Kelas Sosial, Etnik Dan Gender Dalam Interaksi (1)

Post on 02-Aug-2015

77 views 13 download

Transcript of Kelas Sosial, Etnik Dan Gender Dalam Interaksi (1)

KELAS SOSIAL, ETNIK DAN GENDER DALAM

INTERAKSI

NURHAMIZAH BT SELAMAT L20112008635NOOR AIZAWATI BT SAMINAN L20112008637NORINI BT CHE HUSIN L20112008642NURUL HAZWANI BT ABD KUDUSL20112008652

INTERAKSI

Kamus Dewan Edisi 4 mentakrifkan interaksi sebagai tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak.

Dalam konteks pendidikan interaksi berlaku semasa proses pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah iaitu diantara guru dan pelajar, pelajar dan pelajar lainnya mahupun dengan bahan pengajaran yang digunakan. Interaksi ini wujud hanyalah untuk tujuan pendidikan.

Bentuk Jalinan Tiga Dimensi Interaksi Sekolah

PENTADBIRPENTADBIR

PELAJAR GURUGURU

SEKOLAH

Gaya kepimpinan Pengetua mempengaruhi kejayaan dan kegagalan sesebuah sekolah :

i. mempengaruhi corak dan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p)

ii. Mempengaruhi tahap pencapaian akademik dan sahsiah pelajar

iii. Interaksi dan layanan positif dan baik seorang Pengetua terhadap warga sekolah

INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

Interaksi di antara guru, pelajar, objektif pelajaran dan bahan pelajaran dalam alam belajar.

Objektif pembelajaran

Objektif pembelajaran

GuruGuru

PelajarPelajar

Bahan pelajaran

Alam Belajar

MODEL PENGAJARAN SIM

Perhubungan pengajaran dengan interaksi dalam bilik darjah

Pendekatan Berpusatkan Guru (interaksi sehala)

Aktiviti pembelajaran bercorak pasif

Corak interaksi tertumpu kepada guru sahaja

Tiada interaksi di antara pelajar dengan pelajar

Pendekatan Perbincangan (interaksi dua hala)

Aktiviti p&p bercorak aktifPerhubungan guru dengan

pelajar dipereratkanPenglibatan pelajar digalakkan

Pendekatan Kumpulan (interaksi pelajar dua hala)

Aktiviti pembelajaran bercorak aktif

Perhubungan pelajar dengan pelajar dipereratkan

Semangat kerjasama dan toleransi dikalangan pelajar

Pendekatan Kumpulan (interaksi pelbagai hala)

Aktiviti p&p bercorak aktifPerhubungan guru dan pelajar,

pelajar dan pelajar dipereratkanPeranan pelajar digunakan secara

optimum

Isu-Isu Kelas Sosial, Etnik Dan Gender Dalam Pendidikan

Kelas Sosial Isu Sekolah Bestari

Persoalan: - Sejauhmanakah golongan berpendapatan rendah dapat menyediakan diri dengan keperluan-keperluan pedagogi bestari?-Adakah mereka mampu untuk menyaingi dan menandingi golongan yang berpendapatan tinggi ini?

Etnik Etnik dan Peluang Melanjutkan Pelajaran Ke Sekolah

Berasrama Penuh

Gender Gender dan Masalah Disiplin Pelajar

KELAS SOSIAL• Menurut Rohand Meighan (1986), Kelas Sosial

mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

• Karl Marx menyatakan Kelas Sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama dengan punca-punca pengeluaran.

• Terdapat 5 Kelas Sosial iaitu: i. Golongan Atasan ii. Pertengahan Atasan iii. Pertengahan Bawahan iv. Pekerja v. Golongan Bawahan

KELAS SOSIAL• Menurut Rohand Meighan (1986), Kelas Sosial

mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

• Karl Marx menyatakan Kelas Sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama dengan punca-punca pengeluaran.

• Terdapat 5 Kelas Sosial iaitu: i. Golongan Atasan ii. Pertengahan Atasan iii. Pertengahan Bawahan iv. Pekerja v. Golongan Bawahan

Bentuk Jalinan Tiga Dimensi Interaksi Sekolah

PENTADBIRPENTADBIR

MURID GURUGURU

GURU- MURID

GURU- MURID

JANGKAAN GURU

GURU- MURID

• Perbezaan Kelas Sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

• Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas.

• Kebijaksaan guru mengendalikan Kelas Sosial akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat.

