Post on 12-May-2015
Hakcipta Terpelihara © 2007 Hotbiz2u.com
Versi 2.0 Kemaskini Terakhir Pada Ogos 14, 2007
Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian di dalam buku ini boleh di hasil semula, di
simpan di dalam simpanan awam, atau di sebarkan melalui apa-apa cara
sekalipun sama ada elektronik, mekanikal atau sebaliknya tanpa kebenaran
penulis. Untuk menghubungi penulis, sila ke
http://www.portaljutawan.com/contact-us/
.
Hanya penulis asal yang diberi lesen khas sahaja mempunyai hak untuk
menjual semula di bawah lesen 100% resell rights buku ini. Sila tunjukkan
bukti pembelian anda sebagai hak untuk menjual semula. Sekiranya anda
ingin menjual semula ebook ini, sila hubungi kami melalui link di bawah.
http://www.portaljutawan.com/contact-us/
Anda tidak boleh mengedarkan buku ini secara percuma atau sebagai
bonus E-Book. Penulis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan
undang-undang jika terbukti anda tidak mempunyai hak untuk menjual dan
mengedar semula.
NOTA PENTING : Sila rujuk ke halaman web http://hotbiz2u.com untuk
membaca terma syarat mengenai penggunaan buku ini sebelum anda
memulakan pembacaan anda. Saya tidak mahu mengambil sebarang
tanggung-jawab jika anda masih belum membacanya.
Legal Notice
While attempts have been made to verify information provided in this publication,
neither the author nor the publisher assumes any responsibilities for errors,
omissions, or contradictory information contained in this book.
This book is not intended as legal, investment, or accounting advice. The purchaser
or reader of this book assumes all responsibility for the use of these materials and
information.
SAYA DEDIKASIKAN EBOOK INI UNTUK PARA USAHAWAN INTERNET
SAMA ADA YANG BARU ATAUPUN SUDAH LAMA BERKECIMPUNG
DALAM BIDANG INI. SEMOGA PENAT LELAH, ONAK DURI YANG ANDA
LALUI MEMBUAH HASIL UNTUK ANDA. TETAPKAN SEMANGAT ANDA.
p/s: Saya tidak meletakkan isi kandungan di ebook ini supaya anda membaca
setiap patah perkataan yang terkandung di dalamnya.
PENGENALAN
Terima kasih saya ucapkan pada para pembeli dan pembaca semua. Saya tidak
ingin menulis panjang di sini sekadar imbasan perjalanan liku-liku yang saya lalui
sepanjang saya terjun dalam bidang perniagaan internet. Saya telah cuba
bermacam-macam cara untuk menjana wang melalui internet tetapi setakat ini
saya masih tidak berpuashati dengan hasil yang saya dapat.
Kadang-kadang semangat boleh luntur dek kegagalan yang menimpa, tapi saya
terus memikirkan cara bagaimana dan kenapa orang lain boleh berjaya dalam
bidang perniagaan dunia tanpa sempadan.
Akhirnya saya telah menemui satu cara yang betul-betul telah mendatangkan
kepuasan kepada saya kerana teknik yang saya gunakan telah menunjukkan
hasil. Saya tidak akan menoleh kebelakang lagi. Selepas saya menggunakan
teknik ini pelbagai idea muncul yang akan saya gunakan melalui teknik ini.
Saya akan sentiasa kemaskini ebook ini dengan maklumat-maklumat terbaru
untuk anda para pembaca ebook ini. Setiap kemaskini akan saya beritahu pada
anda kelak.
BAGAIMANA UNTUK ANDA MENGGUNAKAN EBOOK INI?
Anda mungkin sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui apakah teknik yang
digunakan sehingga anda boleh menjana wang pantas melalui internet. Saya
harap anda semua membaca setiap halaman dan tidak skip halaman tertentu
kerana mungkin akan menyebabkan anda sukar memahaminya. Namun begitu
saya akan menerangkan dengan sejelas dan semudah mungkin kepada anda.
Dalam ebook ini saya perlu tegaskan, saya tidak akan mengajar anda membina
laman web atau website (kata omputeh). Saya bukannya mahu mengajar anda
klik menu itu, ini. Anda boleh cari apa saja topic niche di internet dengan
membuat carian di http://google.com .Apa yang saya mahu ajar adalah satu
teknik atau satu kemahiran bagaimana saya dan anda boleh menjana wang
pantas dan berulang-ulang dari internet. Ianya cukup mudah. Anda hanya perlu
baca, faham dan cuba lakukan sendiri. Jangan cepat mengalah, yang penting
anda MESTI MENCUBA. Keseronokan dan kepuasan akan datang bersama
dengan kejayaan anda.
Beberapa perkara berkenaan dengan ebook ini:
1. Ebook ini akan membicarakan teknik yang digunakan dengan langkah
demi langkah dalam menjana wang melalui internet.
2. Ebook ini diterbitkan adalah untuk para pembaca yang masih baru dalam
bidang perniagaan internet dan akan ditunjukkan bagaimana
melaksanakan teknik-teknik sehingga anda mendapat idea untuk
menjalankannya.
3. Silalah baca dengan teliti dan cuba fahami konsep yang digunakan. Inilah
teknik yang saya gunakan untuk menghasilkan wang dari sumber yang
sah dari internet.
4. Jika anda masih tidak faham, sila baca berulangkali sambil anda
mencubanya secara realtime di internet untuk memudahkan anda
memahami teknik yang diajar.
5. Sila baca dan ikuti setiap langkah yang dikemukakan. Terutama sekali
topik google adword yang mana amat penting digunakan untuk
perniagaan internet.
6. Yang paling penting, baca dan buat. Anda mesti mencubanya sebelum
membuat sesuatu kesimpulan mengenai teknik ini. Belum cuba belum
tahu.
Bagi yang telah membeli buku di dalam hard copy dari pos, mungkin adalah baik
untuk anda juga membeli semula dari halaman web saya
http://www.hotbiz2u.com untuk menerima versi-versi percuma akan datang dan
dapat berkomunikasi dengan saya untuk apa-apa masalah anda.
Mengenai tawaran bantuan teknikal saya di dalam halaman web. Bantuan
teknikal itu adalah terhad dan berkaitan isu-isu kritikal sahaja. Kebanyakkannya,
sudah boleh diperolehi secara penuh di dalam buku ini. Nasihat saya adalah
untuk memeriksa dahulu buku ini secara terperinci sebelum menghantar soalan
anda.
Terima kasih kepada team http://hotbiz2u.com yang telah membantu
menyiapkan buku ini dan juga halaman web saya ini. Bantuan anda amat-amat
saya hargai demi membantu orang ramai di luar sana.
BAB 1BAB 1BAB 1BAB 1
Dua Kaedah Penjanaan Wang Pantas
Kita berada dalam dunia internet tanpa sempadan. Maka menjadi satu kerugian
jika kita saban hari menggunakan internet dan membayar bill steramyx tetapi
tidak mahu atau tidak tahu merebut peluang mencari wang melalui internet.
Ketahuilah, terdapat berbilion orang di seluruh dunia menggunakan internet
saban hari. Saya sendiri mengaut keuntungan ratusan malah ribuan ringgit setiap
hari melalui internet. Tentu anda yang mendengar kenyataan ini tidak percaya
akan kata-kata saya. Mereka tidak percaya kerana mereka tidak tahu
bahawasanya, lubuk emas ada di internet.
Antara contoh-contoh yang saya sendiri pernah cuba dan lihat orang lain
mengaut habuan ialah dari program affiliate, menjual produk digital, menjual
produk tangible, jual-beli lelong melalui E-Bay, Adsense, Advertising revenues
seperti Adbrite dan lain-lain, stock trading, multi level marketing yang halal,
Internet consultancy dan lain-lain lagi. Namun saya tidak akan menyatakan
secara terperinci berkenaan perkara ataupun topic di atas. Apa yang saya mahu
ajar anda adalah teknik atau kemahiran yang anda perlu tahu nanti. Hara panda
baca keseluruhan ebook ini.
Jauhkan diri anda dari tiga elemen di dalam Internet iaitu pelaburan Internet,
MLM haram dan forex. Ketiga-tiga strategi mengaut keuntungan Internet ini
memang menjadi bagi setengah-setengah orang tetapi hampir 90% akan gagal
dan gagal secara besar-besaran dari pelaburan yang besar. Ia terlalu berkait
rapat dengan unsur-unsur haram yang tidak diketahui.
Berdasarkan pengalaman saya hampir ke semua yang memasuki Internet untuk
menjana wang setelah menyertai seminar-seminar Internet akhirnya terjebak
dalam skim-skim ini dan akhirnya kerugian beribu-ribu. Teknik-teknik saya ini
mudah, tidak perlu banyak modal dan anda betul-betul mendapat perolehan hasil
dari kerja tangan anda sendiri. yang pada pendapat saya mudah dan cepat untuk
menjana wang sekarang dan tidak semestinya seratus peratus dari Internet
adalah seperti berikut:
1. Menjual Buku Anda Sendiri Di Bawah 100% Resell Rights
Anda boleh menjual semula buku ini dengan mencetaknya semula dan menjual
samada melalui Internet atau melalui pos sahaja.
