Post on 09-Dec-2015
2.3 Istilah Kajian
i. Meter Lazim Empatan
Meter ialah kiraan masa dalam sesuatu muzik. Jumlah detik adalah sama banyak
dalam setiap bar. Dalam setiap bar meter empatan mempunyai 4 kiraan.
ii. Imitasi
Imitasi adalah proses dimana murid belajar untuk mengimitasi atau meniru apa yang
didengar atau dilihat.
iii. Eksplorasi
Proses eksplorasi melibatkan pergerakan. Dalam eksplorasi ruang, murid akan
menjelajahi pelbagai pergerakkan seperti menggunakan perkusi badan. Dalam
eksplorasi bunyi, murid akan meneroka bunyi-bunyi dengan menggunakan perkusi
badan.
iv. Improvisasi
Murid akan mengubah atau mencipta muzik sendiri dari perasaan dalaman atau melalui
pertuturan berirama. Contohnya, murid mengimprovisasi corak irama yang sedia ada
dengan konteks yang lebih kreatif.
v. Literasi
Literasi adalah tahap dimana murid-murid diajar mengenai notasi iaitu di dalam kajian
ini menggunakan not krocet dan not kuaver.