Post on 15-Jan-2016
description
TINGKAHLAKU MURID DISLEKSIA DALAM KELAS
BAB 1
1.1 PENGENALAN
Kajian ini dijalankan bagi melihat tabiat belajar murid bermasalah pelajaran kategori
murid disleksia. Tabiat belajar murid dalam kelas berbeza di antara satu sama lain.
Tambahan pula jika murid terbabit merupakan murid yang menghadapi masalah
pembelajaran. Kajian kes ini akan memberi tumpuan kepada tabiat murid disleksia
belajar ketika berada dalam kelas.
1.2 LATARBELAKANG KAJIAN
Kajian kes ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. Murid
yang dikaji merupakan murid disleksia yang berada di kelas inklusif secara separuh masa.
Pemerhatian dijalankan ke atas corak dan tabiat tingkahlaku murid disleksia ketika
belajar dalam kelas pendidikan khas. Pemerhatian dijalankan dengan menggunakan
senarai semak tingkahlaku murid berdasarkan aspek tingkahlaku agresif, tingkahlaku
pasif, tingkahlaku kognitif, masalah emosi dan tingkahlaku negatif sosial.
1.3 SOALAN KAJIAN
1.3.1 Apakah tingkahlaku yang kerap dilakukan oleh murid disleksia ketika berada dalam
kelas?
1.3.2 Apakah aspek tingkahlaku yang dominan bagi murid disleksia?
BATASAN KAJIAN
Kajian hanya dijalankan ke atas murid disleksia di SK Sultan Yusuff dan tidak merangkumi
keseluruhan populasi yang ada. Kekangan masa dalam menyiapkan kajian juga merupakan
batasan dalam kajian. Walaupun kajian ini dijalankan dalam kuantiti yang kecil, namun kajian
ini penting bagi guru untuk mengetahui realiti sebenar tentang tingkahlaku murid disleksia.
Kajian ini juga dapat memberi gambaran mengenai kaedah pembelajaran yang bersesuaian
supaya pelajar disleksia dapat keluar dari kelompok pelajar-pelajar yang menghadapi
masalah pembelajaran yang lebih serius.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian adalah untuk melihat tabiat murid disleksia dalam kelas dan menjalankan
langkah-langkah intervensi bagi mengelakkan murid disleksia melakukan kesalahan yang
sama. Ia juga sebagai rujukan guru untuk mengetahui dan seterusnya memahami tabiat
murid disleksia belajar. Pendedahan ini dapat membantu guru memilih kaedah pengajaran
yang dapat menambahbaik pembelajaran murid disleksia. Dengan kajian ini juga adalah
diharapkan:
(i) Dapat memberikan gambaran dan pendedahan kepada guru mahu pun ibu bapa
untuk mengetahui secara mendalam mengenai tabiat tingkahlaku murid disleksia
kerana masalah ini akan menjadikan mereka mengalami kesukaran dalam
pembelajaran.
(ii) Dapat menjadi sumber rujukan dan panduan kepada guru mengenali serta
memahami permasalahan murid disleksia.
(iii) Dapat membuat andaian dan merumuskan tahap masalah murid disleksia agar
langkah modifikasi tingkahlaku dapat dijalankan.
DAFTAR ISTILAH
Disleksia
Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dari aspek bacaan, pertuturan, dan
tingkahlaku. Disleksia sering disalahtafsir sebagai tingkahlaku bermasalah. Disleksia
merupakan masalah dalam perkembangan murid yang mempengaruhi kebolehan seseorang
untuk membaca dan menulis.
Tabiat
Sesuatu perlakuan yang sering dilakukan secara berulang-ulang. Tabiat merupakan tindakan
seseorang dalam melakukan sesuatu yang digemari atau menjadi rutin dalam kehidupannya.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
Bagi mengenalpasti masalah murid disleksia, Rosana (1998) telah menyenaraikan ciri kanak-
kanak disleksia iaitu kosa kata tulisan tidak seimbang berbanding kosa kata lisan, lambat
dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan
lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham
bahan pengajaan dalam kelas tetapi merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan
tidak terancang. Manakala menurut Jamilah Ahmad (1999), menyenaraikan pelbagai ciri
masalah tingkahlaku murid yang lemah dalam pelajaran:
1. Aspek mental
a) Lambat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar sama ada kemahiran lisan, bacaan
atau penulisan.
b) Lemah atau lambat dalam mengubahsuai pengetahuan mengikut berbagai-bagai situasi
pembelajaran.
c) Lambat memahami atau memastikan sesuatu perkataan atau membentuk sesuatu
konsep.
