Post on 20-Oct-2021
LAPORAN TAHUNAN 2015
1
JABATAN KESIHATAN
AWAM &
PERKHIDMATAN
PERBANDARAN
Jabatan Kesihatan Kesihatan Awam &
Perkhidmatan Perbandaran berperanan untuk
mengwujudkan suasana kesihatan persekitaran
yang bersih, indah dan selamat. Aktiviti
perkhidmatan yang dirancang dan dijalankan
mengikut jadual dan secara rutin. Perkhidmatan
pengurusan sisa pepejal, pembersihan longkang,
pengawasan premis perniagaan melalui syarat-
syarat pelesenan, kawalan penyakit berjangkit,
kawalan keselamatan dan kualiti makanan,
kawalan kacauganggu kesihatan persekitaran dan
lain-lain aktiviti kesihatan persekitaran yang
berkaitan. Jabatan juga menerima dan
menguruskan aduan orang ramai yang berkaitan
dengan kesihatan persekitaran.
Jabatan ini juga merancang dan melaksanakan
penguatkuasaan peruntukan Undang-undang
dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan
undang-undang kecil yang berkaitan disamping
Undang-Undang Kesihatan Awam seperti Akta
Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga
Pembawa Penyakit 1975 dan lain-lain. Objektif
Jabatan ini ialah untuk mempertingkatkan tahap
kesihatan persekitaran warga kota dari segala
aspek selaras dengan misi dan visi Majlis
Bandaraya Ipoh. Sebanyak 5 bahagian dan 6 unit
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
semua aktviti, melalui pendekatan yang terbaik
termasuklah mempratikkan budaya inovasi dan
tranformasi.
Bahagian Kesihatan Persekitaran
- Unit Pentadbiran
- Unit Kesihatan Am
- Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan
- Unit Suntikan
Bahagian Pengurusan Penjaja
Bahagian Pengurusan Pasar
Bahagian Kawalan Vektor Dan Penyakit
Berjangkit
Unit Kawalan Vektor
Unit Penyakit Berjangkit Dan Pelajaran
Kesihatan
Bahagian Perkhidmatan Bandar
UNIT PENTADBIRAN
AM
PENGENALAN
Unit Pentadbiran Am Jabatan Kesihatan
Persekitaran terdiri daripada 13 orang
kakitangan di mana ianya merupakan unit
yang menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan
dan pentadbiran Jabatan Kesihatan
Persekitaran yang diketuai oleh Pengarah
Kesihatan Bandaraya.
FUNGSI
i. Menguruskan perjalanan pentadbiran jabatan.
ii. Menguruskan pergerakan fail dan surat-menyurat.
iii. Menguruskan dan menyediakan surat sokongan kepada Jabatan Pendidikan Perak bagi pendaftaran pusat tuisyen dan tadika.
iv) Mengurus dan menyediakan surat kelulusan dan penolakan:
LAPORAN TAHUNAN 2015
2
a) Permohonan ulasan kesihatan persekitaran premis perniagaan tidak berisiko.
b) Permohonan Pusat Jagaan Kanak-Kanak, Taska, Orang-Orang Tua & Orang Kurang Upaya (OKU) .
v) Menguruskan hal ehwal semak samun
tanah persendirian; notis tender, surat tawaran dan bil-bil yang berkaitan dengannya.
vi) Merekod & menyerahkan notis, kompaun
& waran kepada Penghantar Notis (Pusat) untuk serahan.
vii) Mengurus dan mengemaskini aduan-aduan
dan juga E-aduan secara online.
PRESTASI TAHUN SEMASA
Unit ini telah menerima dan menguruskan 732
permohonan untuk ulasan dan kelulusan
kesihatan persekitaran. Semua permohonan
tersebut telah diproses dimana sebanyak 732
kelulusan telah diberikan, manakala 72
permohonan ditolak dan dibatalkan kerana
tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh
Jabatan.
Proses permohonan untuk ulasan dan
kelulusan kesihatan persekitaran diselesaikan
sepenuhnya mengikut bilangan permohonan
yang diterima dalam tahun 2015 adalah
seperti berikut:-
Jenis Aktiviti Bilangan
Pusat Jagaan Kanak-kanak 15
Pusat Jagaan Orang-orang Tua 3
Pusat Jagaan Kanak-kanak cacat -
TASKA 13
Di samping itu juga Unit Pentadbiran Am telah
menerima, memproses ulasan surat sokongan
sebanyak 139 kepada Jabatan Pendidikan
Negeri Perak, Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD), Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
(KPDNKK), Polis Diraja Malaysia, Pejabat
Daerah dan Tanah Kinta, Ipoh, Pejabat
Pengarah Tanah dan Galian dan Kementerian
Kewangan Malaysia.
Notis dan kompaun yang berkaitan semak
samun tanah persendirian, binatang
peliharaan, menghentikan perniagaan,
melepa warna bangunan dan lain-lain
kacauganggu berjumlah 4,027 telah diproses
untuk tujuan penghantaran oleh Penghantar
Notis.
Dalam tahun 2015, sebutharga semak samun
yang telah dipamerkan untuk tujuan
pembersihan adalah sebanyak 413 notis
dimana sebanyak 413 sebutharga berjumlah
RM114,130.00 telah ditawarkan kepada
kontraktor pembersihan.
UNIT KESIHATAN AM
PENGENALAN
Unit Kesihatan Am, Jabatan Kesihatan
Persekitaran bertanggungjawab terhadap
siasatan aduan awam berkaitan kesihatan
persekitaran, pengawasan, pengawalan dan
penguatkuasaan syarat-syarat perlesenan
premis bukan makanan dalam kawasan
pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh. Unit ini
dianggotai oleh 17 orang anggota dengan
diketuai oleh Penguasa Kesihatan Am (U32),
8 orang Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran dan 8 orang Pembantu Tadbir
Rendah.
