Post on 14-Aug-2015
description
[1]
KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
DALAM PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
Oleh :
Melati Binti Sabtu
Saliza Binti Abdul Razak
Kolej Komuniti Temerloh
2011
ABSTRAK
Dalam era globalisasi hari ini kita tidak dapat lari dari perkembangan teknologi komputer
dan maklumat. Penggunaan teknologi ini telah berkembang dengan pesat dalam sistem
pendidikan negara samada di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian
tinggi. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pembelajaran di
kalangan pelajar mempunyai banyak kelebihan dan impaknya. Kemampuan pelajar
menguasai kedua-dua aspek ini sangat membantu dalam menjayakan sesi pembelajaran yang
lebih mudah dan menarik. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesan
penggunaan komputer dan teknologi maklumat di kalangan pelajar. Skop kajian dijalankan
di Kolej Komuniti Temerloh dengan bilangan sampel yang dipilih secara rawak seramai 76
orang. Kajian melibatkan tiga program iaitu; Program Teknologi Maklumat, Program Fesyen
dan Pakaian dan Program Penyenggaraan Bangunan. Data dikumpul dengan menggunakan
set soal selidik. Hasil kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap penggunaan
komputer dalam melaksanakan tugasan atau laporan adalah sangat baik. Seterusnya
dapatan kajian juga menunjukkan penerimaan pelajar terhadap pencarian maklumat dalam
melengkapkan tugasan atau laporan dengan menggunakan teknologi maklumat juga amat
baik. Pelajar mengatakan bahawa kerja mencari bahan tugasan atau laporan amat mudah
dan pantas dengan menggunakan komputer. Walau bagaimanapun masih terdapat
sebilangan kecil yang tidak tahu menggunakan enjin carian secara berkesan dan tidak mahir
mencari bahan secara atas talian.
[2]
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Revolusi komputer, dari komputer
desktop ke komputer telapak, komputer
baru sentiasa dijual setiap saat di serata
dunia. Komputer merupakan alat
elektronik yg menyimpan, menganalisis
dan mengeluarkan maklumat
sebagaimana yang dikehendaki atau yang
diarahkan. Komputer dapat menyimpan
maklumat, mengubah imej, mereka
bentuk objek dan sebagai alat bermain
permainan komputer. Dengan
menggunakan aturcara multimedia,
pengguna boleh berinteraksi dengan
perkataan, imej dan bunyi, yang boleh
mengubah cara belajar.
Teknologi maklumat boleh
ditakrifkan sebagai kaedah yang
digunakan untuk memindah, menyebar
dan memapar maklumat. Perkembangan
dalam teknologi maklumat kini dilihat
semakin gah berkembang sejajar dengan
perkembangan arus pemodenan dunia
globalisasi. Ledakan teknologi ini telah
membawa banyak perubahan kepada
pelbagai golongan masyarakat di seluruh
dunia bagi membolehkan mereka
bersaing di peringkat global.
Pada zaman bermaklumat dan
berteknologi ini, maklumat itu dianggap
kuasa dan komoditi yang berharga yang
boleh mengubah senario kehidupan
dunia. Boleh dikatakan maklumat
diperlukan oleh manusia seperti mereka
perlukan wang malah tidak dapat
disangkal lagi bahawa manusia tidak
selesa hidup tanpa wang seperti manusia
tidak dapat meneruskan kehidupan tanpa
maklumat (Utusan, 2001). Kini, teknologi
maklumat amat penting dalam usaha
kerajaan untuk menjadikan Malaysia
negara maju pada tahun 2020.
Di Malaysia perkembangan
komputer dan teknologi maklumat di
kalangan masyarakat dilihat suatu yang
positif di mana ia telah menggalakkan
semua lapisan masyarakat melengkapkan
diri dengan ilmu teknologi maklumat.
Namun terdapat segelintir golongan
memandang remeh terhadap
perkembangan komputer dan teknologi
maklumat kerana mereka beranggapan
penggunaan komputer dan teknologi
maklumat tidak penting dalam kehidupan
[3]
seharian. Dr. Rahmah Hashim (Utusan,
2002), berpendapat kejayaan atau
kegagalan memasyarakatkan ICT banyak
bergantung kepada kefahaman,
keyakinan dan kesungguhan, serta
komitmen semua pihak tidak kira anggota
masyarakat, sektor awam mahupun
swasta. Oleh itu, pelbagai langkah telah
dilaksanakan oleh kerajaan seperti
membenarkan wang KWSP dikeluarkan
untuk membeli komputer dan Kempen
Satu Rumah Satu Komputer dalam usaha
untuk memastikan masyarakat Malaysia
tidak ketinggalan dalam arus teknologi
yang serba canggih.
Revolusi komputer dan teknologi
maklumat pada masa kini telah
digunakan secara global dan revolusi ini
telah meresap ke semua sektor dalam
kehidupan masyarakat. Pengenalan
kepada komputer dan teknologi
maklumat telah membawa kepada sikap
yang positif di kalangan pelajar. Ini
kerana komputer dan teknologi
maklumat menyediakan peluang yang
luas dalam aktiviti pembelajaran
berbanding dengan kaedah tradisional.