2. Aspek fizikal
a) Selalu lupa tentang sesuatu perkata yang telah diajar.
b) Lemah pengamatan, penglihatan dan pendengaran.
c) Cepat letih
3. Aspek sikap
Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti-aktiviti p&p.
4. Aspek sosial
Suka bersendirian dan mempunyai konsep kendiri negatif.
5. Aspek emosi
Mempunyai masalah tingkah laku, malu dan cepat bosan.
Chow, 1992 menyatakan bahawa disleksia dirujuk kepada beberapa ciri iaitu seperti:
(i) kesukaran berbahasa
(ii) ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual
(iii) tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak
(iv) tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam
atau buku).
(v) mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu perhatian kepada tulisan,
(vi) daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual).
BAB 3
METODOOGI
Metadologi kajian adalah dengan menjalankan pemerhatian ke atas lima orang murid
disleksia dengan menggunakan senarai semak tingkahlaku murid. Guru akan membuat
pemerhatian dan menyatakan skala bermula dari tiada hingga ke kerapkali/teruk. Tabiat
murid disenaraikan mengikut kategori berdasaarkan aspek perlakuan agresif, perlakuan
pasif, tingkahlaku kognitif, masalah emosi dan tingkahlaku negatif sosial. Senarai semak yang
digunakan adalah Senarai Semak Tingkahlaku yang dibuat oleh KDPK pada tahun 1997 dan
diubahsuai mengikut kesesuaian bagi mendapat hasil kajian yang lebih baik.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
Jadual 1 : Perlakuan Agresif
Merosak
kan hart
a sen
diri / o
rang l
ain
Selal
u berkela
hi
Cepat
marah / m
eradan
g
Menga
cau / m
embuli
Menced
eraka
n diri sen
diri
Menced
eraka
n orang l
ain
Panas
baran
Perlak
uan neg
atif ti
ba-tiba
Hypera
ktif
Tantru
mDeg
il
2 2
1
2
0 0
1
2
1
3
4
PERLAKUAN AGRESIF
Perlakuan Agresif
Jadual 1 menunjukkan 2 dari 5 orang murid sering menunjukkan tingkahlaku seperti
merosakkan harta sendiri/ orang lain, selalu berkelahi, mengacau/membuli dan melakukan
perlakuan negatif secara tiba-tiba. 1 dari 5 orang murid menunjukkan tingkahlaku seperti
cepat marah, panas baran dan hyperaktif. Selain itu, 3 dari 5 murid disleksia sering
mempamerkan tingkahlaku tantrum. Tingkahlaku degil merupakan kekerapan paling tinggi di
mana 4 dari 5 orang murid disleksia mempamerkan sikap sedemikian ketika berada dalam
kelas. Melalui data yang telah dikumpul, didapati bahawa tiada murid disleksia yang
mempamerkan tingkahlaku mencederakan diri sendiri atau mencederakan orang lain.
Jadual 2 : Perlakuan Pasif
Memen
cilkan
diri
Sugu
l (tidak
ceria
)
Pendiam
Tiada r
espon
Malas
Tidur/m
enga
ntuk
Pemalu
Lembab
Cepat
letih
1
3
4
3 3
2
4
2 2
PERLAKUAN PASIF
Perlakuan Pasif
Jadual 2 menunjukkan 1 dari 5 orang murid menunjukkan tabiat memencilkan diri. Data juga
menunjukkan 2 dari 5 orang murid telah menunjukkan tabiat tidur/mengantuk ketika dalam
kelas, lembab dan cepat letih. Selain itu, 3 dari 5 murid mempamerkan perlakuan sugul
(tidak ceria), tiada respon ketika disoal, dan malas dalam menyertai aktiviti yang dijalankan
dalam kelas. Murid dilihat sering mempamerkan sikap pendiam dan pemalu dengan
kekerapan 4 dari 5 orang murid melakukan sikap tersebut ketika proses pembelajaran.
