Post on 29-Jan-2017
KEBOLEHPASARAN GRADUAN BERMASALAH PENDENGARAN BIDANG HOSPITALITI DALAM INDUSTRI HOSPITALITI DI MALAYSIA
INTAN NAZRIFA BT TORMUDZI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JULAI 2012
v
ABSTRAK
Sasaran kerajaan untuk menerima 36 juta ketibaan pelancong pada tahun 2020
memerlukan kira-kira 497,000 tenaga kerja dalam sektor pelancongan. Dalam jumlah
itu, 65 peratus daripada tenaga kerja memerlukan mereka yang berkelayakan sijil.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan progam Sijil
Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel & Katering pada tahun 2002.
Kajian berbentuk deskriptif ini mengkaji kebolehpasaran graduan bermasalah
pendengaran dalam industri hospitaliti di Malaysia dengan mengkaji impak
pendidikan kemahiran khas terhadap kerjaya graduan bermasalah pendengaran dalam
industri hospitaliti, tahap minat mereka dan juga mengkaji halangan yang
menghadkan peluang graduan ini untuk bekerja dalam industri hospitaliti. Kajian ini
melibatkan 70 orang responden yang merupakan graduan bermasalah pendengaran
program Kemahiran Khas Pengurusan Hotel dan Katering di PIS dan juga 30 orang
pengurus sumber manusia dari industri hospitaliti. Menggunakan soal selidik dan
temu bual sebagai instrumen kajian, data dianalisa dengan menggunakan Statistical
Packages for Social Sciences (SPSS) Version 17.0 bagi mendapatkan nilai peratusan,
kekerapan dan purata skor min. Hasil dapatan menunjukkan impak pendidikan yang
positif terhadap kerjaya graduan bermasalah pendengaran (Min=4.09). Tahap minat
graduan juga berada pada tahap yang tinggi (Min=4.12). Halangan dan kekangan
terdiri daripada masalah komunikasi, perasaan rendah diri, kekurangupayaan mereka
dan layanan industri berada pada tahap yang tinggi (Min= 3.89). Dapatan ini juga
disokong dengan dapatan dari temubual yang dijalankan. Secara keseluruhannya,
walaupun pendidikan kemahiran khas membantu graduan meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan serta mempunyai minat untuk bekerja dalam industri, halangan dan
kekangan yang ada menyebabkan tidak semua graduan berpeluang bekerja dalam
industri hospitaliti. Majikan dalam industri hospitaliti diharapkan dapat mengubah
persepsi terhadap golongan ini kerana mereka mempunyai kelayakan dan mampu
bekerja dalam industri hospitaliti sekiranya diberi peluang.
vi
ABSTRACT
Government's target to receive 36 million tourist arrivals by 2020 will require about
497,000 workers in the tourism sector. In total, 65 per cent of their workforce
requires a qualified certificate. The Ministry of Higher Education has introduced a
Special Skills Polytechnic Certificate program in Hotel Management & Catering in
2002. This descriptive study reviewed the hearing impaired employability of
graduates in the hospitality industry in Malaysia to assess the impact of special skills
education for hearing impaired graduate’s career in the hospitality industry, the level
of their interest and to study the barriers that limit opportunities for these graduates
to work in the hospitality industry. The study involved 70 respondents who are
hearing impaired graduates of Special Skills program in Hotel Management and
Catering in the PIS and the 30 human resource managers from the hospitality
industry. Using questionnaires and interviews as a research instrument, data were
analysed using the Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 17.0 for
the percentage, frequency and the average score. The findings show a positive impact
on hearing impaired graduate’s career in hospitality industry (Mean = 4:09).
Graduate level of interest was also at a high level (Mean = 4.12). Obstacles and
constraints includes communication problems, low self-esteem, their disability and
hospitality industry acceptance at a high level (Mean = 3.89). This result is also
supported by findings from interviews carried out. Overall, although the education of
special skills to help graduates improve their skills and knowledge and they have a
passion for working in the industry, but because of the barriers and constraints
resulted not all graduates get the opportunity to work in the hospitality industry.
Employers in the hospitality industry are expected to change the perception of these
groups because they have the qualifications and ability to work in the hospitality
industry if given the chance.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS PROJEK SARJANA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 4
1.3 Pernyataan masalah 7
1.4 Objektif kajian 8
1.5 Persoalan kajian 8
1.6 Skop kajian 9
1.7 Limitasi kajian 9
1.8 Kepentingan kajian 10
1.9 Kerangka konsep 10
viii
1.10 Definisi Istilah 13
1.10.1 Kebolehpasaran 13
1.10.2 Bermasalah pendengaran 13
1.10.3 Pendidikan khas 13
1.10.4 Industri hospitaliti 14
1.10.5 Kerangka konsep kajian 14
1.10 Kesimpulan 16
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 17
2.2 Kebolehpasaran 17
2.3 Model Kebolehpasaran Graduan 18
2.4 Pendidikan Khas 20
2.5 Industri Hospitaliti 21
2.6 Perkembangan industri hospitaliti di Malaysia 21
2.7 Pendidikan dalam industri hospitaliti 22
2.8 Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik
(Hotel dan Katering)
24
2.9 Impak pendidikan khas terhadap kerjaya
graduan berkeperluan khas
25
2.10
2.11
Minat mempengaruhi pemilihan kerja
Minat graduan bermasalah pendengaran bidang
hospitaliti untuk bekerja dalam industri
hospitaliti
26
27
2.12 Halangan dan kekangan yang menghadkan
peluang pekerjaan kepada individu berkeperluan
khas
28
2.13 Kajian kebolehpasaran graduan bermasalah
pendengaran di Malaysia
31
2.14 Kajian kebolehpasaran graduan berkeperluan
khas di luar negara
34
ix
2.15 Pekeliling perkhidmatan bil 3/2008: Dasar satu
peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan
awam kepada orang kurang upaya
35
2.15.1 Tujuan 35
2.15.2 Latar belakang 35
2.15.3 Dasar pengambilan 35
2.15.4 Prosedur permohonan jawatan 36
2.15.5 Prosedur pengambilan 36
2.15.6 Peranan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
36
2.15.7 Peranan Ketua Jabatan 37
2.15.8 Pemantauan 37
2.16 Kesimpulan 38
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 39
3.2 Reka bentuk kajian 39
3.3 Kerangka operasi 40
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42
3.5 Instrumen kajian 42
3.5.1 Soal selidik 43
3.5.2 Temu bual 44
3.6 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
kajian
45
3.7 Pengedaran soal selidik dan pengumpulan data 47
3.8 Kaedah penganalisaan data 48
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 50
4.2 Analisis Bahagian A: Maklumat demografi
responden
50
x
4.3 Analisis Bahagian B: Impak pendidikan khas
vokasional politeknik kepada graduan
bermasalah pendengaran bidang hospitaliti
terhadap pekerjaan dalam industri hospitaliti.
52
4.3.1 Aspek pengetahuan 52
4.3.2 Aspek kemahiran 53
4.3.3 Aspek latihan 53
4.3.4 Aspek program 54
4.4 Analisis Bahagian C: Tahap minat graduan
bermasalah pendengaran untuk bekerja dalam
industri hospitaliti.
55
4.5 Analisis Bahagian D: Faktor-faktor yang
menghadkan peluang pekerjaan kepada graduan
bermasalah pendengaran dalam industri
hospitaliti
56
4.5.1 Faktor kekurangupayaan 56
4.5.2 Faktor komunikasi 57
4.5.3 Faktor perasaan rendah diri 57
4.5.4 Faktor penerimaan industri 58
4.6 Analisis temu bual 59
4.6.1
4.6.2
Analisis temubual soalan tertutup
Analisis temubual soalan terbuka
59
61
4.7
4.8
4.9
Rekabentuk Model Kebolehpasaran Graduan
Bermasalah Pendengaran Bidang Hospitaliti
Dalam Industri Hospitaliti
Model Kebolehpasaran Graduan Bermasalah
Pendengaran Bidang Hospitaliti Dalam Industri
Hospitaliti di Malaysia
Rumusan
62
63
65
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 66
5.2 Perbincangan dapatan kajian 66
xi
5.2.1 Impak pendidikan kemahiran khas
politeknik kepada graduan pengurusan
hotel dan katering terhadap kerjaya
mereka dalam industri hospitaliti
67
5.2.2 Tahap minat graduan bermasalah
pendengaran untuk bekerja dalam
industri hospitaliti
69
5.2.3 Halangan dan kekangan yang
menghadkan peluang pekerjaan
kepada graduan bermasalah
pendengaran dalam industri hospitaliti
71
5.3 Rumusan 73
5.4 Cadangan 74
5.4.1 Cadangan kepada pelajar dan graduan
bermasalah pendengaran
75
5.4.2 Cadangan kepada institusi pengajian
tinggi
75
5.4.3 Cadangan kepada industri hospitaliti 75
5.4.4 Cadangan kepada pihak swasta 76
5.4.5 Cadangan kepada pihak kerajaan 76
5.4.6 Cadangan kajian lanjutan 76
5.5 Penutup 77
RUJUKAN
79
LAMPIRAN 86
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini industri hospitaliti menjadi semakin penting dalam pembangunan
ekonomi Malaysia dan banyak menyumbang kepada pendapatan dan pertumbuhan
negara. Walaupun secara relatifnya Malaysia masih baru dalam industri ini di
peringkat antarabangsa, namun industri pelancongan Malaysia mempunyai potensi
untuk meningkatkan mutu, tarikan dan keunggulan produk dan perkhidmatan
pelancongannya setanding dengan destinasi pelancongan yang lain di kawasan Asia
Tenggara (Hadi, 2008).