Kemudahan internet, hipermedia dan
multimedia telah memudahkan
pendekatan dan kaedah belajar yang
tidak mungkin dapat dilaksanakan
sekiranya menggunakan kaedah
tradisional. Komputer dan teknologi
maklumat menyediakan kaedah dengan
memberi penekanan kepada penciptaan
dan penerokaan ilmu secara aktif selain
daripada menerima ilmu secara sehala
sahaja.
Keberkesanan komputer dan
teknologi maklumat dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P) dapat dilihat
seawal peringkat pra-sekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah sehingga ke
institusi pengajian tinggi. Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengambil
langkah awal dengan memperkenalkan
pelbagai program dalam usaha untuk
memperkenalkan dan mendedahkan
penggunaan komputer dan teknologi
maklumat di kalangan generasi muda
yang diharap dapat menjadi generasi
celik teknologi maklumat yang cemerlang.
Antara program tersebut seperti ‘my-
Schoolnet’, ‘portal my-GFL’ (Malaysian
Great For Learning) dan ‘portal
Eduwebtv’. Usaha-usaha kerajaan ini
dapat dibuktikan dengan petikan kata-
[4]
kata dari Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein :
”Kementerian ini sentiasa mencari jalan
terbaik bagi menyahut hasrat kerajaan
untuk memajukan bidang teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT) dalam
pendidikan”
Institusi pengajian tinggi juga
dilihat banyak mengaplikasikan
penggunaan komputer dan teknologi
maklumat dalam P&P. Komputer dan
teknologi maklumat memainkan peranan
yang penting sebagai alat bantuan
mengajar yang serba canggih dan lebih
berkesan daripada pendekatan ‘Paper &
Chalk’. Kementerian Pengajian Tinggi
telah mengambil langkah mempergiatkan
penggunaan komputer dan teknologi
maklumat bagi semua kursus di IPT
seperti pembelajaran jarak jauh, e-
pembelajaran, pembangunan perisian
kursus serta penilaian kursus secara
dalam talian.
Kolej Komuniti Kementerian
Pengajian Tinggi merupakan salah satu
institusi yang menyediakan keperluan
latihan dan kemahiran kepada semua
peringkat umur dan memberi peluang
pendidikan kepada lepasan menengah
sebelum ke pasaran tenaga kerja atau
melanjutkan pendidikan ke peringkat
lebih tinggi. Objektif penubuhan Kolej
Komuniti adalah untuk menyediakan
pendidikan yang berkualiti, berteknologi
tinggi dan holistik dengan menyediakan
pendidikan dan latihan kemahiran
kepada semua peringkat masyarakat,
menganjur dan menyediakan
pembelajaran sepanjang hayat untuk
menjadikan komuniti berpengetahuan (k-
community), menganjur dan menyediakan
latihan peningkatan kemahiran (up-
skilling), latihan pemantapan kemahiran
(re-skilling), dan latihan sangkutan
(attachment training) untuk keperluan
tenaga kerja setempat, mewujudkan dan
menganjurkan rangkaian strategik dan
pakatan strategik dengan komuniti
setempat dan pemegang taruh
(stakeholder), dan menyediakan
kemudahan, perkhidmatan dan sistem
pembelajaran yang kondusif dan
berkualiti. Jesteru itu, penggunaan
teknologi maklumat yang efisien,
terancang dan bersesuaian dapat
dijadikan sebagai wadah komunikasi
abad ini yang mempercepatkan dan
[5]
mempermudahkan hubungan serta
perolehan maklumat. Keupayaan Kolej
Komuniti dalam menguasai teknologi
maklumat adalah amat diperlukan agar
dapat membantu komuniti setempat
membaiki diri dan tidak ketinggalan
dalam ilmu pengetahuan.
Sehubungan dengan itu, kajian ini
dilaksanakan untuk melihat sejauhmana
keberkesanan penggunaan komputer dan
teknologi maklumat dalam pembelajaran
di kalangan pelajar Kolej Komuniti
Temerloh.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Penggunaan komputer dan teknologi
maklumat boleh memberikan signifikan
terhadap keberkesanan, kecekapan dan
produktiviti di dalam aktiviti yang
dijalankan. Revolusi maklumat yang
berlaku disebabkan oleh kemajuan
komputer, teknologi maklumat dan
komunikasi memberi cabaran baru
kepada pelajar pelbagai bidang
pendidikan. Kemajuan revolusi yang
berlaku ini perlu dimanfaatkan oleh
pelajar untuk mempertingkatkan diri ke
arah generasi celik teknologi maklumat
yang cemerlang.
Melalui kajian ini, faktor-faktor
tertentu mempengaruhi keberkesanan
penggunaan komputer dan teknologi
maklumat dalam pembelajaran di
kalangan pelajar Kolej Komuniti
Temerloh. Antaranya ialah faktor dari
segi aspek pengetahuan, kemahiran dan
teknologi. Aspek pengetahuan lebih
memfokuskan kepada pengetahuan
pelajar tentang cara penggunaan
peralatan, perisian komputer dan
teknologi maklumat. Aspek kemahiran
pula lebih memfokuskan kepada
kemahiran pelajar menggunakan
komputer dalam membuat tugasan atau
laporan dan juga kemahiran pelajar
mencari maklumat atau bahan-bahan
rujukan dengan menggunakan teknologi
maklumat. Dari segi aspek teknologi pula,
lebih memfokuskan kepada kemahiran
pelajar dalam menggunakan teknologi
internet, enjin pencarian, muat turun dan
sebagainya.
