Post on 12-Mar-2019
KEBERKESANAN LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH
(LPBS) GURU PELATIH j-QAF
MOHD AMAR ASYRAF B. ABD RAHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pin. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט
JUDUL: KEBERKESANAN LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH
(LPBS) GURU PELATIH j-QAF
SESI PENGAJIAN : 2011/2013
Saya MOHD AMAR ASYRAF B. ABD RAHMAN No. Matriks MP 111305
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR Tarikh: 27 MEI 2013
Tarikh:
CATATAN:
*
Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּטpenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
16, TAMAN PINGGIR BATU 7,
86200, SIMPANG RENGGAM,
JOHOR
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)”
Tandatangan : -------------------------------------------------------
Nama Penyelia : DR LOKMAN BIN MOHD TAHIR
Tarikh :
KEBERKESANAN LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH
(LPBS) GURU PELATIH j-QAF
MOHD AMAR ASYRAF B. ABD RAHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
UTM
2013
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………
Nama Penuh : MOHD AMAR ASYRAF B. ABD RAHMAN
Tarikh : 28 MEI 2013
iii
DEDIKASI
Untuk ayahanda, bonda, dan ummi,
Abd Rahman Hasmuni,
Ropingah Sardi,
Saerah Penachok,
Di atas doa dan restu yang kalian hulurkan .
Untuk isteri, putera,dan puteriku,
Noorhidayah Saharan,
Muhammad Adam Alfi,
Awfa Awatif,
Di atas segala sokongan dan pengorbanan yang kalian curahkan.
Untuk teman seperjuangan,
Di atas bantuan kalian selama ini.
Buat semua yang terlibat,
kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Dr Lokman
b Mohd Tahir kerana tidak jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dari
permulaan sehinggalah selesai kajian ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya
kepada semua pensyarah UTM yang pernah mencurahkan bakti mereka di kelas Pesisir
Muar ini.
Ucapan terima kasih kepada ahli keluarga terutama isteri dan anak-anak kerana
memahami tugasan saya, memberi sokongan dan membantu menyempurnakan lagi
kajian ilmiah ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada subjek-subjek kajian yang
terdiri daripada guru pelatih j-QAF kerana telah memberi kerjasama yang cukup baik
sepanjang proses kajian dijalankan dan juga sudi meluangkan masa menjawab
soalan-soalan yang diutarakan
Akhir sekali, kepada rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi
segala suka dan duka sepanjang proses pembelajaran ini. Semangat setia kawan dan
keikhlasan membantu serta sedia berkongsi maklumat akan saya ingat buat selamanya.
v
ABSTRAK
Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap
keberkesanan Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
Guru-guru Pelatih j-QAF. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif melalui temu bual yang dijalankan terhadap tujuh orang
responden. Instrumen yang digunakan ialah semi struktur temu
bual yang difokaskan kepada empat tema penting kajian. Diantara
objektifnya ialah masalah yang dihadapi, persediaan diri,
sokongan, dan harapan Guru Pelatih j-QAF terhadap Latihan
Perguruan Berasaskan Sekolah ini. Dapatan kajian telah memberi
maklum balas tentang keberkesanan Latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah (LPBS) dan ia amat berguna kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru,
dan Pihak Sekolah untuk merancang strategi-strategi tertentu ke
arah kecemerlangan latihan mereka.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to identify the effectiveness of the
School-Based Teacher Training (LPBS) for Teacher Trainee j-
QAF. This study used qualitative methods through an interview
conducted on seven respondents. The instrument used was a semi-
structure interview, built on the key themes of the study. Among
its objectives are the problems faced by them, preparation of
teaching and learning, support others, and expectations of Trainees
j-QAF for this Teacher Training. The findings of the study was to
provide feedback on the effectiveness of School-Based Teacher
Training (LPBS) and it is very useful to the MOE, BPG, and the