GURU- MURID• Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan

kelas murid yang berkenaan.

• Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kelas tertentu dalam satu kumpulan sahaja.

• Sebaliknya, setiap murid dari kelas sosial yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas.

GURU- MURID• Guru harus berusaha untuk menolong murid

memahami dan membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai.

• Guru perlu melayan keperluan murid ke arah memperkembang potensi mereka secara optimum.

• Guru mesti menolong murid membentuk Konsep Kendiri Positif supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan perasaan yang seronok.

GURU- MURID• Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk

mengatasi masalah akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem-kem motivasi dan sebagainya.

• Guru mesti mengamalkan ketepatan masa.• Guru harus menggunakan pelbagai kaedah

pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid (Mixed-Ability Students).

GURU- MURID

• Masa pengajaran dapat digunakan semaksimumnya untuk melakukan banyak aktiviti yang merangsangkan minda.

• Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kata-kata bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka (Sense Humour).

• Guru juga perlu menghormati murid-murid, bersikap adil, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan murid dengan guru akan renggang serta memberi teguran umum berbentuk nasihat tetapi bukan leteran.

GURU- MURID• Kurikulum Tersirat juga harus menggalakkan

interaksi dalam kelas sosial.

• Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid.

• Penerapan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum.

• Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti.

Murid & MuridKurikulum• Berlaku semasa dalam kerja kumpulan• Komunikasi berlaku antara satu sama lain

Ko-kurikulum• Minat dan bakat yang sama• Kepemimpinan melalui persatuan.

ETNIK

Definisi Etnik

Pengenalan

Interaksi sosial

CABARAN DALAM INTERAKSI

Pelajar mempunyai perbezaan dari segi cara mereka berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan dan pandangan (world view) mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka.

Pelajar mempunyai stereotaip yang tertentu (selalunya negatif) terhadap etnik yang lain dan lebih positif kepada guru yang sama etnik dengan mereka

CADANGAN UNTUK MEWUJUDKAN INTERAKSI ANTARA ETNIK MELALUI AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN/ PERSEKOLAHAN

Isu 1: Kekeliruan Konsep Sekolah Wawasan

• Konsep Sekolah Wawasan adalah untuk menempatkan dua atau tiga buah sekolah rendah yang berlainan aliran dalam satu kawasan yang sama di mana mereka akan berkongsi beberapa kemudahan fizikal di sekolah tersebut.

• Tujuan diwujudkan Sekolah Wawasan adalah untuk memupuk integrasi di kalangan pelajar yang berlainan bangsa dan agama bagi melahirkan perpaduan di peringkat akar umbi.

• Namun, ia mendapat tentangan dari masyarakat Cina dan India di mana adalah sukar untuk mereka menerima perlaksanaan Sekolah Wawasan yang dicadangkan oleh pihak kerajaan. Mereka bimbang kedudukan bahasa ibunda masing-masing akan terjejas.

ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN/ PERSEKOLAHAN

Isu 2: Dong Zong Melakukan ‘Pembersihan Etnik’ Di Sekolah-Sekolah

• menetapkan tarikh iaitu 16 April 2012 di mana semua guru-guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin, atau lebih tepat, guru bukan Cina, dikeluarkan dari Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

• Kemungkinan besar mereka sudah pun mempunyai perancangan tersendiri untuk mengatasi masalah tersebut iaitu dengan mendesak kerajaan mengimport lebih ramai guru dari Tanah Besar China untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah mereka, hatta memperkukuhkan lagi identiti bangsa dan ikatan kesetiaan terhadap negara nenek moyang mereka.

CARA-CARA MEMUPUK INTEGRASI ANTARA PELBAGAI ETNIK DI SEKOLAH

GENDER

DEFINISI GENDER• Perkataan gender berasal dari bahasa Latin iaitu

“Genus” yang membawa maksud “jenis”.• Menurut Webster’s New World Dictionary:

Gender ialah menggambarkan perbezaan lelaki dan perempuan dari segi nilai dan tingkah laku.

• Gender Management System: Gender adalah satu set ciri atau kriteria, peranan dan corak tingkah laku yang membezakan wanita daripada lelaki dan tidak dibina secara biologinya tetapi secara sosial dan budaya.

