Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan...

23
[1] KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH Oleh : Melati Binti Sabtu Saliza Binti Abdul Razak Kolej Komuniti Temerloh 2011 ABSTRAK Dalam era globalisasi hari ini kita tidak dapat lari dari perkembangan teknologi komputer dan maklumat. Penggunaan teknologi ini telah berkembang dengan pesat dalam sistem pendidikan negara samada di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pembelajaran di kalangan pelajar mempunyai banyak kelebihan dan impaknya. Kemampuan pelajar menguasai kedua-dua aspek ini sangat membantu dalam menjayakan sesi pembelajaran yang lebih mudah dan menarik. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesan penggunaan komputer dan teknologi maklumat di kalangan pelajar. Skop kajian dijalankan di Kolej Komuniti Temerloh dengan bilangan sampel yang dipilih secara rawak seramai 76 orang. Kajian melibatkan tiga program iaitu; Program Teknologi Maklumat, Program Fesyen dan Pakaian dan Program Penyenggaraan Bangunan. Data dikumpul dengan menggunakan set soal selidik. Hasil kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer dalam melaksanakan tugasan atau laporan adalah sangat baik. Seterusnya dapatan kajian juga menunjukkan penerimaan pelajar terhadap pencarian maklumat dalam melengkapkan tugasan atau laporan dengan menggunakan teknologi maklumat juga amat baik. Pelajar mengatakan bahawa kerja mencari bahan tugasan atau laporan amat mudah dan pantas dengan menggunakan komputer. Walau bagaimanapun masih terdapat sebilangan kecil yang tidak tahu menggunakan enjin carian secara berkesan dan tidak mahir mencari bahan secara atas talian.

description

Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pembelajaran di kalangan pelajar mempunyai banyak kelebihan dan impaknya. Kemampuan pelajar menguasai kedua-dua aspek ini sangat membantu dalam menjayakan sesi pembelajaran yang lebih mudah dan menarik. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesan penggunaan komputer dan teknologi maklumat di kalangan pelajar.

Transcript of Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan...

Page 1: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[1]

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

DALAM PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

Oleh :

Melati Binti Sabtu

Saliza Binti Abdul Razak

Kolej Komuniti Temerloh

2011

ABSTRAK

Dalam era globalisasi hari ini kita tidak dapat lari dari perkembangan teknologi komputer

dan maklumat. Penggunaan teknologi ini telah berkembang dengan pesat dalam sistem

pendidikan negara samada di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian

tinggi. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pembelajaran di

kalangan pelajar mempunyai banyak kelebihan dan impaknya. Kemampuan pelajar

menguasai kedua-dua aspek ini sangat membantu dalam menjayakan sesi pembelajaran yang

lebih mudah dan menarik. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesan

penggunaan komputer dan teknologi maklumat di kalangan pelajar. Skop kajian dijalankan

di Kolej Komuniti Temerloh dengan bilangan sampel yang dipilih secara rawak seramai 76

orang. Kajian melibatkan tiga program iaitu; Program Teknologi Maklumat, Program Fesyen

dan Pakaian dan Program Penyenggaraan Bangunan. Data dikumpul dengan menggunakan

set soal selidik. Hasil kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap penggunaan

komputer dalam melaksanakan tugasan atau laporan adalah sangat baik. Seterusnya

dapatan kajian juga menunjukkan penerimaan pelajar terhadap pencarian maklumat dalam

melengkapkan tugasan atau laporan dengan menggunakan teknologi maklumat juga amat

baik. Pelajar mengatakan bahawa kerja mencari bahan tugasan atau laporan amat mudah

dan pantas dengan menggunakan komputer. Walau bagaimanapun masih terdapat

sebilangan kecil yang tidak tahu menggunakan enjin carian secara berkesan dan tidak mahir

mencari bahan secara atas talian.

Page 2: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[2]

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Revolusi komputer, dari komputer

desktop ke komputer telapak, komputer

baru sentiasa dijual setiap saat di serata

dunia. Komputer merupakan alat

elektronik yg menyimpan, menganalisis

dan mengeluarkan maklumat

sebagaimana yang dikehendaki atau yang

diarahkan. Komputer dapat menyimpan

maklumat, mengubah imej, mereka

bentuk objek dan sebagai alat bermain

permainan komputer. Dengan

menggunakan aturcara multimedia,

pengguna boleh berinteraksi dengan

perkataan, imej dan bunyi, yang boleh

mengubah cara belajar.

Teknologi maklumat boleh

ditakrifkan sebagai kaedah yang

digunakan untuk memindah, menyebar

dan memapar maklumat. Perkembangan

dalam teknologi maklumat kini dilihat

semakin gah berkembang sejajar dengan

perkembangan arus pemodenan dunia

globalisasi. Ledakan teknologi ini telah

membawa banyak perubahan kepada

pelbagai golongan masyarakat di seluruh

dunia bagi membolehkan mereka

bersaing di peringkat global.

Pada zaman bermaklumat dan

berteknologi ini, maklumat itu dianggap

kuasa dan komoditi yang berharga yang

boleh mengubah senario kehidupan

dunia. Boleh dikatakan maklumat

diperlukan oleh manusia seperti mereka

perlukan wang malah tidak dapat

disangkal lagi bahawa manusia tidak

selesa hidup tanpa wang seperti manusia

tidak dapat meneruskan kehidupan tanpa

maklumat (Utusan, 2001). Kini, teknologi

maklumat amat penting dalam usaha

kerajaan untuk menjadikan Malaysia

negara maju pada tahun 2020.