Seperti yang kita sedia maklum
pelajar Kolej Komuniti merupakan
kumpulan pelajar tanpa had umur, jantina
[6]
dan bangsa. Program-program yang
ditawarkan di Kolej Komuniti merupakan
program latihan kemahiran yang
berdasarkan kepada proses kerja
sebenar. Pelajar perlu menghasilkan
pelbagai bentuk tugasan atau laporan
yang ditentukan oleh pensyarah
sepanjang pengajian mereka. Pelajar Kolej
Komuniti Temerloh juga tidak terkecuali
menghadapi situasi sebegini. Dalam masa
yang terhad, pelajar perlu menyiapkan
setiap tugasan atau laporan yang
diberikan oleh setiap pensyarah.
Sekiranya para pelajar menggunakan
teknologi komputer, iaitu perisian seperti
‘Microsoft Office’, ‘AutoCad’, ‘Adobe’ dan
sebagainya serta teknologi rangkaian
internet sudah tentu tugasan atau laporan
mereka dapat disiapkan dengan cekap,
pantas dan tepat. Justeru itu, faktor
penggunaan teknologi maklumat dilihat
mampu memainkan peranan yang
penting dalam memastikan keberkesanan
pembelajaran di kalangan pelajar Kolej
Komuniti Temerloh.
Berdasarkan kepada apa yang
dinyatakan di atas maka satu kajian
mengenai keberkesanan penggunaan
komputer dan teknologi maklumat dalam
pembelajaran di kalangan pelajar Kolej
Komuniti Temerloh perlu dijalankan.
Kajian ini perlu dijalankan bagi
memastikan penggunaan komputer dan
teknologi maklumat benar-benar dapat
meningkatkan keberkesanan
pembelajaran pelajar Kolej Komuniti
Temerloh.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan untuk melihat
sejauhmana keberkesanan penggunaan
komputer dan teknologi maklumat dalam
pembelajaran di kalangan pelajar Kolej
Komuniti Temerloh.
Kajian ini dijalankan berdasarkan
objektif-objektif berikut :
1. mengenalpasti penerimaan pelajar
terhadap penggunaan komputer
dalam membuat tugasan/laporan
2. mengenalpasti penerimaan pelajar
terhadap pencarian maklumat untuk
melengkapkan tugasan/laporan
dengan menggunakan teknologi
maklumat.
[7]
1.4 PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan kepada objektif-objektif
kajian, beberapa soalan kajian
dikemukakan bagi mencapai objektif
kajian :
1. Apakah penerimaan pelajar terhadap
penggunaan komputer dalam
membuat tugasan/laporan ?
2. Apakah penerimaan pelajar terhadap
pencarian maklumat untuk
melengkapkan tugasan/laporan
dengan menggunakan teknologi
maklumat ?
1.5 BATASAN KAJIAN / SKOP
KAJIAN
Dalam kajian ini, kajian dibataskan
kepada perkara-perkara tertentu supaya
skop kajian tidak terlalu luas. Batasan-
batasan kajian meliputi tempat kajian dan
sampel kajian yang dipilih. Tempat kajian
yang dilakukan adalah di Kolej Komuniti
Temerloh, Pahang. Kajian ini hanya
terbatas kepada 76 orang pelajar sepenuh
masa dan modular dari Program
Teknologi Maklumat, Penyenggaraan
Bangunan dan Fesyen dan Pakaian sahaja.
Pelajar-pelajar ini dipilih secara rawak
daripada populasi pelajar seramai 252
orang untuk dijadikan sampel kajian. Oleh
itu, jumlah keseluruhan sampel kajian
yang digunakan adalah sebanyak 76
orang responden sahaja.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Setiap kajian yang dijalankan selalunya
mempunyai kepentingan tertentu. Kajian
ini dijalankan bagi mengkaji
keberkesanan penggunaan komputer dan
teknologi maklumat dalam pembelajaran
di kalangan pelajar Kolej Komuniti
Temerloh. Dalam kajian ini, faktor yang
dikaji adalah meliputi aspek pengetahuan,
kemahiran dan teknologi. Aspek-aspek ini
dianggap sebagai tunjang utama bagi
mengukur sejauh mana keberkesanan
penggunaan komputer dan teknologi
maklumat dalam pembelajaran di
kalangan pelajar Kolej Komuniti
Temerloh dapat ditingkatkan.
Justeru itu, dapatan akhir kajian ini
diharap dapat memberi maklumat kepada
institusi mengenai tahap penerimaan
pelajar yang terdiri daripada pelbagai
bidang program di Kolej Komuniti
[8]
Temerloh terhadap penggunaan
komputer dan teknologi maklumat dalam
pembelajaran pelajar agar dapat sama-
sama memperbaiki kelemahan dan
mempertingkatkan lagi kecekapan yang
ada bagi mempersiapkan diri pelajar yang
bakal menempuh alam pekerjaan yang
lebih mencabar pada masa hadapan.
Dapatan kajian yang dijalankan ini
juga diharap dapat memberi manfaat
kepada institusi untuk menilai
keberkesanan penggunaan komputer dan
teknologi maklumat dalam meningkatkan
kualiti pembelajaran pelajar bagi
mengoptimumkan penggunaan komputer
dan teknologi maklumat seperti yang
diharapkan oleh semua pihak.
