Post on 08-Dec-2014
description
BAB 1
PENGENALAN
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka,
Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah
dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala
tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan
Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan
tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini
tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya
di Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia
digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan
perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di
Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu,
Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad
jawi.
Dekatnya Tulisan Jawi dengan al-Quran adalah disebabkan asalnya dari huruf-huruf Arab
yang disesuaikan dengan Bahasa Melayu di rantau ini. Manakala dekatnya Tulisan Jawi dengan
masyarakat dahulu kerana mereka belajar Bahasa Melayu ,Ilmu Agama,Sejarah dan ilmu-ilmu
lain dengan menggunakan Bahasa Melayu yang ditulis dengan tulisan jawi. Hak Melayu adalah
1
tulisan jawi yang kini sudah dipesongkan oleh penjajah yang memperkenalkan sistem tulisan
mereka bagi mengawal perkembangan tulisan jawi. Penggunaannya sangat meluas hinggakan
penjajah juga mengiktiraf tulisan ini yang digunakan didalam Pengisytiharan Kemerdekaan
Tanah Melayu.
1.1 Penyataan Masalah Kajian
Kebanyakkan murid yang mengikuti kelas Pendidikan Islam mempunyai pandangan yang agak
tipikal terhadap matapelajaran Pendidikan Islam. Rata-rata dari mereka memandang subjek
Pendidikan Islam ini sebagai tidak masuk peperiksaan. Oleh yang demikian, mereka hanya
mengikuti kelas ini dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Keadaan yang lebih
meruncingkan lagi di sesetengah sekolah apabila Guru Besar tidak mengambil berat dengan mata
pelajaran Pendidikan Islam. Mata Pelajaran Pendidikan Islam dianggap tidak penting dalam
kurikulum sekolah terutamanya dalam bidang jawi. Sebenarnya ia juga berkepentingan seperti
mata pelajaran lain dalam memertabatkan semula tulisan jawi.
Selain daripada itu di sekolah saya telah dapati murid-murid lemah dalam penguasaan
tulisan jawi berdasarkan keputusan peperiksaan ujian bulanan dan juga peperiksaan selaras yang
dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pemerhatian
dalam kelas.Oleh itu satu kajian perlu diadakan untuk mengetahui punca-punca kelemahan dan
perkara-perkara yang dapat menarik minat murid dalam Pelajaran Jawi.
2
Generasi masa kini amat berkurangan dalam menguasai tulisan jawi. Ini merisaukan para
cendikiawan yang cintakan tulisan jawi, seperti dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’
Seri Amar Diraja Wan Mokhtar dalam konvensyen Tulisan Jawi anjuran Yayasan Islam
Terengganu dan Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 9 April 1984. Antara lainnya beliau
menyatakan,
“ ...... Masyarakat Melayu kini, kita dapati tanda-tanda yang menunjukkan bahawa
generasi baru sedang berada dipersimpangan jalan apabila dilihat dari sudut
corak dan orintasi budaya yang diterima mereka. .....”
( Dato’ Seri Amar Diraja Wan Mokhtar. Konvensyen Tulisan Jawi, Yayasan Islam
Terengganu dan Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 9 April 1984)
Satu aspek dari corak bidang yang dimasukkan ialah tentang penguasaan tulisan jawi. Sekarang
kita dapati ada golongan yang boleh membaca tulisan jawi tetapi tidak boleh menulis.
Sebahagian lagi tidak tahu membaca dan menulis jawi , hanya satu golongan kecil yang boleh
membaca dan menulis jawi dengan baik”.
Manakala Abdul Rahman Rukaini ( 1982 ) pula berpendapat, tidak ramai orang yang
melihatnya sebagai tulisan yang dapat dimanfaatkan dalam banyak bidang kehidupan di
samping penggunaan tulisan rumi. Sewajarnya tulisan jawi dianggap sebagai darah daging orang
Melayu yang perlu dipertahankan kerana ia mencirikan kesempurnaan diri dan masyarakat
Melayu, seperti orang India dan Cina mempertahankan tulisan mereka.
3
Untuk mengenal diri, sejarah , budaya dan peradabannya perlu mengetahui tulisan jawi
kerana segala khazanah sejarah, budaya dan peradaban Melayu ada dalam tulisan jawi.
Kebimbangan Abdul Rahman Rukaini ini adalah kerana dikhuatiri tulisan jawi akan pupus dan
budaya serta kesusasteraan Melayu akan terabai tanpa diketahui kandungannya.
Namun hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengangkat semula martabat
tulisan ini melalui program j-QAF yang telah diperkenalkan pada tahun 2005.
1.2 Objektif Kajian
1.Mengenal pasti faktor-faktor kelemahan dan kekuatan pelajar dalam Pelajaran Jawi di Sekolah
Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 mengikut persepsi guru.
1.2 Mengenal pasti unsur-unsur yang perlu ada untuk memupuk minat murid terhadap Pelajaran
Jawi mengikut persepsi guru
1.3 Soalan Kajian
1.Apakah faktor-faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 lemah
dalam pelajaran Jawi?
1.1. Adakah jadual pelajaran Jawi di akhir waktu menyebabkan kelemahan murid dalam pelajaran
Jawi?
1.2. Adakan factor keramaian murid dalam sesebuah kelas menyebabkan murid lemah dalam
pelajaran Jawi?
4
1.3. Adakah soalan peperiksaan boleh dijawab dengan tulisan rumi menyebabkan murid lemah dalam
pelajaran Jawi?
2. Apakah factor-faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 baik dalam
pelajaran Jawi?
2.1. Adakah kaedah yang diguna pakai oleh guru semasa mengajar Jawi menyebabkan murid baik
dalam pelajaran Jawi?
2.2. Adakah bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran
Jawi menyebabkan murid baik dalam pelajaran Jawi?
2.3. Adakah factor murid pergi ke sekolah agama menyebabkan murid baik dalam pelajaran Jawi?
2.4. Adakah terdapat banyak latihan yang diberikan oleh guru menyebabkan murid baik dalam
pelajaran Jawi?
2.5. Adakah factor murid yang telah pandai membaca Al-Quran menyebabkan murid baik dalam
pelajaran Jawi?
3. Apakah unsur-unsur yang boleh menarik minat murid dalam pelajaran Jawi?
3.1. Adakah bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa mengajar pelajaran Jawi dapat
menarik minat murid dalam Pelajaran Jawi?
3.2. Adakah cara atau kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar Jawi dapat menarik minat
murid dalam pelajaran Jawi?
3.3. Adakah terdapat banyak bahan bacaan dalam Jawi di sekolah dapat menarik minat murid dalam
Pelajaran Jawi?
3.4. Adakah pemberian hadiah kepada murid yang cemerlang dalam pelajaran Jawi dapat menarik
minat murid dalam pelajaran Jawi?
3.5. Adakah factor guru tidak garang dapat menarik minat murid belajar pelajaran Jawi?
3.6. Adakah terdapat banyak aktiviti melibatkan pelajaran Jawi di sekolah dapat menarik minat murid
dalam pelajaran Jawi?
5
1.6 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian
Kajian ini amat penting untuk dijalankan demi menjana dapatan kajian yang boleh menyumbang
kepada perkembangan pendidikan negara. Dapatan dari kajian ini diharapkan dapat:
1.Mengenal pasti faktor-faktor kelemahan dan kekuatan pelajar dalam Pelajaran Jawi di Sekolah
Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 mengikut persepsi guru.
1.2 Mengenal pasti unsur-unsur yang perlu ada untuk memupuk minat murid terhadap Pelajaran
Jawi mengikut persepsi guru
Selain dari itu, pengkaji berharap untuk menjana satu rumusan dan mekanisma yang dapat
digunakan oleh guru-guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
Jawi di sekolah.
1.7 Batasan Penyelidikan atau Kajian
Dalam setiap kajian penyelidikan yang dijalankan, semestinya ia akan mempunyai halangan-
halangan dan batasan yang akan mengongkong dapatan kajian. Sehubungan itu, kajian ini juga
mempunyai batasan kajian yang menghadkan dapatan kajian yang terhasil. Kajian ini hanya
melihat kepada sejauh mana penggunaan dan penguasaan tulisan jawi dikalangan pelajar-pelajar
dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Selain itu, instrumen dan sampel yang digunakan hanya
terhad untuk pelajar dan guru Pendidikan Islam SK Taman Tun Dr Ismail 1 sahaja. Oleh yang
6
demikan hasil dapatan dari kajian ini mungkin tidak sesuai di gunakan di tempat-tempat lain
secara menyeluruh. Dalam pada itu, jangka masa penyelidikan yang pendek juga menyebabkan
adanya batasan dalam kajian ini.