Di Malaysia perkembangan

komputer dan teknologi maklumat di

kalangan masyarakat dilihat suatu yang

positif di mana ia telah menggalakkan

semua lapisan masyarakat melengkapkan

diri dengan ilmu teknologi maklumat.

Namun terdapat segelintir golongan

memandang remeh terhadap

perkembangan komputer dan teknologi

maklumat kerana mereka beranggapan

penggunaan komputer dan teknologi

maklumat tidak penting dalam kehidupan

Page 3: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[3]

seharian. Dr. Rahmah Hashim (Utusan,

2002), berpendapat kejayaan atau

kegagalan memasyarakatkan ICT banyak

bergantung kepada kefahaman,

keyakinan dan kesungguhan, serta

komitmen semua pihak tidak kira anggota

masyarakat, sektor awam mahupun

swasta. Oleh itu, pelbagai langkah telah

dilaksanakan oleh kerajaan seperti

membenarkan wang KWSP dikeluarkan

untuk membeli komputer dan Kempen

Satu Rumah Satu Komputer dalam usaha

untuk memastikan masyarakat Malaysia

tidak ketinggalan dalam arus teknologi

yang serba canggih.

Revolusi komputer dan teknologi

maklumat pada masa kini telah

digunakan secara global dan revolusi ini

telah meresap ke semua sektor dalam

kehidupan masyarakat. Pengenalan

kepada komputer dan teknologi

maklumat telah membawa kepada sikap

yang positif di kalangan pelajar. Ini

kerana komputer dan teknologi

maklumat menyediakan peluang yang

luas dalam aktiviti pembelajaran

berbanding dengan kaedah tradisional.

Kemudahan internet, hipermedia dan

multimedia telah memudahkan

pendekatan dan kaedah belajar yang

tidak mungkin dapat dilaksanakan

sekiranya menggunakan kaedah

tradisional. Komputer dan teknologi

maklumat menyediakan kaedah dengan

memberi penekanan kepada penciptaan

dan penerokaan ilmu secara aktif selain

daripada menerima ilmu secara sehala

sahaja.

Keberkesanan komputer dan

teknologi maklumat dalam pengajaran

dan pembelajaran (P&P) dapat dilihat

seawal peringkat pra-sekolah, sekolah

rendah, sekolah menengah sehingga ke

institusi pengajian tinggi. Kementerian

Pelajaran Malaysia telah mengambil

langkah awal dengan memperkenalkan

pelbagai program dalam usaha untuk

memperkenalkan dan mendedahkan

penggunaan komputer dan teknologi

maklumat di kalangan generasi muda

yang diharap dapat menjadi generasi

celik teknologi maklumat yang cemerlang.

Antara program tersebut seperti ‘my-

Schoolnet’, ‘portal my-GFL’ (Malaysian

Great For Learning) dan ‘portal

Eduwebtv’. Usaha-usaha kerajaan ini

dapat dibuktikan dengan petikan kata-

Page 4: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[4]

kata dari Datuk Seri Hishammuddin Tun

Hussein :

”Kementerian ini sentiasa mencari jalan

terbaik bagi menyahut hasrat kerajaan

untuk memajukan bidang teknologi

komunikasi dan maklumat (ICT) dalam

pendidikan”

Institusi pengajian tinggi juga

dilihat banyak mengaplikasikan

penggunaan komputer dan teknologi

maklumat dalam P&P. Komputer dan

teknologi maklumat memainkan peranan

yang penting sebagai alat bantuan

mengajar yang serba canggih dan lebih

berkesan daripada pendekatan ‘Paper &

Chalk’. Kementerian Pengajian Tinggi

telah mengambil langkah mempergiatkan

penggunaan komputer dan teknologi

maklumat bagi semua kursus di IPT

seperti pembelajaran jarak jauh, e-

pembelajaran, pembangunan perisian

kursus serta penilaian kursus secara

dalam talian.

Kolej Komuniti Kementerian

Pengajian Tinggi merupakan salah satu

institusi yang menyediakan keperluan

latihan dan kemahiran kepada semua

peringkat umur dan memberi peluang

pendidikan kepada lepasan menengah

sebelum ke pasaran tenaga kerja atau

melanjutkan pendidikan ke peringkat

lebih tinggi. Objektif penubuhan Kolej

Komuniti adalah untuk menyediakan

pendidikan yang berkualiti, berteknologi

tinggi dan holistik dengan menyediakan

pendidikan dan latihan kemahiran

kepada semua peringkat masyarakat,

menganjur dan menyediakan

pembelajaran sepanjang hayat untuk

menjadikan komuniti berpengetahuan (k-

community), menganjur dan menyediakan

latihan peningkatan kemahiran (up-

skilling), latihan pemantapan kemahiran

(re-skilling), dan latihan sangkutan

(attachment training) untuk keperluan

tenaga kerja setempat, mewujudkan dan

menganjurkan rangkaian strategik dan

pakatan strategik dengan komuniti

setempat dan pemegang taruh

(stakeholder), dan menyediakan

kemudahan, perkhidmatan dan sistem

pembelajaran yang kondusif dan

berkualiti. Jesteru itu, penggunaan

teknologi maklumat yang efisien,

terancang dan bersesuaian dapat

dijadikan sebagai wadah komunikasi

abad ini yang mempercepatkan dan

Page 5: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[5]

mempermudahkan hubungan serta

perolehan maklumat. Keupayaan Kolej

Komuniti dalam menguasai teknologi

maklumat adalah amat diperlukan agar

dapat membantu komuniti setempat

membaiki diri dan tidak ketinggalan

dalam ilmu pengetahuan.