Dapatan kajian ini diharapkan
dapat memberi gambaran yang jelas dan
dijadikan garis panduan yang berguna
kepada semua pihak untuk meningkatkan
lagi prestasi pengajaran dan
pembelajaran dengan berbekalkan
kemudahan dan kecanggihan teknologi
yang ada bagi memastikan tahap
keberkesanan dan kompetensi dapat
dipertingkatkan lagi dari semasa ke
semasa bagi manfaat pada masa akan
datang.
BAB 2 : KAJIAN LITERATUR
Perkembangan komputer dan teknologi
maklumat yang pesat telah merubah
corak pendidikan masa kini dengan
penggunaan teknologi maklumat sebagai
alat bantuan mengajar dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Dalam konteks
pengajaran, komputer dan teknologi
maklumat digunakan sebagai tutor dan
alat demonstrasi. Dalam konteks
pembelajaran pula, penggunaan
komputer dan teknologi maklumat boleh
dikategorikan sebagai tutorial,
penerokaan, aplikasi dan komunikasi.
Implementasi teknologi maklumat untuk
meningkatkan P&P secara
keseluruhannya telah menunjukkan
banyak cabaran yang perlu dihadapi dan
ditangani. Persaingan masyarakat dunia
yang lebih hebat pada abad ke-21 dan
perubahan ke arah masyarakat
bermaklumat menimbulkan cabaran baru
kepada institusi pendidikan. Untuk
mencapai matlamat Wawasan 2020 dan
mewujudkan masyarakat bermaklumat,
[9]
maka inisiatif untuk mengintegrasikan
penggunaan komputer dan teknologi
maklumat dalam P&P adalah perlu.
Perkembangan komputer dan
teknologi maklumat menjanjikan potensi
besar, terutamanya dalam bidang
pendidikan. Perkembangan ini dapat
mengubah cara seseorang belajar, cara
seseorang memperoleh maklumat, cara
menyesuaikan setiap maklumat, dan
sebagainya. Menurut Aszoura (2007),
kaedah pembelajaran berbantukan
komputer dapat memenuhi keperluan
dan kebolehan pembelajaran individu.
Pelajar boleh mengawal kadar dan urutan
proses pembelajaran masing-masing dan
jesteru itu dapat menyelamatkan masa
pembelajaran berbanding dengan
pengajaran secara biasa di dalam bilik
kuliah. Kemudahan yang diberikan oleh
komputer dan teknologi maklumat akan
menjadi sebahagian daripada proses P&P
di institusi pendidikan, sebagaimana
ianya akan menjadi sebahagian daripada
kaedah pengalaman pembelajaran yang
baru dan inovatif di luar institusi
pendidikan.
Keupayaan komputer dan
teknologi maklumat melaksanakan kerja-
kerja pembelajaran dengan baik
merupakan tarikan utama pelajar
terhadap penggunaannya. Kebolehan
perisian dalam membantu pelajar untuk
melaksanakan tugasan atau laporan
dengan cepat dan senang dapat
mendorong pelajar melaksanakan
tugasan atau laporan mereka dengan
lebih baik.
Malangnya, terdapat juga pelajar
yang memilih tidak menggunakan atau
kurang menggunakan komputer dan
teknologi maklumat dalam pembelajaran
mereka. Menurut Selwyn (2003), dalam
kajiannya menunjukkan salah satu sebab
halangan perlaksanaan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi yang
menyebabkan pelajar menolak diri
daripada teknologi komputer ialah
pelajar tersebut kurang berkemahiran
dan pengetahuan menggunakan sesuatu
teknologi. Menurut Normala, Zaliha &
Mohamad (2005), dalam kajiannya
menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang
tamat pengajian mereka tanpa mendapat
pendedahan yang sewajarnya terhadap
komputer boleh dianggap sebagai masih
belum mengalami proses pendidikan
yang sempurna. Buta komputer perlu
dibasmi dengan segera sebagaimana
[10]
usaha kerajaan membasmi buta huruf
suatu ketika dahulu.
Menurut Baharom (2011), dalam
kajiannya dapat dirumuskan di sini
bahawa strategi pengajaran merupakan
antara faktor dalam menentukan
kecemerlangan pelajar, kerana peranan
guru amat penting dalam menentukan
keberkesanan penggunaan komputer.
Oleh itu, pihak institusi berperanan
penting dalam menyediakan kemudahan
komputer dan teknologi maklumat di
institusi untuk kegunaan semua pelajar.
Penggunaan komputer dan teknologi
maklumat di insitusi pengajian tinggi
boleh dianggap lebik baik berbanding di
sekolah ataupun di rumah kerana adanya
faktor persekitaran yang membantu
menarik minat pelajar seperti pengaruh
rakan sebaya, pengaruh media dan
sebagainya. Pelajar dapat melihat bahawa
kemahiran menggunakan komputer dan
teknologi maklumat adalah satu budaya
hidup yang baru. Antara kesan yang
positif dari kaedah pembelajaran ini ialah
penjimatan masa, lokasi dan kos, capaian
maklumat yang tidak terhad serta
mempunyai potensi tinggi untuk
meningkatkan bilangan pelajar
menggunakan komputer dan teknologi
maklumat. Untuk membudayakan
penggunaan komputer dan teknologi
maklumat, adalah mustahak bagi mereka
untuk diberi galakan dan pengukuhan
pengetahuan dan pendedahan kepada
komputer dan teknologi maklumat.
