Post on 22-Dec-2015
description
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Darab merupakan salah satu operasi asas dalam matematik. Murid-murid mestilah
menguasai setiap operasi untuk memastikan mereka dapat menguasai sesebuah topik.
Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas Matematik.
Kemahiran operasi darab ini penting untuk pembelajaran matematik yang lebih tinggi.
Bagi kajian yang akan saya jalankan ini , saya mendapati murid-murid
berhadapan dengan masalah sekiranya ingin mendapatkan jawapan untuk topik
pendaraban yang melibatkan nombor besar dan salah mentafsir nilai tempat.
Kebanyakan daripada mereka cuai dan melakukan kesalahan yang sama ketika
menjawab soalan dengan menggunakan bentuk lazim. Ini merupakan pengalaman saya
sendiri semasa mengajar Tahap 2. Nilai tempat puluh bagi pekali mengelirukan
kebanyakan murid ketika mendarab untuk menentukan nilai tempat sehinggakan
mereka menulis di bahagian nilai tempat sa. Kajian ini adalah untuk
memerhatikan keberkesanan pembelajaran Matematik berasaskan pernyataan masalah
yang melibatkan jalan penyelesaian masalah bagi meningkatkan prestasi murid - murid
Tahun 5 Amanah dalam mata pelajaran Matematik khususnya topik pendaraban.
Kajian ini juga merupakan kajian tinjauan untuk melihat keberkesanan
kaedah Lattice Method dalam proses pembelajaran fakta asas darab Matematik Tahun 5
Amanah. Dua pendekatan pengajaran akan digunakan sebagai perbandingan iaitu
kaedah bentuk lazim dan kaedah lattice method. Pengajaran merupakan satu tindakan
yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan maksud.
Pengajaran berkesan pula merujuk kemampuan guru untuk merancang topik, objektif,
isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan
1
minat pelajar. Ini bermakna penggunaan atau pendekatan sistematik dalam pengajaran
hendaklah ditekankan iaitu dengan memperkenalkan Kaedah Lattice sebagai langkah
awal untuk mengajar topik pendaraban. Walaupun keadah Lattice ini termasuk dalam
buku teks Tahap 2, saya dapati penekanan tidak diberikan dalam mengajar cara ini
kepada pelajar-pelajar lemah. Ini kerana hasil temubual dengan beberapa guru yang
mengajar kelas terakhir, mereka berpendapat bahawa kaedah ini mengelirukan dan
mengambil masa yang lama. Walau bagaimanapun, saya berpendapat, lebih baik murid
itu lambat asalkan jawapannya betul kerana ini akan memotivasikan murid tersebut
untuk menjawab soalan-soalan seterusnya.
1.2 Refleksi pengalaman yang lalu
Sebelum kajian ini dijalankan, saya telah membuat analisis terhadap markah
keputusan peperiksaan akhir bagi murid-murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah di
daerah Tenom, Sabah iaitu tempat saya mengajar. Saya mendapati peratus murid yang
mendapat gred E dan gred D amat merisaukan. Apabila saya menemuramah guru yang
mengajar murid Tahun 5 ini semasa di Tahun 4, beliau berkata bahawa murid-murid
tersebut hanya mampu menjawab kertas satu (soalan objektif) dengan baik kerana
mereka boleh memilih jawapan tanpa menunjukkan jalan pengiraan. Tetapi apabila
sampai kepada kertas dua (soalan subjektif) mereka tidak dapat menjawab soalan
mengikut skema yang disediakan oleh guru.
Pengajaran berkesan dari segi professional menunjukkan kemahiran guru dalam
mengajar dan mengaplikasikan pelbagai kaedah mengajar yang memudahkan
pemahaman murid, menanamkan minat untuk belajar dalam kalangan murid dan
mempunyai pengetahuan yang luas bagi membantu muridnya dalam pembelajaran. Ini
2
juga melibatkan pembelajaran secara aktif iaitu dengan melakukan aktiviti perbincangan
mengemukakan soalan, memberi pendapat dan lain-lain yang menunjukkan murid
bukan pasif setelah memperkenalkan Kaedah Lattice.
Dengan itu, saya telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan Kajian
Tindakan berdasarkan isu yang didapati yang berlaku dalam kalangan murid-murid
Tahun 5 Amanah seramai 20 orang yang juga merupakan murid-murid paling lemah
dalam aliran. Saya memilih kesemua mereka sebagai responden untuk kajian saya.
Saya akan menyoal murid-murid tentang sifir darab dan mengetahui tindakbalas
mereka. Untuk mengalakkan lagi murid-murid mempelajari topik pendaraban, saya
bercadang untuk memberi bintang kepada sesiapa yang menghafal atau memberi
ganjaran kepada mereka.
Dengan pengalaman yang ada dan perbincangan yang dibuat bersama-sama
guru yang mengajar Matematik, saya akan mencari satu kaedah yang lebih sesuai untuk
menggantikan kaedah yang sedia diamalkan agar murid-murid dapat menggunakan
kaedah ini bagi membantu dan mempermudahkan untuk murid-murid mengatasi
kekeliruan yang dihadapi oleh mereka. Dengan itu, saya akan menggunakan Kaedah
Lattice ketika proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman
dan kemahiran dalam pembelajaran topik pendaraban.
