Post on 04-Feb-2016
description
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN
KURSUS :
SEMESTER 1 SESI 2015 / 2016
GGGC 603 ISU – ISU PENDIDIKAN
TAJUK TUGASAN :
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH, PERKEMBANGAN
POTENSI PELAJAR SECARA MENYELURUH DAN SEIMBANG SELARAS
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
DISEDIAKAN OLEH :
SITI NOORSHASHIZZA BINTI ABDUL WAHAB (GP 03803)
WAN MUHAMAD SHUKRI BIN WAN AHMAD (GP 03283)
MOSES IGAT ANAK MICHAEL BRENDEN (GP 03251)
MUHAMMAD ZUL HAZMI BIN MAJENI (GP 03252)
IMY TRACY ANAK MADUT (GP 03759)
HALIMAH BINTI OMAR (GP 03216)
ANTONIA WILLIYAM (GP 03734)
ABAS BIN MORSHIDI ( GP 03200)
SENARAI KANDUNGAN
Senarai Kandungan
1.0 Pengenalan
2.0 Konsep Dan Definisi
2.1 Hubungan Di Antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Kurikulum dan
Elemen Kemahiran Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke – 21
3.0 Teori Modal Insan
3.1 Ke Arah Pembangunan Modal Insan Yang Seimbang
4.0 Isu – Isu Pendidikan / Implikasi / Cabaran dan Penyelesaian
4.1 Peningkatan Mutu Pendidikan Awal Kanak – Kanak Khususnya Dalam Pra
Sekolah – Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK).
4.2 Penambahbaikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
4.3 Perlasanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di
Sekolah
4.4 Tujuan, Rasional dan Implikasi Program 1 Murid 1 Sukan Terhadap
Perkembangan Potensi Pelajar Secara Menyeluruh.
4.5 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) – Penggunaan Peta Pemikiran
i-Think Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Di Sekolah.
4.6 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
4.7 Pendidikan Teknik dan Vokasional Ke Arah Melahirkan Modal Insan Yang
Berkualiti Untuk Produktiviti Negara
5.0 Rumusan Keseluruhan
5.1 Ke Arah Merealisasikan Anjakan Ke-3 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2013 – 2025)
6.0 Bibliografi
1.0 PENGENALAN
Pendidikan alaf baru masa kini menekankan kepada pembangunan modal insan secara
menyeluruh selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Jika diimbas
kembali pada suatu ketika dahulu, modal insan yang ingin dilahirkan adalah lebih
berfokuskan kepada intelek semata – mata yang mana untuk memenuhi keperluan mendapat
keputusan yang cemerlang di dalam pelajaran. Ibu bapa dan para guru akan sentiasa
bertanyakan bagaimana perkembangan anak – anak mereka di dalam pelajaran melalui
keputusan ujian yang telah diperolehi. Tetapi kini, senario itu telah berubah di atas beberapa
faktor yang perlu dipertimbangkan kerana kemenjadian modal insan yang berkualiti yang
telah di didik sejak dari bangku sekolah rendah hingga ke sekolah menengah bukan lagi
hanya semata – mata kepada pencapaian keputusan ujian. Perkara ini telah mendapat
perhatian daripada pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia apabila
pihak Kementerian telah menzahirkan hasrat mereka melalui kandungan strategi bajet
Malaysia bermula tahun 2006. Mengikut Mazura et al. (2006), sebanyak RM5 billion
peruntukkan telah diagihkan bertujuan untuk membekalkan warga Malaysia dengan
pendidikan berkualiti supaya menjadi tenaga kerja yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi
memiliki kemahiran dan pada masa yang sama mengamalkan nilai murni. Menurut Siti
Khariah (2009), Haryati, Syarifah Meryam dan Zakila (2009), pendidikan dan modal insan
merupakan dua perkara penting yang saling bergantungan antara satu sama lain kerana
melalui pendidikanlah akan lahirnya modal insan yang diinginkan. Modal insan tidak akan
dapat dilahirkan tanpa adanya pendidikan yang sempurna.
Pendidikan yang bermula dari peringkat asas sekolah rendah kemudiannya ke sekolah
menengah dan seterusnya ke peringkat Pengajian Tinggi merupakan proses kesinambungan
yang mesti dilalui dengan lancar dan berkualiti supaya dapat mengambil manfaat sepenuhnya
daripada sistem pendidikan yang ada ini bagi melahirkan modal insan dan tenaga manusia
yang mempunyai kepakaran.Pelaksanaan program kurikulum dan kokurikulum di sekolah
adalah menjurus ke arah pembentukkan insan yang berketerampilan , seimbang serta
mencapai tahap profesional yang tinggi bagi menggalas hasrat dan wawasan negara untuk
menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan itu, tranformasi di dalam
bidang pendidikan di Malaysia telah dilaksanakan secara berperingkat – peringkat dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 menjadi garis panduan dan kayu ukur
pencapaian terhadap perubahan pendidikan yang bersifat holistik ini.
2.0 KONSEP DAN DEFINISI
2.1 Hubungan Di Antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan
Kurikulum dan Elemen Kemahiran Pengajaran Dan Pembelajaran
Abad Ke – 21
Falsafah menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti pengetahuan tentang ilmu
yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu yang lain. Asal perkataan falsafah berasal
daripada Yunani yang bermaksud cinta dan Sophia (kearifan,Kebijaksanaan atau hikmah).
Perkataan Yunani yang dimaksudkan adalah PHILEO. Gabungan perkataan ini memberi
maksud yang cukup sempurna dan bermakna iaitu cinta kepada kearifan, Kebijaksaan atau
kehikmahan.
Menurut Sharifah Alwiyah(1985), berdasarkan aktiviti aktiviti yang dilakukan,
falsafah adalah sebagai sesuatu penyiasatan yang bersifat sistematik komprehensif dan logik
tentang asas-asas pemikiran bagi semua aktiviti manusia dalam bidang sains, seni, agama dan
pendidikkan. Manakala menurut Abdul Fatah(2001), Falsafah pendidikkan adalah sesuatu
sisitem kepercayaan , pegangan dan prinsip am yang membincangkan pelbagai perkara
mengenai pendidikkan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah.
Kesimpulanya, PFK adalah asas segala ilmu kepada pendidikkan negara yang
membawa maksud yang cukup jelas, tersusun malah tinggi peranannya dalam menjadi
gagasan masyarakat Malaysia untuk mencapai tahap negara negara maju. Untuk lebih jelas
lagi, PFK berperanan membentuk masyarakat yang tinggi budi pekertinya melalui
pendidikkan untuk menyediakan modal insan kelas tersendiri mengikut acuan dan kehendak
negara dalam usaha menjadi sebuah Negara Bangsa satu hari nanti. Sudah pasti usaha yang
terbentuk dari PFK sejak ia diperkenalkan sehingga ke hari ini adalah sesuatu yang tinggi
nilainya. Dalam cabaran globalisai serta ancaman neo-kolonialisasi hari ini, PFK adalah
sesuai dengan misi, visi serta aspirasi masyarakat kita menuju negara berprestasi tinggi.
Sejak perkataan merdeka dilaungkan pada 31 Ogos 1957 oleh Bapa kemerdekaan kita,
Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj, sistem pendidikan negara sudah melalui pelbagai warna
dan corak. Pendidikan formal sudah mendapat perhatian terutamanya golongan bangsawan
dan golongan kaya pada ketika itu. Dalam masa yang sama, keghairahan masyarakat dalam
pembentukan Malaysia serta kerajaan sendiri menjadikan pendidikan wadah untuk menjamin
status qoe dalam masyarakat tidak kira orang melayu, cina atau india pada waktu itu. Selepas
58 tahun Kemerdekan negara, fokus pendidikan tidak pernah berubah konsep dalam
melahirkan masyarakat yang mendokong ilmu pengetahuan dan sentiasa menjadi matlamat
utama terutamanya dalam memastikan kemerdekaan negara tidak digugat. PFK menjadi
jantung utama dalam setiap rancangan, dasar serta keputusan yang melibatkan dunia
pendidikkan negara kita.
