Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

23
1.0 TAJUK KAJI AN Mempertingkatkan minat pelajar dalam matapelajaran Sejarah dengan kaedah pengajaran yang ber pus atkan pel aja r. Pembelajaran akt if mel alui kae dah simula si wat ak (Role Pl ay Simulation). 2.0 NAMA PENGKAJI Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji Ker tas ker ja ini dikemukakan ole h Jawata nkuasa Pen yel idi kan Sekola h Mene nga h Kebangsaan Kalumpang, Tanjong Malim, Perak.  Nama-nama guru dalam jawatankuasa adalah: 1. Siti Zaleha Binti Ramli 2. Rozana Anak Kuat 3. Tuan Norhayati Binti Tuan Daud 4. Pilly Anak Man 5. Awang Syazwan Bin Awang Hassan 3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Jere Brophy (2003), mengajar bukan hanya sebuah kurikulum dan pengajaran semata- mata. Pengajar an turut berkaitan dengan pengurusa n bili k darja h, motivasi murid untuk belajar dan memenuhi keperluan individu dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Mata pelajaran Sejarah kemahiran mengingati dan menghayati fakta atau urutan peristiwa sejarah di samping memupuk semangat patriotisme dan perasaan bangga sebagai warganegara Malaysia. Tinjaun awal yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sejarah mendapati masalah  penglibatan pelajar dalam P&P adalah satu masalah bagi guru. Kekurangan penglibatan tersebut merencatkan P & P untuk menjadi lebih berkesan dan bermakna. Pembelajaran yang berpusatkan guru akan menyebabkan mereka pasif dalam proses pembelajaran dan tidak mengalami proses

Transcript of Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

Page 1: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 1/23

 

1.0 TAJUK KAJIAN

Mempertingkatkan minat pelajar dalam matapelajaran Sejarah dengan kaedah pengajaran

yang berpusatkan pelajar. Pembelajaran aktif melalui kaedah simulasi watak (Role Play

Simulation).

2.0 NAMA PENGKAJI

Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji

Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menengah

Kebangsaan Kalumpang, Tanjong Malim, Perak.

 Nama-nama guru dalam jawatankuasa adalah:

1. Siti Zaleha Binti Ramli

2. Rozana Anak Kuat

3. Tuan Norhayati Binti Tuan Daud

4. Pilly Anak Man

5. Awang Syazwan Bin Awang Hassan

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Jere Brophy (2003), mengajar bukan hanya sebuah kurikulum dan pengajaran semata-

mata. Pengajaran turut berkaitan dengan pengurusan bilik darjah, motivasi murid untuk belajar 

dan memenuhi keperluan individu dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Mata pelajaran

Sejarah kemahiran mengingati dan menghayati fakta atau urutan peristiwa sejarah di samping

memupuk semangat patriotisme dan perasaan bangga sebagai warganegara Malaysia. Tinjaun

awal yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sejarah mendapati masalah

 penglibatan pelajar dalam P&P adalah satu masalah bagi guru. Kekurangan penglibatan tersebut

merencatkan P & P untuk menjadi lebih berkesan dan bermakna. Pembelajaran yang berpusatkan

guru akan menyebabkan mereka pasif dalam proses pembelajaran dan tidak mengalami proses

Page 2: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 2/23

 

 penaakulan dan deep learning. P&P yang bersifat sehala dan berpusatkan guru dalam P&P

sejarah telah menjadi pelajar tidak melibatkan diri dalam P&P. Hal ini disebabkan mereka

merasakan P&P sejarah hanyalah mendengar guru berceloteh dari awal masa dan hingga loceng

menandakan tamatnya waktu P&P pada hari tersebut. Oleh yang demikian, pelajar hanya

mendengar celoteh guru dan tidak memperolehi pelajaran secara maksima kerana aktiviti yang

dijalankan lebih kepada kaedah syarahan yang memerlukan murid untuk mendengar dan tidak 

melibatkan penglibatan fizikal dan mental pelajar. Guru dalam tinjauan tersebut masih

 berpegang kepada sistem lama iaitu pengajaran bersifat menghantar dan menerima maklumat

yang disampaikan dan pemahaman dinilai berdasarkan bahan yang sama disampaikan di dalam

 pengajaran. Guru menjadi pengarah kepada proses-proses maklumat kepada bahan pengajaran.

Sistem tersebut menjadi murid di dalam kelas menjadi bosan dan kurang motivasi untuk belajar 

serta memberikan tumpuan.

Pendekatan bersifat  student centered learning dalam menangani melalui kaedah simulasi

watak (  Role Play Simulation) dicadangan dalam kajian tindakan tersebut. Kajian yang

dicadangkan terseebut melihat peranan guru untuk berkongsi peranan mengawal dan

 pengendalan di dalam pengurusan bilik darjah dalam mengimbangi pengaruh dan kerjasama

murid. Pendekatan tersebut memastikan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas melibatkan

 pelajar dengan gur bersifat dua hala dan secara tidak langsung menjana motivasi yang tinggi

dalam kalangan pelajar berbanding dengan sistem lama yang berpusatkan guru. Sistem

 berpusatkan murid, murid turut memberikan tanggungjawab di dalam menyediakan sendiri dan

menyampaikan maklumat isi kandungan dengan lebih kreatif. Dalam hal tersebut, pengajaran

  berpusatkan murid secara tidak langsung akan membantu murid mempertingkatkan prestasi

secara tidak langsung terdedah kepada lebih banyak maklumat dan pemahaman terhadap isi

kandungan dengan lebih mendalam.

