Post on 28-Feb-2018
1
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט
JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya MASITAH BINTI KABOL No Matrik: MP111274
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
/ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________________ __________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
Nama Penyelia No 14, LORONG NILAM 2, BANDAR MAS, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR
Tarikh: Tarikh:
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau ּט disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
2
"Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran"
Tandatangan : .....................................................................
Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
Tarikh : .....................................................................
3
PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN GURU
DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KOTA TINGGI
MASITAH BINTI KABOL
Laporan projek ini dikemukkan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
( Pengurusan dan Pentadbiran )
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
4
" Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya "
Tandatangan : ...............................................................
Nama Penuh : MASITAH BINTI KABOL
Tarikh :
5
DEDIKASI
Istimewa buat suami tercinta,
Shamsudin bin Mohamed Dom
Segala kesabaran dan doa mu menjadi nadi kejayaan ini. Terima kasih kerana sentiasa
memahami dan tidak pernah jemu memberi dorongan.
Anakanda yang dikasihi,
Nur Syazanie Mirza
Nur Syaqif Muhadif
Nur Syuhail Mulhim
Kalian menjadi sumber kejayaan ibu dan semoga anakanda semua juga akan terus
berjaya di dunia dan di akhirat...Amin.
Untuk Ayahanda, Bonda dan Mertua,
serta keluarga tersayang,
Terima kasih atas doa, kerjasama, nasihat dan dorongan yang tidak pernah putus.
Sesungguhnya kalian semua amat bermakna buat diri ini.
6
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dengan keizinanNya, saya dapat menyiapkan penyelidikan ini
dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (
Pengurusan dan Pentadbiran ).
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia
saya iaitu Dr. M. Al-Muz-Zammil bin Yasin yang telah banyak memberi bimbingan dan
dorongan sepanjang tempoh menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada semua
pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang pernah mencurahkan bakti di kelas
Pesisir Kota Tinggi ini.
Jutaan terima kasih juga untuk guru besar, guru penolong kanan dan semua guru
yang sudi meluangkan masa untuk menjadi responden dalam kajian saya ini. Ucapan
penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.
Akhir sekali kepada semua rakan setugas di SK LKTP Sungai Mas, dan rakan
seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi segala suka dan duka sepanjang
proses pembelajaran ini. Semangat dan keikhlasan membantu serta sedia berkongsi
maklumat akan saya ingati buat selamanya.
7
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pemantauan pembelajaran dan pengajaran
guru di dalam bilik darjah di sekolah kebangsaan di sekitar daerah Kota Tinggi. Sampel
yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 270 orang guru yang telah dipilih melalui
persampelan rawak kelompok. Di samping itu, dua orang guru besar, dua orang guru
penolong kanan dan dua orang guru telah dipilih secara tidak rawak bertujuan untuk
mengumpul data kualitatif bagi kajian ini. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan
menggunakan pekali Cronbach Alpha di mana nilai kebolehpercayaannya ialah 0.831.
Data dikumpul melalui soal selidik, temu bual dan analisis dokumen. Data soal selidik
telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences ( SPSS )
versi 16.0 manakala data kualitatif dianalisis berdasarkan tema dan kesimpulan. Analisis
data soal selidik mendapati persepsi (negatif) guru terhadap proses pemantauan berada
pada tahap sederhana dengan skor min 3.53 di mana terdapat lima persepsi guru negatif
terhadap pemantauan pembelajaran dan pengajaran. Dapatan kajian ini juga mendapati
semua cadangan untuk memperbaiki proses pemantauan diterima. Dapatan kajian juga
mendapati bahawa 26.81 % guru-guru tidak dipantau cukup dua kali pemantauan dalam
masa tiga tahun.
8
ABSTRACT
This research was conducted to evaluate teacher's teaching and learning in the
classroom at daily primary school around Kota Tinggi. The sample which was involved
in this research was 270 teachers who were chosen through cluster random sampling. In
addition, two headmasters, two senior assistants and two teachers were chosen
specifically in order to collect qualitative data for this research. The realibility of the
questionnaire was tested by using Cronbach Alpha coefficients where the value of the
realibility is 0.831. The data were collected through questionnaires, interviews and
document analysis. The questionnaire data were analyzed using Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) version 16.0 while qualitative data were analyzed based on the
themes and conclusions. Analysis of survey data found that teachers perception
(negative) of the monitoring process is moderate with score mean 3.53 in which there
were five negative teachers perceptions towards monitoring teaching and learning. This
research also found that all the recommendations to improve the monitoring process
were all well received. The results also showed that 26.81 % of teachers were not
monitored adequately twice in three years.