LAPORAN TAHUNAN 2015
3
FUNGSI
i. Memastikan tahap kesihatan persekitaran
warga bandar raya terjamin.
ii. Menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-
undang seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976,
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan
Undang-Undang Kecil Majlis yang berkaitan.
iii. Menyiasat dan mengambil tindakan ke atas
semua aduan-aduan yang berkaitan dengan
kacauganggu kepada persekitaran dan orang
awam seperti semak samun, membela anjing /
kucing, menternak ayam / kambing / lembu /
kerbau / khinzir dan kacauganggu bau / bunyi
bising. Pemeriksaan dan laporan ke atas
kacauganggu astetik seperti bangunan / rumah
usang, terbakar, kotor, tidak di selenggara dan
terbiar.
iv. Menjalankan pemeriksaan premis untuk tujuan
pelesenan semua premis bukan makanan dan
industri untuk memastikan syarat - syarat
pelesenan dipatuhi.
v. Mengambil tindakan ke atas premis
perniagaan, perdagangan dan perindustrian
yang beroperasi tanpa lesen premis melalui
pemeriksaan, laporan tindakan, notis, tawaran
kompaun dan tindakan mahkamah. Ini
termasuk tindakan ke atas kacauganggu
pencemaran udara, debu, habuk dan bunyi
bising dari premis perniagaan, perindustrian,
perdagangan, tapak binaan dan kawasan
perumahan.
vi. Pemeriksaan dan laporan ke atas pencemaran
air saliran, sungai dan parit awam yang
melibatkan bahan buangan aktiviti perniagaan
dan perindustrian.
vii. Memproses dan memberi ulasan ke atas
permohonan yang di rujuk dari lain-lain agensi
kerajaan seperti permit hiburan awam, Lesen
Eksais (minuman keras) dari Pejabat Daerah &
Tanah. Pusat tuisyen / Pusat pengajian tinggi
dari Jabatan Pendidikan Negeri, TASKA /
TADIKA dan Pusat Jagaan dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.
viii. Menjalankan operasi penguatkuasaan pusat
siber, pusat hiburan, pusat refleksologi dan
rumah urut.
PRESTASI TAHUN SEMASA
PEMERIKSAAN PREMIS BUKAN MAKANAN
Pada tahun 2015, sebanyak 402 ulasan teknikal
untuk permohonan baru lesen premis berisiko dan
830 permohonan lesen premis tidak berisiko telah
diterima berbanding dengan 204 permohonan
lesen premis berisiko dan 697 permohonan lesen
premis tidak berisiko tahun 2014, secara
keseluruhannya terdapat pertambahan sebanyak
44% ( 526 permohonan baru) pada tahun 2015.
Sebanyak 8246 pemeriksaan premis perniagaan
telah dijalankan untuk pemantauan permohonan
syarat-syarat kesihatan lesen premis perniagaan
bukan makanan. Pemeriksaan premis meliputi
pemeriksaan untuk tujuan memproses
permohonan untuk mendapatkan sokongan
barang-barang kawalan, menyimpan diesel,
petrol, LPG dan perniagaan yang tidak dilesenkan
LAPORAN TAHUNAN 2015
4
seperti pusat tuisyen, pertunjukan amal untuk
upacara sembahyang / perayaan dan lain-lain.
PENGUATKUASAAN KESIHATAN
PERSEKITARAN
Tahun 2015 sebanyak 8246 pemerikaan premis
ke atas 9160 premis berlesen telah dijalankan
dan sebanyak 96 operasi melibatkan anggota Unit
Kesihatan Am dan 22 Operasi Inter-Agensi
(melibatkan PDRM, SPRM, Jabatan Kebajikan
Masyarakat ,Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan
Alam Sekitar, Jabatan Imigresen dan
Kementerian Pelancongan) telah diadakan
disekitar bandaraya Ipoh. Sebanyak 201 tawaran
kompaun bernilai RM 48,950 telah dikeluarkan ke
atas pelbagai kesalahan Undang- Undang Kecil
Majlis Bandaraya Ipoh. Sebanyak 23 kes
mahkamah telah didaftar dan sebanyak 8 kes
telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan
hukuman denda dengan nilai sebanyak RM6,040.
Aktiviti operasi penguatkuasaan ini adalah
termasuk pemeriksaan ke atas Pusat Siber, Pusat
Refleksologi, Rumah Urut, Dewan Muzik, Pusat
Karaoke dan Pusat Hiburan Keluarga
Operasi pada waktu malam Pemeriksaan Pusat Refleksologi di sekitar bandar raya Ipoh.
Operasi Pemeriksaaan Inter – agensi (Pemeriksaan Premis Hotel bersama Kementerian Pelancongan).
ADUAN KACAUGANGGU KESIHATAN
PERSEKITARAN
Unit Kesihatan Am menerima pelbagai aduan
kesihatan persekitaran melalui e-aduan, surat
rasmi dan telefon. Tahun 2015 sebanyak 1,775
aduan telah diterima. Melalui tindakan yang telah
dijalankan sebanyak 3,976 notis telah
dikeluarkan. Ini merangkumi 3,361 notis
menghendaki kacauganggu semak samun
dihapuskan serta 51 tawaran kompaun berjumlah
RM11,350 telah dikeluarkan. ( Sila lihat Jadual 1)
Jadual 1: Menunjukkan Bilangan Dan Jenis Aduan 2015.
Jenis Aduan Kacauganggu
Kesihatan Persekitaran
Bil Aduan
Bil.Notis Bil.
Kompaun
Jum. Nilai Kompaun
(RM)
Semak samun 1,541 3,361 45 9,850
Bangunan usang /
mengecat 40 440 1 250
Menternak ayam / itik /
anjing / kucing 188 167 2 500
Menternak kambing /
lembu 2 2 2 500
Burung walit 4 6 1 250
Jumlah 1,775 3,976 51 11,350
LAPORAN TAHUNAN 2015
5
Daripada 3361 notis penghapusan kacau ganggu
semak samun yang dikeluarkan oleh Majlis
Bandaraya Ipoh sebanyak 88.5 % (2,973 lot)
pemilik telah mematuhi notis dengan
membersihkan lot semak-samun dan baki 11.5 %
(388 lot) dibersihkan oleh kontraktor Majlis
dengan 455 kali pembersihan, melalui prosedur
sebutharga Majlis. Mesyuarat melibatkan Pejabat
Tanah & Daerah Kecil Ipoh dan semua agensi
yang berkaitan telah diadakan meyelaraskan isu-
isu yang berkaitan dengan semak samun di tanah
lot milik indvidu, syarikat swasta dan agensi
kerajaan.
Tahun 2015 Program Pematuhan Pembersihan
Lot Semak Samun Sendiri (KENDIRI)
telah dilakasanakan dengan sepenuhnya.
Program ini telah Berjaya membantu
megurangakan kejadian kes demam denggi
dilokaliti hot spot dan wabak tidak terkawal.