Sungguhpun demikian, evolusi pendidikan yang kita lalui amat panjang serta penuh
onak dan duri. Sebelum dan selepas 58 tahun kemerdekaan, dunia pendidikkan negara
mengalami pelbagai cabaran pahit dan manis. Sebelum kemerdekaan, masyarakat melihat
pendidikan adalah satu-satunya lambang kuasa. Hal ini disebabkan keadaan politik, sosial
dan ekonomi pada ketika itu belum cukup teratur sehingga pendidikan satu-satunya cara
untuk mencapai semua impian. Sistem masayarakat mempunyai satu cabaran yang amat
besar dalam keinginan untuk bebas daripada pendidikkan penjajahan. Justeru, sebelum
kemerdekaan satu kajian dan laporan (Laporan Razak 1956) telah dibentangkan untuk
menghasilkan satu sistem pendidikan formal dalam negara. Selepas itu Laporan Rahman
Talip(1960),diikuti Akta Pelajaran (1961) dan seterusnya penubuhan Jawatankuasa Mengkaji
semula Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan(1979). Hasilnya terbentuk Falsafah
Pendidikkan Negara. FPN juga mengambil kira Rukun Negara semasa negara mengalami
titik hitam di perintah oleh MAGERAN selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Falsafah
Pendidikkan Negara (FPN) selepas diumumkan secara rasmi pada 1988 sehingga kini
menjadi teras pendidikan negara. Walaubagaimanapun, pada tahun 1996 FPN mengalami
sedikit perubahan dengan dengan menukar perkataan Negara kepada Kebangsaan ( Falsafah
Pendidikkan Kebangsaan ,FPK). Falsafah Pendidikkan Kebangsaan telah digubal dengan
mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan –keperluan individu,
masyarakat dan negara (Mok Soon Sang 1993).
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi interlek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara
FPK mempunyai beberapa fokus utama yang jelas dinyatakan antaranya, memberi
penekanan khusus terhadap perkembangan individu secara menyeluruh(1). Fokus ini disebut
dalam ayat ke dua PFK iaitu melibatkan interlek, jasmani, rohani dan emosi. Gabungan ini
sudah pasti menjadikan manusia bijak berfikir, menggunakan ilmu ditempat yang betul dan
pada masa yang tepat tanpa menganggu kehidupan orang lain. Dalam masa sama individu
yang dibentuk FPK juga sihat tubuh badan (jasmani), boleh melakukan pelbagai aktiviti sihat
kerana dipimpin rohani yang sentiasa berpaksikan kebaikan, malah dengan adanya emosi
yang teratur sudah pasti sifat dan kelakuan individu menurut gagasan FPK ini akan menjadi
cukup seimbang dan sempurna walau apapun cabaran dan halangan yang dilaluinya sebagai
warganegara.
Seterusnya, FPK menyentuh perpaduan rakyat dalam baris ke 4. Masyarakat yang
terdidik dan seimbang akan melahirkan rakyat yang sentiasa bersatu padu(2). Dengan latar
belakang politik yang begitu mencabar sejak pembentukan Malaysia pada 16 september
1969, sudah pasti idea Falsafah pendidikkan perlu mengambil kira masyarakat pelbagai kaum
di negara ini. Warganegara perlu didikkan agama serta sivik untuk memastikan rakyat
Malaysia yang bertoleransi serta saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.
Manakala fokus seterusnya adalah memastikan amalan pendidikkan sepanjang
hayat(3). Masyarakat yang makmur adalah masyarakat yang berilmu dan menyanjung budaya
berkenaan. Jesteru, pelbagai dasar telah dilaksanakan untuk menjayakan saranan ini antara
menyediakan ruang dan peluang yang amat luas kepada rakyat untuk mendapat akses
berkenaan. Bebeza dengan zaman penjajahan dahulu kerajaan penjajah mengamalkan sistem
pecah dan perintah dan ruang untuk maju dalam pendidikkan disekat. Tetapi hari ini, melalui
fokus FPK kerajaan menggalakan pendidikkan di semua peringkat.
Falsafah Pendidikkan Kebangsaan turut disokong oleh 11 elemen penting selain
Fokus utama. Elemen elemen ini menjelaskan secara terperinci konsep perlaksaan FPK
selama ini. Elemen-eleman berkenaan adalah seperti berikut;
1. Pendidikan satu usaha berterusan
2. Memperkembangankan potensi individu
3. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
4. Insan yang seimbang dan harmoni
5. Kepercayaan kepada Tuhan
6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
7. Rakyat Malaysia yang berketerampilan
8. Rakyat Malaysia yang berkhlak mulia
9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri
11. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan
3.0 Teori Modal Insan
3.1 Ke Arah Pembangunan Modal Insan Yang Seimbang
Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut
acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial,
kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya
bersatu padu dan mempunyai keyakinan yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama,
moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur,
perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai
ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah diberikan satu tanggungjawab besar dalam membangunkan satu
sistem ke arah memantap dan membangunkan lagi bidang pendidikan agar lebih berkualiti
dan bermutu. Justeru dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, kementerian yang telah
dilancarkan pada 2006 telah merangka satu sistem yang strategik dengan salah satunya adalah
memfokuskan modal insan. Pendidikan merupakan suatu proses mendidik insan untuk
memperoleh keilmuan sehingga dapat mengubah tingkah laku seseorang mengikut tingkah
laku dan amalan yang dikehendaki. Pendidikan dapat mengembangkan potensi individu ke
arah membina akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan
manusia.Pendidikan juga dapat membangunkan aspek sosial seseorang iaitu sumbangan
kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Modal insan merupakan satu daripada komponen penting dalam keberhasilan dan juga
pembangunan sesebuah Negara. Cetusan idea oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu
Tun Abdullah Ahmad Badawi selaras dengan membawa Malaysia ke arah negara yang
berpendapatan tinggi serta meletakkan Malaysia sebagai sebuah hub pendidikan yang bertaraf
dunia. Modal insan juga merupakan teras utama dalam Rancangan Malaysia ke-9. Dalam
teori modal insan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni, inovatif,
berdisiplin, bersemangat patriotik, cekal dan berdaya saing (Buku Rasmi Tahunan Malaysia,
2006) Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki seseorang yang meningkatkan
keupayaannya untuk menjalankan aktiviti dengan nilai ekonomi (Sung Jun Jo, 2005) Modal
insan adalah berkaitan dengan ekonomi masyarakat dan negara kerana individu tidak dapat
dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran, kesihatan ataupun nilai. Oleh sebab itu,
kesejahteraan kehidupan seseorang bergantung kepada pendapatan yang tinggi, kesihatan
yang baik serta pembentukan nilai dan tabiat yang baik. (Gary S. Becker)
Mengikut teori modal insan dalam bidang pendidikan, individu dilihat sebagai satu
input pelaburan dimana perkembangan serta kemenjadian seseorang individu diambil sebagai
satu input yang akan digunakan kepakaran nya di masa akan datang. Ini dapat dikatakan
sebagai hasil yang diperolehi setelah pelbagai usaha dibuat dalam memastikan modal insane
ini lahir dalam diri seseorang individu. Modal insane ini selari dengan tuntutan yang terdapat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan komponen yang perlu diberikan
perhatian secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Pelan
Induk Pembangunan Pembangunan menggariskan beberapa aspek yang perlu dicapai oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengembleng usaha kea rah mencapai Negara
maju. Memetik daripada kandungan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,
“Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan
inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai
inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah
penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan
kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan
perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda
Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan
dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020.” PIPP 2006-2010
Justeru, ini dapat memperlihatkan betapa pentingnya pembangunan modal insane dalam
sesebuah Negara. Pendidikan dilihat sebagai satu platform yang amat sesuai dalam usaha
menuju ke arah Negara membangun. Bermula dari tahap yang terendah lagi alam
persekolahan iaitu prasekolah sehinggalah ke peringkat yang tertinggi pendidikan, ia dapat
dipupuk melalui beberapa aktiviti yang telah dirancang oleh pihak kementerian dengan
berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembangunan modal insane ini amat
meluas di mana kita dapat melihat ia menyasarkan semua kumpulan sasaran bermula
daripada yang termuda sehinggalah ke peringkat tertinggi pendidikan. Program-program yang
dijalankan oleh pihak kementerian mengambil kira semua aspek kehidupan rakyat Malaysia
amnya dengan mempunyai objektif yang jelas yang perlu dicapai oleh setiap kumpulan
sasaran.
