Post on 03-May-2019
i
KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KONVENSYEN ii-iii
SESI PERTAMA 1-26
Tajuk : Pengurusan Ekonomi Strategik Koperasi Melalui Modal Insan
Kompeten
Pembentang : Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
Pengasas Waqaf An-Nur Corporation Bhd.
SESI KEDUA 27-83
Pembentangan 1:- 27-64
Tajuk : Membangun Kompetensi Modal Insan Koperasi Melalui
Kreativiti dan Inovasi
Pembentang : Tuan Haji Ahmad Mursyid Abu
Pengurus Jabatan Inovasi Enterpris
Pembentangan 2:- 65-83
Tajuk : Kompetensi Anggota Lembaga Koperasi
Pembentang : En. Hasrin Abu Hassan
Pegawai Latihan, Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Maktab Koperasi Malaysia
ii
SESI KETIGA 84-107
Tajuk : Transformasi Modal Insan Koperasi: Peranan MKM
Pembentang : Pn. Norwatim binti Hj.Abdul Latif
Timbalan Ketua Pengarah (Akademik), MKM
SESI KEEMPAT 108-118
Tajuk : Peranan dan Strategi ANGKASA Dalam Meningkatkan
Kompetensi Anggota Koperasi
Pembentang : Encik Mohammad Zamri Bin Hj.Yaacob
Setiausaha Eksekutif ANGKASA
SESI KELIMA 119-142
Pembentangan 1:- 119-126
Tajuk : Peranan Penyataan Arah Dalam Membangun Kompetensi Modal
Insan: Pengalaman Koperasi Tentera (KT)
Pembentang : Brig. Jen. Dato‟ Ahmad Zahudi Bin Haji Salleh (Bersara)
Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi Tentera Berhad
Pembentangan 2:- 127-142
Tajuk : Membangun Kompetensi Modal Insan : Perkongsian
Pengalaman Koperasi Besar dan Sederhana
Pembentang : Tn. Hj Mior Shahrin B. Mior Mohd Yusop
Pengurus Besar, Koperasi Peserta-Peserta Rancangan
Felcra Seberang Perak Berhad.
iii
SESI KEENAM 143-150
Tajuk : Keusahawanan Dalam Meningkatkan Aktiviti Perniagaan
Koperasi
Pembentang : Dr. Mohd Ridzuan bin Mohammad Noor
EHS Mindpower Consultancy
FORUM 151-155
Tajuk : Modal Insan Kompeten, Menjana Ekonomi Negara
Panel : 1. Datuk Hj. Md. Yusof Bin Hj. Samsudin
Pengerusi Eksekutif, SKM
2. Tn. Hj Idris Ismail
Ketua Pengarah, MKM
3. Prof Datuk Hj. Mohamed Ali Hasan
Naib Presiden ANGKASA
Moderator : Datuk Hj. Naim Datuk Hj. Mohamad
Anggota Lembaga Pengarah, MKM
RESOLUSI KONVENSYEN 156-158
LAMPIRAN 159-164
Jadual Program
iv
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG
Konvensyen Transformasi Modal Insan Koperasi: Modal Insan kompeten Menjana
Ekonomi Negara
Pusat Konvensyen Sunway Pyramid
26 hingga 28 November 2012
LATAR BELAKANG
Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan
menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif.
Pembangunan modal insan adalah satu daripada tiang seri dalam pembentukan Model
Baru Ekonomi (MBE) untuk negara. Untuk menjayakan MBE maka negara memerlukan
modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi serta kreatif dan inovatif.
Pelabur hari ini bukan sahaja melihat kepada faktor kos yang dapat dijimatkan tetapi
juga melihat keupayaan dan kemahiran pekerja memacu operasi perniagaan mereka.
Ianya juga merupakan salah satu indeks atau petunjuk negara maju yang perlu
dipertingkatkan. Justeru, strategi mempergiat pembangunan modal insan koperasi amat
penting bagi melahirkan tenaga kerja koperasi yang berkemahiran tinggi bertaraf global.
Koperasi juga tidak boleh diketepikan untuk menjayakan agenda MBE ini kerana
koperasi telah diiktiraf sebagai sektor ketiga di dalam pembangunan negara dan
disasarkan untuk menyumbang sebanyak 10% kepada KDNK pada tahun 2020.
Sehubungan itu, MKM sebagai pusat latihan koperasi terunggul di negara ini memikul
tanggungjawab dalam menghasilkan modal insan koperasi yang kompeten melihat
transformasi modal insan koperasi amat penting demi memajukan koperasi seterusnya
menyokong kerajaan di dalam pembentukan MBE. Justeru, sampailah masanya MKM
menganjurkan majlis Konvensyen Transformasi Modal Insan Koperasi ini.
Konvensyen ini bertujuan untuk:
• Mengenal pasti peranan penggerak koperasi terhadap isu semasa modal insan
koperasi.
• Menyediakan platform interaksi antara pembuat dasar, para penyelidik dan
koperator serta masyarakat dalam membincangkan isu pembangunan modal
insan koperasi.
• Meningkatkan maklumat dan pengetahuan berkaitan pembangunan modal insan
koperasi semasa.
• Menghasilkan satu rumusan ke arah melahirkan modal insan koperasi yang
kompeten.
v
Program 3 hari ini telah dihadiri oleh 805 orang peserta yang terdiri daripada anggota
koperasi dari seluruh Malaysia dan warga Maktab Koperasi Malaysia sendiri. Sebanyak
6 kertas kerja dan 1 forum telah dibentang dan dibincangkan bersama. Selain itu, satu
bengkel telah dijalankan bagi mendapatkan resolusi berkaitan pembangunan modal
insan kompeten telah diadakan.
Secara keseluruhan, program ini telah dilangsungkan dengan lancar dan efektif.
Pembentangan dan perbincangan kertas kerja serta pembentukan resolusi oleh para
peserta telah dijalankan dalam suasana yang sangat memberangsangkan di mana
perkongsian maklumat, komen dan cadangan yang bernas serta sesi soal jawab
berjalan dengan aktif.
1
SESI PERTAMA
Tajuk : Pengurusan Ekonomi Strategik Koperasi Melalui Modal Insan
Kompeten
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 8.30 – 10.30 pagi
Pembentang : Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
Pengasas Waqaf An-Nur Corporation Bhd.
Moderator : Prof. Dr. Mansor Fadzil
Senior Vice President OUM
2
RUMUSAN PEMBENTANGAN
Secara umumnya kajian ini menbincangkan berkaitan permasalahan membentuk
modal insan yang kompeten melalui pengurusan modal insan yang cemerlang dengan
menjadikan syarikat Johor Corparation sebagai model kepada koperasi dalam
menguruskan sumber manusia supaya dapat menyumbang kepada ekonomi negara
dan pembangunan komuniti masyarakat. Pemilihan Johor Corporation sebagai model
adalah disebabkan oleh kemampuannya melahirkan individu hebat dari segi
pengurusan. Ini dapat dibuktikan melalui kedudukan Johor Corporation kini yang
beroperasi dengan 65,000 warga kerja kumpulan, mempunyai lebih daripada 280
syarikat dan lapan Public Listed Company (PLC). Dua konsep telah diperkenalkan oleh
pembentang iaitu; 1) Konsep Jihad Business dan 2) Konsep Wakaf Korporat. Kedua-dua
konsep ini boleh dijadikan sebagai peranan kepada sesebuah koperasi agar lebih
mengutamakan kepentingan komuniti berbanding kepentingan individu.
Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong kejayaan Johor Corporation yang
boleh dijadikan sebagai sandaran dan ikhtibar iaitu:-
1. Sesebuah organisasi termasuklah koperasi tidak boleh memanggil warga kerjanya
dengan perkataan “kakitangan”. Tujuannya adalah untuk mewujudkan modal insan
yang cemerlang melalui pembentukan suasana keharmonian dalam bersosial di
tempat kerja.
2. Organisasi, koperasi atau badan korporat mestilah menyelesaikan masalah dalaman
atau luaran dengan berani.
Diantara ciri-ciri pengurusan di Johor Corporation yang membawa kepada
pembentukan modal insan yang cemerlang ialah dengan; 1) memperkasakan anggota
2) Pilih Kasih: Utamakan Ahli 3) Get The Best From Average 4) Bekerja dan Tambah
Ilmu 5) Perkaya: Enrich Career 6) Budaya Kerja Khalifah dan 7) Pro-entrepreneur
Amanah.
Dari aspek pengurusan, penerapan gaya pengurusan khalifah diperlukan dalam
dimensi memberani dan memperkasakan kakitangan sesebuah organisasi dan budaya
memperbaharui seperti wakaf korporat yang diamalkan oleh Johor Corporation.
Kesimpulannya pengurusan modal insan yang cemerlang dapat dicapai apabila
sesebuah organisasi menggabungkan elemen-elemen yang telah dibincangkan
sepertimana yang telah dilaksanakan oleh Johor Corporation.
3
MAKTAB KOPERASI MALAYSIA
Ceramah oleh
Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia
(DPIM),
Pengasas, WAQAF AN-NUR CORPORATION BHD
27hb November, 2012.
27
SESI KEDUA
PEMBENTANGAN 1
Tajuk : Membangun Kompetensi Modal Insan koperasi Melalui
Kreativiti dan Inovasi
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 11.00 – 12.30 pagi
Pembentang : Tuan Haji Ahmad Mursyid Abu
Pengurus Jabatan Inovasi Enterpris
Moderator : Dr Jamilah bt Din
Pengarah ReCent
28
RUMUSAN PEMBENTANGAN
1. Pemimpin dan pekerja perlu seiring untuk memajukan koperasi.
2. Blue Ocean Strategies, merupakan bagaimana sesebuah koperasi berbeza dengan
koperasi yang lain, kalau sama ia adalah red ocean.
3. Untuk menjadi sebuah organisasi yang inovatif, perlu ada kelainan dari segi reka
bentuk, harga atau yang dirasakan sesuai.
4. Koperasi perlu buat sesuatu yang baru tetapi memenuhi kehendak pelanggan.
5. Cadangan untuk koperasi mewujudkan “innovation tree” bagi memudahkan pekerja
menyalurkan idea kreatif mereka. Permulaan program agak sukar namun lama-
kelamaan ia akan menjadi suatu budaya yang positif.