Penggunaan komputer dan
teknologi maklumat sebagai keperluan
P&P telahpun berkembang meluas,
terutamanya di negara-negara maju. Ini
merupakan fakta yang menunjukkan
bahawa kekerapan penggunaan komputer
dan teknologi maklumat dapat
menggalakkan tenaga pengajar dan
pelajar menyelenggara dan mengasah
kemahiran mereka dengan lebih
mendalam agar proses P&P menjadi lebih
efektif.
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 REKABENTUK KAJIAN
Kaedah kajian yang dijalankan ini adalah
berbentuk deskriptif dengan
menggunakan soal selidik. Rekabentuk
kajian deskriptif adalah satu kaedah
kuantitatif dan sesuai digunakan untuk
[11]
mendapatkan maklumbalas penerimaan
pelajar dalam menggunakan komputer
dan teknologi maklumat. Menurut Ary et
al. (dalam Sidek, 2005), kajian deskriptif
bertujuan untuk menentukan keadaan
sebenar yang berlaku semasa sesuatu
kajian itu dilaksanakan. Soal selidik
dibina dan diedarkan kepada responden
untuk mengumpul maklumat mengenai
keberkesanan penggunaan komputer dan
teknologi maklumat dalam pembelajaran
di kalangan pelajar Kolej Komuniti
Temerloh.
3.2 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran untuk kajian ini adalah
terdiri daripada 76 orang pelajar sepenuh
masa dan modular dari Program
Teknologi Maklumat, Penyenggaraan
Bangunan dan Fesyen dan Pakaian di
Kolej Komuniti Temerloh.
3.3 INSTRUMEN
Instrumen yang digunakan dalam kajian
ini ialah borang soal selidik yang
diedarkan kepada responden. Untuk
memenuhi objektif kajian ini, satu set
borang soal selidik telah disediakan.
Borang soal selidik ini terdiri daripada 3
bahagian, iaitu :
Bahagian A : Latar Belakang Sampel
Kajian
Bahagian B : Penerimaan Pelajar
Terhadap Penggunaan Komputer
Dalam Membuat Tugasan/Laporan
Bahagian C : Penerimaan Pelajar
Terhadap Pencarian Maklumat Untuk
Melengkapkan Tugasan/Laporan Dengan
Menggunakan Teknologi Maklumat
3.4 PROSEDUR
Sampel kajian dikenalpasti dan Borang
Soal Selidik diedarkan untuk dijawab oleh
76 orang pelajar sepenuh masa dan
modular Kolej Komuniti Temerloh
mengikut program yang ditawarkan iaitu
26 orang pelajar program Teknologi
Maklumat, 25 orang pelajar program
Penyenggaraan Bangunan, dan 25 orang
pelajar Fesyen dan Pakaian.
[12]
BAB 4 : ANALISIS DATA
4.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan mengenai hasil
analisis data yang diperolehi daripada
soal selidik. Secara keseluruhan pengkaji
telah memilih 76 orang pelajar dalam
menjayakan kajian ini. Analisis data
dibuat dengan menggunakan perisian MS
Excel. Analisis data dihuraikan mengikut
persoalan kajian. Tumpuan bab ini adalah
menjurus kepada:
i. Latar belakang responden
ii. Dapatan kajian
4.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN
Seramai 76 orang responden yang terlibat
dalam kajian ini, mereka terdiri daripada
pelajar Kolej Komuniti Temerloh bagi
Program Teknologi Maklumat, Program
Penyenggaraan Bangunan dan Program
Fesyen dan Pakaian. Jadual 4.1
menunjukkan latar belakang responden
yang menjawab soal selidik. Manakala
jadual 4.2 pula menunjukkan kemahiran
responden menggunakan beberapa jenis
perisian.
Jadual 4.1: Latar Belakang Responden
Program
Jantina Bangsa Umur
L P Melayu India Cina Lain-
lain
18-20
tahun
21-23
tahun
24-26
tahun
27
tahun
dan ke
atas
Teknologi
Maklumat 15 11 16 9 1 0 20 5 0 1
Penyenggaraa
n Bangunan 25 0 23 1 0 1 13 3 1 8
Fesyen dan
Pakaian 0 25 25 0 0 0 21 1 2 1
[13]
Jadual 4.1 menunjukkan bahawa
seramai 40 orang (52.6%) adalah
responden lelaki, manakala seramai 36
orang (47.4%) adalah responden
perempuan. Responden berketurunan
Melayu merupakan jumlah responden
yang paling ramai iaitu 64 orang (84.2%),
diikuti responden berketurunan India
seramai 10 orang (13.2%), keturunan
Cina seorang (1.3%) dan keturunan lain
seramai seorang (1.3%). Dari aspek umur
responden, dapatan menunjukkan
bahawa responden berumur antara 18
hingga 20 tahun merupakan jumlah
responden yang paling ramai iaitu 54
orang (71.1%), responden berumur
antara 21 hingga 23 tahun seramai
sembilan orang (11.8%), responden
berumur antara 24 hingga 26 tahun
seramai tiga orang (3.9%), dan responden
berumur 27 tahun dan ke atas seramai 10
orang (13.2%).