Sebanyak 5000 naskah risalah berkaitan dengan
program ini telah diedarkan disepanjang tahun
2015 dan Berjaya mencapai 88.5 %( 2987 /
3361) pematuhan notis semaka samun
berbanding dengan 52 % (1434 / 2754 ) tahun
2014. Berjaya mengurangkan aduan berkaitan
semak samun sebanyak 39.8% ( 1018 ) aduan
iaitu aduan tahun 2015 1541 aduan berbanding
dengan tahun 2014 sebanyak 2559 aduan.
PEMERIKSAAN TANDAS AWAM
Bagi memastikan kebersihan tandas awam milik
swasta di sekitar bandar raya Ipoh, Unit
Kesihatan Am telah menjalankan pemeriksaan
dan penilaian tahap kebersihan tandas awam
sebanyak 522. Sebanyak 80% (417) penilaian
tandas awam telah mecapai tahap kebersihan
minima 3 bintang dan ke atas. Dua calon premis
tandas awam yang terbaik dari Majlis Bandaraya
Ipoh bagi kategori Tandas Awam Milik Pihak
Berkuasa Tempatan Dan Kategori Stesen Minyak
telah dipertandingan untuk Anugerah Tandas
Bersih 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun
2015. Kedua – duanya telah memenangi
Anugerah Gansa dan Perak Gansa disetiap
kategori yang dipertandingkan.
Tuan Setiusaha Bandaraya bersama pemenang pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1 Malaysia peringkat kebangsaan anjuran KPKT.
PERANCANGAN TAHUN 2016
Melakasanakan Program Pematuhan
Pembersihan Lot Semak Samun Sendiri
(KENDIRI) dengan sepenuhnya dengan
menekankan tanggungjawab pemlik lot tanah
persendirian / swata bagi memastikan lot – lot
semak samun dan rumah terbiar disekitar
LAPORAN TAHUNAN 2015
6
bandaraya Ipoh diselenggara secara berkala
bagi memastikan kesihatan dan keselamatan
warga bandaraya terjamin. Adalah disasarkan
minima 70 % dari jumlah notis semak samun
yang dihantar dipatuhi oleh pemilik. Program ini
dirancang untuk dipertandingan dalam
pertandiangan KIK peringkat Negeri bagi Tahun
2016.
Tahun 2016 sebanyak 6 lagi kategori akan
dicalonkan oleh Majlis Bandaraya untuk
Anugerah Pertandingan Tandas Bersih 1
Malaysia peringkat kebangsaan anjuran KPKT.
Tahun 2016 adalah disasarkan untuk
meningkatkan operasi penguatkuasaan,
terutama melibatkan Inter – Agensi yang
berkaitan dengan penguatkuasaan kesihatan
persekitaran melalui operasi bersepadu.
UNIT KESELAMATAN
DAN KUALITI
MAKANAN
PENDAHULUAN
Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan
bertanggungjawab terhadap pelesenan,
pengawasan dan pengawalan premis makanan
dan minuman dalam kawasan pentadbiran Majlis
Bandaraya Ipoh.
Unit ini mempunyai 12 orang anggota dan
diketuai oleh Penguasa Kesihatan (PPKP
U32) dan 8 orang Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran (3-U32 (KUP) dan 5-
U29) serta 3 orang Pembantu Tadbir Rendah.
FUNGSI
i. Menjalankan pemeriksaan ke atas semua
premis makanan bagi memastikan pengendali
makanan mematuhi undang-undang
kebersihan makanan dan pelesenan premis.
ii. Menjalankan penilaian dan penggredan premis
makanan bagi menentu dan menjamin taraf
kebersihan premis makanan.
iii. Menjalankan pemeriksaan makanan bagi
memastikan jualan makanan mengikut
“standard” kualiti makanan dibawah Akta
Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan
Maknan 1985 serta pengambilan sampel dan
pemantauan makanan yang dinotifikasikan
sebagai “food Alert” Jabatan kesihatan Negeri
Perak.
iv. Mengambil contoh makanan untuk cerakinan
kimia dan mikrobiologi mengikut spesifikasi
`output’ Kementerian Kesihatan Malaysia.
iv. Membantu Menyelia dan menyelars Unit
Kawalan Mutu Air Minuman yang
dipertanggungjawabkan untuk menjalankan
aktiviti program pengambilan contoh air
minuman mengikut spesifikasi `output’
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Program
Kualiti Mutu Air Minuman Kebangsaan.
vi.Menyiasat semua aduan kacauganggu
berkaitan makanan dan premis makanan.
vii. Menjalankan operasi Penguatkuasaan
Undang-undang Kecil Pengendali Makanan
(Majlis Perbandaran Ipoh) 1981, Undang-
Undang Kecil Pengawalan & Pengawasan
Tempat-Tempat Makan (Majlis Perbandaran
LAPORAN TAHUNAN 2015
7
Ipoh) 1981, Akta Makanan 1983 dan
Peraturan – Peraturan dibawahnya termasuk
Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974.
viii.Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan
secara individu,berkumpulan secara insitu
atau atau di majlis-majlis tertentu.
ix.Membantu menyelia dan menyelars Unit
Perkhidmatan Kesihatan Kantin Sekolah
&Dapur Asrama yang bertanggungjawab
untuk menjalankan aktiviti pemeriksaan
kantin sekolah dan dapur asrama bagi
memastikan keselamatan dan kualiti
makanan yang disedia untuk pelajar.
PRESTASI TAHUN SEMASA
PEMERIKSAAN & PENILAIAN PREMIS
MAKANAN
Bagi tahun 2015, jumlah premis perniagaan
jualan makanan dan minuman adalah 4,630
premis dan 470 daripadanya adalah premis
kilang memproses makanan berbanding tahun
2014 adalah 4,335 premis dan 409 daripadanya
adalah premis kilang memproses makanan (Sila
Lihat Rajah 1 ).
Rajah 1 : AKTIVITI PEMERIKSAAN & PENILAIAN PREMIS MAKANAN UKKM TAHUN 2013 – 2015
Bagi tahun 2015, sebanyak 1,877 penilaian tahap
kebersihan premis telah dijalankan iaitu 1,599
premis (85.2%) yang dinilai, tahap kebersihan
adalah memuaskan dengan markah melebihi
71%, manakala sebanyak 278 premis yang dinilai
(14.8%) adalah kurang memuaskan dengan
markah penilaian di bawah 71%. Sebanyak 2
premis makanan yang tidak bersih / kotor telah
diarah tutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta
di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
PROGRAM PENGGREDAN
Tahun 2015 sebanyak 2009 (95%) premis telah di
Gred. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 190
premis telah diberi penarafan Gred A (Sila lihat
rajah 2).