7
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1. Tinjauan Melalui Tesis
Kemerosotan penguasaan jawi menyebabkan beberapa orang pengkaji telah membuat
penyelidikan tentang penguasaan jawi hari ini. Antara pengkaji tersebut ialah Mohd.Yusof
Zainal ( 1974 ), telah membuat penyelidikan dengan mengemukakan soal selidik kepada pelajar-
pelajar Melayu tingkatan IV. Seramai 40 orang pelajar yang menjadi sampel kajian beliau ini,
dipilih dari 4 buah sekolah Menengah di Kedah. Pemilihan pelajar dari tingkatan tersebut dibuat
kerana pelajar ini tidak sempat mengikuti kelas agama petang di sekolah rendah. Hasil kajian
beliau menunjukkan bahawa hanya 79,3% daripada pelajar tersebut yang dapat membaca dan
menulis jawi dan seramai 20.63% daripada mereka tidak dapat membaca dan menulis jawi.
Menurut beliau lagi, sungguhpun pelajar-pelajar itu dapat membaca jawi tetapi mereka
tidak dapat menulisnya dengan cepat. Dari segi peratusan terdapat 61.8% daripada pelajar yang
boleh membaca jawi itu didapati lambat menulis tulisan jawi dan 38.12% pula mengaku jarang
membaca bahan-bahan yang tertulis dalam tulisan jawi seperti majalah al-Islah, Kiblat, Dian dan
sebagainya.
Noor Azizan bt Abdul Samat juga pernah mengkaji tentang penggunaan dan penguasaan
tulisan jawi dikalangan pelajar-pelajar Islam dalam tesisnya yang bertajuk “ Sejauh Mana
8
Penggunaan Dan Penguasaan Tulisan Jawi dikalangan Pejalar-Pelajar Islam di Sekolah :
Tinjauan Khusus dibeberapa Sekolah di Ipoh, Perak Darul Ridzuan ( 1988/1989 ) .
2.2. Tinjauan Melalui Keratan Akhbar
Jamilah Haji Ahmad pula menyatakan kekesalannya terhadap kedudukan tulisan jawi hari
ini. Beliau berpendapat , “ Tulisan jawi ternyata diabaikan sekian lama, terutama dikalangan
generasi sekarang, hanya sebilangan individu yang boleh membaca dan menulis jawi. Ramai
pelajar kita yang belajar membaca al-Quran tetapi ‘buta’ apabila disuruh membaca akhbar atau
buku bertulisan jawi, apatah lagi untuk menulisnya. Ketika belajar agama di sekolah, mereka
malahan menyalin ayat-ayat al-Quran atau Hadis dalam tulisan Rumi”. ( Jamilah Haji
Ahmad,1984 ).
Dizaman penjajahan kerajaan Inggeris sendiri , semua anak Melayu dan masyarakat
tempatan boleh membaca dan menulis tulisan jawi Menurut Hashim Hassan.“ Semua Rakyat
Malaysia haruslah boleh membaca dan menulis tulisan jawi“, dalam Utusan Malaysia. [Utusan
Malayu ( M ) Berhad, 25 Jun 1986 ].
Pada 24 Mac 2010, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.
Rais Yatim telah menyampaikan ucapan semasa majlis pelancaran wajah baru Utusan Melayu
Mingguan di perpustakaan Negara Malaysia. Menurut beliau :
“ Sebagaimana maklum, di sinilah dahulu kita melancarkan buku demi buku
ataupun program demi program yang berkaitan dengan seni budaya atau apa jua
9
yang boleh melonjakkan tamadun di tanah air yang dikasihi. Atas usaha ini juga,
kita berkumpul pada pagi ini bagi meningkatkan semula azam ke arah mencetuskan
minat supaya tulisan jawi amnya dan Utusan Melayu hidup terus kembang dan
maju”.
. ( Kuala Lumpur.Menbudayakan Tulisan Jawi, Utusan Malaysia 27 Mac 2010).
Pelancaran wajah baru ini adalah untuk meningkatkan semula azam ke arah mencetuskan
minat supaya tulisan jawi amnya dan Utusan Melayu hidup terus berkembang dan maju. Dalam
ucapan Datuk Seri Dr. Rais Yatim, beliau berharap pihak korporat-korporat tampil untuk
menyumbangkan kepada penyelidikan dan promosi tulisan jawi menerusi pensosialan
memasyarakatkan jawi dalam beberapa aspek. Beliau mahu tulisan jawi ini dibudayakan dalam
penulisan, contohnya dalam cerpen atau novel pendek.
“ Program Semarak Jawi “ telah dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau
Pinang ( PPAPP ). Tujuan program ini diadakan adalah untuk memertabatkan tulisan jawi
sebagai warisan bangsa memandangkan penggunaannya sekarang mudah dilupai oleh generasi
muda. Menurut Timbalan Pengerusi Lembaga PPAPP Muhd Salleh Man berkata :
“ perkara-perkara yang berkaitan tulisan jawi perlu diberi perhatian serius oleh
sesiapa sahaja, khususnya orang Melayu.
( Utusan Melayu .26 April 2010).
10
2.3. Tinjauan Melalui Jurnal
Permasalahan penguasaan tulisan jawi sering ditimbulkan oleh ahli-ahli bahasa dan
pendidik dalam seminar dan permasalahan ini juga sering diperkatakan di dalam akhbar dan
jurnal baik di Malaysia mahupun di negara jiran seperti Brunei dan Indonesia yang pernah
menggunakan tulisan jawi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
mereka, Awang Mohamad Amin ( 1989 : 937 ) membicarakan faktor-faktor jadual waktu, murid,
guru dan ibu bapa yang menjadi punca utama dalam ketidacekapan penguasaan jawi hari ini.
Menurut Awang Mutassim dalam satu artikel yang bertajuk “ Seminar Penyebaran Dan
Peningkatan Tulisan Jawi “ pembentang kertas kerja mengatakan bahawa tulisan jawi adalah
berasal daripada skrip Arab. ( Awang Mutassim bin Hj. Jibah, Sejarah Dan Perkembangan Jawi
di Brunei, pada 29 – 30 Julai 1982 ).
Rahman Al-Ahmadi pula membentangkan tentang “ Peluasan Penggunaan Tulisan Jawi
Sebagai Lambang Dan Hiasan “ , dalam Konvesyen Tulisan Jawi, anjuran bersama Yayasan
Islam Terengganu dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 9-11 April 1984 .
2.4. Tinjauan Melalui Majalah
Penduduk-penduduk Nusantara lazimnya menggunakan suatu bentuk huruf kuno dalam
bidang persuratan mereka. Mereka berpandukan kepada bunyi dan sebutan yang mempengaruhi
alat-alat atikulasi dalam pengukuhan prestasi huruf-huruf tersebut.
Kebiasaannya Arab adalah mengikut linguistik khususnya apabila membaca al-Quran. Ini
berbeza dengan huruf rumi kerana huruf-huruf tersebut sukar untuk menyebut dan membunyikan
perkataan Arab apa lagi untuk menjelaskan makhrajnya. Oleh sebab itu, ulama-ulama dan
11
mubaligh-mubaligh Islam telah memperkenalkan huruf-huruf jawi yang berindukkan huruf-huruf
Arab campuran Parsi ( Abdullah Hj. Ishak, Tulisan Jawi Dan Hubungannya Dengan Pendidikan
Islam, dalam majalah Utusan Qiblat. [ Kuala Lumpur : Utusan Melayu Berhad, Januari 1982 :
137 : 63 ].
Salah satu pendapat yang dikira baik telah dikemukakan oleh seorang pendita yang
terkemuka di tanah air iaitu Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaaba ) mengatakan :
“Menulis jawi itu lebih pantas, kerana bentuk huruf-hurufnya banyak yang pendek-pendek dan
garis lurus sahaja, tidak bertakuk-takuk atau berbelok-belok. Rupanya yang serupa, sekadar
dibezakan dengan titik sahaja. Jadi bagi orang yang baru belajar lebih senang mengingatinya.