Rajah 4.1 : Graf menunjukkan taburan responden mengikut program
[14]
Rajah 4.2 : Graf menunjukkan taburan responden mengikut bangsa
Rajah 4.3 : Graf menunjukkan taburan responden mengikut umur
[15]
Jadual 4.2 : Jadual Kemahiran Responden Menggunakan Beberapa Jenis Perisian
Bilangan perisian yang mahir
digunakan oleh responden
Bilangan Responden (orang)
Program
Teknologi
Maklumat
Program
Penyenggaraan
Bangunan
Program
Fesyen dan
Pakaian
1-2 10 19 20
3-4 9 6 5
5-6 7 0 0
Kemahiran responden
menggunakan beberapa jenis perisian
dilihat berdasarkan kemahiran
responden menggunakan perisian
seperti Ms Office (Word, Excel dan
Powerpoint), pangkalan data, Adobe,
internet, emel dan Autocad. Dapatannya
adalah seperti yang disenaraikan dalam
Jadual 4.2. Hasil dapatan menunjukkan
bahawa responden dari Program
Teknologi Maklumat yang mahir
menggunakan satu hingga dua jenis
perisian seramai 10 orang (38.5%), tiga
hingga empat jenis perisian seramai
sembilan orang (34.6%) dan lima hingga
enam perisian seramai tujuh orang
(26.9%). Responden dari Program
Penyenggaraan Bangunan pula yang
mahir menggunakan satu hingga dua jenis
perisian seramai 19 orang (76%), tiga
hingga empat jenis perisian seramai enam
orang (24%) dan tiada responden yang
mahir menggunakan lima hingga enam
perisian. Manakala, responden dari
Program Fesyen dan Pakaian pula yang
mahir menggunakan satu hingga dua jenis
perisian seramai 20 orang (80%), tiga
hingga empat jenis perisian seramai lima
orang (20%) dan tiada responden yang
mahir menggunakan lima hingga enam
perisian.
[16]
Rajah 4.4 : Graf menunjukkan kemahiran responden menggunakan beberapa jenis perisian
4.3 DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini, hasil dapatan
dianalisis mengikut persoalan kajian.
Terdapat 10 item pada Bahagian B soal
selidik yang akan menjawab persoalan
kajian yang pertama. Hasil dapatan
analisis Bahagian B dapat dilihat seperti
dalam Jadual 4.3.
Bagi item pertama seramai 74
orang responden bersetuju mengatakan
penggunaan komputer memudahkan
mereka menyiapkan laporan ataupun
tugasan. Sementara itu, seramai 71 orang
responden bersetuju bagi item kedua
iaitu mereka boleh menghasilkan
tugasan atau laporan mengikut format
yang baik dengan bantuan komputer dan
juga item keempat iaitu kerja
penyuntingan dan pengemaskinian
tugasan atau laporan menjadi lebih
mudah dengan penggunaan komputer.
Bagi item yang ketiga pula seramai 72
orang responden bersetuju penggunaan
komputer boleh mempercepatkan dan
meningkatkan keberkesanan hasil kerja
dalam menghasilkan tugasan atau
laporan.
[17]
Bagi item yang kelima, hanya 47
orang bersetuju mengatakan bahawa
mereka merancang, merangka dan
membuat draf tugasan atau laporan
dengan menggunakan komputer.
Manakala 41 orang responden kurang
setuju dengan pernyataan “Idea menulis
atau mengarang datang mencurah-curah
ketika mereka menggunakan komputer”.
Namun begitu, seramai 45 orang
responden mengatakan mereka mampu
menaip terus tugasan atau laporan pada
komputer tanpa perlu mengarang pada
kertas. Bagi item ke lapan pula, seramai
41 orang responden kurang setuju
dengan penyataan “Saya berasa malas
untuk menulis tugasan atau laporan
sekiranya tidak ada komputer”.
Hanya 46 orang responden
mengatakan kurang setuju dengan
pernyataan “Saya tidak lagi mengarang
menggunakan pen selepas mengenali atau
menggunakan komputer”. Bagi item yang
terakhir dengan pernyataan “Saya tidak
boleh menulis atau membuat tugasan
atau laporan tanpa komputer”, 55 orang
responden kurang setuju dengan
pernyataan tersebut. Jadual 4.3
menunjukkan jumlah keseluruhan
responden berdasarkan pernyataan.
[18]
Jadual 4.3: Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Melaksanakan Tugasan/Laporan