Gambar 1: Menunjukkan penggredan premis makanan
dan mengedarkan risalah bersama bersama YB. Dato’
Dr Mah Hang Soon
Gambar 2: Menunjukkan penggredan premis makanan
bersama Ahli Majlis (YBhg. En. Mohamad Annuar B.
Baharuddin)
LAPORAN TAHUNAN 2015
8
Rajah 2: MENUNJUKKAN PECAHAN PREMIS YANG TELAH DIGREDKAN
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Tahun 2015, sebanyak 6,306 pemeriksaan premis
makanan telah dijalankan dimana 670 tawaran
kompaun bernilai RM 147,300.00 telah
dikeluarkan kepada pengusaha dan pengendali
makanan yang melanggar syarat-syarat
perlesenan. Pada keseluruhannya, aktiviti
penguatkuasaan pengeluaran tawaran kompaun
telah meningkat 6.9% berbanding tahun 2014.
Pelbagai jenis kesalahan yang biasa
dilakukan oleh pengusaha premis makanan
yang dikenakan tawaran.(Sila lihat Jadual 1).
JADUAL :1 JENIS KESALAHAN YANG DIKOMPAUN
UNDANG-UNDANG
BIL.
TAWARAN
KOMPAUN
JUM.
KOMPAUN
(RM)
UUK PENGENDALI
MAKANAN (MPI) 1981
300 62,150.00
UUK PENGAWALAN &
PENGAWASAN TEMPAT-
TEMPAT MAKAN (MPI)
1981
116 28,150.00
AKTA JALAN PARIT &
BANGUNAN 1974
79 19,200.00
LAIN LAIN 175 37,800.00
JUMLAH 670 147,300.00
Tindakan Mahkamah yang diambil di bawah Akta
Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Makanan
1983 bagi tahun 2015 adalah pada Jadual 2
dibawah.
JADUAL :2 JENIS TINDAKAN MAHKAMAH
PERKARA AKTA KERAJAAAN
TEMPATAN 1976
AKTA
MAKANAN
1983
BIL KES 29 3
BIL
DISABITKAN
KESALAHAN
12 (1 KES TARIK
BALIK DAN 16 KES
MASIH DALAM
TINDAKAN
MAHKAMAH)
2 (1 KES
DNAA)
JUMLAH
DENDA (RM) 12,936.00 6,000.00
RAMPASAN (SITAAN/ORGANOLEPTIK)
Sebanyak 16 operasi telah dijalankan yang
melibatkan 55 premis pasaraya / pasar mini di
mana nilai rampasan ialah RM 10,457.61 atas
kesalahan melanggar Akta Makanan 1983 dan
Peraturan – Peraturan Makanan 1985. Barangan
makanan yang disita telah dilupuskan mengikut
prosedur yang telah ditetapkan.
Gambar 3:Operasi sitaan di premis pasar raya disekitar
bandar raya Ipoh bersama YB. Dato’ Dr Mah Hang Soon
Bagi tahun 2015 , sebanyak 15 operasi Inter
Agensi bersama Jabatan Kesihatan Negeri
Perak, Pejabat Kesihatan Kinta, Jabatan
Imigresen dan lain-lain telah dijalankan.
LAPORAN TAHUNAN 2015
9
Gambar 4: Menunjukkan Operasi Inter-agensi bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Gambar 5: Menunjukkan Operasi Inter-agensi bersama Jabatan Imigresen Perak.
PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN
Jumlah sampel makanan yang perlu diambil
mengikut spesifikasi “output” Program
Keselamatan Dan Kualiti Makanan Jabatan
Kesihatan Negeri Perak bagi tahun 2015 ialah 82,
namun 177 sampel telah diambil dengan
pencapaian ialah 216%. Daripada 177 sampel
makanan yang diambil untuk cerakinan, terdapat
3 pelanggaran di bawah Akta Makanan 1983 dan
2 kes telah dijatuhi hukuman dengan jumlah
denda ialah RM6,000.00.
Gambar 6: Menunjukkan PPKP sedang mengambil sampel
makanan
SIASATAN ADUAN
Sebanyak 139 aduan berhubung premis dan
kilang makanan telah diterima bagi tahun 2015
dan kesemua aduan telah disiasat dan diambil
tindakan berbanding dengan 255 aduan pada
tahun 2014. Penurunan sebanyak 45.5% (116 kes
aduan).
Gambar 7: Menunjukkan PPKP menjalankan siasatan
aduan
KAWALAN MUTU AIR MINUMAN (KMAM)
Aktiviti Kawalan Mutu Air minuman Kebangsaan
(KMAM) ini adalah Aktiviti Unit Kawalan Mutu Air
Minuman yang telah dipertanggungjawabkan
dibawah Unit Keselamatan & Kualiti Makanan
sejak tahun 2008. Aktiviti ini melibatkan
LAPORAN TAHUNAN 2015
10
persampelan air minuman di 27 stesen
persampelan air di rangkaian retikulasi air yang di
pantau dengan kerjasama Jabatan Kesihatan
Negeri, Jabatan Kimia dan Lembaga Air Perak.
Tahun 2015 sebanyak 524 contoh air (375 contoh
air bakteria, 28 pesticide dan 121 contoh kimia &
fizikal).
Sebanyak 1 perlanggaran (Analisa kimia) pada
tahun 2015 dan pelanggaran telah diambil
tindakan segera dengan persampelan semula dan
memastikan ianya mematuhi standard kualiti air
minuman ‘National Drinking Water Quality
Guidelines” (NDWQG).
Gambar 8: Menunjukkan Pengambilan sampel air kimia di
stesen percontohan air di sekitar Bandar raya Ipoh oleh
PPKP
PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN KANTIN
SEKOLAH DAN DAPUR ASRAMA
Perkhidmatan pemeriksaan kantin sekolah adalah
satu lagi aktviti tambahan unit ini. Di dalam
kawasan pentadbiran MBI, terdapat 154 buah
sekolah iaitu 54 Sekolah Menengah dan 101
Sokalah Rendah [ 55 SRK, 31 SJK ( C ) , 14 SJK
(T) ]. Pemeriksaan juga dijalankan terhapad kolej
dan IPT.