Pembangunan sektor hospitaliti di Malaysia kini sedang memuncak lantaran
Malaysia dilihat lebih stabil berbanding negara-negara lain di Asia. Manakala dasar
kerajaan pula adalah ingin menjadikan sektor ini sebagai salah satu sektor ekonomi
yang teguh, berdaya saing dan tumbuh berterusan (Hiyang, 2008). Ibrahim (2007)
menyatakan bidang hospitaliti ini merangkumi perkhidmatan seperti hotel, restoran,
pelancongan, katering dan kontrak katering. Pengurusan dalam bidang hospitaliti ini
sangat berkait rapat dengan industri pelancongan negara. Ini kerana para pelancong
yang bertandang ke negara kita pasti akan menggunakan khidmat hospitaliti
terutamanya di sektor perhotelan.
Malaysia telah menjadi sebagai salah sebuah negara tumpuan pelancong. Hari
ini, Malaysia mencapai kedudukan yang kukuh dalam pelancongan global. Kita
merupakan negara ke-9 yang paling banyak dikunjungi di dunia dan memperoleh
RM 1 bilion penerimaan daripada pelawat asing setiap minggu (Kementerian
Pelancongan Malaysia, 2011). Malaysia diiktiraf pada peringkat global sebagai
antara destinasi pelancongan utama, dengan kedudukan di antara 10 teratas dari segi
ketibaan pelancong dan 15 antara teratas dari segi penerimaan global. Malaysia
2
menerima kira-kira 23 juta ketibaan pelancong asing pada tahun 2009 dan meningkat
kepada 24.6 juta pada tahun 2010 (Ng, 2011).
Statistik perbandingan kedatangan pelancong ke Malaysia pada bulan Januari
2010 dan bulan Januari 2011 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan
Malaysia (2011) seperti dalam Jadual 1.1 menunjukkan peningkatan sebanyak 1.2
peratus. Sementara itu, jumlah pengunjung hotel bagi tahun 2010 yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (2011) ditunjukkan dalam
Jadual 1.2 di bawah.
Jadual 1.1: Statistik kedatangan pelancong ke Malaysia pada Januari 2010 dan Januari 2011
(Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia, 2011)
Tahun Januari 2010 Januari 2011 % Perubahan Jumlah Pelancong 1,896,928 1, 918, 751 1.2%
Jadual 1.2: Statistik kedatangan pengunjung hotel bagi tahun 2010 (Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia, 2011)
Pengunjung Tempatan Pengunjung Luar Negara Jumlah
27,354,771 25, 595, 972 53, 130, 743
Ini menunjukkan bahawa Malaysia masih kekal sebagai salah sebuah
destinasi pelancongan utama di rantau ini dan merupakan sebuah negara yang lebih
stabil berbanding negara-negara lain di Asia (Kementerian Pelancongan Malaysia,
2011). Pada masa yang sama, dapat kita lihat dengan jelas bahawa pengurusan dalam
industri hospitaliti sangat berkait rapat dengan industri pelancongan negara kerana
pelancong-pelancong yang berkunjung ke negara kita sudah pasti akan menggunakan
khidmat hospitaliti terutamanya sektor perhotelan.
Industri hospitaliti adalah suatu industri perniagaan yang menyediakan segala
perkhidmatan kepada pelanggannya seperti perkhidmatan makanan dan minuman,
kemudahan penginapan, kemudahan beriadah dan rekreasi, perkhidmatan
pelancongan dan sebagainya. Perkataan hospitaliti adalah berasal daripada Bahasa
Latin iaitu ‘hospitare’ yang bermaksud bersedia menerima tetamu. Ungkapan ini
merangkumi penyediaan keperluan asas kepada tetamu seperti makanan, minuman
atau penginapan. Industri hospitaliti menyediakan peluang pekerjaan yang mencabar
di seluruh dunia dengan masa kerja yang bebas, pendapatan yang menggalakkan dan
peluang melancong yang luas (Dittmer, 2003).
3
Menurut World Tourism Organisation (WTO), pelancongan pula bermaksud
aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada
persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan
rehat, perniagaan dan sebagainya (Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PIS, 2011).
Manakala menurut Kotler, (2003), hospitaliti bermaksud menyambut tetamu dengan
budi bahasa dan kemesraan termasuklah persiapan tempat penginapan,
makanan, infrastruktur serta perkhidmatan.
Selain itu, definisi pelancongan menurut Bidang Ekonomi Utama Negara
(NKEA) bermaksud pelancongan libur dan pelancongan perniagaan, membeli-belah,
produk pelancongan (iaitu ekopelancongan, pelancongan kapal persiaran dan aktiviti
lain yang berkaitan seperti spa dan kesejahteraan), makanan dan minuman serta
pengangkutan dalam negeri (inbound) dan pengangkutan domestik. Sejajar dengan
pertumbuhan industri hospitaliti yang sedang memuncak ini, kerajaan ingin terus
menjadikan sektor ini sebagai salah satu sektor ekonomi yang teguh, berdaya saing
dan tumbuh berterusan (Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PIS, 2011).
Pertumbuhan pesat aktiviti mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran
(MICE) global membantu peningkatan industri hospitaliti dan pelancongan setempat
yang sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara. Peningkatan itu dapat dilihat
menerusi data kemasukan pelancong tahun lalu seramai 24.6 juta yang menjana
pendapatan RM51 bilion (Kementerian Pelancongan, 2011). Menyedari permintaan
menggalakkan dalam bidang itu, Malaysia perlu melahirkan lebih ramai tenaga
profesional dalam bidang berkenaan.
Sesuai dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai
destinasi utama pelancongan dunia dan Malaysia sebagai rumah kedua, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE) telah memperkenalkan kursus pelancongan dan
hospitaliti dalam program pendidikan Politeknik Malaysia. Kursus hospitaliti mula
diperkenalkan pada tahun 1998 di Politeknik Johor Bahru (PJB) (sekarang Politeknik
Ibrahim Sultan) di Jabatan Hospitaliti & Fesyen (JHF) dan ditukar kepada Jabatan
Hospitaliti (JH) pada tahun 2005. Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011, jabatan ini
dikenali sebagai Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH). PJB merupakan
politeknik pertama di Malaysia yang menawarkan kursus pelancongan dan hospitaliti
sepenuhnya.
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
menawarkan dua jenis program iaitu Diploma Pengurusan Hotel &
4
Katering dan Diploma Pengurusan Pelancongan, sejajar dengan permintaan kerjaya
dalam industri pelancongan dan hospitaliti di Malaysia pada masa ini. Selain itu,
JPH PIS juga menawarkan Sijil Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel
& Katering, direka khusus untuk pelajar khas (masalah pendengaran) yang juga
mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dan berjaya dalam arus pembangunan
Malaysia. Ini adalah kerana Kementerian Pendidikan Malaysia tidak menghadkan
Program Pendidikan Khas berakhir di peringkat menengah sahaja ianya perlu
diteruskan sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi agar mereka juga dapat
menggunakan peluang bagi mengikuti latihan untuk mempersiapkan diri ke alam
pekerjaan dan menceburi bidang yang mereka minati (Portal Rasmi Jabatan
Pengajian Politeknik, 2011).
Warga OKU (Orang Kelainan Upaya) ataupun individu berkeperluan khas
merupakan salah satu daripada kumpulan sasar dalam program pembangunan sosial
dan kerajaan adalah komited untuk membantu mereka supaya dapat menjalani
kehidupan seperti orang-orang biasa, mendapat pekerjaan yang sama dari segi
ekonomi dan sosial dan bersama menikmati hasil dari pembangunan negara. Satu
pendekatan yang diambil untuk membantu golongan ini ialah menggalakkan mereka
untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang bukan sahaja akan
membolehkan mereka berdikari dan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada
bantuan kerajaan tetapi memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama
menyumbang kepada pembangunan negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).
Walaubagaimanapun, apabila kita memperkatakan tentang graduan
pendidikan teknik dan vokasioanal bagi golongan berkeperluan khas, banyak pihak
yang masih ragu-ragu terutamanya pihak majikan yang tidak memberi kepercayaan
untuk peluang kerjaya itu diisi oleh golongan berkeperluan khas walaupun mereka
mempunyai lulusan dan telah mengikuti latihan yang bersesuaian.
