BAB 1 Disleksia
-
Upload
nan-un-jeevan -
Category
Documents
-
view
250 -
download
5
description
Transcript of BAB 1 Disleksia
BAB 1
PENGENALAN
1.1PENDAHULUAN
Bahasa adalah satu sistem yang di gunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi
makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk membolehkan
mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa juga didefinasikan sebagai satu
kod dimana idea mengenai dunia disampaikan melalui sistem konvensional dengan
arbitari komunikasi. (Lahey 1988). Bahasa merupakan alat untuk manusia
berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan
komunikasi seseorang.
The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA
telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai;
“… adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami dan/atau menggunakan
perkataan-perkataan mengikut konteks sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di
antara ciri masalah bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang
kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang
sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak upaya mengikut arahan.”
The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) pula menyatakan:
“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang
menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau
kedua-duanya),atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan
satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk bahasa (sistem
fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan bahasa (sistem semantik), atau (3)
fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik).”
Bahasa ialah kunci pada khazanah ilmu manakala bacaan ialah jaminan untuk
mendapatkan ilmu (Koh, 1986). Ott (1997) menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran
asas (membaca, menulis dan mengira) adalah penting untuk dikuasai oleh setiap
individu pelajar bagi membolehkan mereka mendapat kebaikan daripada setiap
komponen dalam kurikulum pembelajaran di sekolah yang disediakan untuk mereka.
Jais Sahok dan Mat Nor Hussin (1990) menyatakan pelajar yang mempunyai
pencapaian yang rendah dalam membaca dan menulis diberikan label sebagai kanak-
kanak lembam oleh para penyelidik. Membaca adalah satu kemahiran yang penting
dalam dunia pendidikan. Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca pada
peringkat awal ini terutamanya dalam kalangan murid mengakibatkan berlakunya “
Defesit Akademik” dan keadaan in berterusan dari sekolah rendah hingga sekolah
menengah. “Defisit Akademik” bermaksud kegagalan menguasai kemahiran asas
seperti membaca ( Buku Panduan KIA2M). Program disleksia merupakan satu program
baharu yang telah diperkenalkan di negara kita. Di peringkat antarabangsa, program
disleksia telah lama dilaksanakan terutamanya di United Kingdom dan Amerika
Syarikat. Disleksia juga merupakan salah satu bidang Pendidikan Khas untuk
membantu guru, murid dan ibu bapa dalam menangani masalah pengajaran dan
pembelajaran murid-murid tersedia untuk tujuan ini tetapi kemudahan yang amat
terhad.
1.2LATARBELAKANG KAJIAN
Sistem pendidikan di Malaysia menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada
semua kanak-kanak untuk memasuki alam persekolahan. Peluang pendidikan ini
terbuka kepada semua warganegara tanpa mengira agama dan bangsa. Selain itu,
peluang mendapatkan perkhidmatan pendidikan tidak terbatas kepada mereka yang
normal, tetapi juga untuk kanak-kanak yang mengalami kecacatan atau
ketidakupayaan. Kanak-kanak ini dikenali sebagai kanak-kanak berkeperluan khas
(Abdul Rahim Razali, 2005). Proses pembelajaran bahasa dalam perkembangan
kanak-kanak amat penting supaya mereka dapat berkomunikasi dengan baik.
Kemahiran komunikasi yang berfungsi untuk menghantar dan menerima maklumat di
antara individu amat penting dalam kehidupan seharian. Keberkesanan komunikasi
amat penting dalam hubungan sosial dan masyarakat.
Terdapat bukti kukuh yang menyatakan bahawa masalah dalam penggunaan bahasa
lisan kanak-kanak disleksia selalu menunjukkan perkaitan dengan kemahiran membaca
mereka (e.g., Byrne, Buckley, MacDonald, & Bird, 1995; Fletcher & Buckley, 2002; Kay-
Raining Bird, Cleave, & McConnell, 2000; Snowling, Hulme, & Mercer, 2002)
Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan
koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan
simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan
untuk melahirkan idea dan bertukar-bertukar fikiran (Abdul Rahim Talib, 2007). Bertutur
adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan
(articulator), ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia
(Kamarudin Hj. Husin 1988).