Sehubungan dengan itu, kajian ini

dilaksanakan untuk melihat sejauhmana

keberkesanan penggunaan komputer dan

teknologi maklumat dalam pembelajaran

di kalangan pelajar Kolej Komuniti

Temerloh.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Penggunaan komputer dan teknologi

maklumat boleh memberikan signifikan

terhadap keberkesanan, kecekapan dan

produktiviti di dalam aktiviti yang

dijalankan. Revolusi maklumat yang

berlaku disebabkan oleh kemajuan

komputer, teknologi maklumat dan

komunikasi memberi cabaran baru

kepada pelajar pelbagai bidang

pendidikan. Kemajuan revolusi yang

berlaku ini perlu dimanfaatkan oleh

pelajar untuk mempertingkatkan diri ke

arah generasi celik teknologi maklumat

yang cemerlang.

Melalui kajian ini, faktor-faktor

tertentu mempengaruhi keberkesanan

penggunaan komputer dan teknologi

maklumat dalam pembelajaran di

kalangan pelajar Kolej Komuniti

Temerloh. Antaranya ialah faktor dari

segi aspek pengetahuan, kemahiran dan

teknologi. Aspek pengetahuan lebih

memfokuskan kepada pengetahuan

pelajar tentang cara penggunaan

peralatan, perisian komputer dan

teknologi maklumat. Aspek kemahiran

pula lebih memfokuskan kepada

kemahiran pelajar menggunakan

komputer dalam membuat tugasan atau

laporan dan juga kemahiran pelajar

mencari maklumat atau bahan-bahan

rujukan dengan menggunakan teknologi

maklumat. Dari segi aspek teknologi pula,

lebih memfokuskan kepada kemahiran

pelajar dalam menggunakan teknologi

internet, enjin pencarian, muat turun dan

sebagainya.

Seperti yang kita sedia maklum

pelajar Kolej Komuniti merupakan

kumpulan pelajar tanpa had umur, jantina

Page 6: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[6]

dan bangsa. Program-program yang

ditawarkan di Kolej Komuniti merupakan

program latihan kemahiran yang

berdasarkan kepada proses kerja

sebenar. Pelajar perlu menghasilkan

pelbagai bentuk tugasan atau laporan

yang ditentukan oleh pensyarah

sepanjang pengajian mereka. Pelajar Kolej

Komuniti Temerloh juga tidak terkecuali

menghadapi situasi sebegini. Dalam masa

yang terhad, pelajar perlu menyiapkan

setiap tugasan atau laporan yang

diberikan oleh setiap pensyarah.

Sekiranya para pelajar menggunakan

teknologi komputer, iaitu perisian seperti

‘Microsoft Office’, ‘AutoCad’, ‘Adobe’ dan

sebagainya serta teknologi rangkaian

internet sudah tentu tugasan atau laporan

mereka dapat disiapkan dengan cekap,

pantas dan tepat. Justeru itu, faktor

penggunaan teknologi maklumat dilihat

mampu memainkan peranan yang

penting dalam memastikan keberkesanan

pembelajaran di kalangan pelajar Kolej

Komuniti Temerloh.

Berdasarkan kepada apa yang

dinyatakan di atas maka satu kajian

mengenai keberkesanan penggunaan

komputer dan teknologi maklumat dalam

pembelajaran di kalangan pelajar Kolej

Komuniti Temerloh perlu dijalankan.

Kajian ini perlu dijalankan bagi

memastikan penggunaan komputer dan

teknologi maklumat benar-benar dapat

meningkatkan keberkesanan

pembelajaran pelajar Kolej Komuniti

Temerloh.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk melihat

sejauhmana keberkesanan penggunaan

komputer dan teknologi maklumat dalam

pembelajaran di kalangan pelajar Kolej

Komuniti Temerloh.

Kajian ini dijalankan berdasarkan

objektif-objektif berikut :

1. mengenalpasti penerimaan pelajar

terhadap penggunaan komputer

dalam membuat tugasan/laporan

2. mengenalpasti penerimaan pelajar

terhadap pencarian maklumat untuk

melengkapkan tugasan/laporan

dengan menggunakan teknologi

maklumat.

Page 7: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[7]

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada objektif-objektif

kajian, beberapa soalan kajian

dikemukakan bagi mencapai objektif

kajian :

1. Apakah penerimaan pelajar terhadap

penggunaan komputer dalam

membuat tugasan/laporan ?

2. Apakah penerimaan pelajar terhadap

pencarian maklumat untuk

melengkapkan tugasan/laporan

dengan menggunakan teknologi

maklumat ?

1.5 BATASAN KAJIAN / SKOP

KAJIAN

Dalam kajian ini, kajian dibataskan

kepada perkara-perkara tertentu supaya

skop kajian tidak terlalu luas. Batasan-

batasan kajian meliputi tempat kajian dan

sampel kajian yang dipilih. Tempat kajian

yang dilakukan adalah di Kolej Komuniti

Temerloh, Pahang. Kajian ini hanya

terbatas kepada 76 orang pelajar sepenuh

masa dan modular dari Program

Teknologi Maklumat, Penyenggaraan

Bangunan dan Fesyen dan Pakaian sahaja.

Pelajar-pelajar ini dipilih secara rawak

daripada populasi pelajar seramai 252

orang untuk dijadikan sampel kajian. Oleh

itu, jumlah keseluruhan sampel kajian

yang digunakan adalah sebanyak 76

orang responden sahaja.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Setiap kajian yang dijalankan selalunya

mempunyai kepentingan tertentu. Kajian

ini dijalankan bagi mengkaji

keberkesanan penggunaan komputer dan

teknologi maklumat dalam pembelajaran

di kalangan pelajar Kolej Komuniti

Temerloh. Dalam kajian ini, faktor yang

dikaji adalah meliputi aspek pengetahuan,

kemahiran dan teknologi. Aspek-aspek ini

dianggap sebagai tunjang utama bagi

mengukur sejauh mana keberkesanan

penggunaan komputer dan teknologi

maklumat dalam pembelajaran di

kalangan pelajar Kolej Komuniti

Temerloh dapat ditingkatkan.