6. Selain memupuk semangat kreatif dan inovatif, koperasi juga perlu melihat
pembaziran yang berlaku dan lakukan perubahan
65
PEMBENTANGAN 2
Tajuk : Kompetensi Anggota Lembaga Koperasi
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 11.00 – 12.30 pagi
Pembentang : En. Hasrin Abu Hassan
Pegawai Latihan, Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Moderator : Pn. Noor Zeeta Ramli
Pengarah ReCent
66
RUMUSAN PEMBENTANGAN
Pendahuluan: Gerakan Koperasi Di United Kingdom (UK)
Ianya bermula dari penubuhan organisasi yang dikenali sebagai koperasi oleh Rochdale
Pioneer pada tahun 1844. Pada waktu itu, jumlah anggota adalah 14 orang.
Keanggotaan meningkat sehingga mencecah 100 ribu anggota dengan jualan sebanyak
L2.5 juta pada tahun 1860 dan berterusan meningkat sehingga L12.9 juta sehingga
tahun 2009. Koperasi-koperasi yang terlibat adalah koperasi yang mengendalikan aktiviti
pengguna, perumahan, pekerja dan pertanian.
Pematuhan Akta
Uniknya, tiada akta khusus berkenaan koperasi di UK. Koperasi di UK perlu mematuhi
pelbagai akta yang berlainan tetapi sememangnya mempunyai peruntukan untuk
koperasi. Contohya Industrial and Providence Society (Channel Island) (Order 1965),
Industrial Provident Society Regulation 1967 dan lain-lain.
Pengenalan: The Co-Operative Group Limited (TCGL)
Pada tahun 1860-an, The North of England Co-operative Wholesale atau The Co-
operative Wholesale Society (CWS) dimiliki oleh 300 buah koperasi pengguna dengan
pelaburan sebanyak L350 ribu. Nama North of England digugurkan pada tahun 1872,
dan mula dikenali dengan sebagai CWS.
CWS ditubuhkan untuk memperoleh barang-barang dan membekalkannya kepada
seluruh koperasi untuk dijual kembali di kedai koperasi. Disebabkan ini juga, CWS
dianggotai oleh koperasi-koperasi pengguna.
Selepas tahun 1973, CWS mula mengambilalih Co-operative Insurance Society (CIS)
dan The Scottish Cooperative Wholesale Society (SCWS). Belfast South Suburban &
Royal Arsenal Society telah menjadi milik CWS dan menyebabkan CWS mula terlibat
dengan penubuhan pengeluaran makanan seperti koperasi runcit, minuman ringan,
arak, kilang marjerin dan kilang susu. CWS juga turut mewujudkan jabatan
perkhidmatan, pemasaran, hartanah dan kumpulan pengeluaran yang bukan
berasaskan makanan.
Perbincangan untuk CWS bergabung dengan Co-operative Retail Society (CRS) dan
North Eastern Society telah berpindah milik kepada CWS pada tahun 1990. Pada tahun
1998, bilangan superstore telah menurun daripada 77 kepada 35 buah, supermarket
daripada 1397 kepada 1303 buah, department store dari 102 kepada 81 buah, kedai
motosikal dari 91 kepada 79 buah, dan kedai cermin mata daripada 71 kepada 68 buah.
Situasi penurunan bilangan entiti berlaku kerana TCGL memberi fokus kepada format
peruncitan bersaiz kecil.
67
Perkembangan Perniagaan TGCL
Kepelbagaian Aktiviti: Makanan, Kewangan, Farmasi, Pengebumian, Estet, Special
Retail Business, Perkhidmatan Perundangan, Perancangan Kehidupan, Ejen
Pelancongan, Sunwin Services Group, Co-operative Motors, Co-operative Clothing dan
E-Store.
Panduan Dari TGCL Untuk Dijadikan Contoh Oleh Koperasi Di Malaysia
1. Transaformasi Perniagaan – Merubah strategi bersaing seperti menukar kedai
koperasi kepada bersifat convenient.
2. Pembangunan Kakitangan – Mencapai kedudukan 64 terbaik dari 100 majikan di
United Kingdom dengan memberi bantuan, latihan, dan sambung belajar.
3. Matlamat Sosial – Memperuntukkan sebahagian keuntungan untuk masyarakat
4. Kerjasama dengan Koperasi – Mengadakan hub usahawan dengan menyediakan
L7.5 juta bagi koperasi yang memerlukan untuk memulakan perniagaan melalui
khidmat nasihat, latihan dan kewangan.
5. Sokongan kepada Orang Muda – Membuka 3 buah akademi untuk memberi
pembelajaran kepada pelajar di antara usia 11-19 tahun.
6. Penilaian Kompetensi Anggota Lembaga – Penilaian dibuat secara demokrasi bagi
memastikan ALK yang dipilih berkemahiran dan berpengalaman. Pusat
Pembangunan Lembaga The Co-operative Group Limited. Piawaian minimum
adalah merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi seperti yang
ditetapkan TCGL. Lapan bidang kompetensi yang diberi keutamaan ke atas kriteria
pemililihan ALK adalah:
a) Analitikal
b) Strategik
c) Kewangan
d) Bisnes
e) Perundangan
f) Koperasi
g) Prinsip & Nilai Koperasi
h) Stakeholders
KESIMPULAN
1. Kejayaan sesebuah koperasi bergantung kepada anggota, ALK, JAD dan pihak
pengurusan.
2. Penilaian kompetensi merupakan salah satu kaedah yang digunakan bagi
memantapkan perniagaan koperasi.
3. Kreativiti dan inovasi merupakan elemen yang penting dalam koperasi.
4. Prinsip-prinsip koperasi tidak boleh digadaikan kerana konsep koperasi telah banyak
membantu masyarakat dalam meningkatkan sosio ekonomi mereka.
84
SESI KETIGA
Tajuk : Transformasi Modal Insan Koperasi: Peranan MKM
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 2.30 – 4.00 petang
Pembentang : Pn. Norwatim binti Hj.Abdul Latif
Timbalan Ketua Pengarah (Akademik), MKM
Moderator : Pn.Hjh Armi Zainudin
Anggota Lembaga ICA (Global)
85
RUMUSAN PEMBENTANGAN
Misi MKM iaitu:
“Membangun modal insan koperasi ke tahap kompeten menerusi pendidikan dan
perkhidmatan berteraskan ilmu yang inovatif, efektif dan berorientasikan pelanggan
dengan penerapan nilai-nilai dan prinsip koperasi”
MKM mempunyai peranan yang besar dalam menghasilkan modal insan yang
kompeten. Satu ‘interview’ atau temubual telah dijalankan bersama-sama dengan
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ianya telah membuktikan bahawa tahap
pengetahuan koperasi ahli-ahli koperasi masih berada pada tahap yang rendah. Oleh
yang demikian, peningkatan kepada pengetahuan dan kemahiran koperasi amatlah
diperlukan. Berikut merupakan bidang-bidang keberhasilan dalam Dasar Koperasi
Negara iaitu :
1. Perkhidmatan kewangan
2. Pemborongan dan peruncitan
3. Pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan
4. Perindustrian dan industri asas tani
5. Perladangan
MKM berdasarkan Deklarasi Putrajaya (SKM/MKM/ANGKASA) yang diadakan pada 13
Julai 2012. Melalui Deklarasi Putrajaya tersebut ia menggariskan secara khusus tugas
masing-masing iaitu SKM, MKM dan ANGKASA. MKM mempunyai tiga tanggungjawab
utama iaitu:
Membina dan meningkatkan kompetensi modal insan gerakan koperasi melalui
program latihan kemahiran jangka pendek dan program pendidikan tinggi/profesional
jangka panjang seperti sijil, diploma dan ijazah;
Menghasilkan penyelidikan yang dapat di guna pakai untuk pembangunan gerakan
koperasi; dan
Menjalankan aktiviti berteraskan pengetahuan melalui penyediaan khidmat
konsultasi dan penerbitan bahan-bahan ilmiah untuk manfaat gerakan koperasi dan
masyarakat.
Pada tahun 2014, MKM akan bertanggungjawab secara sepenuhnya terhadap kursus-
kursus wajib. Di mana peserta-peserta kursus atau juga dipanggil sebagai modal insan
yang dilatih terdiri daripada:
Anggota Lembaga Koperasi (ALK)
Juruaudit Koperasi (JAD)
Staf Koperasi
Anggota Koperasi
Pegawai KPDNKK dan agensi-agensi kerajaan yang menyelia koperasi
(SKM,FELDA, LPP, FELCRA dan lain-lain)
Individu atau usahawan
Lepasan SPM/STPM/Diploma bagi program jangka panjang
86
Proses pembangunan program latihan yang terdapat dalam MKM dimulai dengan
proses training need analysis, dan seterusnya kokurikulum kursus akan dibincangkan
bersama-sama dengan institusi pengajian tinggi dan swasta yang lain seperti UPM,
UiTM, dan OUM. Setelah mendapat persetujuan dan pengesahan oleh mesyuarat dan
lembaga barulah program latihan MKM akan diluluskan.
Selain daripada itu, pembentang meneruskan dengan menerangkan produk utama yang
ditawarkan oleh MKM iaitu kursus jangka pendek yang merangkumi 2 hingga 10 hari.
Kursus tersebut terbahagi kepada dua iaitu:
Kursus berjadual iaitu merangkumi semua bidang pengurusan dan kemahiran
teknikal tertentu;
Kursus khas (customized) dimana ia akan dijalankan bergantung kepada
permintaan koperasi/agensi tertentu dalam dan luar negara.
Selain daripada itu juga, pencapaian program yang diperoleh oleh MKM bermula pada
tahun 2007-2011. KPI perancangan strategik MKM 2007 hingga 2011 menunjukkan
bahawa peratusan koperasi yang mengikuti program anjuran MKM adalah 20% hingga
30%. Ianya adalah sebagaimana seperti di bawah:
Tahun Jumlah Koperasi (Database SKM)
Pencapaian MKM (Bilangan Koperasi Yang Berkursus di MKM)
%
2007 3258 177 5.43
2008 4041 1930 32.91
2009 5100 1419 27.82
2010 6010 1498 24.93
2011 6913 1706 24.68
Jumlah koperasi yang diperolehi pada setiap tahun adalah jumlah setelah ditolak
dengan bilangan koperasi sekolah. Rumusannya,purata peratus pencapaian bagi
tempoh lima tahun ialah 23.15% iaitu melebihi tahap peratusan minimum pencapaian
perancangan strategik MKM iaitu 10%. Seterusnya pembentang membentangkan pula
peratusan ALK koperasi yang mengikuti program MKM iaitu antara 3% hingga 10%.
