Post on 02-Jul-2015
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
BIL. JURNAL : MINGGU KETIGA
TARIKH : 04 FEBRUARI- 08 FEBRUARI 2013
PENDAHULUAN
1) Kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid pendidikan khas.
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang
individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan
dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap
yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa
sedar.
Tingkah laku murid perlu diurus dengan sebaiknya untuk mewujudkan suasana
dan keadaan yang lebih kondusif, dapat mendidik murid untuk berdikari dan menjadikan
kehidupan seseorang murid itu lebih bermakna. Terdapat beberapa kepentingan
pengurusan tingkah laku kepada murid pendidikan khas ini. Pertamanya, ia
membolehkan pembelajaran yang afektif dan memastikan murid memperolehi
kemahiran hidup untuk berdikari. Bidang akademik bukanlah bidang yang paling
penting di ajar kepada anak-anak istimewa ini sebaliknya kemahiran dalam kehidupan
yang perlu ditekankan supaya murid dapat hidup berdikari pada masa hadapan.
Kedua, tingkah laku murid juga perlu diurus supaya setiap tindakan atau
perbuatan yang dilakukan oleh murid adalah sesuatu yang boleh diterima oleh
masyarakat dan meningkatkan maruah murid. Ketiga, tingkah laku juga perlu diuruskan
supaya beban penjaga dapat dikurangkan. Keempat, supaya murid dapat
menyesuaikan dirinya dengan orang lain supaya mereka dapat turut serta dalam
~ 1 ~
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
kegiatan masyarakat yang biasa. Walau bagaimanapun, di antara semua kepentingan
pengurusan tingkah laku yang telah dinyatakan di atas, tujuan utama yang paling
penting ialah supaya kualiti hidup murid dapat ditingkatkan.
MASALAH / PERISTIWA :
1. Pelaksanaan pengurusan tingkah laku yang telah digariskan di dalam di dalam RPI
2. Meningkatkan komunikasi bersama murid
Pada minggu ini, saya masih lagi meneruskan perancangan yang digariskan
iaitu melatih murid untuk makan sendiri. Saya telah memulakan pengurusan pada
minggu kedua dan diteruskan lagi pada minggu ini. Antara perkara yang saya tekankan
kepada murid ini ialah makan pada satu tempat sahaja dan murid tidak boleh beralih
tempat duduk semasa makan. Murid mesti duduk dan menghabiskan makanan yang
dibawanya dari rumah.
Selain itu saya juga melatih murid untuk sentiasa membaca doa sebelum makan. Murid
masih tidak tahu membaca doa makan dengan betul kerana tidak pernah dilatih, oleh
itu saya akan membacakan doa dan murid perlu menadah tangan semasa saya
membaca doa. Namun murid ini telah tahu membaca bacaan basmalah sendiri.
Daripada pemerhatian saya setakat ini, saya dapati bahawa murid ini sangat cepat
dapat mengingat apa yang diajar.
Sepanjang dua minggu saya telah melatih murid ini makan, didapati bahawa murid ini
telah tahu apabila tibanya waktu rehat dia akan mengambil makanan apabila disuruh
dan duduk di dapur tetapi masih dengan arahan daripada saya. Murid ini boleh makan
sendiri jika makanan yang dibawanya ialah seperti namun jika makanan tersebut ialah
seperti nasi atau mi goreng, agak sukar baginya makan sendiri dan akan menyebabkan
dia makan secara bersepah-sepah.
~ 2 ~
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
Bagi aspek komunikasi, saya dapati agak sukar untuk berkomunikasi dengan
murid ini kerana murid ini mempunyai masalah tumpuan yang agak kritikal. Sangat
sukar untuk meminta murid ini memandang kepada suatu-suatu benda kerana matanya
sentiasa akan memandang ke arah lain serta tidak fokus. Saya perlu menarik mukanya
dan menghadap saya jika saya bercakap atau memusingkan mukanya ke arah
makanan jika ingin dia melihat makanan tersebut. Murid ini sangat gemar mengulang
percakapan guru jika guru mengulang percakapan tersebut berulang kali.
Walau bagaimanapun, satu lagi perkara yang saya dapat kenal pasti ialah murid
ini boleh melakukan arahan yang diberi tetapi arahan tersebut haruslah ringkas dan
tepat. Arahan tersebut juga perlu diulang beberapa kali kerana murid ini memang
mengambil masa untuk mendengar arahan dan fokus pada apa yang didengar. Sebagai
contoh, arahan yang diberikan ialah ;
‘’ Faiz, ambil botol itu.’’