9
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xiv
xvi
xvii
xviii
xix
10
BAB PERKARA MUKA
SURAT
1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar belakang masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Skop Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Definisi Operasional
1.9.1 Pemantauan
1.9.2 Pemantau
1.9.3 Pembelajaran dan pengajaran
1.9.4 Guru
1.9.5 Bilik Darjah
1.10 Kesimpulan
1
3
8
10
11
11
12
13
13
13
14
14
15
15
15
2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Konsep Pemantauan
2.3 Tujuan Pemantauan
2.4 Perancangan Pemantauan
2.4.1 Fokus Pemantauan
2.4.2 Pemantauan Pembelajaran dan Pengajaran
16
16
18
19
21
21
11
2.4.2.1 Jadual Pemantauan Pembelajaran
dan Pengajaran
2.4.2.2 Instrumen Pemantauan
Pembelajaran
dan Pengajaran
2.4.2.3 Rekod Pemantauan Pembelajaran
dan Pengajaran
2.4.2.4 Merancang Aktiviti Pembangunan
Profesionalisme Bagi Menyokong
Guru
2.5 Peranan Guru Besar / Guru Penolong Kanan
dalam Pemantauan Pembelajaran dan Pengajaran
Guru
2.6 Kajian Lepas
2.7 Teori / Model
2.8 Isu-isu Pemantauan di Dalam Bilik Darjah
2.9 Kesimpulan
22
23
25
25
26
28
30
33
38
3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Reka bentuk Kajian
3.3 Lokasi Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Prosedur Kajian
3.7 Kajian Rintis
3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen
3.8.1 Kesahan
3.8.2 Kebolehpercayaan
39
39
41
41
44
51
53
55
55
55
12
3.9 Analisis Data
3.10 Kesimpulan
56
58
4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian
4.3 Analisis Latar Belakang Responden
4.3.1 Jantina
4.3.2 Umur
4.3.3 Kaum
4.3.4 Pengalaman Mengajar
4.3.5 Kelulusan Akademik Tertinggi
4.3.6 Bilangan Kali Diselia 3 Tahun
Kebelakangan
4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian
4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1:
Sejauhmanakah persepsi negatif guru
terhadap proses pemantauan?
4.4.2 Analisis Persoalan Kajian 2:
Bagaimanakah proses pemantauan dapat
diperbaiki?
4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 3:
Berapa peratuskah jumlah pemantauan
yang tidak cukup dua kali di sekolah yang
dikaji?
4.4.4 Analisis Persoalan Kajian 4:
59
60
61
61
61
62
62
63
64
65
65
70
77
79
13
Apakah kesilapan yang dilakukan
oleh pencerap dalam pengisian borang
pencerapan PK04/1?
4.4.5 Analisis Persoalan Kajian 5:
Apakah kelemahan dan penambahbaikan
yang boleh dilakukan kepada borang
pencerapan guru PK04/1 ?
4.4.6 Analisis Persoalan Kajian 6:
Sejauhmanakah guru besar / guru penolong
kanan perlu mengetahui mata pelajaran
yang diajar bagi membolehkan mereka
memantau dengan baik ?
4.5 Kesimpulan Dapatan Analisis Kajian
4.6 Kesimpulan
84
92
97
103
5
DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Maklumat latar belakang responden
5.2.2 Persepsi negatif guru terhadap proses
pemantauan
5.2.3 Cadangan memperbaiki proses
pemantauan
5.2.4 Peratus jumlah pemantauan yang tidak
cukup dua kali di sekolah yang dikaji
5.2.5 Kesilapan dilakukan pencerap dalam
pengisian borang pencerapan PK04/1
104
104
106
107
109
110
111
112
14
5.2.6 Kelemahan dan penambahbaikan yang
boleh dilakukan kepada borang pencerapan
guru PK04/1
5.2.7 Keperluan guru besar / guru penolong
kanan mengetahui tentang mata pelajaran
yang diajar bagi membolehkan mereka
memantau dengan baik.
5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan
pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik
darjah.
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
5.5 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN
114
115
116
117
118
121
15
SENARAI JADUAL
JADUAL PERKARA MUKA SURAT
2.1
2.2
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9
3.10
3.11
3.12
4.1
4.2
4.3
Contoh Jadual Pemantauan Pembelajaran dan
Pengajaran
Contoh Standard 4 ( Pembelajaran dan Pengajaran )
Jumlah Guru Yang Terlibat
Penentuan Saiz Sampel Krejcie, R.V and Morgan D.W
Pembinaan Item Melalui Temubual ( Bahagian B )
Pembinaan Iten Melalui Temubual ( Bahagian C )
Skala Likert Dalam Kajian
Taburan Item Bagi Kajian Pemantauan Pembelajaran
dan Pengajaran Guru di Dalam Bilik Darjah
Soalan Temubual
Pemeringkatan Kedudukan Item Berdasarkan Nilai
Alpha Cronbach
Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach
Mengikut Item Soal Selidik Bagi Kajian Rintis ( Alpha
If Item Deleted )
Penambahbaikan Item Soalan Berdasarkan Alpha
Cronbach If Item Deleted
Tahap Pemeringkatan Min
Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian
Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian
Taburan Responden Mengikut Jantina
Taburan Responden Mengikut Umur
22
23
43
44
45
47
49
49
50
53
54
54
56
57
60
61
62
16
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
Taburan Responden Mengikut Kaum
Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar
Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik
Taburan Responden Mengikut Bilangan Diselia bagi 3
Tahun Kebelakangan
Maklum Balas Responden Terhadap Item-item
Persepsi Negatif Guru Terhadap Proses Pemantauan
Mengikut Min dan Sisihan Piawai
Maklum Balas Responden Terhadap Item-item Untuk
Memperbaiki Proses Pemantauan Mengikut in dan
Sisihan Piawai
Cadangan Responden Memperbaiki Proses Pemantauan
(Sebelum)
Cadangan Responden Memperbaiki Proses Pemantauan
(Semasa)
Cadangan Responden Memperbaiki Proses Pemantauan
(Selepas)
Peratus Pemantauan Yang Tidak Cukup Dua Kali
Analisis Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan
Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan
62
63
63
64
68
73
76
76
77
78
83
98
17
SENARAI RAJAH
RAJAH PERKARA MUKA SURAT
2.1
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
Langkah-langkah Pemantauan Klinikal
Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan
( Bilangan Dicerap )
Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan
( Tiada Kelas dan Mata pelajaran )
Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan
(Tiada Kod dan Nama Sekolah )
Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan
( Tiada Skor )
Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan
( Tiada Ulasan )
Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan
( Tiada Tandatangan Guru Dicerap )
Deskripsi Skor
Aspek dinilai
Maklumat tidak lengkap ( Tiada tarikh )
33
80
80
81
81
82
83
86
87
88
18
SENARAI SINGKATAN
Bil.