1.3 Refleksi nilai pendidikan
KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha
menyusun semula danmenambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi
keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR
menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan
3
Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa
Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan
dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard
Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Bagi menyahut pelaksanaan KSSR, KPM telah menjalankan kursus penyebaran
KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Pada zaman
teknologi ini, guru memainkan peranan yang penting untuk melahirkan generasi yang
berdaya saing iaitu generasi yang dikatakan cemerlang. Terdapat pelbagai pendapat
mengenai maksud pengajaran berkesan. Pengajaran berkesan bermaksud seorang
pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam
mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik
profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T., 1994). Mereka berpendapat yang
pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi kandungan sesuatu mata
pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan mengenai topik dan perkara yang hendak
diajar serta perlu menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan
kelas, menyoal soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan proses pembelajaran.
Leblanc (1998) pula berpendapat bahawa pengajaran berkesan bermaksud pengajaran
oleh guru yang penyayang, mengambil berat terhadap kebajikan pelajar, memberi
sokongan kepada pelajar, dan berpengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar.
Manakala menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan merupakan pengajaran yang
dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Antara pendapat lain pula
menyatakan bahawa guru berkesan dan boleh membantu pelajar (Cruickshank, 1995).
4
Jika diperhatikan di sini, terdapat persamaan antara pandangan yang diberikan
oleh Cruickshank dan Hunter di mana mereka berpendapat bahawa pengajaran boleh
meningkatkan pembelajaran pelajar. Pengajaran berkesan dapat disimpulkan sebagai
pengajaran yang menyedia dan mewujudkan suasana yang sihat bagi menggalakkan
pelajar untuk terus belajar. Perkara ini disokong oleh Shahril (2004) yang mendefinisikan
pengajaran berkesan sebagai kebolehan dan kemampuan guru untuk menyampaikan
maklumat pengajaran dengan baik dan juga berkesan, di mana secara tidak langsung
dapat memotivasikan diri pelajar untuk terus cemerlang mencapai kejayaan. Guru
berkesan merupakan keupayaan guru dalam menyampaikan pengajaran yang memberi
kesan terhadap beberapa aspek termasuklah dapat memotivasikan pelajar seperti
dinyatakan oleh Malikow, M. (2006). Ianya dapat diaplikasikan dengan pelbagai kaedah
pengajaran, bahan bantu mengajar, dan kemahiran melaksanakan aktiviti. Dalam
konteks ini, guru seharusnya merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan
penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar.
Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat
pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan
cabaran dunia globalisasi.. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai
keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang
dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid
yang berlainan bangsa. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan
bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan
terhadap guru terlebih dahulu. Dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran,
guru haruslah memainkan peranan yang penting agar objektif pengajaran yang telah
ditetapkan dapat dicapai pada akhir sesi pengajaran. Menurut Brown, G. & Atkins, M
5
(1988) pengajaran berkesan menuntut kepada tenaga pengajar untuk mengetahui dan
mendalami sesuatu mata pelajaran yang diajar. Antara ciri-ciri guru berkesan adalah
guru yang mempunyai kepakaran dan kecekapan dalam subjek yang diajar, boleh
mempelbagaikan kaedah mengajar, boleh memberi penerangan yang jelas tentang
perkara yang hendak disampaikan dan enthusiasm. Guru juga perlulah memastikan
bahawa proses pengajaran tersebut berlaku dengan melibatkan interaksi dua atau
pelbagai hala dengan pelajar. Oleh itu, penglibatan pelajar dalam pengajaran perlu
ditiitkberatkan.
Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan
warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan
Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini
adalah dengan mempersiapkan diri untuk memmbangunkan kemahiran dalam menjadi
seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang
pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap
program pendidikan secara terancang dan sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan
perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru
yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing alam
menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif dan
berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat
dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi
komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum
standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat
6
dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid
selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa
kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat
mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan
pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar
yang boleh digunakan dalam bilik darjah.
Pelajar merupakan pembina ilmu yang aktif. Oleh itu, penglibatan pelajar di
dalam satu-satu pengajaran adalah penting bagi membantu penerapan nilai-nilai murni
di dalam diri pelajar itu sendiri dan memastikan proses pengajaran berlangsung secara
efektif. Pendapat ini disokong oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) yang menyatakan
bahawa pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa
pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya.
1.4 Tinjauan Literatur
Subjek matematik merupakan salah satu subjek yang tidak digemari oleh
kebanyakan murid. Menurut Sabri Ahmad (2006), mata pelajaran Matematik merupakan
satu mata pelajaran yang sukar dan tidak diminati oleh murid-murid. Satu kajian kes
mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam
mata pelajaran Matematik adalah dalam kalangan mereka yang menganggap mata
pelajaran Matematik adalah satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan (Johari
Hassan dan Norsuriani Ab Aziz, 2011). Guru harus mempelbagaikan kaedah mengajar
dan menvariasikan bahan bantu mengajar kerana ia dapat meningkatkan minat murid
untuk terus belajar. Pernyataan ini disokong oleh Marianne D. Nelson (2009),
menyatakan pendidik perlu memikirkan semula bagaimana untuk mengajar Matematik
7
melalui cara yang menarik untuk menarik perhatian murid supaya mereka berasa
seronok untuk belajar Matematik.
