Post on 15-Jan-2016
description
KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
NAMA : NURSYAHIRA BINTI MOHAMAD ZAHERNO. MATRIK : A 145727PROGRAM : KARNIVAL PREMIER ZABAJAWATAN : MAJLIS TERTINGGI CENDERAMATA
LATAR BELAKANG PROGRAM
Karnival Premier Zaba atau lebih dikenali sebagai KAPREZA adalah program tahunan anjuran Kolej Pendeta Zaba. Program ini telah berlangsung pada 6-9 Mac 2014 bertempat di daran sekitar Kolej Pendeta Zaba. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini yang melibatkan semua golongan umur. Program ini bukan sahaja terbuka kepada pelajar UKM sahaja malah ia juga menggalakkan orang luar berkunjung ke kolej ini. Program ini juga telah berkolaborasi bersama National Cancer Society of Malaysia (NCSM).
OBJEKTIF PROGRAMProgram tahunan ini diadakan bertujuan :
o Memupuk sifat berkerjasama dan berkepimpinan
dalam kalangan penghuni kolej.
o Melahirkan generasi yang berkepimpinan mantap
untuk mewarisi organisasi kolej pada masa depan
o Menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan serta peribadi
mulia yang sentiasa dijadikan contoh dan tauladan
masyarakat luar.
PENGLIBATANMelalui program ini, saya telah menyandang jawatan sebagai majlis tertinggi cenderamata. Saya telah mempelajari pelbagai ilmu baru serta cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan profesional. Memandangkan hasil pembelajaran ini berkaitan dengan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat, jawatan ini memerlukan teknik tersebut dengan sistemetik bagi memudahkan kelancaran program. Saya telah mempraktikkan teknik-teknik yang dipelajari dengan baik.
HASIL PEMBELAJARANMenyandang jawatan sebagai majlis tertinggi cenderamata, saya perlu melaksanakan beberapa tugasan yang telah diagihkan oleh ketua. Antaranya adalah :• Berurusan dengan pihak luar bagi mendapatkan
dana tambahan dengan erti kata lain mencari sponsor program. Syarikat yang dihubungi ialah Munchys, Bank Simpanan Nasional, Bank Islam dan MARA.
• Berurusan dengan semua ketua aktiviti yang berlangsung sepanjang KAPREZA bagi mendapatkan jumlah cenderamata yang diperlukan
• Mencari dan berurusan dengan pemilik syarikat yang menerima tempahan cenderamata seperti plak dan medal
• Menyediakan sijil untuk semua ahli jawatankuasa program
• Menjadi gadis dulang semasa majlis penutupan program
Walaupun program ini berlangsung pada 6-9 Mac 2014, hakikatnya pelbagai aktiviti telah dijalankan sebagai langkah persediaan sebelum program ini berlangsung. Antaranya adalah lawatan ke rumah rawatan kanser NCSM, ceramah berkenaan kanser, berbasikal mengelilingi UKM bagi mempromosikan program, menyediakan perkhidmatan cuci kenderaan dan juga perkampungan yang melibatkan semua ahli majlis tertinggi selama semiggu sebagai persiapan terakhir sebelum program.
LAMPIRAN AKTIVITI PERKAMPUNGAN KAPREZA
LAWATAN KE NCSM
Le Tuor De UKM – untuk membuat hebahan mengenai KAPREZA