G1
G2
GB1
GB2
GPK1
GPK2
KBSM
KBSR
KSSR
NASSP
PPSMI
RPH
SKPM
SP
SPSS
- Bilangan
- Guru 1
- Guru 2
- Guru Besar 1
- Guru Besar 2
- Guru Penolong Kanan 1
- Guru Penolong Kanan 2
- Kurikulum Baru Sekolah Menengah
- Kurikulum Baru Sekolah Rendah
- Kurikulum Standard Sekolah Rendah
- National Association of Secondary School Principals
- Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris
- Rancangan Pengajaran Harian
- Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
- Sisihan Piawai
- Statistical Package for Social Science
19
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
f - Kekerapan
N - Saiz Populasi
S - Saiz Sampel
20
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O
P
Borang Soal Selidik
Transkripsi Temubual Guru Besar 1
Transkripsi Temubual Guru Besar 2
Transkripsi Temubual Guru Penolong Kanan 1
Transkripsi Temubual Guru Penolong Kanan 2
Transkripsi Temubual Guru 1
Transkripsi Temubual Guru 2
Nilai Analisis Data - Kajian Rintis
Nilai Analisis Data - Kajian Sebenar
Surat Pengesahan Pelajar Universiti Teknologi
Malaysia
Surat Kebenaran Melaksanakan Kajian
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Surat Kebenaran Melaksanakan Kajian
Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1987
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1999
Panduan Penskoran Pencerapan Pembelajaran
dan pengajaran
Instrumen Pencerapan Pembelajaran dan
Pengajaran (PK04/1)
122
128
130
132
134
136
138
140
147
157
158
160
161
165
167
173
21
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik darjah telah
menjadi salah satu tugas utama pengetua atau guru besar dalam bidang pendidikan
terutamanya dalam menentukan keberkesanan pengurusan kurikulum di sekolah.
Pemantauan dalam konteks pendidikan adalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran iaitu pemantauan pengajaran. Pemantauan pengajaran
menjadi salah satu tugas dan tanggungjawab pihak pentadbir sekolah dan menjadi satu
dimensi pentadbiran sekolah. Pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam
bilik darjah merupakan satu kaedah yang biasa digunakan bagi menilai keberkesanan
tahap pencapaian kurikulum sesebuah sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran
dan pengajaran guru. Tambahan lagi, kurikulum pendidikan di Malaysia sering berubah-
ubah mengikut perubahan zaman iaitu dari pengenalan KBSR, KBSM, PPSMI dan yang
terkini KSSR. Oleh sebab itu, bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan
pelaksanaan kurikulum di sekolah, pemantauan yang rapi, terancang dan klinikal serta
bersistem ke atas pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik darjah amatlah
diperlukan. Justeru itu, kita memerlukan seseorang individu atau kumpulan individu
untuk menjamin atau memastikan kejayaan program-program pendidikan tersebut
(Al.Ramaiah, 2009).
22
Pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik darjah telah
menjadi tanggungjawab pengetua atau guru besar sepertimana yang dinyatakan dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987. Kandungan surat pekeliling tersebut menyatakan
bahawa tugas dan fungsi pengetua atau guru besar sebagai pemimpin profesional,
pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesional di
sekolahnya, tanggungjawab utama seorang pengetua atau guru besar ialah untuk
memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum
dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru dan
keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan pemantauan yang rapi dan
sistematis daripada pihak pengetua atau guru besar sekolah itu. Ini termasuklah
pemantauan pengajaran dan pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang sepatutnya
menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab pengetua atau
guru besar. Dengan tujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah, pengetua atau guru besar hendaklah diperingatkan bahawa
penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang
amat penting. Menurut Al.Ramaiah (2009) pemantauan pengajaran menjadi salah satu
tugas dan tanggungjawab pihak pentadbir sekolah, dan ia menjadi satu dimensi
pentadbiran sekolah. Ini bermakna tugas memantau atau menyelia pembelajaran dan
pengajaran guru di dalam bilik darjah menjadi tugas yang terpenting selain tugasan
mengurus hal-hal pentadbiran sekolah.
Selain daripada itu, pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam
bilik darjah bukan sahaja boleh dilakukan oleh pengetua atau guru besar sahaja, malah
boleh dikongsi kuasa memantau dengan Guru Penolong Kanan, Ketua panitia atau rakan
guru di sekolah itu sendiri (Abdul Ghani, 2009). Guru besar atau wakilnya mesti
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam sebelum melaksanakan
pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Kesediaan guru
besar dan wakilnya melakukan pemantauan akan dapat mempengaruhi keberkesanan
pemantauan pembelajaran dan pengajaran yang diharapkan. Kemahiran pemantauan
dikaitkan dengan kebolehan guru besar atau wakilnya memerhati dan menilai
23
keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, memberi bimbingan, memberi
tunjuk ajar dan dorongan kepada para guru.
Menurut Abdul Ghani (2009), tujuan pemantauan dilakukan adalah untuk
membantu atau pun menambah baik pengajaran guru dan bukan untuk mencari
kesalahan atau kelemahan guru semata-mata. Melalui sesi perbincangan dalam pra
pemantauan, guru yang hendak diselia dapat berkongsi idea dengan pengetua atau guru
besar dan memperbetulkan sebarang kesilapan yang dikesan melalui perbincangan pasca
pemantauan berkaitan pencerapan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Selain daripada
itu, pemantauan digunakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru di dalam bilik
darjah dengan berkongsi idea dan pengalaman berkaitan kaedah dan strategi pengajaran.