Kandungan Pelan Induk Pembangunan mempunyai agenda tersendiri yang perlu
dicapai dalam masa empat tahun perlaksanaannya bermula dari tahun pelancaran 2006. Pelan
ini memfokuskan agar kementerian pendidikan dapat menyediakan anak- anak Malaysia yang
berilmu pengetahuan dan mempunyai kepakaran tinggi dalam penyediaan guna tenaga dalam
pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, anak-anak Malasia dilengkapi dengan kemahiran
yang boleh menyumbang kepada tenaga kerja mahir, mempunyai komunikasi yang berkesan
serta dapat menggunakan peralatan ICT dengan baik. Pemikiran kritis dan kreatif juga
menjadi salah satu daripada aspek yang amat dititik beratkan dalam pelan ini di samping
dapat bertindak secara rasional serta mengamalkan pendidikan sepanjang hayat. Selain
daripada itu, seseorang individu khasnya pelajar hars mempunyai nilai moral yang tinggi
kerana ini dapat membantu seseorang itu menjadi seorang pemimpin dalam masyarakat dan
keluarga. Oleh yang demikian, bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, focus
pembanguna modal insane ini menjadi tunggak utama kea rah menjayakan Rancangan
Malaysia Ke-9. Peluang pendidikan diperluaskan agar ia dapat menarik perhatian ibu bapa di
samping dapat menarik minat pelajar. Sistem pendidikan yang mantap dalam bidang
kurikulum dan juga ko kurikulum dijadikan sebagai satu platform yang amat sesuai kerana ia
menyediakan satu pengisian yang selari dengan kehendak semua pihak khasnya tuntutan
yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam RMKe-9, focus utama
pembangunan modal insane adalah mnyediakan pelbagai pilihan pendidikan kepada ib bapa
dan juga pelajar. Dengan adanya kepelbagaian dalam pendidikan ia dilihat dapat menarik
minat pelajar utnuk menguasai ilmu pengetahuan. Pengisian kurikulum dan kokurikulum juga
di berikan nafas baru bagi memenuhi tuntutan semasa sejajar dengan perubahan global masa
kini. Keperibadian pelajar dapat dibentuk dengan adanya perubahan yang dilakukan demi
melahirkan seorang warga yang mantap dari segi akhlak dan juga akal fikirannya.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pula dibuat dengan harapan ia dapat
merealisasikan visi system dan aspirasi pelajar agar dapat memenuhi keperluan Negara pada
masa hadapan. Terdapat 11 anjakan yang perlu dilkasanakan dan ia dijalankan secara
berperingkat dengan 3 gelombang. Pada masa kini system pendidikan Negara berada pada
anjakan ke 3 dengan focus melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Oleh yang demikian,
dapat kita simpulkan di sini bahawa pembangunan modal insane menjadi focus utama
kementerian pada masa kini agar ia dapat melahirkan individu yang mantap dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan juga sosial selaras dengan Falsfah Pendidikan Negara.
Perihal ini dapat kita kaitkan dengan setiap program yang telah dirancang dan juga
dilaksanakan oleh kementerian pendidikan. Bermula dengan program 1Murid 1 Sukan seperti
yang terdapat dalam PPPM. Objektif utama 1M1S ini adalah setiap murid dapat dibentuk dari
semua aspek yang merangkumi JERIS di mana ia dapat membangunkan modal insane
melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dan juga penglibatan murid dalam
sukan akan membantu mereka agar menjadi seorang warga yang sihat, cergas serta
mempunyai budaya saing yang tinggi. Selain daripada itu usaha juga dilakukan di peringkat
akar umbi lagi iaitu bermula dari peringkat prasekolah dimana pendidikan prasekolah
menyediakan peluang kepada kanak-kanak yang berumur empat sehingga enam tahun untuk
mempersiapkan diri kea lam persekolahan yang sebenar. Dalam pendidikan prasekolah ini
kanak-kanak diberikan pendedahan tentang alam persekolahan yang sebenarnya agar aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial ini dapat dicapai. Ini sejajar dengan kehendak
FPK.
Penilaian Tingkatan 3 pula telah dirombak setelah pelaksaan Penilaian Menengah
Rendah yang berakhir pada 2013. PT3 djalankan secara rasmi pada tahun 2014 dengan
memperlihatkan beberapa perubahan yang dilakukan bagi menggantikan Penilaian Menengah
Rendah. PT3 direkabentuk dengan berlandaskan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ia
bersifat holistic kerana ia merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor dan juga sosial
selaras dengan FPK. Begitu juga hal yang berlaku kepada KSSR dan juga KBAT. KSSR
merupakan satu kurikulum standard sekolah rendah yang diubah bagi mnggantikan KBSR.
KBAT merupakan satu kemahiran berfikir aras tinggi yang patut diterapkan di kalangan
pelajar. Dalam KSSR murid diajar secara menyeluruh dengan menekan aspek penting dari
segi JERIS.
Pendidikan vokasional merupakan satu kurikulum yang memberikan kemahiran
kepada pelajar bagi menyediakan mereka ke arah tenaga kerja yang mahir bagi sektor-sektor
perindustrian akan datang. Pendidikan vokasional adalah di antara usaha kerajaan amnya bagi
memberikan peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang pelajaran agar
menggunakan kemahiran yang sedia ada bagi tujuan pembangunan suatu hari nanti.
4.0 Isu – Isu Pendidikan / Implikasi / Cabaran dan Penyelesaian
4.1 Peningkatan Mutu Pendidikan Awal Kanak – Kanak Khususnya Dalam
Pra Sekolah – Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK).
Pembelajaran pada peringkat awal kanak-kanak mempunyai impak yang penting
dalam pembangunan modal insan sesebuah masyarakat. Pendidikan awal kanak-kanak adalah
penting bagi memenuhi tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Di mana, 90%
perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur 5 tahun.
Ini merujuk kepada perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor (2 tahun)
hingga peringkat pra-operasi (6 tahun) (Zulkiply Yaakob, 2009). Sehubungan dengan itu,
kurikulum pendidikan untuk kanak-kanak peringkat awal perlulah digubal bagi membantu
dalam perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kerajaan telah melaksanakan usaha penambahbaikan
sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke
peringkat tinggi dan vokasionaldalam usaha untuk memupuk masyarakat berbudaya dan
memiliki kekuatan moral (Baharom Mohamad & Mohamad Johdi Salleh, 2009).
Transformasi kurikulum dan perubahan dalam sistem turut dilakukan mengikut peringkat
yang telah disusun oleh pihak kerajaan bagi memastikan kejayaan dalam sistem pendidikan
awal kanak-kanak.
Transformasi merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang
lain, berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke
satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna (Kulanz Salleh, 2008). Menurut Razali
Arof, "...terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum..." (Nur Syairah,
Adila Shuhada, Asmawati Shaari, Noor Hayazi & Mohd Sanusi , 2010). Faktor utama ialah
falsafah pendidikan negara yang memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem
pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita
adalah seperti berikut :
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara " (FPK, 1988).
Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-
kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang
sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman prasekolah bakal mencorakkan
perkembangan kanak-kanak seterusnya. Menurut UNESCO, pendidikan awal kanak kanak
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan minda kanak-kanak dan dapat
mengurangkan kekurangan sedia ada dan di masa depan. ‘The National Association for The
Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan
Kanak-Kanak Muda, istilah awal kanak-kanak merujuk pendidikan awal kanak-kanak yang
memerlukan segala program pendidikan seperti memberi layanan, asuhan dan bimbingan
kepada kanak-kanak tersebut seawal dari lahir hingga ke umur lapan tahun (Zulkiply Yaakob,
2009).
Di samping itu, kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang digubal haruslah
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi. Transformasi kurikulum prasekolah hendaklah disusun
dengan penuh teliti dengan mengambil kira semua aspek yang relevan dan proaktif supaya
dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran (Nur Syairah, Adila Shuhada,
Asmawati Shaari, Noor Hayazi & Mohd Sanusi , 2010). Reka bentuk sesuatu kurikulum
semestinya mampu menjuruskan pengajaran dan pembelajaran ke arah yang dikehendaki
perancangan yang teliti dan tepat bagi menjamin perkembangan individu dari segi intelek,
rohani, emosi dan psikomotor supaya berlaku kesimbangan sewajarnya.
