Etika Perguruan

34
PENGENALAN Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA. justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing. Kod etika juga memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut: tanggungjawab terhadap pelajar; tanggungjawab terhadap ibu bapa; tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Meliputi aspek-aspek moral yang baik dan 1

Transcript of Etika Perguruan

Page 1: Etika Perguruan

PENGENALAN

Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia etika ialah suatu sistem

dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. setiap

badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. setiap profesion

akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang

menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA. justeru, etika

profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh

individu-individu mengikut profesion masing-masing.

Kod etika juga memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang

perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-

individu dalam sesuatu profesion. tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan

integriti moral sesuatu profesion. setiap guru harus mematuhi kod etika yang

terdapat dalam TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang

disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut:

tanggungjawab terhadap pelajar; tanggungjawab terhadap ibu bapa;

tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan tanggungjawab

terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak

dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.  Meliputi

aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan salah

dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.

Kod Etika turut memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang

perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-

individu dalam sesuatu profesion. Bertujuan untuk mengekalkan integriti

moral sesuatu profesion.

1

Page 2: Etika Perguruan

DEFINISI ETIKA

I. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan

Bahasa & Pustaka, 1995).

II. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

III. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap

masyarakat.

IV. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan

Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

DEFINISI ETIKA PERGURUAN

Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru

terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa

pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion

perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

I. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam

profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

II. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab

guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih

faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

III. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini

menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.

IV. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini

ataupun di negara lain.

2

Page 3: Etika Perguruan

V. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini

dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat

menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan

dikuatkuasakan.

TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP PROFESION KEGURUAN

a) Tanggungjawab terhadap Pelajar

Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil terhadap setiap

pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar Menunjukkan

suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik Membimbing atau

mengajar seseorang pelajar

b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa Mewujudkan hubungan mesra dan

kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan

sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan

kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar

terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara

Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama Menggalakkan

kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan

dengan masyarakat. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan

kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara

3

Page 4: Etika Perguruan

d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang

boleh mencemarkan nama baik seorang guru Sentiasa bersedia membantu

rakan sejawat Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik

profesion perguruan Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh

menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

e) Akauntabiliti Guru ‘ akauntabiliti’

bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu.

Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan

mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk

mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti keguruan

tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. 

akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme

keguruan.   

f) Kebaikan Akauntabiliti

Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan

berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah Pelajar akan mempunyai

motivasi yang kuat untuk belajar Penekanan pada pencapaian memotivasikan

guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru.

Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah.

g) Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah

Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid. Bersifat

optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah

4

Page 5: Etika Perguruan

mengajar yang terkini dan canggih Perhubungan sosial yang baik . Kawalan

disiplin yang berkesan

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Membina satu program perkembangan ko-

kurikulum yang dinamik Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan

murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik Menjalankan

tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah

h) Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku

Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan Menjadi seorang 'role

model' yang baik dalam masyarakat setempat Mengurus kewangan sendiri

dengan bijaksana Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas

kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan memelihara

penampilan diri Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang

mengawal emosi ketika mengajar

i) Akauntabiliti Guru terhadap Murid

Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid Bersedia

menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil Ikhlas dalam

menyampaikan ilmu pengetahuan Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu

bapa. Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran

j) Akauntabiliti Guru terhadap Profesion

Menjadi ahli kesatuan guru elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang

profesionnya dalam media tempatan elakkan daripada menganggotai parti

haluan kiri/ kegiatan pengganas , dan politik Selalu bersedia membantu rakan

sejawat elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau

merbahaya

5

Page 6: Etika Perguruan

k) Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti

Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar,

masyarakat atau negara Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam

segala aktiviti sosial Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-

kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat Tidak

mencemarkan nama baik rakan sejawat

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1)        Guru tidaklah harus bertingkah laku yang tidak elok sehingga boleh  

mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang  

kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak tanduk dan

sikap guru lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar

dan ibu bapa. Adalah amat penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan

agar tidak menccemarkan kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan

kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang membawa

tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan

berakhlak mulia. Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai

guru dalam membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka.