Hasil tinjauan yang saya lakukan, saya dapati murid mengalami kesukaran untuk
melakukan pendaraban dengan betul. Hal ini berlaku kerana murid mempunyai masalah
untuk melakukan pendaraban dengan pengumpulan semula. Murid biasa didedahkan
dengan teknik mendarab menggunakan bentuk lazim. Namun pendaraban nombor yang
besar sukar untuk dilaksanakan dalam bentuk lazim kerana murid sukar untuk
mendarab dengan mengumpul semula. Untuk angka 1 atau 2 digit tidak menjadi
masalah. Namun untuk pendaraban sehingga 5 angka, seseorang murid itu perlu betul-
betul menguasai teknik pengumpulan semula yang mengelirukan bagi kebanyakan
murid.Oleh itu, saya akan mengkaji tentang teknik alternatif untuk membantu murid
melakukan pendaraban dengan betul. Seterusnya saya telah mengkaji bahan-bahan
berkaitan teknik alternatif ini berdasarkan kajian atau dapatan yang lepas.
Sesetengah guru hanya mengutamakan peperiksaan semata-mata tanpa
mengutamakan pemahaman murid-murid. Di dalam kelas, terdapat banyak golongan
murid. Malangnya, guru hanya menggunakan satu teknik untuk mengajar darab
sedangkan terdapat banyak lagi teknik untuk membantu murid. Golongan pelajar lemah
mempunyai masalah untuk melakukan pendaraban secara bentuk lazim namun mereka
terpaksa menggunakan jua kerana hanya itulah sahaja cara yang diajarkan. Hal ini
menyebabkan mereka mengalami ketakutan untuk mempelajari matematik kerana
kesukaran yang dialami ketika belajar matematik. Menurut Ashcraft dan Kirk (2001)
“mengelak Matematik dan penguasaan mereka lebih kurang dari Matematik tidak dapat
dielakkan dan kualitinya hanya kurang kompeten disebabkan atas kecemasan individu
dalam Matematik”. Hal ini bermakna, murid hanya belajar matematik disebabkan oleh
8
keadaan terpaksa (tuntutan peperiksaan) dan menyebabkan kualiti pembelajaran
mereka menjadi rendah.
Menurut Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil (2010),
‘Kelemahan dan pencapaian prestasi rendah subjek matematik di kalangan pelajar
sekolah rendah bermula dalam kelemahan di dalam penguasaan fakta asas matematik
seperti fakta asas kira tambah, kira tolak dan kira darab. Ini akan menimbulkan
perasaan tidak berminat mereka terhadap subjek tersebut. Persoalan timbul apabila hal
ini berlaku dan banyak faktor penyebab yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh
para pendidik di Malaysia’. Hal ini bermakna faktor pengajaran dan pembelajaran yang
stereotaip telah menyebabkan murid bosan dan hilang minat untuk belajar matematik.
Sesetengah murid pula tidak meminati matematik kerana tidak memahami fakta asas
dalam pengiraan aritmetik. Mereka masih tidak menguasai sepenuhnya kaedah untuk
melakukan operasi aritmetik terutamanya darab. Oleh itu, murid hilang minat dengan
pelajaran matematik. Justeru, saya cuba menggunakan teknik baru agar murid lebih
mudah untuk memahami pendaraban dan seterusnya membuatkan pembelajaran
matematik menjadi mudah.
Kebanyakan murid mengalami masalah untuk melakukan pendaraban kerana
mereka tidak memahami teknik pendaraban yang sebetulnya. Murid hanya didedahkan
dengan satu atau dua teknik sahaja sedangkan sebenarnya banyak cara boleh diajarkan
kepada murid. Jesteru, dalam mengatasi masalah ini, guru perlulah memperkenalkan
dan menggunakan teknik yang sesuai dengan keupayaan murid. Ini kerana teknik yang
tidak bersesuaian dengan murid akan menimbulkan masalah baru terhadap murid dalam
memahami konsep pendaraban dalam Matematik. Pernyataan ini bertepatan dengan
pendapat Smith S.Z. & Smith M.E (2006) yang menyatakan murid yang menggunakan
cara pengiraan yang tidak tepat dan tidak bersesuaian dalam melakukan pengiraan
9
Matematik akan menimbulkan pelbagai masalah dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Salah satu teknik yang boleh diperkenalkan ialah kaedah lattice. Menurut
Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak adalah berguna dalam mempelajari
pendaraban. Kaedah lattice merupakan satu teknik yang menggunakan petak-petak
atau kekisi untuk mendarab. Teknik ini lebih kepada pengaplikasian teknik pola atau
corak dalam menyelesaikan masalah darab.
Chan Yaw Jong (2011) dalam kajiannya berkata ‘Biasanya, murid-murid tidak
tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahu bagaimana menyelesaikan soalan yang
melibatkan operasi darab kerana mereka lemah dalam sifir. Penggunaan kaedah Lattice
telah meminimumkan kesukaran murid untuk mendarab kerana mereka hanya perlu
menumpukan kepada sifir satu angka darab satu angka sahaja. Murid tidak perlu lagi
memikirkan tentang penggunaan nilai tempat dan sebagainya kerana mereka hanya
perlu melakukan pendaraban sahaja dan mengisi di dalam kotak.setelah tamat mengisi,
mereka hanya perlu menambah hasil darab dan akan mendapat jawapan.