Dalam konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, terdapat dua peringkat
berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama sekali ialah Taman Asuhan
Kanak-kanak (Taska) dimana ia ditubuhkan khusus untuk kanak-kanak yang berusia bawah 4
tahun. Seterusnya, peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika (Taman Didikan Kanak-
kanak) telah ditubuhkan untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun sebelum mereka
melangkah memasuki pendidikan secara formal di Tahun Satu sekolah rendah. Di Malaysia
terdapat empat agensi utama yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian
Pelajaran sendiri, pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta bertujuan memastikan kanak-kanak
yang ada di negara ini memperolehi pendidikan yang secukupnya selaras dengan
perkembangan minda dan usia mereka.
Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturan-
peraturan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997 merujuk kepada suatu program
pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan
jasmani dan rohani anak didik di luar lingkungan keluarga sebelum memasuki pendidikan
rendah sepenuhnya (Zulkiply Yaakob, 2009). Pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk
membantu meletakkan dasar ke arah perkembangan sikap, pengetahuan, ketrampilan, dan
daya cipta yang diperlukan dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran dan untuk
pertumbuhan serta perkembangan selanjutnya selaras dengan Transformasi Pendidikan
Negara seperti yang terkandung dalam blueprint Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 - 2025. Berdasarkan perkembangan kanak-kanak, kurikulum perlu digubal
dengan tujuan untuk memupuk potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dari
segi pembangunan minda dan kreativiti, pemupukan dan amalan nilai yang berteraskan
agama dan moral, pengukuhan dan kestabilan emosi dan penyuburan fizikal sebagai
persediaan untuk hidup bermasyarakat dan menghadapi pendidikan formal sekolah rendah
(Micheal Anak Ringgit, 2007).
Selain daripada itu, kurikulum yang digubal juga berupaya untuk melahirkan modal
insan yang cemerlang di masa hadapan berlandaskan rukun negara, falsafah pendidikan
kebangsaan dan prinsip pendidikan awal kanak-kanak. Kurikulum prasekolah kebangsaan
menjadi dokumen rujukan standard yang perlu dipatuhi dan diguna pakai oleh semua
prasekolah di seluruh negara. Kurikulum ini digubal buat pertama kali semasa projek
imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Pembangunan kurikulum merupakan satu
proses yang dinamik dan berterusan. Maka penambahbaikan program prasekolah telah
membentuk perkembangan sistem pendidikan yang tersendiri dan bertujuan memberi arah
tuju kepada perkembangan kanak-kanak dengan melahirkan modal insan yang cemerlang
(Wan Harun Wan Yaacob, 2008). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang
dilaksanakan pada 2010, merupakan satu strategi peningkatan kualiti pendidikan prasekolah
dengan menekankan unsur kreativiti dan inovasi, Ianya merupakan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan (KPK) yang telah disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik,
tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada
kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM,2010). Matlamat
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah untuk meningkatkan kemahiran,
menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar
mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan
tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Di samping itu, Pembangunan Modal Insan yang
ditekankan meletakkan satu tujuan utama iaitu memberi kesedaran kepada masyarakat kita
supaya lebih diterap dengan nilai - nilai murni.
Rekabentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah bercirikan kurikulum
berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum berasaskan standard
adalah bertujuan ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan
yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang
berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut
murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) bermula Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta KSPK
memberi penekanan dalam aspek berikut:
Menggabungkan prinsip pendidikan holistik yang berorientasikan kepada hasil
pembelajaran
Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengambil kira latar belakang
pelajar yang berbeza
Mentakrifkan penggunaan bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin
sebagai bahasa instruksional.
Melibatkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemahaman budaya serta
aktiviti pelbagai bangsa.
Secara keseluruhannya, pendidikan prasekolah adalah penting dalam melahirkan
insan yang berdaya saing, berketrampilan diri agar potensi pelajar secara menyeluruh dapat
dipupuk dan disemai dari awal persekolahan sebelum memasuki alam persekolahan yang
sebenar. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus
diwujudkan dengan pihak-pihak kementerian pendidikan supaya segala perancangan yang
akan dilakukan bagi kanak-kanak prasekolah akan lebih terjamin keberkesanannya.Pihak
kerajaan harus mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pendidikan yang berteraskan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bagi kanak-kanak prasekolah yang bakal
menerajui Negara kerana pembangunan modal insan merupakan teras kedua terpenting dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 -2010 dan dalam anjakan ke 3 dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.
4.2 Penambahbaikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor
agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Ia mempunyai matlamat-
matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Dalam sistem pendidikan pula, KSSR ataupun
Kurikulum Standard Sekolah Rendah merupakan salah satu medium dalam pendidikan bagi
mencapai hasrat dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan. Bermula tahun 2011, semua
sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali KSSR. Kurikulum ini akan
dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula dari Tahun 1 pada tahun 2011.
KSSR dilaksanakan bagi mengantikan KBSR. Kurikulum ini diwujudkan bukan
sahaja untuk memenuhi keperluan elemen pendidikan abad ke 21, malah ia melihat kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Proses pertukaran KBSR ke KSSR memakan masa yang
lama dan ia merupakan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan
sedia ada. Perubahan besar ini melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Faktor kepelbagaian murid dan melihat kepada hasrat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan telah mencetus kepada pengubahsuaian kurikulum yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Enam aspek transformasi KSSR yang diketengahkan ialah
komunikasi iaitu penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa
berkomunikasi, Sains & Teknologi iaitu dapat menguasai pengetahuan Sains, Perkembangan
Fizikal & Estetika iaitu perkembangan dalam jasmani dan kesihatan, Kerohanian, Sikap &
Nilai iaitu penerapan nilai agama dan kepercayaan, Nilai kemanusiaan iaitu dapat belajar dan
mengetahui amalan tentang kemasyarakatan dan penghayatan semangat patriotisme dan yang
terakhir sekali iaitu Keterampilan Diri iaitu penerapan nilai kepimpinan dan sahsiah diri
melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
KSSR amat menitikberatkan perkembangan nilai dalam diri murid. KSSR yang
merupakan kurikulum baru di sekolah mewajibkan nilai-nilai murid diterapkan dalam semua
subjek. Hal ini bagi mencapai salah satu matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis. Selain itu, KSSR memerlukan para
guru untuk menukar kaedah pengajaran menjadi lebih berpusatkan murid dan guru bertindak
sebagai pembimbing. Ia akan dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan di
mana perkembangan emosi dan intelek murid perlu dititikberatkan.
Seterusnya, KSSR yang selaras dengan abad ke 21 merupakan penambahbaikan
daripada KBSR. Sebagai contoh, KSSR amat mengambil kira kemahiran insaniah dan bakat
yang ditonjolkan oleh murid di dalam kelas walaupun masih mewajibkan lulus ujian bertulis.
Proses perkembangan murid ini akan dinilai oleh pihak sekolah iaitu guru mata pelajaran
khasnya. Oleh itu, murid-murid sekolah akan bersaing secara sihat bagi menunjukkan prestasi
yang terbaik selain daripada meningkatkan pencapaian mereka.
Jika dahulu KBSR menekankan teori dan pengajaran berpusatkan guru, tetapi KSSR
lebih mementingkan amali dan ‘hands-on’. Sistem pengajaran yang berpusatkan murid
membolehkan murid lebih berminat untuk belajar topik yang diajar. Setiap kali sesi
pengajaran dan pembelajaran, maka guru akan menyelitkan pelbagai aktivti yang melibatkan
murid seperti kerja berkumpulan, eksperimen dan sebagainya. Oleh sebab itu, murid di
bawah kurikulum KSSR tidak akan tertekan sekiranya mereka kurang menguasai teori-teori
ataupun fakta dalam pembelajaran. Hal ini kerana mereka dapat menggunakan teori tersebut
sebagai panduan untuk membuat sesuatu amali berdasarkan kemampuan dan bakat mereka.