Justeru itu, dapatan akhir kajian ini

diharap dapat memberi maklumat kepada

institusi mengenai tahap penerimaan

pelajar yang terdiri daripada pelbagai

bidang program di Kolej Komuniti

Page 8: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[8]

Temerloh terhadap penggunaan

komputer dan teknologi maklumat dalam

pembelajaran pelajar agar dapat sama-

sama memperbaiki kelemahan dan

mempertingkatkan lagi kecekapan yang

ada bagi mempersiapkan diri pelajar yang

bakal menempuh alam pekerjaan yang

lebih mencabar pada masa hadapan.

Dapatan kajian yang dijalankan ini

juga diharap dapat memberi manfaat

kepada institusi untuk menilai

keberkesanan penggunaan komputer dan

teknologi maklumat dalam meningkatkan

kualiti pembelajaran pelajar bagi

mengoptimumkan penggunaan komputer

dan teknologi maklumat seperti yang

diharapkan oleh semua pihak.

Dapatan kajian ini diharapkan

dapat memberi gambaran yang jelas dan

dijadikan garis panduan yang berguna

kepada semua pihak untuk meningkatkan

lagi prestasi pengajaran dan

pembelajaran dengan berbekalkan

kemudahan dan kecanggihan teknologi

yang ada bagi memastikan tahap

keberkesanan dan kompetensi dapat

dipertingkatkan lagi dari semasa ke

semasa bagi manfaat pada masa akan

datang.

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

Perkembangan komputer dan teknologi

maklumat yang pesat telah merubah

corak pendidikan masa kini dengan

penggunaan teknologi maklumat sebagai

alat bantuan mengajar dalam pengajaran

dan pembelajaran (P&P). Dalam konteks

pengajaran, komputer dan teknologi

maklumat digunakan sebagai tutor dan

alat demonstrasi. Dalam konteks

pembelajaran pula, penggunaan

komputer dan teknologi maklumat boleh

dikategorikan sebagai tutorial,

penerokaan, aplikasi dan komunikasi.

Implementasi teknologi maklumat untuk

meningkatkan P&P secara

keseluruhannya telah menunjukkan

banyak cabaran yang perlu dihadapi dan

ditangani. Persaingan masyarakat dunia

yang lebih hebat pada abad ke-21 dan

perubahan ke arah masyarakat

bermaklumat menimbulkan cabaran baru

kepada institusi pendidikan. Untuk

mencapai matlamat Wawasan 2020 dan

mewujudkan masyarakat bermaklumat,

Page 9: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[9]

maka inisiatif untuk mengintegrasikan

penggunaan komputer dan teknologi

maklumat dalam P&P adalah perlu.

Perkembangan komputer dan

teknologi maklumat menjanjikan potensi

besar, terutamanya dalam bidang

pendidikan. Perkembangan ini dapat

mengubah cara seseorang belajar, cara

seseorang memperoleh maklumat, cara

menyesuaikan setiap maklumat, dan

sebagainya. Menurut Aszoura (2007),

kaedah pembelajaran berbantukan

komputer dapat memenuhi keperluan

dan kebolehan pembelajaran individu.

Pelajar boleh mengawal kadar dan urutan

proses pembelajaran masing-masing dan

jesteru itu dapat menyelamatkan masa

pembelajaran berbanding dengan

pengajaran secara biasa di dalam bilik

kuliah. Kemudahan yang diberikan oleh

komputer dan teknologi maklumat akan

menjadi sebahagian daripada proses P&P

di institusi pendidikan, sebagaimana

ianya akan menjadi sebahagian daripada

kaedah pengalaman pembelajaran yang

baru dan inovatif di luar institusi

pendidikan.

Keupayaan komputer dan

teknologi maklumat melaksanakan kerja-

kerja pembelajaran dengan baik

merupakan tarikan utama pelajar

terhadap penggunaannya. Kebolehan

perisian dalam membantu pelajar untuk

melaksanakan tugasan atau laporan

dengan cepat dan senang dapat

mendorong pelajar melaksanakan

tugasan atau laporan mereka dengan

lebih baik.

Malangnya, terdapat juga pelajar

yang memilih tidak menggunakan atau

kurang menggunakan komputer dan

teknologi maklumat dalam pembelajaran

mereka. Menurut Selwyn (2003), dalam

kajiannya menunjukkan salah satu sebab

halangan perlaksanaan penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi yang

menyebabkan pelajar menolak diri

daripada teknologi komputer ialah

pelajar tersebut kurang berkemahiran

dan pengetahuan menggunakan sesuatu

teknologi. Menurut Normala, Zaliha &

Mohamad (2005), dalam kajiannya

menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang

tamat pengajian mereka tanpa mendapat

pendedahan yang sewajarnya terhadap

komputer boleh dianggap sebagai masih

belum mengalami proses pendidikan

yang sempurna. Buta komputer perlu

dibasmi dengan segera sebagaimana

Page 10: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[10]

usaha kerajaan membasmi buta huruf

suatu ketika dahulu.

Menurut Baharom (2011), dalam

kajiannya dapat dirumuskan di sini

bahawa strategi pengajaran merupakan

antara faktor dalam menentukan

kecemerlangan pelajar, kerana peranan

guru amat penting dalam menentukan

keberkesanan penggunaan komputer.