Bagi tahun 2015 sebanyak 214 bilangan
pemeriksaan kantin sekolah dan dapur asrama
telah dijalankan. Disamping educational
enforcement, pengusaha / pengendali kantin dan
dapur asrama juga tertakluk kepada tindakan
kompaun ke atas setiap kesalahan di bawah
Undang-Undang Kecil dan sebanyak 7 tawaran
kompaun berniali RM 1,600.00.
Gambar 9: Aktiviti pemeriksaan kantin dan dapur Asrama oleh
PPKP
PROGRAM KENDIRI iaitu Program Pemeriksaan
Sendiri Kantin Dan Dapur Asrama Sekolah oleh
pihak pengusaha kantin sekolah dan pihak
sekolah dalam memastikan makanan yang
dibekalkan kepada para pelajar adalah bersih dan
selamat untuk dimakan telah dilaksanakan
disemua sekolah di kawasan pentadbiran Majlis
Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah
Kinta, Pengetua, Guru Besar dan pengusaha
kantin & dapur asrama. Bagi tahun 2015,
sebanyak 139 Sekolah dan 11 Dapur Asrama
telah melaksanakan Program KENDIRI dengan
pencapaian ialah 91% berbanding 90 % sasaran
yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan
Kesihatan Negeri Perak. Program KENDIRI ini
adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko
LAPORAN TAHUNAN 2015
11
berlakunya kejadian keracunanan makanan
dikalangan pelajar-pelajar.
AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN (CETAKAN
RISALAH ) CERAMAH DAN DIALOG
Tahun 2015 sebanyak satu jenis risalah bertajuk
`penggredan premis makanan’ berjumlah 1000
naskah,`Di Larang Merokok’ berjumlah 500
keping dan `etika penggunaan tandas’ berjumlah
1000 naskah telah dicetak. Aktiviti pendidikan
kesihatan secara individu dan kumpulan kecil
dijalankan secara rutin oleh Penguasa Kesihatan
dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di
Unit Keselamatan & Kualiti Makanan dengan
bantuan risalah dan poster. Sebanyak 2 cermah
dan 10 sesi dialog kumpulan kecil telah dijalankan
sepanjang tahun 2015.
Gambar 10: Menunujukan PK (KKM) sedang memberi
ceramah penggredan premis makanan.
Gambar 11: Menunujukan sesi dialog bersama Pelesen/
Pengendali Makanan dengan PKB dan PK (KKM)
KAWALAN PERMIT ‘OUT DOOR CAFÉ’(ODC).
Tindakan keatas permit ’ODC’ ( Out Door Cafe )
berterusan dengan penguatkuasaan dan
penambahbaikan. Bagi tahun 2015, hanya 102
premis memiliki permit `ODC’. Sebanyak 79
tawaran kompaun bernilai RM 19,200.00 telah
dikeluarkan kerana telah melanggar syarat-syarat
kelulusan permit ODC. Kutipan hasil permit `ODC’
bagi tahun 2015 adalah sebanyak
RM163,125.00.
Gambar 12: Menunjukkan operasi penguatkuasaan ODC dijalanakan oleh PPKP
PENGUATKUASAAN KEBERSIHAN TANDAS DI
PREMIS RESTORAN & KAFE
Bagi tahun 2015, dalam usaha memastikan
kebersihan tandas awam di premis makanan,
sebanyak 1,332 pemeriksaan telah dijalanakn
iaitu 79% ( 1054 ) mencapai 3 bintang dan ke
atas. Sebanyak 67 tawaran kompaun bernilai
RM14,300.00 dan 107 notis/surat amaran telah
dikeluarkan bagi meningkatkan kebersihan tandas
awam di premis makanan.
PENGUATKUASAAN ALAT PERANGKAP SISA
MAKANAN, MINYAK DAN LEMAK
Sehingga tahun 2015, sebanyak 1983 ( 95 % )
premis restoran telah mematuhi syarat
LAPORAN TAHUNAN 2015
12
memasang `grease trap’. Walaubagaimanapun
sebanyak 105 tawaran kompaun bernilai RM
21,600.00 telah dikeluarkan ke atas premis
restoran dan kafe yang gagal mematuhi syarat
pemasangan ‘grease trap’. Dalam meningkat
tahap kesedaran tentang kepentingan
pemasangan `grease trap’ di premis makanan
model serta cara-cara penyelenggraan `grease
trap’ telah dipamer dan diberi penerangan pada
pelesen dan orang awam.
AKTIVITI/ PROGRAM MELIBATKAN
KERJAAN NEGERI PERAK DAN JABATAN
KESIHATAH NEGERI PERAK (AD-HOC)
Sepanjang tahun 2015 terdapat 5
aktiviti/program AD-HOC yang melibatkan
Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan. Sila
lihat jadual 3.
JADUAL :3 Senarai Program AD-HOC yang terlibat.
Bil. Program Aktiviti yang
dijalankan
1. Pertabalan DYMM SERI
PADUKA SULTAN
PERAK
Pemeriksaan
dapur hotel
dan `holding
sampel’
2. Lawatan Isteri-Isteri
Wakil Rakyat Barisan
Nasional di Perak
Pemeriksaan
premis
makanan dan
`holding
sampel’
3. Operasi Bersepadu
`Typhoid’ bersama YB.
Dr. Mah Hang Soon
Penggredan
premis
makanan
4. Operasi Perak Bersih
2015
Pemeriksaan
premis
makanan
5. Ops Cahaya Pengambilan
sampel
makanan
Gambar 14:Pengambilan sampel makanan untuk analisa
parameter Kimia sempena `Ops Cahaya’
Gambar 15: Operasi cegah `Typhoid’ bersama YB . Dato’
Dr. Mah Hang Soon
Gambar 16:Pengambilan `holding sampel, di Hotel Kinta
River Front sempena Lawatan Isteri-Isteri Wakil Rakyat
LAPORAN TAHUNAN 2015
13
PERANCANGAN TAHUN 2016
Kesemua premis restoran dan kafe yang
dilesenkan di gredkan mengikut
Garispanduan Sistem Penggredan
Premis Makanan yang telah dikeluarkan
oleh Bahagian Kesihatan Persekitaran,
Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan.