Kelemahan guru yang dikesan akan segera diperbaiki melalui perbincangan selepas
proses pemantauan dilaksanakan. Oleh sebab itu, pemantauan pembelajaran dan
pengajaran guru di dalam bilik darjah amat perlu dilaksanakan untuk mengesan dan
memperbaiki sebarang kepincangan yang berlaku dalam usaha meningkatkan kualiti dan
keberkesanan pengajaran guru di sekolah. Pemantauan bertujuan memperbaiki dan
mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran para guru secara berterusan bagi
memantapkan tahap pembelajaran murid. Pemantauan proses pengajaran dan
pembelajaran sebenarnya adalah satu usaha jaminan kualiti dan pembangunan modal
insan kerana penambahbaikan perlu senantiasa dibuat (Razianna, 2013).
1.2 Latar belakang masalah
Pelbagai isu sering dikaitkan dengan pemantauan pembelajaran dan pengajaran
guru di dalam bilik darjah. Isu yang pertama iaitu guru besar atau wakilnya tidak
mempunyai masa melakukan pemantauan minimum dua kali bagi setiap orang guru.
Hasil temubual penyelidik dengan seorang pentadbir sekolah, turut mengakui bahawa
salah satu faktor yang menjadi penyebab kepada kegagalan melakukan pemantauan
sememangnya adalah disebabkan kekurangan masa untuk memantau. Menurut beliau
lagi, perkara ini berlaku kerana guru besar atau wakilnya terlalu sibuk mengurus dan
24
mentadbir sekolah (Zaruiedah Ahmad, komunikasi peribadi, 19 Mac 2013). Menurut
Khairul Azran Hussin (2010), pengetua atau guru besar atau wakilnya pada hari ini
bukan sahaja terlibat dengan pengurusan kurikulum tetapi juga terpaksa memikul
tanggungjawab yang lebih dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan
perkeranian sekolah . Kekangan masa dan beban tugas guru besar atau wakilnya yang
banyak menyebabkan pemantauan dilaksanakan sekadar memenuhi kehendak pihak
tertentu seperti daripada Pejabat Pelajaran Daerah atau pun Jabatan Pendidikan Negeri.
Bebanan yang banyak dalam tugasan pentadbiran guru besar atau wakilnya
menyukarkan dan mengganggu agihan masa yang cukup dilakukan untuk melaksanakan
pemantauan dengan berkesan. Peranan guru besar atau wakilnya sebagai pemantau
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah kurang diberi perhatian. Ramai
pengetua atau guru besar bekerja keras dan mengambil banyak masa bagi memenuhi
peranannya dan bebanan kerja dan kadang kala terpaksa diselesaikan pada luar waktu
pejabat. Abdul Ghani (2009) melaporkan bahawa dalam satu kajian di Amerika Syarikat
oleh " National Association of Secondary School Principals " (NASSP, 2001) didapati
70 % daripada responden menyatakan masa adalah faktor penghalang utama mereka
tidak cukup masa untuk menjalankan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di
dalam bilik darjah. Ternyata isu pemantauan mempunyai persamaan dengan masalah
yang dihadapi oleh pemantauan pembelajaran dan pengajaran di negara Malaysia.
Pemantauan di sekolah tidak dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya. Hal ini
terjadi disebabkan pemantau tidak mempunyai kemahiran dan tidak memahami prosedur
pemantauan yang patut diikuti. Hasil kajian Azizan (2006) turut menyatakan bahawa
pendedahan tentang kemahiran pemantauan guru besar atau wakilnya sangat kurang.
Guru besar atau wakilnya menjalankan pemantauan tanpa garis panduan atau tidak
memberi maklum balas kepada guru bagi tujuan membimbing dan penambahbaikan
(Razianna, 2013). Apa yang biasa dilakukan ialah guru besar atau wakilnya akan masuk
ke dalam bilik darjah dan duduk memerhati dan merekodkan hasil pemantauan
pengajaran dan pembelajaran guru. Guru besar atau wakilnya tidak mempunyai
kemahiran bimbingan dan mentoring. Pemantauan perlu menggunakan satu kaedah yang
terancang atau klinikal. Berdasarkan dapatan kajian Suryati (2007) menunjukkan
25
pelaksanaan pemantauan memerlukan satu metodologi yang boleh menjamin
keberkesanan pemantauan. Dapatan beliau turut disokong oleh dapatan kajian Norlin
(2006) yang menyatakan bahawa kemahiran pemantauan perlu dikuasai oleh guru besar
atau wakilnya untuk melakukan pemantauan.Contohnya, terdapat lima langkah yang
digunakan dalam model pemantauan klinikal iaitu perbincangan pra-pemantauan,
pemantauan, analisis dan strategi, perbincangan dan refleksi dan perbincangan pasca
pemantauan. Namun demikian, pemantau tidak melaksanakan kesemua lima langkah
pemantauan. Tiada perbincangan sebelum, semasa dan selepas pemantauan
menunjukkan pemantauan tidak mengikut prosedur yang betul. Akibatnya, tujuan
pemantauan untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran guru, membantu guru
dan meningkatkan tahap profesionalisme guru tidak dapat dicapai. Pemantau hanya
melaksanakan tanggungjawab dengan memenuhkan borang pemantauan yang
disediakan. Hasil temubual dengan beberapa orang guru senior, beliau menyatakan
seesetengah guru besar atau wakilnya hanya memeriksa buku rekod mengajar guru
sahaja tanpa melaksanakan pemantauan mengikut prosedur yang sepatutnya (Rahman
Paiman, komunikasi peribadi, 18 Mac 2013).