1.2 Latar belakang masalah
Pertumbuhan pesat industri hospitaliti dan pelancongan antarabangsa telah membuka
peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara kita. Sektor ini menjadi antara
penyumbang utama kepada pendapatan negara. Pada tahun 2009, Malaysia telah
menerima kedatangan 23.5 juta pelancong yang menjana kira-kira RM 51 billion
melebihi sasaran 19 juta pelancong yang telah ditetapkan sebelum ini (Kementerian
5
Pelancongan Malaysia, 2011). Sasaran kerajaan untuk menerima 36 juta ketibaan
pelancong pada tahun 2020 memerlukan kira-kira 497,000 tenaga kerja dalam sektor
pelancongan. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.4 dari segi pecahan mengikut
kelayakan, sebanyak 65 peratus daripada tenaga kerja memerlukan mereka yang
berkelayakan sijil vokasional.
Jadual 1.3: Tenaga kerja tambahan yang diperlukan bagi memenuhi permintaan pasaran pada tahun 2020.
(Sumber: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan , 2010)
Kelayakan Jumlah Pekerja Yang Diperlukan Sijil Vokasional 324, 000 Diploma 124, 000 Ijazah Sarjana Muda 45, 000 Ijazah Sarjana 4, 000
Jumlah 497, 000
Manakala Jadual 1.3 menunjukkan statistik yang dikeluarkan oleh
Kementerian Sumber Manusia (2011) iaitu tiga negeri tertinggi yang mencatatkan
kekosongan jawatan bagi industri hospitaliti dan katering di Malaysia bagi bulan
Oktober 2011. Ini menunjukkan bahawa terdapat banyak peluang pekerjaan dalam
industri hospitaliti yang masih belum diisi.
Jadual 1.4: Kekosongan jawatan bagi industri hospitaliti dan katering di Malaysia mengikut negeri pada Oktober 2011
(Sumber: Kementerian Sumber Manusia, 2011)
Negeri Jumlah Kekosongan Selangor 4, 428
Kuala Lumpur 2, 465 Johor 2, 335
Jumlah 13, 138
Memandangkan industri hospitaliti kini sedang berkembang pesat dan
memerlukan banyak tenaga kerja, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menawarkan kursus Pengurusan Hotel dan Katering dalam usaha untuk membantu
melahirkan tenaga mahir dalam bidang hospitaliti. Selain itu, peningkatan
keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap kepentingan memberi bimbingan kerjaya
dan latihan untuk golongan berkeperluan khas, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia telah memperkenalkan progam Sijil Kemahiran Khas Politeknik dalam
6
Pengurusan Hotel & Katering sejak tahun 2003. Sehingga kini, program ini telah
melahirkan kira-kira 210 orang graduan sejak tahun 2003.
Walaubagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Mohd Zahari et.al (2010)
menunjukkan graduan bermasalah pendengaran yang mengikuti program Sijil
Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel dan Katering yang tamat
belajar pada tahun 2003 mempunyai pengalaman kurang dari lima tahun. Ini
menunjukkan mereka terpaksa berusaha keras dan menunggu dalam jangka masa
yang agak lama untuk mendapatkan pekerjaan. Manakala isu graduan menganggur
terus berlaku dan meningkat saban tahun. Persoalan yang timbul ialah adakah
graduan bermasalah pendengaran ini tidak berminat untuk bekerja dalam industri ini
ataupun majikan tidak mahu menawarkan pekerjaan kepada golongan ini.
Selain itu, isu berhenti kerja di kalangan pekerja industri hospitaliti adalah
perkara yang patut diambil perhatian ini adalah kerana kadar berhenti kerja
terutamanya di kalangan pekerja operasi telah menjadi isu yang sangat
membimbangkan di peringkat global (Hamdi, 2006). Ini juga turut diakui oleh
Robert J. Blomme (2008) dan menyatakan bahawa salah satu cabaran utama bagi
industri hospitaliti adalah untuk mengekalkan pekerja yang berpendidikan dan
berkemahiran tinggi. Abdullah (2007) juga menyatakan bahawa kadar pemberhentian
kerja yang tinggi dalam sektor ini akibat kesukaran majikan untuk mengekalkan
pekerjanya menambahkan lagi kekosongan tenaga kerja dalam industri hospitaliti.
Sehubungan dengan itu, untuk menampung kekurangan pekerja dan
keperluan pasaran menjelang tahun 2020 para majikan yang terlibat di dalam industri
ini seharusnya memberikan peluang kerjaya kepada golongan bermasalah
pendengaran terutamanya yang mempunyai kelayakan. Golongan ini juga dikatakan
lebih setia, produktif dan dapat memberikan komitmen yang baik terhadap kerja
(Mohd Zahari et.al 2010). Mereka juga berhak untuk mendapatkan pekerjaan dan
mendapat faedah daripada pekerjaan sama seperti golongan normal untuk memenuhi
keperluan meneruskan hidup. Namun begitu, masih terdapat sesetengah majikan
yang prejudis terhadap kebolehan golongan ini dan telah menyebabkan mereka
dilayan seperti golongan minoriti.
Usaha Kementrian Pendidikan Malaysia menawarkan kursus yang
bersesuaian untuk golongan ini mendapatkan latihan dan kelulusan adalah supaya
golongan ini mampu berdikari dan meneruskan hidup mereka tanpa perlu bergantung
kepada orang lain. Golongan berkeperluan khas pada hari ini kebanyakannya sudah
7
celik IT dan berpendidikan tetapi masih diabaikan dalam sektor pekerjaan. OKU juga
boleh menjadi penyumbang dan aset negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak berkata, mereka (OKU) mungkin mempunyai kekurangan tetapi
kalau diberi kasih sayang dan didikan, mereka bukan sahaja dapat menyumbang
kepada kesejahteraan mereka tetapi turut menyumbang kepada negara. Masyarakat
boleh menyumbang dengan menyediakan prasarana OKU, menyediakan guru-guru
terlatih serta keperluan lain bagi membantu golongan berkenaan (Razak, 2006).
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu Wong
Koon Mun, jangan sesekali memandang rendah terhadap OKU kerana mereka juga
mempunyai bakat dan potensi untuk berdiri di atas kaki sendiri. Walaupun
mempunyai kekurangan, tetapi mereka mampu berdikari dan hidup dengan hasil titik
peluh sendiri. Presiden Rumah Amal Cheshire Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon
berkata, adalah penting bagi memastikan OKU mempunyai pendapatan sendiri dan
boleh berdikari dalam kehidupan seharian tetapi pada praktiknya, adalah sukar bagi
OKU untuk bersaing mencari peluang pekerjaan yang terhad di pasaran kerja terbuka
terutama dengan mereka yang normal (Harian Metro Online, 2011). Tidak dinafikan
peluang pekerjaan bagi golongan OKU adalah amat terhad walaupun dasar 1%
jawatan untuk golongan OKU dalam sektor kerajaan, masih ramai lagi golongan
OKU yang sukar mendapatkan pekerjaan walaupun mereka mempunyai kelayakan.
Hasil kajian rambang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia turut
mendedahkan sikap kebanyakan majikan yang enggan menyediakan pekerjaan
termasuklah menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk OKU.
1.3 Pernyataan masalah
Apa yang dapat dilihat ialah wujudnya masalah ketidaksepadanan yang mana berlaku
masalah pengangguran graduan termasuklah graduan bermasalah pendengaran
bidang hospitaliti tetapi pada masa yang sama wujud kekosongan jawatan dalam
industri ini. Pertumbuhan industri ini juga terhalang dan sedikit terganggu kerana
kadar pemberhentian kerja yang tinggi dalam sektor ini. Industri ini menghadapi
kesukaran untuk mengekalkan pekerja apabila mereka tidak dapat mengenalpasti
faktor-faktor yang menyumbang kepada kepuasan pekerja dan seterusnya pekerja
yang setia (Abdullah, 2007).
8
Justeru itu, penyelidik merasakan perlunya satu kajian dibuat untuk mengkaji
kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran dalam industri hospitaliti dengan
melihat sejauhmanakah impak pendidikan kemahiran khas kepada graduan
bermasalah pendengaran terhadap kerjaya mereka dalam industri hospitaliti, minat
graduan bermasalah pendengaran untuk bekerja di dalam industri ini dan mengkaji
faktor-faktor yang menghadkan peluang pekerjaan kepada graduan bermasalah
pendengaran bidang hospitaliti.
1.4 Objektif kajian
Kajian ini mempunyai empat objektif kajian iaitu;
1. Mengkaji impak pendidikan kemahiran khas politeknik dalam pengurusan
hotel dan katering kepada graduan bermasalah pendengaran terhadap
pekerjaan dalam industri hospitaliti di Malaysia.
2. Mengkaji tahap minat graduan bermasalah pendengaran untuk bekerja dalam
industri hospitaliti di Malaysia.
3. Mengkaji faktor-faktor yang menghadkan peluang pekerjaan kepada graduan
bermasalah pendengaran dalam industri hospitaliti di Malaysia.
4. Membangunkan model kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran
bidang hospitaliti dalam industri hospitaliti di Malaysia.
1.5 Persoalan kajian
Kajian ini mempunyai empat persoalan kajian iaitu;
1. Sejauhmanakah impak pendidikan program kemahiran khas politeknik
kepada graduan pengurusan hotel dan katering terhadap kerjaya mereka
dalam industri hospitaliti di Malaysia?