2. Menyertai Dan Mempromosi Program-Program Affiliate
Kaedah ini adalah yang paling cepat dan paling mudah. Anda tidak perlu lakukan
banyak, hanya sertai program affiliate dan mula promosi. Saya akan cerita
mengapa anda tidak perlu sertai program Clickbank sebaliknya menyertai
program-program lain yang banyak lagi di luar sana. Saya juga akan ceritakan
kaedah cepat untuk mendapat wang dengan program affiliate dan kupas
mengapa anda gagal sebelum ini.
Baiklah, saya akan mula terang di bab & muka surat seterusnya.
BAB 2 Menjual Buku Anda Sendiri Di Bawah
100% Resell Rights Anda boleh ke mana-mana cyber-cafe dan cetak buku ini untuk tujuan jual semula. Ada 2 kaedah menjual buku ini iaitu :
1. Menjual Buku Hardcopy Melalui Pos Sahaja 2. Menjual E-Book Melalui Internet
Ikut arahan saya selepas ini secara step by step:
1. Menjual Buku Hardcopy Melalui Pos Sahaja Langkah 1 : Cetak Buku Ini
Anda diberi lesen untuk mencetak buku ini dan menjual semula. Hanya mereka-
mereka yang membeli terus dari halaman web saya diberi lesen 100% untuk
menjual semula. Pergi ke mana-mana cybercafe sekarang dan print ke semua 40
muka surat buku ini.
Langkah 2 : Cipta Salesletter
Salesletter adalah surat jualan yang menjual buku saya ini. Anda boleh gunakan
template salesletter yang saya beri di dalam portal keahlian halaman web saya
untuk mencipta salesletter anda sendiri. Salesletter tersebut adalah dalam format
Word 97. Pergi ke cybercafe dan tukarkan alamat di borang pesanan di bawah
ke nama anda, alamat peti surat atau rumah anda sendiri. Anda boleh hargakan
barangan mengikut cita rasa anda sendiri. Setelah anda berjaya edit muka surat
salesletter supaya ia menjadi kepunyaan anda selepas ini, pastikan anda print di
mana-mana cybercafe sekarang. Nah, anda telah ada salesletter anda sendiri.
Anda boleh fotokopi sekurang-kurangnya 100 keping salesletter untuk di edarkan
nanti.
Langkah 3 : Buka Peti Surat
Sebelum itu, anda boleh gunakan peti surat Pos Malaysia ataupun alamat rumah
anda sendiri. Jika anda tidak mahu diganggu atau risau surat anda hilang dicuri
dan lain-lain lagi, anda boleh pergi ke mana pejabat Pos Malaysia dan minta peti
surat persendirian anda sendiri. Kos untuk membuka peti surat adalah dalam
RM10 setahun sahaja. Sekarang tukarkan di dalam salesletter, alamat peti surat
anda ini.
Langkah 4 : Promosi Penjualan Buku Anda
Saya cadangkan 3 cara untuk mempromosi buku anda ini.
Satu, adalah melalui Internet atau email. Anda boleh email salesletter di atas
kepada sesiapa yang anda kenal ataupun di forum-forum dan minta mereka
hantar wang pos kepada anda. ATAU anda lihat di bab terakhir buku ini yang
menceritakan pelbagai teknik mempromosi dengan menggunakan Internet.
Kedua , anda boleh cetak satu muka surat dengan sekurang-kurangnya 10 kotak
dengan mesej “Minat untuk menjana wang di rumah, hantar sampul berstem
dengan alamat sendiri ke Peti Surat XXX, XXX untuk maklumat percuma”. Jika
anda menerima pesanan nanti melalui peti surat, ambil sampul surat yang
mereka telah sediakan dan hantar satu salesletter kepada mereka. Ketiga, anda
boleh SMS dengan menggunakan Celcom Xpax dengan rate super-off peak
RM0.01 satu SMS (12:00 pagi ke 5:59 pagi). Jadi, jika anda hantar sms ke 1,000
orang, anda perlu bayar RM10 sahaja. Cuba janakan nombor-nombor rawak
Celcom sebanyak 1,000 dan mula hantar pesanan seperti berikut: “Mahu Buat
Duit Dari Rumah Secara Percuma,Hantar Sampul Surat Beralamat Sendiri
Dengan Setem 30Sen ke Peti Surat XXX, XXX Untuk Maklumat Percuma”. Itu
sahaja. Saya yakin sekurang-kurangnya 10 orang iaitu 1% akan menghantar
surat kepada anda. Sekarang anda boleh hantarkan salesletter percuma anda
kepada mereka.
Langkah 5 : Hantarkan Salesletter Anda
Saya sudah terang di atas. Hantarkan salesletter yang anda telah fotokopi
sebelum ini ke alamat-alamat mereka yang meminta lebih banyak maklumat dari
anda lagi. Jangan lupa letak alamat pulang semula di belakang sampul surat
anda supaya anda tahu mana yang tidak sampai ke destinasi mereka. Pejabat
pos selalunya akan pulangkan mana-mana surat yang tidak sampai.
Langkah 6 : Tunggu pesanan
Sekarang anda tunggulah pesanan dari mereka yang telah menerima salesletter
atau surat jualan anda ini.
Langkah 7 : Tunaikan Wang Pos
Sebaik sahaja anda menerima wang pos dari mereka dalam harga yang anda
telah letak bersama-sama borang yang telah diisi lengkap, anda boleh terus ke
Pejabat Pos dan tunaikan wang pos tersebut. Selalunya, anda akan menerima
tunai terus di kaunter sahaja.
Langkah 8 : Fotokopi & Bind Buku Ini Cantik-Cantik
Baiklah, anda perlu fotokopi, bind dan poskan ke alamat orang yang telah
tempah buku ini. Dari tunai yang anda dapat anda boleh gunakan untuk
melakukan ini semua. Selalunya, fotokopi 40 muka surat bersama binding adalah
dalam RM4.80. Sampul surat dan setem dalam RM3 pula. Kos adalah dalam
RM8 sahaja. Jika anda caj untuk harga buku sebanyak RM30, anda sudah boleh
perolehi keuntungan RM22.
Jadi andaian begini, jika anda SMS 1,000 orang 1% orang yang respon adalah
dalam 10 orang. Dari 10, jika seorang beli, anda dapat untung RM22. Belanja
mungkin hanya dalam RM10 untuk salesletter dan SMS. Anda dijamin untung
RM10 satu buku!
Langkah 9 : Hantarkan Dengan Pos
Cadangan saya ialah menghantar dengan pos biasa sahaja. Anda sepatutnya
perlu membayar setem dalam RM2 sahaja. Jika, ia tidak sampai, ia akan
dipulangkan ke alamat anda kembali.
Langkah 10 : Ulang Semula
Moga-moga mereka yang membeli dapat manfaat juga. Ulangi semula penjualan
buku ini.
Anda boleh gunakan teknik yang sama seperti di atas untuk promosi buku anda
melalui Internet. Tahniah! Anda telah berjaya mencipta income stream pertama
anda.
2. Menjual E-Book Melalui Internet
Anda boleh menjual sendiri E-Book ini di dalam Internet sebagai E-Book anda
sendiri. Saya memberikan anda hak sepenuhnya untuk menjual semula.
Bagaimanapun, mungkin anda telah melihat pelbagai kaedah, saya cadangkan
hanya satu kaedah termudah yang anda patut guna-pakai terutamanya jika anda
seorang newbie yang baru memasuki dunia Internet ini.
Langkah 1 : Save Buku Ini Sebagai Format PDF
Anda diberi lesen untuk save sebagai format PDF buku ini dan menjual semula.
Hanya mereka-mereka yang membeli buku saya secara sah mempunyai lesen
untuk menjual semula. Pastikan anda save satu copy buku ini di dalam hard disk
anda sebagai simpanan untuk kegunaan selepas ini.
Langkah 2 : Cipta Blog Anda Sendiri
Ini adalah cara yang termudah untuk membina halaman web anda sendiri. Pergi
cipta sebuah halaman web blog. Tidak susah, hanya pergi ke
http://www.blogger.com dan ambil kebanyakan ayat yang anda lihat dari
halaman web saya, can copy dan paste ke halaman blog anda sendiri. Jika anda
kurang pasti bagaimana mencipta halaman blog anda sendiri anda boleh ke
http://google.com untuk lakukan carian mengenai ini. Tetapi kesimpulannya
anda tidak perlu sebarang kemahiran membina laman web dan boleh copy dan
paste sahaja ayat salesletter saya ke halaman blog anda sendiri.
Satu lagi blog percuma yang anda boleh buat ialah di http://blogmas.com . Ikut
arahan di website blog tersebut bagaimana nak bina blog tersebut. Ianya dalam
bahasa melayu. Mudah, senang difahami.