2)         Guru tidaklah harus bertingkahlaku yang boleh membawa kepada  

jatuhnya   maruah diri dan kehilangan  amanah berhubung dengan  

kewangan

Etika ini adalah melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila

memegang sesuatu amanah terutamanya yang melibatkan kewangan. Seorang

guru selain daripada mengajar dan mendidik, ada kalanya guru juga akan

melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan sebagainya. Dalam memegang

amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur, berhati-hati dan tidak

6

Page 7: Etika Perguruan

lalai. Ini adalah kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh

membuang kepercayaan pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan terhadap

guru tersebut. Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak mereka kepada

seorang guru yang tidak jujur dan lalai.

3)         Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya  

dengan  jujur

Ini bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar,

guru hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk

mendapat ganjaran, nama mahupun populariti dikalangan pelajar. Jujur dalam

memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah sekali cuba untuk

mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.

4)        Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya.  Kepentingan

murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat,  

persatuan atau persendirian.

Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat

keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak

persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama

perlu guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag

guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika

disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di

ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian

sepenuhnya kepada pelajar.

5)         Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada  

setiap  muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.

Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama

mengikut keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa

Melayu dan beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan memberi

7

Page 8: Etika Perguruan

tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana berpendapat beliau mahu

membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain yang

dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini

boleh menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar-

pelajar bangsa Cina dan India.

6)         Guru haruslah bertugas sebagai ’pengganti ibu bapa’ dalam usaha    

membentuk  tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh  

masyarakat

sebaik   sahaja pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah merupakan

orang paling   tua dan orang yang paling diharapkan untuk menjaga,

mengasuh dan mendidik   pelajar kerana pada waktu persekolahan, ibu bapa

sebenar keluar bekerja dan   tidak dapat menumpukan perhatian pada anak

mereka. Seorang guru yang baik   adalah seorang yang melayan

pelajarnya seperti anak sendiri agar pelajar tidak   merasa tersisih dan dapat

menikmati kasih sayang yang mungkin tidak diperolehi   ketika di rumah.

7)         Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap  

semua   murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama,  

kepercayaan   politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain

guru mesti melayan dan menyempurnakan tugasnya sama rata. Dalam mengajar

juga, ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata tanpa mengira status pelajar

dihadapannya. Semua pelajar memerlukan ilmu pengetahuan yang sama sama

ada dari mana dan siapa pelajar tersebut kerana mereka datang ke sekolah

dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu.

      8)   Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan  

 muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi

mereka   dari   segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain 

8

Page 9: Etika Perguruan

semasa mengajar guru harus peka bahawa pelajar adalah individu yang berbeza

antara satu sama lain dari segi pembelajaran dan pemahamannya. Guru harus

peka dan sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal

dalam membantu mereka menonjolkan potensinya. 

9)    Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit  

mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak    

berkenaan

guru sebagai seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh dipercayai

selepas ibu bapa bagi pelajar itu. Maka apa sahaja maklumat mengenai pelajar tidak

boleh didedahkan sama sekali terutama jika maklumat itu boleh memalukan dan

mengaibkan pelajarnya.

10)      Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan  

   kepentingan murid, masyarakat atau negara

guru tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya dan seterusnya tidak

mementingkan kehendak masyarakat dan mencapai matlamat negara.

      11)  Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua  

 muridnya   supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara  

yang   taat dan berguna

melengkapkan pelajar dengan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang

baik sekaligus dapat melahirkan warganegara yang baik dan sedia memberi

sumbangan kepada masyarakat dan negara.

      12)      Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh  

mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya

guru harus menjaga dan menyusun katanya dengan baik agar apa sahaja

perkataan yang keluar dari guru tidak disalah erti dan menimbulkan rasa curiga

9

Page 10: Etika Perguruan

kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa. Ini boleh menjatuhkan maruah dan

merendahkan martabat guru itu sendiri.