Oleh itu, pihak institusi berperanan

penting dalam menyediakan kemudahan

komputer dan teknologi maklumat di

institusi untuk kegunaan semua pelajar.

Penggunaan komputer dan teknologi

maklumat di insitusi pengajian tinggi

boleh dianggap lebik baik berbanding di

sekolah ataupun di rumah kerana adanya

faktor persekitaran yang membantu

menarik minat pelajar seperti pengaruh

rakan sebaya, pengaruh media dan

sebagainya. Pelajar dapat melihat bahawa

kemahiran menggunakan komputer dan

teknologi maklumat adalah satu budaya

hidup yang baru. Antara kesan yang

positif dari kaedah pembelajaran ini ialah

penjimatan masa, lokasi dan kos, capaian

maklumat yang tidak terhad serta

mempunyai potensi tinggi untuk

meningkatkan bilangan pelajar

menggunakan komputer dan teknologi

maklumat. Untuk membudayakan

penggunaan komputer dan teknologi

maklumat, adalah mustahak bagi mereka

untuk diberi galakan dan pengukuhan

pengetahuan dan pendedahan kepada

komputer dan teknologi maklumat.

Penggunaan komputer dan

teknologi maklumat sebagai keperluan

P&P telahpun berkembang meluas,

terutamanya di negara-negara maju. Ini

merupakan fakta yang menunjukkan

bahawa kekerapan penggunaan komputer

dan teknologi maklumat dapat

menggalakkan tenaga pengajar dan

pelajar menyelenggara dan mengasah

kemahiran mereka dengan lebih

mendalam agar proses P&P menjadi lebih

efektif.

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 REKABENTUK KAJIAN

Kaedah kajian yang dijalankan ini adalah

berbentuk deskriptif dengan

menggunakan soal selidik. Rekabentuk

kajian deskriptif adalah satu kaedah

kuantitatif dan sesuai digunakan untuk

Page 11: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[11]

mendapatkan maklumbalas penerimaan

pelajar dalam menggunakan komputer

dan teknologi maklumat. Menurut Ary et

al. (dalam Sidek, 2005), kajian deskriptif

bertujuan untuk menentukan keadaan

sebenar yang berlaku semasa sesuatu

kajian itu dilaksanakan. Soal selidik

dibina dan diedarkan kepada responden

untuk mengumpul maklumat mengenai

keberkesanan penggunaan komputer dan

teknologi maklumat dalam pembelajaran

di kalangan pelajar Kolej Komuniti

Temerloh.

3.2 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran untuk kajian ini adalah

terdiri daripada 76 orang pelajar sepenuh

masa dan modular dari Program

Teknologi Maklumat, Penyenggaraan

Bangunan dan Fesyen dan Pakaian di

Kolej Komuniti Temerloh.

3.3 INSTRUMEN

Instrumen yang digunakan dalam kajian

ini ialah borang soal selidik yang

diedarkan kepada responden. Untuk

memenuhi objektif kajian ini, satu set

borang soal selidik telah disediakan.

Borang soal selidik ini terdiri daripada 3

bahagian, iaitu :

Bahagian A : Latar Belakang Sampel

Kajian

Bahagian B : Penerimaan Pelajar

Terhadap Penggunaan Komputer

Dalam Membuat Tugasan/Laporan

Bahagian C : Penerimaan Pelajar

Terhadap Pencarian Maklumat Untuk

Melengkapkan Tugasan/Laporan Dengan

Menggunakan Teknologi Maklumat

3.4 PROSEDUR

Sampel kajian dikenalpasti dan Borang

Soal Selidik diedarkan untuk dijawab oleh

76 orang pelajar sepenuh masa dan

modular Kolej Komuniti Temerloh

mengikut program yang ditawarkan iaitu

26 orang pelajar program Teknologi

Maklumat, 25 orang pelajar program

Penyenggaraan Bangunan, dan 25 orang

pelajar Fesyen dan Pakaian.

Page 12: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[12]

BAB 4 : ANALISIS DATA

4.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan mengenai hasil

analisis data yang diperolehi daripada

soal selidik. Secara keseluruhan pengkaji

telah memilih 76 orang pelajar dalam

menjayakan kajian ini. Analisis data

dibuat dengan menggunakan perisian MS

Excel. Analisis data dihuraikan mengikut

persoalan kajian. Tumpuan bab ini adalah

menjurus kepada:

i. Latar belakang responden

ii. Dapatan kajian

4.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Seramai 76 orang responden yang terlibat

dalam kajian ini, mereka terdiri daripada

pelajar Kolej Komuniti Temerloh bagi

Program Teknologi Maklumat, Program

Penyenggaraan Bangunan dan Program

Fesyen dan Pakaian. Jadual 4.1

menunjukkan latar belakang responden

yang menjawab soal selidik. Manakala

jadual 4.2 pula menunjukkan kemahiran

responden menggunakan beberapa jenis

perisian.