Kemahiran bertutur yang berkesan memerlukan kanak-kanak mampu menuturkan
kebanyakkan bentuk pertuturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Kemahiran-
kemahiran yang perlu dikuasai termasuklah prosodi iaitu nada dan irama dan begitu
juga dengan fornem dan morfem. Bahasa digunakan seawal usia kanak-kanak untuk
keperluan komunikasi, menyampaikan kehendak dan perasaan dalam sesuatu
persekitaran (Hatton, 1998). Menurut Peter (2010), Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menganggarkan sebanyak 4-6% kanak-kanak bersekolah menghadapi masalah
disleksia. Kanak-kanak disleksia akan menghadapi masalah dalam menyahkodkan
perkataan (Ramus, 2004). Ketidakupayaan atau kelambatan dalam menyahkodkan
perkataan akan membawa kepada masalah membaca dan seterusnya menjejaskan
pencapaian akademik. Akibatnya daripada kekemahan dalam pencapaian mungkin
muncul perasaan rendah diri (Snowling & Hulme, 2011) di kalangan disleksia. Semua
sebab-akibat ini berkait antara satu sama lain dan berlaku berterusan yang disebut
kesan “Matthew” (yang lemah akan menjadi lebih lemah) dalam masalah membaca
(Wollf, 2010; Tunmer & Greaney, 2010). Maka, boleh dikatakan bahawa masalah
disleksia akan menyebabkan berlakunya masalah-masalah sampingan seperti
perasaan putus asa, rendah diri dan mungkin menunjukkan tingkah laku mengganggu.
Perkataan ’disleksia‘ (dyslexia) berasal daripada dua perkataan Greek, iaitu ’dys‘ yang
bermakna ’kesukaran‘ dan ’lexia‘ yang bermakna ’perkataan‘. Jika diterjemahkan
secara terus, perkataan disleksia membawa maksud kesukaran dengan perkataan
bertulis. Istilah lain yang telah digunakan untuk melabelkan mereka yang mempunyai
kesukaran ini ialah buta huruf (word blindness or alexia) oleh Chinn (1996). Perkataan
disleksia juga diperkenalkan oleh Professor Rudolf Berlin, seorang pakar perubatan dan
ophtalmotologist (Hammond dan Hughes, 1993:3) pada tahun 1887. Kanak-kanak
yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran khusus dalam membaca,
menulis dan mengeja. Kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja
nombor dan mengenali simbol-simbol nota muzik atau tanda matematik. Menurut Davis
(1994), yang dipetik daripada Madhya Zhagan (1999), terdapat banyak ciri yang
dikatakan seseorang kanak-kanak itu mengalami disleksia. Benton dan Pearls (1996)
pula mengkelaskan masalah pembelajaran disleksia kepada enam ciri berikut:
• Kesukaran belajar berbahasa
• Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual
• Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak
• Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan daripada
papan hitam atau buku)
• Mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan
• Daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual)
Apabila kanak-kanak memulakan alam persekolahan guru dan ibu bapa mengharapkan
murid-murid akan dapat menguasai kemahiran asas 3M, iaitu kemahiran membaca,
menulis dan mengira pada jangka waktu tertentu. Hal ini kerana kemahiran tersebut
adalah kemahiran asas bagi seseorang individu untuk menguasai kemahiran-kemahiran
yang lain dalam kurikulum yang disediakan. Namun demikian, tidak semua murid yang
diharapkan tersebut akan dapat menguasai kemahiran 3M ini. Oleh itu, ibu bapa dan
guru akan berasa kurang selesa apabila mendapati anak atau murid di bawah
jagaannya mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran yang berkenaan.
1.3Penyataan Masalah kajian
Banyak kajian telah menunjukkan jika kanak-kanak berisiko tinggi dalam masalah
membaca boleh dikenal pasti pada peringkat awal dan diberikan intervensi yang
sewajar tentang kelemahannya, maka mereka akan mengatasi masalah mereka dan
mencapai tahap membaca yang memuaskan (Wanzek & Vaughn, 2008). Malahan,
kajian juga menunjukkan bilangan kanak-kanak disleksia dapat dikurangkan jika
intervensi awal diberi kepada kanak-kanak prasekolah dengan melalui pengajaran
latihan fonologi (Borstrom & Elbro 1997). Malaysia masih kekurangan satu sistem ujian
saringan yang sistematik dan berkesan untuk mengenalpasti kanak-kanak bersimptom
disleksia (Peter, 2010). Walau bagaimanapun, masalah disleksia sudah mulai
mendapati perhatian sesetengah penyelidik Malaysia dan telah menjalankan kajian
terhadapnya. Menurut Peter (2010), perkidmatan-perkhidmatan intervensi awal untuk
kanak-kanak disleksia di Malaysia adalah tidak mencukupi. Ini akan menjejas kualiliti
sistem pendidikan Malaysia dan menghalang kita menuju ke era baru (Peter, 2010).