Pendaraban merupakan suatu cabang dan kemahiran yang wajib dipelajari oleh
semua murid namun ramai murid yang mengalami masalah dan keliru dalam konsep
pendaraban. Pendapat ini disokong oleh Barmby (2009) yang menyatakan bahawa
konsep pendaraban adalah lebih sukar dikuasai oleh murid berbanding kemahiran
penambahan dan penolakan nombor. Dalam tajuk darab, terdapat kemahiran darab tiga
digit dengan dua digit yang dianggap susah dan tidak dapat dikuasai oleh ramai murid.
Masalah ini menjurus kepada masalah murid-murid tidak dapat membuat pengiraan dan
melakukan operasi yang betul semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua
digit. Masalah ini akan lebih ketara bilamana melibatkan pengumpulan semula seperti
2526 x 23 dan 3245 x 24 serta seumpama dengannya. Melalui kajian oleh Zamatun
10
Nasrah (2011), didapati murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi
mempunyai masalah dalam mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula. Ini disokong melalui ujian “PROTIM” dan analisis yang
telah dijalankan kepada murid tahun 6 oleh Tengku Halim Tengku Ahmad (1998) turut
menyatakan bahawa murid-muridnya masih belum dapat menguasai kemahiran
mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit atau tiga digit di Sekolah
Kebangsaan Batu 7, Dungun.
Kaedah lattice merupakan kaedah yang mementingkan penyelesaian secara
sistematik iaitu ianya menggunakan kotak atau kekisi untuk mendarab. Namun, di
sebalik sistematik itu, murid bebas untuk meletakkan nombor pada atas atau sisi kekisi.
Menurut Brumbaugh, D. K., Moch, P. L., & Wilkinson, M. E. (2005) di dalam buku
Mathematics content for elementary teachers menjelaskan bahawa salah satu
kecantikan kaedah lattice ialah hanya fakta matematik diperlukan dan ianya boleh
diselesaikan dalam mana-mana susunan. Hal ini bermakna murid bebas untuk
meletakkan nombor di atas atau tepi kekisi. Pendaraban menggunakan kaedah kesisi ini
telah diperkenalkan dalam silibus ini telah diperkenalkan dalam silibus matematik
sekolah rendah bagi tajuk pendaraban sebagai alternative kepada kaedah tradisional
iaitu bentuk lazim. Kaedah ini memiliki beberapa kelebihan jika diamalkan dalam system
pendaraban. Antara kelebihan kaedah ini ialah lebih bersifat sistematik dan mudah
untuk difahami, tidak mengelirukan bagi proses pengumpulan semula, dan kesalahan
pengiraan dapat dikurangkan kerana penggunaan kotak memisahkan operasi darab dan
tambah.
11
BAB 2: FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
Hasil dari pengamatan saya semasa membuat kajian tindakan ini di Sekolah
Kebangsaan Sapong, Tenom saya mendapati bahawa terdapat pelbagai masalah
pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid.
1. Murid sukar untuk melakukan operasi pendaraban dengan betul.
Setelah mengikuti beberapa siri pengajaran dan pembelajaran, saya telah
mendapati terdapat segolongan murid yang mengalami kesukaran dalam melakukan
operasi pendaraban dengan betul. Majoriti murid menggunakan bentuk lazim untuk
menyelesaikan sesuatu operasi pendaraban. Golongan ini mempunyai kekeliruan ketika
meletakkan susunan nombor pada bentuk lazim. Justeru, saya merancang untuk
memperkenalkan teknik alternatif bagi mengatasi masalah ini.
2.2 Tinjauan dan Analisis Masalah
Berpandukan kepada hasil penelitian saya, saya akan menumpukan kajian
terhadap isu kesukaran murid untuk melakukan operasi pendaraban dengan betul. Saya
akan menjalankan suatu kajian bagi mengenalpasti apakah punca kepada permasalah
tersebut dan seterusnya merencanakan suatu kaedah atau strategi yang berkesan bagi
memastikan murid dapat melakukan operasi pendaraban dengan betul. Berdasarkan
kepada refleksi yang telah saya lakukan, saya mendapati murid mengalami kesukaran
untuk melakukan operasi pendaraban dengan betul bagi tajuk darab.
12
2.2.1 Pemerhatian
Saya mendapati terdapat sebilangan murid tidak dapat menyelesaikan masalah
matematik yang melibatkan opersai darab. Apatah lagi apabila operasi darab yang
melibatkan digit yang besar. Ujian matematik kertas 2 menunjukkan kesilapan yang
mereka lakukan dalam operasi mendarab.
2.2.2 Ujian Diagnostik
Ujian Diagnostik pengamatan ini adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru
pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang
dihadapi oleh seseorang murid dalam aspek pengamatan.
2.2.3 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dalam penguasaan asas
Matematik. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu penyelidik menilai tahap
penguasaan asas Matematik sebenar di kalangan murid-murid yang lemah. Ujian
Pasca pula dijalankan untuk menguji tahap keberkesanan kaedah ini untuk kumpulan
sasaran.
2.2.4 Soal Selidik
Set Dokotomus digunakan dalam soal selidik bagi mendapatkan persetujuan responden
terhadap pernyataan minat responden terhadap aktiviti Penggunaan Kaedah Lattice
dengan menggunakan skala pengukur “Ya” dan “Tidak”. Borang soal selidik akan
disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid
mengenai minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik sebelum dan selepas
Kaedah Lattice dijalankan.