Dan banyak lagi hurufnya pula boleh dikecilkan seberapa kecilpun jikalau dalam tulisan tangan.
Demikian pula lapangan yang terpakai di atas kertas jika ditulis tangan banyak terkurangnya
daripada tulisan rumi kerana ejaannya lebih ringkas, tidak semua bunyi perkataan dipakaikan
huruf saksi seperti pada tulisan rumi. Oleh itu, maka dengan hitungan kasar jika semua tulisan
tangan huruf jawi akan jadi dua muka surat atau lebih jika disalin semula ke dalam tulisan rumi
dengan tulisan tangan yang sam besar tulisannya dengan tulisan jawi itu “
( Zaaba. Bahasa Melayu Dengan Tulisannya , Dewan Bahasa dan Pustaka, Februari 1958,
Jilid 11, Bil 2,hlm 69-70 ).Abjad huruf jawi
Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi
12
Nama
Bentuk huruf
Padanan RumiTunggal Awal kata Tengah kata Akhir kata
13
Alif ا ا a
Ba ب ب ـب ـب b
Ta ت ت ـت ـت t
Sa ث ث ـث ـث s, (th)
Jim ج ج ـج ـج j
Ha ح ح ـح ـح h, (ḥ)
Ca چ چ ـچ ـچ c
kha خ خ ـخ ـخ kh
dal د ـد d
Zal ذ ـذ z, (dh)
Ra ر ـر r
Zai ز ـز z
Sin س س ـس ـس s
syin ش ش ـش ـش sy
Sad ص ص ـص ـص s, (ṣ)
dad ض ض ـض ـض d, (ḍ)
Ta ط ط ـط ـط t, (ṭ)
Za ظ ظ ـظ ـظ z, (ẓ)
Ain ع ع ـعـ ـع awal: a, i, u; akhir: k, (‘)
ghain غ غ ـغـ ـغ gh
nga ڠ ڠـ ـڠـ ـڠ ng
Fa ف ف ـف ـف f
Pa ڤ ڤ ـڤ ـڤ p
Qaf ق ق ـق ـق k, q, (q)
14
Kaf ک ك ـك ـک k
Ga ݢ ڬـ ـڬـ ݢـ g
Lam ل ل ـل ـل l
mim م م ـم ـم m
nun ن ن ـن ن n
wau و ـو w, u, o
Va ۏ ـۏ v
Ha ه ه ـه ه h
Ya ي ي ـيـ ي y, i, e taling
Ye ى ـى e pepet hujung
nya ڽ پـ ـپـ ـڽ Ny
hamzah ء ء awal: gugur; akhir: k, (’)
ta marbutah ة ـة t, h, (ṯ)
2.5. Tinjauan Melalui Kurikulum Pendidikan Islam
Kurikulum bersepadu Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah mendokong cita-
cita murni dan unggul dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan Islam
untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah telah dibahagikan kepada
empat bidang pembelajaran , iaitu : Bidang Asuhan Tilawah al-Quran, Bidang Asas ‘Ulum
15
Syariah, Bidang Asas Ahklak Islamiah dan Bidang Pelajaran Jawi. Bidang Jawi memberi
tumpuan kepada menulis, membaca dan mempelajari asas seni tulisan jawi (2002).
Menurut Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru-Guru j-QAF , terbitan Bahagian
Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral ( 2006 : 9 ), bahawa perbezaan minat, pengalaman,
bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka ketinggalan dalam
menguasai kemahiran jawi. Oleh itu mereka diberi pendedahan melalui pemulihan jawi, supaya
masalah ini dapat di atasi.
Dalam satu Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi 2008 anjuran Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama PNM, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan
Warisan, JAKIM, KPM, KPTM dan Utusan Malaysia. Seminar ini telah diadakan dengan
tujuan untuk memugarkan kembali penggunaan Tulisan Jawi dan penataran dan perkembangan
ilmu, khususnya dalam bahasa Melayu. Dengan harapan Tulisan Jawi dapat dimartabatkan
semula seperti pada zaman keagungan nasionalisme tiga suku abad yang lalu.
Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan telah mengedarkan satu perisian
K-Jawi ke sekolah-sekolah. Ini adalah untuk menyokong pembudayaan tulisan jawi di kalangan
masyarakat, khususnya pelajar sekolah selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
16
Bab ini menerangkan metodologi kajian yang telah digunakan dalam kajian ini. Aspek
metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah reka bentuk kajian, populasi dan
sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan analisis data.
3.2 Reka bentuk Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor kelemahan dan kekuatan
pelajar dalam Pelajaran Jawi di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 mengikut persepsi
guru.Selain daripada itu kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur-unsur yang perlu ada untuk
memupuk minat murid terhadap Pelajaran Jawi mengikut persepsi guru.
Kajian ini akan akan menggunakan kaedah kajian kuantitatif dan juga
kualitatif.Kaedah kajian kualitatif digunakan adalah untuk mendapatkan fakta berkaitan dengan
kajian yang akan saya jalankan iaitu faktor –faktor kekuatan dan kelemahan murid dalam
pelajaran jawi serta pekara yang dapat menarik minat murid dalam pelajaran jawi.
Manakala kaedah kuantitatif di pilih adalah untuk mendapatkan maklumat yang tidak
disentuh oleh kaedah kualitatif.Saya akan menggunakan kaedah menemubual guru pendidikan
Islam di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan kajian yang akan saya jalankan.
Kajian ini melibatkan pelajar islam di SK Taman Tun Dr Ismail 1. Pelajar ini diambil
daripada Tahun 1 hingga tahun 6 yang mengikuti pelajaran Jawi , dan sampel yang terlibat
17
berada ditahap pencapaian yang berbeza-beza,ada yang cemerlang ,sederhana dan juga kurang
baik dalam pelajaran Jawi.. Sampel kajian ini merupakan murid yang mempunyai minat dan
pencapaian yang berbeza dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Intrumen kajian akan
mengunakan soalan kaji selidik yang akan diberikan kepada guru-guru pendidikan islam di SK
Taman Tun Dr Ismail 1.Selain itu sesi temubual juga akan dijalankan kepada beberapa orang
guru pendidikan islam di SK Taman Tun Dr Ismail 1.
3.3 Sampel Kajian
Populasi kepada kajian ini adalah murid-murid SK Taman Tun Dr Ismail 1. Manakala
sampel kajian yang digunakan ialah murid-murid yang mengikuti pelajaran Jawi di SK Taman
Tun Dr.Ismail 1 dari tahun 1 hingga tahun 6 yang mempunyai pelbagai pencapaian dalam
pelajaran Jawi. Jumlah populasi kajian ialah seramai 1100 orang lelaki dan perempuan.
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini mengunakan beberapa teknik pengumpulan data yang boleh
memberi tahap pengumpulan data yang positif. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik
kepada guru-guru pendidikan islam di SK Taman Tun Dr Ismail 1 dan juga temubual.
Soal selidik dijalankan terhadap semua guru pendidikan Islam SK Taman Tun Dr Ismail
1. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk melihat persepsi guru tentang faktor-faktor
kelemahan dan kekuatan murid-murid islam dalam pelajaran Jawi di SK Taman Tun Dr Ismail
18
1.Selain daripada itu ia bertujuan untuk mengenal pasti pekara-pekara yang dapat menarik minat
murid-murid untuk belajar pelajaran Jawi di SK Taman Tun Dr Ismail 1.Jawapan bagi soal
selidik adalah adalah Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Kurang Setuju,Setuju dan Sangat Setuju
Data hasil soalan kaji selidik ini akan diubah kepada skor variabal-variabal dengan menggunakan
pengiraan min dan sisihan piawai.
Selain daripada itu beberapa orang guru juga akan ditemubual untuk menjawab beberapa
soalan berkaitan kekuatan dan kelemahan murid islam di SK Taman Tun Dr Ismail 1dalam
pelajaran Jawi.Selain daripada itu juga temubual akan bekisar mengenai faktor-faktor yang dapat
menarik minat murid-murid islam di SK Taman Tun Dr Ismail 1 dalam pelajaran Jawi.