13)       Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik  

atau 'role model' kepada muridnya

guru sentiasa harus menunjukkan tingkah laku yang baik dan bernilai murni agar

dapat memberi contoh atau model yang baik kepada pelajarnya. Ia juga adalah

untuk menjaga nama baik guru dan professionnya.

14)       Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk  

pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu  

sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan

tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang mahu guru lakukan adalah mesti

bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi dan mengatasi

kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan luar waktu sekolah.

Apa sahaja pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang. Ini

adalah bagi menjaga kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia.

      15)       Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau  

  pengajaran persendirian

menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah dilarang, apatah lagi

mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya. Dengan erti kata

lain guru dilarang meletakkan namanya dalam apa-apa iklan berkaitan agar guru

tidak menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling.

16)       Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik  

persendirian terhadap muridnya

10

Page 11: Etika Perguruan

sudah tertakluk dalam perlembagaan negara bahawa rakyatnya adalah bebas

menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru tidak harus memaksa

mahupun mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya.

Guru harus berada di pihak yang neutral agar beri peluang pelajar agar mereka

menilai dan memilih kepercayaan sendiri apakah yang terbaik untuk diri mereka

sendiri. Guru hanya boleh memberi panduan selebihnya murid perlu membuat

keputusan sendiri.

17)       Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau

ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya

setiap tugas dan tanggungjawab yang dijalankan hendaklah ikhlas tanpa

mengharapkan atau meminta balasan daripada ibu bapa mahupun masyarakat.

18)       Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain

ini bermaksud bahawa dalam pergaulan juga guru harus menjaga nama baik

sesama rakan setugas agar nama baik dan maruah guru tidak tercalar di

kalangan pelajar.

19)       Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan  

kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan

guru sentiasa mengemaskini kecekapan dan cara bekerja agar dapat peluang

yang sama untuk meningkatkan diri dan taraf pekerjaannya. Menggunakan

kemahiran untuk naik pangkat bukan dengan cara mengampu pentadbir sekolah.

20)       Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar- 

besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion  

perguruan

tugas guru yang utama adalah mengajar dan mendidik pelajar. Guru harus

mengutamakan pelajar berbanding dirinya. Adalah dilarang sama sekali guru

11

Page 12: Etika Perguruan

melampaui pelajarnya dengan berlumba-lumba menempa nama. Seharusnya

guru membantu menaikkan nama pelajar bukan untuk kebaikan dirinya.

TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang

boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu

bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang

guru.

- Guru seharusnya mempunyai sikap bertanggungjawab dan kerahsiaan.

Selain itu, seseorang guru juga perlu mengamalkan nilai-nilai murni dan

menjaga nama baik rakan sejawat

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan

sebagai guru.

- Seorang guru tidak harus terlibat dalam sebarang kegiatan tidak bermoral

ataupun terlibat dalam jenayah serta melakukan sebarang kerja diluar

bidang tugas keguruan

3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin

dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.

-Guru seharusnya melengkapi diri dengan pengetahuan yang baru, contohnya

berkaitan IT ataupun sentiasa meningkatkan prestasi dalam profesion keguruan

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru

dalam profesion perguruan.

- Seorang guru yang baik adalah guru yang bermurah hati serta membantu

rakan sekerjanya

12

Page 13: Etika Perguruan

5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion

perguruan

- Seorang guru perlu menjadi Role Model kepada murid dan masyarakat.

Guru juga perlu menjaga kelakuan dan etika berpakaian.

PENGENALAN

Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional. Ia

bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan

tentang konteks pengajaran. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi

batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang

pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan

sikap dan kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab

untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan.

Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang

kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta

membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Antara strategi yang boleh

dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka ialah penulisan

jurnal/reflektif. Ia sebagai jentera untuk mereflek secara sistematik dan merangsangkan

pemikiran reflektif. Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik

untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri

terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner &

Liston, 1987).