Ianya sebagaimana seperti berikut :
87
Tahun Bilangan Koperasi Yang Berkursus di
MKM
Purata ALK Setiap Koperasi (12/Koperasi)
Bilangan Koperasi Yang Berkursus di MKM
%
2007 177 2,124 1052 49.53
2008 1930 15,960 1641 10.28
2009 1419 17,028 1895 11.13
2010 1498 17,976 1778 9.89
2011 1706 20,472 8276 40.43
Manakala bilangan dari kategori Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) juga menunjukkan
peningkatan sebanyak 20.26% iaitu 154 orang peserta pada tahun 2010 meningkat
kepada 1703 orang peserta pada tahun 2011. Statistik keseluruhan graduan diploma
pengurusan koperasi bermula pada tahun 1991 hingga Oktober 2012 yang merupakan
salah satu kursus jangka panjang yang terdapat di MKM seperti berikut :
Bil. Status Bilangan Peratus
1. Bekerja dengan kerajaan 95 17.2
2. Bekerja dengan Koperasi*
162 27.7
3. Bekerja dengan Swasta 220 33.5
4. Bekerja sendiri sebagai Usahawan 26 4.2
5. Meninggal dunia 2 0.4
6. Melanjutkan Pelajaran 21 4.2
7. Tidak dapat dihubungi 23 2.1
8. Suri rumah 3 0.5
9. Belum bekerja 18 10.2
Jumlah 570 100
Berdasarkan statistik yang telah dikemukakan, ia menunjukkan 27.7 % daripada pelajar
graduan Diploma Pengurusan Koperasi telah diserap bekerja dengan koperasi-koperasi
yang terdapat di Malaysia. Manakala hanya 10.2% sahaja dari keseluruhan graduan
yang masih belum bekerja yang merupakan peratusan kecil berbandingan dengan
peratusan lain iaitu peratusan bekerja dengan kerajaan dan bekerja dengan swasta.
88
Selain daripada itu juga, MKM turut mengadakan penilaian terhadap program-program
yang dijalankan di MKM iaitu melalui tiga (3) kaedah penilaian iaitu:
i. Pre Test/Post Test
ii. Kajian keberkesanan kursus selepas 3 bulan
iii. Penyelidikan Kajian Keberkesanan
Kaedah penilaian Pre Test/Post Test:
Cemerlang
(100%-60%)
Memuaskan
(59%-40%)
Lemah
(39%-0%) Jumlah Peserta
Pre Test
(Hari Pertama) 52 227 326 605
Post Test
(Hari Terakhir) 336 222 47 605
Berdasarkan jadual yang ditunjukkan, ianya menunjukkan tahap kefahaman peserta
meningkat dari hari pertama hingga ke hari terakhir. Sebagai contoh, pada hari pertama
melalui penilaian Pre Test, ianya menunjukkan 52 orang peserta yang cemerlang namun
meningkat pada hari terakhir melalui penilaian Post Test iaitu sebanyak 336 orang
peserta yang cemerlang. Begitu juga dengan dengan peratusan lemah ianya telah
menunjukkan penurunan pada penialian Pre Test iaitu pada hari pertama seramai 326
orang peserta kepada 47 orang peserta yang lemah daripada keseluruahan peserta
iaitu 605 orang peserta.
Selepas 3 bulan, borang soal selidik telah diedarkan kepada para peserta secara pos
selepas peserta menghadiri kursus di MKM. Tiga rumusan daripada soal selidik,
sebagaimana berikut:
i. Majoriti peserta bersetuju kursus yang dihadiri itu memberi banyak pengetahuan,
manfaat dan membantu mereka dalam menjalankan tugas di koperasi.
ii. Peserta bersetuju kursus yang diberikan oleh MKM mampu meningkatkan kualiti
kerja, pengetahuan berkaitan tugas, kemahiran menjalankan tugas serta
meningkatkan keyakinan diri.
iii. Peserta akan mencadangkan kursus yang dihadiri kepada orang lain.
Seterusnya bagi penilaian kaedah ketiga iaitu penyelidikan kajian keberkesanan (2011),
264 responden bersetuju menjadikan MKM rujukan utama dalam bidang yang berkaitan
dengan pemahaman koperasi, keusahawanan, teknologi maklumat, akaun dan
kewangna serta pengurusan koperasi dan tadbir urus.
89
Seterusnya kursus-kursus yang dihadiri di MKM mendorong peserta atau responden
untuk mengaplikasi ilmu, sikap dan kemahiran yang dipelajari. Dalam masa yang sama,
mereka mahukan MKM mempertingkatkan dan memperluaskan promosi program yang
dijalankan kerana masih terlalu ramai responden tidak mendapat pendidikan dan latihan
dalam pelbagai bidang dari MKM dan MKM juga perlu meningkatkan kualiti kemudahan
pengajaran dan pembelajaran seperti peralatan KT, bahan rujukan dan fasiliti kelas.
Empat teras strategik MKM 2012-2016 yang merangkumi perkara berikut:
1) Penghasilan produk berorientasikan pelanggan
2) Penyampaian perkhidmatan cemerlang
3) Pengukuhan nilai dan budaya berkoperasi
4) Penglibatan aktif di peringat antarabangsa
Isu–isu yang berkaitan dengan latihan merangkumi tiga komponen utama iaitu MKM,
peserta kursus jangka pendek dan peserta kursus jangka panjang. Isu-isu yang terdapat
dalam MKM adalah seperti infrastruktur terhad, penambahan bilangan staf yang terhad
serta bajet terhad. Manakala isu-isu yang berkaitan dengan peserta kursus jangka
pendek adalah seperti tidak „homogeneus (umur/pendidikan /pengalaman), peserta dari
koperasi yang sama mewakili banyak koperasi serta koperasi baru yang tidak mengenali
MKM. Seterusnya isu berkaitan dengan peserta kursus jangka panjang ia melibatkan
perkara di mana sukar bagi MKM untuk mendapat peserta yang memenuhi syarat atau
kriteria yang diperlukan dari lepasan SPM, STPM atau Diploma. Pembentang menutup
pembentangan kerta kerja dengan membentangkan perancangan program latihan MKM
pada 2013 seperti berikut:
Program Kategori Bilangan Kursus
Kursus Jangka Pendek Dalam Kampus 303
Luar Kampus 266
Kursus Jangka Panjang Dalam Kampus 11
Jumlah 580
108
SESI KEEMPAT
Tajuk : Peranan Dan Strategi ANGKASA Dalam Meningkatkan
Kompetensi Anggota Koperasi
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 4.00 – 5.30 petang
Pembentang : Encik Mohammad Zamri Bin Hj.Yaacob
Setiausaha Eksekutif ANGKASA
Moderator : Encik Mohd Shafa’ai Said
Pengarah Pusat Pentadbiran, Perundangan dan Kepimpinan
Koperasi, MKM
109
RUMUSAN PEMBENTANGAN
Kertas kerja ini memperkenalkan ANGKASA sebagai badan gerakan koperasi di
Malaysia, serta menerangkan objektif ANGKASA iaitu:
1. Penyatuan gerakan koperasi di Malaysia
2. Mewakili gerakan koperasi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa
3. Memberi pendidikan serta pengembangan konsep dan prinsip koperasi serta
memberi perkhidmatan bagi membantu perjalanan dan pentadbiran koperasi-
koperasi ahli seperti potongan gaji, KOPSHA, membekalkan barang sekolah dan
pusat dialysis.
Antara projek –projek terbaru ANGKASA iaitu:
i. Pusat Latihan ANGKASA Akademik Resort di Langkawi telah beroperasi. Oleh itu,
ahli koperasi dan bukan ahli koperasi boleh mendapat potongan yang istimewa.
ii. Pusat Dialisis di Temerloh dan Pulau Pinang.
iii. Makanan halal ANGKASA Food Supply kepada syarikat penerbangan Air-Asia.
iv. Pengurusan harta pusaka melalui amanah ANGKASA Berhad iaitu pengurusan
wasiat.
Trademark ANGKASA ialah “Potongan Gaji” iaitu hampir 1.4 juta kakitangan kerajaan
yang terlibat dalam potongan gaji. Perkhidmatan potongan gaji ini merupakan
pendapatan kepada ANGKASA. Hampir 82% daripada potongan gaji tersebut diberikan
kepada koperasi dan ahli koperasi. Contohnya : Koperasi sedia dana, ahli pinjam dan
ANGKASA menguruskan potongan gaji. Semua proses ini menjana ekonomi Negara
iaitu dalam tempoh sebulan RM900 juta potongan gaji yang diperolehi manakala dalam
setahun RM10.1 billion.
Objektif ANGKASA secara terperinci iaitu:
a) Berdasarkan KPI ANGKASA menetapkan 85% koperasi berdaftar perlu menjadi
anggota ANGKASA. SKM mensasarkan pada tahun ini sebanyak 10 ribu koperasi
berdaftar, oleh itu daripada sasaran tersebut sebanyak 85% akan menjadi anggota
ANGKASA melalui kempen-kempen di setiap negeri dan melalui bantuan daripada
SKM.
b) Warta kerajaan pada 23 Mei 1996 mengiktiraf ANGKASA mewakili gerakan
koperasi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
c) Menyediakan pendidikan dan perkembangan konsep pendidikan koperasi serta
menyediakan latihan mengenai konsep dan prinsip koperasi.
d) Perkhidmatan yang diberikan oleh ANGKASA:
i. Potongan gaji kakitangan kerajaan
ii. KOPSHA – Bank yang membantu koperasi
iii. Perkhidmatan bekalan - Baju sekolah, kertas A4
iv. Pusat Dialisis.
110
Bagi mencapai objektif tersebut perlu wujudnya kerjasama antara ANGKASA dengan
SKM, MKM, Kementerian Pelajaran Malaysia, badan berkanun dan syarikat-syarikat luar
melalui:
a. Penglibatan dalam Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK)
b.Deklarasi Putrajaya melalui peranan masing-masing
c.MoU
Pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh ANGKASA ialtu menyediakan bengkel
khas, penyelidikan dan latihan, penyesuaian Dasar Koperasi Negara 2011-2020 bagi
meningkatkan taraf sosio-anggota, penyesuaian Deklarasi Putrajaya antara SKM,MKM
dan ANGKASA, penyesuaian dasar-dasar lain dan Garis Panduan Penyeliaan (SKM).