Di samping itu, KSSR juga akan dapat melahirkan murid yang berfikiran kretif dan
kritis kerana mereka boleh melakukan kerja secara amali dan tidak tersekat dengan apa yang
ditetapkan oleh guru sepertimana dalam KBSR. Dengan berpusatkan murid, maka sesi
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan murid akan faham dengan
lebih mudah topik yang dipelajari.
Setiap murid mempunyai potensi dan tahap pencapaian yang berbeza. Guru harus
memainkan peranan penting dengan menyediakan tugasan mengikut tahap pencapaian
mereka. Oleh itu, murid-murid akan lebih suka dan berminat dalam melaksanakan sesuatu
kerja yang diberikan.
Dalam KSSR, band-band yang diisi secara ‘online’ telah ditukar kepada ‘offline’ di
mana band-band tersebut digantikan dengan tahap penguasaan. Setiap tahap penguasaan
memiliki skala penilaian yang bermula dari tahap penguasaan satu. Bermula dari tahap
penguasaan satu yang bermaksud murid tahu, tahap penguasaan dua (tahu dan faham), tahap
penguasaan tiga (tahu, faham dan boleh buat), tahap penguasaan empat (tahu, faham dan
boleh buat dengan beradab), tahap penguasaan lima (tahu, faham dan boleh buat dengan
beradab terpuji) dan yang terakhir sekali tahap penguasaan enam (murid tahu, faham dan
boleh buat dengan beradab mithali. Jika dilihat tahap penguasaan satu, ia merupakan
peringkat yang paling asas sekali dan menjadi sama ada murid berjaya menguasai sukatan
pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke tahap penguasaan berikutnya. Tahap penguasaan
ini penting kepada guru mata pelajaran. Ini kerana ia akan dapat memudahkan para guru
untuk menyemak rekod pembelajaran murid. Bukan itu sahaja, guru boleh mengenal pasti
tahap pencapaian mereka, kelemahan dalam sesuatu topik misalnya. Oleh itu, para guru akan
dapat mencari langkah-langkah untuk mengatasi setiap kelemahan mereka secara berkesan.
4.3 Perlasanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di
Sekolah
Program RIMUP telah dilancarkan oleh Kementeran Pelajaran Malaysia sejak tahun
1986. Pada awalnya, program ini dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini telah
diperluaskan lagi ke semua sekolah termasuklah sekolah menengah sejak tahun 2005.
Program ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan penglibatan masyarakat setempat,
guru-guru dan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas yang melibatkan penggunaan
bersama kemudahan dan peralatan sekolah, dan perkongsian dan penggemblengan tenaga,
pengalaman dan kepakaran sedia ada. Ia dilaksanakan di peringkat sekolah kerana kerajaan
menyedari bahawa sistem pendidikan merupakan salah satu alat yang berkesan untuk
membangunkan identiti nasional, perpaduan dan nilai jati diri Malaysia. Melalui
persefahaman yang baik ini, maka akan timbul suasana menghormati terhadap agama, budaya
dan adat resam kaum lain seterusnya mampu memupuk semangat cintakan negara yang
mendalam dalam kalangan rakyat. Hal ini bersesuaian dengan matlamat RIMUP iaitu untuk
melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang
unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan
bersepadu.
Disamping dapat mengeratkan perpaduan antara guru, ibu bapa, murid dan
masyarakat, RIMUP juga memberi peluang kepada sekolah dan murid yang terlibat untuk
menggunakan kemudahan yang tidak terdapat di sekolah mereka sendiri. Perkongsian ini
bukan sahaja dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk mengadakan kemudahan, malah ia
dapat mempertingkatkan lagi kerjasama dan mendatangkan faedah yang baik secara bersama.
Sebagai contoh, di sebuah sekolah di Sarawak, telah diadakan Perkhemahan Kecemerlangan
Murid Sekolah Menengah 1Malaysia yang melibatkan 2 buah sekolah yang berdekatan dan
mempunyai murid pelbagai etnik seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Sibu
dan Sekolah Menengah Kebangsaan Durin Sibu. Perkhemahan ini diadakan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Luar Bandar Sibu disebabkan di sana mempunyai kemudahan yang
lebih baik dan peralatan perkhemahan yang lengkap. Melalui perkhemahan ini, ia memberi
ruang dan peluang kepada murid daripada sekolah berlainan berinteraksi, menyemai
perpaduan dan merasai suasana perkhemahan yang tidak mampu mereka rasai di sekolah
mereka. Slot ceramah yang diadakan juga adalah berkisar kepada kecemerlangan murid
dalam bidang akademik dan tips untuk menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat juga slot untuk khidmat masyarakat yang memerlukan murid-murid,
guru-guru, ibu bapa dan masyarakat sekitar bersama-sama bergotong-royong untuk
membersihkan kawasan sekolah. Secara tidak langsung maka wujudnya kerjasama dalam
kalangan mereka yang terlibat sepertimana yang diinginkan dalam anjakan ke-9 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti
dan sektor swasta secara meluas.
Selain RIMUP, perpaduan juga turut dijadikan teras utama dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2000–2010 iaitu membina negara bangsa. Negara bangsa
yang positif mampu terbina apabila kukuhnya perpaduan dalam sesebuah negara. Apabila
perpaduan yang kukuh itu terjalin erat, maka ia mampu menjana perkembangan potensi
murid seterusnya dapat menghasilkan murid yang cemerlang dalam akademik serta mampu
memajukan negara. Teras utama ini jelas menekankan tentang Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama kerana bahasa merupakan asas perpaduan, memupuk cinta terhadap
seni warisan dan budaya serta kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari
dalam membentuk pemikiran yang positif untuk kehidupan yang baik. Ia telah diperkemaskan
lagi menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) melalui Konsep 1Malaysia yang juga
memperuntukan bahasa ibunda sebagai wadah untuk menggalakkan interaksi antara murid
Sekolah Kebangsaan dengan murid Sekolah Jenis Kebangsaan.
Kebaikan yang diperoleh melalui program RIMUP ini ialah dapat memberi peluang
kepada guru-guru dan murid-murid dari sekolah berlainan berintegrasi dengan aktif dan
positif. Integrasi ini bukan sahaja melibatkan interaksi antara guru-guru dan murid-murid,
malah ia juga melibatkan sektor swasta dan sekolah-sekolah swasta. Selain itu, integrasi
kaum juga dapat dipupuk melalui pertandingan rekacipta yang berunsurkan budaya pelbagai
kaum seperti rekacipta wau, kaligrafi dan khat. Guru-guru, murid-murid dan masyarakat yang
terlibat secara tidak langsung dapat mempelajari budaya kaum lain dan menerimanya dengan
positif dalam kehidupan mereka. Murid-murid juga akan lebih bersikap terbuka dan
berlapang dada menerima setiap perbezaan seterusnya dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang baik. Melalui suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik, mampu
meningkatkan pencapaian pelajar dan mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh
dan seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini bersesuaian dengan
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ke-3 iaitu untuk mempertingkatkan
pencapaian pelajar.
Bertitik tolak dengan itu, program RIMUP juga mampu menjadi pemangkin untuk
menjana minda murid-murid dan bertepatan dengan kurikulum abad ke-21 yang memerlukan
murid-murid yang bukan sahaja kreatif dan inovatif, malah mampu melahirkan murid-murid
yang fleksibel yang mampu menyesuaikan diri dalam apa jua situasi, berkepimpinan dan
mempunyai inisiatif dan terarah kendiri. Selain itu, kurikulum bada ke-21 juga adalah ingin
melahirkan murid yang mempunyai kemahiran teknologi maklumat yang mampu
menggunakan teknologi untuk mengakses, mengurus, menilai, menjana maklumat baru dan
berkomunikasi dengan orang lain melalui teknologi. Hal ini seterusnya menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Selain itu, guru juga perlulah mengintegrasikan prinsip pertama dalam Rukun Negara
iaitu kepercayaan kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran dan menerapkan nilai-nilai
perpaduan, kenegaraan, toleransi, bekerjasama dan semangat kebangsaan dalam kalangan
murid. Melalui usaha ini, maka potensi murid dapat diperkembangkan secara menyeluruh
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara contoh-contoh lain aktiviti
yang dijalankan di bawah RIMUP ialah; kegiatan bercorak khidmat masyarakat seperti
membersihkan dan mengindahkan kawasan sekolah, kegiatan bercorak kesukanan seperti
merentas desa, bola sepak, bola keranjang, bola baling, bola jaring dan sukaneka. Kegiatan
bercorak akademik seperti Seminar Menghadapi Peperiksaan, Karnival Sains dan matematik.