Guru besar atau wakilnya tidak mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran
yang dipantau. Masalah ini turut disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Khairul
Bariah (2007) di mana kesediaan guru besar atau wakilnya untuk melakukan
pemantauan perlu diambil berat kerana faktor ini turut menyumbang kepada kejayaan
pelaksanaan pemantauan ke atas pembelajaran dan pengajaran guru. Pemantau tidak
menguasai bidang atau mata pelajaran yang diajar oleh guru. Pemantau tidak ada
kepakaran dalam mata pelajaran guru yang hendak dipantau. Kuasa pakar dan
kemahiran pemantau sebagai pemantau pengajaran dan pembelajaran guru diragui dan
dipersoalkan (Al. Ramaiah, 2009). Pemantau hanya melihat aspek-aspek tertentu dalam
borang pemantauan. Isi Kandungan mata pelajaran guru dipantau tidak difahami
sepenuhnya. Oleh itu, pemantau tidak tahu memberikan pandangan dan cadangan
penambah baikan terhadap mata pelajaran semasa memantau pengajaran guru di dalam
bilik darjah. Kurangnya pengetahuan pemantau dalam mata pelajaran guru dipantau
secara tidak langsung gagal menunjukkan keberkesanan pemantauan. Dalam hal ini,
26
pemantau perlu mengetahui aspek penting dalam pemantauan pengajaran dan
pembelajaran dengan tujuan dapat meningkatkan keberkesanan program pemantauan
khususnya di dalam kelas yang disebut pencerapan klinikal (Abdul Rahman, 2011). Oleh
yang demikian, pemantau perlu melengkapi diri dengan kemahiran ilmu interpersonal
dan teknikal supaya lebih bersedia menjalankan tugas pemantauan. Masalah ini juga
telah disokong oleh pengakuan seorang guru kanan sekolah rendah, hasil temubual
penyelidik dengan beliau menyatakan bahawa pemantauan terpaksa juga dilaksanakan
walaupun pemantau tidak mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran guru yang
hendak dipantau (Rukiah Markasan, komunikasi peribadi, 21 Mac 2013).
Guru tidak melakukan persediaan yang rapi apabila dipantau. Hal ini berlaku
kerana guru tidak membuat perancangan dan persediaan sebelum memulakan pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Contohnya, guru tidak menulis perancangan
pembelajaran dan pengajaran di dalam buku rekod mengajar. Berdasarkan edaran Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1999, arahan jelas daripada Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia agar semua guru dapat menyediakan rekod pembelajaran dan pengajaran
dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Malah buku
rekod mengajar mestilah dapat diberikan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak
yang diberi kuasa. Amalan pengajaran guru dalam bilik darjah masih berada pada tahap
paradigma lama (Razianna, 2013). Pendekatan pengajaran yang kerap digunakan oleh
kebanyakan guru hanyalah menyampaikan maklumat. Amalan pengajaran guru perlu
berubah dengan penekanan kepada pembelajaran dan pembangunan diri murid. Alat
bantuan mengajar yang digunakan juga tidak dikaitkan dengan kemudahan masa kini
seperti komputer, internet dan sebagainya. Kaedah untuk menyampaikan isi kandungan
mata pelajaran juga tidak pelbagai. Kadang kala guru tidak membawa langsung buku
rekod mengajar ke dalam bilik darjah. Keadaan menjadi lebih serius apabila pemantau
datang ke kelas secara tiba-tiba untuk memantau pengajaran dan pembelajaran guru di
dalam bilik darjah. Atas sebab-sebab yang dijelaskan di atas, pemantauan sangat perlu
dilaksanakan bagi memperbetulkan keadaan namun disebabkan alasan ini hasil
pemantauan tidak menunjukkan prestasi guru dengan baik.
27
Sikap dan persepsi negatif guru terhadap pemantauan. Situasi ini timbul ekoran
daripada kurangnya pemahaman tentang tujuan dan objektif pemantauan dilaksanakan
menyebabkan guru sering berada dalam keadaan tertekan apabila diselia oleh guru besar
atau wakilnya. Ada guru yang berfikiran sempit yang sentiasa mempunyai buruk sangka
dan beranggapan guru besar memantau pengajaran mereka untuk mencari kesalahan
(Razianna, 2013). Guru juga sering beranggapan pemantau tidak mempercayai
kebolehan guru yang sudah terlatih dan berpengalaman mengajar bertahun-tahun. Guru
menganggap pemantauan menyukarkan kerana guru terpaksa membuat persiapan yang
rapi apabila diberitahu hendak dipantau sedangkan hakikatnya, pada hari biasa ia tidak
berlaku seperti itu. Hasil temubual penyelidik dengan seorang guru sekolah rendah
menyatakan bahawa perasaan tertekan timbul apabila guru besar hendak melakukan
pemantauan ke atas pengajarannya kerana bimbang kaedah atau cara pengajarannya
tidak akan menepati atau bertentangan dengan kehendak pemantau (Rohana, komunikasi
peribadi, 20 April 2013). Sudah tiba masanya pemantau melakukan anjakan paradigma
dan menukar mind-set berkenaan pemantauan, daripada mencari kesalahan seperti mana
tanggapan kebanyakan guru kepada menambah baik pengajaran dan dapat meyakinkan
guru bahawa pemantauan adalah sebahagian daripada proses ke arah peningkatan
profesionalisme (Abdul Rahman, 2011).