Dalam penulisan reflektif, Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran

kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan

permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan

di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi

sebelum merancang tindakan susulan. Kedua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi

ke atas tindakan dapat membantu guru berkembang diri dalam bidang profesionalnya.

13

Page 14: Etika Perguruan

Penulisan reflektif menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran yang

beralih dari refleksi teknikal ke tahap refleksi kritikal.

Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan

perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui

perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikai dan

diperkembangkan. Refleksi menyediakan satu asas yang kaya dan komprehensif

mengenai pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja membolehkan seseorang

guru memperoleh pengertian mengenai tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif

terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon,

2002). Dalam pada itu, refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi yang membawa kepada

kepuasan intrinsik apabila guru dapat menganalisis sesuatu situasi atau pengalaman

dengan sebaik mungkin

DEFINISI REFLEKSI

Refleksi ialah satu proses mengingat dan merenung kembali pengalaman dan

aktiviti yang telah dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangannya

yang bertujuan memikirkan caramemperbaiki dan mengubahsuai untuk panduan dan

kegunaan di masa hadapan.

Dalam bukunya How We Think (1933), Dewey menghuraikan pemikiran refleksi

sebagai satu cara menghadapi situasi bermasalah. Seseorang itu akan melalui proses

aktif dan sedar dengan memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya

secara praktik.

Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai "active, persistent, and

careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the

grounds that support it and the further conclusions to which it tends" (p. 9). Dengan

berfikir secara refleksi, seseorang boleh "transform a situation in which there is

experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is

clear, coherent, settled, harmonious" (pp. 100–101).

Dengan erti kata lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan,

konflik, dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang nyata, koheren, tenang dan

harmonis. Menurut Dewey proses manusia berfikir bermula dengan permasalahan yang

14

Page 15: Etika Perguruan

dihadapinya atau keraguan yang dirasai atau dihadapi seseorang. Selagi hubungan kita

dengan persekitaran berada dalam keadaan selesa, kita tidak berfikir sepenuhnya.

Apabila kita berhadapan dengan situasi yang tidak selesa, bermasalah dan berlainan

daripada kebiasaan kita mula berfikir secara reflektif untuk mencari penyelesaiannya.

Maka terbitlah idea-idea atau cadangan –cadangan bagi mencari jalan keluar.

Munurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan

terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada

satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai

menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara

memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah juga

mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari

alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang

dilakukan secara berterusan.

Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi

membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil

daripada apa yang boleh dilaluinya. Menurut Shulman (1987) dalam konteks perguruan,

kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari

dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.

PERANAN REFLEKSI

Di antara peranan refleksi amalan pengajaran adalah :

a) Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan semasa melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran.

Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang

kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta

membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Antara strategi yang boleh

dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka ialah penulisan

jurnal/reflektif. Ia sebagai jentera untuk mereflek secara sistematik dan merangsangkan

pemikiran reflektif. Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik

15

Page 16: Etika Perguruan

untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri

terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner &

Liston, 1987).

Dalam penulisan reflektif, Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran

kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan

permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan

di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi

sebelum merancang tindakan susulan. Kedua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi

ke atas tindakan dapat membantu guru berkembang diri dalam bidang profesionalnya.

Penulisan reflektif menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran yang

beralih dari refleksi teknikal ke tahap refleksi kritikal.

Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan

perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui

perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikai dan

diperkembangkan. Refleksi menyediakan satu asas yang kaya dan komprehensif

mengenai pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja membolehkan seseorang

guru memperoleh pengertian mengenai tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif

terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon,

2002). Dalam pada itu, refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi yang membawa kepada

kepuasan intrinsik apabila guru

b) Membuat penambahbaikan terutama pengajaran dan pembelajaran secara

berterusan.