.
~ 3 ~
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
ANALISIS
Menjaga dan melatih kanak-kanak ADHD sememangnya sangat mencabar dan
menguji kesabaran. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD bukanlah bodoh
mahupun menghadapi masalah pembelajaran. Kanak-kanak ADHD hanyalah
menghadapi gangguan tingkah laku. Mengajar dan melatih murid ini untuk makan
menjadi suatu perkara yang sangat mencabar kerana murid ini mempunyai masalah
tumpuan yang agak kritikal dan juga masalah tingkah laku terlalu aktif.
Kerana masalah tumpuan yang dihidapi, murid ini sukar melakukan arahan yang
diberi lebih-lebih lagi apabila arahan yang diberikan itu panjang, meleret-leret serta
sukar difahami. Ini menyebabkan murid bermasalah ADHD tidak akan melakukan
sebarang perkara yang disuruh sebaliknya akan membuat aktiviti yang digemarinya
sahaja. Masalah tingkah laku yang terlalu aktif pula menyebabkan murid gagal kekal di
suatu tempat untuk melakukan suatu aktiviti dan akhirnya murid merayau-rayau tanpa
tujuan dan perlukan pemantauan setiap masa kerana dikhuatiri akan melakukan
perkara yang tidak diingini.
Oleh itu, arahan yang jelas dan ringkas adalah satu aspek yang sangat penting
dalam melatih kanak-kanak yang bermasalah ADHD. Dengan itu mereka akan lebih
mudah melakukan arahan yang diberikan. Bagi masalah terlalu aktif, ada pendapat
yang mengatakan bahawa ini disebabkan oleh gula. Namun ini hanyalah pendapat
semata-mata dan tidak disokong oleh mana-mana ahli saintis.
~ 4 ~
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN
Saya telah membaca beberapa teori yang berkaitan dengan pengurusan tingkah
laku untuk mencari idea bagaimana untuk menguruskan tingkah laku murid yang telah
saya pilih. Untuk minggu hadapan, saya telah memilih untuk mengaplikasikan teori
pembelajaran sosial yang telah dipelopori oleh Albert Bandura. Teori ini menyatakan
bahawa murid belajar melalui peniruan, belajar dengan memerhati tingkah laku orang
lain dan konsekuens tingkah lakunya.
Oleh itu, saya akan cuba mengaplikasikan teori ini ke atas murid ini. Saya juga
akan memperbanyakkan arahan yang ringkas dan tepat serta berulang-ulang. Setakat
ini apa yang telah saya jalankan masih boleh dijalankan kerana terdapat perkembangan
yang sangat positif dari murid.
~ 5 ~
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
KESIMPULAN
Kajian menunjukkan bahawa keputusan peperiksaan kanak-kanak ADHD
kebanyakannya kurang memberangsangkan. Oleh yang demikian, mereka cenderung
untuk merasa rendah diri dan terasing daripada rakan-rakan yang lain. Dalam hal ini,
ibu bapa serta guru perlulah memainkan peranan dengan bantu anak-anak untuk
membina keyakinan diri.
Mereka perlu digalakkan anda untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang diminati
berbanding dipaksa untuk belajar sesuatu yang tidak mereka. Kita perlu mengenal pasti
kecenderungan minat mereka. Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan pengurusan
tingkah laku pada minggu ini menunjukkan hasil yang agak baik dan boleh diteruskan
lagi untuk minggu seterusnya.
Tandatangan pelajar, Disahkan oleh,
……………………… ……………….
~ 6 ~
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
KESIMPULAN
Kajian menunjukkan bahawa keputusan peperiksaan kanak-kanak ADHD
kebanyakannya kurang memberangsangkan. Oleh yang demikian, mereka cenderung
untuk merasa rendah diri dan terasing daripada rakan-rakan yang lain. Dalam hal ini,
ibu bapa serta guru perlulah memainkan peranan dengan bantu anak-anak untuk
membina keyakinan diri.
Mereka perlu digalakkan anda untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang diminati
berbanding dipaksa untuk belajar sesuatu yang tidak mereka. Kita perlu mengenal pasti
kecenderungan minat mereka. Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan pengurusan
tingkah laku pada minggu ini menunjukkan hasil yang agak baik dan boleh diteruskan
lagi untuk minggu seterusnya.
Tandatangan pelajar, Disahkan oleh,
……………………… ……………….
~ 6 ~