Post on 06-Jul-2016
description
1.0 Perkembangan Microsoft Office
Microsoft Corporation merupakan sebuah perbadanan teknologi komputer iaitu
perbadanan multinasional yang membangunkan, mengilang ,melesenkan dan menyokong
beraneka keluaran perisian untuk kegunaan peralatan komputer. Sistem pengendalian
Microsoft window dan set perisian productiviti Microsoft office merupakan antara keluaran
syarikat yang mempunyai beribu cawangan di Redmond, Washington . Produk-produk ini
menempa kedudukan terpenting dalam pasaran komputer meja dengan anggaran bahagian
pasaran setinggi 90% atau lebih seperti pada tahun 2003 bagi Microsoft Office dan 2006 bagi
Microsoft Windows seiring dengan misi asal syarikat ini iaitu “sebuah komputer di atas setiap
meja dan di dalam setiap rumah mengendalikan perisian Microsoft”.
Microsoft Office telah banyak mengalami perubahan terutamanya dari segi peningkatan
kemudahan sejak pertama kali dilancarkan pada tanggal 20 Ogos 1992. Pada ketika itu,
aplikasi ini dipanggil sebagai Microsoft Office versi 3.0. Microsoft Office pada ketika itu turut
memperkenalkan Microsoft word sebagai “word processor”, Microsoft excel sebagai
spreadsheets, Microsoft power point sebagai aplikasi pembentangan dan Microsoft mail
digunakan untuk menerima dan menghantar email. Microsoft kembali melancarkan Microsoft
Office ‘95 pada tahun 1995 setelah popular dengan Microsoft office 3.0. Malah, Microsoft turut
melancarkan sistem operasi Microsoft window ‘95. Microsoft telah merombak window 3.1 dan
window 3.11 untuk workgroup. Microsoft Office terus berkembang dan semakin mampan sejajar
dengan perkembangan sistem operasi Microsoft windows. Pada tahun 2000, Microsoft telah
melancarkan beberapa versi baru dan sehingga kini masih digunakan sebagai aplikasi pilihan
pengguna. Beberapa versi yang masih terkenal dikalangan pengguna adalah Microsoft office
200, Microsoft office XP (2002), Microsoft office 2003 , Microsoft office 2007 , Microsoft office
2010 dan yang terbaru Microsoft office 2013.
1
2.0 Microsoft Office Word
Microsoft Word adalah sebuah aplikasi program yang dinamakan “word processor” yang
direka oleh Microsoft Corporation.Program ini diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1983
dengan nama Multi-Tool Word untuk Xenix. Kemudian, perlbagai versi dikembangkan untuk
menampung pelbagai sistem operasi seperti DOS (1983), Apple Macintosh (1984), SCO UNIX,
OS/2 dan Microsoft Window (1989).Microsoft Office Word diperkenalan setelah menjadi
sebahagian daripada Microsoft Office Sistem 2003 dan 2007. Pengguna komputer selalu
menggunakan program ini untuk melakukan kerja menulis seperti menghasilkan surat, proposal,
artikel dan pelbagai lagi. Malah, program ini juga menawarkan kepelbagaian “font” dan “layout”
yang pasti menarik pengguna untuk lebih kreatif menghasilkan kerja.
Selain Microsoft Word terdapat beberapa word processor yang terkenal dikalangan
pengguna seperti WordStar (WS),Word Perfect (WP), Ami Pro dan WordPad. Namun begitu,
Microsoft Word memberikan kemudahan yang lebih menarik pengguna berbanding word
processor yang lain. Program ini telah menghasilkan versi 1.0 hingga 6.0 untuk versi DOS dan
seiring dengan kemajuan Microsoft Coorporation, syarikat itu telah melakukan penambahbaikan
dengan mengeluarkan 12 versi Microsoft Word seperti versi ’95,’97,2000,2003 dan 2007, 2010
dan yang terbaru 2013.
2
3.0 Kaedah membuat “border” pada helaian halaman kerja
1- Buka Microsoft Office Word dan pilih “Blank Dokumen” untuk mendapatkan helaian
halaman yang kosong.
3
2- Klik “design” yang terdapat pada tab.
3- Setelah itu klik pada “page border”. “Page Border” merupakan bingkai yang mengelilingi
helaian halaman kerja kita agar tampak lebih kemas
4
“Design” menawarkan pelbagai
pilihan untuk menghias hasil kerja
agar tampak kemas dan menarik
Pada “page border” ini
terdapat “border””, page
border” dan juga “shading”.