4.0 PERNYATAAN MASALAH

Dalam memperkatakan isu tentang pengajaran pembelajaran yang berlaku di dalam kelas Sejarah

terutamanya, guru dilihat sebagai prospek besar dalam mempengaruhi proses P&P yang

dijalankan. Kecenderungan guru dalam memilih kaedah pengajarannya akan menentukan

sejauhmana berkesannya proses P&P tersebut. Jikalau guru tidak mementingkan aspek variasi

Page 3: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 3/23

 

dalam pengajarannya, ianya akan mencernakan kebosanan dan tidak mampu menarik perhatian

 pelajar-pelajar semasa mengajar Sejarah di dalam kelas. Oleh sebab itulah kaedah ataupun

 penggunaan kaedah serta metode lakonan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Sejarah merupakan kaedah yang dirasakan mampu menampung lompang-lompang kelemahan

 proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah pada hari ini. Kita harus sedar dengan dunia yang

dilanda fenomena kepesatan dan kemajuan teknologi lebih-lebih lagi di dalam negara kita yang

semakin dimomokkan dengan konsep globalisasi dunia tanpa sempadan semakin menjadikan

setiap perkara yang menjadi komponen terpenting kepada agen kemajuan negara termasuklah

 bidang pendidikan. Mata pelajaran Sejarah juga merupakan antara aspek terpenting dalam

Kurikulum Pendidikan negara kita. Disebabkan kemajuan dan kepesatan ini, maka minda dan

mentaliti masyarakat yang merangkumi setiap lapisan khususnya para pelajar juga akan

 bertambah moden dan ideal sejajar dengan peredaran zaman yang mula berubah. Kita juga sedia

maklum bahawa satu transformasi di dalam arena pendidikan haruslah digubal dan dirangka

seterusnya diimplementasikan di dalam setiap mata pelajaran khususnya Sejarah agar para

 pelajar tidak mula berasa bosan dengan pendekatan yang sedia ada dan disifatkan “lapuk”.

Selain itu, guru dilihat Cuma terikat dengan gaya pengajaran yang terlalu ortodoks

ataupun tradisional tanpa memuatkan nilai tambah di dalam pengajaran. Maka dengan adanya

 perubahan ini, pastinya kerancakan dan kehangatan semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran

( P&P ) Sejarah berkekalan momentumnya. Kaedah lakonan dirasakan amat sesuai dalam

memantapkan lagi aktiviti pengajaran guru di dalam kelas. Hal ini disebabkan sudah menjadi

adat manusia untuk mencari sesuatu yang baru dan semangat inkuiri manusia lebih

memungkinkan kaedah penyampaiab sesuatu dan dalam konteks ini para pelajar mula mencari

apakah kaedah yang boleh menarik perhatian mereka di dalam kelas lebih-lebih lagi di dalam

mata pelajaran Sejarah. Selain itu, apa yang hendak ditegaskan dan dipaksikan di sini adalah

 bagaimana dengan kaedah lakonan ataupun simulasi dalam mata pelajaran Sejarah ini mampu

meningkatkan minat dan perhatian pelajar kepada proses pengajaran guru Sejarah di dalam kelas.Kemampuan manusia untuk memberi perhatian kepada sesuatu maklumat yang sedang

disampaikan adalah tidak konsisten dan keberkesanannya adalah bergantung kepada

sejauhmanakah karismatik ataupun tarikan sesuatu kaedah itu di dalam aspek penyampaian. Jadi

dengan adanya kajian ini kita akan dapat melihat keberkesanan kaedah lakonan di dalam mata

 pelajaran Sejarah ini. Isu-isu yang wujud dan juga kaedah bagi menyelesaikannya semestinya

Page 4: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 4/23

 

 berbeza dan perkara ini penting untuk dikaji supaya murid-murid dari dua kawasan tersebut

mendapat faedah daripada penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Selain itu, hasil kajian ini juga boleh dijadikan rujukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

di dalam memperkasan sistem pendidikan Sejarah.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF AM

Untuk meningkatkan penglibatan murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

sejarah supaya kualiti “PEMBELAJARAN” murid meningkat sewaktu dalam kelas.

OBJEKTIF KHUSUS

• Bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam pengajaran Sejarah.

• Pelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran sejarah.

• Untuk mengubah sikap dan minda murid dalam mata pelajaran Sejarah.

• Untuk meningkatkan Kefahaman murid.

• Untuk memperbaiki Pencapaian murid.

• Untuk penglibatan murid dalam kelas semasa P&P berlangsung.

6.0 LITERATUR KAJIAN

Pengkaji membuat kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam

mata pelajaran Sejarah dengan kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar, iaitu

 pembelajaran aktif melalui kaedah simulasi watak ( Role Play Simulation).

Page 5: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 5/23

 

6.1 Latar Belakang Sejarah

Dalam P&P sejarah pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh

guru sejarah bagi melibatkan murid dan pengajaran berpusatkan murid. Prinsip umum

 pengajaran sejarah yang seharusnya difikirkan oleh guru sejarah agar pembelajaran disambut

  baik oleh murid. Dengan ini, murid akan dapat memahami pengajaran guru dan dengan

sendirinya mereka akan tertarik dengan pengajian sejarah. Antara prinsip-prinsipnya ialah

kaedah mengajar perlulah bersesuaian dengan tajuk yang hendak diajar dan keadaan persekitaran

murid itu sendiri. Seterusnya, bahan-bahan pelajaran yang digunakan dapat menarik perhatian

dan minat murid dan sesuai dengan latar belakang dan keadaan hidup mereka. Guru juga perlu

mengajar daripada apa yang diketahui oleh murid dahulu sebagai asas pengajarannya kepada

yang belum diketahui oleh mereka. Guru juga perlu mengajar daripada perkara yang mudah

kepada yang kompleks dan abstrak.