Dewasa kini, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi aspek utama dalam

membentuk modal insan yang bermindakan kelaspertama. Disamping itu, proses

pengajaran dan pembelajaran menjadi kayu ukur dalam memastikan hasrat Negara

tercapai iaitu melahirkan modal insan yang dapat berjasa kepada Negara. Maka konsep

pengajaran dan pembelajaran perlu difahami oleh semua bakal guru dalam mencapai

hasrat tersebut.

16

Page 17: Etika Perguruan

Serbagaimana kita maklum, seorang guru perlu melengkap diri mereka dengan

konsep asas pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai

memberikan arahan-arahan atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Disamping

itu, pengajaran boleh dihurai sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi denganbaik. Oleh

itu,dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan

guru perlulah menilai keperluan-keperluan pembelajaran yang spesifik dan

mengaplikasikan strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Secara

amnya, pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada

pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini

berkait dengan pengalaman. Setelah memahami konsep pengajaran dan

pembelajaran , seorang guru perlulah mengaplikasikannya dalam dunia pendidikan.

Misalnya, guru perlu menarik perhatian pelajar dengan mengarah pelajar kepada topik

pengajaran. Contohnya ,guru boleh memulakan pengajran dengan program multimedia,

iaitu skrin dengan animasi sebelum tajuk dikemukan. Disampingitu, diikuti dengan

kesan buny iatau muzik yang boleh menarik perhatian pelajar dengan rangsangan

auditori atau visual.Dalammemastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan

dengan lancer dan berkesan,

guruperlumemaklumkankepadapelajartentangobjektifpelajaransupayamerekasedartenta

ngmatlamatpengajaran. Dengan kesedaran ini,pelajar lebih bersedia dan mempunyai

pemikiran yang perlu pelajaran yang akan dilalui.Bag imemperjelas matlamat

pengajaran kepada pelajar, guru boleh menerangkan tujuan kandungan, mengemukan

matlamat untuk pelajar memilih dan meminta pelajar memilih matlamat sendiri. Selain

daripada itu, guru harus menggunakan pelbagai cara untuk memperoleh maklumat

tentang pengetahuan sediaada pelajar sebelum memulakan pelajaran.

c) Memperbaiki pengajaran guru sesuai dengan penggayaan murid.

Guru memerlukan kemahiran asas supaya dapat menjalankan satu proses

pengajaran yang baik seterusnya membawa kepada proses pembelajaran murid-murid.

Proses pengajaran melibatkan tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru

17

Page 18: Etika Perguruan

atau pensyarah dan muridnya. Pengajaran dirancangkan oleh guru secara sistematik

dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,

membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk

belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang

diperlukan. Ini ditambah lagi dengan adanya bahan media yang sesuai bagi

mendekatkan pelajar kepada konsep yang disampaikan oleh guru.

Penggunaan media melalui teknologi maklumat dapat membantu keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan masa kini berkembang seiring

dengan kepesatan sains dan teknologi. Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT)

melalui sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah

mempertingkatkan lagi usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat

umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan perkembangan bidang

pengkomputeran, aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbang

ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang

pendidikan, penggunaan media dalam proses pengajaran sememangnya memberi

implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus

menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan.

Ledakan multimedia dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan

sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di

kalangan guru dan pelajar. Tidak ketinggalan, kemudahan peralatan multimedia terkini

dan jaringan internet yang telah dibekalkan kepada pihak sekolah bagi memastikan

proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Guru

mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan power point. Guru

juga boleh menggunakan teknik video dan audio semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan, bergantung kepada kesesuaian tajuk yang diajar.

Charles B.Klasek (1972), menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap

teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan bahan bantu

mengajar. Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran

pelajar terhadap pelajaran mereka. Pendapat ini disokong pula oleh satu kajian ilmiah

yang mengatakan bahawa pelajar belajar melalui penglihatan sebanyak 70% dan

melalui pendengaran sebanyak 30% sahaja. Jadi saya mengambil pendekatan untuk

18

Page 19: Etika Perguruan

menggabungkan di antara kedua-dua faktor ini. Melalui pemerhatian, guru dapati minat

pelajar semakin bertambah apabila guru mengaplikasikan pendekatan ini semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

d) Membantu pembelajaran murid.

Seorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi pengajaran semasa

melaksanakan pengakaran dan pembelajaran di bilik darjah. Profesionalisme

seseorang guru boleh diukur daripada kemahiran beliau menggunakan pelbagai strategi

pengajaran semasa melakukan pengajaran. Semasa latihan perguruan (pra

perkhidmatan) di institusi latihan perguruan, semua bakal guru telah didedahkan

kepada ilmu pedagogi dan andragogi.

Selain itu ilmu mengenai kaedah mengajar bagi subjek tertentu juga didedahkan.

Semua bakal guru dikehendaki melaksanakan micro-teaching dan latihan mengajar

sebelum diiktirafkan sebagai seorang guru yang sebenar. Kita sebagai warga guru perlu

memjaga nilai profesion ini supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia dan

dihormati. Kalau nak mengajar, tak perlu mengikuti kursus pra perkhidmatan perguruan,

semua orang boleh mengajar seperti membuka pusat-pusat tuisyen. Tetapi, kita yang

telah mengikuti latihan perguruan, perlulah berbeza daripada guru tuisyen yang tidak

mengikuti sebarang kursus. Sekiranya guru tuisyen dapat mengajar dengan lebih baik

daripada kita, nilai profesionalisme kita pasti tercabar. Aspek utama daripada fasa

pengajaran dalam Model perancangan-pengajaran-penilaian ialah pelbagai strategi

pengajaran yang digunakan oleh guru. Kepelbagaian strategi pengajaran Pembelajaran

perlu dilakukan oleh guru untuk menjadikan proses pengajaran pembelajaran menarik

dan efektif. Pembelajaran berpusatkan guru (teacher-directed strategy) adalah dimana

guru mengawal keseluruhan proses pengajaran pembelajaran, pelajar pasif semasa

guru mengendalikan pengajaran. Sementara pembelajaran berpusatkan murid (pupil-

19

Page 20: Etika Perguruan

centered strategy) pula, proses pengajaran pembelajaran adalah daripada aktiviti yang

telah dirancang dan dilakukan oleh murid. Proses pengajaran boleh juga berlaku di

antara kedua-dua strategi ini (perantaraan).

e) Mengaplikasi teori pembelajaran untuk keberkesanan semasa pengajaran

dan pembelajaran.

Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan

peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran dalam bidang pendidikan. Menurut Arif Sukardi (1987) teori pembelajaran

memainkan peranan yang penting kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru

akan memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami

faktor yang mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran para pelajar.

Selain itu guru akan dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan

dari proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu salah satu teori

yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah teori

konstruktivisme. Teori ini pada umumnya adalah merupakan pembelajaran yang

menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.

20

Page 21: Etika Perguruan

PENUTUP

Refleksi pengajaran adalah satu proses yang dibuat selepas tamat sesuatu

pengajaran dan pembelajaran. Refleksi pengajaran dibuat untuk memahami kelemahan

dan kekuatan seseorang guru. Disamping itu refleksi juga memberikan satu gambaran

tentang pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran seserang guru. Refleksi

membantu guru membuat penilaian kendiri. Selain daripada itu ,refleksi membolehkan

guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru daripada pengalaman

yang dilaluinya. Dengan adanya refleksi pengajaran guru dapat menganalisis dan

menilai kekuatan dan kelemahan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya, lalu dapat

memikirkan cara membaiki serta mengubahsuai rancangan , objektif , kaedah , startegik

, teknik

dan penggunaan bahan pelajaran pengajarannya mengikut tahap dan minat

muridnya. Dengan ini ia juga dapat membantu guru untuk menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menarik

minat murid serta dapat menjadikan suasana bilik darjah yang harmoni

pada masa akan datang.