School to plan specific strategies to excel their training.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 12
1.5 Persoalan Kajian 13
1.6 Skop Kajian 13
1.7 Definisi Istilah 14
1.8 Kesimpulan 15
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Program j-QAF 18
viii
2.3 Objektif j-QAF 19
2.4 Model-Model j-QAF 20
2.5 Kepentingan Program j-QAF 20
2.6 Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) 23
2.7 Kajian Lepas 25
2.8 Kesimpulan 30
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Lokasi Kajian 33
3.4 Populasi Dan Sampel 34
3.5 Insrumen Kajian 34
3.6 Prosedur Kajian 40
3.7 Analisis Data 41
3.8 Kesimpulan 42
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 43
4.2 Demografi Guru Pelatih J-QAF 44
4.3 Dapatan Kajian 48
4.4 Rumusan Ringkas Dapatan 62
4.5 Kesimpulan 62
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Rumusan 65
5.3 Perbincangn dapatan kajian 67
5.4 Implikasi dan cadangan 79
5.5 Cadangan Kajian lanjutan 82
5.6 Kesimpulan 84
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.4 Soalan-soalan yang dibina 37
4.1 Perbandingan Demografi Guru Pelatih j-QAF 45
4.2 Masalah dan kelemahan Guru Pelatih j-QAF 52
4.3 Persediaan Guru Pelatih j-QAF 56
4.4 Sokongan Guru Pelatih j-QAF 59
4.5 Harapan Guru Pelatih j-QAF 62
5.1 Ciri-ciri Utama Dapatan Kajian 65
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model School-Based Training 23
2.2 Kualiti Guru Permulaan 24
3.1 A Way of Crudely Classifying Method in Social 32
3.3 Jenis-Jenis Soalan Temu Bual 36
xii
SENARAI SINGKATAN
BBM Bahan Bantu Mengajar
BPG Bahagian Pendidikan Guru
BKPIM Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam & Moral
ICT Information and Communication Technology
IPTHO Institut Perguruan Tun Hussin Onn
IPTI Institut Perguruan Temenggung Ibrahim
J-QAF Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain
LPBS Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
UM Universiti Malaya
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Status Pelajar 1 99
B Surat Status Pelajar 2 100
C Borang Temubual 101
D Transkrip Temu Bual 1 105
E Transkrip Temu Bual 2 109
F Transkrip Temu Bual 3 114
G Transkrip Temu Bual 4 118
H Transkrip Temu Bual 5 123
I Transkrip Temu Bual 6 127
J Transkrip Temu Bual 7 131
K Tema Kajian 135
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Program Pendidikan Islam j-QAF yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan empat elemen utama
dalam pelajaran Pendidikan Islam iaitu Jawi, al-Quran, Bahasa Arab
dan Fardhu Ain. Program j-QAF ini merupakan cetusan idea Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ke-5, yang mana beliau
berhasrat dengan program ini akan melahirkan murid di sekolah
rendah yang mahir tulisan jawi serta mahir dalam membaca al-Quran
sebelum melangkah ke sekolah menengah (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2004; Amri, 2005).
Susulan daripada itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menganjurkan Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain
(j-QAF) peringkat kebangsaan pada 3, 4 dan 5 Mac 2004 untuk
2
merangka program Pendidikan Islam j-QAF ini (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2004; Amri, 2005).
Maka bermula Projek Rintis Fasa I selama tiga bulan dan
berakhir pada Julai 2004 dan juga Projek Rintis Fasa II dilaksanakan
di dua buah sekolah yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur pada 1 Oktober hingga 31 Oktober 2004. Setelah itu
Kementerian Pelajaran Malaysia secara rasminya telah merealisasikan
program Pendidikan Islam j-QAF secara berperingkat dalam sistem
pendidikan di Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004).
Bagi menjayakan program ini, guru-guru dilatih melalui
kaedah Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di sekolah
yang terpilih serta menjalani latihan ikhtisas di Institut Perguruan di
seluruh negara semasa cuti sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia
berhasrat program ini akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2010 di
semua sekolah rendah seluruh Malaysia (Ibrahim Hashim et.al, 2009).
Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang
dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mirip model
Pembangunan Profesional yang Berterusan iaitu Continuing
Professional Development (CPD). Latihan Perguruan Berasaskan
Sekolah (LPBS) ini merujuk kepada satu proses pengesanan kendiri
dan pendokumentasian, kemahiran diri, pengetahuan dan pengalaman.
Kesemuanya diperolehi sepanjang latihan yang berterusan samada
didalam keadaan rasmi atau tidak rasmi, semasa waktu berkerja atau di
luar waktu berkerja (Rowie, 1995; Allen, 2009).
Program ini telah pun digunapakai secara meluas di negara-
negara Eropah termasuk Jerman, Belanda, Sepanyol, Austria, Perancis
3
dan Belgium. Profesion seperti doktor dan jururawat mengunakan
kaedah seperti ini yang mana ia berjaya melahirkan doktor dan
jururawat sangat cekap dan tinggi tahap profesionalnya serta berjaya
mengurangkan kadar kecuaian semasa rawatan mahupun ketika
pembedahan (Khairul Anuar, 2002; George, 2011).
Kemudiannya, ia diperluaskan di bidang perguruan pula yang
mana ia memerlukan guru mencatat dan merekodkan segala
pengalaman, pengetahuan serta kemahiran sepanjang latihan didalam
catatan harian seperti refleksi diri, buku rancangan pembelajaran dan
disimpan didalam satu fail (Rowie, 1995).
Proses Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
membantu guru menguruskan pembangunan diri secara kendiri dan
berterusan semasa di sekolah. Ia berfungsi sebagai satu demensi untuk
membantu guru menterjemahkan segala yang diperolehi semasa
latihan ke dalam bentuk fizikal sebelum guru tersebut disahkan atau
dilantik sebagai guru terlatih di sekolah (Craft, 2001; Misnan et.al,
2009).
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelbagai usaha Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam membantu meningkatkan dan membangunkan mutu
sistem pendidikan negara seiring dengan kemajuan negara dan
kepesatan perubahan masa. ini sangat penting dalam memastikan
4
kelangsungan hidup sistem pendidikan negara dan menjadikan negara
pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia (Yazid, 2001).
Bagaimanapun, hasrat ini bukan satu perkara yang mudah
untuk direalisasikan. ia menuntut kepada segala peningkatan kualiti
secara berterusan dari semua segi dan kerjasama semua pihak yang
berkaitan dengan bidang pendidikan ini. Hal ini disebabkan kualiti
pendidikan ini berhubung secara langsung dengan kualiti guru
(Hanushek, 1992; Sanders & Rivers, 1996; Yazid, 2001).
Tugas dan peranan guru pada masa kini menjadi semakin
kompleks dan rumit. Mereka bukan sahaja diwajibkan untuk
menguasai ilmu pengetahuan terhadap isi kandungan subjek yang
diajarnya, malah dituntut juga berupaya untuk melaksanakan pelbagai
fungsi lain seperti merancang unit-unit pengajaran yang bersesuaian
dengan tahap penguasaan pelajar, mempraktikkan teknik pengawalan
kelas dengan baik, menilai kemajuan pelajar secara berterusan,
memotivasi pelajar dan bertindak balas dengan sewajarnya terhadap
perbezaan yang wujud di dalam kelas meraka (Cotton & Savard, 1992;
Cotton, 2001; Renard, 2003; Mohd Nor & Ismail, 2007).
Profesion perguruan pada masa kini tidak boleh dianggap
sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja (Lokman
dan Ida Juliana, 2007). Hanya mereka yang mempunyai kualiti,
keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa
pendidik layak menjadi guru (Yahya, 2005). Jelas menunjukkan
bahawa guru perlu ada persediaan bukan sahaja dari segi mental tetapi
juga dari segi fizikal.
5
Tugasan yang mencabar ini akan menjadi lebih sukar dan
membebankan apabila ia terpaksa dilaksanakan oleh Guru Pelatih j-
QAF yang baru sahaja melangkah kaki ke bidang pendidikan.