13
BAB 3: OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
Kajian yang saya jalankan ini bertujuan untuk membantu pemahaman murid dalam
mendarab dengan menggunakan kaedah lattice. Objektif kajian adalah :Mengkaji
kesesuaian kaedah lattice bagi meningkatkan kefahaman murid dalam melakukan
operasi darab.
3.2 Soalan Kajian
3.2.1 Adakah kaedah lattice sesuai dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid
dalam melakukan operasi darab?
Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dijalankan untuk mengkaji tentang
keberkesanan kaedah Lattice dalam meningkatkan Kemahiran mendarab. Kajian ini
melibatkan 20 orang responden yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 12 orang
perempuan. Ke semua responden dipilih berdasarkan kepada kepada pemerhatian awal
yang dibuat terhadap murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang
lalu. Selain itu, responden juga dipilih berdasarkan pemeriksaan buku latihan dan
lembaran kerja murid, keputusan Ujian OTI, dan keputusan Ujian Diagnostik yang
dijalankan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen ujian iaitu ujian pra
dan ujian pos, analisis dokumen dan temubual. Instrumen yang digunakan ini adalah
untuk melihat pencapaian responden dalam kemahiran mendarab dengan
menggunakan Kaedah Lattice. Data-data yang dikumpul, dianalisis bagi melihat
penggunaan kaedah lattice dalam meningkatkan tahap penguasaan murid-murid dalam
pendaraban.
14
BAB 4: KUMPULAN SASARAN
Berdasarkan kepada refleksi dan penyataan masalah di atas, didapati bahawa
murid lemah dalam mata pelajaran Matematik disebabkan oleh kegagalan menguasai
kemahiran asas Matematik. Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang responden daripada
Tahun 5 yang terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan.
Responden ini mempunyai tahap pencapaian yang berbeza iaitu baik, sederhana dan
lemah. 8 orang murid berada dalam kategori baik, 6 orang murid berada dalam kategori
sederhana dan 6 orang lagi berada dalam kategori lemah. Kesemua responden dalam
kumpulan sasaran berbangsa Murut dan Kadazan, 12 orang murid beragama Kristian
dan 8 orang murid beragama Islam serta kesemua responden berumur 11 tahun. Taraf
sosio ekonomi keluarga responden pula adalah rendah di mana kebanyakan ibu bapa
mereka bekerja kampung.
Antara ciri-ciri persamaan yang ada pada responden ialah kesemua responden
datang ke sekolah dengan berjalan kaki. Hal ini akan membolehkan saya untuk meminta
responden datang ke sekolah pada waktu petang untuk tujuan kajian kerana mereka
tidak memerlukan ibu bapa untuk menghantar mereka balik dan pulang dari sekolah.
Ciri-ciri unik yang ada pada responden ialah mereka gemar tersenyum
penuh yakin apabila saya bertanyakan sama ada faham atau tidak. Namun, apabila
saya menguji dengan menanyakan soalan atau pun meminta mereka tampil datang ke
hadapan, rata-rata tidak mampu untuk menjawab dengan betul. Motivasi responden pula
berada pada tahap yang memuaskan kerana ada kalanya mereka terlibat dengan aktif di
dalam kelas dan ada kalanya mereka pasif di dalam kelas.
15
BAB 5: TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan
Kajian tindakan adalah merupakan salah satu reka bentuk kajian penyelidikan.
Kajian tindakan dilakukan secara sistematik berbentuk refleksi kendiri dan melibatkan
pengkaji itu sendiri yang bertujuan untuk menambah baik amalan yang lazim. Pengkaji
memilih model kajian Kemmis dan McTaggart (1983), yang melibatkan refleksi kendiri,
seterusnya merancang, tindakan dan pemerhatian. Untuk peringkat refleksi, tujuannya
adalah untuk memahami kewujudan masalah seterusnya menilai sesi P&P sebelumnya
untuk mencari sebab masalah timbul. Bagi peringkat perancangan pula, proses yang
terlibat ialah merancang tindakan yang perlu diambil dari hasil tinjauan awal,
pemerhatian tidak formal semasa P&P, lembaran kerja, Ujian Awal Tahun dan ujian pos
seterusnya merancang tindakan intervensi iaitu menggunakan Kaedah Lattice untuk
menyelesaikan soalan pendaraban.
Untuk peringkat tindakan pula, proses yang telah dilakukan ialah melaksanakan
perancangan, ambil kira refleksi lalu dan sorotan literatur yang telah dibuat, kreatif
dalam melaksanakan tindakan seterusnya melaksanakan ujian Pasca, soal selidik dan
temubual selepas tindakan dilaksanakan. Pada peringkat terakhir iaitu pemerhatian
pula, proses yang telah dilakukan ialah memerhati dan memantau tindakan sama ada
berkesan atau tidak, mengumpul data ujian, soal selidik dan temubual, seterusnya
membuat analisis data bagi mendapatkan refleksi tindakan. Pemilihan model ini kerana
bersesuaian dengan langkah yang telah dijalankan oleh pengkaji yang bermula dengan
refleksi untuk mencari isu kajian, merancang, bertindak dengan mengadakan sesi P&P
bagi mengenalkan kepada Kaedah Lattice, memerhati dan menganalisis data yang
diperolehi dan akhirnya bertindakbalas melalui refleksi. Pada peringkat perancangan,
pengkaji memulakan dengan membuat pemerhatian tidak formal terhadap murid. 16
Pemerhatian ini bertujuan untuk untuk mengenalpasti masalah-masalah atau kesilapan-
kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid kelas 5 Amanah dalam melakukan proses
pendaraban melibatkan nombor empat digit dengan dua digit. Pengkaji telah
menggunakan empat insrtumen iaitu analisis dokumen, ujian pra dan pasca, soal selidik
dan temu bual. Kaedah baru iaitu Kaedah Lattice telah diperkenalkan pengkaji kepada
responden untuk diaplikasikan.