Selain itu, guru perlu membuat persediaan, bijak dalam membuat pemilihan isi

kandungan pelajaran dan menggunakan alat bantu mengajar dengan baik. Guru juga perlu

menggunakan pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai dengan taraf pencapaian, kemampuan

dan kebolehan murid dalam menerima pengajaran guru. Di samping itu, guru perlu menyediakan

 program aktiviti pembelajaran yang sesuai dan dapat melibatkan murid secara cergas dalam

 pengajaran guru.

Seterusnya, pelbagai kaedah boleh digunakan guru walaupun dalam menyampaikan

sesuatu pengajaran. Contohnya, kaedah penyampaian pengajaran guru disesuaikan dengan

keadan pembelajaran murid. Guru juga perlu menggunakan masa pengajaran sepenuhnya dan

Page 6: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 6/23

 

guru dapat mengambil kira faktor masa dalam pengajarannya. Guru juga perlu memikirkan

 perbezaan individu dalam pengajaran guru dengan menempatkan murid dalm kumpulan, jika

 perlu mengikut tahap pencapaian, bakat, dan kebolehan pelajar dalam bidang akademik dan akhir 

sekali guru perlu mendapatkan maklum balas daripada murid dengan menilai kaedah pengajaran

guru dan kesan terhadap pembelajaran murid. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa jika

guru sejarah mengamalkan prinsip-prinsip tersebut maka penglibatan pelajar aktif meningkat dan

P&P berjaya. Oleh sebab itu, setiap guru sejarah perlu mengamalkan prinsip-prinsip dalam P&P

 bagi memantapkan lagi tahap kefahaman murid dan berpusat pelajar.

6.2 Latar Belakang Teoretikal

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Teoretikal didefinisikan sebagai berdasarkan teori

iaitu, tidak pada pengalaman atau amalan. Slavin (1987) telah mencadangkan 2 perspektif teori

yang dapat dikaitkan dengan kesan positif pembelajaran koperatif iaitu teori motivasi dan teori

kognitif. Menurut Slavin (1990), dari perspektif motivasi, penetapan gol secara koperatif seperti

dalam pembelajaran koperatif mewujudkan satu situasi di mana setiap ahli kumpulan akan hanya

dapat mencapai matlamat peribadi sekiranya kumpulannya berjaya. Justeru, demi mencapai

matlamat peribadi, pelajar akan cuba memberi galakan kepada rakan-rakan sekumpulan serta

membantu mereka agar kumpulan mereka akan berjaya.

Menurut Slavin (1987) juga dari perspektif kognitif pula, 2 teori dapat digunakan untuk 

menjelaskan kesan pembelajaran koperatif, iaitu teori perkembangan (developmental) dan teori

elaborasi (elaboration). Manakala menurut Damon (1987), teori developmental bermaksud

mengandaikan bahawa interaksi sesama pelajar dalam menjalankan tugasan yang bersesuaian

Page 7: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 7/23

 

akan dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka terhadap konsep-konsep penting Hal ini

kerana melalui proses interaksi dengan pelajar lain, pelajar akan terpaksa menerangkan dan

membincangkan perspektif masing-masing terhadap sesuatu tajuk/isu, dan ini seterusnya

membawa kepada peningkatan penguasaan mereka terhadap apa yang mereka pelajari.

Di samping itu, usaha untuk menyelesaikan percanggahan pendapat yang mungkin timbul

semasa perbincangan mereka turut mengakibatkan peningkatan tahap pemahaman terhadap

konten yang dipelajari. Penjelasan dari perspektif teori elaborasi pula menekankan bahawa salah

satu cara pembelajaran yang paling berkesan adalah untuk menerangkan bahan yang dipelajari

kepada orang lain. Aktiviti pembelajaran koperatif seperti model STAD akan menggalakkan

 pemikiran elaboratif dan meningkatkan kekerapan memberi dan menerima penjelasan, justeru

dipercayai berpotensi untuk menambahkan tahap pemahaman, kualiti penaakulan, dan

meningkatkan tahap ketepatan ingatan jangka panjang (Johnson, Johnson, & Holubec, 1986).

Pengkaji telah menggunakan teori Konstruktivisme dalam P&P bagi meningkatkan

  penglibatan murid dalam P&P. Teori konstruktivisme ini akan menyebab murid berpeluang

membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran

terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran

terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh pelajar. Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep

yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat

 pengetahuan atau pembelajaran kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan

menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Dalam proses

ini, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang sesuatu perkara.

Page 8: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 8/23

 

Seterusnya, pengkaji menggunakan teori inkuiri bagi menyelesaikan masalah kajian.

Teori inkuiri iaitu teori penemuan, merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran

melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat

sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Oleh itu,

teori ini sesuai digunakan bagi menyelesaikan masalah kajian kerana penemuan baru akan

melibatkan penglibatan pelajar dan berpusatkan pelajar. Pembelajaran secara penemuan berlaku

apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti

seperti ujikaji akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Selain itu,

teori  Problem Bases Learning  (PBL) juga boleh digunakan dalam mengatasi masalah kajian.

Teori ini lebih kepada belajar berlandaskan masalah yang dihadapi. Murid belajar melalui

masalah yang ditimbulkan oleh guru. Dengan ini, murid akan melibatkan diri secara aktif.

Dengan ini jelaslah menunjukkan pengajaran berpusatkan pelajar dapat dilaksanakan dengan

menggunakan teori konstruktivisme, teori inkuiri dan teori PBL .