Jadual 4.1: Latar Belakang Responden

Program

Jantina Bangsa Umur

L P Melayu India Cina Lain-

lain

18-20

tahun

21-23

tahun

24-26

tahun

27

tahun

dan ke

atas

Teknologi

Maklumat 15 11 16 9 1 0 20 5 0 1

Penyenggaraa

n Bangunan 25 0 23 1 0 1 13 3 1 8

Fesyen dan

Pakaian 0 25 25 0 0 0 21 1 2 1

Page 13: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[13]

Jadual 4.1 menunjukkan bahawa

seramai 40 orang (52.6%) adalah

responden lelaki, manakala seramai 36

orang (47.4%) adalah responden

perempuan. Responden berketurunan

Melayu merupakan jumlah responden

yang paling ramai iaitu 64 orang (84.2%),

diikuti responden berketurunan India

seramai 10 orang (13.2%), keturunan

Cina seorang (1.3%) dan keturunan lain

seramai seorang (1.3%). Dari aspek umur

responden, dapatan menunjukkan

bahawa responden berumur antara 18

hingga 20 tahun merupakan jumlah

responden yang paling ramai iaitu 54

orang (71.1%), responden berumur

antara 21 hingga 23 tahun seramai

sembilan orang (11.8%), responden

berumur antara 24 hingga 26 tahun

seramai tiga orang (3.9%), dan responden

berumur 27 tahun dan ke atas seramai 10

orang (13.2%).

Rajah 4.1 : Graf menunjukkan taburan responden mengikut program

Page 14: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[14]

Rajah 4.2 : Graf menunjukkan taburan responden mengikut bangsa

Rajah 4.3 : Graf menunjukkan taburan responden mengikut umur

Page 15: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[15]

Jadual 4.2 : Jadual Kemahiran Responden Menggunakan Beberapa Jenis Perisian

Bilangan perisian yang mahir

digunakan oleh responden

Bilangan Responden (orang)

Program

Teknologi

Maklumat

Program

Penyenggaraan

Bangunan

Program

Fesyen dan

Pakaian

1-2 10 19 20

3-4 9 6 5

5-6 7 0 0

Kemahiran responden

menggunakan beberapa jenis perisian

dilihat berdasarkan kemahiran

responden menggunakan perisian

seperti Ms Office (Word, Excel dan

Powerpoint), pangkalan data, Adobe,

internet, emel dan Autocad. Dapatannya

adalah seperti yang disenaraikan dalam

Jadual 4.2. Hasil dapatan menunjukkan

bahawa responden dari Program

Teknologi Maklumat yang mahir

menggunakan satu hingga dua jenis

perisian seramai 10 orang (38.5%), tiga

hingga empat jenis perisian seramai

sembilan orang (34.6%) dan lima hingga

enam perisian seramai tujuh orang

(26.9%). Responden dari Program

Penyenggaraan Bangunan pula yang

mahir menggunakan satu hingga dua jenis

perisian seramai 19 orang (76%), tiga

hingga empat jenis perisian seramai enam

orang (24%) dan tiada responden yang

mahir menggunakan lima hingga enam

perisian. Manakala, responden dari

Program Fesyen dan Pakaian pula yang

mahir menggunakan satu hingga dua jenis

perisian seramai 20 orang (80%), tiga

hingga empat jenis perisian seramai lima

orang (20%) dan tiada responden yang

mahir menggunakan lima hingga enam

perisian.

Page 16: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[16]

Rajah 4.4 : Graf menunjukkan kemahiran responden menggunakan beberapa jenis perisian

4.3 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, hasil dapatan

dianalisis mengikut persoalan kajian.

Terdapat 10 item pada Bahagian B soal

selidik yang akan menjawab persoalan

kajian yang pertama. Hasil dapatan

analisis Bahagian B dapat dilihat seperti

dalam Jadual 4.3.

Bagi item pertama seramai 74

orang responden bersetuju mengatakan

penggunaan komputer memudahkan

mereka menyiapkan laporan ataupun

tugasan. Sementara itu, seramai 71 orang

responden bersetuju bagi item kedua

iaitu mereka boleh menghasilkan

tugasan atau laporan mengikut format

yang baik dengan bantuan komputer dan

juga item keempat iaitu kerja

penyuntingan dan pengemaskinian

tugasan atau laporan menjadi lebih

mudah dengan penggunaan komputer.

Bagi item yang ketiga pula seramai 72

orang responden bersetuju penggunaan

komputer boleh mempercepatkan dan

meningkatkan keberkesanan hasil kerja

dalam menghasilkan tugasan atau

laporan.

Page 17: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[17]

Bagi item yang kelima, hanya 47

orang bersetuju mengatakan bahawa

mereka merancang, merangka dan

membuat draf tugasan atau laporan

dengan menggunakan komputer.

Manakala 41 orang responden kurang

setuju dengan pernyataan “Idea menulis

atau mengarang datang mencurah-curah

ketika mereka menggunakan komputer”.

Namun begitu, seramai 45 orang

responden mengatakan mereka mampu

menaip terus tugasan atau laporan pada

komputer tanpa perlu mengarang pada

kertas. Bagi item ke lapan pula, seramai

41 orang responden kurang setuju

dengan penyataan “Saya berasa malas

untuk menulis tugasan atau laporan

sekiranya tidak ada komputer”.

Hanya 46 orang responden

mengatakan kurang setuju dengan

pernyataan “Saya tidak lagi mengarang

menggunakan pen selepas mengenali atau

menggunakan komputer”. Bagi item yang

terakhir dengan pernyataan “Saya tidak

boleh menulis atau membuat tugasan

atau laporan tanpa komputer”, 55 orang

responden kurang setuju dengan

pernyataan tersebut. Jadual 4.3

menunjukkan jumlah keseluruhan

responden berdasarkan pernyataan.