Saya mengaplikasikan Model Kemmis dan McTaggart (1983). untuk
menjalankan tindakan bagi mengatasi masalah ini. Model ini mempunyai empat fasa
atau langkah. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
Rajah 1: Kitaran Model Penyelidikan Kemmis dan mcTaggart
17
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data
Saya telah menggunakan tiga instrumen bertujuan untuk menilai kembali
keberkesanan penggunaan kaedah Lattice. Instrumen pertama yang digunakan ialah
pemerhatian berstruktur, instrumen kedua pula ialah penelitian dokumen berdasarkan
ujian dan instrumen ketiga pula ialah melalui soal selidik. Instrumen pertama iaitu
pemerhatian berstruktur. Pemerhatian berstruktur ini menggunakan senarai semak
untuk mengumpul data. Hasil pemerhatian akan danalisis berpandukan kepada kiraan
frekuensi dan juga peratus.
Instrumen kedua pula ialah penelitian dokumen ujian murid. Melalui instrumen
ini, saya akan menilai apakah perkembangan yang dilalui oleh responden di dalam dua
ujian yang dijalankan. Ujian pertama merupakan ujian pra dan ujian kedua pula ialah
ujian pasca. Ujian pra diadakan sebelum intervensi dan ujian pasca diadakan selepas
intervensi.
Instrumen ketiga pula ialah soal selidik. Dengan soal selidik ini, dapat
memungkinkan saya untuk mencari apakah hasil kepada implementasi kaedah Lattice
dalam pengajaran operasi darab. Seramai 20 responden telah dipilih dan sebanyak 8
item telah diberikan kepada responden untuk dijawab. Sebelum responden menjawab,
saya telah berikan sedikit penerangan tentang item terbabit. Responden menjawab item
dalam suasana yang kondusif bagi membolehkan mereka menjawab dengan tenang
tanpa sebarang tekanan.
18
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
Analisis yang dibuat melibatkan proses yang terperinci dan formal untuk
menemukan data dan merumuskan hipotesis seperti yang disarankan dan sebagai
usaha untuk membantu kajian ini. Analisis data adalah proses mengorganisasikan dan
mengurutkan data kedalam pola, kategori, dan satuan uraian dasar sehingga dapat
ditemukan tema dan dapat dirumuskan hipotesis kerja seperti yang disarankan oleh data
(Lexy J. Moleong , 2000). Data akan dikumpulkan, dianalisis dan diinterpretasikan untuk
mendapatkan hasil dapatan daripada 3 kaedah pengumpulan data iaitu soal selidik,
temu bual dan hasil Ujian Pra dan Ujian Pos bagi mengukur peningkatan cara saya
menyampaikan pengajaran Matematik dangan menggunakan kaedah Lattice.
Berikut ialah perancangan cara saya untuk menganalisis data seperti yang ditunjukkan
di dalam Rajah 2.
Rajah 2 : Perancangan analisis data
Proses analisis data dimulakan dengan mengumpul data-data yang diperolehi semasa
mengumpul data dengan mengunakan kaedah tertentu. Semasa analisis data
19
PemerhatianPemerhatian Ujian PraUjian Pra Pengedaran Borang Soal SelidikPengedaran Borang Soal Selidik
Seisi intervensiSeisi intervensiPemerhatian SemasaPemerhatian SemasaUjian PosUjian Pos
Pengedaran Borang Soal Selidik selepas intervensi
Pengedaran Borang Soal Selidik selepas intervensi
Menganalisis dataMenganalisis data Membuat rumusan
Membuat rumusan
dijalankan, perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah perlu memastikan
kesemua dokumen dan data-data yang diperolehi lengkap. Bagi mengklasifikasikan dan
mengkategorikan data, dilakukan dengan mengekod data sama ada data yang
diperolehi berbentuk kuantitatif ataupun kualitatif dengan melihat cara yang digunakan
semasa mengumpul data. Peringkat kedua dalam analisis data ialah dengan
memaparkan data di dalam bentuk jadual kekerapan. Hasil daripada jadual supaya data
yang diperolehi boleh dilaksanakan secara sistematik. Akhir sekali, membuat
kesimpulan berdasarkan hasil analisis yang dibuat.
5.3.1 Analisis data
Dalam kajian analisis ujian, prestasi murid dalam ujian akan direkodkan dari
mula sejak Ujian Pra hingga Ujian Pasca. Markah ujian pra akan menunjukkan prestasi
mereka sebelum pembelajaran atau rawatan diberikan sementara itu, markah ujian
pasca akan menunjukkan prestasi mereka selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
iaitu selepas rawatan dijalankan. Perbezaan kedua-dua markah dalam ujian pra dan
ujian pasca akan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian dan menunjukkan
keberkesanan dalam penggunaan Keadah Lattice ini dalam pengajaran dan
pembelajaran.