Salah satu contoh yang bagus adalah Blog Portal Jutawan Dot Com di
http://potaljutawan.com . Mungkin ini adalah contoh yang lebih advanced tetapi
ia adalah contoh yang baik.
Langkah 3 : Tawarkan Mini E-Book Percuma
Tawarkan E-Book percuma dalam bentuk salesletter seperti yang anda telah
gunakan sebelum ini. Mini E-Book ini mesti di dalam format PDF. Tukarkan
sedikit maklumat di dalam Mini E-Book itu yang menawarkan E-Book ini
sepenuhnya dengan membayar anda dalam fee yang anda sendiri hargakan.
Misalannya, jika anda ingin hargakan E-Book ini untuk RM30, dalam Mini E-Book
itu nyatakan anda menjual buku ini untuk harga RM30 dan sila masukkan/deposit
wang ke dalam bank akaun anda.
Salah satu contoh adalah seperti di bawah.
Petikan foto dari blog http://portaljutawan.com
Tawarkan E-Book percuma seperti dalam kotak di atas.
Gunakan http://www.getresponse.com untuk mendapatkan order untuk mini E-
Book percuma anda ini. Ingat, E-Book ini boleh hanya dalam 3 muka surat
salesletter sahaja menjual produk yang sebenarnya. Anda juga boleh
menggunakan autoresponder Yahoo dan banyak lagi untuk memberi E-Book
percuma anda ini.
Sekiranya anda tidak mampu menyewa autoresponder anda boleh guna
autoreponder jenis percuma seperti di http://besent.net , http://sendme.com dan
banyak lagi. Saya menggunakan http://getresponse.com kerana kemudahan
yang diberikannya. Saya boleh broadcast email kepada subscriber saya dengan
hanya beberapa klik. Dalam bisnes internet, list adalah wang.
Langkah 4 : Bagaimana Mengutip Bayaran
Anda boleh minta pembaca anda deposit ke dalam bank akaun anda dan anda
periksa bank akaun anda sebaik mereka memasukkannya atau minta mereka
menghantar wang pos atau cek kepada anda samada ke peti surat anda atau ke
rumah sahaja. Anda boleh gunakan bank akaun persendirian anda untuk tujuan
ini.
Langkah 5 : Dapatkan Alamat URL Blog Anda
Sekarang sila periksa dan test dahulu samada alamat URL blog anda okay.
Kalau semua okay, anda sudah boleh mempromosi alamat blog anda ini.
Langkah 6 : Promosi Blog Anda Sebagai Signature
Anda boleh letakkan dalam setiap email anda, signature alamat web blog anda
ini supaya orang akan sentiasa lihat. Atau masuki forum-forum dan letak
signature anda supaya orang download melawat dan download E-Book percuma
anda.
Anda juga boleh menggunakan teknik-teknik promosi yang akan saya cerita di
bab terakhir buku ini.
Contoh signature dalam forum
Langkah 7 : Terima Pesanan Pembayaran
Periksa email anda selalu untuk tempahan E-Book anda ataupun tunggu sahaja
wang datang melalui Pos. Sebaik anda menerima wang mereka, hantarkan terus
E-Book kepada mereka melalui Email.
Itu sahaja! Ini adalah teknik newbie termudah.
Bagi yang sudah advance, ada bermacam-macam teknik lagi seperti membina
halaman web, mengambil domain name, mengambil hosting menerima Paypal
dan lain-lain. Ini bukan scope buku ini kerana saya akan tunjukkan cara-cara
yang paling senang untuk menjana wang di Internet sekarang juga.
Ada jauh lebih banyak resource yang percuma dalam Internet untuk membantu
anda membina halaman professional, mungkin anda boleh lakukan di masa akan
datang.
Teknik di atas ini boleh dilakukan dalam masa 7 minit dari sekarang. Biar saya
ulang lagi sekali, ia boleh dilakukan dalam masa 7 minit lagi. Satu minit
dikhaskan untuk setiap langkah atas.
Secara matematiknya, jika 1,000 mata telah memandang signature anda, 1%
akan download, iaitu 10 orang. Dari 10, jika 1% membaca dan membeli, anda
sudah dapat satu jualan. Semoga anda berjaya, inilah income stream kedua
anda sekarang!
BAB 3 Menyertai Dan Mempromosi
Program-Program Affiliate
Kemungkinan, anda pernah dengar ini beribu kali malah pernah mencubanya
tetapi gagal. Namun perlu saya beritahu anda kebanyakan kekayaan melalui
Internet secara jangka panjang adalah melalui program affiliate. Secara cakap
pasar, anda akan tolong promosi barangan orang lain untuk komisen. Komisen
mungkin dalam 1% ke 5% hingga kadang-kadang sampai 75%. Barangan apa?
Bermacam-macam barangan. Ada ribuan malah jutaan produk yang orang ingin
jual dan meminta anda tolong jualkannya.
Tetapi, mungkin anda akan berkata, anda telah mencuba sebelum ini tetapi
gagal. Ada banyak faktor yang membezakan antara yang gagal dan berjaya.
Saya akan ceritakan selepas ini. Tetapi sebelum itu, saya akan cerita lagi
mengapa program affiliate adalah pilihan utama saya.
Mengapa Sertai Program-Program Affiliate
1. Tidak perlu sebarang modal
Anda sepatutnya boleh menyertai program-program affiliate yang tidak meminta
anda sebarang yuran untuk menjadi seorang affiliate atau agen. Berbanding
dengan MLM dan lain-lain, anda tidak perlu membayar apa-apa untuk sertai dan
mempromosi program mereka. Malah, anda tidak perlu membelanja apa-apa
untuk mempromosi lagi. Ada banyak cara untuk mempromosi secara percuma
sahaja. Saya akan cerita tentang promosi percuma di bab seterusnya nanti. Lagi,
sekali masuki program affiliate yang percuma sahaja dan jangan bayar sesen
pun untuk menjadi affiliate.
2. Tidak perlu kemahiran luar biasa, skill Internet dan pengalaman
Anda tidak perlu kemahiran luar biasa Internet atau sebarang ijazah untuk mula
menjana pendapatan sebagai affiliate. Anda tidak memerlukan sebarang
pengalaman sebelum memulakan promosi anda. Anda tidak perlu belajar
membina halaman web, design halaman web, programming html/php dan lain-
lain. Anda boleh terus mula perniagaan internet anda dalam masa beberapa
minit lagi tanpa sebarang skill atau kemahiran. Buktinya, satu email kepada
kawan anda adalah contoh betapa mudahnya promosi affiliate ini.
3. Tidak perlu sepenuh masa atau banyak masa
Anda tidak perlu menghabiskan terlalu banyak masa berjam-jam melakukan
promosi atau berhenti kerja sekarang. Anda aktivasi sahaja teknik yang saya
cerita selepas ini dan sepatutnya anda akan lihat komisen dari jualan datang
terus. Saya pernah dengar ada setengah-setengah affiliate yang mahir hanya
ambil masa 5 minit untuk menghantar email keluar dan begitu sahaja.
4. Tidak perlu ambil risiko Tidak perlu mengambil risiko yang melampau. Saya akan tunjuk bagaimana.
Anda tidak perlu keluarkan wang ASB atau simpanan abadi anda atau keluar
rumah di nun malam cuba melakukan jualan. Paling menyeronokkan, anda tidak
perlu ke rumah kawan-kawan anda bercerita sampai gusi kering kerana anda
boleh lakukan segala-galanya dari Internet sahaja.
5. Tidak perlu kenal ramai orang Berbanding dengan MLM, anda tidak perlu kenal sesiapa. Anda boleh
mempromosi program affiliate anda kepada sesiapa tak kira dari negara mana
sekalipun. Paling penting anda tidak perlu keluar rumah untuk berjumpa
atau menjual apa-apa lagi.
Sebenarnya, ada seribu satu macam sebab mengapa anda patut tumpu kepada
program affiliate sahaja. Bagaimanapun, lima sebab utama di atas sudah cukup
untuk meyakinkan sesiapa untuk menumpukan perhatian kepada program-
program affiliate di Internet sahaja.
Bagaimana Memilih Program Affiliate
Inilah persoalan pertama yang sering timbul. Kebanyakan masalah dalam
promosi timbul kerana anda memilih produk yang tidak berkualiti atau langsung
tidak diminati orang. Buang masa anda mempromosi gila-gila program affiliate
untuk produk yang salesletternya langsung tidak professional dan tidak menarik
perhatian orang ramai. Jadi, bagaimana untuk memilih. Saya akan berikan
formula di bawah dalam memilih program yang sesuai untuk diri anda.
1. Produk Yang Komisen/Pulangan Tertinggi Buat apa membuang masa dengan promosi produk yang komisennya dalam 5%
atau jumlah yang kurang dari RM5 setiap jualan. Lebih baik anda tumpukan
kepada program affiliate yang mempunyai komisen tertinggi seperti 40% ke atas
dan harganya memang mahal.