6.2 Kajian Terdahulu

Beberapa kajian telah menyelidiki kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pembelajaran

  pelajar. Antaranya, Humphreys dan Johnson (1982) membuat perbandingan strategi

 pembelajaran secara koperatif, kompetitif, dan individulistik dalam pembelajaran Sains. Hasil

kajian mereka menunjukkan bahawa pelajar yang diajar dengan kaedah koperatif dapat

mengingat dan mengekalkan ingatan tentang lebih banyak maklumat yang dipelajari, berbandingdengan pelajar yang belajar secara kompetitif dan individulistik. Dalam hal ini juga, Sherman

dan Thomas (1986) turut mendapat hasil dapatan yang serupa dalam kajian mereka yang

dijalankan ke atas pembelajaran matematik moden di sekolah menengah atas. Allen dan Van

Sickle (1984) dalam satu kajian eksperimental dalam kalangan pelajar lemah pencapaian

akademik, menggunakan Model Pengajaran STAD sebagai rawatan, dan mendapati bahawa

Page 9: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 9/23

 

 pelajar lemah yang diajar berasaskan model STAD mendapat skor yang lebih tinggi dalam ujian

subjek Geografi Dunia. Sebagai rumusan, meta-analisis yang dilakukan oleh Johnson,

Maruyama, Johnson, Nelson, dan Skon (1981) ke atas 122 kajian yang telah dijalankan

menunjukkan bahawa terdapat bukti yang kukuh tentang kelebihan pembelajaran koperatif 

  berbanding dengan pendekatan lain yang bersifat kompetitif dan individulistik, dalam

meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Menurut kajian Subadrah Nair dan Malar a/p Muthiah (2005), pengkaji berfokus pada

kajian mengenai   Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam

 Pembelajaran Sejarah. Dalam kajian ini pengkaji menekankan kepada penggunaan model

konstruktivisme dalam pembelajaran sejarah dan bagaimana cara ini dipraktiskan dalam

 pengajaran sejarah. Menurut Caprio (1994), McBrien dan Brandt (1997), dan Nik Aziz (1999)

kelebihan teori konstruktivisme ialah pelajar berpeluang membina pengetahuan secara aktif 

melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.

Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh

  pelajar. Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif 

seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pembelajaran

kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang

dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Dalam proses ini, pelajar dapat meningkatkan

  pengetahuan mereka tentang sesuatu perkara. Hasil daripada kajian ini, pengkaji dapat

menjadikannya sebagai sorotan kajian. Hal ini demikian kerana, penggunaan model

konstruktisme lebih kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Oleh sebab itu, kajian ini boleh

dijadikan panduan oleh pengkaji. Hasil kajian Lily Azian Abdullah (2005), mengenai

 pembelajaran aktif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid dalam mata pelajaran

 sejarah yang perlu diteruskan oleh gelung seterusnya. Oleh sebab itu, kajian ini dijadikan

sebagai sorotan kajian oleh pengkaji bagi mendapat sedikit input dan membuat penambahbaikan

ke atas kajian ini seterusnya, dijadikan sebagai panduan untuk pengkaji membuat kajian.

Berdasarkan kepada pembacaan pengkaji pula, dalam buku learner-Centerd Instruction:

 Building Realtionships for student Success yang ditulis oleh Jeffrey H. D. Cornelisu White dan

Adam P. Harbaugh. Buku tersebut mengandungi pelbagai kaedah, strategi pengurusan bilik 

darjah dan cara melibatkan pelajar dan membantu ke arah kejayaan mereka. Buku tersebut

Page 10: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 10/23

 

memperkenalkan kepada guru-guru untuk menggunakan kaedah model berdasarkan

  pembelajaran yang berpusatkan pelajar untuk mempertingkatkan perhubungan guru dengan

 pelajar, ibu bapa, pentadbir dan guru lain dan ahli profesional organisasi yang lain. Guru turut

ditunjukan peranan untuk berkongsi peranan dalam mengawal dan pengendalan didalam

 pengurusan bilik darjah dalam mengimbangi pengaruh dan kerjasama. Penyelidikan yang terbaik 

dan teori di dalam buku tersebut menekankan galakan, cabaran, dan adaptasi dalam setiap

  pelbagai kaedah pengajaran seperti inkuiri dan kerjasama pembelajaran kumpulan kecil dan

kepercayaan serta usaha yang relevan. Kajian yang dilakukan terhadap pelajar yang boleh

dipraktikan melalui kaedah kumpulan kecil dan pengurusan kendiri. Kaedah Think-Pair-Share

merupakan kaedah yang boleh dipraktikan di dalam strategi pegajaran untuk mempertingkatkan

  penyertaan berdasarkan interaksi sesama pelajar. Dalam kaedah tersebut, pelajar berkongsi

maklumat dan pendapat tentang isi kandungan yang ingin disampaikan oleh guru. Patilo and

Vaughn (1992) di dalam buku tersebut, ada menyentuh tentang pembelajaran berpusat yang

 bermakna galakan perhubungan. Hal ini bermakna galakan antara pelajar tersebut sendiri akan

memperkembangkan pengelapastian pembelajaran di dalam komuniti dan memahami

 perhubungan sosial dengan pelajar lain untuk mencari jawapan kepada isi kandungan pelajaran.