Interaksi antara gender• Interaksi guru-murid

1) Berdasarkan kajian oleh Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki dan Jamil Ahmad (2005) melalui:

i) Persepsi guru terhadap murid lelaki dan perempuan.- Boleh dilihat dari sudut motivasi, minat, kepatuhan

kepada arahan, ketetapan masa, kesediaan untuk belajar, tanggungjawab, kebolehan memahami pelajaran, kekemasan tugas, kesungguhan, inisiatif, kreativiti dan inovatif.

- Hasil kajian ini telah mendapati guru lelaki bersikap positif dan memberi layanan yang sama rata terhadap murid lelaki dan perempuan berbanding guru perempuan.

ii) Persepsi murid terhadap pengajaran guru lelaki dan perempuan.

- Boleh dilihat dari segi strategi pengajaran, penerapan kemahiran berfikir, penerapan nilai, penampilan, pengurusan bilik darjah, penggunaan ganjaran dan hukuman, keprihatinan dan cara penilaian.

- Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa murid perempuan berpuas hati dengan pengajaran guru lelaki dan perempuan. Manakala murid lelaki mengalami masalah pengajaran dengan guru perempuan.

2) Guru perlu menanamkan pemupukan nilai.

- Memberi kata pujian kepada murid lelaki dari segi kepandaian mereka.

- Memberi kata pujian kepada murid perempuan berdasarkan kekemasan dan ketelitian mereka.

3) Guru perlu memahami gaya pemikiran murid lelaki dan

perempuan.- Gaya pemikiran murid lelaki adalah berbentuk judicial iaitu fokus terhadap hasil penilaian orang lain dan aktiviti bebas dalam proses pembelajaran tanpa mengikut peraturan.

- Gaya pemikiran murid perempuan pula berbentuk liberal iaitu mengikut peraturan.

Masalah interaksi antara gender

• Masalah disiplin dan gejala sosial.- Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.- Wujud hubungan songsang atau sejenis seperti

lesbian dan homoseksual.• Penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang

tidak berkesan.- Tanggapan negatif guru terhadap murid dan pilih

kasih berdasarkan gender.

SOALAN 1 Pendekatan interaksi mahu supaya guru dan pengurusan

sekolah memahami latar belakang sosial dan budaya murid untuk menangani masalah salah laku. Antara berikut, yang manakah langkah yang paling wajar diambil oleh guru-guru dalam membantu menangani masalah disiplin pelajar di sekolah

A. Mengamalkan sikap prejudis terhadap kelas sosial, etnik dan gender pelajar

B. Membina hubungan yang baik dengan pelajar sebelum memikirkan untuk menghukum pelajar

C. Menerapkan budaya masyarakat dalam diri pelajarD. Menguakuasakan dan mengetatkan peraturan dan

hukuman

SOALAN 2 Isu-isu latar belakang dalam masyarakat terutama dari segi kelas sosial, etnik

dan gender dikatakan sering mempengaruhi pelajar dalam interaksi mereka di sekolah. Manakah yang berikut tidak berkaitan dengan kenyataan di atas?

A. Cikgu Fetty sering kali membantu murid-murid lelaki ketika di dalam kelas dan sering mengabaikan murid-murid perempuan

B. Oleh sebab Maria berasal daripada keluarga yang mewah, dia dan rakan-rakannya sering kali memandang rendah dan tidak berkeyakinan kepada pentadbir sekolah

C. Cikgu Ali sering mengabaikan murid-murid daripada keluarga miskin, sebaliknya dia sentiasa memberi perhatian kepada murid-murid daripada keluarga berada dan berkepentingan

D. Sebelum memulakan kelas pendidikan jasmani, Cikgu Zul akan mengasingkan murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan ke tepi padang.

SOALAN 3 Satu kajian yang dilakukan oleh UKM mendapati

bahawa salah satu punca pelajar lelaki lemah pencapaian akademik berbanding pelajar perempuan adalah kerana terlalu ramai pelajar perempuan di sekolah.

Kajian di atas telah menyentuh isu

A. etnik B. gender C. meritokrasi D. diskriminasi

Dari segi sosiologi, aspek-aspek berikut mempengaruhi bentuk-bentuk interaksi di sekolah kecuali

A. Baka B. Etnik C. Gender D. Kelas sosial

SOALAN 4

SOALAN 5

Kepimpinan satu hala antara yang memimpin dengan yang dipimpin dikenali sebagai gaya kepimpinan

A. Autokratik B. Demokratik C. Kontingensi D. Laissez-faire