Contoh yang saya sendiri gunakan adalah promosi produk “SEO Elite 4” yang
dapat komisen setinggi RM385.54. Produk ini memang berkualiti dan ramai
mahukannya. Jika saya promosi ke 1,000 orang, satu jualan saya sudah lakukan
pendapatan RM385.54. Selalunya, produk digital seperti E-Book memberi
komisen share tertinggi kerana kos pembinaan maklumat tersebut adalah
rendah.
2. Produk Yang Dikendaki Ramai
Jika anda promosi tajuk-tajuk yang tidak laku seperti Teknik Membuat Roti Canai,
agaknya ada orang tak yang mahu membeli E-Book yang anda promosi? Cari
produk yang memang orang mahu. Bagaimana hendak tahu? Gunakan Google
Trends dengan pergi ke http://www.google.com/trends seperti di bawah:
Lihat perbandingan yang saya lakukan untuk roti dan ebook. Tiada siapa pun
mencari bagaimana nak buat roti ! Agak pelik ada orang mahu jual E-Book
bagaimana untuk buat roti dan agak pelik lagi jika ada sesiapa mempromosi
program affiliatenya.
3. Salesletter Berkualiti
Jika anda menghantar email ke halaman web yang nampak seolah-olah kanak-
kanak darjah 3 design, anda ingat orang sanggup keluarkan wang RM10 untuk
membeli produk tersebut? Kalau saya sendiri akan was-was dengan ini. Jadi
jangan buang masa dengan produk yang salesletternya macam kanak-kanak
riang ini. Anda boleh pilih halaman mana yang anda mahu promosi dengan
melihat salesletter dan halaman webnya.
Tips untuk mengetahui salesletter bagaimana yang anda patut sertai program
affiliatenya adalah dengan pergi ke http://clickbank.com/marketplace . Jika
anda lihat salesletternya menyerupai atau menyamai taraf yang anda lihat di sini,
baru anda sertai. Anda juga boleh menggunakan Alexa untuk lihat trafik
salesletter tersebut. Kalau tidak lebih baik jangan buang masa anda yang
berharga ini.
Jadi, secara kesimpulannya, gunakan formula TPS. Tertinggi, Produk & Salesletter. Bagaimana Menyertai Program Affiliate
Sekarang, di mana anda mahu mencari program affiliate yang boleh disertai.
Jawapannya, terlalu banyak tempat anda boleh cari. Cadangan saya adalah
untuk mencari sekurang-kurang 10 program affiliate yang anda boleh promosi
serta-merta selepas ini dan mencuba teknik-teknik promosi yang saya akan
ceritakan selepas ini.
Baiklah, ini antara cara-cara mencari program affiliate termudah : 1. Gunakan Google Search Pergi ke http://www.google.com dan cuba lakukan search untuk keyword-
keyword berikut dan lihat apa yang keluar.
affiliate program travel affiliate program make money affiliate earn money affiliate program affiliate programs affiliate program provider affiliate software uk affiliate program affiliates program affiliate tracking software list of affiliate programs best affiliate programs top affiliate program software affiliates top affiliate programs super affiliate cloning program affiliate online program paypal affiliate affiliate program malaysia affiliate commission bus affiliate program affiliate websites best affiliate program affiliate marketing affiliate program software ebook affiliate business opportunity affiliate program affiliate programme pay per click affiliate affiliate sites
affiliate money cpm affiliate pay per click program affiliate business internet marketing affiliate program casino affiliate game affiliate program best affiliate affiliate marketing program affiliate programe internet affiliate program affiliate pay per click programs affiliate networks affiliates programs affiliate banner web affiliate program internet affiliate programs web hosting affiliate adult affiliate own affiliate program ppc affiliate affiliate program in malaysia affiliates programme
Anda juga boleh mencari link-link berbayar Adwords di atas dan di tepi seperti di
bawah. Ini selalunya mempunyai program-program affiliate yang lebih
professional.
Ingat, sertai program affiliate yang percuma sahaja. Jangan bayar apa-apa
yuran untuk menjadi affiliate mereka.
2. Lihat Network-Network Affiliate
Anda boleh lihat network-network affiliate seperti berikut :
CJ.com
Darkblue.com
Linkshare.com
Performics.com
Shareasale.com
Affiliatefuel.com
Clixgalore.com
Ukaffiliates.com
Affiliatewindow.com
Clickxchange.com
Valueclick.com
Affiliateguide.com
Associateprogram.com
PayDotCom.com
FastClick.com
Saya jamin dari site-site di atas anda dapat mencari beribu-ribu program yang
anda boleh promosi dan dapat terus cek dalam US dollar ke Malaysia.
Ya, anda mungkin tertanya-tanya tentang Clickbank. Saya akan cerita selepas ini
mengapa Clickbank adalah pilihan terakhir untuk anda.
3. Program-Program Affiliate Malaysia
Cara termudah adalah menyertai program-program affilite Malaysia. Saya
sertakan sedikit site-site yang anda boleh promosi. Saya tidak sempat menyelidik
mana-mana halaman web ini dan telah mengambil senarai ini secara rambang
sahaja dari penyelidikan saya melalui Google dan setengah-setengah forum
sahaja. Anda sendiri perlu nilai mana yang baik untuk disertai dan mana yang
tidak baik. Saya sertakan site-site di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
sekali. Kelebihan program affiliate based di Malaysia ialah mereka boleh bayar
terus kepada anda dalam Ringgit Malaysia ke bank akaun anda di sini tanpa
perlu menunggu lama untuk cek US Dollar.
hotbiz2u.com
Rahsiamlm.com
Salesmembunuh.com
Seantanmarketing.com/collection
smswang.com
malaysiapal.com
bookcafe.com.my
alatpenjimatan.com
themalaysianrevolution.com
www1.usahaniaga.com
unitamanah.com
bloggingsteps.com/kit/agen
e-kamus-malaysia.com
modelbisnesinternet.com
tipshartanah.com
onlyinmalaysiamah.com
adikbijak.com
belajarbahasaarab.com
rajaadsense.com/agen
misijutawan.com
rahsiakekayaan.com
affiliatespaycenter.com/idevaffiliate/signup.php
maskahwin.com/agen
ideabisnesluarbiasa.com/index.html
plazacentre.net/rakanniaga
dapatwang.com/user/index.php
kuasaforex.com
www.internetmuda.com
www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm
www.affiliatedahsyat.com
www.belajarcpanel.com
Dan banyak lagi, anda hanya perlu mencari lagi samada melalui Google atau
mana-mana forum pendapatan Malaysia untuk mencari program-program bagus
yang anda boleh promosi. Saya tidak berapa tahu tentang halaman-halaman web
di atas. Anda perlu masuk satu-satu dan lihat sendiri mana anda boleh promosi
dan sesuai untuk diri anda sendiri.
Mengapa Tidak Perlu Sertai Clickbank
Sudah semestinya, Clickbank adalah tempat terbaik untuk mencari program-
program affiliate yang terbaik dan dalam pelbagai kategori. Ada lebih kurang
10,000 produk di sini. Tetapi nasihat saya adalah untuk melupakan terus buat
sementara waktu hingga anda mempunyai modal yang banyak untuk membuka
peti surat di Singapura dan akaun bank DBS di sana. Anda perlu modal
sebanyak RM1,800 lebih kurang untuk tujuan ini. Lagipun, anda perlu ke
Singapura untuk membuka akaun bank. Buku Chapter-M oleh Gobala Krishnan
menceritakan secara detail teknik ini. Bagaimanapun, modalnya mungkin masuk
dalam ribuan untuk mula mempromosi. Jadi, lebih baik anda lupakan dahulu dan
tumpukan ke program-program Malaysia atau network-network lain di atas
dahulu.
Bagaimanapun, jika anda telah bersedia, ada seribu satu macam resources di
luar sana dengan pelbagai teknik untuk menjana wang dari Clickbank. Saya
sendiri sedang menjana wang besar-besaran di Clickbank sekarang. Tetapi saya
tidak akan langsung tunjukkan bagaimana menjana wang melalui Clickbank di
sini kerana saya takut anda akan terpesong dan mahu cepat mencuba
sedangkan teknik Clickbank memerlukan modal yang besar untuk bermula DAN
yang paling menyusahkan anda perlu ke Singapura untuk membuka akaun bank.
BAB 4 Kaedah-Kaedah Promosi Paling
Kritikal
Sudah pasti anda sudah baca banyak blog-blog, newsletter-newsletter, E-Book
yang mengajar pelbagai teknik promosi percuma yang anda boleh lakukan.
Tetapi hakikatnya, bukan semuanya boleh mudah menjadi, anda perlu tumpu
kepada teknik promosi yang benar-benar berkesan sahaja kerana masa anda
adalah terhad untuk melakukan semuanya. Anda mungkin akan lihat saya akan
ceritakan tentang beberapa teknik sahaja yang benar-benar berkesan pada
pendapat saya.
Promosi adalah kritikal kerana ia adalah akar kepada samada kejayaan atau
kegagalan anda. Semata-mata memasuki program affiliate tetapi tidak dapat
mempromosi dengan betul akan menggagalkan segala-galanya. Oleh kerana itu,
anda perlu menumpukan betul-betul pada bab ini dan mencuba setiap teknik
yang saya tunjukkan.