Mewujudkan sistem penggredan di dalam
SPBT.
Mengambil sampel makanan analisa mikro
bagi kantin/dapur asrama yang markah
penilaiain kurang dari 70% bagi
memastikan makanan yang dijual tidak
tercemar dan menyebabakan keracunan
makanan.
BAHAGIAN
PENGURUSAN
PENJAJA
PENGENALAN
Bahagian Pengurusan Penjaja merupakan
salah satu cabang dalam Jalan Kesihatan
Awam & Perkhidmatan Perbandaran. Teras
utama Bahagian Pengurusan Penjaja ialah
mengurus gerai – gerai / ruang niaga / tapak
niaga milik Majlis, mengawal tahap
kebersihan gerai serta memproses
permohonan lesen – lesen gerai / penjaja.
FUNGSI UTAMA
i. Merancang, menyusun, mengawal aktiviti
penjajaan di gerai – gerai Majlis / swasta,
tapak penjaja, tapak pasar malam yang
beroperasi dalam kawasan Majlis agar
sentiasa bersih, teratur dan mengikut
Undang – Undang Kecil Majlis Bandaraya
Ipoh;
ii. Memproses semua jenis permohonan
lesen penjaja beredar, pasar malam dan
pusat penjaja swasta / statik;
iii. Memastikan tahap kebersihan gerai
makan dan pusat – pusat penjaja pada
tahap terbaik dan selamat;
iv. Menjalankan urusan temuduga gerai /
petak niaga Majlis bila ada kekosongan;
v. Melaporkan segala kerosakan struktur
pusat penjaja Majlis kepada Bahagian
Kerja dan Bangunan untuk kerja-kerja
pembaikan;
vi. Menjalankan kerja-kerja pembersihan
setiap hari di setiap gerai / pusat penjaja
milik Majlis;
vii. Memastikan kutipan sewa, bayaran bil air
/ elektrik dan lesen berjalan lancar tanpa
tunggakan;\
viii. Menguatkuasakan Undang – Undang
Kecil Penjaja, Undang – Undang Kecil
Gerai Kepunyaan Majlis, Undang – Undang
Kecil Pengendali Makanan, Akta Makanan
1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan
1985, Undang – Undang Kecil Tandas Awam.
Undang – Undang Kecil Pasar Malam dan
sebagainya.
LAPORAN TAHUNAN 2015
14
PRESTASI TAHUN SEMASA
Pencapaian Bahagian Pengurusan Penjaja
sepanjang tahun 2015.
BIL. AKTIVITI PENCAPAIAN
2015
1. Pemeriksaan ke atas lesen
gerai & pusat penjaja
3,190
2. Jumlah permohonan lesen
diterima
399
3. Bilangan kompaun
dikeluarkan / amaun
720
RM 57,270
4. Bilangan Notis – Tunggakan
sewa / lesen
320
5. Bilangan gerai dikunci 30
6. Bilangan gerai dipotong
bekalan air
6
7. Bilangan kes mahkamah 3
PERANCANGAN TAHUN 2016
Mempergiatkan usaha mengurangkan bil
– bil sewa tertunggak sama ada akaun
aktif atau akaun tidak aktif ke tahap
minima;
Membuka lebih banyak tapak – tapak
niaga seperti Pasar Pagi, Pasar Malam
atau ‘Up Town’ untuk membantu
usahawan kecil bertapak dan
seterusnyameningkatkan tahap sosio-
ekonomi peniaga;
Mempertingkatkan tahap kebersihan dan
keselamatan makanan yang dijual sama
ada di Medan Selera milik Majlis atau
swasta ke tahap yang lebih tinggi melalui
pemeriksaan / penilaian premis gerai dan
penjaja secara berkala dan berterusan.
Aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan (penyerahan
risalah berkaitan pengendalian makanan) kepada
peniaga bazar Ramadhan bersama Tuan SUB dan Ahli
Majlis.
Pemantauan syarat pelesenan penjaja di tapak-tapak
niaga yang dilesenkan.
BAHAGIAN
PENGURUSAN
PASAR
PENGENALAN
Bahagian Pengurusan Pasar di bawah
Jabatan Kesihatan bertanggungjawab
menguruskan petak, gerai dan ruangniaga
untuk peniaga kecil bagi membantu
LAPORAN TAHUNAN 2015
15
pertumbuhan ekonomi serta mengujudkan
pasar awam yang terkawal, bersih, indah,
selamat dan membangun.
Pada masa sekarang, terdapat 20 Pasar
Awam disekitar Bandaraya Ipoh yang
diuruskan oleh Bahagian Pengurusan
Pasar. Ia termasuk Pasar Besar Ipoh,
Pasar Buntong, Pasar Falim, Pasar
Gunung Rapat, Pasar Kg. Simee, Pasar
Menglembu, Pasar Pasir Pinji, Pasar
Taman Canning, Pasar Bukit Merah,
Pasar Ampang Baru, Pasar Bercham,
Pasar Kg. Tawas, Pasar Borong, Pasar
Tambun, Pasar Jelapang, Pasar Tg.
Rambutan, Pasar Chemor, Pasar Pasir
Putih, Pasar Simpang Pulai dan Pasar
Sementara Falim (Penyembelihan Ayam).
FUNGSI
* Pelesenan dan penyewaan gerai/petak
* Perkhidmatan pembersihan pasar awam
* Pengawasan kebersihan gerai makanan
* Penyiasatan aduan pasar awam
* Penguatkuasaan undang-undang pasar
PRESTASI TAHUN SEMASA
Bahagian Pengurusan Pasar mengeluarkan
sebanyak 3472 lesen tetap dan 986 lesen
sementara dan lesen pasar harian dengan
jumlah kutipan RM762,605.00 sepanjang
tahun 2015. Pada masa yang sama bahagian
ini juga telah memproses 281 lesen baru.
Pada tahun 2015, bahagian ini juga telah
menyewa sebanyak 946 gerai di Pasar Besar
Ipoh dengan jumlah kutipan RM269,551.00
dan sebanyak 49 petak peraih ikan di Pasar
Borong telah disewakan dengan jumlah
kutipan RM17,402.00.
Sepanjang tahun 2015, 153 kompaun dengan
kutipan sebanyak RM20,050.00 telah
dikenakan terhadap peniaga-peniaga haram
disekitar pasar dan juga peniaga-peniaga
yang tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan
pasar.