Jadual 3 : Perlakuan Negatif
Kurang t
umpuan
Suka
r mem
aham
i
Tidak
boleh m
enjaw
ab
Tidak
mem
aham
i arah
an
Tidak
boleh m
embaca
denga
n baik
Tidak
boleh m
enulis
Tidak
men
yiapka
n kerja
yang d
iberi
Tidak
men
ghan
tar ke
rja
Hasil k
erja y
ang ti
dak ke
mas
Gagal
dalam ujia
n/pep
eriksa
an
Tidak
mem
aham
i konsep
Cepat
lupa
3
4 4 4
2
0
3
2 2 2
1
4
PERLAKUAN KOGNITIF
Perlakuan Negatif
Jadual 3 menunjukkan perlakuan kognitif murid disleksia ketika berada dalam kelas. Tiada
murid disleksia tidak boleh menulis seperti yang diarahkan oleh guru. Hanya 1 dari 5 orang
murid tidak memahami konsep pelajaran yang telah diajar oleh guru. Murid dilihat
cenderung menunjukan ciri kognitif seperti tidak boleh membaca dengan baik seperti kanak-
kanak seusia dengannya, tidak menghantar kerja, hasil kerja yang tidak kemas dan gagal
dalam peperiksaan dengan 2 dari 5 orang murid melakukan sikap sedemikian ketika berada
dalam kelas. 3 dari 5 orang murid dilihat mempamerkan sikap kurang menumpukan
perhatian dan tidak menyiapkan kerja yang telah diberi. Kekerapan paling tinggi dengan 4
dari 5 orang murid menunjukkan sikap sukar memahami, tidak boleh menjawab soalan, tidak
memahami arahan dengan baik serta cepat lupa.
Jadual 4 : Perlakuan Masalah Emosi
Murung
Risau
Sedih
Term
enung
Cemas
Ketawa s
ecara
tiba-tiba
Menjer
it seca
ra tiba-ti
ba
Membeb
el
Menya
mpuk
Fobia/
takut
Gemuru
h
Cemburu
Penden
dam
Merajuk
Tersi
nggung /
cepat
berkeci
l hati
Engg
an berc
akap
Gagap
dalam pert
uturan
Tidak
yakin
Menari
k perh
atian
Menga
da-nga
da
Berbohong
Panik/
gelab
ah
0
2
1
3
1
0 0
1
2
3 3
1 1
2
3 3
0
3
1 1
2 2
MASALAH EMOSI
Perlakuan Masalah Emosi
Jadual 4 menunjukkan ciri-ciri perlakuan negatif murid ketika berada dalam kelas. Data
mencatatkan bahawa tiada murid mempamerkan sikap muring, ketawa secara tiba-tiba,
menjerit secara tiba-tiba, dan gagap dalam pertuturan. Hanya seorang dari 5 murid
menunjukkan sikap sedih, cemas, membebel, cemburu, pendendam, menarik perhatian dan
mengada ketika guru mengajar dalam kelas. 2 dari 5 murid menunjukkan reaksi risau,
menyampuk ketika guru mengajar, merajuk, berbohong dan panik/gelabah. Menurut data,
tabiat murid disleksia dalam kelas adalah termenung, fobia/takut, gemuruh,
tersinggung/cepat terasa, enggan bercakap dan tidak yakin dengan kekerapan 3 dari 5 orang
murid melakukan sikap tersebut.
Jadual 5 : Perlakuan Negatif Sosial
Menga
sah pen
sil
Berjala
n-jalan
sewak
tu PdP
Mencar
i bara
ng
Ke tan
das
Tidak
senan
g duduk d
i keru
si
Mengh
isap ja
ri/men
gigit k
uku
Keluar
dari ke
las se
cara ti
ba-tiba
Bosan
3 3 3 3 3
1
0
1
PERLAKUAN NEGATIF SOSIAL
Perlakuan Negatif Sosial
Jadual 5 mencatatkan perlakuan negatif sosial yang sering dilakukan oleh murid disleksia.