Pendekatan yang digunakan oleh ANGKASA ialah:
a) Melalui Program Pendidikan & Latihan. Program ini dapat membantu anggota dari
segi membentuk jati diri, memperkasakan amalan budaya berkoperasi dan
mengembangkan tadbir urus koperasi.
b) Melalui bengkel kemahiran/teknikal
Program-program pendidikan dan latihan yang diuruskan oleh ANGKASA iaitu:
i. Kursus-kursus asas seperti Koperasi Dewasa, Koperasi Sekolah, Koperasi Wanita
ii. Seminar yang berkaitan dengan isu semasa
iii. Pelancongan koperasi bagi menggalakkan sekolah menjalankan aktiviti yang dapat
meningkatkan ekonomi negara
iv. Perayaan Hari Koperasi Sekolah dan Hari Wanita Desa akan diadakan setiap tahun
dan akan diselitkan satu program kebudayaan untuk menggalakan pihak koperasi
supaya lebih berinovatif.
Pada tahun 2011, sebanyak 60 ribu orang telah dilatih oleh ANGKASA bersama dengan
30 modul dan melalui Deklarasi Putrajaya, bagi tahun 2013, sebanyak RM15.5 juta
peruntukan diberi dan peruntukan KWAP ialah sebanyak RM9.4 juta untuk pendidikan.
Serta, pada tahun 2013 kursus-kursus di ANGKASA akan diubahsuai menjadi separuh
hari sahaja.
ANGKASA juga menjalankan seminar dan topik yang diberikan adalah berkaitan
perniagaan. Selain itu, pembangunan tanaman padi, sayur, ikan patin juga dijalankan
oleh ANGKASA. Konsortium penanaman padi di Perlis dan Kedah memberikan peluang
kepada koperasi dan sekaligus menjadikan koperasi sebagai wadah utama serta dapat
menggelakkan pergantungan kepada orang tengah.
Diantara program-program khas yang dijalankan pihak ANGKASA iaitu:
1. Penubuhan Koperasi Kariah Masjid. Melalui penubuhan ini ANGKASA akan
menggalakkan koperasi tersebut untuk menjalankan aktiviti pengurusan jenazah,
korban, akikah dan sebagainya. Aktiviti ini mendapat kerjasama dengan SKM dan
111
sebanyak 150 buah koperasi sudah berdaftar. Selain itu, koperasi ini digalakkan
untuk menjalankan aktiviti Ar-Rahnu, pemborongan & peruncitan dan perlancongan
Homestay pada masa akan datang
2. Penubuhan koperasi siswa (IPTA/IPTS). Ia menjalankan aktiviti sama dengan
penubuhan koperasi kariah masjid namun hanya dikhaskan kepada pelajar IPTA dan
IPTS.
3. Galakkan Peruncitan & Pemborongan. ANGKASA menggalakkan perniagaan
peruncitan & pemborongan dimana ANGKASA menjalankan MoU bersama
pembekal iaitu syarikat Faiza Sdn Bhd, Felda Trading dan Syarikat Adabi.
4. d. ANGKASA juga mengenalpasti perniagaan yang sesuai untuk koperasi. Dari
semasa ke semasa ANGKASA akan mengenalpasti perniagaan yang sesuai.
Sebagai contoh, projek Solarfarm namun masih dalam kajian.
Kepentingan pembangunan kompetensi anggota penting bagi membangunkan modal
insan dalam koperasi. Ia penting dalam pembentukan imej anggota melalui
peningkatkan kefahaman anggota tentang matlamat, nilai, prinsip koperasi. Selain itu, ia
dapat memperkasakan budaya berkoperasi dalam memupuk penglibatan anggota dalam
setiap aktiviti yang dijalankan. Ia juga dapat memperkukuhkan tadbir urus koperasi
dengan memperkasakan peranan dan tanggungjawab anggota serta meningkatkan
hubungan dua hala antara anggota dan anggota lembaga. Pada masa yang sama,
impak kepentingan kompetensi kepada anggota koperasi ialah anggota lebih setia
kepada koperasi, anggota akan lebih prihatin dan yakin terhadap koperasi dan menjadi
lebih kreatif dan inovatif. Seterusnya impak kompetensi kepada koperasi ialah
perancangan dan perlaksanaan program lebih tersusun dan berkesan, pemuafakatan
bersama dapat dijalinkan dalam membangunkan koperasi, dan imej koperasi meningkat.
Manakala impak kepada gerakan koperasi ialah ia dapat mempercepatkan pencapaian
Dasar Koperasi Negara 2011-2020 iaitu mensasarkan sumbangan koperasi terhadap
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 ialah 5% dan pada tahun 2020 ialah
10%. ANGKASA berharap semua aktiviti ANGKASA dapat meningkatkan KDNK
gerakan koperasi.
KESIMPULAN
Kompentensi terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sikap, kemahiran dan ilmu. Manusia
tidak akan berubah selagi mana tidak mengubah sikapnya sendiri. Oleh itu, tidak akan
mendapat faedah jika menghadiri konvensyen tetapi tidak mengubah sikap. MKM telah
mewujudkan kursus Pemantauan Integriti dengan memanggil pihak-pihak yang terlibat
untuk memberi penerangan kes-kes perlanggaran undang-undang. Berkenaan
pembayaran elaun dan mendidik anggota, bukanlah tugas ANGKASA dan MKM sahaja
tetapi tugas koperasi dengan mewujudkan tabung untuk membayar anggota koperasi.
Berkenaan akta, iaitu kawalan diri,kita sendiri mengawal diri sendiri dan ini penting agar
dapat melahirkan warga koperasi yang berjaya.
119
SESI KELIMA
PEMBENTANGAN 1
Tajuk : Peranan Penyataan Arah Dalam Membangun Kompentensi
Modal Insan: Pengalaman Koperasi Tentera
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Pembentang : Brig. Jen Dato’ Ahmad Zahudi Bin Hj Salleh (Bersara)
Ketua Pegawai Eksekutif,
Koperasi Tentera Berhad
Moderator : Pn. Najmah Nawawi
Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, MKM
120
PERANAN PENYATAAN ARAH DALAM MEMBANGUN KOMPETENSI MODAL
INSAN:
PENGALAMAN KOPERASI TENTERA (KT)
Oleh:
YBhg Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi Hj Salleh (Bersara)
Ketua Pegawai Eksekutif
Koperasi Tentera
PENDAHULUAN
Penyataan Arah adalah merupakan satu manifestasi yang diolah untuk dijadikan
hala tuju kepada organisasi dan sebagai mekanisma bagi memacu organisasi mencapai
kecemerlangan dalam semua aspek yang disasarkan.
Penyataan Arah boleh ditakrifkan sebagai satu deklarasi bertulis atau
dokumentasi yang menjelaskan visi, misi, objektif dan strategi untuk menggerakan
organisasi mencapai wawasan serta dijadikan panduan kepada „stakeholder‟ dan
khususnya kepada warga kerja supaya memahami arah tuju dan kehendak organisasi.
Penyataan Arah juga dibentuk untuk memastikan bahawa haluan organisasi
berada di landasan yang betul, jelas dan terancang serta menjadi pemangkin kepada
kejayaan dan keutuhan sesebuah organisasi. Ia juga bertujuan untuk membantu
meningkatkan kualiti pengurusan, meninggikan tahap akauntabiliti serta menggalakkan
sikap terbuka dan telus dalam organisasi.
TUJUAN
Untuk berkongsi pengalaman mengenai kaedah KT mengoptimumkan peranan
penyataan arah dalam membangunkan tahap kompetensi modal insan.
121
PENYATAAN ARAH
Visi
Visi KT ialah untuk menjadi ”Koperasi Yang Terunggul Di Malaysia”.
Penyataan visi ini meletakan TERUNGGUL sebagai wawasan melambangkan
aspirasi dan kesungguhan KT menjadi yang terbaik di antara semua Koperasi di
Malaysia. Dalam konteks ini, TERUNGGUL ditakrifkan mempunyai gabungan 3
elemen teras iaitu Imej, Kompetensi dan Kredibiliti. KT dianggap akan menjadi
TERUNGGUL apabila mampu menguasai dan mencapai tahap yang tinggi dalam
ketiga-tiga elemen teras ini.
7. Imej ialah gambaran positif yang menonjolkan kepada umum mengenai Koperasi
Tentera. Imej positif tersebut akan membentuk emosi dan sikap yang boleh
mempengaruhi semua pihak dalam urusan mereka dengan KT
Kompetensi membawa maksud tahap boleh operasi yang mampan disebabkan oleh
ketinggian kapasiti modal insan, kemantapan proses dan sistem serta kecanggihan
teknologi . Kompetensi memerlukan pengembelingan 4 elemen penting seperti
berikut:-
1. Ilmu pengetahuan
2. Kemahiran dan keupayaan
3. Sikap dan pemikiran yang positif
4. Sistem dan Teknologi yang terkini
Kredibiliti iaitu satu darjah kepercayaan yang tinggi hasil dari budaya kerja yang
berintegriti, telus dan professional. Kepercayaan ini akan membawa kepada
keyakinan pelanggan terhadap organisasi dan akan memberi pengaruh /kesan
positif kepada pertumbuhan organisasi. Ciri-ciri yang perlu dimiliki untuk menjadi
koperasi yang kredibel ialah:-
1. Mempunyai keupayaan beroperasi yang menyeluruh , konsisten dan meyakinkan
2. Mempunyai kekuatan ekonomi untuk memenuhi keperluan stakeholder serta
mampu menghadapi cabaran dan saingan
3. Mempunyai kepimpinan dan pengurusan yang berintegriti, berfikiran positif,
kreatif dan inovatif
122
Misi
Misi merupakan komitmen jangka panjang yang menjadi tugas khusus yang
dipertanguungjawabkan untuk mendukung pencapaian visi seperti berikut:-
1. Meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota dengan
berteraskan nilai murni dan prinsip-prinsip Koperasi
2. Mencapai tahap professionalisma dan kredibiliti yang tinggi dan
terkehadapan dalam pergerakan Koperasi
Matlamat
Matlamat merupakan sasaran menyeluruh yang menggariskan bagaimana misi
boleh dicapai. KT mempunyai 3 matlamat seperti berikut:-
a. Menyumbang secara berkesan kepada peningkatan taraf sosio ekonomi anggota
b. Menbangun KT menjadi sebuah organisasi yang kukuh dan mempunyai prestasi
kewangan tinggi
c. Menentukan KT mempunyai modal insan dan sistem penyampaian yang
efektif & profesional
d.