2. Sejauhmanakah tahap minat graduan bermasalah pendengaran untuk bekerja
dalam industri hospitaliti di Malaysia?
3. Apakah halangan dan kekangan yang menghadkan peluang pekerjaan kepada
graduan bermasalah pendengaran dalam industri hospitaliti di Malaysia?
4. Bagaimanakah model kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran
bidang hospitaliti dalam industri hospitaliti di Malaysia?
9
1.6 Skop kajian
Kajian yang dijalankan ini hanya memfokus kepada impak pendidikan kemahiran
khas dalam pengurusan hotel dan katering kepada graduan bermasalah pendengaran
terhadap kerjaya dalam bidang hospitaliti dan tahap minat graduan bermasalah
pendengaran untuk bekerja dalam industri hospitaliti. Kajian ini juga akan mengkaji
kekangan dan halangan yang menghadkan peluang pekerjaan dan juga peluang untuk
graduan bermasalah pendidikan memajukan kerjaya mereka dalam industri
hospitaliti. Seterusnya, model kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran
bidang hospitaliti dalam industri hospitaliti di Malaysia akan dibangunkan pada akhir
kajian ini.
1.7 Limitasi kajian
Terdapat beberapa batasan dan limitasi dalam kajian yang dijalankan ini.
(i) Ketepatan kajian ini bergantung kepada keterbukaan responden untuk
menjawab setiap item soal selidik dan temu bual yang dijalankan secara jujur
dan ikhlas serta tanpa sebarang prejudis.
(ii) Dapatan kajian hanya akan menggambarkan kebolehpasaran graduan
bermasalah pendengaran bidang hospitaliti dari Politeknik Ibrahim Sultan
dalam industri hospitaliti di Malaysia pada tempoh masa kajian dijalankan
dan tidak menggambarkan situasi untuk masa-masa akan datang.
(iii) Kekangan masa; dimana kajian yang dilakukan ini perlu diselesaikan dalam
masa yang singkat dan ini menyebabkan responden yang dikaji tidak
mencukupi di samping reponden kajian merupakan graduan yang telah tamat
belajar dan berada di serata Malaysia dan membataskan penyelidik untuk
bersemuka dengan kesemua responden.
(iv) Batasan komunikasi; memandangkan responden kajian merupakan graduan
bermasalah pendengaran, penyelidik menghubungi responden menggunakan
khidmat pesanan ringkas, emel, berhubung melalui laman sosial dan juga soal
selidik dikirimkan melalui pos di mana kebarangkalian tidak mendapat respon
adalah tinggi.
10
(v) Dapatan temu bual pula hanya mewakili 30 responden yang merupakan
pengurus bahagian sumber manusia dari hotel, resort dan juga restoren di
semenanjung Malaysia.
1.8 Kepentingan kajian
Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pihak-pihak
tertentu seperti:
(i) Jabatan pengajian politeknik
Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan maklumat penting kepada pihak
Pengajian Politeknik dalam melahirkan graduan berkeperluan khas yang
berkualiti dan mempunyai kepolehpasaran dalam industri hospitaliti.
(ii) Industri hospitaliti
Penyelidik mengharapkan agar kajian yang dijalankan ini dapat dijadikan
panduan dan memberi kesedaran kepada industri hospitaliti terutamanya
pihak majikan bahawa golongan berkeperluan khas juga mampu melakukan
kerja sepertimana golongan normal sekiranya diberikan peluang.
(iii) Pelajar berkeperluan khas
Melalui kajian yang dijalankan ini dapat membantu pelajar-pelajar
berkeperluan khas bukan sahaja yang mengikuti program Hospitaliti dan
Katering malah program-program lain agar mereka tidak berputus asa untuk
meneruskan pengajian mereka untuk sama-sama bersaing mendapatkan
pekerjaan setelah tamat pengajian kelak.
1.9 Kerangka konsep
Kajian ini difokuskan untuk mengkaji kebolehpasaran graduan bermasalah
pendengaran bidang hospitaliti dalam industri hospitaliti. Kerangka konsep yang
dibina untuk kajian ini adalah seperti Rajah 1.1. Kerangka konsep ini dibina
berdasarkan Model Kebolehpasaran Graduan Berkeperluan Khas oleh Harun (2007).
Kerangka ini menunjukkan penyelidik memilih graduan bermasalah pendengaran
11
yang mengikuti program Sijil Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel
& Katering sebagai responden kajian ini. Penyelidik ingin mengkaji impak
pendidikan kemahiran khas kepada graduan bermasalah pendengaran dalam industri
hospitaliti iaitu dari aspek pengetahuan, kemahiran, latihan dan aspek program itu
sendiri secara keseluruhannya. Penyelidik juga ingin mengkaji tahap minat graduan
untuk bekerja dalam industri hospitaliti serta kekangan dan halangan yang dihadapi
oleh golongan ini untuk diterima bekerja. Bagi halangan dan kekangan termasuklah
faktor kekurangupayaan, komunikasi, perasaan rendah diri dan penerimaan industri
terhadap graduan bermasalah pendengaran. Penyelidik ingin melihat sejauhmana
kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran sama ada mereka memperoleh
pekerjaan dalam industri hospitaliti atau pun industri lain.
12
Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian (Sumber: Diadaptasi dari Harun (2007) dan diubahsuai oleh penyelidik mengikut kesesuaian kajian
IMPAK
PENDIDIKAN Pengetahuan Kemahiran Latihan Program
GRADUAN
BERMASALAH PENDENGARAN
BIDANG HOSPITALITI
MINAT
BEKERJA DALAM INDUSTRI
HOSPITALITI
HALANGAN DAN KEKANGAN
Kekurangupayaan Komunikasi Perasaan Rendah
Diri Penerimaan
Industri
BEKERJA DALAM INDUSTRI LAIN
HALANGAN DAN
KEKANGAN Kekurangupayaan Komunikasi Perasaan Rendah
Diri Penerimaan
Industri
TIDAK
BEKERJA
13
1.10 Definisi istilah
Terdapat beberapa istilah yang perlu didefinisi dalam kajian ini:
1.10.1 Kebolehpasaran
Menurut Dacre Pool dan Sewell (2007) kebolehpasaran bermaksud mempunyai satu
set kemahiran, pengetahuan, kefahaman dan sifat-sifat peribadi yang membuatkan
seseorang lebih cenderung untuk memilih dan mendapatkan pekerjaan yang
memuaskan hati mereka dan berjaya dalam kerjaya yang dipilih itu.
1.10.2 Bermasalah pendengaran
Masalah pendengaran sebagaimana yang didefinisikan oleh Akta Pendidikan
Individu dengan Ketidakupayaan (Individuals with Disabilities Education Act,
IDEA, 2001) bererti "masalah pendengaran yang sangat teruk sehingga kanak-kanak
tidak berupaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran sama ada
dengan amplifikasi atau tidak yang seterusnya mengganggu pencapaian
pendidikannya"(Apling, 2002). Seseorang yang mengalami masalah pendengaran
secara amnya akan menggunakan alat bantu pendengaran dan mempunyai sisa
pendengaran yang mencukupi untuk membolehkannya berjaya memproses maklumat
linguistik menerusi pendengaran. (Brill, 1986).
1.10.3 Pendidikan Khas
Menurut Chua (1992) pendidikan khas merupakan pendidikan secara individual
dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal,
alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi-intervensi yang
dibuat ini semata-mata untuk menolong individu berkeperluan khas untuk mencapai
kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka
berdikari. Pendidikan khas bagi konteks kajian ini adalah merujuk kepada program
Sijil Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel & Katering.
14
1.10.4 Industri hospitaliti
Industri hospitaliti merujuk kepada bisnes dan urusan yang berkaitan dengan
penginapan, pelancongan, hiburan dan rekreasi, pengankutan, perkhidmatan
penerbangan, kapal mewah dan pengendali lawatan (Kotler, 2003).
1.10.5 Kerangka konsep kajian
Kerangka konsep yang digunakan dalam kajian ini telah diadaptasi daripada Model
Kebolehpasaran Graduan Berkeperluan Khas yang dibangunkan oleh Harun (2007).
Kerangka teori ini juga telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian ini.
Bagi mengakaji impak pendidikan Kemahiran Khas Politeknik dalam
Pengurusan Hotel dan Katering terhadap graduan bermasalah pendengaran,
pengumpulan data dibuat melalui 4 aspek iaitu aspek pengetahuan, kemahiran,
latihan, dan program. Keempat-empat aspek ini telah diadaptasi dan diubahsuai
daripada kajian yang dijalankan oleh Mohd Zahari et.al (2010). Definisi istilah bagi
keempat-empat aspek yang digunakan dalam kajian ini adalah:
(i) Pengetahuan
Sesuatu yang diperoleh melalui pengalaman yang dapat mengubah seseorang
sehingga mampu membuat sesuatu dengan lebih berkesan (Drucker, 1989).
(ii) Kemahiran
Kemahiran merupakan kebolehan yang diskrit, iaitu sesuatu yang diperolehi oleh
seseorang individu dan kebolehannya untuk melaksanakan pelbagai aktiviti
menggunakan intelektual dan melakukan kerja-kerja sosial (Bailey, 2004).