Ditambah dengan harapan yang menggunung tinggi turut diletakkan
dibahu para guru ini untuk siap sedia melengkapkan diri dengan semua
pengetahuan dan kemahiran tentang proses pembelajaran dan
pelajaran (P&P) sebaik sahaja masuk ke dunia pendidikan, disamping
berupaya untuk menyesuaikan diri dengan iklim sekolah dalam
tempoh masa yang singkat dan cepat (Renard, 2003; Mohd Nor &
Ismail, 2007; Chee, 2008).
Terdapat halangan dan kelemahan didalam program latihan
perguruan itu sendiri seperti jangka masa latihan yang terlalu singkat
serta kurikulum keguruan yang terlalu padat. Ini menyebabkan produk
guru yang dihasilkan terbatas kepada tahap bersedia mengajar sahaja
dan mereka sebenarnya masih memerlukan bimbingan atau program
induksi lanjutan yang lebih sistematik serta komprehensif (Bahagian
Pendidikan Guru, 1996b).
Hal ini kerana kegagalan guru yang terlatih dalam
menunjukkan bahawa mereka benar-benar profesional turut
menyumbangkan kepada masalah profesionalisme keguruan. Suatu
tinjauan yang mendapati bahawa guru tidak dapat mengawal masalah
yang dihadapi dalam kelas seperti kesukaran mengawal pelajar, pelajar
bersikap negatif, pelajar tidak berminat belajar, pasif dan gagal
memahami pelajaran yang diajar menyebabkan guru mengambil
pendirian ''tidak peduli'' (Lourdusamy & Tan, 1992).
6
Pengkajian dalam pengalaman guru-guru permulaan telah
menunjukkan perbezaan antara jangkaan guru dan realiti tempat kerja
(Veenman, 1984). Tahun pertama pengajaran, sering menyebabkan
kekecewaan untuk guru-guru, yang menyedari bahawa realiti
profesion perguruan adalah berbeza daripada jangkaan mereka
(Johnston, 1994; Labaree, 2000).
Oleh itu, perlunya pengurusan latihan perguruan yang mantap
untuk Guru Pelatih j-QAF ini agar tidak berlakunya keciciran atau
terasingan dari organisasi sekolah. Ini kerana kadar keciciran guru
pada awal kerjaya mereka akan memberi kesan dan impak yang
kurang baik sehingga meraka membuat keputusan meninggalkan
profesion perguruan ini (Ingersoll & Smith, 2003).
Terdapat pelbagai sebab guru-guru ini meninggalkan kerjaya
sebagai seorang guru, antaranya ialah masalah gaji yang rendah,
masalah disiplin pelajar, pelajar yang tidak bermotivasi, tiada peluang
untuk meningkatkan kerjaya, pengaruh dan tekanan sekolah dan
pengurusan masa yang tidak teratur (Ingersoll, 2001).
Kelemahan mereka bukan sahaja dalam aspek penguasaan
ilmu, bahkan aspek pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) termasuk pengunaan Information and Communication
Technology (ICT) dalam pendidikan, personaliti, dan persekitaran
guru (Bahagian Pendidikan Guru, 2006a).
Pengkaji pendidikan juga ada menyatakan bahawa majoriti
guru yang mengajar pada beberapa tahun pertama mereka mengalami
7
pelbagai masalah dalam pengajaran seperti mengurus murid, menjalin
hubungan yang baik didalam bilik darjah, menguasai isi kandungan
pelajaran, merancang aktiviti yang melibatkan murid dan membantu
mereka belajar, memantau pemahaman murid dan menjadi sebahagian
daripada struktur sosial sekolah (Veenman, 1984).
Guru pelatih atau yang baru berkhidmat di sekolah biasanya
tidak dapat menguasai pengajaran yang efektif dan berkesan dalam
tempoh yang singkat. Masa dan pengalaman sahaja yang akan
mematangkan dan membina diri guru tersebut. Namun begitu, Ia juga
bergantung pada kesediaan guru tersebut dalam proses pembelajaran
dan menimba pengalaman serta pemerhatian terhadap rakan guru dan
mentornya (Barlin et.al, 2009).