.
3.5 Prosedur Pengumpulan Data
Prosedur Pengumpulan data dalam kajian ini mengunakan teknik persampelan mudah. Ini
adalah kerana, setiap sampel yang dipilih dalam kajian ini merupakan murid-murid yand diajar
oleh pengkaji dan rakan setugas. Semua guru Pendidikan Islam akan diberikan soalan kaji
selidik.Setiap maklumat dan data yang diperolehi daripada instrumen kajian yang digunakan
akan direkodkan.
3.6 Analisis Data
Analisa yang dibuat adalah berdasar kepada soalan kaji selidik yang telah dijalankan
untuk mendapatkan skor faktor-faktor kelemahan dan kekuatan pelajar dalam Pelajaran Jawi di
Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 dan juga mengenal pasti unsur-unsur yang perlu
ada untuk memupuk minat murid terhadap Pelajaran Jawi mengikut persepsi guru.
19
Setiap dapatan dari analisis data direkodkan .Dalam menganalisis setiap maklumat dan
data, pengkaji mengandaikan bahawa :-
1. Pengkaji mengandaikan setiap responden yang terlibat soalan kaji selidik dan temubual telah
menjawab dengan usaha sendiri tanpa bantuan dari pihak lain.
2. Semua data telah dianalisis dengan sahih dan dipercayai
3.7 Ringkasan
Kajian ini dibentuk berdasarkan kajian kualitatif dan kuantitatif yang berfokuskan
kepada soal selidik dan juga temubual kepada guru Pendidikan Islam di SK Taman Tun Dr
Ismail 1. Sampel yang digunakan ialah semua pelajar islam dari tahun 1 hingga 6 yang mengikuti
kelas Pendidikan Islam.
Menguasai jawi menjadi suatu perkara yang semakin diperlukan pada hari ini. Pernah
suatu ketika jawi begitu dipinggirkan akan tetapi alhamdulillah dengan perkembangan semasa
dan keperihatinan orang-orang Islam kepada warisan yang semakin perlu dijaga dan dipelihara
ini maka semakin ramai ibubapa, belia, pelajar dan orang perseorangan yang mula mencari
peluang untuk menguasai semula jawi.
SOAL SELIDIK TENTANG PELAJARAN JAWI
Berikut diberikan pernyataan berkenaan dengan Pelajaran Jawi.Sila baca dan tandakan “ /” pada lajur yang diberikan untuk item yang terbaik.Tidak ada jawapan yang betul.Oleh itu anda hendaklah bersikap jujur dalam membuat pilihan.
20
Lajur STS untuk persepsi SANGAT TIDAK SETUJU
Lajur TS untuk persepsi TIDAK SETUJU
Lajur KS untuk persepsi KURANG SETUJU
Lajur S untuk persepsi SETUJU
Lajur SS untuk persepsi SANGAT SETUJU
BIL PERNYATAAN STS TS KS S SS1 Sikap sambil guru ketika mengajar pelajaran jawi
menyebabkan murid lemah dalam Jawi?
2 Jadual waktu pelajaran Jawi di akhir jadual waktu
menyebabkan murid lemah dalam pelajaran Jawi
3 Murid ramai di dalam sesebuah kelas menyebabkan murid
lemah dalam pelajaran Jawi.
4 Soalan peperiksaan boleh di jawab dalam tulisan rumi
menyebabkan murid lemah dalam Jawi
5
Kaedah yang menarik diguna pakai oleh guru semasa
mengajar pelajaran Jawi menyebabkan murid baik dalam
pelajaran Jawi.
6 Bahan bantu mengajar digunakan semasa pelajaran Jawi
menyebabkan murid baik dalam Pelajaran Jawi
7 Murid belajar di sekolah agama menyebabkan mereka
baik dalam pelajaran Jawi
8 Terdapat banyak bahan bacaan Jawi di sekolah
menyebabkan murid baik dalam pelajaran Jawi
9 Murid yang pandai membaca Al-Quran baik dalam
pelajaran Jawi
10 Bahan bantu mengajar yang menarik dapat menarik minat
murid belajar Jawi
11 Cara guru mengajar di dalam kelas menyebabkan murud berminat dengan pelajarn Jawi
12 Pemberian hadiah kepada murid yang cemerlang dalam pelajaran Jawi dapat menarik minat murid dalam pelajaran Jawi
21
SOALAN TEMUBUAL
1.Apakah factor-faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 lemah dalam
pelajaran Jawi?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2.Apakah factor-faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 baik dalam
pelajaran Jawi?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
__________________________________________________________________
3. Apakah unsur-unsur yang boleh menarik minat murid dalam pelajaran Jawi?
______________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
BAB 4
HURAIAN DAN ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan
22
Bab ini akan membincangkan dapatan kajian tentang ‘Faktor-faktor kekuatan dan
kelemahan serta perkara yang boleh menarik minat murid dalam Pelajaran Jawi di SK Taman
Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur mengikut persepsi guru. Bab ini melaporkan hasil analisis data
daripada ujian-ujian yang telah dijalankan.
4.1 Profil Responden
Kajian ini dijalankan di SK Taman Tun Dr.Ismail 1, di Kuala Lumpur. Sekolah ini
terletak sejauh 16 kilometer dari bandaraya Kuala Lumpur. Responden yang terlibat dalam
kajian telah dipilih daripada guru-guru Pendidikan Islam dan J-qaf di Sk Taman Tun Dr Ismail 1
Kuala Lumpur yang terdiri daripada 17 orang kesemuanya. Pada keseluruhannya, mereka
berumur dalam lingkungan 24-45 tahun. Mereka terdiri daripada 7 orang guru lelaki dan 10
orang guru perempuan.(Seperti jadual di bawah).
Jadual 1Menunjukkan Responden yang terlibat dalam Kajian ini
BIL JANTINA JAWATAN/PENGALAMAN MENGAJAR
1 LELAKI GURU GPI
2 LELAKI GURU GPI
3 LELAKI GURU GPI
4 PEREMPUAN GURU GPI
5 PEREMPUAN GURU GPI
23
6 PEREMPUAN GURU GPI
7 PEREMPUAN GURU GPI
8 PEREMPUAN GURU GPI
9 LELAKI GURU j-QAF
10 LELAKI GURU j-QAF
11 LELAKI GURU j-QAF
12 LELAKI GURU j-QAF (Dalam Latihan)
13 PEREMPUAN GURU j-QAF
14 PEREMPUAN GURU j-QAF
15 PEREMPUAN GURU j-QAF
16 PEREMPUAN GURU j-QAF (Dalam Latihan)
17 PEREMPUAN GURU j-QAF (Dalam Latihan
Kesemua responden adalah beragama Islam dan berketurunan Melayu . Kebanyakkan
mereka adalah terdiri daripada guru yang telah berpengalaman mengajar beberapa tahun,dan juga
ada yang masih dalam latihan .
4.2 Laporan Dapatan Kajian
Bahagian ini akan menjawab persoalan yang telah dikemukakan dalam kajian ini. Dapatan
kajian dipersembahkan mengikut dua dapatan kajian iaitu Soal selidik dan soalan temubual.
Analisis skor mengikut peratusan .
24
Penulis menjalankan ujian dengan mengemukakan ujian –ujian berbentuk tulisan dan juga
temubual. Ujian-ujian ini dijalankan di hadapan penulis sendiri dan berasingan bagi guru yang
tidak dapat membuat secara serentak.Manakala soalan temubual dijalankan secara berhadapan
dengan penulis.
Penulis telah menetapkan bentuk-bentuk soalan ujian ini. Tujuan ujian ini dijalankan adalah
untuk melihat persepsi guru tentang faktor-faktor kelemahan dan kekuatan murid-murid islam
dalam pelajaran Jawi di SK Taman Tun Dr Ismail 1.Selain daripada itu ia bertujuan untuk
mengenal pasti pekara-pekara yang dapat menarik minat murid-murid untuk belajar pelajaran
Jawi di SK Taman Tun Dr Ismail 1.Jawapan bagi soal selidik adalah adalah Sangat Tidak Setuju,
Tidak Setuju, Kurang Setuju,Setuju dan Sangat Setuju . Ujian ini dijalankan secara perseorangan
di hadapan rakan penulis bagi mengelakkan bias, dan markah diberi mengikut yang ditetapkan.