Page 18: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[18]

Jadual 4.3: Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Melaksanakan Tugasan/Laporan

BIL PERNYATAAN SETUJU KURANG SETUJU TIDAK SETUJU

STM SBM SFP STM SBM SFP STM SBM SFP

1 Penggunaan komputer memudahkan saya membuat tugasan/laporan.

26 25 23 0 0 1 0 0 1

2 Saya boleh menghasilkan tugasan/laporan mengikut format yang baik dengan bantuan komputer.

25 23 23 1 2 1 0 0 1

3 Penggunaan komputer mempercepatkan dan meningkatkan keberkesanan hasil kerja saya dalam menghasilkan tugasan/laporan.

25 24 23 1 1 2 0 0 0

4 Kerja penyuntingan dan pengemaskinian tugasan/laporan menjadi lebih mudah dengan penggunaan komputer.

25 24 22 1 1 3 0 0 0

5 Saya merancang, merangka, dan membuat draf tugasan/laporan dengan menggunakan komputer.

17 22 8 9 3 15 0 0 2

6 Idea menulis dan mengarang datang mencurah-curah ketika saya menggunakan komputer.

12 10 9 14 13 14 0 2 2

7 Saya mampu menaip terus tugasan/laporan pada komputer tanpa perlu mengarang pada kertas.

15 17 13 11 8 10 0 0 2

8 Saya berasa malas untuk menulis tugasan/laporan sekiranya tidak ada komputer.

7 7 10 15 14 12 4 4 3

9 Saya tidak lagi mengarang menggunakan pen selepas mengenali / menggunakan komputer.

6 10 7 19 14 13 1 1 5

10 Saya tidak boleh menulis atau membuat tugasan/laporan tanpa menggunakan komputer.

7 4 3 16 20 19 3 1 3

Page 19: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[19]

Item pada Bahagian C pula

menjawab persoalan kajian yang kedua.

Terdapat 10 item pada Bahagian C soal

selidik. Hasil dapatan analisis Bahagian C

dapat dilihat seperti dalam Jadual 4.4.

Bagi item yang pertama seramai

73 orang responden bersetuju dengan

pernyataan “Kerja mencari bahan tugasan

atau laporan amat mudah dan pantas

dengan menggunakan komputer”.

Manakala seramai 70 orang responden

bersetuju dengan pernyataan

pengetahuan mereka mengenai cara-cara

mencari maklumat melalui internet

bertambah baik. Bagi item yang ketiga

dan keempat, seramai 66 orang

responden bersetuju dengan pernyataan

“Saya selalu mencari bahan untuk tugasan

atau laporan secara online” dan

pernyataan “Saya menggunakan internet

untuk mencari artikel, jurnal yang

berkaitan dengan tugasan atau laporan”.

Bagi item yang kelima iaitu pernyataan

“Bahan atau maklumat yang saya

perlukan untuk tugasan atau laporan

biasanya mudah didapati secara online”,

seramai 49 orang responden bersetuju.

Manakala bagi item keenam, seramai 38

orang responden bersetuju dengan

pernyataan “Saya masih suka mencari

bahan bercetak di perpustakaan”.

Hanya 41 orang responden kurang

setuju dengan pernyataan “Saya

menghabiskan masa yang banyak

mencari bahan tugasan atau laporan

secara online, namun hasilnya selalu

menghampakan saya”. Bagi pernyataan

“Saya tidak lagi melakukan pencarian

bahan tugasan atau laporan di

perpustakaan secara manual”, seramai 44

orang responden menyatakan kurang

setuju. Hasil kajian juga

menunjukkan terdapat 39 orang

responden yang kurang setuju dengan

pernyataan “Saya tidak tahu

menggunakan enjin carian secara

berkesan”. Manakala seramai 43 orang

responden kurang setuju dengan

pernyataan “Saya tidak mahir mencari

bahan secara online”. Jadual 4.4 di bawah

menunjukkan jumlah keseluruhan

responden berdasarkan pernyataan.

Page 20: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[20]

Jadual 4.4 : Penerimaan Pelajar Terhadap Pencarian Maklumat Dalam Melengkapkan Tugasan/Laporan Dengan Menggunakan

Teknologi Maklumat

BIL PERNYATAAN SETUJU KURANG SETUJU TIDAK SETUJU

STM SBM SFP STM SBM SFP STM SBM SFP

1 Kerja mencari bahan tugasan/laporan amat mudah dan pantas dengan menggunakan komputer

25 25 23 1 0 1 0 0 1

2 Pengetahuan saya mengenai cara- cara mencari maklumat melalui internet bertambah baik.

24 23 23 2 2 1 0 0 1

3 Saya selalu mencari bahan untuk tugasan/laporan secara online.

21 22 23 5 3 2 0 0 0

4 Saya menggunakan internet untuk mencari artikel, jurnal yang berkaitan dengan tugasan/laporan.

22 22 22 4 3 3 0 0 0

5 Bahan / maklumat yang saya perlukan untuk tugasan/laporan biasanya mudah didapati secara online.

19 22 8 7 3 15 0 0 2

6 Saya masih suka mencari bahan bercetak di perpustakaan.

12 17 9 12 8 14 2 0 2

7 Saya menghabiskan masa yang banyak mencari bahan tugasan/laporan secara online, namun hasilnya selalu menghampakan saya.

8 7 13 16 15 10 2 3 2

8 Saya tidak lagi melakukan pencarian bahan tugasan/laporan di perpustakaan secara manual.

7 5 10 15 17 12 4 3 3

9 Saya tidak tahu menggunakan enjin carian secara berkesan.

2 11 7 15 11 13 9 3 5

10 Saya tidak mahir mencari bahan secara online. 2 8 3 12 12 19 12 5 3

Page 21: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[21]

BAB 5 : KEPUTUSAN DAN

PERBINCANGAN

Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau

tahap penggunaan komputer dan

teknologi maklumat dalam pembelajaran

di kalangan pelajar Kolej Komuniti

Temerloh. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa kebanyakan pelajar mahir dalam

menggunakan antara satu hingga dua

jenis perisian dalam pembelajaran.