Objektif
Objektif adalah sasaran khusus yang perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat
yang disasarkan. KT mempunyai 5 objektif seperti berikut:-
a. Menggalak anggota menabung dan berjimat dengan menyediakan
kemudahan menabung yang selamat serta dengan pulangan yang menarik
b. Memenuhi keperluan kewangan dan bukan kewangan kepada anggota
dengan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, efisyen dan selesa setaraf
dengan institusi ternama
c. Menyumbang kepada kebajikan dan aktiviti sosial anggota secara terancang
dan tersusun
d. Menghasilkan pulangan atas modal pada kadar yang kompetitif
e. Menjaga kepentingan anggota dan koperasi dengan amanah, cekap dan
berkualiti
Strategi
Strategi adalah satu perancangan/plan perniagaan yang menjelaskan pendekatan
KT untuk mendukung objektif. Perancangan jangka panjang ini akan membantu
pengurusan merencana pelan-pelan tindakan untuk mencapai objektif. KT
menetapkan 5 strategi:-
123
a. Memupuk keterampilan identiti menerusi pengurusan imej dan persepsi secara
efektif
b. Mengoptimumkan peranan pelanggan dan persekitaran bagi menjana
pertumbuhan dan prestasi KT
c. Fokus kepada penggubalan dan pemantauan program pencapaian objektif
d. Mengoptimumkan produktiviti dan keberkesanan aset melalui pengurusan yang
profesional
e. Menjana kompetensi dan kredibiliti melalui pembelajaran dan latihan yang
berterusan dan terpimpin
Peta Strategi
Peta Strategi adalah satu rangka kenyataan yang menggabungkan kesemua
penyataan strategi ke dalam 4 perspektif dan tingkatan yang berlainan tetapi
mempunyai hubungkait dan saling bergantungan untuk mencapai matlamat
organisasi. 4 perspektif tersebut adalah:-
a. Modal Insan – Penyediaan modal insan yang cekap, berkeupayaan dan
komitmen yang tinggi
b. Sistem Operasi dan Proses Dalaman – Penyampaian sistem perkhidmatan dan
proses kerja yang cekap, terancang serta komunikasi yang efektif
c. Pelanggan dan Persekitaran – Menjalin dan mengekalkan kesetiaan anggota
serta peningkatan produk dan penjenamaan yang mantap
d. Kewangan – Mengukuhkan pertumbuhan pendapatan serta meningkatkan
produktiviti asset
Dasar Pelaksanaan
Merupakan satu komitmen organisasi terhadap penghasilan output yang tepat dan
berkualiti dalam semua aspek pelaksanaan berdasarkan BAKTI iaitu :-
a. Berpegang Pada Prinsip dan Merit
b. Akur Pada Dasar dan Peraturan
c. Keutamaan Pada Anggota dan Organisasi
d. Tumpuan Pada Hasil dan Nilai
e. Iktiraf Kepentingan Ilmu, Iltizam dan Integriti sebagai Paksi Pengurusan
PELAKSANAAN
Kompetensi Modal Insan
Kompetensi modal insan boleh ditakrifkan sebagai tahap kecekapan dan keupayaan
individu di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan memuaskan
serta mampu mencapai piawaian yang diharapkan. Tahap kompetensi merangkumi
beberapa sudut atau kapasiti yang berikut:-
124
a. Kapasiti Intelek
b. Kapasiti Perhubungan/Komunikasi
c. Kapasiti Perniagaan
d. Kapasiti Teknikal/Skil
e. Kapasiti Dalaman Individu
Strategi Pembangunan Kompetensi
KT menjana keberkesanan tugas melalui latihan yang terancang, panduan yang
komprehensif serta perlaksanaan latihan yang berjadual dan tersusun samada
secara individu mahupun secara kolektif. Di antara pelan tindakan yang
dilaksanakan adalah:-
a. Mengadakan program-program meningkat kecekapan melalui:-
1) On-job training
2) Seminar dan bengkel
3) Syarahan dan taklimat
4) Latihan dalaman
5) Kursus
b. Mengeluarkan bahan rujukan dalam bentuk kertas kerja, arahan bertulis, buletin
staf, majalah Suara Koperasi dan sebagainya
c. Menyebar maklumat secara kolektif melalui mesyuarat di pelbagai peringkat dan
mengadakan program dan platform interaksi secara formal melalui mesyuarat
pengurusan, mesyuarat exco, mesyuarat teknikal dan sebagainya secara
mingguan dan bulanan
d. Bagi program pembangunan individu, setiap orang diwajibkan menjalani 16 jam
setahun (Staf) dan 32 jam setahun (Pengurusan)
e. Perlantikan konsultan
Meningkatkan kecekapan dan produktiviti melalui gabungan usaha semua peringkat
beserta dengan pemantauan maklumbalas yang berterusan.
Mewujudkan kelompok pakar yang mencukupi dalam kemahiran khusus yang boleh
menyumbang kepada peningkatan tahap pemikiran staf secara keseluruhan.
Secara umumnya, penghasilan tugasan yang dilaksanakan bergantung kepada
beberapa faktor seperti:-
a. Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
b. Minat terhadap kerja
c. Kesesuaian dengan jawatan
d. Kebolehan fizikal & intelektual
125
e. Motivasi diri dan ketinggian moral
Persediaan dan Pengarahan
Proses yang diamalkan dalam menentukan tahap kompetensi modal insan Koperasi
Tentera sentiasa berada di paras yang diperlukan, perkara-perkara berikut
diambilkira:-
a. Membangunkan tim pengurusan yang berupaya memimpin dan mengiktiraf akan
kepentingan latihan kepada staf
b. Mengenal dan menilai secara berterusan bentuk dan proses kemahiran yang
diperlukan
c. Mengadakan bahan rujukan yang mencukupi
d. Menyediakan masa latihan yang fleksibel
e. Menyediakan persekitaran/tempat latihan yang kondusif
f. Memantau tahap pencapaian di semua peringkat
PENGHASILAN
Pada keseluruhannya ketinggian tahap boleh operasi dan prestasi cemerlang yang
dicapai oleh KT adalah hasil dari perancangan dan perlaksanaan tugas secara
cekap, amanah & berkualiti oleh modal insan yang terlatih. Tahap kompetensi yang
dimiliki oleh modal insan KT secara khususnya telah berjaya mendukung visi dan
misi seperti mana yang diharapkan oleh buku penyataan arah. Antara pencapaian
dari aktiviti pembangunan modal insan dan latihan ialah:-
a. Dokumentasi
Keseluruhan dasar & proses kerja di KT didokumenkan untuk dijadikan satu
bahan rjukan dalam perlaksanaan tugas. KT mempunyai sebanyak 118 proses
kerja yang didoukumenkan dan telah menghasilkan:-
i. Pekerjaan yang mempunyai piawaian yang sama dan konsisten
ii. Semua pengurusan mahir dan mempunyai kefahaman yang mendalam
dalam tugasan masing-masing
iii. Kenalpasti kelemahan dan tahu di mana perlu ada penambahbaikan melalui
proses audit dan sistem maklumbalas
b. Seminar dan bengkel
Menghasilkan dasar melalui proses pencambahan fikiran dan perbincangan
yang terancang
126
c. Latihan
Perlaksanaan latihan di peringkat operasi dan taktikal menjurus kepada
perlaksanaan dasar dan tanggungjawab dengan berkesan
d. Pengiktirafan
Keseluruhan proses kerja tersebut telah mendapat pengiktirafan MS ISO
9001:2008
Mendapat keputusan cemerlang dalam kesemua due diligence oleh institusi
kewangan dalam proses untuk mendapatkan pinjaman
e. Produktiviti
Sumbangan setiap staf kepada prestasi kewangan meningkat pada kadar purata
13.5% setahun atau sumbangan RM700,000 seorang setahun kepada
keuntungan koperasi
Secara purata Cost Iincome Ratio adalah 13.5% setahun, satu kadar yang
sangat rendah berbanding dengan institusi yang lain
PENUTUP
Kesimpulannya, peranan penyataan arah di dalam pembangunan kompetensi modal
insan kepada KT adalah penting kerana ia akan memberi petunjuk tentang apa yang
disasarkan oleh organisasi dan bagaimana ia harus dicapai. Dalam konteks KT,
pembangunan modal insan yang digerakkan secara terancang dan terpimpin telah
berjaya menjadikan KT sebagai koperasi yang berdaya saing & berupaya menangani
cabaran dalam pelbagai keadaan. Dengan perkongsian pengalaman ini diharapkan ia
boleh memberi manafaat kepada pergerakan koperasi secara keseluruhannya.
127
PEMBENTANGAN 2
Tajuk : Membangun Kompetensi Modal Insan : Perkongsian
Pengalaman Koperasi Besar dan Sederhana
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 8.30 – 10.00 malam
Pembentang : Tn. Hj Mior Shahrin B. Mior Mohd Yusop
Pengurus Besar, Koperasi Peserta-Peserta Rancangan
Felcra Seberang Perak Berhad.
Moderator : Pn. Najmah Nawawi
Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, MKM
128
RUMUSAN PEMBENTANGAN
Koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad merupakan sebuah
koperasi yang ditubuhkan di bawah seliaan FELCRA
Ditubuhkan untuk memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan sosio ekonomi
para peserta FELCRA
Terlibat di dalam 5 aktiviti utama iaitu perkhidmatan, kewangan, projek pertanian,
projek teknikal dan hartanah dan jual beli
Koperasi berusaha untuk mengukuhkan modal insan koperasi melalui:
i) Pindaan UUK koperasi antaranya pencalonan ALK sebelum MAT dilakukan
dengan memilih yang terbaik
ii) Skim gaji dan perkhidmatan yang kompetitif dan mampu memberi jaminan yang
lebih baik kepada kakitangan
iii) Pelantikan kakitangan yang telus berdasarkan kelayakan dan pengalaman
iv) Pelantikan kakitangan berdasarkan keperluan koperasi
v) Skim insentif yang sesuai kepada ALK dan JAD berdasarkan kepada prestasi
perniagaan
vi) Mewajibkan kakitangan baru mengikuti kursus yang bersesuaian dengan kerja
vii) Melantik jururunding bagi memperbaiki kawalan dalaman, pengurusan kewangan
dan latihan kakitangan
Hasil daripada pengukuhan modal insan yang berterusan, koperasi berjaya
mengurangkan kakitangan yang berhenti dan ponteng secara terkawal, lantikan baru
di kalangan kakitangan kebanyakannya daripada pemegang ijazah dan diploma,
tiada kes penyelewengan, perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang lebih
teratur dan ALK yang gugur kebiasaannya akan dilantik semula.