4.2.1 Dapatan Kajian Daripada Borang Soal Selidik /Temubual
Penulis telah memulakan kajian ini bermula pada 28 Jun 2010 . Penulis memohon guru-guru
pendidikan islam dan j-QAF untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat untuk menjawab soal
selidik manakala untuk sesi temubual adiadakan pada sesi yang lain secara berdepan seorang
demi seorang. Penulis sendiri yang telah mengedarkan kertas-kertas ujian dan mengawasi
mereka sewaktu ujian dijalankan.
25
Setelah kajian dijalankan, penulis telah dapat mengumpulkan peratusan pencapaian murid-muird
ini. Serentak dengan itu , penulis ingin mengukur sejauh mana melihat persepsi guru tentang
faktor-faktor kelemahan dan kekuatan murid-murid islam dalam pelajaran Jawi di SK Taman
Tun Dr Ismail 1.Selain daripada itu ia bertujuan untuk mengenal pasti pekara-pekara yang dapat
menarik minat murid-murid untuk belajar pelajaran Jawi di SK Taman Tun Dr Ismail 1.
Berikut adalah hasil dapatan daripada soal selidik bagi menjawab persoalan kajian iaitu:
4.2.1Apakah faktor-faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 lemah
dalam pelajaran Jawi?
Faktor –faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 lemah dalam pelajaran
jawi dapat dilihat daripada Rajah 1 di bawah serta kupasannya dibawah ini.
BIL PERNYATAAN SOALAN STS TS KS S SS
1 Jadual waktu pelajaran Jawi di akhir
jadual waktu menyebabkan murid lemah
dalam pelajaran Jawi
0 0 4 10 3
2 Murid ramai di dalam sesebuah kelas
menyebabkan murid lemah dalam
pelajaran Jawi.
0 4 2 9 2
3 Soalan peperiksaan boleh di jawab dalam
tulisan rumi menyebabkan murid lemah
0 0 3 12 2
26
dalam Jawi
Rajah 1
Berikut adalah huraian dapatan faktor-faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun
DrIsmail (1) lemah dalam pelajaran jawi berdasarkan rajah 1 di atas:
Faktor Jadual waktu pelajaran Jawi di akhir jadual waktu menyebabkan murid lemah dalam
pelajaran Jawi terdapat 23.6% kurang setuju ,58.9% setuju dan 17.5% sangat setuju.
Faktor keramaian murid dalam sesebuah kelas menyebabkan murid lemah dalam pelajaran Jawi
terdapat iaitu,23.53% tidak setuju,11.8% kurang setuju,52.9% setuju dan 11.8% sangat
Setuju.
Faktor Soalan peperiksaan boleh di jawab dalam tulisan rumi menyebabkan murid lemah
dalam Jawi sebanyak 17.7% kurang setuju,70.6% setuju dan 11.8% sangat setuju.
4.2.2Apakah faktor-faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 baik
dalam pelajaran Jawi?
Faktor –faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 lemah dalam pelajaran
jawi dapat dilihat daripada Rajah 2 di bawah serta kupasannya dibawah ini.
BIL PERNYATAAN STS TS KS S SS
4 Kaedah yang menarik diguna pakai
oleh guru semasa mengajar
pelajaran Jawi menyebabkan murid
baik dalam pelajaran Jawi.
0 0 1 15 1
5 Bahan bantu mengajar digunakan
semasa pelajaran Jawi
menyebabkan murid baik dalam
0 0 2 14 1
27
Pelajaran Jawi
6 Murid belajar di sekolah agama
menyebabkan mereka baik dalam
pelajaran Jawi
0 0 1 13 3
7 Terdapat banyak bahan bacaan
Jawi di sekolah menyebabkan
murid baik dalam pelajaran Jawi
0 0 7 10 0
8 Murid yang pandai membaca Al-
Quran baik dalam pelajaran Jawi
0 0 0 14 3
Rajah 2
Berikut adalah huraian dapatan faktor-faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr
Ismail (1) baik dalam pelajaran jawi berdasarkan rajah 2 di atas:
Kaedah yang menarik diguna pakai oleh guru semasa mengajar pelajaran Jawi menyebabkan
murid baik dalam pelajaran Jawi 5.9% kurang setuju,88.2% setuju dan 5.9% sangat setuju.
Bahan bantu mengajar digunakan semasa pelajaran Jawi menyebabkan murid baik dalam
Pelajaran Jawi sebanyak 11.8% kurang setuju,82.4% setuju,5.9% sangat setuju dengan penyataan
yang diberi.
Murid belajar di sekolah agama menyebabkan mereka baik dalam pelajaran Jawi ,sebanyak 5.9%
kurang setuju, 76.5% setuju,dan 17.7% sangat setuju
Murid yang pandai membaca Al-Quran baik dalam pelajaran Jawi sebanyak 82.4% setuju dan
17.7% sangat setuju murid yag pandai membaca Al-Quran
28
4.2.3 Apakah unsur-unsur yang boleh menarik minat murid dalam pelajaran Jawi?
Unsur-unsur yang boleh menarik minat murid dalam pelajaran jawi dapat dilihat daripada Rajah
3 di bawah serta kupasannya dibawah ini.
BIL PERNYATAAN SOALAN STS TS KS S SS
9 Bahan bantu mengajar yang menarik
dapat menarik minat murid belajar Jawi
0 0 1 14 2
10 Cara guru mengajar di dalam kelas menyebabkan murid berminat dengan pelajarn Jawi
0 2 8 7
11 Pemberian hadiah kepada murid yang
cemerlang dalam pelajaran Jawi dapat
menarik minat murid dalam pelajaran
Jawi
0 0 2 10 5
Berikut adalah huraian dapatan unsur-unsur yang boleh menarik minat murid di Sekolah
Kebangsaan Taman Tun DrIsmail (1) dalam pelajaran jawi berdasarkan rajah 3 di atas:
Bahan bantu mengajar yang menarik dapat menarik minat murid belajar Jawi ,sebanyak 5.9%
kurang setuju,82.4% setuju dan 11.8% sangat stuju.
Cara guru mengajar di dalam kelas menyebabkan murid berminat dengan pelajarn Jawi sebanyak
11.8% tidak setuju,,47.1 .9% kurang setuju dan 29.4% setuju.
Pemberian hadiah kepada murid yang cemerlang dalam pelajaran Jawi dapat menarik minat
murid dalam pelajaran Jawi sebanyak 11.8% kurang setuju,58.9% setuju dan 29.4% sangat
setuju.
29
Melalui kajian ini juga penulis telah mengemukakan soalan temubual.Temubual ini melibatkan 6
orang guru Pendidikan Islam dan j-QAF .Mereka terdiri daripada 3 orang guru perempuan dan 3
orang guru lelaki.Hasil dapatan daripada soalan temubual adalah seperti berikut:
1.Apakah faktor-faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 lemah
dalam pelajaran Jawi?
Terdapat empat orang guru mengatakan murid tidak berminat belajar jawi menjadi faktor
kelemahan murid dalam pelajaran jawi.Selain daripada itu tiga orang guru berpendapat faktor
tiada dorongan dan penekanan dalam pelajaran jawi daripada ibu bapa menyebabkan murid
lemah dalam jawi.Manakala dua orang guru mengatakan faktor murid tidak mengikuti sekolah
agama menyebabkan murid lemah dalam pelajaran jawi.Selain daripada itu terdapat dua orang
guru mengatakan faktor murid tidak menguasai pelajaran jawi kerana murid tidak menguasai Al-
Quran.Terdapat juga seorang guru memberikan pendapat punca murid lemah dalam pelajaran
jawi adalah disebabkan oleh pelajar beranggapan pelajaran jawi itu susah,guru mengajar tidak
kreatif,jadual waktu Pendidikan Islam di akhir waktu,penguasaan bahasa melayu yang lemah
dikalangan murid-murid dan juga bilangan jadual waktu pelajaran jawi yang sedikit
menyebabkan murid lemah dalam pelajaran jawi.
2.Apakah faktor-faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 baik
dalam pelajaran Jawi?