5.3.2 Rekod Ujian
i) Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra akan dijalankan untuk melihat sejauh mana kelemahan murid dalam
menyelesaikan masalah Matematik yang melibatkan operasi darab. Pengkaji akan
membuat hasil ujian pos dalam bentuk graf dan jadual. Ujian Pos akan dijalankan
setelah murid diperkenalkan dengan Kaedah lattice dalam menyelesaikan masalah
20
matematik yang melibatkan pendaraban. Pengkaji akan membandingkan hasil Ujian Pra
dan Ujian pos bagi mengetahui apakah kaedah ini berkesan dalam meningkatkan
kemahiran murid dalam operasi darab. Data dikategorikan dalam bentuk markah
mengikut tahap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), yang mana ia telah
ditetapkan dalam lima kategori:
Jadual 1 Gred Pemarkahan Ujian
Skor Markah (%) Gred Kedudukan80 - 100 A Cemerlang60 - 79 B Baik40 - 59 C Memuaskan20 - 39 D Lemah0 - 19 E Amat LemahSumber: Skala Gred Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), KPM
Markah hasil ujian akan direkod seperti berikut, dan diterjemahkan dalam bentuk
peratusan.
21
Responden Markah Peratus
Responden 1
Responden 2
Responden 3
Responden 4
Responden 5
Responden 6
Responden 7
Rekod Pencapaian Murid
ii) Senarai Semak
Hasil pemerhatian akan dianalisis berpandukan kepada kiraan bilangan dan juga peratus. Jadual 1
menunjukkan analisis senarai semak pengumpulan data.
Item Bilangan Peratusan
Komitmen murid dalam pelajaran
a) Murid bertanya soalan
b) Murid memberikan komitmen dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran
c) Murid mengikuti arahan guru
Inkuiri murid terhadap pelajaran
a) Fokus ketika guru mengajar
b) Seronok dengan kaedah yang diajarkan oleh guru
c) Murid bersemangat untuk belajar
Kefahaman murid tentang pelajaran
a) Murid dapat membuat operasi pendaraban dengan
betul
b) Murid dapat memberikan jawapan dengan betul.
c) Murid dapat menyebut kembali apa yang dipelajari
secara lisan.
5.3.3 Soal Selidik
22
Setelah selesai intervensi, saya akan mengedarkan borang soal selidik kepada murid.
Berpandukan kepada hasil dapatan itu, saya akan mengira peratus bagi setiap item
untuk menilai tahap keberkesanan kaedah Lattice terhadap pelajaran darab mereka.
Temu bual merupakan kaedah pengutipan data melibatkan interaksi face to face antara
penyelidik dan respondan.
Skala:
1: Sangat Tidak Setuju, 2: Tidak Setuju, 3: Kurang Setuju, 4: Setuju, 5: Sangat Setuju
Item
PERATUS
1 2 3 4 5
1. Saya minat belajar menggunakan kaedah Lattice.
2. Saya lebih mudah memahami kaedah Lattice
berbanding bentuk lazim.
3. Saya dapat melakukan operasi pendaraban dengan
mudah.
4. Saya tidak mengalami kesukaran untuk mendarab.
5. Saya lebih menggemari tajuk darab selepas ini.
6. Kaedah Lattice lebih mudah untuk digunakan
berbanding kaedah bentuk lazim.
7. Saya minat belajar matematik kerana matematik
menyeronokkan.
8. Saya seronok untuk belajar matematik kerana
matematik itu mudah.
23
Daripada respons di atas, satu jadual pengagihan skor dihasilkan untuk menunjukkan
kekerapan taburan respons dan nilai min terhadap sesuatu item. Hasil tersebut akan
diteremahkan dalam bentuk peratusan samada berbentuk graf ataupun carta pai.
Jadual 2 : Interprestasi Skor Min Terhadap Minat MuridSkor Min Tahap 1.00 - 2.33 Rendah2.34 - 3.66 Sederhana3.67 - 5.00 Tinggi Sumber: Diperoleh dari Jamil (2002) dalam Vijayen (2009)
5.3.4 Lembaran kerja
Berdasarkan hasil kerja murid terhadap lembaran kerja yang saya berikan setiap kali
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan semak dan mengisi markah pelajar di
dalam jadual bagi memudahkan saya untuk melihat sejauh mana keberkesanan pengenalan
Kaedah Lattice ini, melalui markah yang diperolehi.
Bil Nama pelajar Markah Peratus
1
2
3
24
Berikut adalah ringkasan pengumpulan data bagi kajian tindakan ini.