Pembacaan seterusnya melibatkan buku Student-Centred Classroom Assessment  yang

ditulis oleh Richard J. Stiggins. Buku tersebut memperkenalkan hasil dua puluh tahun persediaan

 pendidikan cemerlang di peringkat rendah, tadika, junior tinggi, dan sekolah tinggi. Buku

tersebut secara relaliti memberikan kebijaksaan secara kolektif dalam menilai idea, ketidak 

  pastian dan kekecewaan dalam pengajaran. Kajian tersebut mengambil salah satu prinsip di

dalam penilaian positif kaedah persekitaran konstruk iaitu menekakan pelajar sebagai kunci

 penilaian pengajaran di dalam mengetahui perbezaan di dalam prestasi dan pemahaman terhadap

kualiti prestasi. Hal ini lebih memberikan gambaran prestasi pelajar menjadi penilai kepada

kaedah konstruk yang dijalankan yang bersifat berpusatkan pelajar. Perbezaan yang ketara juga

diketengahkan di dalam sistem tradisonal dan sistem berpusatkan pelajar tersebut adalah perlakuan iaitu kejayaan sasaran iaitu pelajar terlibat di dalam proses komunikasi. Perbezaan

antara sistem tersebut adalam sistem yang tradisonal bersifat menghantar dan menerima maklumt

yang disampaikan dan pemahaman dinilai berdasarkan bahan yag sama disampaikan di dalam

 pengajaran. Pembelajaran berpusatkan pelajar lebih kepada membawa kepada pembelajaran yang

lebih mendalam dan isu dibincangka secara serius di antara para pelajar. Selain itu, sistem lama

Page 11: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 11/23

 

menyebabkan guru menjadi pengarah kepada proses, semua maklumat kepada bahan pengajaran.

Manakala sistem berpusatkan pelajar, pelajar turut bertanggungjawab di dalam menyedakan dan

menyampaikan maklumat. Pengajaran berpustakan pelajar secara tidak langsung akan membantu

 para pelajar mempertingkatkan prestasi secara tidak langsung terdedah kepada lebih banyak 

maklumat dan pemahaman terhadap is kandungan.

Buku berikutnya,   How Student Lear: Reforming Schools Through Learner-Centered 

 Education yang diedit oleh Nadine M. Lamber & Barbara L. McCombs yang membincangkan

kaedah pengajaran yang unik dan pengenalan kepada perbezaan pelajar. Buku tersebut

menyelidik tentang pembelajaran pelajar dan memperkenalkan perspektif teori danpenyelesaian

kepada psikologi pendidikan. Selain itu, buku mempersembahkan perbezaan hasil kerja yang

dilakukan oleh pendidik dan ahli psikologi dalam memperkembangkan dan penerangan ilmu

 psikologi berdasarkan pendidikan yang paling relevan.

Berdasarkan laporan di American Psychogical Asociation (APA) di dalam pendididkan

1993, pembelajaran berpusatkan pelajar memaksimakan intellegent Challenged  di dalam

menghubung kaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada dalam kaedah yang

lebih bermakna. Ringkasnya, jangkaan positif terhadap perlaksaan latihan inovatif boleh dibuat

melalui elemen-lemen seperti kurikulum, kumpulan, penilaian, motivasi,tanggungjawab belajar,

  perhubungan kelas dan sebagainya. Pendekata boleh dibuat secara inovatif adalahmemperkayakan bahan kurikulum pembacaan pelajar dan pengajaran kaedah yang pelbagai

kumpulan yang mengedit sesebuah penulisan dan mencipta bahan bersejarah. Dalam kumpulan

  pula, aktivitiberkumpulan membolehkan para pelajar berkerjasama dengan semua orang.

Kumpulan yang pelbagai di dalam kelas mewujudkan penghargaan di dalmkelas dan galakan

kepada pelajar melibatkan diri dalam aktivit pembelajaran. Penilaian boleh dilakukan dengan

 presasi kepada kejayaan sesebuah role plays, dan drama. Motivasi digalakan dengan kerjasama

daripada strategi pemgajaran persaingan dan memfokuskan kepada motivasi intrisik iaitu galakan

kepada minat pelajar. Tanggungjawab di dalam pengajaran melibatkan lebih banyak peryertaan

 pelajar. Mereka membuat pilihan di dalam isi kandungan aktiviti, bertanggungjawab memimpin

di dalam kumpulan kecil, maklum balas dalam setiap ahli kumpulan dan belajar 

mempertingkatkan kemahiran belajar serta strategi konflik pengurusan. Perhubungan kelas

Page 12: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 12/23

 

emperkembangkan perhubunga individu setiap pelajar di dalam penulisan tugasan dan

 perbincanganserta mengalakan kepelbagaian bakat dan pandangan.

7.0 METODOLOGI KAJIAN

7.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian tindakan ini dijalankan mengikut gelung kajian tindakan Kurt Lewin seperti berikut :

Rajah 1: Model Kajian Tindakan

Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan mengikut

model Somekh (1989) seperti berikut:

Mengenalpasti isu dan masalah kajian

Refleksi dan penilaian

Mengutip dan

menganalisis data

 

Perlaksanaan tindakan

konseptualisasi Masalah :Prinsip/Teori Berhubung

Dengan Masalah

Pembentukan pelan tindakan penetapan alat kajian/kaeda

 penialain.

Menganalis masalah

-Perbincangan penyeledik guru dengan

 pensyarah.

-Tinjauan karya

Page 13: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 13/23

 

Langkah 1- Mengenalpasti masalah/ fokus yang diminati

Pengkaji pergi ke sekolah dan mengenalpasti masalah yang berlaku dan memfokuskan

kajian yang ingin dijalankan. Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji akan meneruskan kajian

kepada langkah 2.

Langkah 2- Mengumpul data

Pengkaji merancang untuk menemubual guru kelas dan guru sejarah yang terlibat dengan

sampel yang akan dikaji, sampel kajian merupakan pelajar dari kelas Peralihan Satu Azam

Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang.

Langkah 3- Menganalisis data/ membentuk hipotesis

Pengkaji merancang akan melakukan ujian pra terlebih dahulu. Ujian pra ini merupakan

ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra

akan dijalankan bagi mengetahui tahap pencapaian pelajar kelas ini dalam menguasai

matapelajaran Sejarah. Ujian ini akan melibatkan 25 orang pelajar.