Hasil daripada temubual faktor-faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1
dalam pelajaran jawi jawapan yang diberikan adalah empat orang guru mengatakan murid
berminat dalam pelajaran jawi menyebabkan mereka baik dalam pelajaran jawi.Selain daripada
itu tiga orang guru berpendapat faktor murid bersekolah agama menyebabkan mereka baik dalam
pelajaran jawi.Manakala faktor murid menguasai Al-Quran menybabkan murid baik dalam
30
jawi.Terdapat juga seorang guru masing-masing berpendapat faktor kaedah guru mengajar
dengan baik dan berkesan dan penguasaan bahasa melayu yang baik menyebabkan murid baik
dalam pelajaran jawi.
3.Apakah unsur-unsur yang boleh menarik minat pelajar dalam pelajaran jawi?
Terdapat tiga orang guru mengatakan cara bermain sambil belajar boleh menarik minat murid
dalam pelajaran jawi.Selain daripada itu juga tiga orang guru berpendapat mengakatan kaedah
dan corak pengajaran yang menarik boleh menarik minat murid dalam pelajaran jawi.Selain
daripada itu antara unsur yang boleh menarik minat murid dalam pelajaran jawi adalah dengan
memberi hadiah dan penghargaan,guru perlu menggunakan BBM yang menarik danbelajar
secara kumpulan.Pendapat tersebut dikongsi oleh dua orang guru.Selain itu seorang guru
mengatakan dengan mengadakan pertandingan tulisan dan bacaan jawi,tambahkan jadual waktu
pelajaran jawi,serta sokongan daripada semua pihak antara unsur-unsur yuang boleh menarik
minat pelajar dalam pelajaran jawi.
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan kesimpulan daripada dapatan analisis data yang dikemukakan
dalam Bab 4. Berdasarkan kesimpulan ini beberapa cadangan dikemukakan untuk membantu
31
pihak guru meningkatkan pencapaian pelajar khususnya dalam mata pelajaran jawi di kalangan
pelajar-pelajar. Cadangan kajian lanjutan yang dikemukakan juga diharap mampu dijadikan
panduan oleh pengkaji seterusnya bagi mendapatkan kajian yang lebih baik.
5.1 RUMUSAN
Daripada dapatan-dapatan tersebut,berikut adalah ringkasan dapatan kajian berdsarkan objektif
kajian:
5.1.1 Faktor-faktor kelemahan Pelajaran Jawi di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1
mengikut persepsi guru adalah jadual waktu di akhir jadual waktu persekolahan antara faktor
kelemahan murid dalam pelajaran jawi.Selain daripada itu bilangan murid didalam kelas terlalu
ramai juga menyebabkan murid lemah dalam pelajaran jawi.Ini mungkin disebabkan
ketidakselesaan murid dan juga kebisingan menjadi punca murid kurang tumpuan dalam bilik
darjah seterusnya menyebabkan mereka lemah dalam pelajaran jawi.Antara faktor lain penyebab
murid lemah dalam jawi adalah disebabkan soalan peperiksaan Pendidikan Islam boleh dijawab
dalam tulisan jawi .Di dapati majoriti guru bersetuju factor ini menjadi punca murid lemah dalam
Jawi.Selain daripada itu juga murid yang kurang menguasai Al-Quran adalah antara faktor murid
lemah dalam pelajaran jawi di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 .kekuatan pelajar
dalam Pelajaran Jawi di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 mengikut persepsi guru.
5.1.2 Faktor-faktor kekuatan Pelajaran Jawi di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 Kuala
Lumpur mengikut persepsi guru adalah kaedah yang sesuai dan menarik yang digunakan oleh
guru menarik minat murid untuk belajar pelajaran jawi seterusnya pencapaian murid adalah baik
dalam jawi.Selain daripada juga faktor murid yang bersekolah agama menyebabkan murid baik
32
dalam pelajaran jawi.Salah satu sebab murid baik dalam pelajaran jawi mengikut persepsi guru
di sekolah kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 kerana terdapatnya bahan bacaan jawi di
sekolah .Selain daripada itu majoriti guru bersetuju bahawa sekiranya murid pandai membaca
Al-Quran murid tersebut akan baik pencapaiannya dalam pelajaran Jawi.
5.1.3 Unsur-unsur yang perlu ada untuk memupuk minat murid terhadap pelajaran Jawi mengikut
persepsi guru di sekolah kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 antaranya ialah guru perlu
menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik semasa mengajar pelajaran Jawi.Selain
daripada itu faktor kaedah yang diguna pakai oleh guru semasa mengajar pelajaran jawi didalam
kelas juga mampu mengukur keberkesanan pencapaian jawi di sekolah kebangsaan Taman Tun
Dr Ismail 1.Pemberian hadiah kepad murid yang cemerlang dalam pelajaran jawi juga adalah
unsur yang boleh menarik minat murid terhadap pelajaran jawi.
5.2 PERBINCANGAN
Perbincangan di dalam bab ini , penulis secara khusus membicarakan mengenai faktor-faktor
kekuatan dan kelemahan serta perkara yang boleh menarik minat murid dalam Pelajaran Jawi di
SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur mengikut persepsi guru. Bab ini melaporkan kajian
yang telah dijalankan. Kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor kekuatan dan kelemahan
serta perkara yang dapat menarik minat murid dalam pelajaran jawi. Penulis telah mengambil
masa selama dua minggu untuk mendapatkan hasil kajian yang dimaksudkan. Kajian ini
33
melibatkan Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF di SK Taman Tun Dr Ismail 1 Kuala
Lumpur.
Melalui dapatan kajian, faktor - faktor kelemahan murid dalam pelajaran jawi di Sekolah
Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 mengikut persepsi guru ialah jadual waktu di akhir jadual
waktu persekolahan antara faktor kelemahan murid dalam pelajaran jawi.Selain daripada itu
bilangan murid didalam kelas terlalu ramai juga menyebabkan murid lemah dalam pelajaran
jawi.Ini mungkin disebabkan ketidakselesaan murid dan juga kebisingan menjadi punca murid
kurang tumpuan dalam bilik darjah seterusnya menyebabkan mereka lemah dalam pelajaran
jawi.Antara faktor lain penyebab murid lemah dalam jawi adalah disebabkan soalan peperiksaan
Pendidikan Islam boleh dijawab dalam tulisan jawi .Di dapati majoriti guru bersetuju faktor ini
menjadi punca murid lemah dalam Jawi.Selain daripada itu juga murid yang kurang menguasai
Al-Quran adalah antara faktor murid lemah dalam pelajaran jawi di Sekolah Kebangsaan Taman
Tun Dr Ismail 1 .kekuatan pelajar dalam Pelajaran Jawi di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr
Ismail 1 mengikut persepsi guru.Selain daripda itu faktor minat kepada tulisan jawi jug menjadi
sebab murid lemah dalam jawi.Ini kerana didapati ada sesetengah pendapat guru mengatakan
murid lemah dalam jawi adalah disebabkan oleh mereka kurang minat dalam pelajaran Jawi.
Menurut Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru-Guru j-QAF , terbitan Bahagian Kurikulum
Pendidikan Islam Dan Moral ( 2006 : 9 ), bahawa perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya
belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka ketinggalan dalam menguasai
kemahiran jawi
34
Selain daripada itu dapatan daripada kajian yang telah dijalankan didapati kekuatan Pelajaran
Jawi di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 Kuala Lumpur mengikut persepsi guru
adalah kaedah yang sesuai dan menarik yang digunakan oleh guru menarik minat murid untuk
belajar pelajaran jawi seterusnya pencapaian murid adalah baik dalam jawi.Selain daripada juga
faktor murid yang bersekolah agama menyebabkan murid baik dalam pelajaran jawi.Hasil ini
juga sebenarnya dapat menyokong pendapat Mohd.Yusof Zainal ( 1974 ), telah membuat
penyelidikan (tesis) dengan mengemukakan soal selidik kepada pelajar –pelajar yang tidak
mengikiutii sekolah agama petang di sekolah rendah menyebabkan mereka tidak menguasai
pelajaran jawi.Jesteru itu faktor murid bersekolah agam menyebabkan mereka baik dalam
pelajaran jawi adalah wajar.
