KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
-
Upload
narazlanzz -
Category
Documents
-
view
346 -
download
1
Transcript of KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 1/12
KECEDERAAN SUKAN
Pengetahuan tentang keselamatan dalam sukan dan pencegahan adalah sebahagian daripada
aspek penting dalam pendidikan fizikal. Mengelakkan kecederaan adalah bermanfaat lebih
daripada mengubatinya.
“Prevention is better than cure”
Kecederaan sukan : Sebarang luka atau kerosakan pada tisu lembut dan organ semasa
menjalankan aktiviti sukan.
Dalam sukan kita akan terdedah kepada pelbagai kecederaan pada tisu lembut dan organ
badan. Tisu-tisu lembut terdiri daripada otot, tendon dan ligament. Sistem otot merangkumi tisu
penghubung , salur darah, saraf dan tisu-tisu otot.
Seseorang yang kurang mendapat latihan akan lebih senang mendapat kecederaan otot, koyak
otot atau muscle sprain.
Kecederaan Sukan:
Berdasarkan tisu yang cedera
- Kecederaan tisu lembut (soft tissue injury); terkehel, luka , terseliuh
- Kecederaan tisu keras (hard tissue injury); retak , patah
- Kecederaan organ.
FAKTOR-FAKTOR KECEDERAAN DALAM SUKAN
1. FAKTOR EKSTRINSIK (LUARAN) - kecederaan ektrinsik (indirect injury)
Disebabkan oleh faktor luaran seperti tumbukan, sepakan, perlanggaran atau hentakan
peralatan. Ia biasanya lebih serius berbanding kecederaan intrinsic kerana mungkin
melibatkan patah, seliuh tulang, koyak teruk pada ligament dan tendon atau koyak pada
otot. cth. Biasanya berlaku kepada atlit hoki, bolasepak, taekwando dan tinju.
*Peralatan
*keadaan padang
*peraturan
*tahap pertandingan
*pendedahan
*dalam aktiviti berpasangan-aras kebolehan
7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 2/12
2. FAKTOR INTRINSIK (DALAMAN) - kecederaan intrinsik (direct injury)
Disebabkan oleh atlit sendiri seperti terlalu lebih melakukan regangan atau mengalami
kejang otot. Ia selalunya melibatkan otot tendon dan ligamen. Biasanya kecederaan
kurang teruk berbanding kecederaan ekstrinsik.
*Umur
*Jantina
*Kematangan otot rangka
*Sejarah kecederaan lepas
*kekuatan / kelenturan
*stress psikologikal
3. Overuse
Disebabkan hasil tekanan atau beban yang berulang-ulang atau pergeseran yang
berterusan. Jika keterlaluan kecederaan akan terkumpul sehingga ia melebihi
mekanisme pemuliharaan tisu tersebut. Pesakit akan sakit dan bengkak dan mudah
mendapat kecederaan. Kecederaan lebih guna sering dapat dilihat pada pelari jarak
jauh, pemain tenis, badminton dan golf. Membuat pilihan kurang tepat terhadap
peralatan juga salah satu sebab kecederaan lebih guna boleh berlaku.
Cth:kecederaan yang belum pulih mengalami kecederaan lagi.
JENIS-JENIS KECEDERAAN
• Sprain ( terkehel )
Otot –otot boleh menjadi tegang atau koyak yang disebabkan oleh pengecutan otot-otot
secara tiba-tiba seperti bila mengangkat benda-benda berat atau bermain. Tanda-tanda
dan gejalanya ialah bengkak, perubahan warna dibawah kuli atau lebam pada bahagian
cedera, rasa sakit bila bergerak atau mungkin menjadi kaku.
Tindakan:
1. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling selesa.
2. Tuam dengan ais untuk mengurangkan bengkak dan rasa kesakitan.
3. Ampu bahagian yang cedera.
4. Bawa mangsa berjumpa doctor dengan segera .
7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 3/12
• Strain ( terseliuh)
Terseliuh adalah suatu kecederaan pada persendian di mana ligament dan tisu-tisunya
terpusing, biasanya berlaku pada pergelangan , kaki atau tangan.
Tanda-tanda dan gejalanya ialah rasa kesakitan pada sendi itu, bengkak , lebam dan
perubahan warna di bawah kulit sendi yang cedera( biru kehitaman)
• Kekejangan otot
Keadaan ini berlaku kerana otot telah diregang secara berlebihan atau apabila
menggunakan otot secara mengejut dan berlebihan. Kekejangan mudah terjadi lazimnya
sekiranya sesorang melakukan aktiviti tanpa warm-up yang cukup dan juga melakukan
pergerakan yang jarang dilakukan.