Pemantauan tidak dilaksanakan ke atas semua guru. Melalui satu temu bual
bersama seorang guru yang telah lama mengajar dan mempunyai banyak pengalaman,
didapati pemantauan yang dilaksanakan oleh guru besar atau wakilnya kadang kala tidak
meliputi semua guru di sekolahnya. Pemantauan hanya dianggap penting oleh guru besar
dan perlu dilakukan apabila terdapat tujuan kenaikan pangkat seseorang guru. Ini
dilakukan kerana pemantauan merupakan satu perkara wajib yang perlu dilaksanakan ke
atas seseorang guru yang hendak dinaikkan pangkat kerana kenaikan pangkat akan
berjaya sekiranya guru memperolehi markah yang tinggi dalam pemantauan
pembelajaran dan pengajarannya. Menurut beliau lagi, guru besar atau wakilnya jarang
memantau pembelajaran dan pengajaran guru yang telah lama berkhidmat dan
mempunyai pengalaman mengajar yang sudah bertahun-tahun lamanya kerana mereka
percaya bahawa guru tersebut sudah boleh melaksanakan pengajaran di dalam bilik
28
darjah dengan baik. Guru besar atau wakilnya hanya menyemak buku rekod mengajar
guru dan beberapa buku latihan murid. Tetapi pemantauan lebih kerap dilakukan oleh
guru besar ke atas guru-guru baru berkhidmat atau guru-guru bermasalah di sekolah.
Lebih jelas lagi, pemantauan dibuat lebih kepada keperluan untuk mengambil prestasi
guru-guru yang akan disahkan dalam jawatan (Abibah, komunikasi peribadi, 17 April
2013). Keadaan ini juga menunjukkan tiada keselarasan dalam melaksanakan
pemantauan ke atas semua guru sekolah. Azizan (2006) daripada kajiannya juga
mendapati guru besar berpendapat pemantauan tidak perlu dijalankan ke atas guru yang
telah terlatih dan berpengalaman.
Kesahan pemantauan diragui. Pemantauan dijadikan satu alat pengukur untuk
membuktikan guru telah berjaya atau tidak melaksanakan pembelajaran dan pengajaran
yang berkesan di dalam bilik darjah. Pemantauan pembelajaran dan pengajaran
dijalankan untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru. Hasil pemantauan akan
membuktikan sama ada pengajaran guru benar-benar berkualiti dan mencapai matlamat
yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, pemantauan juga dijadikan alat pengukur untuk
melihat keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Walau bagaimanapun, pemantauan pengajaran guru di dalam bilik darjah mempunyai
kelemahan sebagai satu alat pengukuran kerana kehadiran pemantau di dalam bilik
darjah adalah satu gangguan kepada proses pembelajaran dan pengajaran guru di dalam
bilik darjah. Tambahan lagi kehadiran pemantau ini bersifat sekali-sekala, maka tahap
kesahannya boleh dipersoalkan. Contohnya, kalau guru yang berkenaan dapat
menghasilkan pengajaran yang baik sekali dalam setahun semasa guru dipantau,
walaupun dalam kebanyakan masa yang lain, pengajarannya adalah kurang memuaskan.
Guru seolah-olah berlakon untuk dipantau. Guru juga hanya akan membuat persediaan
yang rapi dan lengkap sekiranya diberitahu oleh guru besar atau wakilnya untuk
dipantau. Keadaan ini sebenarnya tidak menggambarkan keadaan yang sebenarnya
berlaku dalam waktu kebiasaannya. Dalam konteks ini, pemantauan pengajaran sebagai
satu alat pengukur adalah tidak sah (Al.Ramaiah, 2009).
29
1.3 Pernyataan masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang dijelaskan, nyatalah bahawa
pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah banyak
menimbulkan isu yang kurang menyenangkan sama ada di kalangan guru-guru sekolah
atau pemantau itu sendiri.
Guru besar tidak mempunyai masa melakukan pemantauan minimum dua kali
bagi setiap orang guru. Himpunan dan lambakan beban tugas perkeranian dan
pentadbiran banyak mengganggu tumpuan guru besar terhadap keutamaan tugasnya
sebagai seorang pemantau proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik
darjah. Selain daripada itu, masalah lain juga timbul iaitu pemantauan tidak dibuat
mengikut prosedur atau garis panduan yang sepatutnya. Keadaan ini berlaku kerana
sesetengah pemantau tidak mempunyai kemahiran yang cukup berkaitan pemantauan
pengajaran dan pembelajaran. Proses sebelum, semasa dan selepas pemantauan tidak
dijalankan. Akibatnya, pemantauan yang dijalankan tidak memberikan banyak faedah
kepada guru-guru yang dipantau.
Masalah guru tidak melakukan persediaan yang rapi apabila dipantau juga tidak
harus dipandang ringan oleh pihak pentadbir. Persiapan dari segi penyediaan buku rekod
mengajar, bahan bantuan mengajar, kaedah dan strategi yang digunakan sangat penting
untuk menentukan kejayaan pemantauan yang dilaksana. Oleh sebab itulah pemantauan
dari semasa ke semasa adalah penting untuk memastikan guru sentiasa akur dengan
arahan kementerian, dasar dan peraturan pendidikan, pekeliling yang berkuat kuasa,
kehendak pedagogi serta polisi atau hala tuju yang ditetapkan di peringkat sekolah
(Razianna, 2013).
Masalah guru besar atau pemantau tidak mempunyai pengetahuan tentang mata
pelajaran yang diajar oleh guru yang dipantau juga tidak patut dipandang remeh.
Kekurangan ini menyebabkan pemantau tidak dapat berkongsi kemahiran dan kepakaran
dengan guru yang dipantau. Pemantau sepatutnya menguasai atau mahir dalam semua
30
mata pelajaran sebelum melaksanakan pemantauan ke atas guru-guru supaya pemantau
lebih bersedia untuk menjalankan pemantauan. Bukan itu sahaja, guru juga perlu
mempunyai kemahiran ilmu interpersonal dan teknikal yang baik supaya apa yang
hendak dicapai hasil daripada proses pemantauan akan berjaya diperolehi. Masalah
berkaitan sikap atau persepsi negatif guru terhadap pemantauan juga ditimbulkan dalam
kajian ini. Kebanyakan guru tidak gemar apabila guru hendak dipantau oleh guru besar
atau wakilnya. Guru merasa rendah diri kerana beranggapan pemantau hendak mencari
kesalahan dan kelemahan guru serta seolah-olah tidak mempunyai kepercayaan terhadap
kebolehan guru sebagai seorang guru yang terlatih dan berpengalaman. Keadaan ini
berlaku kerana guru tidak memahami konsep dan tujuan sebenar pemantauan dijalankan.