Salah satu sebab murid baik dalam pelajaran jawi mengikut persepsi guru di sekolah kebangsaan
Taman Tun Dr Ismail 1 kerana terdapatnya bahan bacaan jawi di sekolah .Selain daripada itu
majoriti guru bersetuju bahawa sekiranya murid pandai membaca Al-Quran murid tersebut akan
baik pencapaiannya dalam pelajaran Jawi.
Melalui kajian ini juga penulis mendapati Unsur-unsur yang perlu ada untuk memupuk minat
murid terhadap pelajaran Jawi mengikut persepsi guru di sekolah kebangsaan Taman Tun Dr
Ismail 1 antaranya ialah guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik semasa
mengajar pelajaran Jawi.Selain daripada itu faktor kaedah yang diguna pakai oleh guru semasa
mengajar pelajaran jawi didalam kelas juga mampu mengukur keberkesanan pencapaian jawi di
35
sekolah kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1.Pemberian hadiah kepad murid yang cemerlang
dalam pelajaran jawi juga adalah unsur yang boleh menarik minat murid terhadap pelajaran jawi.
5.2 Implikasi
Dapatan daripada kajian yang telah saya lakukan ini sekiranya dipraktikan oleh golongan
pendidik akan mendatangkan implikasi seperti berikut:
5.2.1 Implikasi kepada guru
Untuk memastikan kemantapan murid-murid dalam pelajaran jawi guru perlulah mengajar murid
dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu.Selain daripada itu guru-guru seharusnya
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar jawi.Daripada mengajar
secara biasa kepada cara yg lebih kreatif dan ianya mampu menarik minat murid untuk belajar
jawi.
36
Selain daripada itu guru seharusnya mempelbagaikan dan memperbanyakkan bahan bantu
mengajar semasa mengajar jawi ini kerana dengan adanya bahan bantu mengajar ini dapat
membantu menarik minat murid untuk belajar jawi dan juga mencemerlangkan murid dalam
pelajaran jawi.Tambahan dewasa kini kita dilambakkan dengan pelbagai bahan yang cangih dan
berteknologi tinggi.
Guru juga seharusnya tidak ’tangkai jering’ dalam memberi penghargaan kepada murid,biar
barangan itu hanya sebatang pensel tetapi ia amat bermakna kepada murid yang ada peningkatan
dalam pelajaran jawi.Seharusnya guru-guru tidak lokek untuk memberikan pujian terutamanya
dan hadiah kepada murid-murid yang dapat melonjakkan prestasi mereka dalam pelajaran
jawi.Jesteru sedikit sebanyak ia dapat menarik minat murid dalam pelajaran jawi.
5.2.2 Implikasi kepada pihak pentadbir.
Bagi pihak pentadbiran sekolah pula seharusnya selalu memantau pengajaran dan pembelajaran
jawi di sekolah.Terutama tentang kaedah dan alat bantu mengajar yang digunakan oleh
guru.Selain daripada itu pihak pentadbiran juga diminta lebih prihatin agar tidak meletakkan
jadual waktu Pendidikan Islam di akhir jadual waktu kerana didapati faktor ini mendorong
kepada ketidakmampuan murid menguasai jawi.Selain itu pihak sekolah juga digalakkan untuk
37
menambah bahan bacaan yang berkaitan dengan tulisan jawi ataupun bahan bacaan dalam tulisan
jawi.
Apa yang diharapkan semoga guru-guru pendidikan islam akan terus berusaha untuk
meningkatkan penyampaian mereka dalam mengajar pelajaran jawi,disamping itu juga pihak
sekolah saling bekerjasama dengan guru –gu bagi memastikan tulisan jawi tidak lapuk dek hujan
tak lekang dek panas Insyaallah.
5.2.3 Implikasi kepada Ibu-Bapa
Ibu-bapa juga berperanan penting dalam pencapaian murid dalam pelajaran jawi.Ini kerana
proses pembelajaran itu bermula daripada rumah.Seharudnya ibu bapa memberikan pendidikan
yang secukupnya dirumah ,terutama dalam bidang agama islam.Ibu bapa seharusnya mengajar
megaji Al-Quran di rumah,paling tidakpun menghantar anak mengaji di kelas-kelas mengaji.
Selain daripada itu ibu bapa juga harus memberi penekanan kepada anak-anak tentang
kepentingan pelajaran jawi .Bagi memastikan mereka dapat menguasai pelajaran jawi dan Al-
Quran ibu bapa perlu menghantar anak mereka bersekolah agama.Ini adalah kerana hasil dapatan
kajian saya ,jika murid bersekolah gama mereka akan baik dalam jawi.
Jesteru itu semua pihak harus bekerjasama dengan memainkan peranan masing-masing bagi
memastikan pencapaian murid dalam jawi bai dan cemerlang Insyaalah.
38
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor kekuatan dan kelemahan serta perkara yang
boleh menarik minat murid dalam Pelajaran Jawi di SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur
mengikut persepsi guru. Bab ini melaporkan faktor-faktor kekuatan dan kelemahan serta perkara
yang boleh menarik minat murid dalam Pelajaran Jawi di sekolah tersebut mengikut persepsi
guru. Dapatan hasil kajian adalah amat penting bagi membantu golongan pendidik memainkan
peranan mereka untuk meningkatkat mutu pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian untuk
melihat tahap penggunaan dan penguasaan tulisan jawi ini hendaklah diteruskan dari masa ke
semasa. Lebih banyak kajian dijalankan maka pelbagai dapatan kajian dihasilkan.
Memandangkan kajian ini terbatas kepada guru-guru pendidikan islam di SK Taman Tun Dr
Ismail 1 sahaja, maka ianya perlu diperluaskan lagi dalam kajian-kajian yang akan datang.
Adalah dicadangkan , bagi kajian-kajian yang akan datang hendaklah melibatkan beberapa buah
sekolah di dalam bandar, pesisiran bandar dan luar bandar.
Memandangkan pelajaran jawi adalah salah satu pelajaran yang tidak kurang pentingnya dalam
memartabatkan warisan bangsa Melayu, maka kajian selanjutnya perlu diteruskan agar ianya
memperolehi dapatan kajian yang boleh membantu guru-guru, penggubal kurikulum dan juga
pelajar-pelajar Islam .
39
5.4 Penutup
Terdapat berbagai Faktor-faktor kekuatan dan kelemahan serta perkara yang boleh menarik
minat murid dalam Pelajaran Jawi di SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur mengikut
persepsi guru. Bab ini melaporkan Faktor-faktor kekuatan dan kelemahan serta perkara yang
boleh menarik minat murid dalam Pelajaran Jawi di SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur
mengikut persepsi guru dikalangan pelajar hari ini.
Untuk memastikan kemantapan murid-murid dalam pelajaran jawi semua pihak seperti ibu-bapa,
guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah perlulah bersama-sam memaikan peranan penting bagi
memastikan pelajar dapat menguasai pelajaran jawi di sekolah.Walau secanggih manapun
kaedah,BBM yang diguna tapaa sokongan ibu bapa guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah
semuanya akan menjadi tidak berjaya.
Jesteru itu marilah kita semua berganding bahu memainkan peranan masing-masing agar
penguasaan murid-murid kita dalam pelajaran jawi akan meningkat seterusnya bidang jawi ini
akan berkekalan sampai bila-bila.
40
RUJUKAN
Abdul Razak Hamid , Mokhtar Mohd Som ( 1977 ) Belajar Tulisan Jawi. Kuala
Lumpur : Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Abdul Rahman Rukaini ( 1982 ) Tulisan Jawi Ditelan Mati Emak. Kuala Lumpur:
Dewan Budaya.
41
Abdullah Hj.Ishak. ( 1982 ) Tulisan Jawi Dan Hubungannya Dengan Pendidikan Islam,
Kuala Lumpur: Utusan Qiblat.
Awang Mutassim bin Hj. Jibah. ( 1982 ) Sejarah Dan Perkembangan Jawi di Brunei,
Brunei: Seminar Penyebaran Dan Peningkatan Tulisan Jawi.
Abdul Razak Othman .( 2010 ) .Program Semarak Jawi di PPAPP, Seberang Prai.