CARTA BAR PENDAPATAN DI BAHAGIAN PASAR BAGI TAHUN 2011 HINGGA 2015
0
200000
400000
600000
800000
1000000
1200000
1400000
1600000
1800000
2000000
2011 2012 2013 2014 2015
JUMLAH RM
1,385,962.00
1,507,935.000
1,850.055.00
1,303,625.001,260.675.30
BANGUNAN BARU DAN
PENAMBAHBAIKAN BANGUNAN
PASAR
1. Fasa 3 (23 gerai) di Medan Selera Pasar
Besar Ipoh telah dinaiktarafkan
(Berhawa Dingin) di sepanjang tahun
2015 dan telah diserahkan kepada
Jabatan Penilaian.
LAPORAN TAHUNAN 2015
16
2. Penambaikan Blok G (Daging Khinzir,
Sayur dan Ikan) Pasar Menglembu Lama
telah dirancang pada hujung tahun 2015
tetapi telah ditunda pada tahun 2016
dengan bajet daripada 2015.
Gambar Medan Selera Pasar Besar Ipoh (Berhawa Dingin) Fasa 3.
Gambar Bangunan Pasar Ayam Dan Parkir Bertingkat Pasar Besar Ipoh Yang Dalam Pembinaan.
PERANCANGAN 2016 1) Menaiktaraf Pasar Tambun dengan menukar
bumbung, pagar dan kawasan sekeliling serta
meja peniaga.
2) Bangunan Pasar Ayam Baru dan Parkir
Bertingkat dijangka siap pada hujung tahun
2016.
3) Mengurangkan penyembelihan ayam di Pasar
Besar dan Pasar-Pasar Awam bagi
mengelakkan risiko penyakit berjangkit serta
dapat menjaga kebersihan.
BAHAGIAN KAWALAN
VEKTOR
FUNGSI
i. Menyiasat dan melapor setiap kes notifikasi
demam Denggi/demam denggi berdarah.
ii. Pemeriksaan pembiakan aedes.
iii. Menjalankan kerja-kerja semburan kabus
untuk membunuh nyamuk dewasa.
iv. Menjalankan kerja-kerja semburan
`Larvaciding’ di tempat-tempat pembiakan
jentik-jentik nyamuk.
v. Menjalankan kerja-kerja pengurangan
punca pembiakan nyamuk.
vi. Melaksanakan penguatkuasaan Akta
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit
1975.
vii. Memberi nasihat, tunjuk ajar serta pelajaran
kesihatan kepada orang ramai tentang
bahaya penyakit demam Denggi.
viii. Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan
parit / longkang tanah ‘anti malaria’ dalam
kawasan MBI.
ix. Menjalankan siasatan dan mengambil
tindakan ke atas aduan-aduan berkaitan
kacau-ganggu nyamuk, ulat bulu, kutu
kucing dan tikus.
LAPORAN TAHUNAN 2015
17
PRESTASI TAHUN SEMASA
i. Pada tahun 2015 kes notifikasi denggi
adalah 5239 berbanding 4763 pada
tahun 2014, manakala kes positif denggi
2015 adalah 4943 kes berbanding 3859
pada 2014. Ia menunjukkan peningkatan
kes sebanyak 28.1% (1084 kes).
ii. Terdapat 15 kes kematian demam
Denggi pada tahun ini berbanding 12
kes kematian pada tahun 2014.
iii. Dalam usaha mengawal dan mencegah
penyakit demam denggi yang tinggi,
Majlis Bandaraya Ipoh menjalankan
tindakan teknikal bersama Unit Kawalan
Penyakit Bawaan Vektor, Pejabat
Kesihatan Daerah Kinta.
iv. Sebanyak 616 episod wabak berlaku
pada tahun 2015 berbanding 316 episod
wabak pada tahun 2014.
v. Pembersihan Parit/Longkang Tanah
Program ‘Anti Malaria’, 40 buah parit /
longkang tanah telah dibersihkan
sekurang-kurangnya sekali sebulan
mengikut jadual ditetapkan.
vi. Sebanyak 7 pameran diadakan
sepanjang tahun 2015.
vii. Sebanyak 29 program gotong-royong
telah diadakan pada tahun 2015, ia
termasuk Program Gotong-royong
Memerangi Demam Denggi Peringkat
MBI yang diketuai oleh Ahli Majlis.
viii. Sebanyak 503 aduan telah diterima
dalam tahun 2015 dan semua aduan
telah diambil tindakan. Aduan ini
melibatkan kacau-ganggu, nyamuk,
tikus, ulat bulu & kutu kucing.
ix. Pada tahun ini, Mesin ULV `Aerosol
Generator, Mesin ULV `Backpack’ dan 8
buah mesin fogging thermal dibeli
dengan peruntukan khas sebanyak
RM98,600.00 daripada KPKT.
PENCAPAIAN BAHAGIAN KAWALAN VEKTOR MBI TAHUN 2015 BIL AKTIVITI PENCAPAIAN
2015
1. Siasatan kes
denggi
263 kes disiasat
oleh Vektor MBI
2. Semburan kabus
‘fogging’
785 lokasi setiap
200m radius,
174, 052 premis
3. Pemeriksaan
Pembiakan Aedes 37,235 premis
4. Pemusnahan
punca pembiakan 175 lokasi
5. Pembersihan
longkang tanah 764 kali
6. Gotong royong
`Cari & Musnah’ 175 kawasan
7. Pameran kesihatan 7 kali
8. Siasatan aduan 488 aduan
9. Denda dikeluarkan 258 kompaun
10. Saman mahkamah 8
LAPORAN TAHUNAN 2015
18
0
100
200
300
400
500
600
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53
Kes
Minggu Epid
Kes Denggi Negeri Perak Tahun 2014 - 2015 berbanding Median 5 tahun (2010 - 2014)
2014 2015 median Mean
Graf Kejadian Kes Denggi Berbanding
Median Tahun 2014 & 2015)
Program Gotong-royong Memerangi Denggi.
Menanam Pokok Selepas Pembersihan Sampah
Haram bersama Tuan Setiausaha Bandaraya dan YB
ADUN Kawasan Manjoi.
Program Gotong-royong Operasi X Memerangi Hot
Spot Denggi Di Taman Cempaka
.