(iii) Latihan Industri
Menurut Kamus Dewan (2005), latihan ialah aktiviti yang dilakukan secara
berulangkali khusus untuk mengasah kemahiran atau membiasakan diri dengan
sesuatu perkara. Industri pula bermaksud sektor yang menjalankan aktiviti pekerjaan.
15
Latihan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah latihan yang perlu dijalani oleh
pelajar Politeknik bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan
dengan keadaan sebenar di sektor industri (Portal Rasmi Jabatan Pengajian
Politeknik, 2012).
(iv) Program Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel dan Katering
Program ini merupakan program berasaskan kemahiran untuk pelajar cacat
pendengaran dengan tujuan untuk melengkapkan diri mereka dalam persediaan
memasuki bidang kerjaya termasuk di dalam industri hospitaliti. Program ini
mendedahkan pelajar kepada asas pengurusan hotel dan katering dalam aspek teori
dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, membuat tugasan, projek penulisan dan
katering, kerja makmal, dapur, restoran, bilik dobi serta latihan industri (Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti PIS, 2011).
Kajian ini juga mengkaji minat graduan bermasalah pendengaran dalam
bidang hospitaliti untuk bekerja dalam industri hospitaliti di Malaysia. Minat yang
dimaksudkan dalam kajian ini ialah sumber motivasi yang mendorong seseorang
untuk melakukan apa yang ingin dilakukan ketika bebas memilih. Sesorang akan
menjadi berminat ketika sesuatu itu dirasakan bermanfaat dan akan mendatangkan
kepuasan (Hurlock, 1993).
Seterusnya bagi halangan dan kekangan yang menghadkan peluang pekerjaan
kepada graduan bermasalah pendengaran dalam industri hospitaliti pula
mengandungi empat faktor halangan. Empat faktor ini telah diadaptasi daripada
kajian Mohd Zahari et.al (2010) dan diubahsuai mengikut kesesuaian kajian ini.
Definisi istilah bagi keempat-empat faktor halangan yang digunakan dalam kajian ini
adalah:
(i) Kekurangupayaan
Mengikut Akta Orang Upaya 2008, OKU termasuklah mereka yang mempunyai
kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila
berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan
berkesan mereka dalam masyarakat. Kekurangupayaan dalam kajian ini merujuk
16
kepada individu yang termasuk dalam golongan OKU kategori kurang upaya
pendengaran.
(ii) Komunikasi
Komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur,
penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca,
pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir)
mesej tersebut (Masri 1997).
(iii) Rendah Diri
Menurut (Rubino 2003), rendah diri bermaksud perasaan tidak selamat dan tidak
selesa dengan diri sendiri atau dengan orang lain.
(iv) Penerimaan industri
Penerimaan industri dalam kajian ini merujuk kepada bagaimana majikan mahupun
sesebuah syarikat menerima dan memberi layanan kepada pekerja bermasalah
pendengaran termasuklah hubungan pekerja bermasalah pendengaran dengan pekerja
lain (Mohd Zahari et.al, 2010).
1.11 Kesimpulan
Secara keseluruhannya bahagian ini memberi gambaran awal mengenai kajian yang
akan dilakukan dengan menghuraikan latar belakang masalah, pernyataan masalah
dan serta menyenaraikan langkah-langkah yang akan dibuat dalam kajian melalui
persoalan kajian dan objektif yang telah ditetapkan.
17
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Tinjauan literatur ini dilakukan untuk mencernakan maklumat yang sedia ada
berkaitan dengan kajian pelajar berkeperluan khas, impak pendidikan terhadap
kerjaya, pengaruh minat terhadap kerjaya, halangan dan kekangan yang menghadkan
peluang kerjaya kepada graduan berkeperluan khas, dan kajian-kajian terdahulu
mengenai kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran dalam industri
hospitaliti. Sehubungan dengan itu, kajian yang konsisten dan boleh dipercayai dapat
dihasilkan.
2.2 Kebolehpasaran
Menurut Dacre Pool dan Sewell (2007), kebolehpasaran bermaksud mempunyai satu
set kemahiran, pengetahuan, kefahaman dan sifat-sifat peribadi yang membuatkan
seseorang lebih cenderung untuk memilih dan mendapatkan pekerjaan yang
memuaskan hati mereka dan berjaya dalam kerjaya yang dipilih itu. Yorke dan
Knight (2004) mendefinisikan kebolehpasaran adalah satu set pencapaian kemahiran
mendapat pekerjaan, pemahaman dan sifat-sifat peribadi yang menjadikan graduan
lebih cenderung untuk mendapat pekerjaan dan berjaya dalam pekerjaan yang
mereka pilih, yang memberi manfaat kepada diri mereka sendiri, tenaga kerja,
masyarakat dan ekonomi.
Kebolehpasaran secara ringkasnya bermaksud mampu mendapatkan
pekerjaan dan dapat memenuhi pekerjaan. Manakala maksudnya secara lebih
komprehensif adalah kemampuan untuk bergerak sendiri dalam pasaran buruh dan
dapat merealisasikan potensi diri melalui pekerjaan yang mapan (Hillage dan Pollard
18
1998). Manakala Universiti Exeter mentakrifkan kebolehpasaran sebagai mekanisme
yang membolehkan pelajar mengembangkan kebolehan mereka untuk digunakan dan
juga menggunakan pelbagai kemahiran dan peluang untuk meningkatkan
pembelajaran akademik mereka sendiri dan membolehkan tahap kebolehpasaran
mereka menjadi tinggi. Menurut Robinson (2000) kebolehpasaran merupakan
kemahiran yang membolehkan kita mendapat pekerjaan, terus kekal dalam syarikat
dan untuk terus maju dalam pekerjaan atau bidang yang diceburi. Kemahiran
kebolehpasaran merupakan kemahiran yang boleh diajar dan ditanamkan.
Seterusnya, Hughes dan Stoner (2000) telah merumuskan bahawa
kebolehpasaran bukan sahaja merujuk kepada persediaan pekerjaan malah meliputi
pemindahan dari alam pendidikan dan latihan ke alam pekerjaan, pemindahan
kemahiran dari satu tempat yang berbeza, pembangunan kemahiran di tempat kerja
dan peralihan dari tempoh pengangguran kepada alam pekerjaan. Terdapat beberapa
model kebolehpasaran graduan yang dibangunkan untuk menilai tahap
kebolehpasaran graduan, menilai keberkesanan sesebuah institusi pengajian tinggi
serta impak pendidikan tinggi terhadap pekerjaan. Model-model kebolehpasaran
dibincangkan pada topik yang seterusnya.
2.3 Model kebolehpasaran graduan
Terdapat beberapa buah model alternatif yang dicipta oleh penyelidik-penyelidik
kajian lepas untuk memahami peranan pihak yang terlibat dalam melaksanakan
kemahiran 'employability’ ke institut pendidikan yang lebih tinggi. Semua pihak
yang berkepentingan termasuklah kerajaan, universiti, majikan dan graduan sendiri
perlu terlibat dalam proses ini. Ini adalah untuk mengetahui keperluan kemahiran,
cara meningkatkan kemahiran dan penyelesaian kepada jurang kemahiran. Antara
beberapa model kebolehpasaran graduan termasuklah:
(i) “The Magic Bullet Model” (Harvey 2001)
Keberkesanan kebolehpasaran graduan sesebuah institusi pendidikan boleh diukur
dengan menggunakan “bullet model” di mana model ini menunjukkan kesan
pendidikan tinggi kepada pekerjaan. Berdasarkan model ini, pelajar mempunyai nilai
kebolehpasaran adalah hasil daripada menjadi seorang pelajar yang kemudiannya
19
berpindah ke alam pekerjaan. Pelajar memasuki institusi pengajian tinggi di mana
pelajar berpeluang mengembangkan atau membangunkan kebolehpasaran mereka,
apabila tamat belajar meraka perlu bijak menggunakan kemahiran, pengetahuan
pengalaman dan sebagainya yang diperoleh semasa belajar untuk memasarkan diri
mereka. Sekiranya diterima bekerja mereka dikira berjaya mendapatkan pekerjaan.
Model ini juga menyatakan bahawa pendidikan yang lebih tinggi menyediakan
peluang-peluang pelajaran dan pembangunan yang membolehkan graduan
membangunkan kemahiran kebolehpasaran dan seterusnya mendapatkan pekerjaan.
(ii) Model Kebolehpasaran Bennett, Dunne dan Carré (1999)
Bennett, Dunne dan Carré (1999) mencadangkan satu model peruntukan kursus
dalam pendidikan tinggi. Kandungan dalam modelnya termasuklah kandungan
pengetahuan tatatertib, kemahiran tatatertib, kesedaran di tempat kerja dan juga
pengalaman di tempat kerja.