Guru meninjau semula pengajarannya di dalam bilik darjah dengan adanya

penulisan refleksi. Selain daripada pandangan cikgu , refleksi juga membantu guru-guru

menilai keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras

dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang

kepada kita untuk menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang

tersirat. Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu

mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain

menjelaskan bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan bakal guru melalui

peringkat-peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada

21

Page 22: Etika Perguruan

guru terlatih dan membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang

lebih interpretif dan kritikal .

Peningkatan Mutu sesuatu pengajaran dapat dilihat dengan adanya

refleksi.Pada pandangan saya , bagi membantu mengubah atau menambahbaik

amalan pengajaran setiap apa yang dinilai perlu direkodkan. Rekod ini boleh

dilaksanakan secara penyediaan log pembelajaran. Log/diari ini perlu mencatatkan

perkara berikut:

Dapatan daripada refleksi kendiri

Perubahan yang diperlukan/dicadangkan

Perkara tertentu yang perlu diberi perhatian untuk memperbaiki

pengajaran

Rancangan bagi memperbaiki pengajaran

Tindakan susulan yang patut dilaksanakan

Selain itu refleksi juga merupakan satu proses dimana guru berusaha mengingat

dan merenung kembali aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dialaminya.

Amalan menulis refleksi selepas selesai sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

amatlah penting untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi pengajaran

penting untuk membuat penilaian kendiri serta berfikir secara analitik , kritis dan kreatif.

Ia juga penting kerana dapat menganalisis perkara - perkara penting dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran serta mencari jalan penyelesaiannya

22

Page 23: Etika Perguruan

Lampiran

Guru berusia hampir separuh abad disyaki mencabul murid tahun 2

GEORGETOWN: “Harapkan pagar, pagar makan padi”. Itulah yang berlaku apabila seorang guru yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada pelajarnya, sebaliknya mencalit peristiwa hitam apabila sanggup mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia lapan tahun.

Lebih memalukan, guru lelaki berusia 47 tahun itu sanggup bertindak rakus apabila meraba dan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.

Murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di daerah Seberang Prai Selatan (SPS) itu menjadi mangsa cabul dan seks oral guru sekolahnya, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tuanku Said, mengesahkan kejadian itu.

myMetro: 21 November 2009

Guru edar dadah idam hidup mewah

BATU PAHAT: Seorang guru sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, di sini, ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani kehidupan mewah dan bergaya.

Guru lelaki berusia 31 tahun itu baru berjinak-jinak dalam pengedaran dadah kira-kira dua bulan lalu dan menggunakan kereta Proton Savvy miliknya untuk menghantar sendiri bekalan apabila menerima tempahan.

23

Page 24: Etika Perguruan

Berita Harian Online: 20 Februari 2010

RUJUKAN

1. eprints.utm.my/.../Pengetahuan_Etika_Profesion

2. (Ee Ah Meng Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih 1989)

3. www.slideshare.net/megatkawi/sahsiah- etika

4. Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

5. Mok Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia:Untuk Diploma

Pendidikan.KualaLumpur:Kumpulan Budiman.

6. http://www.searchinpdf.com/pdf/jurnal-etika.html

7. http://saya-guru-malaysia.blogspot.com/2008/03/tanggungjawab-terhadap-

rakan-sejawat.html

8. SUMBER RUJUKAN

9. http://tamilselvi-subramaniam.blogspot.com/2011/12/refleksi-pengajaran.html#!/

2011/12/refleksi-pengajaran.html

10.http://engkizarqurancom.blogspot.com/2009/12/prfofesionalime-guru-dalam-

pengajaran.html

11.http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/01/amalan-refleksi-semasa-

praktikum.html

12.http://ilmu.edublogs.org/2011/06/27/apakah-pengajaran-dan-pembelajaran-

berkesan/

24

Page 25: Etika Perguruan

13.http://deriakacamata.blogspot.com/2008/10/guru-perlu-pelbagaikan-strategi.html

25