Kuala Lumpur. Utusan Melayu 26 April 2010. Hlm : 5
Amat Johari Main. ( 1991 ), Konvensyen Tulisan Jawi Kearah Keseragaman Tulisan
Jawi, Sejarah Tulisan Jawi, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri,Kuala Lumpur.
http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Disply&f=jawi00044.htm
Awang Mohamad Amin.( 1989 ) Faktor-faktor jadual waktu,murid, guru dan ibubapa :
Punca ketidakcekapan penguasaan jawi.
Dr.Ragbir Kaur A/P Joginder Singh, ( 2005 ) , Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan
untuk Kursus perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI ) , Subang Jaya , Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Ghazali Darusalam. ( 2001 ) Pedagogi Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur.
Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Hashim Hassan.(1986 ) Semua Rakyat Malaysia Haruslah Boleh Membaca dan
Menulis Jawi,Kuala Lumpur : Utusan Melayu Berhad.
42
Jurnal Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
( Jan.1980).
Jamilah Haji Ahmad ( 1984 ) Tulisan Jawi Yang Diabaikan. Kuala Lumpur, Utusan
Melayu Berhad.
Kamarudin Ngah, et. al( 1990),Kaedah Penyelidikan: Panduan Mudah Kerja Luar.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Kamus Dewan. ( 2000 ) Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia.( 2002 ) Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. Kuala
Lumpur: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam & Moral.
Kementerian Pelajaran Malaysia .(2006 ),Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru-
Guru j-QAF , Kuala Lumpur. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral.
Kementerian Pelajaran Malaysia. ( 1992 ). Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah
Rendah Jilid 2 Asas KBSR II, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd.Tauhid Hj.Jamal (1973). Mari Belajar Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd.Yusof Zainal ( 1974 ) Penguasaan Jawi dikalangan Pelajar Sekolah Menengah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Daud Hamzah (1990).Dorongan Dan Pembelajaran.Kuala Lumpur: Dewan
43
Bahasa Dan Pustaka.
Mohd Syariefudin Abdullah. 2008 .Tulisan Jawi dan Prospek Masa Depan.(atas talian)
http://jawiterjemahan.blogspot.com/ ( 21 Julai 2009).
Noran Fauziah Yaakub,( 1983 ). Panduan Penilaian Bacaan Asas KBSR. Kuala
Lumpur: Limma Enterprise.
Noor Azizan bt Abdul Samat ( 1989 ) Sejauh mana Penggunaan Dan Penguasaan
Tulisan Jawi Dikalangan Pelajar-Pelajar Islam di Sekolah : Tinjauan Khusus
Dibeberapa buah Sekolah di Ipoh,Perak. UKM Bangi : Tesis Sarjana Muda.
Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan. ( 1987 ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Rohaty Mohd.Majzub, Peny. ( 1991 ). Disiplin Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Rosnaini binti Adnan (1991) Permasalahan pengajaran dan pembalarjaran jawi di
sekolah rendah : satu Tinjauan. UPM Serdang : Tesis Sarjana Muda.
Rahman Al-Ahmadi,Dato’Seri Amar Diraja Wan Mokhtar. ( 1984 ) “ Peluasan
Penggunaan Tulisan Jawi Sebagai Lambang Dan Hiasan “, Konvensyen Tulisan
Jawi, anjuran bersama Yayasan Islam Terengganu dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
44
Shaifol Bahary bin Sulaiman, Hasnol Faizal bin Hushin. ( 2010 ). HBEF4303 Projek Kajian Tindakan.
Kuala Lumpur ; OUM
Yayasan Islam Terengganu dan Dewan Bahasa Dan Pustaka, ( 1984 ), Keputusan-
Keputusan Dan Usul-Usul Konvensyen Tulisan Jawi, Maktab Perguruan Kuala
Terengganu, Batu Rakit, Kuala Terengganu.
http://www.ashtech.com.my/koleksi_konvesion/Display&f=jawi00025
Zaaba ( 1958 ) Bahasa Melayu Dengan Tulisannya.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zulkifli Bakar. ( 2010 ). Membudayakan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur. Utusan
Malaysia 27 Mac 2010. Hlm : 10
Lampiran 1
SOAL SELIDIK TENTANG PELAJARAN JAWI
Berikut diberikan pernyataan berkenaan dengan Pelajaran Jawi.Sila baca dan tandakan “ /” pada lajur yang diberikan untuk item yang terbaik.Tidak ada jawapan yang betul.Oleh itu anda hendaklah bersikap jujur dalam membuat pilihan.
Lajur STS untuk persepsi SANGAT TIDAK SETUJU
Lajur TS untuk persepsi TIDAK SETUJU
45
Lajur KS untuk persepsi KURANG SETUJU
Lajur S untuk persepsi SETUJU
Lajur SS untuk persepsi SANGAT SETUJU
BIL PERNYATAAN STS TS KS S SS
1 Sikap sambil guru ketika mengajar pelajaran jawi
menyebabkan murid lemah dalam Jawi?
2 Jadual waktu pelajaran Jawi di akhir jadual waktu
menyebabkan murid lemah dalam pelajaran Jawi
3 Murid ramai di dalam sesebuah kelas menyebabkan murid
lemah dalam pelajaran Jawi.
4 Soalan peperiksaan boleh di jawab dalam tulisan rumi
menyebabkan murid lemah dalam Jawi
5
Kaedah yang menarik diguna pakai oleh guru semasa
mengajar pelajaran Jawi menyebabkan murid baik dalam
pelajaran Jawi.
6 Bahan bantu mengajar digunakan semasa pelajaran Jawi
menyebabkan murid baik dalam Pelajaran Jawi
7 Murid belajar di sekolah agama menyebabkan mereka
baik dalam pelajaran Jawi
8 Terdapat banyak bahan bacaan Jawi di sekolah
menyebabkan murid baik dalam pelajaran Jawi
9 Murid yang pandai membaca Al-Quran baik dalam
pelajaran Jawi
10 Bahan bantu mengajar yang menarik dapat menarik minat
murid belajar Jawi
11 Cara guru mengajar di dalam kelas menyebabkan murud berminat dengan pelajarn Jawi
12 Pemberian hadiah kepada murid yang cemerlang dalam pelajaran Jawi dapat menarik minat murid dalam pelajaran Jawi
46
SOALAN TEMUBUAL
1.Apakah factor-faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 lemah dalam
pelajaran Jawi?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2.Apakah factor-faktor pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 baik dalam
pelajaran Jawi?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
__________________________________________________________________
3. Apakah unsur-unsur yang boleh menarik minat murid dalam pelajaran Jawi?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
RUMUSAN SOAL SELIDIK
BIL PERNYATAAN SOALAN STS TS KS S SS
1 Jadual waktu pelajaran Jawi di akhir
jadual waktu menyebabkan murid lemah
0 0 4 10 3
47
dalam pelajaran Jawi
2 Murid ramai di dalam sesebuah kelas
menyebabkan murid lemah dalam
pelajaran Jawi.
0 4 2 9 2
3 Soalan peperiksaan boleh di jawab dalam
tulisan rumi menyebabkan murid lemah
dalam Jawi
0 0 3 12 2
4 Kaedah yang menarik diguna pakai oleh
guru semasa mengajar pelajaran Jawi
menyebabkan murid baik dalam pelajaran
Jawi.
0 0 1 15 1
5 Bahan bantu mengajar digunakan semasa
pelajaran Jawi menyebabkan murid baik
dalam Pelajaran Jawi
0 0 2 14 1
6 Murid belajar di sekolah agama
menyebabkan mereka baik dalam
pelajaran Jawi
0 0 1 13 3
7 Terdapat banyak bahan bacaan Jawi di
sekolah menyebabkan murid baik dalam
pelajaran Jawi
0 0 7 10 0
8 Murid yang pandai membaca Al-Quran
baik dalam pelajaran Jawi
0 0 0 14 3
9 Bahan bantu mengajar yang menarik
dapat menarik minat murid belajar Jawi
0 0 1 14 2
48
10 Cara guru mengajar di dalam kelas menyebabkan murid berminat dengan pelajarn Jawi
0 2 8 7
11 Pemberian hadiah kepada murid yang
cemerlang dalam pelajaran Jawi dapat
menarik minat murid dalam pelajaran
Jawi
0 0 2 10 5
Lampiran 2
49