(iii) USEM Model (Yorke and Knight 2004)
Model yang dibangunkan untuk mengukur kebolehpasaran graduan ini mengandungi
empat aspek utama; Understanding iaitu pemahaman, Skills iaitu kemahiran atau satu
amalan yang cekap, Efficiacy beliefs yang merujuk kepada kualiti personal yang
meliputi seperti gaya pembelajaran, persekitaran, keupayaan untuk belajar, berubah
dari semasa ke semasa dan mempunyai asas tahap yang berbeza untuk setiap
individu dan Metacognition iaitu merujuk kepada amalan kognisi.
(iv) Model Kerjaya EDGE (Dacre Pool dan Sewell 2007)
Model ini berkongsi pendekatan holistic kepada rekabentuk kurikulum.
Mengandungi 5 komponen utama iaitu yang pertama tahap pengetahuan mata
pelajaran (Degree subject knowledge) kefahaman dan kemahiran. Elemen ini
merupakan pusat yang utama bagi model ini. Majikan akan mengadili graduan
berasaskan sejauhmana pencapaian mereka setelah tamat kursus yang diikuti.
Elemen kedua, Generic Skills iaitu kemahiran generik dikenali juga sebagai
kemahiran teras, kemahiran utama atau kemahiran yang boleh dipindahkan. Contoh
20
kemahiran generik termasuklah penyesuaian / fleksibiliti, kesediaan untuk belajar,
bekerja dalam satu pasukan komunikasi yang baik (lisan dan bertulis) dan juga
kemahiran numerasi. Emotional Intelligence, iaitu kepintaran emosi yang ditakrifkan
sebagai kapasiti untuk mengiktiraf perasaan kita sendiri dan orang-orang yang lain,
untuk memotivasi diri kita, dan untuk menguruskan emosi kita baik dalam diri kita
dan dalam hubungan dengan orang lain. Elemen kelima ialah Experience iaitu
pengalaman. Ini termasuklah pengalaman kerja dan kehidupan. Pengalaman kerja
(graduan yang mempunyai pengalaman kerja lebih cenderung untuk mendapatkan
pekerjaan daripada graduan yang tiada pengalaman kerja). Seterusnya pengalaman
hidup yang lebih luas pula akan menjadikan pelajar lebih matang.
Seterusnya lima elemen ini akan membawa kepada refleksi dan penilaian.
Pelajar disediakan dengan peluang-peluang untuk mendapatkan kemahiran,
pengetahuan, kefahaman dan sifat adalah penting, tetapi begitu juga menyediakan
peluang untuk renungan dan penilaian pengalaman pembelajaran yang telah berlaku
atau pun lebih dikenali dengan perancangan pembangunan peribadi. Ini dipengaruhi
dengan keberkesanan diri sendiri, keyakinan diri dan harga diri (self-esteem) pelajar
tersebut. Kemudian barulah mereka boleh memasuki peringkat kebolehpasaran.
Setelah meneliti model-model kebolehpasaran graduan, dapatlah dirumuskan
bahawa sesebuah institusi pengajian tinggi menyediakan peluang pembangunan
pekerjaan yang membolehkan graduan membangunkan kebolehpasaran diri mereka
sendiri dan seterusnya mendapatkan kerja di industri. Pendidikan yang diperoleh
memberi impak terhadap kebolehpasaran graduan dalam industri seterusnya terhadap
kerjaya mereka dalam industri.
2.4 Pendidikan khas
Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk individu yang berkeperluan
khas. Golongan yang berkeperluan khas ini termasuklah golongan yang mempunyai
masalah pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal serta bermasalah
pembelajaran termasuklah golongan pintar cerdas. Matlamat pendidikan kepada
golongan kurang upaya ini adalah agar mereka menjadi insan yang mampu berdikari,
berjaya dalam hidup dan dapat memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan
negara (Mohamed, 2005).
21
Sebestian (1992) menyatakan tujuan utama pendidikan khas masa kini adalah
untuk membolehkan mereka hidup dengan berdikari mengikut kebolehan masing-
masing. Fokus utama ialah bagi membolehkan pelajar kurang upaya berintegrasi
dalam komuniti dengan sepenuhnya. Mereka berhak untuk mendapat ‘suatu
kehidupan yang penuh dengan normal iaitu dengan bantuan yang penuh atau separuh
penuh mengikut kekurangan kendiri individu itu.
2.5 Industri hospitaliti
Hospitaliti berasal dari perkataan Latin “hospitare” yang membawa makna
persediaan menerima kunjungan tetamu dengan menyediakan makanan dan
minuman, perkhidmatan pengankutan dan juga tempat penginapan Dittmer (2003)
Kamus Oxford (2005) pula mendefinisikan hospitaliti sebagai perlakuan yang ramah
dan baik terhadap tetamu. Dalam kata lain, hospitaliti ialah memberi layanan mesra
dan menerima dengan tangan terbuka pelanggan yang dikenali atau tidak secara sama
rata. Bagi kebanyakan orang, industri ini lebih kepada memberi perkhidmatan,
layanan yang sopan dan mesra kepada pelanggan.
Namun, dalam skop yang lebih luas, industri hospitaliti merujuk kepada
perniagaan dan urusan yang berkaitan dengan penginapan, palancongan, hiburan dan
rekreasi, pengangkutan, perkhidmatan penerbangan, kapal mewah, keretapi, sewa
kenderaan dan pengendali lawatan tour operator (Kotler, 2003).
2.6 Perkembangan industri hospitaliti di Malaysia
Menurut Ismail (2006) sektor hospitaliti di Malaysia telah diberi perhatian serius
oleh pihak kerajaan sejak pertengahan tahun 1980-an. Kepesatan perkembangan
industri ini bermula sejak Rancangan Malaysia kedua ekoran daripada kebimbangan
pergantungan yang kuat kepada komoditi utama seperti petroleum, minyak kelapa
sawit, getah asli dan kayu balak. Kini industri ini telah menjadi salah satu di antara
industri terpenting yang menyumbang kepada sumber pendapatan negara iaitu
menjadi penyumbang utama pendapatan wang asing negara, pendapatan pelancong,
imbangan pembayaran, peluang guna tenaga, pembangunan industri sokongan
(makanan, pengangkutan, dan industri desa) dan pembangunan wilayah.
22
Tambahnya lagi, industri ini menjanjikan pulangan lumayan kepada sesebuah
yang mempunyai sumber atau produk pelancongan yang pelbagai. Perkembangan
pesat industri ini boleh dilihat melalui pertambahan bilangan pelancong yang datang
ke dalam negara. Pada tahun 2000 jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia telah
dianggar akan mencapai 10 juta orang. Namun begitu, menurut Laporan Lembaga
Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), jumlah sebenar telah melebihi
jangkaan tersebut iaitu mencapai sebanyak 11 juta orang pelancong. Ini merupakan
satu peningkatan yang agak baik yang mana peratusan meningkat ialah sebanyak
28.9 peratus berbanding tahun 1999 iaitu seramai 793, 149 orang.
Selain itu, pertumbuhan pesat industri ini juga telah menjadikan Malaysia
sebagai salah sebuah negara yang maju dalam bidang pelancongan dengan sumber
pendapatan tukaran matawang asing kedua terbesar dengan peningkatan perolehan
sebanyak 40.7 peratus pada tahun 2000. Pertumbuhan ini banyak dipengaruhi oleh
pergerakan pertumbuhan sektor pelancongan domestik di samping pelancongan
antarabangsa. Dalam masa yang sama, dianggarkan terdapat lebih daripada 1000
agensi pelancongan mempunyai lebih kurang 9939 orang pekerja bersedia untuk
menampung pengurusan dan meraikan kedatangan para pelancong (Jabatan Statistik
Malaysia, 2000).
Oleh itu, dalam usaha untuk memastikan negara terus kukuh sebagai salah
sebuah negara maju dalam industri ini, strategi yang kemas dan bersepadu amat perlu
untuk mempertingkatkan lagi tahap profesionalisme, jenis dan kualiti perkhidmatan
pelancongan yang disediakan oleh para pengusaha pelancongan tempatan. Program
pendidikan dan latihan yang khusus mengenai kemahiran serta pengetahuan tentang
nilai tradisional dan budaya tempatan perlu diberikan kepada pekerja yang terlibat
dalam sektor ini seperti pemandu palancong, pekerja barisan hadapan kaunter
pertanyaan, pihak pengurusan hotel dan restoren supaya mereka dapat
menyampaikan maklumat dan perkhidmatan yang tepat dan lengkap kepada para
pelancong (Ridzuan, 2000).
2.7 Pendidikan dalam industri hospitaliti
Nelson A.A dan Dopson, (2001) berpendapat pendidikan dalam bidang hospitaliti
wujud sebagai salah satu usaha bagi memenuhi keperluan semasa industri hospitaliti
dan pelancongan yang mana memerlukan pekerja yang cekap seiring dengan
23
standard yang telah ditetapkan oleh industri tersebut. Wood (2003) pula menyatakan,
faktor utama kejayaan dalam industri hospitaliti ialah dengan lahirnya graduan yang
berkualiti dan memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh industri.