Ini diperkuatkan lagi dengan kajian Bush dan Coleman (1995)
mentor adalah satu aspek penting dalam pembangunan profesional di
banyak negara, kerana guru dan pengetua mendapat manfaat yang
besar daripada hubungan mentor ini. Kelemahan dan kecuaian mentor
dalam beberapa sistem pendidikan sering menyebabkan pengetua
mengambil alih peranan mentor (Menon 2012).
Persediaan Guru Pelatih j-QAF semasa berada di kelas berada
pada tahap yang sederhana. Hal ini kerana Bahan Bantu Mengajar
(BBM) yang digunakan tiada inovasi dan kreativiti yang boleh
menarik perhatian dan meningkatkan kefahaman pelajar didalam
kelas. Ada juga guru yang dikatakan tidak mempunyai persediaan
langsung terhadap proses pengajaran dan proses pembelajaran di
sekolah (Mohd Faeez et.al, 2013)
8
Amalan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
efektif ini masih belum dilaksanakan secara sepenuhnya
memandangkan keperluan guru memberikan masa, tenaga dan wang
ringgit untuk menyediakannya (Kamarudin & Siti Hajar, 2004).
Selain itu, terdapat beberapa masalah utama diawal kerjaya
guru ini seperti sikap, kurang maklumat dan bimbingan, kurang
kerjasama dan kefahaman tentang dasar-dasar Kementerian Pelajaran
Malaysia dan hasrat kerajaan (Zaliha, 2007). Dapat dilihat dengan
jelas peratus tertinggi masalah kerana meraka menjadikan kerjaya
sebagai guru ini sebagai pilihan terakhir dan tidak berminat menjadi
guru. Keduanya, kurang maklumat dan bimbingan yang mereka
perlukan untuk membiasakan diri dengan tugas dan tempat yang baru
(Bahagian Pendidikan Guru, 2006a).
Masalah seterusnya ialah pengetahuan Guru Pelatih j-QAF
masih berada pada tahap sederhana dan lemah. Guru ini tidak
menguasai sepenuhnya subjek yang diajar. Guru seharusnya
melengkapkan diri dengan pengetahuan secukupnya. Selain itu, guru
juga perlu mengikuti perkembangan terkini dan sentiasa
menambahkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa. Hal ini
kerana, pelajar pada masa kini tidak sama dengan pelajar pada masa
dahulu (Bahagian Pendidikan Guru, 2006a).
Tan (1997) mencadangkan satu pendekatan pengajaran yang
lebih berpusat kepada pelajar. Cadangan ini dibuat berdasarkan
andaian bahawa persekitaran yang bebas dan terbuka diperlukan untuk
merangsang kreativiti mereka. Pendekatan pengajaran yang
berpusatkan pelajar akan merangsang keseronokkan, penglibatan
dalam aktiviti bilik darjah, konsep kendiri dan bakat pelajar itu sendiri.
9
Masalah kerjasama atau hubungan diantara anggota sekolah
juga akan menyukarkan lagi pelaksanaan tugas mereka. Guru Pelatih
j-QAF akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bantuan dan
sokongan. Diantara masalah lain yang dihadapi ialah tugas luar
bidang, sokangan rakan guru dan sokongan pentadbiran sekolah
(Bahagian Pendidikan Guru, 2006b).
Guru perlukan sokongan dan pelbagai sumber bagi
membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan yakin dan
bersemangat. Mereka memerlukan sokongan pendekatan dalam bidang
kurikulum dan pengajaran (Barlett dan Johnson, 2010).
Menurut Bahagian Pendidikan Guru (2006a), guru berharap
supaya diri mereka amat berharga pada sekolah. Segala pengalaman
dan pengetahuan yang ada perlu dihargai bagi membantu pihak
sekolah mencapai visinya. Mereka juga berharap agar dirinya diterima
oleh semua lapisan masyarakat di sekolah. Penerimaan ini sangat
penting kerana ia akan membantu memudahkan mereka memberi
kerjasama dan melibatkan diri dalam program sekolah.