Kaedah Instrument Aspek diukur
Cara
pengukuran/aspek
yang dianalisis
Ujian (Pra dan Pos) Kertas Ujian Pra dan
Ujian pos
Pencapaian Peratusan dan min
Markah Peratus
Soal Selidik Borang soal selidik Minat Peratusan Kekerapan
dan Min
Pemerhatian Senarai semak
respon murid
Respon dan Minat Bilangan dan peratus
Lembaran kerja Kertas lembaran kerja Pencapaian Peratusan
25
5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian
5.4.1 Jadual Pelaksanaan
Bil Aktiviti Tarikh
1. Menemubual guru 22 Julai 2015
2. Mengenalpasti masalah 28 Julai 2015
3. Menulis proposal kajian 28 Julai 2015
4.Perbincangan dan perbentangan proposal yang
hendak dijalankan30 Julai 2015
5. Pengesahan proposal 24 Ogos 2015
6. Analisis data 29 Ogos 2015
7. Merancang tindakan 4 September 2015
8. Perlaksanaan tindakan 18 September 2015
9. Kumpul dan analisis data 20 September 2015
10. Laksana tindakan 6 Oktober 2015
11. Kumpul dan analisis data 10 Oktober 2015
12 Laksana tindakan 14 Oktober 2015
13. Kumpul dan analisis data 16 Oktober 2015
14. Refleksi kajian 17 Oktober 2015
15. Menulis laporan kajian 19 Oktober 2015
26
5.4.2 Jadual pelaksanaan penyelidikan tindakan (Carta Gantt)
5
27
Bil Aktiviti JULAI OGOS SEPT OCT NOV
Minggu 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1 Soal Selidik
2 Membina Pra Ujian
3 Melaksanakan
Pra Ujian
4 P & P Kaedah
Lattice
5 Latihan Individu
6 Membina ujian pasca
7 Melaksanakan
Ujian Pasca
8 Analisis
Ujian
9 Menulis Laporan
10 Pemurnian
5.4.3 Kos Kajian
Jenis Bahan Kegunaan Bil Kos Jumlah (RM)
Ketas A4 dan
belanja
percetakan
laporan
1. Soalan kaji selidik
2. Tujuan percetakan soalan kaji
selidik, laporan kajian, membuat
salinan laporan dan tujuan
penjilidan.
5 set 5X RM10.00 RM50.00
Permanent
Marker
1. Membuat carta yang berkaitan 3 batang 3X RM 3.00 RM 9.00
Kertas Modul
Penyelesian
masalah
1. Untuk diberikan kepada murid-
murid
30 set RM 33.30 RM 33.30
Kos
pengangkutan
1.Berjumpa dengan guru dan
penyelia
4 kali RM 80.00 RM 80.00
Laporan kajian 1.Dijadikan contoh 5 salinan RM 5.70 RM 5.70
Alat tulis dan
dakwat komputer
1. Penyedian soalan dan
peyedian untuk kajian
- RM 74.00 RM 74.00
Gambar
Dokmentasi
1. Bukti kajian RM 10.00 RM10.00
Cenderahati 1. Sumbangan dan peghargaan 2 buah 2X RM20.00 RM 40.00
28
kepada pihak
sekolah
kepada pihak sekolah
Lain-lain
perbelanjaan
1. Untuk menyiapkan
penyelidikan
- - RM 50.00
JUMLAH RM 351.70
6.0 RUJUKAN
Abu Bakar, Zainudin and Mat Jalil, Mohd. Rashidi (2007) Kaedah petak sifir : kajian
perbandingan matematik tahun 4 dalam penguasaan fakta asas darab. Jurnal Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, 12 . pp. 91-98. ISSN 1394-1801
Ashcraft, M. H., & Kirk, E. P. (2001). The relationships among working memory,
math, anxiety, and performance. Journal of Experimental Psychology: General, 130(2),
224-237.
Chan Yaw Jong (2011). Refleksi Pembelajaran Tentang Teknik Menyemak Data
Dalam Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan Bertajuk “Penggunaan Kotak Ajaib Dan
Lattice Dalam Meningkatkan Penguasaan Pendaraban Murid Tahun Lima”. Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Cooper, R. (1994). Alternative Math techniques instructional guide. ERIC digital
dissertations. Diperoleh pada 26 Mac 2015 dari http//www.
eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my
Brumbaugh, D. K., Moch, P. L., & Wilkinson, M. E. (2005). Mathematics content
for elementary teachers. Mahwah, N.J.: Lawrence Erlbaum Associates.
29
Dunne R & Wragg T (2005). Effective Teaching. London: Taylor & Francis e-
Library.
Johari Bin Hassan dan Norsuriani Binti Ab Aziz, (2011), TESIS-Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah, Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Malikow, M. (2006). When students cut themselves. Education Digest: Essential
Readings Condensed for Quick Review, 71(8), 45-50. (ERIC Document Reproduction
Service No. EJ741060) Retrieved December 2, 2008, from ERIC database.
Mok, Soon Sang (1995). Matematik Untuk Dinamika Guru. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah):
Kompenan 1 & 2. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah Matematik Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah:
Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Sabri Ahmad. et.al, (2006), Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik, Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff. 1987. Psikologi pendidikan I : konsep-konsep asas
psikologi dan psikologi pendidikan,psikologi perkembangan.Petaling Jaya.Longman
Malaysia Sdn . Bhd.
30
Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil (2010). Keberkesanan
Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4:
Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia.
LAMPIRAN 1
Ujian Pra
Nama: Kelas:
Jawab semua soalan berikut
1. 343 x 214
2. 456 x 331
31
3. 514 x 243
4. 672 x 435
LAMPIRAN 2
Ujian Pasca
Nama: Kelas:
Jawab semua soalan berikut
1. 423 x 345
2. 962 x 457
32
3. 723 x 189
4. 809 x 768
LAMPIRAN 3
Soal selidik Tinjauan
Item Ya Tidak
Saya minat untuk belajar matematik
Matematik adalah menyeronokkan.
Aktiviti yang dijalankan adalah menarik
Saya berasa sukar untuk melakukan pendaraban
Saya tidak faham soalan darab
Saya melakukan ulangkaji di rumah
Saya berasa bosan sewaktu guru mengajar.
Saya gemar bertanya jika ada perkara yang saya tidak faham.
33