Saya simpulkan kepada 2 cabang promosi dan terangkan mengapa saya
bahagikan begitu.
1. Kaedah Berbayar
Teknik ini memerlukan sedikit modal untuk memulakan promosi. Bagaimanapun,
anda boleh track secara real-time supaya dapat memastikan wang anda tidak
hilang begitu sahaja. Bagaimanapun, jika anda menggunakan kad kredit, anda
tidak perlu belanja apa-apa lagi dan boleh mula menjana wang dan mendapat
komisen sebelum sampainya bil kad kredit anda. Contoh yang terbaik adalah
Google Adwords. Saya akan ceritakan lagi selepas ini.
2. Kaedah Percuma
Teknik ini mudah dan boleh dilakukan terus. Ia seperti promosi email dan lain-lain
lagi. Mungkin anda sudah dengar banyak kali mengenai ini dan telah mencuba
bermacam-macam cara tetapi gagal, saya akan kupas secara mendalam
bagaimana anda boleh berjaya dengan menggunakan teknik ini.
Baiklah, saya akan ulaskan dengan lebih mendalam kedua-dua teknik di atas :
Kaedah Berbayar
Berikut kaedah-kaedah canggih yang anda boleh gunakan :
Google Adwords
Walaupun, menggunakan sedikit modal tetapi inilah teknik yang paling berkesan
setakat ini. Anda boleh mudah kawal bajet anda supaya tidak terlebih bayar.
Berbanding dengan melabur untuk satu banner di Cari, anda boleh lihat betul-
betul kejayaan dengan Adwords dan menukar bajet atau keywords jika promosi
anda kurang menjadi. Anda perlu ada kad kredit atau kad debit untuk
menggunakan teknik ini.
Jika anda tidak mampu menggunakan kad kredit, saya cadang anda pergi buka
akaun simpanan di CIMB Bank dan minta Kad Visa Debit mereka. Masukkan
sedikit wang sana dan anda sudah boleh gunakan ia untuk promosi Google
Adwords anda.
Daftar akaun Adwords anda dengan pergi ke :
https://adwords.google.com/select/starter/signup/ForkAuth
Gunakan Standard Edition.
Kos untuk mendaftar adalah RM20 sahaja. Lihat carta di bawah untuk maklumat
lanjut. Jika anda menggunakan kad kredit, anda tidak perlu membayar ini lagi
sehingga anda sudah menjana pendapatan.
Pilih English dan pilih Countries and territories dan teruskan.
Pilih negara mana yang anda ingin promosi. Saya pilih Malaysia dalam contoh ini.
Letakkan iklan anda. Pastikan anda letak ayat iklan anda bersama URL halaman
web affiliate yang anda telah sertai. Atas hanya contoh.
Letakkan keyword-keyword permulaan. Saya pilih di atas sebagai contoh sahaja.
Saya akan cerita dengan lebih lanjut mengenai ini selepas ini.
Kemudian letak bajet RM20 sebagai bajet permulaan. Letak sahaja Default CPC
bid RM0.04 dan tekan Continue. Kita boleh tukar-tukar bajet permulaan ini
selepas ini.
Review segala maklumat dan tekan Continue To Sign Up sahaja.
Baiklah, anda boleh teruskan dengan sign-up anda. Dalam contoh di bawah,
saya menggunakan akaun Gmail saya yang telah saya sign-up sebelum ini dan
gunakan email tersebut untuk sign-up bagi perkhidmatan Adwords ini. Anda juga
boleh gunakan email-email yang lain jika anda mahu. Jika tidak buka Window
baru dan register email akaun Gmail anda dahulu.
Selepas itu, klik sign-in dan anda akan lihat seperti di bawah:
Klik pada activate your account dan masukkan segala butir-butir yang di minta.
Anda boleh teruskan lagi di sini dan pilih Prepay Billing by Credit Card. Bermakna
selepas ini, kad kredit anda akan dicaj hanya selepas anda mendapat klik.
Bermakna, kad kredit anda tidak akan dicaj selagi anda masih belum mendapat
trafik dari Google Adwords. Tahniah.... anda sudah ada akaun Google Adwords
anda sendiri. Kos setakat ini RM20! Anda akan betul-betul merasa RM20 dalam
bil kad kredit akan datang nanti.
Baiklah, login semula ke dalam akaun anda dan pilih Create a new campaign -
keyword targeted dan isi semula maklumat bajet, ayat dan lain-lain.
Pilih Bajet
RM20 sebagai permulaan.
Pilih Ayat
Letak apa-apa ayat dan letak URL halaman affiliate yang anda telah pilih.
Keywords
Gunakan keyword tool. Tool ini boleh mencari keyword yang berkaitan. Jadi anda
boleh mula dengan hanya beberapa keyword dan berkembang menjadi ribu-ribu
keyword.
Klik Add untuk masukkan keyword-keyword tersebut ke dalam Campaign anda.
Bina keyword yang besar supaya banyak keyword yang orang akan pilih.
Jumlah Campaign
Anda boleh cipta banyak campaign dengan bajet masing-masing bagi setiap
campaign. Contohnya, anda boleh letak RM20 untuk Google Search (iklan anda
keluar apabila orang melakukan Google search ke keyword yang anda pilih) dan
RM20 untuk Content network (iklan anda akan keluar pada Adsense di halaman
selain dari Google).
Anda boleh mencuba bermain-main dengan Google Adwords tools dan lain-lain.
Tapi saya akan berikan strategi untuk anda guna dalam Campaign Google
Adwords anda. Berikut strategi yang anda sendiri boleh gunakan.
Kesimpulan: Saya memilih program affiliate yang membayar RM20 untuk setiap
jualan. Komisen di bayar setiap 2 minggu. Saya telah belanja RM20 untuk setup
akaun Adwords setakat ini.
Anda akan menukar bajet bergantung dengan jualan yang anda dapat. Jika
jualan meningkat, anda boleh naikkan lagi bajet. Jika tidak, anda perlu kurangkan
bajet anda lagi. Pendapatan sebulan saya setakat ini RM1,400 sahaja. Dan yang
paling canggih, saya masih tidak belanjakan satu sen pun lagi kerana bil kad
kredit saya sebanyak RM1,820 akan datang 11hb Februari (bulan depannya)
sahaja.
Menghantar URL
Ada 2 teknik menghantar URL :
1. Anda boleh menghantar pelawat terus ke URL bersama-sama id affiliate
anda.
atau
2. Teknik Advance : Anda boleh cipta satu landing page/pre-sell page
dengan membina satu lagi halaman lain dan mengambil domain name
dengan menggunakan namecheap.com. Di halaman web ini anda akan
ceritkan dengan lebih lanjut mengenai produk yang anda akan promo atau
memberi sedikit review dan menjemput mereka menyertai newsletter anda
dan lain-lain dan menolak mereka ke halaman affiliate yang anda telah
pilih tadi. Dengan ini, anda sudah boleh mula meyakinkan mereka sedikit
sebanyak 10% bahawa produk yang anda promosi adalah berbaloi. Ini
juga supaya mereka tidak beli terus tanpa pergi ke affiliate anda. Teknik
ini diceritakan dengan panjang lebar dalam buku Project X dan Day Job
Killer dan memang berkesan untuk diri saya apabila menggunakannya
untuk mempromosi produk-produk dalam Clickbank.
Menggunakan teknik mana bergantung kepada anda. Bagaimanapun, sebagai
newbie elok anda terus tolak ke URL dengan affiliate ID anda dahulu supaya
lebih cepat anda setup campaign anda selepas ini.
Bid Price Keyword
Bid price untuk setiap keyword akan berubah-ubah setiap hari bergantung
kepada demand keyword tersebut. Jika keyword tersebut popular, maka
harganya akan naik serta-merta. Anda perlu aktifkan harga baru tersebut untuk
mengambilnya. Jadi, setiap hari, anda perlu login selama dalam 10 minit untuk
melihat performance keywords, harga-harga keyword baru, jualan affiliate dan
keuntungan anda pada hari itu. Bak kata, 10 minit sehari adalah masa yang
anda perlu untuk menjana pendapatan Internet ini.
Tips Penting Ayat & Keyword
Tips saya untuk anda ialah memilih ayat yang benar-benar menceritakan produk
anda awal-awal supaya orang yang klik adalah orang yang mencari maklumat
mengenai produk tersebut. Contohnya, jika anda letak “gadis sunti” sebagai
keyword tetapi anda menjual E-Book rahsia pendapatan, memang anda akan
kerugian klik begitu sahaja. Pilih keyword dan ayat yang betul-betul
menggambarkan halaman web yang anda ingin promosi.
Akhir kata untuk Google Adwords
Teknik Google Adwords ini memang canggih dan boleh membantu anda terus
mendapat immediate trafik selepas ini tanpa perlu lakukan apa-apa promosi pun.
Tetapi anda perlu berhati-hati dengan bajet harian anda supaya anda tidak
terlebih belanja.