Oleh itu, untuk menyediakan bentuk pendidikan yang lebih
berkualiti, tumpuan dan fokus perlu diberikan kepada bakal guru yang
hendak berkhidmat agar dapat memantapkan komitmen terhadap
profesion perguruan. Oleh itu, semua Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program
persediaan guru perlu menambahbaik kurikulum program pendidikan
mereka agar menepati keperluan dan kehendak semasa (Bahagian
Pendidikan Guru, 2006a).
10
Untuk itu, pelbagai pendekatan baru telah dirangka bagi
memastikan bakal-bakal guru yang dibentuk telah diperlengkapkan
dengan segala pengetahuan tentang subjek yang akan diajar disamping
didedahkan dengan pelbagai aspek penting dalam proses pembelajaran
dan pengajaran (P&P).
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini pengkaji mengukur keberkesanan Latihan
Perguruan Berasakan Sekolah (LPBS) untuk Guru Pelatih j-QAF dari
segi empat aspek yang utama iaitu masalah dan kelemahan guru,
persediaan guru, sokongan dari sekolah serta harapan Guru Pelatih j-
QAF terhadap Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini
Guru Pelatih j-QAF yang baru sentiasa berhadapan dengan
masalah dan kelemahan dalam tahap kesediaan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pedagogi guru pelatih dan baru dikatakan kurang
memuaskan dan keyakinan diri dalam menyampaikan isi pelajaran
masih ditahap rendah (Hashim dan Mohd Daud, 2001).
Guru Pelatih j-QAF mempunyai tahap motivasi yang rendah.
Kebanyakkan Guru Pelatih j-QAF tidak yakin untuk mengendalikan
kelas yang ramai. Mereka juga tidak mampu untuk mengawal kelas
yang ramai. Guru juga didapati tidak berkeyakinan untuk
menyampaikan pengajaran. Guru Pelatih j-QAF didapati gementar
semasa mengajar dan juga kelihatan kaku semasa menyampaikan isi
11
kandungan pelajaran. Hal ini akan mempengaruhi keyakinan pelajar
terhadap Guru Pelatih j-QAF. Akibatnya proses pengajaran dan
pembelajaran terganggu.
Pengetahuan dan kemahiran mengajar guru pelatih atau baru
berada pada tahap sederhana. Guru ini seringkali dikatakan
menghadapi masalah dalam aspek pengajaran di bilik darjah. Perkara-
perkara seperti penerapan nilai dan kemahiran berfikir tidak
ditekankan dalam proses pengajaran. Guru Pelatih j-QAF sepatutnya
menggunakan kemahiran berpusatkan pelajar dan sanggup mengajar
subjek yang bukan bidang pengkhususan (Baharin, 2006).
Persedian pengajaran boleh membantukan proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Oleh itu, persediaan sebelum
pengajaran dan pembelajaran (P&P) Guru Pelatih j-QAF seharusnya
ditingkatkan agar prosesnya berjalan dengan baik (Hashim dan Mohd
Daud, 2001).
Persediaan Guru Pelatih j-QAF semasa berada di kelas berada
pada tahap yang sederhana dan merupakan masalah terhadap tahap
profesionalisme. Hal ini kerana Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
digunakan tidak mempunyai inovasi dan kreativiti yang boleh menarik
perhatian dan meningkatkan kefahaman pelajar (Faeez et.al, 2013).
Ada Guru Pelatih j-QAF yang dikatakan tidak mempunyai
kesediaan langsung terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di Sekolah (Baharin, 2006). Kekurangan kesedian pengajaran
boleh membantukan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
dalam kelas. Oleh itu, kesediaan semasa pengajaran dan pembelajaran
(P&P) Guru Pelatih j-QAF seharusnya ditingkatkan.