Tindakan:
1. Rehatkan mangsa
2. Luruskan bahagian yang cedera
3. Beri minuman yang sejuk
4. Tuamkan dengan ais untuk elak bengkak
• Concussion ( hentakan)
Kecederaan di kepala akibat hentakan akan menyebabkan seseorang tidak sedarkan
diri, pening, muntah, hilang imbangan dan menjadi lupa butiran kemalangan.
7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 4/12
• Fraktur(patah)
Fraktur terbahagi kepada dua iaitu:
*Fraktur terbuka (open fracture)- lapisan kulit akan terkoyak dan tulang terdedahdi -permukaan kulit.
7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 5/12
*Fraktur tertutup ( closed fracture)- kulit di sekeliling tulang yang patah tidak luka tetapi
biasanya bahagian tersebut bengkak.
Kecederaan fraktur boleh disebabkan oleh:
i. Hentakan langsung- apabila tulang retak atau patah di bahagian yang
menerima hentakan seperti perlanggaran atau pukulan yang kuat.
ii. Hentakan tidak langsung- apabila tulang retak atau patah beberapa jarak
daripada bahagian yang menerima hentakan .
iii. Spontan – apabila tulang menjadi rapuh disebabkan oleh osteoporosis, ia
mudah retak dan patah secara spontan akibat terjatuh atau kekejangan
otot ( orang tua)
Mangsa kecederaan fraktur boleh dibantu dengan prosedur R.I.C.E
R : REST (merehatkan mangsa atau bahagian yang tercedera)
Hentikan aktiviti supaya cedera tidak bertambah buruk
I : ICE (membuat tuaman dengan menggunakan ais)
Membaluti ais dan tuam pada bahagian yang cedera ( dalam tempoh 48 jam, 2-3
jam sekali, 15-20 minit setiap kali.C : COMPRESSION ( demahan)
Gunakan kain pembalut atau bandage pada bahagian cedera. Ini mengurangkan
pendarahan dan bengkak.
E : ELEVATION ( meninggikan )
Meninggikan bahagian cedera lebih tinggi daripada kedudukan jantung supaya
darah dapat mengalir baik. Ini untuk mengurangkan bengkak dan edema.
7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 6/12
Rawatan dengan bahan yang sejuk disebut CRYOTHERAPY
KENAPA BAHAN SEJUK?
Mengurangkan
1. sakit
2. bengkak3. pendarahan
Air membawa kesan vasoconstriction ( pengecutan ) dimana kapilari mengecut dan
menahan pendarahan.
• Dislokasi
Dislokasi adalah satu keadaan di mana tulang terkeluar dari sendi dan kedudukannya
pun berubah. Tanda-tanda dan gejalanya ialah rasa amat sakit pada sendi, berlakuperubahan kedudukan sendi, bengkak dan lebam.
Tindakan:
1. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkeluar
2. Eloklah anggota yang cedera dijadikan tidak boleh bergerak dalam kedudukan paling
selesa
7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 7/12
3. Bawa mangsa berjumpa doctor dengan segera supaya sinar x dapat diambil.
PENCEGAHAN KECEDERAAN
Dalam usaha untuk mencegah kecederaan, panduan berikut perlu diambil kira:
1. Memanaskan badan, regangan dan menyejukkan badan
2. Status kecergasan yang baik
3. Program latihan yang sesuai
4. Persekitaran yang selamat
5. Patuhi peraturan dan undang-undang permainan
6. Pakai alatan dan kemudahan yang selamat dan ikut spesifikasi.
7. Elak dehidrasi atau kurang air
8. jangan bersenam jika tidak sihat
9. Guna pelindung keselamatan
10. Pakaian sukan yang sesuai , selesa dan selamat
11. Rehat yang mencukupi
SOALAN DAN JAWAPAN
S Apakah akan berlaku pada jantung anda apabila anda melakukan aktiviti fizikal.
J Jantung mengepam darah yang mengandungi nutrien dan oksigen yang mencukupi ke
otot- otot bagi menghasilkan tenaga dengan kadar yang pantas.
S Bagaimanakah anda rasa selepas menyejukkan badan?
7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 8/12
J Kembali seperti biasa (tiada sesak nafas atau sangat panas)
S Apakah tujuan regangan menyejukkan badan?
J Untuk mengelakkan ketegangan dan kesakitan otot-otot
S Bilakah regangan harus dilakukan?
J Regangan harus dilakukan apabila otot-otot masih panas.