Dengan pertambahan pelancong yang masuk ke negara ini, ia telah memberi
implikasi yang besar kepada struktur guna tenaga dalam industri hospitaliti dan
pelancongan (Norliza, 2000). Di atas kesedaran dan kepekaan ini, Kementerian
Pendidikan Tinggi telah mewujudkan beberapa kursus dalam bidang Pengurusan
Hotel dan Katering dan juga bidang Pengurusan Pelancongan pada peringkat Sijil
dan juga Diploma di beberapa buah politeknik. Kursus yang ditawarkan di jabatan ini
menekankan pada aspek kognitif, psikomotor dan estetika di samping meningkatkan
lagi kreativiti, inovasi serta keyakinan diri pelajar. Para pelajar bukan sahaja
memperolehi ilmu dari tenaga pengajar yang pakar dari jabatan ini, malahan mereka
juga berpeluang mengalami keadaan kerja sebenarnya melalui program latihan
sambil belajar.
Dalam usaha politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menangani
masalah pengangguran di kalangan pelajarnya, maka institusi pengajian ini telah
mensyaratkan setiap pelajar harus menjalani program Latihan Industri. Latihan
Industri (LI) merupakan sebahagian dari syarat kurikulum politeknik yang mesti
dipenuhi oleh semua pelajar sebelum mereka dianugerahkan sijil atau diploma dalam
pengajian mereka. LI bertujuan memberi pendedahan tentang suasana kerja yang
sebenar serta menghubungkaitkan kefahaman teori dan amali yang telah dipelajari.
Pelajar politeknik KPT akan menjalani latihan industri mereka pada semester 3 bagi
kursus sijil dan semester 5 bagi kursus diploma. Antara objektif LI adalah untuk
memberi pendedahan kepada pelajar tentang jenis pekerjaan, suasana persekitaran
dan suasana kerja yang sebenar yang berkaitan dengan kursus yang mereka ikuti.
Dengan itu mereka dapat meluaskan pengalaman dan memperkukuhkan ilmu yang
telah mereka perolehi di politeknik seterusnya mengaplikasi segala teori yang
dipelajari tersebut pada bidang kerja (Kementerian Pengajian Tinggi, 2008).
Asas kepada kerjaya yang berkualiti sebenarnya terletak kepada keupayaan
institusi pengajian memantapkan kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam diri
pelajar sebelum memasuki alam pekrjaan. Oleh itu, peranan utama yang perlu
diutamakan oleh pihak institusi ialah dengan menyediakan kurikulum program yang
relevan dan membekalkan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang berkaitan
dengan kursus yang diambil.
24
2.8 Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Hotel dan Katering)
Peningkatan keprihatinan oleh kerajaan Malaysia mengenai kepentingan memberi
bimbingan kerjaya dan latihan untuk individu-individu khususnya lepasan SPM
berkeperluan khas. Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan program
berterusan berasaskan kemahiran untuk pelajar cacat pendengaran dengan tujuan
untuk melengkapkan diri mereka dalam persediaan memasuki bidang kerjaya
termasuk di dalam industri hospitaliti bermula pada tahun 2003.
Program ini mendedahkan pelajar kepada asas pengurusan hotel dan katering
dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, membuat tugasan,
projek penulisan dan katering, kerja makmal, dapur, restoran, bilik dobi serta latihan
industri. Pelajar digalakkan mengikuti program bekerja sambil belajar yang
dikendalikan oleh pihak politeknik dan sektor swasta. Program yang ditawarkan ini
memberi penekanan seimbang untuk teori dan amali yang berkaitan dengan
perkembangan di sektor industri ini.
Program pengajian antara lain meliputi pengetahuan dan kemahiran di
bahagian operasi seperti kaunter perkhidmatan, pengemasan, mendobi, dapur dan
restoran.Kursus sokongan seperti Komunikasi Interpersonal, Makanan dan
Pemakanan, Sanitasi, Pemasaran, Perakaunan dan Aplikasi Komputer akan juga
diberi penekanan. Pelajar juga akan didedahkan kepada prinsip dan amalan
pengurusan seperti Pengurusan Sumber Manusia, Perakaunan Pengurusan,
Pemasaran Strategik, Pengurusan Kos, Penyeliaan Penyenggaraan dan Undang-
Undang Hospitaliti.
Menyedari kepentingan latihan industri iaitu untuk melatih para pelajar
menggunakan kemahiran kebolehpasaran yang dimiliki dengan berkesan sewaktu
melaksanakan tugasan di tempat kerja, Jabatan Hospitaliti telah mewajibkan semua
pelajar di bawah jabatan tersebut untuk menjalani LI selama satu semester penuh
iaitu selama 6 bulan di agensi-agensi yang berkaitan dengan bidang pengkhususan
masing-masing (Unit Perhubungan Dan Latihan Industri Politeknik).
Antara kemahiran kebolehpasaran yang boleh ditingkatkan dalam industri ini
adalah seperti kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, kemahiran bekerja dalam
kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kreatif, berkpeimpinan, kemahiran
pengurusan masa dan juga penerapan budaya (Jabatan pengajian Politeknik). Kajian
yang dijalankan oleh Jelani (2007) mendapati perlaksanaan Latihan Industri dalam
79
RUJUKAN
Abdullah (2007). The Linkage of Employee Satisfaction and Loyalty in Hotel
Industry in klang Valley, Malaysia. Universiti Teknologi MARA.
Abdullah, F. Z. (1988). Pandangan Masyarakat Terhadap Orang Cacat
pendengaran. Maktab perguruan Ilmu Khas.
Ahmad Zanzali, N.A., Rahmat.,N.(2010). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pemilihan Kerjaya Perguruan di Kalangan Pelajar-Pelajar Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Apling, R. (2002). The Individuals With Disabilities Education. CRS Report for
Congress.
Baharom Mohamad. (2011). Teknologi Komunikasi dan Maklumat Dalam Program
Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia. Kota Kinabalu:
UMS.
Bailey, T.R. Working Knowledge - Work Base Learning and Education Reform. New
York: Routledgefalmer, 2004.
Bennett, N, E Dunne, and C Carré. " Patterns of core and generic skills provision in
higher education." Higher Education, 1999: 71-93.
Berita Harian Online . (2011, March 25). Retrieved December 12, 2011, from
Bharian : http://www.bharian.com.my
Berita Harian Online. (2010, April 6). Retrieved Disember 7, 2011, from Bharian:
http://www.bharian.com.my/
Blog Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Retrieved December 10, 2011,
from buletinkpm.blogspot: http://buletinkpm.blogspot.com/
Brill, R. M. (1986). Framework For Appropriate programs For Deaf Children.
American Annals of The Deaf, 131 , 65-67.
Buntat, Yahya, Osman, Asadul khair. (2010). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Belia Melayu di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor Memilih Sektor
Pertanian Sebagai Satu Kejaya. Kota Tinggi .
80
Campbell, I. (1996). Cases in disabilty. Management development Rev 9(5), 22-24.
Chua Tee Tee, K. B. (1992). Pendidikan Khas Dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Corporate Tourism. (2011). Retrieved December 12, 2011, from Tourism malaysia:
http://corporate.tourism.gov.my
Creswell J.W. (2002). Qualitative Inquiry And Research Design . London : SAGE
Publications.
Cruickshank, W. &. (1975). Eduction of Exceptional Children and Youth. Upple
Saddle River: Prentice Hall.
Dacre Pool, L, dan P Sewell. "The key to employability: developing a practical
model of graduate employability." Education & Training, 2007: 277 – 289
Disun, S.A., Minghat, A.D. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan
Kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian di Daerah Muar, Johor. Johor: Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Dittmer, P. (2003). Dimensions of the Hospitality Industry. New York: John Wiley
and Sons Inc.
Drucker, Peter Ferdinand. The New Realities. Transaction Publisher, 1989.
Gallaudet University,. (1995). Gallaudet Research Institute. Retrieved December 8,
2011, from Gallaudet Research Institute.
Gunn, F. (1979). Tourism Planning. New York : Crane Russak.
Hadi, S. A. (2008). Persepsi Industri Hospitaliti Terhadap Kualiti Dan Tahap
Penguasaan Pelajar. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Master's Thesis.
Hamdi, M. A. (2006). Turnover Intentions of Hotel Employees: The Role of Human
Resources Management, Practices, Trust In Organization and Effective
Commitment
Haq, dan Faridah Serajul. "Career and Employment Opportunities For Women With
Disabilities in Malaysia." Asia Pasific Disability Rehabiliation Journal, 2003.
Harian Metro Online. (2011, Jun 9). Retrieved December 7, 2011, from MyMetro:
http://www.hmetro.com.my/
Haron, R. (2009, Disember 26). Strategi Pemilihan Kerjaya. Retrieved Disember 24,
2011, from http://www.kaunselingkerjaya.com
Harvey, L. "Defining and measuring employability." Quality in Higher Education,
2001.
81
Hillage, J, and E Pollard. "Employability: Developing a Framework for Policy
Analysis." Department for Education and Employment, 1998.
Hiyang, T. K. (2008). Pembangunan Profil Kemahiran Generik Terhadap Graduan
Hospitaliti. Universiti Tun Hussein Onn.
