

Page 13: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Kurikulum perlu diubah suai mengikut keperluan semasa supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend pengetahuan terkini

Kurikulum dibina bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,jasmani,rohani,dan emosi serta berketrampilan dan mampu berfikir secara kteatif dan kritis

Kurikulum juga menggabungjalinkan unsur nilai,moral dan agama merentasai kurikulum

Kurikulum perlu mengutamakan kepimpinan pelajar dalam kegiatan kokurikulum bagi melahirkan insan yang seimbang,beretika dan bermoral.

Page 14: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Kurikulum yang sama digunakan oleh semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan lagi hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia

Kurikulum yang sama pendidikan yang sama akan membentuk masyarakat yang bersatu padu di bawah satu negara yang berdaulat kerana kurikulum yang sama akan menyingkirkan sikap prejudis sesuatu kaum.

Kurikulum pendidikan juga diharpkan dapat melahir insan yang mempunyai sifat sayangkan dan cintakan tanah air yang dipupuk melalui semua mata pelajaran dan dalam aktiviti kokurikulum

Page 15: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Proses Pembentukan kurikulum (Hala Tuju Kurikulum)

Kurikulum dibina berlandaskan :-

- Dasar Pendidikan - Falsafah Pendidikan- Hala tuju dasar kerajaan serta masyarakat Kurikulum di Malaysia bertujuan membangunkan modal

insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik.

Page 16: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

sambungan… Kurikulum yang dibina juga perlu memperkembang

potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,jasmani,rohani dan emosi.

Kesemua ini diharapkan akan melahirkan insan yang berketrampilan dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif bagi memenuhi keperluan negara untuk mencapai kecemerlangan dari segi ekonomi dan pembangunan modal insan.

Usaha juga bertujuan menyediakan masyarakat Malaysia yang bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020

Page 17: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Dalam proses menyediakan warga negara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap mengikut keperluan semasa,kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti

Kurikulum yang dibina perlu memberi penekanan kepada perkembangan kemahiran belajar dan generik

Pendekatan ini akan melahirkan masyarakat yang mampu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan mengikuti pelajaran mereka

Page 18: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan… Proses pendidikan berlangsung secara

berterusan ke arah melahirkan insan yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti k-ekonomi dan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi.

Aspek pembangunan intelek tidak mencukupi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang

Kurikulum juga menekankan aspek jasmani,emosi,dan rohani

Pengajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani,penerapan nilai-nilai agama dan moral pada semua peringkat pendidikan perlu diperkukuhkan.

Page 19: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Kesemua ini jika dilaksanakan mengikut rancangan dan kurikulum yang tersusun melahirkan insan yang memiliki kesedaran,jujur dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.

Kesannya akan melahirkan insan yang mengamalkan cara hidup yang sihat ,menjadi anggota masyarakat yang berguna,sentiasa berusaha memajukan agama,bangsa dan negara serta memiliki ketahanan diri untuk menghadapi cabaran.

Page 20: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke-21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian

Kurikulum yang dibina perlu bersifat futuristik,fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia

Page 21: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Pembinaan kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa diharap dapat menangani cabaran yang dibawa arus oleh globalisasi,ledakan ilmu dan maklumat.

Kurikulum ini akan membolehkan warganegara Malaysia berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak,tepat serta sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.

Page 22: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Dasar Pendidikan Kebangsaan telah mewujudkan Peraturan-peraturan Pendidikan (KurikulumKebangsaan)

1997mendefinisikan kurikulum kebangsaan sebagai

“Kurikulum kebangsaan ialah satu program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,rohani,dan emosi serta untuk menanam dan meningkatkan nilai moral yang diingini untuk mencapai pengetahuan”.

Page 23: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Aplikasi kurikulum dari akta pendidikan 1996….

Seksyen 15 Akta ini mentakrifkan bahawa sistem pendidikan kebangsaan merangkumi pendidikan prasekolah,pendidikan sekolah menengah,pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi.Dengan ini kurikulum pendidikan pra sekolah digubal dan diseragamkan

Seksyen 18 semua sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan wajib menggunakan satu kurikulum piawai iaitu kurikulum kebangsaan

Page 24: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Laporan Kabinet 1979

Dalam laporan ini mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran(1979):-

“Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani,rohani,akal,dan emosi serta menyemai,menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan.Dalam konteks negara Malaysia,kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang telatih untuk keperluan negara”

Page 25: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Implikasi kurikulum dari laporan Kabinet 1979

Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) digubal dengan menekankan perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi pendidikan asas dan perkembangan bakat

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) digubal dengan menekankan konsep pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengambilkira aspek kemahiran berfikir dan belajar

Page 26: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah memainkan peranan penting dalam merangka dan membina kurikulum.

Falsafah menjadi garis panduan dan arah tuju utama dalam merancang dan membina kurikulum

Falsafah juga menjadi matlamat dan objektif paling utama bagi perlaksanaan kurikulum.

Page 27: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Huraian Falsafah Pendidikan Kebangsaan dikategorikan kepada 15:-

Pendidikan suatu usaha yang berterusan Memperkembangan potensi individu Perkembangan secara menyeluruh dan

bersepadu Insan yang seimbang dan harmoni Unsur intelek Unsur harmoni Unsur emosi Unsur jasmani

Page 28: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Rakyat Malaysia yang berilmu berpengetahuan Rakyat Malaysia yang berketrampilan Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri Rakyat Malaysia yang dapat memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga ,masyarakat dan negara

Page 29: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Proses pembentukan kurikulum

Sebelum mereka bentuk kurikulum,pembangunan kurikulum amat perlu mengkaji,menganalisis serta memilih:

A) TEORI YANG BERKAITAN DENGAN KURIKULUM B) FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM C) KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM

Page 30: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan..

A ) Teori-teori berkaitan dengan kurikulum:

i)Teori tradisonal -bertindak sebagai penyampai maklumat ii)Konseptual-guna kaedah penelitian meramal dan mengendalikan apa yang berlaku di sekolah, iii)Rekonseptual kurikulum adalah bidang ilmu yang dapat membekalkan pedoman dan garis panduan ketika buat keputusan)

Page 31: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

B) Falsafah pembentukan kurikulum:

i) Idealisme,realisme,paramatism,perianelisme, essentialisme,progressivesme,rekonstrutionalisme, eksistenlisme. Contoh: Paramatism (Falsafah menganggap pendidikan bukan semata- mata mengajar manusia menghafal ilmu tapi menggunakan ilmu.)

Page 32: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

Sambungan…

C).Kriteria Pembentukan Kurikulum

i) Berpusat subjek (berpaksikan ilmu) ii) Berpusat pelajar(berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar) iii)Berpusatkan masalah(masalah yang berkaitan dengan kehidupan)

Page 33: Kurikulum Pedagogi p.kesihatan -4

TQ NAAM/KPPK/08