Langkah 4- Merancang pelan tindakan

Setelah berbincang antara ahli kumpulan, kami merancang untuk menggunakan kaeah

yang berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di Sekolah

Menengah Kebangsaan Kalumpang. Contohnya , dengan menjalankan aktiviti pengajan seperti

kaedah lakonan atau simulasi watak.

Langkah 5- Melaksanakan pelan tindakan

Simulasi watak (Role Play Simulation) akan dilakukan:

Aktiviti 1: Mengenalpasti ciri-ciri penduduk yang tinggal di kawasan Agraria

dan Maritim.

Aktiviti 2: Lakonan dalam Kumpulan

Aktiviti 3: Penekanan fakta semasa lakonan tersebut.

Langkah 6- Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan

Page 14: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 14/23

 

Ujian pasca adalah ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dilaksanakan terhadap

 pelajar-pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar 

setelah kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan

 berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan ciri-ciri kerajaan Agariria dan

Maritim bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mengingati faktatersebut.

Langkah 7- Menganalisis dan menilai

Analisis dan penilaian akan dilakukan berdasarkan perbandingan keputusan ujian pra dan

 post bagi menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti simulasi watak.

Langkah 8- Refleksi

Refleksi akan dilakukan bagi membuat penilaian bagi keseluruhan keberkesan kajian ini.

7.2 Sasaran Kajian

Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada kumpulan

 pengkaji, gur-guru yang mengajar Sejarah Tingkatan 1. Kajian tindakan ini berfokus kepada 25

orang pelajar tingkatan 1 Azam yang menghadapi masalah pembelajaran dalam mata pelajaran

Sejarah.

7.3 Instrumen Kajian

Dalam kajian akan digunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu:

I. Pemerhatian dan temubual- pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji terhadap

tingkahlaku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas 1 Azam semasa pengajarandilaksanakan. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap murid semasa P&P sejarah,

  bagaimana mereka memberi tindakbalas terhadap pengajaran guru sama ada melalui

latihan perbincangan, mengemukakan fakta dan pendapat, menjawab soalan objektif,

melalui penulis esei atau melaui aktiviti berkumpulan. Cara pemerhatian yang digunakan

ialah dengan menghasilkan video. Setiap aktiviti murid di dalam kelas dirakam.

Page 15: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 15/23

 

II. Soalan-soalan ujian- Pengkaji akan mengedarkan dua set soalan ujian iaitu Pra-ujian dan

Pos Ujian akan diberikan kepada pelajar berkaitan dengan topik “ Ciri-ciri Kerajaan

Agraria” . Pelaksanan ini dijalankan di dalam kelas melalui ujian pembacaan aktif,

 pendengaran aktif, penulisan aktif, percakapan aktif, dan manipulasi. Tujuan pra ujian

dan pos ujian dijalankan adalah untuk melihat pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian

tersebut. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, akan diketahui sama ada berkesan atau

tidak penggunan strategi aktiviti berpusatkan murid dalam pengajaran sejarah.

III. Kaji selidik- Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada murid. Kaedah ini

 bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana minat murid itu dalam mempelajari subjek 

sejarah.

PEMBELAJARAN AKTIF

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN

(Borang soal – selidik)

Sila tandakan jawapan anda berdasarkan

1. Tidak setuju

2. Setuju

3. Amat setuju

SOALAN JAWAPAN

1) Saya merasakan matapelajaran Sejarah sangat sukar ( )

2) Saya menganggap matapelajaran Sejarah tidak penting ( )

3) Saya bosan belajar Sejarah ( )

4) Saya sukar mengingat fakta Sejarah ( )

5) Saya tidak pasti mengapa saya belajar Sejarah ( )

6) Saya inginkan perubahan suasana belajar yang lebih bebas ( )

Page 16: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 16/23

 

7) Saya ingin diberi peluang utk melakukan proses

 pembelajaran sendiri

( )

8) Saya suka suasana yang humor dan ceria ketika belajar ( )

9) Saya mahu menyediakan sendiri nota sendiri dengan

 bimbingan guru

( )

10) Saya mahu diberi peluang berinteraksi semasa belajar ( )

7.4 Metod Analisis

Analisis data akan dilakukan bagi mengetahui sejauhmana keberkesanan tindakan

kajian yang akan diambil. Dua metod analisis yang akan digunakan ialah:

Ujian pra - merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap

 pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra akan dijalankan bagi mengetahui tahap pencapaiaan

  pelajar kelas tibgkatan Satu ini dalam menguasai fakta dan menanam minat dalam

matapelajaran Sejarah. Ujian ini akan melibatkan 25 orang pelajar bukan.

Ujian pasca - ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dijalankan kepada pelajar-

 pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar 

setelah kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P.

Perbandingan markah di antara dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca akan

menentukan keberkesanan tindakan kajian yang diambil. Markah ujian pasca yang lebih tinggi

daripada ujian pra menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan berkesan sehingga

meningkatkan markah pelajar berbanding sebelum tindakan dijalankan.Semua peraturan am

tentang pentadbiran bagi kedua-dua ujian ini adalah sama dengan pentadbiran ujian penilaianyang lazim diamalkan di sekolah-sekolah. Sebelum ujian dijalankan, persetujuan dengan pihak 

 pentadbiran dan guru mata pelajaran perlu diperolehi. Kedua-dua ujian akan dijalankan dalam

masa 60 minit yang mana jangka masa bagi ujian ini bersesuaian dengan satu waktu pelajaran

yang terdapat di sekolah ini.