Holland, J. (1973). Making Vocational Choices: A Theory of Personalities Type and
Model Environment. Waltham : Massachusetts, Blaisdell
Hughes, M, dan F.Stoner. "Understanding and Sustaining Employability." Learning
and Skills Development Agency. London: LSDA, 2000.
Hurlock. B., E. (1993). Perkembangan Anak Jakarta. Erlangga .
Ibrahim, Y. (2007). “Pemerkasaan Industri Pelancongan.” dalam Utusan Karya
(2007) "Pemikir". Kuala Lumpur: Utusan Karya.
Idris, Noraini. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill, 2010.
Illinois State Board of Education. "Illinois workplace skills assessment 2001 -2002.
An information bulletin for secondary schools and community colleges. ."
Workforce Preparation Partnerships Division., 2002.
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara. (2003). Kajian Masalah
Pengangguran di Kalangan Siswazah. Pulau Pinang: Institut Penyelidikan
Pendidikan Tinggi Negara.
Ismail, N. I. (2006). Persepsi Keselamatan Pelancong di Kawasan Ekopelancongan
KajianKes: Taman Negara, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia.
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PIS. 2011. http://www.pis.edu.my (accessed
November 15, 2011).
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2008). Retrieved Disember 24, 2011, from
Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia: http://docs.jpa.gov.my/
Jamila, K. M. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributiors Sdn. Bhd.
Jelani, a. (2007). Perlaksanaan Latihan Industri Dalam Meningkatkan
Kebolehkerjaan: Satu Kajian Kes Pelajar-Pelajar di Politeknik Johor Bahru.
Universiti Tun Hussein Onn.
Kamus Dewan Edisi Ke Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
Kaniappan, S. A. (1996). Aspirasi Pekerjaan Di Kalangan Pelajar Cacat
pendengran: Satu Kajian kes di Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional. Shah Alam: Universiti Kebangsaan Malaysia.
82
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010.
Kuala Lumpur.
Kementerian Pelancongan Malaysia. (2011). Retrieved Disember 18, 2011, from
Corporate Tourism: http://www.tourism.gov.my/
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan . (2010). Retrieved
Disember 20, 2011, from Portal Rasmi Kementerian Penerangan Komunikasi
dan Kebudayaan : http://www.kpkk.gov.my/
Kementerian Sumber Manusia . (2011). Retrieved December 8, 2011, from Laman
Web Rasmi Kementerian Sumber Manusia : http://www.mohr.gov.my/
Kilpatrick, S & Allen,K. "Review of research: factors influencing demand for
vocational education and training courses." Kensington: National center
vocational education research., 2001.
Konting, Mohd Majid. "Kaedah Penyelidikan Pendidikan." Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2005.
Koon, C. T. (1992). Pendiddikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kotler. P., B. J. (2003). Marketing For Hospitality and Tourism Third Edition. New
Jersey: Prentice Hall Publishing.
Leon, J. & Borchers, R.E. "High school graduate employment trends and the skills
graduates need to enter Texas manufacturing industries." Journal of
vocational and technical education, 1998.
Mamat, S. R. (2002). Kajian Terhadap Aspirasi Kerjaya Di Kalangan Pelajar
Bermasalah Pendengaran Di Sebuah Sekolah Menengah di Daerah Kota
Bharu, Kelantan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Masri, Suliman. Komunikasi Berkesan: penulisan berita, rencana, ulasan. Fajar
Bakti, 1997.
Meng, E. A. (1995). Psikologi Pendidikan: Psikologi perkembangan Semester 1.
Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Merriam, and Sharan.B. Qualitative Research in Practice: Examples for discussion
and analysis. Jossey-Bass, 2002.
Minghat, A.D., Mansor, N.Z. (2010). Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya . Pulau Pinang: Universiti
Teknologi Malaysia.
83
Mohamed, J. K. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur : PTS Publications & Distributions Sdn Bhd.
Mohamed., J. K. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Bentong:
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Embul, Hellen Unyan. "Kurikulum Pengurusan Hotel dan Katering: Satu
Analisis Terhadap Elemen-Elemen Kemahiran Kerjaya dan Sahsiah Diri."
Kolej Universiti Tun Hussein Onn, 2001.
Mohd Hanafi Mohd Yasin, L. M. (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasioanal Untuk
Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan.
Mohd Najib, A. G. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Mohd Salleh,N., Abdullah, K.,Buang, N.A. (2001). Job Opportunities for Special
Needs Population In Malaysia. Jurnal Pendidikan. Jilid 27 , 77-85.
Mohd Zahari, M.S, Mat Yusoff, N., Jamaluddin, M.R., Mohd Radzi, S.,Othman, Z.
(2010). The Employability of The Hearing Impaired Graduates in Malaysia
Hospitality Industry. World Applied Sciences Journal 10 (Special Issue of
Tourism & Hospitality): 126-135.
Moores, D. (1987). Educating The Deaf: Psychology, Principles and Practices. Edisi
ketiga. Boston: Houghton Mifflin Company.
Nelson A.A & Dopson, L. (2001). Future Hotel education: Required Skills and
Knowledge for Graduates of U.S Hospitality Programs beyond The Year
2000- Part 1 . Hospitality Research Journal 19(4).
Newton, Rita, Marcos Ormerod, dan Pam Thomas. "Disabled People's Experiences
in the Workplace Environment in England." Equal Opportunities
International, 2007: 610-623.
Ng. Y.Y (2011, March 30). Program Transformasi Ekonomi. Hala Tuju Untuk
Malaysia .
Noor, Noraini Mohd, dan Sazali Sahiman. "Penerapan Kemahiran Generik Dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Kolej Yayasan Sabah." Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2007.
Parasnis, I. S. (1996). Deaf Adults' Attitudes Toward Career Choices for Deaf and
Hearing People in India. American Annals of The Deaf 141(5) , 333-338.
Piaw, C. Y. (2006). Research Methods. Shah Alam: McGraw-Hill Education.
84
Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik. (2011). Retrieved December 10, 2011,
from Jabatan Pengajian Politeknik: http://politeknik.gov.my
Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik. 2012. http://politeknik.gov.my (accessed
Jun 17, 2012).
Portal Rasmi Politeknik Ibrahim Sultan. n.d. www.pis.edu.my (accessed 13 Jun,
2012).
Rashid., A. R. (2005). Professionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raybould, J. V. (2005). Are Graduates Equipped with the Right Skillsin the
Employability Stakes? Journal of Industrial and Commercial Training 37(5) ,
259-26.
Razak, N. T. (2006, September 18). Utusan Malaysia Online. Retrieved Disember
12, 2011, from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/
Ridzuan, N. (2000). Komunikasi Berkesan Di Kalangan Pekerja-Pekerja Industri
Pelancongan. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA.
Robinson, J.P.(2000). What Are Emploayability Skills? In The Alabama Cooperative
Extension System. Alabama A&M and Auburn University.
Robson, C. (2002). Real World Research: A Resource for social scientists and
practitioners-researchers (2n ed). Oxford : Blackwell.
Rubino, Dr Joe. Restore Your Magnificence: A Life-Changing Guide to Reclaiming
Your Self-Esteem. Vision Work Publisher, 2003
Safani Bari, M. M. (2006). Penggunaan Alat Bantuan Pendengaran Di Kalangan
Murid-Murid. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Said, A. M. (2000). Laporan Seminar Pendididkan Khas Peringkat Kebangsaan 2000.
Pendiddikan Khas Dalam Sistem Pendidikan Khas Dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan: Dasar Perlaksanaan Dan Hala Tuju Masa Depan.
Sebestian, S. (1992). Special Education: Current Trends. Jurnal Masalah
Pendidikan. Jilid 16 , 45-63.
Tan Kin Hiyang, A. R. (2007). Career Prospects in Hospitality and Tourism Industry:
An overview. Batu Pahat, Johor: CCTET 2007.
The Star Online. (2011, July 17). Retrieved December 12, 2011, from thestar:
http://thestar.com.my/
Thompson, A.R. Career Development Project: Postsecondary Education Programs
for Induviduals with Disabilities. Mississippi State University, 1994.
85
W.Creswell, J. (1998). Qualitative Inquiry And Research Design: Choosing Among
Five Traditions. Sage Publications, Inc.
W.Ingandls, S.Rouse, dan P.Worsfold. "Employement of The Disabled in The Hotel
and Catering Industry: Aesssumptions and Realit." International Journal Of
Hospitality Management, 1991: 27-287.
W.Ingandls, S.Rouse, dan P.Worsfold. "Employement of The Disabled in The Hotel
and Catering Industry: Aesssumptions and Realit." International Journal Of
Hospitality Management, 1991: 27-287.
Williams, Bridget, Phil, dan Jhon Evesley. "Experiences and Expectations of
Disabled People." A Research Report for the Office for Disability Issues, 2005.
Williams, Bridget, Phil, dan Jhon Evesley. "Experiences and Expectations of
Disabled People." A Research Report for the Office for Disability Issues,
2005.
Yorke, M, dan P Knight. Learning, Curriculum and Employability in Higher
Education. London: RoutledgeFalmer, 2004.
Yusoff, Mohd Abdullah Mohamed. "Jangan Pinggir Mahasiswa OKU." Harakah
Daily, 2012.