S Apakah rawatan bantu mula yang sesuai untuk kecederaan :
a: terseliuh
b: fraktur
J Rawatan R.I.C.E
TUGASAN KECEDERAAN SUKAN
1. Tunjukkan bagaimana aplikasi R.I.C.E dilakukan terhadap kecederaan terseliuh.
R REST
(REHAT)
Bertujuan untuk
menghalang daripada
menjadi lebih teruk,
bahagian yang sakit
7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 9/12
direhatkan di tempat selesa
, digalakkan berbaring.
Bahagian yang cedera
hendaklah tidak digerakkan.
I ICE
(AIS)
Alihkan bahagian yang
cedera (jika tidak luka)
selama 15-20 minit setiap 2
jam dalam masa 48 jam
pertama selepas
cedera.pastikan jangan
kenakan ais terus ke
kawasan cedera bagi
mengelakkan ice burn.
C COMPRESS
(TEKANAN)
Kenakan balutan dengan
meliputi kawasan yang
cedera, bahagian atasnya
dan dibawahnya. Ini
bertujuan untuk
mengurangkan bengkak
serta memberikan
sokongan kepada kawasan
yang cedera.
E ELEVATE
(ANGKAT)
Angkat bahagian cedera
yang lebih tinggi daripada
jantung seboleh-bolehnyasetiap masa. Ini bertujuan
mengurangkan bengkak
dan kesakitan.
2. Tunjukkan bagaimana kaedah ‘splinting’ diaplikasikan ke atas kecederaan patah kaki.
7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 10/12
3. Tunjukkan bagaimana langkah-langkah kawalan pendarahan hidung.
1. Suruh mangsa duduk dengan posisi kepalanya tunduk ke hadapan.
2. Naikkan lengan mangsa sama rata dengan bahu dan longgarkan pakaian di
bahagian lehernya.
3. Picit hidung dan menekannya menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10
minit. Ludah keluar darah yang berada dalam mulut.Teknik ini akan menghentikan
kebanyakan kes pendarahan hidung yang biasa.
4. Galakkan mangsa bernafas melalui mulut untuk mengurangkan risiko.
4. Terangkan prosedur R.I.C.E bagi fraktur terbuka.
1. Tenangkan mangsa. Sokong dengan teguh anggota yang tercedera dengan
tangan. Jangan tekan pada hujung tulang yang terkeluar dari kulit.
2. Demah atau tuam bahagian yang luka dengan kain pembalut yang bersih. Berisedikit tekanan dengan tapak tangan atau jari supaya dapat menghentikan
pendarahan. Untuk fraktur terbuka demahan hanya menggunakan kain
pembalut, bukan ais.
3. Letakkan balutan cincin pada bahagian luka. Balut luka dengan pembalut yang
bersih dan steril. Jangan balut dengan kuat untuk memastikan pengaliran darah
7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 11/12
tidak terhalang. Jika tulang tersembul keluar, letakkan kapas di sekeliling tulang
sebelum membuat balutan.
4. Tinggikan anggota yang tercedera untuk mengurangkan pengaliran darah ke
tempat tersebut. Jangan gerakkan anggota yang tercedera.
5. Hubungi ambulans atau hantar pesakit ke hospital untuk rawatan lanjut.
5. Terangkan prosedur R.I.C.E bagi fraktur tertutup
1. Beritahu mangsa supaya jangan bergerak, tenangkan mangsa. Ampu atau
sokong bahagian anggota yang tercedera dengan tangan kamu pada
kedudukan yang selesa. Tinggikan kedudukan bahagian yang tercedera untuk
mengurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut.
2. Jika kecederaan baru berlaku, demah tempat yang tercedera dengan ketul-ketul
ais atau dengan tuala yang telah direndam dengan air sejuk. Cara ini akan
mengurangkan bengkak , lebam dan kesakitan.
3. Balut bahagian yang tercedera dengan kain kapas. Ikatkan splint pada bahagian
tercedera untuk menyokong tulang yang patah atau retak. Untuk sokongan yang
lebih teguh, ampu bahagian yang tercedera pada bahagian anggota yang tidak
tercedera. Sebagai contoh, bagi bahagian atas, lengan hendaklah sentiasa
diampu pada badan dengan anduh. Balut kaki yang tercedera bersama-sama
kaki yang tidak tercedera.
4. Tinggikan bahagian yang cedera sementara menunggu bantuan atau dibawa ke
hospital.
BAHAN RUJUKAN
1. Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
2. Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
3. Buku Sumber Sains Sukan Awalan
Majlis Sukan Negeri Terengganu
4. Koleksi Nota Kursus Sains Sukan Tahap 1
Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan
7/27/2019 KECEDERAAN SUKAN UNTUK MODUL.doc
http://slidepdf.com/reader/full/kecederaan-sukan-untuk-moduldoc 12/12