Teknik Berbayar Yang Lain
Sebenarnya ada banyak teknik berbayar yang lain. Akan saya senaraikan sedikit
tempat-tempat yang anda boleh bayar untuk iklan anda ditayangkan di sana. Ia
adalah Cari.com.my, Lelong.com.my, Lowyat.net, Utusan Media, Emedia (NSTP,
Berita Harian, Harian Metro dan lain-lain) dan banyak tempat lagi untuk anda
menghabiskan wang untuk membayar iklan.
Mesej penting saya adalah: LUPAKAN SEMUA HALAMAN INI SAHAJA.
Saya telah mencuba semuanya dan telah habis wang yang cukup banyak.
Mengapa? Anda bayar lumpsum iklan untuk sehari/seminggu tanpa jaminan
trafik yang diterima. Bermakna anda mungkin bayar samada RM1 sehari atau
hingga ke RM50 sehari untuk tiada satu trafik pun! Malah, masalah utama site-
site ini adalah pelanggan selalunya tiada minat dengan produk kita nanti kerana
mereka datang ke halaman web itu untuk tujuan lain seperti membaca berita.
Berbanding dengan Google, memang mereka sedang mencari maklumat
berkenaan keyword yang anda pilih.
Lagipun, banyak site-site ini telah mula menggunakan Google Adsense untuk
pendapatan iklan mereka, jadi jika anda gunakan Google Adwords yang jauh
lebih efisyen, iklan anda boleh keluar sana dengan lebih efisyen lagi.
Bagaimana pula dengan Autosurf dan lain-lain. Teknik ini juga kurang berkesan.
Hanya kurang dari 0.05% trafik yang datang dari autosurf akan membeli produk-
produk affiliate. Mereka ini memasuki autosurf untuk tujuan lain sebenarnya.
Bagaimana pula dengan forum-forum. Lagi sekali, jika mereka tidak
menggunakan Google Adsense, lebih baik elakkan dari membayar untuk iklan di
sana.
Tahniah! Anda telah membina income stream ketiga anda sekarang.
Kaedah Percuma
Baiklah saya akan ceritakan hanya beberapa teknik percuma yang saya rasa
paling berkesan dan anda patut tumpukan di sana sahaja. Ia adalah :
1. Membina Mailing List
Teknik ini memang cukup power dan memang berkesan. Jika anda pernah
membaca buku-buku seperti Day Job Killer dan Butterfly Marketing oleh Mike
Filsaime, mereka memberikan teknik-teknik terperinci bagaimana untuk menjana
wang yang cukup banyak dengan menggunakan teknik mailing list ini.
Bagaimanapun, saya akan ceritakan teknik termudah dan paling cepat untuk
anda membina mailing list ringkas anda. Jika anda mahu teknik-teknik yang lebih
canggih, anda boleh membeli buku-buku di atas dari Clickbank di masa akan
datang. Tetapi teknik yang saya akan cerita ini sudah cukup untuk anda
memulakan strategi mailing list anda.
Langkah 1 : Bina Mini E-Book Anda
Anda boleh mencari buku-buku yang boleh diedarkan secara percuma. Buku ini
mesti kecil sizenya dan boleh diedarkan dengan mudah. Pergi dan daftar di :
http://www.warriorforum.com/forum
Ada longgokan besar segala free E-Books di sini. Anda boleh gunakan mana-
mana E-Book ini secara percuma. Sila baca terma setiap E-Book supaya
memastikan anda ada hak untuk mengedarkannya.
Langkah 2 : Bina Halaman Web/Blog
Sama seperti yang telah saya ceritakan sebelum ini, anda perlu mencipta
halaman web mudah samada menggunakan http://freewebs.com atau
menggunakan http://blogger.com untuk mencipta halaman web blog anda.
Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, anda tidak perlu sebarang
kemahiran teknikal untuk membina blog anda sendiri. Sesiapa sahaja patut tahu
bagaimana mencipta blog sendiri.
Langkah 3 : Tawarkan E-Book Percuma
Sama seperti yang telah saya ceritakan sebelum ini, anda perlu tawarkan Mini E-
Book percuma ini untuk menarik mailing list mereka. Gunakan
http://getresponse.com yang boleh digunakan secara percuma sahaja.
Kesimpulannya, apabila orang mahu download, email mereka akan masuk ke
dalam database anda yang anda boleh gunakan di masa akan datang. Anda juga
boleh gunakan http://freeautobot.com yang percuma sahaja.
Langkah 4 : Tawarkan Newsletter Percuma
Sebagai tambahan, anda boleh tawarkan newsletter percuma yang anda kirim
mesej setiap minggu. Anda boleh letakkan alamat affiliate sebagai signature
dalam newsletter anda. Anda boleh gunakan site berikut untuk maklumat
newsletter anda :
http://www.seishindo.org/articles/_articles.html
Gunakan perkhidmatan http://server.com untuk membina newsletter anda.
Langkah 5 : Jemput Mailing List
Sekarang anda sudah berjaya kumpulkan senarai maklumat email mereka-
mereka yang berminat dalam sesuatu topik. Anda sekarang sudah boleh
menghantar email menjemput mereka membeli produk-produk dengan affiliate ID
anda pula. Anda boleh menjual pelbagai produk kepada ramai orang. Cukup
senang selepas ini.
Langkah 6 : Promosi E-Book Percuma Anda
Gunakan signature dalam email atau signature masa forum posting untuk
menarik minat orang ke halaman web/blog yang menawarkan E-Book percuma
anda ini.
Teknik membina mailing list ini adalah kritikal kerana jika anda telah ada mailing
list yang besar, anda boleh terus menerus mempromosi pelbagai produk lain
kepada senarai email anda.
2. Membina Pre-Sell Atau Review Blog
Sama seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini iaitu teknik advance
membina pre-sell page atau review blog anda sendiri. Anda boleh membina
laman review produk-produk yang anda sendiri telah kaji. Contohnya, setiap hari
anda memberi review sesuatu produk yang anda promosi dengan affiliate ID
anda sendiri selepas itu. Pastikan anda submit blog anda ke search engine
kerana blog lebih mudah tertarik ke search engine. Jadi, setiap 2 hari anda boleh
bertukar-tukar barangan dan mempromosi produk-produk yang berlainan. Ini
akan meluaskan lagi kebarangkalian untuk menjana komisen dari pelbagai jenis
program affiliate.
Teknik Blog juga adalah teknik mudah mencuri trafik dari sesuatu site yang baru
hendak naik. Oleh kerana Blogger.com adalah milik Google, maka apa-apa
posting yang keluar di Blog mudah untuk memasuki Google Search. Jadi, katalah
sesuatu site seperti Day Job Killer baru hendak naik dan anda beri review atau
komen cepat, kemungkinan besar ini akan keluar sebagai top search di Google.
Anda telah berjaya mencuri trafiknya dengan cara ini.
3. Teknik Berforum
Mungkin anda pernah terjumpa sesekali orang masuk dan bantai sesuatu forum
dengan iklan-iklan mereka kemudian cabut selepas iklan mereka keluar. Saya
sama sekali tidak bersetuju dengan teknik ini. Cara terbaik, berkesan dan boleh
bertahan lama ialah menyertai sesuatu forum dan participate, memberi pendapat
dan lain-lain. Malah, anda boleh target katalah dalam 5 forum untuk sehari
posting dan participate dalam apa-apa perbincangan. Seperti yang saya telah
tunjukkan sebelum ini, anda boleh letak promosi anda dalam signature anda
sendiri atau yang lebih berkesan dan bertahan lama ialah mempromosi halaman
blog anda. Ini akan meningkatkan pelawat ke blog anda dan di blog anda barulah
anda mempromosi apa-apa produk affiliate anda. Jadi, satu posting sehari dalam
blog adalah apa yang anda perlu lakukan.
4. Menjual E-Book Berbahasa Inggeris
Anda boleh memasuki banyak program affiliate yang produknya di dalam Bahasa
Inggeris tetapi anda telah beri review lengkap dan mengalih bahasa
salesletternya ke Bahasa Melayu untuk pembaca-pembaca dari Malaysia. Ini
teknik yang bagus juga.
5. Teknik Viral Marketing
Saya cukup berminat dengan teknik ini. Ia berkesan dan akan berkembang pesat
dan pesat dan pesat. Saya akan beri pelbagai contoh viral marketing terkini hari
ini. Apakah maksud viral marketing? Maknanya orang akan menghantar sesuatu
bahan dengan alamat URL anda ke orang lain dan orang lain akan
menghantarkannya kepada orang lain pula. Lama kelamaan makin ramai akan
membacanya. Antaranya adalah :
1. Viral Video Youtube
Anda boleh save and copy video orang lain dengan menggunakan Firefox dan
edit alamat web anda di dalam video tersebut dan masukkan semula ke dalam
Youtube. Contohnya, jika tiba-tiba dalam masa beberapa minit ada video menarik
terbaru, cepat-cepat download dan edit, kemudian repost ke dalam Youtube
sekali lagi. Jika anda ada kebolehan anda juga boleh mencipta video-video
Youtube anda sendiri dan edarkannya supaya orang lain akan edarkannya.