Aktiviti Semburan Kabus Di Lokaliti Demam Denggi
PERANCANGAN TAHUN 2016
i. Meminimakan kejadian kes demam
denggi/demam denggi berdarah seperti
mana dirancang oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.
ii. Melaksanakan 5 operasi bersepadu
bersama Pejabat Kesihatan Daerah
Kinta/Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
iii. Memberi pendidikan kesihatan kepada
semua pesakit demam denggi dan
konteknya.
iv. Berikutan bilangan kes demam denggi
yang meningkat pada tahun 2015, maka
pada tahun 2016 tindakan pengawalan
dan pencegahan dipertingkatkan dan
dipelbagaikan.
v. Pengukuhan strategi kawalan diwujudkan
bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kinta
(PKD Kinta), di mana MBI memberi
kerjasama penuh dalam segala aktiviti
kawalan dan pencegahan demam
Denggi.
LAPORAN TAHUNAN 2015
19
vi. Projek khas menggunakan `Polystyrene
Beads’ di dalam tangki septik individu
bagi pengawalan dan pencegahan
pembiakan nyamuk Aedes akan
diteruskan dalam tahun 2016.
UNIT SUNTIKAN
PENGENALAN
Unit Suntikan ditubuhkan bagi memberi
perkhidmatan suntikan vaksin Thypoid
kepada semua pengendali makanan di
kawasan Majlis Bandaraya Ipoh . Unit ini
dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai
Perubatan dan dibantu oleh tiga orang
pembantu awam .
FUNGSI
i. Menjalankan pemeriksaan kesihatan serta
memberi suntikan vaksin Thypoid kepada
semua pengendali makanan yang terdiri
daripada penjaja-penjaja bergerak / gerai,
restoran, kilang memproses makanan ,
pengusaha taska serta pengendali kantin /
dapur asrama sekolah.
ii. Menjalankan pemeriksaan kesihatan
bersama Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran (PPKP) ke kantin dan dapur
asrama sekolah dengan memastikan tahap
kebersihan, kaedah penyimpanan makanan
atau bahan makanan disimpan dengan
betul.
iii. Memberi perkhidmatan pendidikan
kesihatan berkenaan pencegahan penyakit
berjangkit kepada semua pengendali
makanan.
PRESTASI TAHUN SEMASA
Pada bulan Jun 2015, pihak Majlis telah
meluluskan kadar baru suntikan selaras
dengan kadar kenaikan kos ubat dan
peralatan perubatan. Di mana kadar baru bagi
warganegagara ialah RM35.00 seorang
manakala warganegara asing ialah RM60.00
seorang.
Bagi tahun 2015, Unit Suntikan telah
melakukan pemeriksaan dan suntikan kepada
pengendali makanan seramai 8200 orang
dengan hasil kutipan sebanyak
RM 189,480.00. Selain itu, Unit Suntikan juga
telah menjalankan pemeriksaan berkala di
kantin-kantin sekolah serta dapur asrama
sekolah bagi memastikan para pengendali
makanan telah mengamalkan kebersihan
yang telah ditetapkan dan mendapatkan
suntikan vaksin Thypoid. Unit Suntikan juga
melakukan suntikan vaksin Thypoid di luar
pejabat seperti kilang-kilang pembuat
makanan yang mempunyai ramai pekerja
setelah pengusaha kilang membuat
permohonan .
PERANCANGAN TAHUN 2016
Unit Suntikan dijangka akan berpindah ke Wisma
Bogainvilla pada awal bulan Januari 2016. Oleh
itu, jadual suntikan akan ditambah daripada dua
hari kepada empat hari iaitu hari Isnin hingga
Khamis jam 2.00 pm – 4.00 pm.
LAPORAN TAHUNAN 2015
20
BAHAGIAN
PERKHIDMATAN
BANDAR
FUNGSI
i. Pengurusan sisa pepejal di kawasan Majlis.
Pengurusan ini dijalankan oleh pihak
kontraktor dan juga pihak Majlis.
ii. Pengurusan pembersihan longkang awam
di seluruh kawasan pentadbiran Majlis.
iii. Pengursan penyapuan jalan kawasan
awam.
iv. Perkhidmatan bantuan untuk aktiviti
kemasyarakatan, seperti gotong-royong dan
bantuan semasa bencana.
IMG-20160512-
WA0056
Kutipan Sisa Pepejal
PRESTASI TAHUN 2015
i. Sisa domestik yang dilupuskan bagi
bulan Januari sehingga Disember 2015
adalah sebanyak 185, 943.08 tan.
Perkhidmatan yang diberikan telah
mencapai sasaran yang telah
ditetapkan.
ii. Sebanyak 7, 318 longgokan sampah
haram telah dibersihkan sepanjang
bulan Januari sehingga Disember 2015.
Bilangan longgokan sampah tertinggi
dicatatkan ialah pada bulan November,
iaitu 1458 longgokan. Longgokan
sampah haram yang dibersihkan
kebanyakannya adalah lokasi berulang-
ulang kali dibersihkan. Sebanyak 592
buah papan tanda `Dilarang Membuang
Sampah’ telah dipasang di tempat
longgokan sampah haram yang telah
dibersihkan.
iii. Kerja-kerja pembersihan longkang yang
dijalankan adalah sebanyak 103, 8087
meter daripada bulan Januari sehingga
Disember 2015.
iv. Sepanjang tahun 2015 sebanyak 135
aktiviti gotong-royong telah dijalankan.
v. Sebanyak 783 tawaran kompaun
bernilai RM 107, 100.00 telah
dikeluarkan bagi kesalahan `Anti-Litter’.
vi. Pada tahun 2015 sebanyak 9,309 aduan
telah diberi oleh bahagian ini. Daripada
LAPORAN TAHUNAN 2015
21
9,309 aduan sebnayak 7,986 aduan
telah diselesaikan sepenuhnya.
Selebihnya dalam proses tindakan
penyelesaian.
IMG-20160314-WA0029
Papan tanda menandakan kawasan operasi dan jadual kutipan sampah domestic oleh pihak kontraktor
IMG-20151231-WA0103
Penyapuan jalan
IMG-20160409-WA0124
Pembersihan Longkang Awam
IMG-20151227-WA0007 Pembersihan sampah haram
IMG-20160322-WA0043
Tindakan Kawalan Pembuangan sampah haram
IMG-20160322-WA0039
Papan Tanda `Dilarang Membuang Sampah’