1.4OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk merancangkan satu intervensi yang sesuai untuk
meningkatkan kefasihan membaca murid-murid disleksia Tahun 1 (Umur 7). Tujuan
kajian ini bertujuan menyelidik masalah bacaan di kalangan kanak-kanak disleksia dan
merancang intervensi yang sesuai bagi membantu mereka menguasai bacaan dan
memperbaiki kefasihan mereka di sekolah.
1. Untuk mengenal pasti punca-punca masalah bacaan yang dialami oleh kanak-
kanak disleksia.
2. Untuk mengenal pasti bentuk masalah bacaan yang dialami oleh kanak-kanak
disleksia.
3. Untuk mengenal pasti intervensi yang sesuai bagi membantu murid disleksia
dapat memperbaiki kefasihan semasa membaca.
4. Untuk membantu guru menjalankan kaedah-kaedah yang lebih berkesan
terhadap masalah bacaan yang dijalankan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak disleksia.
1.5 PERSOALAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini akan cuba menjawab soalan-soalan berikut:
1. Apakah punca-punca masalah bacaan yang dialami oleh kanak-kanak disleksia?
2. Apakah bentuk masalah bacaan yang dialami oleh kanak-kanak disleksia?
3. Adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di
sekolah dapat membantu kanak-kanak disleksia untuk menguasai kemahiran
membaca?
4. Apakah kaedah berkesan yang boleh diambil oleh guru untuk membantu
masalah bacaan kanak-kanak disleksia dan memperbaiki kefasihan bacaan
mereka?
1.6 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Kerangka konseptual ini terdiri daripada dua pembolehubah iaitu pembolehubah
bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah tidak bersandar dalam
kajian adalah punca-punca yang menyebabkan kanak-kanak disleksia menghadapi
masalah artikulasi dan fonologi, manakala pembolehubah bersandar ialah keadah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan pertuturan murid supaya
mereka dapat memaksimumkan kemahiran bacaan dan kemahiran sosial. Di dalam
kajian ini, pengkaji ingin mengkaji masalah yang dihadapi oleh murid disleksia dari segi
aspek pertuturan supaya dapat mencari keadah pengajaran dan pembelajaran yang
boleh meningkatkan kemahiran bacaan dan kemahiran sosial kanak-kanak ini Kerangka
konseptual yang dibentuk bagi kajian ini adalah seperti berikut :
KERANGKA KONSEPTUAL
Pembolehubah tidak bersandar
Kanak-kanak Disleksia
punca-punca
Masalah sebutan
masalah artikulasi
masalah fonologi
ujian penilaian
senarai semak
temubual
pemerhatian
keadah pengajaran dan pembelajaran
kemahiran bacaan
kemahiran sosial
PROSES
OUTPUT
INPUT
Pembolehubah bersandar
Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini ialah mengenai masalah bacaan murid
disleksia Kajian ini juga melihat kepada punca-punca kanak-kanak ini dan kesannya
kepada masalah bacaan kepada mereka. Kajian ini melihat kepada masalah artikulasi
dan masalah fonologi. Masalah ini menjadi input kepada kajian. Bagi mengkaji masalah
ini beberapa instrumen telah digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai input
tadi. Proses ini termasuk cara pengumpulan data melalui ujian penilaian, senarai
semak, temubual dan pemerhatian. Mengikut kerangka konseptual ini ia merupakan
tahap cara memproses maklumat. Output pula adalah tahap dimana dapat mencari
ataupun mengkaji cara dan keadah yang berkesan untuk membantu murid-murid
disleksia dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Keadah yang digunakan
dapat membantu murid ini meningkatkan kemahiran bacaan dan kemahiran sosial
mereka. Maka kerangka ini sesuai bagi kajian seperti ini.