143
SESI KEENAM
Tajuk : Keusahawanan Dalam Meningkatkan Aktiviti Perniagaan
Koperasi
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 – 10.30 pagi
Pembentang : Dr. Mohd Ridzuan bin Mohammad Noor
EHS Mindpower Consultancy
Moderator : Tn. Hj Ramlan Kamsin
Pengarah Pusat Antarabangsa dan Pengajian Tinggi
145
PENGENALAN
Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan
menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif.
Pembangunan modal insan adalah satu daripada tiang seri dalam pembentukan Model
Baru Ekonomi (MBE) untuk negara. Untuk menjayakan MBE, negara memerlukan modal
insan yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi serta kreatif dan inovatif. Pelabur
hari ini bukan sahaja melihat kepada faktor kos yang dapat dijimatkan tetapi juga melihat
keupayaan dan kemahiran pekerja memacu operasi perniagaan mereka. Ianya juga
merupakan salah satu indeks atau petunjuk negara maju yang perlu dipertingkatkan.
Justeru strategi mempergiat pembangunan modal insan koperasi amat penting bagi
melahirkan tenaga kerja koperasi yang berkemahiran tinggi bertaraf global. Koperasi
juga tidak boleh diketepikan untuk menjayakan agenda MBE ini kerana koperasi telah
diiktiraf sebagai sektor ketiga dalam pembangunan negara dan disasarkan untuk
menyumbang sebanyak 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
pada tahun 2020. Sehubungan itu, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) sebagai pusat
latihan koperasi terunggul di negara ini memikul tanggungjawab dalam menghasilkan
modal insan koperasi yang kompeten. Transformasi modal insan koperasi amat penting
demi memajukan koperasi seterusnya menyokong kerajaan di dalam pembentukan
MBE.
Sebagai sokongan syarikat untuk mencapai matlamat MKM dalam menjayakan Model
Baru Ekonomi (MBE) MindPower Consultancy turut serta menyumbangkan ilmu di majlis
Konvensyen Transformasi Modal Insan Koperasi ini.
MENURUT KAJIAN:
Untuk mencapai Model Baru Ekonomi (MBE), semua individu harus bersedia melakukan
perubahan minda jika masih minda ditakuk lama manusia pada tahap ini akan
ditinggalkan dengan peredaran masa. Mindpower Transformation telah menyediakan
satu modul yang menggabungkan berbagai teknik dan disampaikan dengan cara yang
mudah. Mindpower Transformation telah melahirkan ramai mereka diluar yang berjaya
untuk diri, keluarga, organisasi dan komuniti.
KERTAS KERJA PEMBENTANGAN: FORUM 6
“KEUSAHAWANAN DALAM MENINGKATKAN AKTIVITI PERNIAGAAN KOPERASI”
Teknik Hebat kuasa percaya diri dan rahsia bagaimana untuk mengenali serta
menguasai potensi sebenar diri sebagai seorang usahawan dalam meningkatkan
perniagaan koperasi.
146
1. Siapa anda dan tujuan anda sebenar dalam kehidupan, organisasi dan komuniti?
2. Apakah Potensi dan bakat anda yang sebenar?
3. Bolehkah anda jadi pemimpin yang sukses?
4. Seorang yang gagal bertukar menjadi seorang yang sukses
5. Teknik Hebat kuasa percaya
6.Teknik mengenalpasti virus minda, membuang virus minda, Teknik memasukkan data
baru dan teknik melindungi daripada dijangkiti virus minda
7. Teknik penggunaan Otak kanan dan kiri
8. Hebatnya kuasa daya Ingatan dan berfikir secara „Big Picture‟
PULANGAN PELABURAN
DIRI, ORGANISASI DAN KOMUNITI
Kelebihan kepada Diri, Organisasi dan Komuniti
Memaksimumkan keberhasilan ilmu dipelajari bagi dikongsikan kepada komuniti
Meningkatkan ketelusan dan amanah kepada komuniti
Melahirkan individu dan rakyat Malaysia menghayati nilai
Kejayaan dalam Program Mindpower Transformation (PMT)
PMT mempunyai lebih 70,000 peserta (Data pada Oktober,2012)
Lebih 1000 syarikat dan organisasi telah menghantar pekerja ke PMT
Lebih 100 syarikat dan organisasi telah mengelolakan program bersama Dr.Ridz
Lebih 30 agensi kerajaan memohon untuk Program Khas kepada setiap agensi
kerajaan apabila telah menghadiri program Asas yang dianjurkan oleh PMT
HUBUNGI EHS MINDPOWER CONSULTANCY Sebarang Pertayaan Lanjut mengenai Program Kursus & Latihan Sila Hubungi: EHS MINDPOWER CONSULTANCY (001917993-W) NO.2A JALAN PUTRA MAHKOTA 7/7A, PUTRA HEIGHTS, 46700 SUBANG JAYA, SELANGOR D.E
147
PROFIL TRAINER
EHS MINDPOWER CONSULTANCY
Profil Dr.Ridz
Nama sebenarnya adalah Mohd Ridzuan bin Mohamad
Noor, dilahirkan pada 14 November 1969 di hospital
besar Pulau Pinang. Ibu Dr Ridz bernama Halijah Bt
Zakaria dan ayahdanya bernama Mohamad Noor bin
Saad. Pasangan ini dikurniakan 4 orang cahayamata dan
Dr Ridz adalah anak yang sulong.
Pendidikan Awal Dr Ridz mula bersekolah di sekolah rendah kebangsaan Sri Aman air
itam 1976 hingga 1981, Pulau Pinang dan melanjutkan pelajaran di Penang Free School
dari tahun 1982 hingga 1986. Semasa di tingkatan 2 beliau telah mewakili sekolah
dalam pertandingan bolasepak dan semasa tingkatan 3 beliau telah mewakili negeri
Pulau Pinang dalam bolasepak untuk piala Razak. Ayahdanya bekerja sebagai
kakitangan kerajaan adalah seorang yang tegas, disiplin, keyakinan yang tinggi dan
mementingkan kejayaan.
Dr Ridz banyak dibimbing secara penuh keyakinan dan berdikari. Kata semangat yang
selalu diucapkan pada diri Dr Ridz adalah kalau lakukan sesuatu buatlah menjadi
luarbiasa hebat.Semasa di zaman kanak-kanak Dr Ridz di latih mejadi usahawan oleh
ayahdanya membantu perniagaan kecil keluarga menjual air minuman dan kueh muih
samada di gerai ayahdanya atau menjual secara mobile di kawasan sekitar. Selepas
menamatkan zaman persekolahan Dr Ridz mendapat keputusan yang cemerlang dari
segi akedemik dan sukan.Dr Ridz mendapat peluang ke universiti tetapi lebih berminat
untuk bekerja.
Beliau ingin belajar sambil bekerja untuk mencari pengalaman dari 1989 hingga 1994
bermula sebagai pelayan cofee house di genting highlands sehingga menjadi pengurus
di cofeehouse selepas 2 tahun bekerja, beliau selalu bekerja selama 16 jam sehari iaitu
8 jam rasmi dan 8 jam lagi latihan di jabatan lain tanpa dibayar. Dr Ridz mendapat
peluang dari sheraton utama Brunei sebagai duty manager pada tahun 1992. Beliau
bekerja di sheraton utama Brunei sehingga pertengahan 1993.
Dr Ridz mendapat peluang bekerja sebagai penolong pengurus besar di Penang Mutiara
Beach Resort ( resort 5 bintang) pada 1993 selama 2 tahun dan banyak yang
dipelajarinya termasuk cara berfikir dan membuat keputusan yang kreatif dan servis
pelanggan dengan cara yang berkesan.
Dr Ridz mula membuka 5 kiosk burger pada tahun 1993- 1997 di sekitar negeri
termasuk di kawasan pelancongan utama iaitu di Bukit Bendera kerana beliau percaya
lokasi atau tempat amat penting untuk pemasaran perniagaan. Beliau juga pernah
148
berniaga di pasar malam dan banyak ilmu yang dipelajari bagaimana kesusahan orang
melayu berniaga cara pemasaran dan jualan.
Pada tahun 1996 Dr Ridz mendapat peluang untuk setup hotel seri malaysia taiping
selama 6 bulan sebelum mengambil keputusan untuk sambung belajar selepas
mendapat ilmu yang berharga dan wang yang mencukupi untuk pembiayaan pelajaran
tanpa sebarang biasiswa.
Dr Ridz melanjutkan pelajaran ke Universiti College of Medical Sciences (UCMS) pada
tahun 1997 dan kerana keadaan pesekitaran yang kurang sesuai, beliau mendapat
pertukaran ke Open International University dengan berjaya mendapat ijazah perubatan
pada tahun 2002.
Selepas mendapat ijazah perubatan Dr Ridz berkongsi dengan Dr Azmi membuka klinik
perubatan di pulau pinang pada tahun 2003. Dr Ridz percaya bahawa kita perlu
menuntut ilmu samada secara rasmi atau tidak, harus dilakukan sepanjang hayat seperti
fardhu Ain dan Fardhu Kifayah diwajibkan pada setiap umat Islam.
Beliau percaya untuk mendapat ketenangan, kebahagian dan kecermelangan dalam
hidup mesti menghayati maksud sebenarnya 5 Rukun Islam iaitu bermula dengan diri
sendiri dahulu, kenali kelebihan minda, kenali kelebihan,kekuatan, kelemahan diri
seterusnya keluarga dan masyarakat.
Setiap manusia mesti mempunyai Visi, Misi, matlamat yang jelas dan langkah
seterusnya wajib Transfomasi Minda dan pemikiran menjadi luarbiasa hebat. Dr Ridz
berniaga sambil belajar dalam bidang MCs Advancing Physioteraphy di University of
Salford, UK dan mendapat Master Advancing Physioteraphy pada tahun 2006. Pada
tahun 2007 Dr Ridz membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dengan
menanam impian yang besar untuk menjadi seorang yang luarbiasa hebat serta
mempunyai matlamat untuk menyumbang, berkongsi ilmu dan pengalaman bersama
masyarakat.
Dr Ridz membuka perniagaan sendiri berkaitan seminar Tranformasi berkaitan
kepimpinan, kesihatan dan kejayaan hidup. Beliau juga bekerjasama dengan Prof. Dr Sir
Norhisham dalam perubatan semulajadi kepada pesakit yang di kenali Complimentary
Energy Medicine.