Kegiatan bercorak patriotisme seperti Pertandinagan Lagu-lagu Patriotik sempena Hari
Kebangsaan, dan Kempen Cintai Warisan.
4.4 Tujuan, Rasional dan Implikasi Program 1 Murid 1 Sukan Terhadap
Perkembangan Potensi Pelajar Secara Menyeluruh.
Dasar 1Murid 1Sukan telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
pada tahun 2011 sebagai satu daripada komponen utama program transformasi pendidikan
(Sudut Pandang Muhyiddin Yassin, 2012). Dasar ini mewajibkan setiap murid dari Tahap 2
di Sekolah Rendah hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah yang dikendalikan secara terancang dan sistematik (Panduan
Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan,2011). Dasar ini menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
Melalui pelaksanaan 1Murid 1Sukan, perkembangan jasmani, kesihatan, dan mental
murid berada di atas landasan yang betul. Dengan itu, perkembangan mental pelajar dapat
mengembangkan potensi murid serta melatih murid dalam pemikiran kritis, penyelesaian
masalah, dan pengamalan gaya hidup yang sihat dan malahan kemahiran abad ke 21 yang
diperlukan dalam menghadapi cabaran arus globalisasi dapat dipupuk secara tidak langsung.
Bukan itu sahaja, selaras dengan Dasar Sukan Negara, 1Murid 1Sukan sangat
membantu dalam membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat iaitu ‘Sukan untuk
Semua’ yang membabitkan semua jenis sukan dan aktiviti rekreasi berbentuk fizikal terbuka
kepada semua peringkat masyarakat. Dengan harapan, mereka akan menguasai kemahiran
dan pengetahuan dalam sukan melalui learning through play.
Sesungguhnnya, sukan adalah satu inisiatif yang akan membolehkan pelajar
mencapai, menggunakan serta menyebarkan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang
diperoleh oleh mereka bagi kegunaan sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, terdapat
segelintir ibu bapa yang berpendapat bahawa sukan bukanlah medium untuk melahirkan
murid bijak dan bermoral. Namun demikian, Sains telah membuktikan bahawa aktiviti sukan
boleh mengoptimumkan keupayaan fizikal manusia memandangkan minda cerdas terletak
pada tubuh yang sihat. Malah, sukan memainkan peranan penting bagi melahirkan modal
insan yang sihat, cergas, dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada
kesejahteraan sosial serta pembangunan negara dalam menuju negara maju dengan acuannya
sendiri
Dasar 1Murid 1Sukan memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dan
keperluan fizikal. Hal ini kerana dasar ini memberi akses kepada semua murid untuk
mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya murid yang kurang atau tidak
aktif (Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, 2011). Pendek kata, semua murid
mempunyai peluang untuk terlibat dalam sukan secara terurus dan terancang. Dengan ini, isu
aktiviti sukan hanya untuk pelajar yang berbakat atau terpilih sahaja tidak akan timbul kerana
aktiviti sukan yang diadakan adalah untuk mengimbangkan fokus atau penekanan dalam
melahirkan modal insan yang holistik ke arah pembinaan Malaysia yang berdaya saing tinggi.
Pendekatan learning through play ini memberikan peluang kepada murid untuk mempelajari
kemahiran dan pengetahuan baharu dalam sukan bagi membantu mereka membentuk
persekitaran sosial yang kondusif. Malah, murid yang kurang atau tidak aktif ini akan
mempelajari kemahiran intrapersonal dan interpersonal yang dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi mereka di masa hadapan.
Selain itu, dasar 1Murid 1Sukan ini juga dapat memupuk budaya bersukan dalam
kalangan murid sekolah dalam jangka masa panjang. Hal ini kerana dasar ini untuk
membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah (Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid
Satu Sukan, 2011). Dalam hal ini, penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam
satu jenis sukan untuk sepanjang tahun amatlah dituntut dengan harapan budaya bersukan
akan menjadi amalan harian dalam kehidupan mereka. Dengan ini, isu aktiviti sukan hanya
membuang masa dan tidak mendatangkan faedah tidak akan timbul kerana minda yang cerdas
datang daripada gaya hidup sihat dan cergas malahan bersukan ialah naluri semulajadi
manusia dalam aktiviti fizikal. Selaras dengan FPK, dasar 1Murid 1Sukan mampu
membentuk ahli masyarakat yang cergas dan cerdas sepanjang masa.
Bukan itu sahaja, dasar 1Murid 1Sukan juga mampu mewujudkan landasan ke arah
kecemerlangan sukan. Hal ini kerana dasar ini memberi peluang kepada semua murid yang
berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi (Panduan Pelaksanaan Dasar
Satu Murid Satu Sukan, 2011). Dengan itu, mereka akan didedahkan dengan latihan yang
lebih berstruktur, sistematik, dan saintifik bagi meningkatkan prestasi mereka ke tahap yang
lebih cemerlang sehingga menjadi jaguh sukan negara. Dalam hal ini, pertandingan yang
sihat dengan amalan nilai moral yang baik amat penting dalam diri murid bagi menjamin
mutu jaguh sukan yang berkualiti serta teguh dalam menghadapi cabaran mendatang.
Kesimpulannya, dasar 1Murid 1Sukan mampu menjadi medium perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Sukan mampu menyatupadukan rakyat
Malaysia. Melalui aktiviti sukan yang dijalankan, semangat muhibbah, kesefahaman,
toleransi amat penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Dengan itu, semua ahli
sukan akan bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama.
Malah, pelbagai kaum akan terlibat dan mereka akan bergaul untuk menjalani aktiviti sukan
bersama. Oleh itu, mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Kesannya,
murid dapat meningkatkan kemahiran kemanusiaan, kemahiran komunikasi yang berkesan,
dan kemahiran kepimpinan secara tidak langsung dalam memastikan strategi yang dirancang
berjaya. Inilah matlamat negara Malaysia dalam menuju ke arah negara maju dengan modal
insan mengikut acuannya sendiri yang seimbang dari segala segi terutamanya intelek, rohani,
emosi, dan jasmani.
4.5 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) – Penggunaan Peta Pemikiran
i-Think Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Di Sekolah.
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi, dan berupaya mencipta sesuatu (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013).
KBAT merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis (KBKK). Hakikatnya, KBKK ini telah lama dilaksanakan dalam kurikulum sekolah.
KBKK telah dijadikan asas pemerolehan ilmu dan kemahiran mata-mata pelajaran (Som dan
Mohd Dahlan,1998).
Kebelakangan ini, isu KBAT menjadi topik hangat memandangkan kemahiran
berfikir telah menjadi antara aspirasi murid yang perlu diberi fokus dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Menurut Som dan Mohd Dahlan
(1998), kemahiran berfikir perlu diajarkan secara eksplisit (sedar) dan disebatikan dengan
kandungan mata pelajaran agar latihan dan aktiviti, alat berfikir, bahan rangsangan dan
seumpamanya akan didedahkan kepada pelajar mengikut keadaan dan keperluan yang
sewajarnya. Dengan itu, pelajar dapat berfikir secara bijak dan berkesan.
Malaysia juga telah mengambil bahagian dalam pentaksiran antarabangsa murid
iaitu Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in Mathematics
and Science Study (TIMSS). Pentaksiran ini merupakan kaedah perbandingan langsung
tentang kualiti keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan.
Pentaksiran ini mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan
penaakulan ( PPPM, 2013-2025 ) sebagaimana yang terdapat dalam KBAT.