Radi (2007) hasil kajiannya mendapati, pemantau mesti mempunyai pengetahuan yang
mendalam terutamanya dalam bidang pedagogi sebelum melakukan pemantauan yang
berkesan.
Pemantauan yang tidak dilakukan ke atas semua guru juga menjadi satu isu yang
berat kerana ia menunjukkan guru besar atau wakilnya bersikap tidak adil atau tidak
jujur dalam menjalankan pemantauan ke atas guru-guru di sekolah. Perkara ini tidak
seharusnya berlaku kerana semua guru perlu diberi bimbingan dan dikawal selia agar
matlamat dan objektif sekolah sentiasa selari dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Kesahan pemantauan sebagai alat pengukur
untuk menentukan keberkesanan dan kualiti pengajaran guru juga sering dipertikaikan.
Persediaan guru sewaktu dipantau tidak memberikan gambaran pengajaran sebenar
proses pembelajaran dan pengajaran yang biasa dilakukan di dalam bilik darjah. Oleh
sebab itu, kajian perlu dilakukan untuk menambahbaik dan meningkatkan kesahan
pemantauan sebagai alat pengukuran keberkesanan pembelajaran dan pengajaran guru.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti persepsi
negatif guru terhadap pemantauan, mengenal pasti bagaimana proses pemantauan dapat
diperbaiki, membuat analisis dokumen terhadap borang pencerapan guru PK04/1 dan
mengenal pasti sejauhmanakah guru besar dan guru penolong kanan perlu mengetahui
mata pelajaran yang diajar bagi membolehkan mereka memantau dengan baik.
31
1.4 Objektif kajian
Antara objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah :
i. Mengenal pasti sejauhmanakah persepsi negatif guru terhadap proses
pemantauan.
ii. Mengenal pasti bagaimanakah proses pemantauan dapat diperbaiki.
iii. Mengatahui peratus jumlah pemantauan yang tidak cukup dua kali di
sekolah yang dikaji.
iv. Mengenal pasti apakah kesilapan yang dilakukan oleh pencerap dalam
pengisian borang pencerapan.
v. Mengenal pasti kelemahan dan penambahbaikan yang boleh
dilakukan kepada borang pencerapan guru PK04/01.
vi. Mengenal pasti sejauhmanakah guru besar /GPK perlu mengetahui
tentang matapelajaran yang diajar bagi membolehkan mereka
memantau dengan baik.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian dijalankan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan seperti
mana dinyatakan di bawah ini :
i. Sejauhmanakah persepsi negatif guru terhadap proses pemantauan ?
32
ii. Bagaimanakah proses pemantauan dapat diperbaiki ?
iii. Berapa peratuskah jumlah pemantauan yang tidak cukup dua kali di
sekolah yang dikaji ?
iv. Apakah kesilapan yang dilakukan oleh pencerap dalam pengisian
borang pencerapan ?
v. Apakah kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan
kepada borang pencerapan guru PK04/01 ?
vi. Sejauhmanakah guru besar /GPK perlu mengetahui tentang mata
pelajaran yang diajar bagi membolehkan mereka memantau dengan
baik?
1.6 Kepentingan kajian
Kajian dalam bidang ini sedikit sebanyak akan dapat membantu pemantau
memahami fungsi pemantauan yang sebenar serta dapat membantu pemantau merancang
dan melaksanakan proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru dengan lebih
tersusun dan kemas berpandukan teori atau model pemantauan sedia ada. Dapatan kajian
juga secara tidak langsung akan memberikan atau menunjukkan banyak kepentingannya
dalam organisasi sekolah khususnya. Antaranya ialah kajian dijalankan dapat
menggambarkan situasi sebenar yang berlaku dalam proses pemantauan pengajaran dan
pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Selain daripada itu, kajian ini dapat meninjau
pengetahuan guru tentang konsep dan tujuan pemantauan dilaksanakan di sekolah serta
proses sebelum, semasa dan selepas pemantauan berlaku.
Kepentingan yang lain iaitu sebagai panduan kepada guru-guru dalam
memahami tujuan dan proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam
33
bilik darjah yang dipertanggungjawabkan kepada guru besar atau guru penolong kanan
atau wakilnya. Kajian ini juga penting untuk menyedarkan guru-guru bahawa mereka
dapat memberi kerjasama dalam usaha guru besar meningkatkan profesionalisme guru
itu sendiri. Kajian ini juga tidak kurang pentingnya dalam membantu pemantau atau
guru besar atau wakilnya membaiki kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam
menjalankan proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik
darjah.
Akhir sekali, kajian ini amat bermanfaat kepada Pejabat Pelajaran Daerah,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memberikan
maklumat yang tepat berkenaan proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru
yang berlaku di sekolah-sekolah dewasa ini. Malah keberkesanan proses pemantauan
pembelajaran dan pengajaran guru di sekolah dapat digunakan untuk membantu pihak
yang bertanggungjawab menyusun atau merancang program yang lebih baik dan
meningkatkan lagi keberkesanan pencapaian kurikulum sekolah seterusnya
meningkatkan tahap profesionalisme guru di Malaysia.