BIL PERNYATAAN SETUJU KURANG SETUJU TIDAK SETUJU
STM SBM SFP STM SBM SFP STM SBM SFP
1 Penggunaan komputer memudahkan saya membuat tugasan/laporan.
26 25 23 0 0 1 0 0 1
2 Saya boleh menghasilkan tugasan/laporan mengikut format yang baik dengan bantuan komputer.
25 23 23 1 2 1 0 0 1
3 Penggunaan komputer mempercepatkan dan meningkatkan keberkesanan hasil kerja saya dalam menghasilkan tugasan/laporan.
25 24 23 1 1 2 0 0 0
4 Kerja penyuntingan dan pengemaskinian tugasan/laporan menjadi lebih mudah dengan penggunaan komputer.
25 24 22 1 1 3 0 0 0
5 Saya merancang, merangka, dan membuat draf tugasan/laporan dengan menggunakan komputer.
17 22 8 9 3 15 0 0 2
6 Idea menulis dan mengarang datang mencurah-curah ketika saya menggunakan komputer.
12 10 9 14 13 14 0 2 2
7 Saya mampu menaip terus tugasan/laporan pada komputer tanpa perlu mengarang pada kertas.
15 17 13 11 8 10 0 0 2
8 Saya berasa malas untuk menulis tugasan/laporan sekiranya tidak ada komputer.
7 7 10 15 14 12 4 4 3
9 Saya tidak lagi mengarang menggunakan pen selepas mengenali / menggunakan komputer.
6 10 7 19 14 13 1 1 5
10 Saya tidak boleh menulis atau membuat tugasan/laporan tanpa menggunakan komputer.
7 4 3 16 20 19 3 1 3
[19]
Item pada Bahagian C pula
menjawab persoalan kajian yang kedua.
Terdapat 10 item pada Bahagian C soal
selidik. Hasil dapatan analisis Bahagian C
dapat dilihat seperti dalam Jadual 4.4.
Bagi item yang pertama seramai
73 orang responden bersetuju dengan
pernyataan “Kerja mencari bahan tugasan
atau laporan amat mudah dan pantas
dengan menggunakan komputer”.
Manakala seramai 70 orang responden
bersetuju dengan pernyataan
pengetahuan mereka mengenai cara-cara
mencari maklumat melalui internet
bertambah baik. Bagi item yang ketiga
dan keempat, seramai 66 orang
responden bersetuju dengan pernyataan
“Saya selalu mencari bahan untuk tugasan
atau laporan secara online” dan
pernyataan “Saya menggunakan internet
untuk mencari artikel, jurnal yang
berkaitan dengan tugasan atau laporan”.
Bagi item yang kelima iaitu pernyataan
“Bahan atau maklumat yang saya
perlukan untuk tugasan atau laporan
biasanya mudah didapati secara online”,
seramai 49 orang responden bersetuju.
Manakala bagi item keenam, seramai 38
orang responden bersetuju dengan
pernyataan “Saya masih suka mencari
bahan bercetak di perpustakaan”.
Hanya 41 orang responden kurang
setuju dengan pernyataan “Saya
menghabiskan masa yang banyak
mencari bahan tugasan atau laporan
secara online, namun hasilnya selalu
menghampakan saya”. Bagi pernyataan
“Saya tidak lagi melakukan pencarian
bahan tugasan atau laporan di
perpustakaan secara manual”, seramai 44
orang responden menyatakan kurang
setuju. Hasil kajian juga
menunjukkan terdapat 39 orang
responden yang kurang setuju dengan
pernyataan “Saya tidak tahu
menggunakan enjin carian secara
berkesan”. Manakala seramai 43 orang
responden kurang setuju dengan
pernyataan “Saya tidak mahir mencari
bahan secara online”. Jadual 4.4 di bawah
menunjukkan jumlah keseluruhan
responden berdasarkan pernyataan.
[20]
Jadual 4.4 : Penerimaan Pelajar Terhadap Pencarian Maklumat Dalam Melengkapkan Tugasan/Laporan Dengan Menggunakan
Teknologi Maklumat
BIL PERNYATAAN SETUJU KURANG SETUJU TIDAK SETUJU
STM SBM SFP STM SBM SFP STM SBM SFP
1 Kerja mencari bahan tugasan/laporan amat mudah dan pantas dengan menggunakan komputer
25 25 23 1 0 1 0 0 1
2 Pengetahuan saya mengenai cara- cara mencari maklumat melalui internet bertambah baik.
24 23 23 2 2 1 0 0 1
3 Saya selalu mencari bahan untuk tugasan/laporan secara online.
21 22 23 5 3 2 0 0 0
4 Saya menggunakan internet untuk mencari artikel, jurnal yang berkaitan dengan tugasan/laporan.
22 22 22 4 3 3 0 0 0
5 Bahan / maklumat yang saya perlukan untuk tugasan/laporan biasanya mudah didapati secara online.
19 22 8 7 3 15 0 0 2
6 Saya masih suka mencari bahan bercetak di perpustakaan.
12 17 9 12 8 14 2 0 2
7 Saya menghabiskan masa yang banyak mencari bahan tugasan/laporan secara online, namun hasilnya selalu menghampakan saya.
8 7 13 16 15 10 2 3 2
8 Saya tidak lagi melakukan pencarian bahan tugasan/laporan di perpustakaan secara manual.
7 5 10 15 17 12 4 3 3
9 Saya tidak tahu menggunakan enjin carian secara berkesan.
2 11 7 15 11 13 9 3 5
10 Saya tidak mahir mencari bahan secara online. 2 8 3 12 12 19 12 5 3
[21]
BAB 5 : KEPUTUSAN DAN
PERBINCANGAN
Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau
tahap penggunaan komputer dan
teknologi maklumat dalam pembelajaran
di kalangan pelajar Kolej Komuniti
Temerloh. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa kebanyakan pelajar mahir dalam
menggunakan antara satu hingga dua
jenis perisian dalam pembelajaran.
Antara perisian yang biasa digunakan
oleh pelajar Kolej Komuniti Temerloh
ialah perisian seperti “Ms Office (Word,
Excel dan Powerpoint)”, “pangkalan data”,
“Adobe”, “internet”, “emel” dan “Autocad”.