Page 17: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 17/23

 

Pemerhatian - Sikap pelajar sebelum dan selepas tindakan diambil boleh dianalisis

melalui pemerhatian. Perubahan positif yang dilihat seperti pelajar mampu berinteraksi

dalam kumpulan sambil mengingtai fakta yang betul menunjukkan keberkesanan

tindakan yang diambil. Selain itu pemerhatian ini juga dapat mengenalpasti sikap belajar 

 pelajar-pelajar ini dan bagaimanakah mereka membuat respon terhadap pengajaran guru.

7.5 PELAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti Tarikh

1 Mengenal pasti masalah. 8 Febuari 2011

2 Menulis proposal kajian. 11 Feb 2011

3 Merancang tindakan. 18 Feb 2011

4 Melaksanakan tindakan. Mac 2011

5 Membincangkan masalah yang timbul Mac 2011

6 Ujian untuk mengesan pencapaian murid. Mac 2011

7 Refleksi kajian Mac 2011

8 Menulis Laporan April 2011

9 Pembentangan dapatan kajian. April 2011

Page 18: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 18/23

 

8.0 KESIGNIFIKAN KAJIAN

Apabila kita memperkatakan tentang kepentingan mahupun signifikan kajian tindakan

 berhubung dengan penggunaan lakonan di dalam proses pengajaran dan pemebelajaran Sejarah,

 pastinya kita tertanya-tanya kesesuaiannya dengan nilai-nilai Sejarah itu sendiri. Dapatan kajian

ini merupakan satu maklumat yang penting bagi dunia pendidikan kerana membantu pihak 

  pentadbiran di dalam bidang pendidikan di dalam menguruskan sekolah-sekolah berkenaan

dengan penggunaan kaedah lakonan di dalam mata pelajaran Sejarah ini. Selain itu, dapatan

kajian ini juga penting bagi rujukan guru-guru di sekolah di dalam mengaplikasikan kaedah

Page 19: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 19/23

 

lakonan ataupun simulasi ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah-

sekolah. Perkongsian terhadap data kajian ini pastinya akan membantu guru-guru, para pelajar 

dan pihak pentadbiran di dalam penggunaan kaedah lakonan di dalam proses pengajaran dan

 pembelajaran Sejarah kerana terdapatnya segala permasalahan yang telah dibincangkan serta

 jawaban kepada permasalahan tersebut. Oleh itu, kajian ini merupakan satu kajian yang penting

dan perlu untuk dilaksanakan bagi memudahkan guru Sejarah di dalam proses pengajaran dan

 pembelajaran di dalam kelas dengan adanya aplikasi lakonan yang mantap.

Selain itu, dengan kita membuat kajian terhadap penggunaan kaedah lakonan di dalam

P&P Sejarah, interaksi guru dengan para pelajar akan lebih dominan dan jelas kerana bukan

sahaja melenyapkan persempadanan antara guru dengan pelajar malah guru mampu mengetahui

masalah sebenar yang melanda diri pelajar. Pentingnya kajian ini adalah dengan dapatan yang

diperoleh nanti, kita dapat melihat bagaimana sebenarnya kefahaman dan pengetahuan para

  pelajar itu dapat ditingkatkan. Walaupun terdapat alasan lain yang diluahkan oleh pelajar 

menyebabkan mereka melabel sejarah sebagai matapelajaran yang membosankan tetapi majoriti

tetap menganggap kesusahan mengingat sebagai sebab nombor satu kepada permasalahan. Oleh

demikian fokus kajian hanya berpaksikan kepada bagaimana kaedah yang sesuai untuk 

mengingat longgokan fakta-fakta sejarah yang sememangnya tidak boleh dipesongkan. Kita

sedia maklum bahawa pelajar sememangnya mempunyai masalah untuk mengingat dan

memahami. Dengan membantu pelajar mengingat fakta sejarah menggunakan pendekatan yang

 berkesan seperti lakonan, ianya mampu membantu pelajar mengingat dan memahami peristiwa

sejarah serta mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Apabila pelajar berjaya mengingat

dan memahami fakta sejarah akan membantu pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan dan

memperolehi keputusan yang cemerlang. Di samping itu, keadaan ini juga akan melahirkan

masyarakat yang holistik dan mempunyai semangat cintakan negara yang unggul. Selain itu, apa

yang menjadi jawapan ataupun kepentingan kajian ini adalah berhubung dengan konsep

 pengajaran mata pelajaran Sejarah itu sendiri. Kita sedia maklum betapa sejak dari dulu lagikonsep pengajaran Sejarah dikaitkan dengan hafalan dan ingatan semata-mata. Mata pelajaran

Sejarah seolah-olah dianggap berorientasikan hafalan dan jika tidak berjaya menghafal fakta-

fakta penting maka akan gagal mencapai objektif pengajaran Sejarah. Kita perlu tahu sebagai

guru, amanah yang disandarkan kepada kita dalam merealisasikan matlamat pembudayaan nilai

Page 20: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 20/23

 

dan semangat patriotisme adalah intipati utama yang menjadi tunjang kepada pengenalan mata

 pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah.

Jadi dengan pengenalan dan kajian terhadap keberkesanan kaedah atau metode lakonan

ini, para pendidik akan dapat mengetahui jalan ataupun solusi sebenar ke arah pembudayaan

semangat patriotisme dalam kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Sejarah. Para pendidik juga akan dapat melihat sejauhmanakah dengan pelaksanaan kaedah

lakonan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat menyemai dan memupuk 

semangat patriotisme dalam kalangan pelajar Sejarah. Kita juga akan dapat mengatasi masalah

mentaliti konsep Sejarah iaitu “menghafal” kepada “menghayati” serta meneroka sendiri.