12
Terakhir sekali, mengenai harapan Guru Pelatih j-QAF
mengenai Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Terdapat kajian
oleh Nor dan Ismail (2007) menyatakan terdapat masalah stress
dikalangan Guru Pelatih j-QAF yang sedang menjalani latihan
perguruan. Ini membuatkan pengkaji ingin mengetahui perasaan dan
harapan sebenar Guru Pelatih j-QAF semasa latihan ini.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:
1. Mengenalpasti masalah dan kelemahan Guru Pelatih j-QAF
terutama dalam proses pembelajaran dan pengajaran semasa
Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS).
2. Mengenalpasti persediaan dan persiapan Guru Pelatih j-QAF
sebelum memulakan proses pembelajaran dan pengajaran
(P&P) semasa Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah
(LPBS).
3. Mengenalpasti usaha pihak sekolah dalam membantu
membina pengetahuan diri Guru Pelatih j-QAF sepanjang
Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) dijalankan.
4. Mengetahui harapan Guru Pelatih j-QAF semasa menjalani
Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini.
13
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian dan juga pernyataan masalah yang
telah disenaraikan, terdapat beberapa persoalan kajian yang perlu
diteliti:
1. Apakah masalah dan kelemahan Guru Pelatih j-QAF
terutama dalam proses pembelajaran dan pengajaran?
2. Apakah persedian Guru Pelatih j-QAF sebelum proses
pembelajaran dan pengajaran (P&P)?
3. Apakah sokongan yang diberikan pihak sekolah dalam
membantu Guru Pelatih j-QAF?
4. Apakah harapan Guru Pelatih j-QAF semasa menjalani
Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)?
1.6 Skop Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa skop tertentu. Antaranya
adalah :
1. Kajian ini dibuat dengan menganalisis keberkesanan
Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) untuk Guru
Pelatih j-QAF sahaja.
2. Kajian ini hanya melibatkan seramai 7 Guru Pelatih j-QAF
ambilan tahun 20012/2013 di negeri Johor.
14
1.7 Definisi Istilah
Terdapat beberapa istilah yang perlu didefinisikan di dalam
kajian ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan pembaca dengan
apa yang ingin disampaikan oleh pengkaji. Istilah-istilah adalah seperti
berikut :
1.7.1 Keberkesanan
Perkataan keberkesanan diambil dari perkataan kesan dengan
penambahan imbuhan “ke”, “ber” dan “an”. Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005) mendefinisikan keberkesanan sebagai
keadaan atau hal berkesan. Bersinonim dengan akibat iaitu
hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek.
Keberkesanan ini akan melihat dan menganalisis sejauhmana
Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang diterima
oleh Guru Pelatih j-QAF ini berkesan atau tidak dalam
membentuk guru yang mahir dan berkebolehan tinggi dalam
pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Keberkesanan juga dimaksudkan perubahan pada pengetahuan,
tingkah laku atau sikap guru berdasarkan matlamat dan objektif
yang digariskan setelah melalui program (LPBS) j-QAF ini.
15
1.7.2 Latihan Perguruan Berasakan Sekolah (LPBS)
Kursus Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) selama
18 bulan iaitu tiga semester. Sepanjang latihan, mereka
ditempatkan di sekolah-sekolah rendah. Meraka akan menerima
latihan secara formal di Institut Perguruan yang ditetapkan
untuk menghabiskan silibus diploma perguruan untuk menjadi
Guru Terlatih j-QAF.
1.7.3 Guru Pelatih j-QAF
Guru Pelatih j-QAF ini ialah guru pendidikan Islam luar norma
yang dilantik khusus untuk mengajar dan memastikan murid-
murid dari peringkat sekolah rendah supaya mahir baca dan
tulis jawi, boleh baca al-Quran dengan lancar, boleh
berkomunikasi dalam bahasa Arab dan boleh mengamalkan
amalan fardu ain dengan baik.
1.8 Kesimpulan
Oleh itu, untuk melahirkan sistem pendidikan yang bertaraf
dunia. Pengurusan latihan perguruan untuk Guru Pelatih j-QAF adalah
sangat penting dalam sistem pendidikan negara. Ini kerana guru yang
berkualiti akan menjadi agen terpenting yang akan mencorak dan