Pada tahun 2010 sehingga kini Dr Ridz telah mengembangkan perniagaannya di bawah
EHS Group‟s iaitu EHS Mind Power & consultancy, EHS Romeo Juliet Shoppe, Ridz
travel and Tours, EHS Natural wellness dan Synergy wellness manufacturing.
Ketika zaman persekolahan lagi Dr Ridz mempunyai semangat memperjuangkan
potensi kaum melayu kerana beliau percaya setiap umat islam boleh berjaya menjadi
ikon jika dibimbing dengan cara yang sesuai pada kelebihan diri masing- masing serta
cara pemikiran yang besar dan positf, tanamkam diminda keyakinan, percaya, dan
149
semangat yang hebat sebab kita adalah pemimpin pada diri sendiri, keluarga dan
masyarakat samada lelaki atau wanita.
Beliau percaya kita wajib berkongsi ilmu dan saling membantu menguatkan masyarakat
kearah pemikiran kelas pertama yang dituntut oleh Islam dan negara.
Dr.Ridz dalam Persatuan MyMinda
Dr Ridz bekerjasama dengan kawan-kawan menubuhkan persatuan " My Minda"
menyahut seruan Kerajaan untuk metransformasi minda belia, pelajar dan masyarakat.
Objektif utama persatuan My Minda adalah menjadikan pemikiran masyarakat kelas
pertama selari dengan negara maju 2020. Objektif My Minda yang pertama adalah
menjadikan setiap individu mengenali kelebihan diri, mempunyai visi, misi dan matlamat
yang jelas. Membuang virus minda dan menghayati kepercayaan, keyakinan dan
semangat luarbiasa. Kedua membimbing serta menjadi keluarga dan mayarakat
bahagia. Ketiga memahami pekerjaan yang amat sesuai untuk dijadikan kepuasan
dalam kehidupan. Dr Ridz adalah presiden MyMinda yang mempunyai ahli lebih kurang
2000 ahli di seluruh Malaysia.
Matlamat Dr Ridz di dalam persatuan
MyMinda adalah untuk membantu kerajaan
melahirkan masyarakat Melayu dan Islam
yang amat berjaya dan bersatu,
mentranformasi minda menjadi pemikiran
kelas pertama serta bertanggujawab pada
diri, keluarga, masyarakat, negara dan
agama. Perancangan MyMinda untuk
mempunyai 50 ribu ahli yang berdaftar di
seluruh malaysia pada akhir 2013 melalui trust database yang dimilikinya melalui
seminar Transformasi Minda Dr Ridz yang dianjurkan pada setiap hujung minggu hingga
kini.
Beliau pernah memegang jawatan timbalan Pengerusi Dewan Muda Melayu Putrajaya
dan melahirkan projek "start your own business" bagi membantu ahli dan masyarakat
melayu tentang Transformasi bisnes. Bakat kepimpinan beliau terserlah semasa masih
menuntut mendapat " Appreciation Awards" dari World
Holistik Natural Welness kerana sumbangan pada
masyarakat.
Harapan Dr Ridz adalah ingin melihat tahap pemikiran
rakyat Malaysia dan umat Islam mejadi luarbiasa hebat
seperti sifat bersyukur, berdikari, bersemangat,
bertanggungjawab, percaya diri dan disiplin minda dan
diri yang amat tinggi, kerana ini adalah sifat dan amalan
Dr Ridz sendiri bagi mencapai masyarakat mandani dan
150
sihat seperti yang dituntut oleh agama Islam dan negara kita.
Dr Ridz sendiri tidak mendapat bantuan kewangan semasa mula melakukan
transformasi dalam perniagaan. Beliau percaya pemikiran yang positif, bersyukur, yakin,
pengalaman kehidupan serta menggunakan IQ, EQ dan SQ yang terdapat dalam minda
manusia mampu mengubah kehidupan kearah positif seperti yang dituntut oleh agama
Islam dan negara kita.
151
FORUM
Tajuk : Modal Insan Kompeten, Menjana Ekonomi Negara
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 11.00 – 12.30 tgh
Panel : 1. Datuk Hj. Md. Yusof Bin Hj. Samsudin
Pengerusi Eksekutif, SKM
2. Tn. Hj Idris Ismail
Ketua Pengarah, MKM
3. Prof Datuk Hj. Mohamed Ali Hasan
Naib Presiden ANGKASA
Moderator : Datuk Hj. Naim Datuk Hj. Mohamad
Anggota Lembaga Pengarah, MKM
152
Prof. Datuk Hj Mohamed Ali bin Hasan
Naib Presiden ANGKASA
Beliau berkongsi formula dari pengalaman sendiri dan atas pemerhatian terhadap
gerakan koperasi diperingkat global dalam menjana kompetensi modal insan. Beliau
menggunakan teras 7Q dan ianya haruslah diperaktikkan secara individu atau dalam
organisasi. 7Q tersebut ialah,
1) Quality (Kualiti)
Modal insan didalam koperasi haruslah memberi sumbangan yang terbaik kepada
koperasi dan dalam kehidupan seharian juga sebagai individu kita hendaklah
memberikan yang terbaik dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Dan jika lihat
budaya Jepun iaitu Kaizen, ianya merupakan konsep penambahbaikan yang berterusan
dan harus dicontohi oleh setiap kompenen modal insan koperasi. Dan beliau melihat
ejaan KUALITI itu sendiri membawa maksud yang jelas iaitu,
Kebanyakan koperasi yang berjaya ianya bertapak dari KEPIMPINAN yang baik.
URUSAN yang berkait dengan governance yang baik.
AMALAN harian harus mempunyai cirr-ciri ABCD (Amanah, Bersih, Cekap dan
Dedikasi)
LATIHAN haruslah diberi penekanan yang mendalam, sebagai contoh koperasi tidak
hanya bergantung semata-mata pada wang pusat sahaja, tetapi hendaklah daripada
sumber dalaman juga.
ILTIZAM dengan orang sekeliling haruslah dipertingkatkan.
TAKWA
I, iaitu diri sendiri, menjalankan tanggungjawab yang betul secara individu atau
bersama-sama.
2) Quantity (Kuantiti)
Merupakan kekuatan kepada koperasi kerana bilangan anggota yang ramai dan dapat
memberi sumbangan kepada koperasi membolehkan koperasi bergerak dengan lebih
kukuh. Contohnya, koperasi Konsumer di Korea – Anggota sahaja yang boleh
melanggan di kedai koperasi.
3) Nilai-nilai murni
Haruslah diterapkan di dalam koperasi, contohnya koperasi dikehendaki membayar
zakat.
4) Contemply
Sumbangan koperasi secara kolektif pada KDNK Negara tidak sampai 2% dan ianya
harus dijadikan iktibar untuk kita terus berusaha berganda.
153
5) Qurban
Tidak menunggu dengan hasil akhir sahaja untuk berkorban tetapi haruslah bermula dari
awal.
6) Disiplin
Disiplin haruslah dipertingkatkan dalam apa jua perkara yang kita lakukan.
7) Queen
Sumbangan wanita dalam organisasi hendaklah dipertingkatkan lagi dan tidak
memandang rendah terhadap mereka.
154
Tuan Hj Idris Ismail
Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia
Beliau menekankan komponen modal insan yang perlu ditransformasikan. Komponen
tersebut ialah,
i. Anggota
ii. ALK
iii. Jawatankuasa kecil
iv. Juruaudit dalaman
v. Kakitangan.
Koperasi dan syarikat swasta merupakan dua entiti yang mempunyai falsafah yang
berbeza. Setiap komponen dalam koperasi haruslah menghayati prinsip koperasi.
Sebagai contoh, ALK koperasi dan swasta mempunyai pendekatan yang berbeza yang
mana ALK koperasi dilantik dalam Mesyuarat Agung manakala ALK swasta berdasarkan
saham. Warga kerja koperasi juga haruslah mempunyai penghayatan yang mendalam
dalam prinsip koperasi. Sekiranya mereka faham dengan koperasi, mereka mudah
bermotivasi dengan koperasi dan kakitangan koperasi pula lebih kepada imbuhan yang
tinggi. Anggota juga memainkan peranan yang penting dalam memberi sumbangan
kepada koperasi. Di luar Negara, anggota lebih menyukai berbelanja di koperasi sendiri.
Oleh itu, latihan dan pendidikan adalah sangat penting dalam koperasi. Peranan MKM
telah memberi peluang kepada koperasi untuk menuntut ilmu koperasi.
Koperasi juga harus berhadapan dengan isu gaji minima yang akan dijalankan pada
tahun depan, jadi koperasi harus bersiap sedia dan harus memikirkan jalan yang terbaik
dalam menghadapi isu ini sebagai majikan yang berhubung terus dengan kakitangan.
Antara perkara lain ialah integriti, ia merupakan satu perkara yang sangat penting dan
MKM telah masukkan topik integriti ke dalam kursus wajib 1 yang mana kursus yang
wajib dihadiri oleh ALK koperasi. Dan koperasi haruslah ingat bahawa modal insan
koperasi adalah sangat berbeza dengan modal insan syarikat swasta.
155
Datuk Haji Md Yusof bin Hj Samsudin
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Pendahuluan pengenalan dan latar belakang koperasi haruslah difahami dan dihayati
agar setiap komponen modal insan dapat dijana dengan jayanya. Tujuh prinsip koperasi
perlulah dihayati oleh setiap komponen dalam koperasi dan koperasi hendaklah fokus
dalam modal insan yang kreatif dan inovasi. Dan waktu ini Dasar Koperasi Negara yang
dijalankan adalah memberi fokus dalam meningkatkan modal insan koperasi. Dengan
penghayatan ini anggota dapat memainkan peranan sebagai anggota iaitu
menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi. Jika dilihat, penubuhan
koperasi merupakan perkara yang mudah dalam dunia perniagaan kerana pasaran yang
wujud dikalangan anggota. Bagaimanapun ia menjadi persoalan iaitu sejauh mana ianya
wujud di koperasi Malaysia. Setelah menghayati kefahaman koperasi, barulah dapat
bangunkan komponen modal insan koperasi. Sebagai anggota hendaklah memahami
perundangan koperasi itu sendiri yang mana perundangan itulah yang akan menjadi
kawalan kepada koperasi dan sebagai pelampung sekiranya berlaku pertikaian antara
anggota dan ALK. Manakala ALK dan pengurusan merupakan komponen yang penting
dalam koperasi kerana mereka lebih dekat dan faham dengan aktiviti koperasi.
