Kecederaan Sukan RM

Post on 28-Dec-2015

152 views 0 download

description

sukan

Transcript of Kecederaan Sukan RM

Kecederaan SukanProf Madya Dr Zairul Nizam Zainol Fithri

Hospital Pakar Senawang

Cyberjaya University College of Medical Sciences

Pengenalan

• Antara kecederaan paling kerap dilihat di klinik kerajaan dan swasta

• Melibatkan golongan 20-40 tahun• Pengingkatan tahap kesukanan, melibatkan juga golongan remaja

dan yang berumur lebih 40-an• Faktor yang meningkatkan kekerapan kecederaan sukan:

– Peningkatan akses kepada kemudahan (contoh: arena futsal)– Pengaruh media (contoh: BPL, Euro)– Keinginan mencapai tahap kecemerlangan

Kecederaan Bahu

• Melibatkan sukan yang menggunakan pergerakan bahu berlebihan

Kecederaan Rotator Cuff (Rotator Cuff Injury)

Kecederaan pada kawasan otot dan tendon disekitar bahu. Diklasifikasi sebagai kecederaan separa atau penuh. Mengakibatkan pesakit tidak dapat menggerakkan bahu sepenuhnya.

Kecederaan Rotator Cuff

• Kecederaan separa (partial-thickness rotator cuff tear): Boleh dirawat tanpa pembedahan; rawatan dengan fisioterapi

Kecederaan Rotator Cuff

• Kecederaan penuh (full-thickness rotator cuff tear): biasanya memerlukan pembedahan untuk menyambung semula otot/ligamen

• Pembedahan secara artroskopik

“Impingement Syndrome”

• Apabila tendon disekitar bahu tersepit didalam ‘terowong’ tulang bahu

“Impingement Syndrome”

• Rawatan secara konservatif iaitu fisioterapi dan suntikan (campuran ubat bius dan steroid)

• Sekiranya gagal, rawatan secara pembedahan artrskopik

Kelonggaran Bahu (‘Shoulder Instability’)

• Kecederaan pada struktur penstabil sendi bahu mengakibatkan sendi terasa ‘longgar’ dan mudah terseliuh (tidak stabil)

• Bergantung kepada teruknya keadaan, rawatan fisioterapi dimulakan diikuti dengan pembedahan artroskopik jika perlu

Kecederaan Siku

• Sukan yang melibatkan aktiviti melontar dengan kuat/jauh– Melontar lembing, bola lisut dsg

• Sukan yang melibatkan penggunaan genggaman yang berlebihan– Golf, tenis dsg

• 2 jenis kecederaan otot sendi siku:– Golfer’s elbow– Tennis elbow

• Kecederaan pada himpunan otot disekitar sendi:– Extensor musculature (tennis elbow)– Flexor musculature (golfer’s elbow)

Kecederaan Siku

Kecederaan Siku

• Rawatan secara konservatif melibatkan fisioterapi dan suntikan

• Biasanya berjaya. Sekiranya tidak, mungkin memerlukan pembedahan pengurangan stres otot

Kecederaan Buku Lali

• Biasanya buku lali teseliuh/terkehel/tergeliat• Antara struktur sendi badan yang paling kerap mengalami

kecederaan ligamen

Terseliuh/Terkehel/Tergeliat

• Rawatan biasanya konservatif dengan tekapan ais, balutan, fisioterapi, dan mungkin suntikan

• Rawatan mungkin mengambil masa yang lama (2-3 bulan). Ada kalanya lebih lama daripada kepatahan tulang

• Komplikasi jangka panjang akibat kecederaan yang teruk / kecederaan yang berulang:– Ketidakstabilan buku lali– Kerosakan pada rawan dan osteoartritis awal

• Kecederaan teruk atau berulang dan komplikasi biasanya dirawat melalui pembedahan

Kecederaan Lutut

• Kecederaan paling kerap ditemui di klinik kecederaan sukan• Bilangan pemain bola sepak amatur dan profesional naik

mendadak• Fenomena futsal dan lambakan arena futsal diseluruh negara

Anatomi asas lutut

Kecederaan Meniscus

• Struktur rawan yang berfungsi sebagai bantal diantara tulang peha dan tulang betis

• Sekiranya tercedera boleh mendatangkan bengkak lutut, kesakitan bila terhimpit, dan kadangkala ketidakstabilan lutut

• Rawatan secara pembedahan untuk jahit semula atau ‘trim’

Kecederaan Cruciate Ligament

• 2 ligamen ‘cruciate’: depan (anterior) dan belakang (posterior)• Kecederaan Anterior Cruciate Ligament lebih kerap

• Mengakibatkan ketidakstabilan lutut yang ketara sehingga boleh menjejaskan struktur rawan lutut

Kecederaan Cruciate Ligament

• Antara kecederaan lutut paling kerap• Mungkin melibatkan struktur lain seperti meniscus dan ligamen sisi (collateral ligament)• Biasanya akibat kena tackle dari belakang/tepi dan lutut berlipat sebelum tumbang dengan kaki terpasak ditanah• Selalunya tidak dapat sambung bermain dan terpaksa dipapah

keluar

Kecederaan Cruciate Ligament

• Memerlukan pembedahan gantian secara artroskopik• Ligamen gantian diambil dari depan lutut, belakang lutut ataupun

dari penderma organ

Kecederaan Cruciate Ligament

• Pembedahan secara artroskopik• Terowong dibuat melalui tulang betis dan peha, ligamen gantian

disalurkan dan di’ikat’ dihujung-hujung terowong• Fisioterapi (6-9 bulan)

Kecederaan Ligamen Sisi (Collateral Ligament)

• Biasanya disebabkan oleh hentakan dari sisi lutut (seperti ketika diasak atau ‘tackled’)

Kecederaan Ligamen Sisi (Collateral Ligament)

• Mengakibatkan ketidakstabilan sisi lutut• Rawatan melibatkan tekapan ais, balutan lutut dan fisioterapi

Rawatan mutakhir

• Penggunaan stem cell sebagai rawatan utama atau supplementary• Menjanjikan kadar penyembuhan yang lebih cepat dan lebih baik

dari rawatan biasa• Sel diambil dari sum-sum tulang pinggul dan melalui centrifuge

untuk menghasilkan kepekatan sel yang maksimum

Rawatan mutakhir

• Stem cell yang dipekatkan disuntik ke kawasan yang biasanya disuntik dengan campuran bius/steroid

Rawatan mutakhir

• Juga boleh digunakan untuk merawat kecederaan rawan pada sendi

• Rawatan biasa menghasilkan sejenis rawan yang anjal (fibrocartilage) tetapi berlainan daripada rawan asal

• Penggunaan stem cell menghasilkan rawan yang menyerupai rawan asal

Rumusan

• Setiap sendi didalam badan boleh tercedera akibat kegiatan sukan – hanya bergantung kepada jenis sukan yang dipelopori

• Setiap peringkat umur boleh mengalami kecederaan sukan – rawatan terpaksa mengambil kira faktor umur disamping jenis kecederaan yang dialami

• Konsep rawatan kebanyakan kecederaan sukan adalah konservatif dahulu sebelum pembedahan (melainkan kecederaan khusus seperti di lutut)

• Kemajuan teknologi membolehkan kadar pemulihan dipercepatkan melalui konsep rawatan terbaharu yang diperkenalkan

• Pentingnya memahami kecederaan sukan agar ianya dapat dielakkan atau kesannya diminimakan