Pengguna diberi pilihan
untuk mereka border
mengikut kreativiti sendiri
4- Hasil helaian halaman dokumen setelah memilih “border” yang sesuai. Pengguna boleh
mengubah “border” mengikut pilihan sendiri pada bila-bila masa.
5
Dapat dilihat “border”
yang mengelilingi
halaman. Menjadikan
halaman tampak
kemas dan cantik.
4.0 Langkah-langkah membuat watermark pada helaian halaman
1. Buka Microsoft Office Word dan pilih “Blank Dokument”.
6
2. Klik “design” yang terdapat pada tab.
3. Pilih “watermark” yang terdapat disebelah kiri Microsoft word
7
“Watermark” adalah
teks yang terdapat
pada latar belakang
halaman dokumen.
4. Hasil halaman kerja setelah selesai melakukan “watermark”.
5. Klik pada “custom watermark” untuk menggubah “watermark” mengikut kesesuaian
kerja. Pengguna boleh menulis “watermark” yang diingini.
8
“Custom watermark” menawarkan
kelebihan untuk mengubah
“watermark” yang sedia ada.
6. “Watermark” yang diubah suai sendiri oleh pengguna pada helaian kerja
7. Hasil terakhir kerja. Dapat dilihat “watermark” pada latar belakang kerja
9
5.0 Langkah-langkah Membuat “Page Number”
1. Buka Microsoft Office Word dan pilih “Blank Dokument”
10
2. Klik “insert” yang terdapat ada tab.
3. Klik “page number” yang terdapat pada Toolbar
11
“Page number” berfungsi
untuk memberi number
pada helaian halaman
4. Pilih “page number” mengikut cita rasa dan kesesuaian kerja.
5. “Header dan Footer” juga boleh digunakan untuk meletakkan nombor muka surat pada
helaian halaman
6. Helaian halaman yang telah lengkap dengan nombor muka surat
12
6.0 Langkah-langkah membuat “Columns” pada pada helaian halaman
13
Nombor helaian yang
telah terdapat pada
halaman dokumen.
1. Buka Microsoft Office Word dan pilih “Blank document”.
14
2. Klik pada menu “page layout” dan pilih “columns” yang terdapat pada Toolbar. Pilih
“columns” yang bersesuaian dengan kerja ingin dilakukan.
3. Hasil kerja yang telah dibahagikan menggunakan “columns”. “Columns” biasa digunakan
untuk membuat artikal majalah.
15
“Columns” merupakan
pengaturan dalam Microsoft
word untuk membahagikan
dokumen menjadi beberapa
baris dalam 1 halaman
7.0 Kesimpulan
Teknologi telah banyak memudahkan kerja seharian kita. Penggunaan alatan mesin
seperti mesin basuh dan peti ais telah meringankan kerja di rumah dan hampir setiap rumah di
Malaysia mempunyai kemudahan tersebut. Para suri rumah tidak lagi perlu bertungkus lumus
melakukan kerja rumah dengan hanya menggunakan kekuatan fizikal. Begitu juga ketika di
tempat kerja. Penggunaan aplikasi Microsoft word telah banyak membantu mereka melakukan
kerja pejabat dengan lebih cepat dan mudah. Mereka boleh membuat laporan, artikal dan juga
pelbagai kerja lain dengan hanya menggunakan kemudahan yang telah ditawarkan oleh
Microsoft word. Hal yang sama juga berlaku kepada pelajar. Semua sedia maklum pelajar
sering sibuk dengan pelbagai lambakan kerja. Penggunaan Microsoft dapat membantu mereka
menyelesaikan laporan kerja mereka denga pantas mengikut masa yang telah ditetapkan oleh
pensyarah. Oleh itu, penggunaan Microsoft word sangat penting dalam kehidupan seharian kita
sebagai pelajar mahupun pekerja.
16
8.0 Rujukan
1- http://pengertian-isp.blogspot.my/2015/04/pengertian-microsoft-word.html
2- https://ms.wikipedia.org/wiki/Microsoft
3- http://haztak21.blogspot.my/2013/06/sejarah-microsoft-word-lengkap.html
4- http://itinfo.uthm.edu.my/save-word-untuk-umum/
5- http://www.slideshare.net/arinihanifa/pengenalan-microsoft-word-2007
6- http://startechnet.blogspot.my/2013/05/pengenalan-microsoft-word.html
7- http://alyadina.blogspot.my/2013/04/kebaikan-dan-keburukan-teknologi.html
17