Report Isu2

14
UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF INDUSTRIAL TECHNOLOGY (UniKL MITEC) TITLE: ASSIGNMENT (LAPORAN PROJECT) MPU 3333 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA SEMESTER JANUARI 2015 (BQE) TAJUK: PENSYARAH: FAHRUL IRFAN B. ISHAK NAMA : NORFADZYLAH BINTI OTHMAN IC NUMBER : 940303065400 STUDENT ID : 57274113576 LECTURER : USTAZ FAHRUL IRFAN B. ISHAK PROGRAM : BQE 13/2 DUE DATE : 29 APRIL 2015

description

isu isu kontemporari

Transcript of Report Isu2

UNIVERSITI KUALA LUMPURMALAYSIAN INSTITUTE OF INDUSTRIAL TECHNOLOGY (UniKL MITEC)

TITLE: ASSIGNMENT (LAPORAN PROJECT)MPU 3333ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA SEMESTER JANUARI 2015 (BQE)TAJUK:PENSYARAH: FAHRUL IRFAN B. ISHAK

NAMA: NORFADZYLAH BINTI OTHMANIC NUMBER: 940303065400STUDENT ID: 57274113576LECTURER: USTAZ FAHRUL IRFAN B. ISHAK PROGRAM: BQE 13/2DUE DATE: 29 APRIL 2015H/P: 0139967973EMAIL: [email protected]

KANDUNGAN MUKA SURAT

KANDUNGANMUKA SURATPenghargaan 1Objektif 2Gambar Kumpulan dan Individu 3 Perancangan dan Perlaksanaan Montaj Video 4 - 5Permasalahan dan Penyelesaian 6Kesimpulan 7 Rujukan 8

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim. Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Isu-Isu Kontemporari Muslim di Malaysia dengan jayanya. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah saya, Ustaz Fahru Irfan b. Ishak kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya yang memberi saya dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekumpulan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa dan menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Seterusnya, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF

1. Mengenal pasti kriteria pemilihan jodoh dalam Islam.2. Membentuk keluarga yang bahagia dan kekal sepanjang hayat berlandaskan syariat Islam.3. Memperbetulkan niat sesesorang untuk berkahwin bukan hanya kerana nafsu.

GAMBAR KUMPULAN DAN INDIVIDU

PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN MONTAJ VIDEO

Perancangan dan perlaksanaan video ini, bermula seminggu selepas pemberian tugasan oleh ustaz Fahrul Irfan. Perbincangan diadakan bagi mendapat pendapat daripada semua ahli kumpulan untuk pemilihan tajuk, lokasi penggambaran dan watak-watak dalam video. Setelah persetujuan dibuat, kami menangguhkan pertemuan kami dengan menentukan tarikh untuk pertemuan seterusnya.Pengambaran dilakukan di Apartment Seri Mutiara, Seri Alam pada 5 April 2015. Pengambaran bermula setelah zuhur dan selesai sebelum asar. Berkat kerjasama dan komitmen daripada setiap ahli kumpulan, pengambaran video berjalan dengan lancer. Lokasi pengambaran tersebut dipilih bertujuan untuk mendapatkan suasana sebenar sebuah keluarga di rumah. Terdapat tiga watak utama iaitu ibu, ayah dan abang. Manakala, selebihnya menjadi watak pembantu iaitu adik, kakak, model dan gadis-gadis (calon isteri).Definisi pelakon adalah mereka yang melakonkan sesuatu watak di dalam sesuatu pementasan seperti bangsawan, teater, Mak Yong, Menora, atau penerbitan seperti filem, drama, lakonan, dan yang sepertinya. Biasanya seseorang pelakon akan melakonkan watak khayalan. Untuk kisah benar, pelakon tersebut mungkin melakonkan watak orang sebenar. Kadangkala, pelakon juga muncul sebagai diri mereka sendiri.

Dalam pembikinan video ini, saya telah diamanahkan untuk memegang watak ibu kepada 3 orang anak iaitu adik, kakak dan abang. Di dalam pembikinan video pendek ini, ibu adalah seorang yang lemah lembut namun tegas dalam menentukan pemilihan jodoh abang.Antara skrip ibu adalah:Waalaikumussalam, masuk la (menjawab salam suaminya yang pulang ke rumah)Sat, satRajinnya anak mak (memuji adik yang membuat ulangkaji)Sama sama la bapaknya (menjawab suaminya)Balik dah abang. Ermmm.. Masuklah pintu tak berkunci (ketika loceng dibunyikan kerana abang pulang ke rumah)Meh duk sini meh, baru nak balik (ketika sedang mempelawa abang untuk duduk di antara ibu dan ayah)ermmm.. kalau macam tu esok bolehlah mak carikan calonAish! Tak berkenan lah mak kalau macam ni (menidakkan permintaan abang kerana calon yang dikemukakan tidak memenuhi kriteria yang seorang ibu inginkan)

PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN

Tiada permasalahan yang berlaku sepanjang perlaksanaan video ini. Penggambaran dilakukan dalam masa satu hari berkat usaha dan kerjasama yang baik oleh setiap ahli kumpulan. Pada mulanya, kamera yang digunakan untuk mengambil video telah kehabisan bateri gara-gara tidak diperiksa terlebih dahulu oleh pihak yang sepatutnya namun masalah itu berjaya diatasi dengan menangguhkan seketika kira-kira satu jam setengah bagi menunggu bateri tersebut pada tahap setengah penuh untuk meneruskan penggambaran. Terdapat beberapa adegan yang terpaksa diulang untuk beberapa kali kerana ini adalah pengalaman pertama untuk berlakon dan mendalami watak dan memahami situasi. Namun hal ini dapat diatasi dengan membuat latihan terlebih dahulu sebelum adegan itu dilakukan. Seterusnya, permasalahan yang melibatkan pencahayaan dan sudut penggambaran. Masalah ini dapat diatasi dengan bantuan daripada semua ahli kumpulan.

KESIMPULAN

Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewjipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhi. Islam telah menggariskan kriteria-kriteria yang diperlukan untuk memilih calon isteri dan suami. Antara kriterianya adalah mempunyai persamaan agama, berakhlak mulia, berharta dan rupa paras yang cantik. Dengan mengikuti segala panduan yang telah digariskan oleh Islam dalam kriteria pemilihan jodoh, maka perkahwinan yang terbina akan menjadi harmoni dan lebih diberkati. Sesungguhnya Islam itu agama yang mudah Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang dibina di atas asas yang paling teguh dan betul mengikut Islam yang dapat memenuhi ciri-ciri dan kehendak syariat Islam. Dengan terlaksananya aturan tersebut InsyaAllah segala cita-cita untuk membina sebuah istana keluarga akan mendapat kejayaan di samping mendapat rahmat dan nikmat dari Allah S.W.T. Semua pihak akan dapat menikmati kabahagiaan dan kerukunan rumahtangga.

RUJUKAN

1. http://www.academia.edu/7872797/Konsep_kafaah_menurut_pandangan_Islam_and_pandangan_fuqaha2. http://islamdiaries.tumblr.com/post/31911406977/memilih-pasangan-idaman-menurut-sunnah-rasulullah