KERANGKA KONSEPTUAL HOBP MODEL
Model HOBP (Holistic Approach for Best Pactices Model) adalah model yang telah
digunakan oleh The Nasional Education Philosophy of Malaysia. Ia bertujuan untuk
memberikan penekanan untuk melahirkan murid-murid yang mencapai keseimbangan
yang menyeluruh dari segi fizikal, emosi, jasmani, rohani dan intelek. Model ini dapat
menjadi panduan dalam menjalankan kajian ini. Dalam model ini 4 elemen telah
disebut:
i. Isu mengenai pengajaran dan pembelajaran dan masalah
ii. Proses komunikasi murid dengan guru
iii. Kandungan (content)
iv. Sumber bahan (resource material)
Model Asal
Masalah murid masalah komunikasi
Masalah sebutan
masalah artikulasi
masalah fonologi
Proses P & P dan komunikasi
Pendekatan
Holistik
Keadah
Sumber bahan & kandungan
Keadah bagi guru untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
Isu & Masalah
Model Diubahsuai Untuk Kajian
Isu dan masalah yang disebut di atas melihat masalah kepada murid dan guru. Isu bagi
guru adalah mengenai pengetahuan guru mengenai masalah murid, punca-punca
berlakunya disleksia dan masalah bacaan mereka dari segi masalah fonologi dan
artikulasi. Bagi murid pula masalah komunikasi menentukan prestasi murid. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaan aspek komunikasi memainkan peranan penting.
Komunikasi memainkan peranan penting untuk memberikan pengetahuhan dari guru
kepada murid. Komunikasi yang berkesan melibatkan komunikasi dua arah (two-way
communication) yang melibatkan guru dan murid. Tetapi murid disleksia menghadapi
masalah bacaan yang menyebabkan terrbantutnya komunikasi antara guru dan murid.
Maka keadah yang sesuai perlu dikaji untuk mengatasi masalah kedua-dua pihak.
Kajian juga menunjukkan bahawa tingkahlaku guru, hubungan yang baik antara guru
dan murid dan cara komunikasi akan memberikan kesan positif kepada proses
pengajaran dan pembelajaran (Beebe, 1994). Dengan mengenalpasti masalah bacaan
yang dihadapi oleh murid-murid disleksia maka keadah pengajaran dan pembelajaran
yang terbaik dapat dihasilkan bagi memperbaiki kefasihan mereke dalam membaca.
1.7KEPETINGAN KAJIAN
Melalui penyelidikan ini, guru pendidikan khas dapat membaiki kaedah pendekatan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas khususnya kanak-kanak
disleksia. Kajian ini juga akan memberi faedah kepada guru pendidikan khas untuk
merancang aktiviti-aktiviti pengajaran yang dapat membantu meningkatkan kemahiran
bacaan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain ini, kajian ini dapat dijadikan asas
kepada guru pendidikan khas untuk membentuk kaedah baru bagi menangani masalah
bacaan di kalangan kanak-kanak disleksia dan seterusnya memberi manfaat kepada
kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang lain. Melalui kajian ini juga, guru
pendidikan khas, ibu bapa, pihak Jabatan Pendidikan Khas serta Jabatan Kebajikan
Masyarakat dapat menyusun satu program intervensi awal bagi membantu kanak-
kanak disleksia bertutur dengan baik dengan memahami punca-punca masalah yang
dihadapi mereka.
Pengkaji berharap akan menemui satu pendekatan. Keadah dan teknik pengajaran
yang lebih tersusun dan terancang dalam usaha untuk mengurangkan masalah bacaan
dalam kemahiran bertutur murid-murid disleksia. Murid-murid akan merasa lebih selesa
menerima pelajaran kerana pengajaran guru diisesuaikan dengan tahap kebolehan dan
kemampuan mereka berdasarkan objektif pengajaran disusun mengikut aras mudah
kepada yang lebih sukar. Maklum balas daripada kajian ini akan membuka peluang
kepada pengkaji lain untuk membuat kajian seterusnya. Dapatan dan tafsiran data yang
dikemukakan dalam kajian ini akan dapat membantu kerja pengkaji selanjutnya.
1.8 LIMITASI KAJIAN
i. Kajian ini adalah terhad pada kelas pendidikan khas dan murid yang
mengalami masalah disleksia.
ii. Hasil dapatan tidak dapat digeneralisasikan kepada semua murid kelas
pendidikan khas kerena mereka bukan merupakan sampel perwakilan
sebenar untuk sesuatu kawasan yang besar.
iii. Dalam kajian wujud kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang
memesong dari tujuan kajian misalnya maklumat palsu yang mungkin
diberikan oleh sampel kajian.