Tiada murid dilihat keluar secara tiba-tiba dari kelas ketika proses mengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Hanya seorang dari 5 murid menunjukkan perlakuan menghisap
jari/mengigit kuku dan bosan. Kekerapan paling tinggi yang dilihat sering dilakukan oleh
murid disleksia dengan 3 dari 5 murid telah menunjukkan perlakuan seperti berpura
mengasah pensil, berjalan-jalan sewaktu pengajaran dan pembelajaran, berpura-pura
mencari barang, sering keluar ke tandas dan tidak senang duduk di kerusi.
BAB 5
PERBINCANGAN
Bibliografi
Jamilah Ahmad.(1999). Penduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu
KBSR & KBSM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Buku
Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan
3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin. (1993) . Pedagogi 3: Penggunaan Psikologi dalam
Bilik Darjah. Selangor: Longman.
Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa.Selangor: Longman.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1992). Siri Panduan Guru Kurikulum Baru
Sekolah Rendah, Jilid 3: Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rajesvari a/p Ramasamy. (2008). Masalah Disleksia dalam Kalangan
Murid-Murid Pemulihan di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Dimuat turun
daripada <http://eprints.usm.my/9988/1
Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas Perkhidmatan
Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bold. 2000. Disleksia : kit penerangan asas. Pulau Pinang: Bureau on Learning.
Carolie, L.1998. Dyslexia: Petanda dan gejala. Buletin Persatuan Kesukaran Pembelajaran
Spesifik Wilayah Persekutuan. Bil.1/98 Mac 1998: 4. Institute Paediatric, Hospital
Kuala Lumpur.
Drake, C. 1989.The terminology trap. Dlm R. E. Cocen, & J. C. Needly (pnyt) Learning
disability law. New York: Committee on Juvenile Justice, Dyslexia and other Language
Disabilities of the Appellate Division of the Supreme Court of the State of New
York.
Hammond, L & Hughes, P. 1990. When bright kids fail: how to help children overcome
specific learning difficulties. Australia: Simon and Schuster.
Irwin, G. 2000. Dyslexia. Manila: BSM SEN Conference.
Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah 19
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kertas mesyuarat perancangan jangka panjang
dan pendek, program Pendidikan khas, Jabatan Pendidikan Khas: Kementerian
Pendidikan Malaysia. Julai.
Mercer, C. D.1997. Students with learning disabilities. U.S.A: Merrille, Prentice Hall.
Miles, T. R. 1983. Dyslexia: The pattern of difficulties. Blackwell: Oxford.
Mohd Annuar Abdullah. 2001. Tinjauan terhadap pengetahuan guru guru Pendidikan
Pemulihan Khas mengenai disleksia di Daerah Hilir Perak. Latihan Ilmiah Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Musa Abdul Wahab. 2002. Tinjauan ciri-ciri disleksia di kalangan murid pemulihan di zon
Pudu, Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nocolson, R. I, Fawcett, A. J. & Dean, P. 1995. Time estimation deficits in developmental
dyslexia: evidence for celebellar involvement. Proceedings of Royal Society of London,
Biological Sciences. 259: 43-421.
Norani Mohd. Salleh, Abdul Razak Habib, Nor Azizah Mohd Salleh, Adnan @ Nan
Khamis & Siti Esah Mohd. 1999. Educational provisions for preschool age of
special needs children in Malaysia. Kajian bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
dan Unicef : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Rosana Awg. Bolhasan. 1998. Disleksia di kalangan pelajar sekolah rendah di Kuching,
Sarawak. Dissertasi Sarjana Sains. Universiti Malaysia Sarawak.
Smith, C. R. 1991. Learning disabilities. The interaction of learner, task, and setting.
U.S.A: Allyn and Bacon.
Sofiah. 2000. Anak Lembap…mungkin disleksia. Utusan Malaysia, 13 November.
Zabidi. 2000. Disleksia: kanak-kanak boleh dirawat. Utusan Malaysia, 20 November.
By: Michael Ryan, M.D. 2010 and International Dyslexia Association. Social and Emotional
Problems Related to Dyslexia on http://www.ldonline.org/article/19296/