2. Viral Gambar-Gambar
Teknik ini berkesan. Jika ada gambar-gambar menarik terbaru seperti Jin kena
tangkap basah ke apa, anda masukkan halaman web anda dalam gambar
tersebut dan edarkan ke mailing list anda. Anda akan terkejut betapa lajunya
gambar ini akan diedarkan ke seluruh Malaysia.
Satu cara lagi anda boleh memasuki YahooGroups dan sertai pelbagai groups
dan menghantar email dengan attachment gambar setiap hari. Lihat contoh
berikut :
3. Viral Berita Tergempar/Sensasi/Kelakar/Slide Powerpoint
Kadang-kadang anda boleh copy dan paste berita-berita sensasi tanah-air dan
memberikan pendapat anda mengenainya dan hantar ke mailing list anda. Lagi
sekali, masukkan link URL anda sebagai signature di akhir berita sensasi
tersebut. Tempat yang paling sibuk yang saya nampak berita-berita sensasi
politik, sosial dan lain-lain ialah dengan pergi ke Google groups
soc.culture.malaysia.
Anda boleh letak URL anda dalam signature selepas posting berita anda.
Ada banyak lagi teknik-teknik viral yang boleh menjadi. Anda boleh mencari jalan
sendiri. Tetapi selalunya, edarkan bahan yang orang akan mahu edar ke
orang lain juga.
Di mana anda boleh edarkan? Saya simpulkan ke tiga tempat paling bagus:
mailing list anda sendiri, Yahoogroups/Google Groups dan forum-forum.
6. Teknik Chat Robot
Ini merupakan teknik yang agak kontroversi, tetapi amat berkesan jika anda kaki
borak melalui IRC. Saya mendapat laporan terdapat beberapa Internet Marketer
di Indonesia dan Malaysia menggunakan teknik ini dan mendapatkan sales
conversion tinggi sehingga 10%!
Untuk mengapplikasikan teknik ini, anda perlu ada sedikit pengetahuan tentang
bagaimana Chat Robot ini berfungsi. Secara am, chat robot adalah satu skrip
MIRC yang dapat berinteraksi dengan chatters lain berdasarkan arahan yang
diterima oleh Chat Robot tersebut. Anda tidak memerlukan pengetahuan teknikal
yang tinggi kerana kebanyakan skrip-skrip ini dapat dimuat turun dengan mudah
dari Internet. Anda hanya perlu googlenya! Oleh kerana skrip robot ini agak
kontroversi, saya tidak akan meletakkannya didalam ebook ini. Memadai jika
anda memahami konsep disebalik teknik Chat Robot ini.
Mari kita lihat bagaiman sistem ini berfungsi.
Robot Pasif : Robot Pasif adalah bot yang memasuki network IRC tetapi tidak
memasuki mana-mana chat room. Robot Pasif ini telah diprogram untuk hanya
mendengar arahan dari Robot Aktif. Ia akan mengabaikan apa-apa command
dari chatters atau bot-bot lain.
Robot Aktif : Robot Aktif adalah bot (ataupun anda sendiri) yang memasuki
channel-channel di IRC dan berinteraksi dengan chatters-chatters lain.
Info : Dua robot ini mesti beroperasi secara berpasangan untuk mengelakkan
anda dari ditendang keluar oleh IRCop atau IRC Operator.
Kunci kepada kejayaan dalan teknik Chat Robot ini adalah pilihan NICKNAME
anda. Biar saya ulang sekali lagi, pilihlah NICKNAME yang sesuai kerana pilihan
ini adalah berkadar terus dengan sales conversion anda! Sebagai contoh, jika
anda sedang target chatroom hangat di Malaysia, contohnya #mamak,
#kampung , #veteran, #klsex dan sebagainya.
Saya berani menjamin, jika anda menggunakan nickname seperti
Linda21SunyiKiut sebagai Robot Aktif anda, dalam masa kurang 10 saat anda
memasuki chatroom yang saya sebut diatas, anda akan menerima PM (Private
Message) tidak kurang dari pada 20 mesej! Ini bermaksud, dalam masa 10 saat,
terdapat 20 prospek yang mungkin membeli produk yang anda sedang pasarkan.
Disebabkan anda menggunakan nickname yang menarik perhatian chatters, ini
bukan dikira sebagai SPAM, kerana bukan robot tersebut yang “initiate the
communication”, tetapi chatters lain yang mula berkomunikasi dengan robot
tersebut.
Adalah penting supaya Robot Aktif anda tidak berkomunikasi langsung atau
memberi apa-apa respon kepada PM (Private Message) yang dihantar oleh
chatters lain. Ini kerana, terdapat robot-robot SPAM CHECKER yang aktif
didalam channel-channel yang top untuk memastikan tidak ada sesiapa yang
cuba menyepam orang lain. Apa yang Robot Aktif anda lakukan ialah menhantar
notifikasi kepada Robot Pasif anda dan menyalurkan maklumat tentang
nickname chatters lain yang cuba berkomunikasi dengan Robot Aktif anda.
Apabila Robot Pasif menerima notifikasi dari Robot Aktif, ia akan mula
menghantar Private Message kepada chatters lain untuk tujuan promosi.
Robot Pasif anda boleh menggunakan mesej promosi contoh seperti berikut :
“Hi, sori saya bz sket. Kalau nak tau info lanjut, gi kat sini
yek...http://xxx.xxx.com”
Pastikan xxx.xxx.com adalah link forwarder seperti tinyurl atau simurl. Jangan
sekali-kali menggunakan domain penuh program affiliate yang anda promosi
kerana ini dapat menjejas domain tersebut.
Disebabkan mesej promosi ini dihantar daripada Robot Pasif yang duduk diluar
channel, tidak ada Channel Op yang dapat menendang keluar Robot Pasif ini.
Akan tetapi, anda harus pilih skrip Robot Pasif yang mempunyai “throttle control”,
iaitu robot yang dapat mengawal kadar kelajuan mesej per minit. Ini kerana,
kebanyakan network irc yang besar seperti DALNET dan UNDERNET
mempunyai speed limiter.
Jika seseorang atau sesuatu bot cuba menghantar banyak mesej dengan cepat,
penghantar mesej itu akan diblock dan message seperti “Target nickname
changing too fast”
Teknik ini bukan hanya dapat diapplikasikan terhadap channel-channel hangat
sahaja. Jika anda sedang mempromosikan produk affiliate seperti
BelajarBahasaArab, Robot Aktif anda boleh memasuki chatroom-chatroom IPT
seperti #uitm, #upm, #utm dan sebagainya. Anda juga boleh pilih NICKNAME
Robot Aktif anda seperti CikguBahasaArabPercuma atau GuruArabCunMelecun
dan sebagainya. Yang penting, anda harus gunakan imaginasi anda untuk
menarik perhatian prospek-prospek anda!
7. Teknik Miss-Call Marketing
Ini adalah teknik yang baru dan efektif. Tetapi, seperti teknik 6 di atas, agak
kontroversi. Seperti tajuk teknik ini, ia tidak memerlukan komputer. Apa yang
diperlukan adalah talipon bimbit anda. Saya akan bagi contoh workflow
bagaimana teknik ini berfungsi.
1. Daftarkan nombor prepaid baru. Saya syorkan Celcom kerana coverage
yang baik di Malaysia.
2. Rakamkan pesanan suara dalam bentuk promosi. Sebagai contoh, “Hi,
untuk menjana RM1,000 ringgit dalam sekelip mata, lawati laman web
www.kayagila.com”.
3. Mula mendail nombor-nombor lain secara rambang. Jika ada mempunyai
database nombor-nombor pengguna handset lain, lebih baik”.
4. Pastikan anda hanya membiarkan nada dering sekali sahaja. Dengan cara
ini, anda tidak dicaj untuk misscall tersebut. Juga, jika nombor yang anda
dail tidak wujud, anda juga tidak akan dicaj.
5. Kajian telah menunjukkan, 70% daripada rakyat Malaysia yang menerima
miss-call akan cuba menghubungi kembali nombor tersebut.
6. Jika phone anda berdering, hanya tekan cancel untuk menghantar mereka
ke pesanan suara promosi anda. Tetapi lagi bagus phone anda ditutup.
Jangan lakukan misscall pada waktu tengah malam. Kajian menunjukkan,
kebanyakan orang Malaysia akan return balik misscall jika dilakukan pada
waktu pejabat. Lebih bagus anda dapat lakukan misscall untuk nombor
yang sama pada waktu pagi sekitar 10AM dan petang sekitar 4 PM.
8. Teknik Promosi Yahoogroups
Suatu masa dulu, teknik promosi Yahoogroups ini cukup berkesan untuk menarik
trafik ke mana-mana halaman web anda. Bagaimanapun, ramai telah mula
mengetahui mengenai ini dan terlalu banyak spam turun ke Yahoogroups
sehingga ramai tidak mahu lagi membaca apa-apa email yang telah di postkan.