1.9DEFINASI OPERASI
1.9.1 Intervensi
Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan,
perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang
dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989).Intervensi
awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa,mempertingkatkan kemahiran
matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang
intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan
mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Mengapa
amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satusebab ialah kadar pertumbuhan
kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda.
Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang
menghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003).
Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran dengan perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi lebih
banyak masa. Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat
perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk
menguasai kemahiran asas.
Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut ‘dislek-sia] (sejenis masalah penyakit
yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca pada tahap kanak-
kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi lebih banyak
masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran menjadi jelas
apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan
menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah
ketidakupayaan untuk memberi tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor
(contohnya, tidak boleh bergerak dengan pantas). Lama kelamaan kurikulum
menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang
ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa tahun mengalami
kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang menghalang
interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk
membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003).
Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam
membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
berkeperluan khas seawal umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia
dijalankan dengan berkesan melalui pasukan pelbagai disiplin serta turut
menyokong kepada keluarga kanak-kanak berkaitan. Perkhidmatan intervensi awal
dijalankan melalui Pusat 3PK dengan fokus berikut:
membantu kanak-kanak membesar menjadi individu yang produktif dan mampu
berdikari
mempertingkatkan perkembangan serta pendidikan kanak-kanak
menjimatkan kos pendidikan, keperluan, rehabilitasi dan kesihatan
mengurangkan perasaan keseorangan yang mungkin boleh menimbulkan
tekanan dan kekecewaan khususnya di kalangan ahli keluarga
1.9.2 Membaca
Membaca sebetulnya merupakan kegiatan membunyikan kata-kata yang tersaji
dalam bentuk teks. Jika seorang anak yang masih sangat muda sudah dapat
mengarahkan pandangannya pada bacaan dari kiri ke kanan, berarti ia telah
memahami arah membaca serta mengetahui bahawa teks tersebut memiliki erti atau
pesan tersendiri (Byrnes, 2001). Pendapat Byrnes ini tentu hanya sesuai untuk
negara-negara yang orientasi membacanya dimulai dari kiri ke kanan, dan tidak
sesuai untuk negara dengan orientasi membaca yang lain seperti Arab atau Japan..
Adapun pengertian membaca secara ilmiah menurut salah satu tokoh yang bernama
Snow adalah: Suatu proses pemberian makna pada bahan yang tercetak dengan
menggunakan pengetahuan tentang huruf-huruf tertulis dan susunan suara dari
bahasa oral untuk mendapatkan pengertian. Proses membaca merupakan proses
yang kompleks, bermula dari melihat bentuk-bentuk huruf, beri makna , dan
mencuba memahaminya melalui berbagai proses berpikir seperti analisis dan
sintesis.
1.9.3 Disleksia
Perkataan disleksia diperkenalkan oleh Profesor Berlin pada tahun 1887, seorang
pakar perubatan dan “ophthalmotologist”. Ia adalah gabungan dua perkataan Greek
– ‘dys’ iaitu kesukaran dan 'lexia' adalah perkataan. Kesukaran menggunakan
perkataan atau disleksia ialah golongan yang sukar dalam mengenal huruf,
membaca, menulis mengeja dan memahami teks bacaan. Ia merupakan
ketidakupayaan pembelajaran (masalah pembelajaran) yang khusus (spesifik) dan
teruk (sereve learning disability). (Pierangelo, 1996: 171) Thomson (1990)
mendefinisikan disleksia sebagai “masalah perkataan” yang tidak terhad kepada
bacaan sahaja tetapi merangkumi masalah ejaan, menulis dan aspek bahasa yang
lain. Word Federation of Neurology (1998) pula menyatakan bahawa disleksia ialah
satu ‘disorder’ dalam kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa, tidak
memperolehi kemahiran bahasa, bacaan dan ejaan yang setaraf intelek.
Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud disleksia
adalah kanak-kanakyang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan
dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam
suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan.Secara literalnya, disleksia
bermaksud, kesukaran dalam berbahasa (Ott 1997 dalam Sheila &
Samsilah2006). Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World
Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti
berikut: Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui
pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa seperti
membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual
mereka. Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf
dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi
huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan
masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa
ejaannya.Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding
rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak
disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuanseperti kanak-kanak berusia dua
ataupun tiga tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111dalam Sheila &
Samsilah 2006 Di Malaysia, (New Straits Times, 2000 bertarikh 28 Disember : 30)
perkataan 'disleksia' merujuk kepada masalah yang berkaitan dengan kemahiran
membaca, menulis, dan mengeja. Contoh yang diberi ialah ketidakupayaan dalam
membezakan huruf ' B ' dengan angka ' 8 ' , atau menulis huruf dengan cara
terbalik. Sesiapa yang mempunyai ciri sedemikian dikatakan menghidap disleksia.
Terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia,
diantaranya ialah:-
Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam
pengiraan ataupun matematik
Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-
ordinasi moto-mata-tangan
1.9.4 Kefasihan
Reading fluency indicates that a child can read successfully. Successful reading is defined as reading with accuracy and automaticity, with expression and proper speed and intonation. Children will not be able to comprehend text if they do not become fluent readers.
Read more: Reading Fluency Definition | eHow.com http://www.ehow.com/facts_5154575_reading-fluency-definition.html#ixzz2EKl8CVOM
Definition: Reading fluency is the ability to read phrases and sentences smoothly and quickly, while
understanding them as expressions of complete ideas. Students with Learning Disabilities (LDs) in
Reading Comprehension and basic reading skills frequently have weaknesses in reading fluency.
Typically, they do not process groups of words as meaningful phrases. They may also make decoding
errors in reading which slow them down and prevent them from grasping the meaning of the sentence.
As a result, they do not understand and remember meanings of passages. They may miss the larger
meanings of chapters and books as well.
Reading fluency is often confused with language fluency (see above). Reading fluency is the ability to read text accurately and quickly. Fluency bridges word decoding and comprehension. Comprehension is understanding what has been read. Fluency is a set of skills that allows readers to rapidly decode text while maintaining a high level of comprehension (National Reading Panel, 2001).
Reading fluency encompasses both rate of words read per minute, as well as the ability to read with expression.[3]
A first benchmark for fluency is being able to "sight read" some words. The idea is that children will recognize on sight the most common words written in their native language and that such instant reading of these words will allow them to read and understand text more quickly.
As children learn to read, the speed at which they read becomes an important measure of fluency.
10.1 Rumusan
Melalui kajian ini, diharapkan satu kaedah dan pendekatan yang lebih berkesan dapat
dirancang dan dilaksanakan oleh guru pendidikan khas dan pihak-pihak yang terlibat
seperti jabatan-jabatan kerajaaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan
swasta dan orang perseorangan, ibu bapa dan masyarakat. Dalam kajian ini masalah-
masalah dan punca-punca kanak-kanak disleksia kurang menguasai kemahiran
membaca dan peranan guru pendidikan khas untuk membantu masalah bacaan
perkataan dikaji.
Kemahiran bahasa sangat sukar dikuasai oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.
Selain bermasalah menguasai komponen bahasa seperti bentuk, kandungan, dan
penggunaannya, terdapat ramai juga kanak-kanak masalah pembelajaran yang
mengalami masalah dalam pertuturan. Masalah bahasa dan komunikasi tidak boleh
dipandang ringan kerana ketidakupayaan menyampaikan mesej dengan tepat dan jelas
disebabkan gangguan pertuturan atau masalah bahasa akan menyebabkan kanak-
kanak berasa tertekan, malu, rendah diri, takut berhadapan dengan orang lain, dan
mengasingkan diri.. Apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan masalah ini
akan menjejas pencapaian akademik dan kemahiran sosial mereka. Sebagai mana
yang telah dibincangkan sebelum ini, masalah bahasa dan komunikasi boleh diatasi
melalui pendekatan yang terancang dengan mengambil kira setiap ketidakupayaan
yang kanak-kanak alami. Pelbagai pihak yang berkaitan hendaklah berganding bahu
dan bekerjasama sebagai satu pasukan yang terdiri daripada ibu bapa, guru, ahli terapi
pertuturan, pentadbir sekolah, doktor, dan juga kaunselor. Intervensi awal adalah
sangat penting untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah pertuturan dan
bahasa mereka sebelum masalah itu menjadi satu kebiasaan dan sukar dipulihkan.