Secara keseluruhan, penerimaan
pelajar terhadap penggunaan komputer
dalam melaksanakan tugasan atau
laporan adalah sangat baik. Pelajar
mengatakan penggunaan komputer
memudahkan mereka menyiapkan
laporan ataupun tugasan. Pelajar juga
mampu menghasilkan tugasan atau
laporan mengikut format yang baik
dengan bantuan komputer dan mampu
melaksanakan kerja penyuntingan dan
pengemaskinian tugasan atau laporan
dengan mudah. Penggunaan komputer
mampu mempercepatkan dan
meningkatkan keberkesanan hasil kerja
pelajar dalam menghasilkan tugasan
atau laporan. Pelajar juga mengatakan
bahawa mereka mampu merancang,
merangka dan membuat draf tugasan
atau laporan dengan menggunakan
komputer. Pelajar juga mampu menaip
terus tugasan atau laporan pada
komputer tanpa perlu mengarang pada
kertas.
Penerimaan pelajar terhadap
pencarian maklumat dalam
melengkapkan tugasan atau laporan
dengan menggunakan teknologi
maklumat juga amat baik. Pelajar
mengatakan bahawa kerja mencari bahan
tugasan atau laporan amat mudah dan
pantas dengan menggunakan komputer.
Pengetahuan pelajar mengenai cara-cara
mencari maklumat melalui internet juga
bertambah baik. Kebanyakan pelajar
gemar mencari bahan seperti artikel atau
jurnal yang berkaitan untuk tugasan atau
laporan dengan menggunakan internet.
Pelajar berpendapat bahawa bahan atau
maklumat yang diperlukan untuk tugasan
atau laporan mudah didapati secara
dalam talian. Walaubagaimanapun,
[22]
terdapat segelintir pelajar masih suka
mencari bahan bercetak di perpustakaan.
Hasil dapatan ini disokong
daripada kajian Melvina dan Jamaludin
(2010) yang mengatakan proses
pengajaran dan pembelajaran dapat
dipertingkatkan mutunya dan
dipelbagaikan penyampaian dan
penerimaannya melalui beberapa teknik
seperti berbantukan komputer dan
perisian, melalui sistem rangkaian,
perisian dan pangkalan data atau melalui
sistem internet. Daripada kajian ini dapat
dirumuskan bahawa keberkesanan
penggunaan komputer dan teknologi
maklumat dalam pembelajaran di
kalangan pelajar Kolej Komuniti
Temerloh amat memuaskan. Penerimaan
pelajar terhadap penggunaan komputer
dan pencarian maklumat dengan
menggunakan teknologi maklumat amat
diterima baik oleh pelajar.
PENUTUP
Penggunaan komputer dan teknologi
maklumat dalam bidang pendidikan
bukanlah sesuatu yang baru. Malahan ia
bukan hanya mampu membantu tugas-
tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi
berpotensi sebagai alat untuk
mengayakan lagi persekitaran pengajaran
dan pembelajaran. Transformasi ini telah
mengubah anjakan paradikma pengajar
dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam pendidikan negara
khususnya dalam meningkatkan minat
pelajar, meningkatkan kreativiti dan
pengetahuan pelajar melalui penggunaan
komputer dan teknologi maklumat.
Justeru itu kepesatan penggunaan
komputer dan teknologi maklumat ini
perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh
pendidik dan pelajar demi
memartabatkan lagi pendidikan ke arah
kecemerlangan pendidikan negara.
BIBLIOGRAFI
http://www.utusan.com.my/utusan/info.
asp?y=2002&dt=0416&pub=utusan_mala
ysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm&arc=h
ive: Dilayari pada 4 Julai 2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.
asp?y=2001&dt=0101&pub=utusan_mala
[23]
ysia&sec=Rencana&pg=ot_06.htm&arc=hi
ve: Dilayari pada 4 Julai 2011
Aszoura Muhamed Salleh (2007).
“Keberkesanan Kaedah Pembelajaran
Berbantukan Komputer (Penggunaan
Perisian Powerpoint Interaktif) Terhadap
Peningkatan Penguasaan Konsep Sains
Dalam Tajuk Sel Untuk Sains Tingkatan
Satu”. Universiti Terbuka Malaysia.
Baharom (2011). “Teknologi Komunikasi
Dan Maklumat Dalam Program
Pendidikan Khas Aliran Teknik Dan
Vokasional di Malaysia”. Universiti
Malaysia Sabah.
Melvina & Jamaludin (2010). “Sikap Guru
Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
(ICT) Dalam Pengajaran di Sekolah-
Sekolah Rendah Di Bintulu, Sarawak”.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud &
Faizah Ahmad (2002). “Aplikasi Teknologi
Maklumat Dalam Penulisan Ilmiah :
Tinjauan Dari Aspek Kemahiran Dan
Persepsi Pelajar”. Universiti Utara
Malaysia.
Normala, Zaliha & Mohamad (2005).
“Tahap Literasi Komputer Pelajar Sekolah
Menengah di Kedah”. Kedah : UiTM
Kampus Sg. Petani.
Selwyn (2003). “Understanding Students’
(Non)Use Of Information And
Communications Technology In
University”. Cardiff University School of
Social Sciences.