Saya akan berikan teknik baru yang memastikan anda tidak membuang masa
memasuki Yahoogroups dan membolos group-group tersebut tanpa arah tujuan.
Tekniknya begini :
1. Lakukan search keyword yang paling orang suka melawat dengan
menggunakan Keyword Tools Adwords. Contohnya masukkan “buat
duit” dalam Keyword Tools dan cari perkataan-perkataan berkaitan.
2. Pergi ke Yahoogroups dan lakukan search berdasarkan keyword-
keyword yang orang suka dan berkaitan dan lihat groups-groups yang
disenarai.
3. Masuki groups tersebut dan lihat samada anda boleh post. Jika dia
tidak membenarkan posting, maka jangan join. Dan lihat iklan-iklan
bagaimana yang dibenarkan. Jika iklan jenis anda dibenarkan, join
sekarang.
4. Sekarang, lakukan posting tetapi jangan lakukan posting ke multiple
groups. Lakukan posting ke satu group sahaja, selepas itu baru beralih
ke group yang lain. Anda mesti memastikan posting anda tidak boleh
dianggap spamming kerana anda perlu memastikan anda memenuhi
terma yang diletak oleh moderator.
5. Target mungkin dalam 100 groups sehari, anda sepatutnya sudah
menerima trafik yang significant.
9. Teknik Pancing Iklan
Ini boleh dikatakan suatu teknik Blackhat yang saya belajar dari geng Rich Jerk
dalam buku terkininya. Ia adalah teknik memancing perhatian untuk membina
mailing list dan lawatan tidak sengaja ke halaman URL anda. Ia seperti begini :
1. Masuki site-site iklan seperti Cari iklan, iklan.com.my dan lain-lain.
2. Postkan iklan untuk menjual sesuatu atau memberi sesuatu secara lumayan.
Gunakan Yahoo Email dan letakkan autoresponder ke dalam Yahoo Email itu.
Contoh mudah: “Condo tepi KLCC untuk dijual murah, hanya RM20,000 sahaja.
Mesti sebelum hujung minggu ini! Hubungi email xxxx@yahoo.com cepat!”
3. Letak autoresponder di dalam Yahoo Email anda supaya menghantar mesej
automatik dengan menjemput sesiapa yang email ke halaman affiliate anda.
4. Simpan email mereka untuk kegunaan masa hadapan.
10. Teknik MySpace/Friendster
Jika anda lihat, Malaysia menduduki antara tangga teratas sebagai pengguna
Myspace dan Friendster. Anda boleh mempromosi secara besar-besaran di sini
dengan menggunakan hanya satu teknik cepat dan mudah. Anda boleh gunakan
http://massbots.com . Ini akan invite secara automatik orang ke dalam site
Myspace anda dan anda boleh terus promosi sesuatu kepada mereka tanpa
berlengah lagi. Antara perisian yang memudahkan anda add kawan :
Untuk Myspace: http://www.massbots.com/index.php?p=myspace-friend-
adder
MSN Messenger: http://www.massbots.com/index.php?p=auto-messenger
Bulletin poster: http://www.massbots.com/index.php?p=auto-bulletin-poster
YouTube Adder : http://www.massbots.com/index.php?p=youtube-friend-
adder
Dan banyak lagi, anda perlu Google untuk mencari pelbagai software seperti ini.
Teknik-teknik di atas ini sesuai untuk newbie yang tidak mempunyai halaman
web dan tidak tahu apa-apa mengenai html/programming dan lain-lain.
Baiklah, itu sahaja kaedah-kaedah percuma yang anda perlu tumpukan. Sudah
semestinya, anda boleh email ke kawan-kawan anda alamat URL anda tetapi ini
teknik yang sudah lapuk. Tumpu ke 10 teknik percuma di atas dan jangan
membuang masa lagi dengan teknik-teknik yang lain. Di dalam dunia promosi ini,
anda perlu menumpukan fokus kepada beberapa teknik sahaja.
Jadi, tahniah - anda telah mencipta income stream terakhir anda.
Teknik tambahan:
Saya memang menggunakan adword sebagai teknik paling penting, namun saya
juga menggunakan pelbagai cara lain.
Tool 1 : Email Viral Marketing Pictures
Gunakan Paint Brush and labelkan website URL anda dengan format GIF/JPG.
Emailkan kepada rakan-rakan anda..Contoh of pics: Amber Chia’s sexy pictures,
misspellings on road signs, accidents, jokes and others.
Tool 2: Email Viral Marketing YouTube Videos
Download video dari http://youtube.com menggunakan Video Downloader
extension dari Firefox dan download video lawak atau lucu atau yang menarik
perhatian anda . Edit video tersebut mrnggunakan software free video editing dan
masukkan alamat website anda. Download free video editing di bawah.
http://www.download.com/3120-20_4-
0.html?qt=video+editing&tag=srch&tg=dl-20&submit.x=0&submit.y=0
BAB 5 Kaedah Jana Wang Dalam Masa 7
Minit Sahaja Baiklah, anda telah tiba ke pengakhiran bab buku saya ini. Semasa membeli
buku ini, anda mungkin telah meletakkan matlamat untuk menjana RM20 dalam
masa 7 minit. Saya akan cerita bagaimana anda boleh melakukannya dengan
mengambil kesimpulan dari segala teknik-teknik yang telah saya cerita secara
mendalam dalam bab-bab yang sebelumnya. Bagaimanapun, yang lebih penting
ialah untuk menjana wang untuk jangka panjang yang lama dan bukan sekadar
cepat dalam 7 minit tetapi tiada lagi hasil selepas ini. Saya juga akan buktikan
anda boleh menjana hingga ke RM30,000 sebulan, takde masalah!
Fasa 1 : Menjana RM20 Dalam Masa 7 Minit Lagi
(Selama 2 Bulan Pertama)
Saya akan gunakan teknik program affiliate dengan mengikut langkah-langkah
berikut satu persatu di bawah :
Langkah Anda Perlu Lakukan Masa
1. Sertai Program Affiliate Malaysia seperti di dalam muka surat 18 buku ini. Matlamat anda ialah untuk mencari program yang boleh disertai secara percuma dan membayar dalam Ringgit Malaysia terus ke akaun bank anda setiap 2 minggu. Komisen sekurang-kurangnya dalam RM10 ke RM20 setiap jualan. Kalau boleh cari program yang masih baru dengan menganalisa menggunakan Alexa (http://www.alexa.com).
1 minit
2. Daftar akaun Google Adwords dengan menggunakan kad kredit/kad debit. Gunakan keywords, ayat dan lain-lain seperti yang telah diceritakan di dalam bab sebelum ini. Hantar terus ke URL dengan affiliate ID anda sendiri. Letakkan bajet RM20/hari sebagai permulaan.
3 minit
3. Tunggu dan lihat trafik serta klik. Jika belum dapat, ubah ayat dan lain-lain.
3 minit
Modal : RM20 + RM20 = RM40 untuk dibayar dalam masa 1 bulan lagi.
Pendapatan : Bakal terima RM20 dalam masa 2 minggu ke dalam akaun bank.
Ya, dalam masa 7 minit, anda akan lihat trafik mula datang dan mungkin masuk
satu sale bernilai dalam RM20 selepas ini.
Memang, jika anda mahu melihat kejayaan yang benar-benar berhasil untuk
jangka panjang anda perlu gandakan usaha lagi. Tetapi hakikatnya, dalam 3
langkah mudah dan percuma anda sudah boleh menjana RM20!
Fasa 2 : Meningkatkan Pendapatan Affiliate
(Selepas 2 Bulan Lagi)
Anda akan sertai program-program affiliate luar negara yang boleh menghantar
cek ke rumah anda sendiri. Cek-cek luar negara ini adalah di dalam matawang
US Dollar, Pound Sterling atau Euro dan boleh di tunaikan di mana-mana bank-
bank tempatan dan mungkin mengambil masa antara 1 hingga 2 bulan untuk
ditunaikan secara penuh.
Fasa 3 : Menyertai Network Clickbank
(Selepas 6 Bulan)
Anda boleh membuka peti surat virtual di Singapura dan bank akaun DBS.
Selepas ini anda boleh mendaftar untuk Clickbank dan juga menggunakan
Paypal secara berkesan. Teknik ini adalah teknik yang lebih advance tetapi
bayangkan jika anda mempromosi produk-produk di Amerika yang menjual
dalam USD149 lebih dan anda mendapat 75% bagi setiap jualan, bermakna
anda mendapat RM385.53 bagi setiap jualan. Bayangkan jika anda mempromosi
kepada 320 juta penduduk Amerika Syarikat yang hampir 60% mempunyai akses
untuk memasuki Internet, berapa agak-agaknya mungkin pendapatan anda akan
menjadi. Pendapatan saya sekarang dalam RM20,000 ke RM30,000 hasil
Clickbank ini dan anda juga akan dapat begini tidak lama lagi. Bagaimanapun,
saya cadangkan anda melalui fasa-fasa yang saya telah sebutkan sebelum ini.
Akhirkata, selamat mencuba dan selamat maju jaya.