1.7 Skop kajian
Kajian akan memfokuskan kepada pemantauan pembelajaran dan pengajaran
guru di dalam bilik darjah dalam meninjau beberapa aspek penting dalam pemantauan
iaitu mengenal pasti sejauhmanakah persepsi negatif guru terhadap proses
pemantauan,mengenal pasti bagaimanakah proses pemantauan dapat diperbaiki,
mengetahui peratus jumlah pemantauan yang tidak cukup dua kali di sekolah yang
dikaji, mengenal pasti apakah kesilapan yang dilakukan oleh pencerap dalam pengisian
borang pencerapan, mengenal pasti kelemahan dan penambahbaikan yang boleh
dilakukan kepada borang pencerapan guru PK04/01 dan mengenal pasti sejauhmanakah
guru besar/GPK perlu mengetahui tentang matapelajaran yang diajar bagi membolehkan
mereka memantau dengan baik.
34
Kajian ini hanya dijalankan di sekolah rendah kebangsaan Gred A di daerah Kota
Tinggi sahaja. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini tidak boleh digunakan untuk
menggambarkan keadaan pemantauan di seluruh sekolah rendah kebangsaan di negeri
Johor.
1.8 Batasan kajian
Kajian ini hanya dijalankan ke atas semua guru sekolah rendah kebangsaan Gred
A di sekitar daerah Kota Tinggi. Sampel yang dipilih adalah melibatkan semua guru di 8
buah sekolah yang dipilih dan hanya guru yang pernah diselia oleh guru besar atau guru
penolong kanan sekolah sahaja yang terlibat dengan kajian ini. Dapatan kajian tidak
menggambarkan keseluruhan populasi guru-guru di seluruh sekolah rendah di negeri
Johor. Data-data yang dikumpul adalah berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan,
analisis dokumen dan temubual. Maka maklumat yang diperolehi juga sangat
bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan responden.
1.9 Definisi operasional
1.9.1 Pemantauan
Pemantauan menurut Kamus Dewan (2010) ialah perihal (perbuatan, tindakan
dan sebagainya) memantau. Alimuddin Mohd Dom (2007) dari perspektif tradisional
mengaitkan pemantauan dengan tindakan pihak pengurusan melaksanakan pemantauan
dalam bentuk mengarah, mengawal dan menghukum. Pemantauan dalam kajian ini
adalah difokuskan kepada pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik
darjah yang dilakukan oleh guru besar atau wakilnya. Pemantauan adalah istilah lain
yang digunakan oleh penyelidik bagi maksud yang sama dengan penyeliaan.
35
1.9.2 Pemantau
Pemantau boleh didefinisikan sebagai orang atau pihak yang memantau (Kamus
Dewan, 2010). Dalam konteks kajian ini, pemantau adalah terdiri daripada guru besar
atau guru penolong kanan yang akan melaksanakan pemantauan pengajaran dan
pembelajaran guru di dalam bilik darjah.
1.9.3 Pembelajaran dan pengajaran (PdP)
Pembelajaran diertikan sebagai proses (kegiatan) belajar menurut Kamus Dewan
(2010). Pembelajaran juga merupakan aktiviti mental, fizikal dan rohani kepada pelajar
itu sendiri. Ia adalah proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkah laku
mereka supaya berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu menggunakan ilmu
dan kemahiran yang diperolehi bagi kemajuan diri sendiri khasnya dan negara amnya
(Mohd Sahandri, Ramli dan Shaffe, 2010).
Pengajaran pula menurut Kamus Dewan (2010) dimaksudkan sebagai perihal
mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem
mengajar, aspek-aspek yang dipentingkan dan lain-lain). Pengajaran merupakan satu
aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang
tertentu. Pengajaran juga merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti
perancangan,pelaksanaan, penilaian dan maklum balas (Mohd Sahandri et al, 2010).
Pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam konteks Kurikulum Standard Sekolah
Rendah lebih menekankan kepada pembelajaran kendiri. Guru perlu menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis agar pengajaran lebih berkesan.
Semasa pembelajaran, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. Hal
ini dapat merangsang murid belajar secara aktif. Malah dapat membantu murid
36
menganalisis konsep atau idea bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Dalam
hal ini, murid akan dibimbing oleh guru mempelajari sesuatu konsep melalui
pengalaman sedia ada dan kreativiti sendiri bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih
bermakna sebelum sebarang pengetahuan disampaikan atau diajar oleh guru.
1.9.4 Guru
Guru dalam kajian ini ialah penunjuk ajar, pembimbing atau pemberitahu yang
menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada anak murid. Menurut Kamus Dewan
(2010) guru ialah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh.
1.9.5 Bilik darjah
Bilik darjah yang dimaksudkan dalam kajian ini iaitu tempat guru
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid sekolah. Bilik darjah
juga merupakan tempat para murid menerima pelajaran, dibimbing dan diasuh dengan
pekerti dan personaliti yang mulia, dicungkil bakat dan kelebihan dengan menonjolkan
kemahiran pelbagai yang dimiliki oleh setiap murid, digilap daya kreativiti yang unik
serta dilatih dengan unsur-unsur ketahanan diri yang kuat dalam menghadapi cabaran
(Noriati, Boon, Sharifah dan Zuraidah (2010).
1.10 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kandungan bab ini memberikan gambaran umum tentang
proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik darjah yang
berlaku di sekolah dewasa ini. Banyak isu, kekeliruan atau ketidakfahaman atau salah
tanggap berkenaan proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik
darjah. Masalah yang timbul perlulah diberi perhatian agar semua pihak akan mendapat
faedah yang sebenarnya ingin dicapai melalui pemantauan yang dijalankan.