Penyertaan pertama Malaysia dalam TIMMS pada tahun 1999 menunjukkan skor
purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains. Namun
demikian, penyertaan pada tahun 2007 dan seterusnya 2011 memperlihatkan prestasi
murid Malaysia telah menurun di bawah purata antarabangsa bagi kedua-dua mata
pelajaran tersebut. Bagi PISA pula penyertaan kali pertama Malaysia pada tahun 2009
menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan ke-57 bagi Matematik, ke-55 bagi
Sains dan ke-52 bagi Bacaan antara 74 buah negara iaitu terletak dalam kelompok
sepertiga terbawah. Pencapaian ini meletakkan Malaysia di bawah pencapaian purata
antarabangsa dan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).
Malahan pada tahun 2012, kedudukan Malaysia dalam PISA pun tidak menunjukkan
perubahan positif kecuali kedudukan ke-52 bagi Matematik.
Hal ini menimbulkan persoalan adakah sistem pendidikan negara kita berada di atas
landasan yang benar dalam menuju ke arah negara maju memandangkan pendidikan
sepatutnya seiring dengan kemajuan negara. Hal ini kerana pendidikan adalah akar kepada
generasi muda yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani seiring dengan
pembinaan identiti nasional yang kukuh, berkemahiran dan mempunyai pemikiran yang
tajam, iaitu kritis, inovatif, imaginatif dan kreatif. Malahan, kemahiran menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan juga menjadi suatu keperluan pada masa hadapan. Pendek
kata, adakah murid kita telah cukup disiap siaga bagi mendepani cabaran abad ke 21?
Merekalah yang akan memacu Malaysia ke arah negara maju dengan acuannya yang
tersendiri.
Sistem Pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya dalam meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa. Dengan itu,
rombakan semula peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan
terhadap KBAT yang terdapat dalam 11 anjakan PPPM (2013-2015) adalah perlu untuk
menghasilkan modal insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) serta seiring dengan keperluan kemahiran abad ke 21.
Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan
ditambah sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam
pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran
teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM. Perubahan dalam reka bentuk
peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji, dan
pada masa yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu bagi
mengingati kandungan pelajaran. Sebaliknya, murid akan dilatih berfikir secara kritis dan
mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam situasi yang berbeza. Malahan, Penilaian
Berasaskan Sekolah (PBS) juga akan memberikan tumpuan untuk KBAT. Impaknya, murid
dapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dengan bijak dan menggalakkan penghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan
inovatif.
Bukan itu sahaja, dari segi standard kandungan dan standard pembelajaran, KBAT
melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Dalam Model Taksonomi Bloom (1956), KBAT
melibatkan empat aras teratas iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta yang
mana digariskan dalam dokumen standard kurikulum. Pendek kata, KBAT hanya akan
berlaku apabila seseorang itu mendapat maklumat baru, menyimpan, menyusun serta
mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk
mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi yang rumit.
Kesannya, pelajar bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan
mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan masing-masing. Dengan
itu, pelajar akan boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat
daripada pelbagai aspek atau sudut. Oleh yang demikian, wujudlah pemikiran kreatif, inovatif
dan mereka cipta dalam kalangan pelajar bersesuaian dengan hasrat negara untuk melahirkan
bangsa pencipta. Di sinilah, guru sebenarnya memainkan peranan penting dalam
mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT bagi menjana pemikiran pelajar.
Kebiasaannya, soalan yang dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk
mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar
menyatakan semula fakta yang telah dipelajari. Justeru, pelajar akan menjadi pemikir yang
baik jika dilatih dengan kemahiran berfikir. Sesungguhnya, kejayaan dan kemajuan sesebuah
negara pada masa akan datang bergantung kepada kebijaksanaan atau kuasa minda yang
dimiliki oleh rakyatnya sebagaimana yang dikatakan oleh Luis Alberto Marchado :
The level of development a country is determind, in considerable part, by the level; of
its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998).
Akhir sekali, pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) KBAT yang efektif
terutamanya alat berfikir perlu ditekankan bagi menggalakkan pembelajaran sendiri dan
pembelajaran sepanjang hayat. Dengan itu, Program i-Think telah diwujudkan bagi
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah
menghasilkan murid berinovatif. Program Rintis i-Think ini telah dilancarkan oleh Perdana
Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 13 Mac 2012 di
10 buah sekolah iaitu 4 buah sekolah menengah dan 6 buah sekolah rendah ( Mazwin, 2012 ).
Program i-Think ini diadakan bagi memperkenalkan peta pemikiran kepada guru dan
pelajar. Dalam hal ini, guru akan menggunakan peta pemikiran yang bersesuaian mengikut
tajuk yang diajar bagi memudahkan pemahaman pelajar di samping merangsang pemikiran
mereka. Tujuannya adalah untuk menanam minat murid untuk berinisiatif membina
pengetahuan, meneroka, dan mengaplikasikannya dalam pembelajaran sendiri. Hal ini
sekaligus mampu mendorong manusia terlibat dalam pembelajaran berterusan bagi mencapai
matlamat, mengembang potensi diri dan terlibat sepenuhnya dalam komuniti dan masyarakat
luar pada masa hadapan bersesuaian dengan keperluan kemahiran abad ke 21 ( Noriati A.
Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, dan Zakiah Noordin, 2012).
Sesungguhnya, peta pemikiran ini merupakan elemen KBAT yang dapat
meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pelajar serta menjadikan pelajar lebih
fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas. Di sinilah, pembelajaran aktif atau
pembelajaran berpusatkan pelajar berlaku yang mana guru bertindak sebagai fasilitator
membimbing dan memimpin pembelajaran. Dengan itu, mereka akan dapat mengawal,
memandu, dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai malah menjadikan mereka
lebih produktif dan berdaya saing sekaligus dapat mencapai potensi sebenar diri. Impaknya,
mereka dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja
perkara yang mereka pelajari dan hadapi kelak terutamanya dalam realiti kehidupan sebenar.
4.6 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu
bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah,
Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum,dan Pentaksiran
Psikometrik. PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada
2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.
Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk
menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru,
kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah,
projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan
penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan
pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu
guru merekod pencapaian murid secara berterusan. PBS juga bertindak sebagai
penambahbaikan UPSR dan PMR kerana ujian besar tersebut masih tetap bernilai dari segi
pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran
dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.
PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih
memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir
proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for
learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih
kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of
learning.
Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran
Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat
kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang
murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard
prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam
dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran
merujuk kepada pernyataan standard.
PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan
integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai
untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka boleh memantau perkembangan murid
secara berterusan. Selain daripada itu, boleh memberi maklum balas yang membina untuk
penambahbaikan pembelajaran murid serta lebih memahami konteks yang sesuai dengan
persekitaran dan perkembangan murid. Tambahan pula, guru telah dibekalkan kaedah untuk
mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.
Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian
atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu
tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti.
Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat
dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui (4P) iaitu
Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan. Pementoran PBS adalah proses
membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip
dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan
maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan
yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Penyelarasan PBS adalah
proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau
berdasarkan rubrik sesuatu tugasan. Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan
keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.
Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-bila masa
sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada
Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base). Maka, ibu bapa mendapat maklum
balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Maklum balas yang diberi
berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan,
kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang
lebih baik. Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan
perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba
lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.
4.7 Pendidikan Teknik dan Vokasional Ke Arah Melahirkan Modal Insan
Yang Berkualiti Untuk Produktiviti Negara
Seiring dengan status negara yang sedang pesat membangun, keperluan untuk
melahirkan lebih ramai modal insan yang berkebolehan telah meningkat dan akhir-akhir ini
terus menjadi topik perbualan hangat di kalangan pemimpin dan setiap lapisan masyarakat.
Pembangunan modal insan yang seimbang adalah penting untuk memastikan kelestarian
pembangunan negara berada di landasan yang betul. Sistem pendidikan negara yang
bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ternyata wadah yang penting dalam
pembentukan kurikulum dan asas bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Usaha
melahirkan modal insan dan tenaga kerja yang mahir, separa mahir dan professional telah
menjadi teras dalam pendidikan teknik dan vokasional di negara kita.
Antara tujuan utama pendidikan teknik dan vokasional diperkenalkan adalah untuk
memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman sebenar sebelum melangkah ke
alam pekerjaan. Ini adalah usaha untuk mewujudkan modal insan yang bukan sahaja
berkemahiran tinggi malahan mempunyai ketrampilan dan wawasan diri yang boleh menjadi
pemacu kejayaan sesuatu organisasi yang bakal mereka sertai suatu hari nanti.