Kakitangan pula hendaklah melayan setiap pelanggan (anggota) sebagai pemilik
koperasi. Sebagai contoh, Bank Rakyat mempunyai barisan pengurusan mereka sangat
kompeten dalam mengendalikan perniagaan. Pengurangan sumbangan tabung KWAPK
kepada 1% membolehkan koperasi merancang program latihan dan pendidikan kepada
anggota dan membangunkan modal insan koperasi. Penekanan pada latihan dan
pendidikan haruslah dipandang serius oleh barisan ALK. Koperasi juga boleh
menggunakan skim biasiswa kepada anak-anak anggota atau calon-calon yang
berkebolehan. Kesimpulannya koperasi harus bersedia untuk bersaing dengan
organisasi yang lain dan terus menjana setiap komponen modal insan untuk menjadi
lebih kompeten dan dinamik.
156
BENGKEL TRANSFORMASI MODAL INSAN KOPERASI
RESOLUSI KONVENSYEN
1.0 TUJUAN
Tujuan konvensyen ini diadakan adalah untuk mengenal pasti peranan penggerak
koperasi terhadap isu semasa modal insan koperasi. Selain dari itu, ini juga
merupakan platform interaksi antara pembuat dasar, para penyelidik dan koperator
serta masyarakat dalam membincangkan isu pembangunan modal insan koperasi.
Diharap koperator dapat meningkatkan maklumat dan pengetahuan berkaitan
pembangunan modal insan koperasi semasa. Akhir sekali, dengan konvensyen ini,
diharap dapat menghasilkan satu rumusan ke arah melahirkan modal insan
koperasi yang kompeten.
2.0 OBJEKTIF BENGKEL
Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi mengenal pasti strategi pembangunan
modal insan koperasi dalam bidang latihan, infrastuktur, perundangan dan
pembangunan koperasi. Harapan dari bengkel ini adalah bagi mengenal pasti
resolusi dalam membantu MKM dan agensi berkaitan dalam meningkatkan
kompetensi modal insan koperasi.
3.0 BENGKEL
Hasil dari perbincangan, peserta bengkel merumuskan bahawa untuk
menghasilkan modal insan koperasi yang kompeten, setiap koperasi perlulah
mempunyai objektif kompetensi yang terdiri daripada kombinasi ilmu, kemahiran
dan sikap seperti berikut :
157
Objektif Kompetensi (Kombinasi Ilmu, Kemahiran Dan Sikap)
i) Meningkatkan minat & sumbangan anggota.
ii) Menjadi koperator yang komited dan efektif.
iii) Meluaskan bidang kerjaya
iv) Meluaskan bidang perniagaan
v) Mencapai matlamat Dasar Koperasi Negara 2011-2020 iaitu sumbangan
koperasi kepada keluaran negara lima peratus pada 2013 dan 10 peratus
pada 2020.
4.0 RESOLUSI BENGKEL
1. SKM perlu mewajibkan semua anggota koperasi untuk hadir kursus.
i) Kursus asas - yang dianjurkan oleh SKM, MKM, ANGKASA bagi
memupuk minat dan kefahaman berkoperasi;
ii) Mewujudkan sistem pemantauan kehadiran kursus wajib oleh SKM; dan
iii) Mengadakan kursus wajib pada hujung minggu untuk memudahkan
anggota persendirian menghadiri kursus.
2. SKM, MKM dan ANGKASA mengadakan kursus yang bersepadu yang
merangkumi kursus-kursus keilmuan, kemahiran dan membina sikap positif.
3. Koperasi perlu memastikan warga kerja koperasi yang telah mengikuti
kursus dinilai prestasi dalam tempoh enam bulan selepas menghadiri
kursus.
4. ANGKASA perlu lebih agresif dan aktif dalam meningkatkan kompetensi
modal insan koperasi melalui penceramah terkenal antarabangsa.
5. Memberi insentif (contoh: pelepasan cukai) kepada majikan swasta yang
memberi pelepasan kepada pekerja yang aktif dalam koperasi untuk
menghadiri kursus.
6. Kerajaan perlu mewujudkan kuota supaya pelajar lepasan sekolah
(contoh:SPM/STPM/SPVM) melanjutkan pelajaran dalam bidang koperasi
melalui pemberian insentif, biasiswa dan penambahan silibus koperasi.
158
7. Pihak berwajib menyediakan pusat latihan yang kondusif dengan teknologi
moden dan tenaga pengajar yang kompeten.
a) Menggunakan kaedah e-learning.
b) Menyediakan kursus dengan menggunakan bahasa ibunda/etnik.
8. Koperasi menyediakan persekitaran (tempat, infrastruktur, alatan) yang
kondusif supaya warga kerja boleh mengaplikasikan ilmu telah dipelajari.
5.0 PENUTUP
Hasil daripada Bengkel Transformasi Modal Insan Koperasi, pihak urus setia
(MKM) akan membawa resolusi ini kepada pihak berkaitan dalam meningkatkan
kompetensi modal insan koperasi untuk menjana ekonomi negara.
159
LAMPIRAN
JADUAL PROGRAM
Konvensyen Transformasi Modal Insan Koperasi : Modal Insan Kompeten,
Menjana Ekonomi Negara
26 hingga 28 November 2012
Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya
26 November 2012 (Isnin)
02.30 – 06.00
petang -
Pendaftaran dan Check in Hotel
08.30 – 10.30
malam
- Majlis Perasmian dan Makan Malam
Oleh YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan
27 November 2012 (Selasa)
08.30 – 10.30 pagi
_
Sesi 1 :
Tajuk :
Pembentang:
Moderator :
Pembentangan Kertas Kerja
Pengurusan Ekonomi Strategik Koperasi
Melalui Modal Insan Kompeten
Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden, Dewan Perdagangan Islam
Malaysia (DPIM)
Prof. Dr. Mansor Fadzil
Senior Vice President OUM
10.30 – 11.00 pagi _ Minum pagi
160
11.00 – 12.30 tgh _ Sesi 2 :
Tajuk :
Pembentang :
Moderator :
Tajuk :
Pembentang:
Moderator :
Pembentangan Kertas Kerja Selari
Pembentangan 1
Membangun Kompetensi Modal Insan
Koperasi melalui Kreativiti dan Inovasi
Tuan Haji Ahmad Murshid Bin Abu
Pengurus Jabatan Inovasi Enterprais,
Malaysia Productivity Corporation (MPC)
Dr. Jamilah Din
Pengarah Pusat Keusahawanan Koperasi
dan Peruncitan (ReCEnt), MKM
Pembentangan 2
Kompetensi Anggota Lembaga Koperasi
En. Hasrin Abu Hassan
Pegawai Latihan, Pusat Penyelidikan dan
Inovasi
Pn. Noor Zeeta Ramli
Timbalan Pengarah Pusat Antarabangsa
dan Pengajian Tinggi
12.30 – 02.30
petang
_ Makan tengahari
161
02.30 – 04.00
petang
_ Sesi 3 : Pembentangan Kertas Kerja
Tajuk :
Pembentang:
Moderator :
Transformasi Modal Insan Koperasi :
Peranan MKM
Pn. Norwatim Abd Latiff
Timbalan Ketua Pengarah Akademik,
Maktab Koperasi Malaysia
Pn. Hjh. Armi Zainudin
Anggota Lembaga ICA (Global)
04.00 – 05.30
petang
_ Sesi 4 :
Tajuk :
Pembentang:
Moderator :
Pembentangan Kertas Kerja
Peranan dan Strategi Angkasa dalam
Meningkatkan kompetensi Anggota
Koperasi
Mohammad Zamri bin Hj. Yaacob
Setiausaha Eksekutif, ANGKASA
En. Mohd Safa’ai Said
Pengarah Pusat Pentadbiran, Perundangan
dan Kepimpinan Koperasi, MKM
162
Sesi 4 :
Moderator :
Moderator :
Moderator :
Bengkel
Bengkel 1 – Bilik Anukis
Pn. Aishah Ariffin
Pengarah Pusat Perakaunan dan
Kewangan
En. Mohd Zaib Mat Yunus
Pengarah MKM Cawangan Utara
Bengkel 2 – Bilik Giza
Pn. Roziah Mohamed
Pengarah MKM Cawangan Selatan
Pn. Azlifah Abas
Pegawai Latihan,
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bengkel 3 – Bilik Luxor
Tn. Hj. Hassan Hj. Ahmad
Pengarah MKM Cawangan Sabah
En. Mohd Rasydi Abd. Rashid
Pegawai Latihan Pusat Antarabangsa dan
Pengajian Tinggi
07.30 – 08.30
malam
_ Makan malam
163
08.30 – 10.00
malam
_
Sesi 5 :
Tajuk :
Pembentang :
Moderator :
Pembentangan Kertas Kerja
Membangun Kompetensi Modal Insan :
Perkongsian Pengalaman Koperasi
Besar dan Sederhana
Brig. Jen Dato'Ahmad Zahudi Bin Hj
Salleh (Bersara)
Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi
Tentera Berhad
Tn. Hj Mior Shahrin B. Mior Mohd Yusop
Pengurus Besar, Koperasi Peserta-Peserta
Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad
Pn. Najmah Nawawi
Pengarah Pusat Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, MKM
28 November 2012 (Rabu)
8.30 – 10.30 pagi _ Sesi 6 :
Tajuk :
Pembentang :
Moderator :
Pembentangan Kertas kerja
Keusahawanan Dalam Meningkatkan
Aktiviti Perniagaan Koperasi
Dr. Ridzuan Noor
EHS Group of Companies
Tn. Hj. Ramlan Kamsin
Pengarah Pusat Antarabangsa dan
Pengajian Tinggi
164
10.30 – 11.00 pagi - Minum pagi
11.00 - 12.30 tgh Sesi 7 : Forum
Tajuk :
Panel :
Moderator :
Modal Insan Kompeten, Menjana
Ekonomi Negara
Datuk Hj. Md. Yusof Bin Hj. Samsudin
Pengerusi Eksekutif, SKM
Tn. Hj. Idris Ismail
Ketua Pengarah, MKM
Prof. Datuk Hj. Mohamed Ali Hasan
Naib Presiden ANGKASA
Datuk Hj. Naim Datuk Hj. Mohamad
Anggota Lembaga Pengarah, MKM
12.30 – 01.00 ptg - Pembentangan Resolusi / Penutup
01.00 – 02.00 ptg - Makan Tengahari dan bersurai