Antara perisian yang biasa digunakan

oleh pelajar Kolej Komuniti Temerloh

ialah perisian seperti “Ms Office (Word,

Excel dan Powerpoint)”, “pangkalan data”,

“Adobe”, “internet”, “emel” dan “Autocad”.

Secara keseluruhan, penerimaan

pelajar terhadap penggunaan komputer

dalam melaksanakan tugasan atau

laporan adalah sangat baik. Pelajar

mengatakan penggunaan komputer

memudahkan mereka menyiapkan

laporan ataupun tugasan. Pelajar juga

mampu menghasilkan tugasan atau

laporan mengikut format yang baik

dengan bantuan komputer dan mampu

melaksanakan kerja penyuntingan dan

pengemaskinian tugasan atau laporan

dengan mudah. Penggunaan komputer

mampu mempercepatkan dan

meningkatkan keberkesanan hasil kerja

pelajar dalam menghasilkan tugasan

atau laporan. Pelajar juga mengatakan

bahawa mereka mampu merancang,

merangka dan membuat draf tugasan

atau laporan dengan menggunakan

komputer. Pelajar juga mampu menaip

terus tugasan atau laporan pada

komputer tanpa perlu mengarang pada

kertas.

Penerimaan pelajar terhadap

pencarian maklumat dalam

melengkapkan tugasan atau laporan

dengan menggunakan teknologi

maklumat juga amat baik. Pelajar

mengatakan bahawa kerja mencari bahan

tugasan atau laporan amat mudah dan

pantas dengan menggunakan komputer.

Pengetahuan pelajar mengenai cara-cara

mencari maklumat melalui internet juga

bertambah baik. Kebanyakan pelajar

gemar mencari bahan seperti artikel atau

jurnal yang berkaitan untuk tugasan atau

laporan dengan menggunakan internet.

Pelajar berpendapat bahawa bahan atau

maklumat yang diperlukan untuk tugasan

atau laporan mudah didapati secara

dalam talian. Walaubagaimanapun,

Page 22: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[22]

terdapat segelintir pelajar masih suka

mencari bahan bercetak di perpustakaan.

Hasil dapatan ini disokong

daripada kajian Melvina dan Jamaludin

(2010) yang mengatakan proses

pengajaran dan pembelajaran dapat

dipertingkatkan mutunya dan

dipelbagaikan penyampaian dan

penerimaannya melalui beberapa teknik

seperti berbantukan komputer dan

perisian, melalui sistem rangkaian,

perisian dan pangkalan data atau melalui

sistem internet. Daripada kajian ini dapat

dirumuskan bahawa keberkesanan

penggunaan komputer dan teknologi

maklumat dalam pembelajaran di

kalangan pelajar Kolej Komuniti

Temerloh amat memuaskan. Penerimaan

pelajar terhadap penggunaan komputer

dan pencarian maklumat dengan

menggunakan teknologi maklumat amat

diterima baik oleh pelajar.

PENUTUP

Penggunaan komputer dan teknologi

maklumat dalam bidang pendidikan

bukanlah sesuatu yang baru. Malahan ia

bukan hanya mampu membantu tugas-

tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi

berpotensi sebagai alat untuk

mengayakan lagi persekitaran pengajaran

dan pembelajaran. Transformasi ini telah

mengubah anjakan paradikma pengajar

dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam pendidikan negara

khususnya dalam meningkatkan minat

pelajar, meningkatkan kreativiti dan

pengetahuan pelajar melalui penggunaan

komputer dan teknologi maklumat.

Justeru itu kepesatan penggunaan

komputer dan teknologi maklumat ini

perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh

pendidik dan pelajar demi

memartabatkan lagi pendidikan ke arah

kecemerlangan pendidikan negara.

BIBLIOGRAFI

http://www.utusan.com.my/utusan/info.

asp?y=2002&dt=0416&pub=utusan_mala

ysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm&arc=h

ive: Dilayari pada 4 Julai 2011

http://www.utusan.com.my/utusan/info.

asp?y=2001&dt=0101&pub=utusan_mala

Page 23: Kajian Keberkesanan Penggunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Temerloh

[23]

ysia&sec=Rencana&pg=ot_06.htm&arc=hi

ve: Dilayari pada 4 Julai 2011

Aszoura Muhamed Salleh (2007).

“Keberkesanan Kaedah Pembelajaran

Berbantukan Komputer (Penggunaan

Perisian Powerpoint Interaktif) Terhadap

Peningkatan Penguasaan Konsep Sains

Dalam Tajuk Sel Untuk Sains Tingkatan

Satu”. Universiti Terbuka Malaysia.

Baharom (2011). “Teknologi Komunikasi

Dan Maklumat Dalam Program

Pendidikan Khas Aliran Teknik Dan

Vokasional di Malaysia”. Universiti

Malaysia Sabah.

Melvina & Jamaludin (2010). “Sikap Guru

Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

(ICT) Dalam Pengajaran di Sekolah-

Sekolah Rendah Di Bintulu, Sarawak”.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud &

Faizah Ahmad (2002). “Aplikasi Teknologi

Maklumat Dalam Penulisan Ilmiah :

Tinjauan Dari Aspek Kemahiran Dan

Persepsi Pelajar”. Universiti Utara

Malaysia.

Normala, Zaliha & Mohamad (2005).

“Tahap Literasi Komputer Pelajar Sekolah

Menengah di Kedah”. Kedah : UiTM

Kampus Sg. Petani.

Selwyn (2003). “Understanding Students’

(Non)Use Of Information And

Communications Technology In

University”. Cardiff University School of

Social Sciences.