Pendidikan Teknik dan Vokasional didefinisikan sebagai:
“Formal education designed to prepare for skilled occupation in industry, agriculture
and commerce, generally at secondary level” dan “Formal education designed to
provide knowledge and skills underlying production process with a wider connotation
then vocational education at secondary or higher level”
(Amberjeet, 1993 m/s 3)
Kamus Dewan (2002) mendefinisikan pendidikan teknik sebagai pengetahuan yang
berkaitan dengan pembuatan hasil industri seperti jentera, kenderaan dan bangunan,
Manakala pendidikan vokasional pula ditakrifkan sebagai pendidikan amali di mana ianya
menitikberatkan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digubal telah mencakupi segala aspek penting
dalam pembangunan diri seseorang manusia kerana ianya menekankan perkembangan
potensi individu secara menyeluruh. Ini secara langsung diterapkan dalam kurikulum
pendidikan teknik dan vokasional di negara kita. Sesi pengajaran dan pengajaran di sekolah-
sekolah teknik dan vokasional di seluruh negara telah mengguna pakai Aliran Essentialisme
iaitu pembelajran secara berperingkat iatu dari yang mudah kepada yang lebih sukar. Aliran
ini mengesyorkan supaya pendidikan di sekolah haruslah bersifat praktik dan memberi
peluang untuk anak-anak mendapat pengajaran yang baik dari sesi pembelajaran mereka dan
seterusnya mempersiapkan diri untuk hidup. Perkara ini selaras dengan elemen pertama
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan bahawa pendidikan merupakan
suatu usaha yang berterusan.
Pengintegrasian Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Teknik dan Vokasional telah meliputi beberapa perkara seperti berikut:
Perubahan sukatan pelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional yang
berorientasikan kepada program bersepadu.
Penerapan nilai-nilai murni melalui bahan-bahan pelajaran Pendidikan Teknik
dan Vokasional untuk semua matapelajaran Pendidikan Teknik dan
Vokasional
Pelaksanaan program Pendidikan Teknik dan Vokasional yang berpaksikan
matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
Perubahan sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional yang berorientasikan ke
arah pendidikan umum dan alam pekerjaan
Anjakan dalam sukatan pelajaran yang lebih mengutamakan latihan kemahiran
pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi
(Mohd. Fathi, Rohana & Amirmudin, 2010)
Untuk merealisasikan matlamat melahirkan modal insan berkelas dunia, kefahaman
para pendidik tentang aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional di sekolah adalah sangat
penting. Kefahaman yang mendalam dalam bidang ini akan membentuk sikap positif di
kalangan pendidik terhadap cabaran dan isu Pendidikan Teknik dan Vokasional yang sering
kali dianggap sebagai pendidikan kelas kedua dan hanya untuk pelajar yang agak tercicir
dalam akademik.
Selain itu, dengan adanya unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
Pendidikan Teknik dan Vokasional, para pendidik dapat merangka dan merancang
pengajaran yang lebih berkesan dengan teknik-teknik yang lebih mudah diterima oleh pelajar.
Dari sudut moral dan sahsiah pula, penerapan nilai-nilai murni pada setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran juga diharapkan akan dapat melahirkan tenaga kerja professional yang
berhemah tinggi.
Perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional juga dapat dilihat dengan
kewujudan lebih banyak prasarana dan kemudahan baru untuk memudahkan lagi proses
pngajaran dan pembelajaran dijalankan. Pembinaan lebih banyak kolej-kolej vokasional di
hamper setiap daerah di semua negeri akan dapat memastikan tiada seorang pelajar pun yang
akan tercicir dari arus pembangunan negara biarpun mereka agak ketinggalan dari segi
akademik. Perubahan iklim dan budaya sekolah yang memberi peluang pelajar merasai
pengalaman sebenar alam pekerjaan juga akan dapat menjadi motivasi dan pemangkin untuk
mereka berjaya dan mewujudkan sikap integriti di sanubari pelajar.
5.0 Rumusan Keseluruhan
5.1 Ke Arah Merealisasikan Anjakan Ke-3 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2013 – 2025)
6.0 Bibliografi
Nur Syairah Ayob, Adila Shuhada Ahyat, Asmawati Shaari, Noor Hayazi Hashim & Mohd
Sanusi Yaacob (2010) Transformasi Kurikulum dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak
Jabatan Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, UPSI
Baharom Mohamad & Mohamad Johdi Salleh (2009) Pembangunan Modal Insan Sebagai
Satu Pelaburan Penting Dalam Konteks Pembinaan Negara :Prosiding “Seminar
Pembangunan Modal Insan 2009”, Tema: Kecemerlangan Modal Insan.Pada:23–24Mac
2009.Tempat:Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.
Micheal Anak Ringgit (2007). Analisis Teori, Falsafah dan Model Pembentukan Kurikulum
Prasekolah. Tesis : Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2009. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Kurikulum Kebangsaan
Prasekolah.Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
.
Transformasi Pendidikan Bermula (2010). Artikel Pendidikan: Utusan Malaysia pada: 12 Jun
2010.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan : Dokumen Standard Prasekolah
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Diperolehi pada 9
Disember 2012, daripada
http://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/Blueprint/Preliminary-Blueprint-
BM.pdf
Zulkiply Yaakob (2009). Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak. Fakulti Pendidikan :
IPG Kampus Tun Hussein Onn.
Wan Harun Wan Yaacoob (2008), Perkembangan dan Perubahan Kurikulum Pendidikan
Prasekolah. Universiti Sains Malaysia.
Azizi. (2011, Disember 11). Retrieved Ogos Selasa, 2015, from Aspek dan Kelebihan KSSR: http://notakursusdalamcuti.blogspot.com/2011/12/aspek-dan-kelebihan-kssr.html
Dom, T. S. (2013, Disember 31). Retrieved Ogos Isnin, 2015, from Utusan Melayu: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131231/re_06/Kurikulum-baharu-KSSR-meningkatkan-kualiti-pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Retrieved Ogos Isnin, 2015, from Porta Edu: Sistem Guru Online: http://www.sistemguruonline.my/2014/11/implikasi-falsafah-pendidikan-kepada-sistem-pendidikan-negara.html
Malaysia, K. P. (n.d.). DSKP KSSR Sejarah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
RUJUKAN :
Rujukan Buku :
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006. Rancangan Malaysia Ke-9 – Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (2006-2010), Putrajaya.
Mohd Shafie Bin Apdal, 2008. Membina Bangsa Malaysia Jilid 4 Integrasi Nasional. Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan.
Salhah Abdullah, 2009. Kecerdasan Pelbagai-Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Kuala Lumput : PTS Profesional
Rujukan internet
Dicapai pada 2 September 2015 daripada http://www.slideshare.net/cikgupaklong/dasar-
pelaksanaan-rimup-2008-presentation
Rujukan kertas kerja :
http://km.upm.edu.my/kmportalweb/infox/assetDetailAction.action?
execute=view&assetId=000062346&actionFlg=alllist
Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program RIMUP semasa Seminar Perekayasaan
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2011.
Rujukan rencana :
Gubal Pendidikan Perpaduan
Posted by Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN)
Daripada laman web http://kongrespendidikan.blogspot.my/2009/05/gubal-pendidikan-
perpaduan_13.html
(2012). Sudut Pandang Muhyiddin Yassin. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad.
(2011). Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S). Putrajaya :
Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia
Som Hj Nor dan Mohd Dahlan (1998) Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif .
Petaling Jaya. Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.
Mazwin Nik Anis (2012) Najib : i-Think can excel.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2012/03/14/Najib-iThink-you-can-excel/
Diperoleh pada 31 Ogos 2015
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin (2012)
Siri Pendidikan Guru Falsafah Pendidikan di Malaysia. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn Bhd
Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Amberjeet ( 1993 ), Dasar Grant dan Peruntukan Pembiayaan Serta Prestasi Pendidikan
Sains, Matematik, Teknik dan Vokasional di Malaysia. Ijazah Sarjana Muda, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan
Misi, Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Fathi, Rohana dan Amimudin (2010). Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia.
Noresah ( 2002 ), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.