Ketertinggian nilai-nilai yang terdapat di dalam mata pelajaran Sejarah juga akan dapat mendidik 

 para pelajar merasai sendiri dan mewujudkan indikator-indikator empati dalam memahami setiap

  peristiwa-peristiwa Sejarah. Kajian sebegini juga dapat memaparkan kepada guru-guru

terutamanya tentang keberkesanan kaedah lakonan dalam P&P Sejarah dan dapat menilai sama

ada pelajar-pelajar Sejarah berpuas hati atau tidak terhadap cara sebegini. Secara umumnya kita

menjangkakan para pelajar akan berpuas hati kerana suasana pembelajaran akan menjadi lebih

menarik dan tidak terlalu memberi tekanan kepada para pelajar di dalam mengingati fakta-fakta

yang berlaku di dalam seseuatu peristiwa.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran Perbelanjaan Kewangan

Setiap kajian tindakan yang dijalankan, sememangnya akan melibatkan kos dan

tanggungan perbelanjaan kewangan. Anggarang perbelajaan mengambil kira aspek kos

  pengangkutan iaitu penggunaan kendereaan untuk ke sampai ke tempat kajiaan tersebut

merangkui aspke pergi dan balik. Kos turut mengambik kira aspek bahan dan alat bantu

Page 21: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 21/23

 

mengajar (BBM). Seterusnya kos melibatkan aspek untuk menyalin sesuatu sumber dan bahan

untuk keperluan kajian tersebut. Kos untuk menjilidkan kajian tersebut dalam mengabungkan

semua aspek dan sumber dan bahan yang telah dikaji. Selain itu, kos juga mengambil kira aspek 

mesyuarat yang diadakan iaitu melibatkan pertemuan sesama pelajar dan guru sebelum

melaksanakan sesuatu kajiaan tindakan. Berikut merupakan anggaran perbelanjaan kewangan

kajian tindakan ini.

BIL PERKARA JUMLAH KOS

1. Kos perjalanan RM 50.00

2. Bahan dan alat bantu mengajar RM 20.00

3. Fotostat RM 20.00

4. Penjilidan RM 40.00

5. Mesyuarat RM 60.00

6. Pelaksanaan RM 50.00

Jumlah Keseluruhan RM 240.00

Jadual 2 : Anggaran Perbelanjaan Kewangan Cadangan Kajian Tindakan

10.0 JADUAL KERJA

Jadual Perancangan Pelaksanaan Penyelidikan

Sebelum menjalankan sesuatu kajian tindakan, pengkaji mestilah merancang dan meneliti

 jadual pelaksanaan kajiannya. Hal ini bagi memberi pendedahan awal kepada pihak-pihak yang

akan terlibat dengan kajian tindakan ini seperti para guru sejarah, pihak pentadbiran termasuk 

 pengetua dan penolong kanan sekolah dan murid-murid yang akan digunakan sebagai sampel

utama kajian. Maka, dengan itu, pihak-pihak ini akan tersedia maklum mengenai peruntukan

Page 22: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 22/23

 

masa dan takwim kajian tindakan ini untuk suatu tempoh tertentu agar mereka dapat membuat

 perancangan masa yang baik dan turut serta secara aktif dalam kajian tindakan ini.

Berikut merupakan Jadual Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan yang akan dijalankan.

BIL. PERKARA TARIKH

1. Perbincangan Ahli Kumpulan 22 Februari 2011

2. Pemerhatian awal ke SMK Kalumpang 24 Februari 2011

3. Pembahagian Tugasan Cadangan Kajian Tindakan 26 Februari 2011

4. Menghantar kertas cadangan untuk semakan pensyarah 1 Mac 2011

5. Membawa kertas cadangan untuk perbincangan bersama pengetua 3 Mac 2011

6. Mesyuarat Jawatankuasa yang terlibat 9 Mac 20117. Menjalankan Ujian Pra 10 Jun 2011

8. – Menjalankan sesi temubual dengan pelajar dan guru. (mendapatkan

nota & latihan setiap sampel murid)

 – Mengaplikasikan “kaedah jigsaw” dalam p & p

11 Jun – 13 Jun 2011

9. Menjalankan Ujian Post 15 Jun 2011

10. Analisis data keputusan ujian Post 16-17 Jun 2011

11.

Menyiapkan laporan kajian tindakan

20 jun – 24 Jun 2011

12. Hantar laporan kajian tindakan

 – salinan sekolah – salinan universiti/pensyarah

25 – 27 jun 2011

Jadual 3 : Jadual Perancangan Pelaksanaan Penyelidikan Kajian Tindakan.

Bibliografi

Brophy, Jere. (2003). Teaching Problem Students. New York: The Guilford Press.

Cornelisu-White, Jeffrey H. D. dan Harbaugh. Adam P. (2010). learner-Centerd Instruction:

 Building Realtionships for student Success. California: SAGE Publications, Inc.

Page 23: Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru

5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kajian-tindakan-lengkap-edit-terbaru 23/23

 

David W. Johnson, Roger T. Johnson, Edythe Johnson Holubec 1986. Cooperation in the

classroom. Interaction Book Company.

Lambert, Nadine M & McCombs, Barbara L.(ed.) (1998).  How Student Lear: Reforming 

Schools Through Learner-Centered Education. Washington: American Pyschological

Association.

Robert E. Slavin 1987. Education for all. Lisse: Swets & Zeitlinger.

Stinggins, richard J. (1994). Student-Centred Classroom Assessment. New York: Macmillan

College Publishing Company.

William Damon, Richard M. Lerner 1987.  Handbook of Child Psychology: Theoretical models

of human development. New Jersey, Hoboken: John Wiley & Sons, Inc.